Thursday, September 2, 2010

Aadam's Story bulan September 2010


























































30 09 2010. Khamis

Ammi dan Abba selalu tanya mana leher aku, pakai baju mana la nak nampak. Cabut baju, 
ha baru la, eh tak nampak jugak. Sorry pipi jatuh ke bahu sudah.
Satu hari yang membosankan. Tanbah membosankan apabila Abba lagi lewat datang ambil aku dan hari pula hujan menyebabkan kesesakan yang terlalu teruk di jalan raya. Berjam-jam kami terperangkap dalam kesesakan itu sementara Ammi pula “terperangkap” di pejabat. Aku keboringan dan keletihan sampai aku terlelap. Entah bila masa sampai di pejabat Ammi dan bila masa sampai ke rumah aku pun tak sedar.



29 09 2010. Rabu
Munni Khala bagi tau Ammi yang aku banyak sangat bersembang. Biasanya budak sebaya aku tak banyak cakap. Ammi seronok dengar apa yang Munni Khala bagi tau dan masa dalam perjalanan balik, Ammi ulang 2, 3 kali bagi tau Abba (agaknya sebab tak ada reaction dari abba kot).

Munni Khala cakap aku ikut Khairul Bhaiya yang petah bercakap semasa kecil (sekarang pun apa kurangnya? Boleh jadi raja loyar buruk). Ammi cakap aku banyak benda ikut Khairul Bhaiya…. Petah bercakap, bulat, err… kuat tidur, errr…. Berdengkur dan …. Errrr….. tak nak cakaplah, malu aku.

Ini satu lagi kegemaranku, nganga mulut luas-luas tangkap agas.
Oklah, aku bagi tau … kuat kentut (apalah Ammi ni, aku kuat kentut macam Khairul Bhaiya pun nak cakap)


Aku tertunggu-tunggu Abba datang ambil aku dari rumah Munni Khala petang ni tapi tak sampai pun. Munni Khala pun tunggu juga sebab dia nak hantar aku sebelum pergi jemput Ella Baji dari sekolahnya. Memandangkan Abba tak sampai-sampai, Munni Khala pergi dulu. Aku pula terlena. Abba lewat hari ni sebab sibuk di pejabat.

Memandangkan hari ni dah lewat dari biasa, ditambah pula hujan yang tak berhenti-henti, jalan sesak sangat. Kami sampai di pejabat Ammi sekitar pukul 8.30 p.m. Kesian Ammi, lama sangat menunggu. Semua kawan-kawan Ammi dah balik. Tinggal Ammi seorang je. Mujurlah Ammi berani.

Abba pergi beli makan di satu gerai yang agak sedap makanannya dan selalu padat dengan pelanggan. Mula-mula Ammi tak nak beli kat sana sebab dah lewat. Nanti nak tunggu giliran Abba, lagi lambat tetapi selepas tu Ammi cakap ok sebab Ammi fakir Abba teringin nak makan kat sana kot. Memang betul … lama gila kami tunggu Abba kat dalam kereta.


Kami sampai di rumah dalam pukul 9.30 p.m. Penat. Selepas makan, Ammi nak baring-baring kejap sebab letih tapi bila terpandang wajah comel aku (riak lagi!), Ammi tak jadi baring. Ammi dukung aku dan bersembang dengan aku. Aku pula jual mahal tak nak sembang. Sebenarnya aku nak tidur, jadi tak dak mood nak bersembang. Mata aku nampak bantal je. Muka Ammi yang bulat tu pun nampak macam bantal Dunlopillo. Kesian Ammi. Ammi penat tapi tak nak berehat sebab nak main dengan aku, aku pula ngantuk sangat sampai tak layan Ammi. Sorry Ammi.


Bila Abba masuk bilik, Ammi serahkan aku kepada Abba dan mengadu yang aku tak nak layan Ammi. Ammi cakap aku merajuk kot. Tak adalah Ammi, Aadam sayang Ammi. Takkan nak merajuk dengan Ammi. Cuma Aadam penat sangat.


Ammi cakap ada seorang budak call nak jaga aku. Seorang aje? Masih bujang pula tu. Bolehkah dia jaga?



28 09 2010. Selasa


Percaya tak dua keping gambar yang aku tersengeh tu sebenarnya sedang tidur.
Aku punya style tidur buka mata dan tersengeh-sengeh. Kiut kan?
Hari ni balik dari kerja, Abba pergi tampal notis mencari pengasuh bayi. Ammi tak berapa berkenan pembantu rumah yang agen Uncle Zul perkenalkan. Adalah sebabnya.


Abba dan Ammi tergesa-gesa cari orang untuk jaga aku sebab Munni Khala nak pindah ke Seri Kembangan bila cuti sekolah bermula. Nanti tak ada orang nak jaga aku pula.


Senarai nama-nama mereka yang baik hati bersedekah duit untuk aku. Terima kasih semua semoga Allah membalas anda semua seribu kebaikan. Kecil besar jumlahnya tak menjadi soal, asalkan ikhlas. Aadam kena tulis jumlahnya di sini untuk kemudahan membuka akaun bank bila dah besar nanti. Terima kasih.











DUIT RAYA
DUIT BABY
TAK TAHU










Tasneem Mamu
10
Alam Mamu
100
Shafiqu Mamu
10
Mak Makcik Fiza
2
Shahid Mamu
50
Tikku Mamu
5
Khalid Mamu
10
Israr Mamu
50
Tak tahu
2
Tuan Rahim
5
Nani
50


Alam Mamu
10
Zarina Khala
50


Khairul Bhaiya
10
Tasneem Mamu
10


Shahid Mamu
10
Khalid Khalu
50


Zarina Khala
10
Khan Khalu
20


Makcik Muhidin
10
Tok
20


Sabirah Khala
5
Pak Njang
20


Pakcik Naizam
5
Mak Lang
20


Tok
10
Barki Nani
25


Pak Njang
5
Habibah Momani
20


Adik Abba (tak tau sapa)
5
Tok Ilah (Jiran Tok)
5


Adik Abba (tak tau sapa)
2
Tok Darwish
14


Tok Ilah (Jiran Tok)
10
Jiran Tok
10


Pak Andak
10
Khan Khalu
30


Tak tahu
5
Pak Cik Zul (Jiran)
20


Tak tahu
1
Mashkoora Khala + Nazhat Nani + Kakul Mamu
20 + 30 + 30


Tak tahu
1




Farooq Mamu
10










TOTAL
146

644

17









27 09 2010. Isnin
Kawan pejabat Ammi, Uncle Zul (yang juga memainkan peranan penting dalam proses Abba dan Ammi mengambil anak angkat di mana Uncle Zul telah memberitahu Auntie Has- orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Abba dan Ammi kepada Tuan Rahim- yang Ammi nak ambil anak angkat), tolong dapatkan biodata pembantu rumah untuk jaga aku.

Open house rumah Mun Mamu mestilah pakai baju cantik. Baju ni pun brand Adam.
Besar sungguh jasa Uncle Zul dan Auntie Has kepada kami sekeluarga. Semoga Allah membalas jasa mereka. Amin.

Ammi nak call agent tersebut malam ni tapi sebab kami sampai di rumah pun dah lewat, lepas tu Ammi sibuk, tak sempat.



26 09 2010. Ahad
Open House Rumah Mun Mamu di Klang
Ada open house lagi hari ni. Rumah Mun Mamu pula. Munni Khala sekeluarga, Farooq Mamu sekeluarga, Purveen Momani dan Khan Khalu semua nak pergi tapi semua tak tau jalan jadi mereka nak follow belakang Abba. Hmm… Eloklah tu. Kalau Abba sesat, semua pun sesat. Dahlah Abba selalu sesat bila per rumah Mun Mamu.

Ammi mandi dan bersiap dulu sementara Abba mandikan aku. Lepas tu Abba pergi mandi sementara Ammi siapkan aku. Ammi pakaikan aku baju Mat Belia tu lagi. Ammi ni buat-buat tak faham aku rimas pakai baju ni.

Tiba-tiba aku terpandang seorang lelaki yang teramat cute di dalam bilik. Siapakah dia? Rasa macam kenal tapi …. Selalu taklah cute macam ni.

Eh! Abbalah. Abba gunting rambut, wa cakap lu… Cute giler! Betullah telahan Aadam. Memang Abba cute sangat sesudah mengerat rambut. Tapi apasal tetiba je gunting rambut? Kan sepatutnya kita sama-sama cukur kepala?

Kami ke rumah Munni Khala di mana sepatutnya semua orang berkumpul. Munni Khala sekeluarga naik kereta dengan kami. Khan Khalu dan Yusuf Khalu (adik Khalid Khalu) belum siap lagi. Farooq Mamu pula belum sampai lagi sementar Purveen Momani pula tunggu kat Tol Batu 3.

Mun Mamu sedang sebok melayan tetamu.
Fatin Baji sedang mengorat aku,
tapi aku bo layan. Tu pasal buat-buat
 pejam mata. Tipu yang tak bedosa...














Munni Khala kata Khan Khalu dan Yusuf Khalu lambat lagi jadi suruh kami jalan dulu. Purveen Momani pula nak pergi sendiri. Kami bergerak dengan Farooq Mamu mengekori kami.

Lepas tu Purveen Momani kata dia tunggu kat stesyen minyak, nak ikut Abba juga.



Ammi sedang bertukar-tukar mengumpat dengan
Purveen Momani sambil Khan Khalu
menasihati itu perbuatan berdosa.

Kami sampai beramai-ramai di sana dan aku berjumpa keluarga Farooq Mamu buat kali pertama. Ada Noor Momani (isteri Farooq Mamu) dan anak-anaknya, Faiq Bhaiya, Nurul Baji, Aina Baji (@ Choti) dan Qayyum Bhaiya (yang masih kecil dan teramat comel). Boleh ajak join group aku dan Darwish ni… tapi dia nak ke? Noor Momani dukung aku sekejap sebelum aku diletakkan ke dalam bakulku.


Banyaknya makanan… ada nasi beriani, laksa Johor, satay (semuanya sama menu macam rumah Makcik Fiza semalam. Agaknya tukang masak sama kot? Tapi Makcik Fiza cakap masak sendiri. Mun Mamu pun cakap masak sendiri. Kebetulan gamaknya???). Lagi ada serawa pisang, serimuka, nasi himpit, kuey teow. Sekejap lepas tu Khan Khalu pula sampai.
Pekerja Mun Mamu sibuk memindahkan meja catering
ke dalam rumah untuk elak tempias. Nanti bertambah
melandau pulak kuah kari tu.

Tiba-tiba rebut taufan, puting beliung (err… puting tu macam puting Aadam ke Abba?) datang diiringi hujan yang teramat lebat, tanpa sebarang amaran. Tempias hujan masuk sampai ke dalam rumah. Bergegas semua orang masukkan meja berserta makanan di atasnya ke dalam rumah. Orang ramai di luar rumah merempuh masuk ke dalam. Fuyoo! Hebatnya!

Comelkan baju ni? Abba beli kat Mid Valley. Jenama Adam pulak tu.
Khalid Khalu, Khan Khalu dan Yusuf Khalu terperangkap di rumah jiran sebelah, di mana mereka sedang menjamu selera. Khalid Khalu dan Khan Khalu somehow balik ke rumah Mun Mamu tetapi Yusuf Khalu balik selepas beberapa lama dalam keadaan basah kuyup. Farooq Mamu pula meredah hujan berlari ke keretanya untuk cover cermin yang rosak supaya air tak masuk ke dalam kereta dan hanya balik selepas hujan reda. Kereta tak tahulah selamat ke tidak tetapi Farooq Mamu habis basah.


Kami semua tersadai di rumah Mun Mamu yang penuh sesak dengan tetamu yang tak dapat nak balik. Khabarnya khemah kenduri kahwin jiran belakang diterbangkan angin. Dahsyat sungguh hujan petang itu.


Tiba-tiba Ammi teringat kasut Camel Ammi di luar rumah dan meminta Ella Baji “rescue” kasut itu tetapi… “Sayang semuanya sudah terlambat” (sila nyanyi ikut rentak lagu Shidee). Kasut Ammi gagal diselamatkan, sudah basah kuyup. Tak apalah Ammi, kasut je yang basah. Sekurang-kurangnya Ammi tak basah.


Dalam riuh-rendah, hiruk-pikuk, kelam kabut dan kecoh tu aku terdengar Purveen Momani berkata kepada Ammi, “He is a cute babylah. The centre of everyone’s attention”. (Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, “he” refers to me, Aadam Mika’il. I don’t believe it, baru sekarang ke Purveen Momani perasan aku ni cute??? He! He!) Korang nampak tak senyuman panjang dari telinga kanan ke telinga kiri aku ni? Senyuman bangga lagi bongkak dan sombong ini? Astagfirullah ul Azim. Riak pula aku ni. Aku bergurau aje. Semua ini adalah anugerah dari Allah, Subhanallah, segala puji-puji hanya bagi Allah.


25 09 2010. Sabtu
Rumah Terbuka Makcik Fiza
Sakit dada Ammi makin teruk. Abba paksa Ammi pergi hospital tapi Ammi masih tak mahu. Ammi cakap nak cuba sapu minyak angin dulu. Kalau tak lega baru nak pergi. Hmmm… baru nak sapu minyak angin???

Inilah rupa bila aku happy. Belum dengar aku gelak lagi tu. Mesti dengar juga bila aku buang angin....
Hari ni ada jemputan rumah terbuka di rumah Makcik Fiza tapi Abba dan Ammi mungkin tak pergi kot sebab Ammi sakit. Tak cukup dengan sakit dada tu, Ammi kena selsema pula. Asyik terbersin je. Selepas sapu minyak angin, Ammi baring-baring berehat. Hampir tengahari Ammi cakap sakitnya dah berkurangan.


Petang tu kami pergi ke rumah Makcik Fiza… jauhnya. Dahlah jalan jam. Penatnya. Rasa lama macam balik rumah Tok Wan saja. Di rumah Makcik Fiza ada seekor kucing yang besar dan montel macam aku. Comelnya. Tapi Makcik Fiza cakap kucing tu garang, suka gigit orang. Takutnya.




Kami agak lama juga di sana. Pakcik Jai dah datang tengahari tadi. Di sana kami jumpa kawan-kawan Makcik Fiza. Ada satu couple tu bawa anak mereka berumur 8 bulan. Nama dia Adam Ryan. Adam juga? Ramainya orang bernama Adam. Tapi aku yakin Aadam hanya ada 1 saja. He! He! Itulah uniknya nama aku. Walaupun lazim tapi janggal. Pening kan? Kelakar bila uncle tu panggil anaknya, Abba ingatkan panggil aku. Mereka bertukar-tukar cerita fasal anak masing-masing. Adam Ryan hanya bangun sekali aje waktu malam (masa dia baby dulu). Aku? 2 atau 3 kali. Laparlah. He! He! Tu mesti Adam Ryan berdiet.


Aku terlena dalam dukungan Ammi tapi mata aku terbuka. Makcik Fiza cakap budak yang tidur dengan mata terbuka, besar nanti nakal. Ishh! Apalah Makcik Fiza ni. Aadam ni ada muka budak nakal ke? Cute-cute macam ni, adakah dikatakan nakal. Aadam ni baiklah Makcik dan Insya Allah bila besar nanti pun akan jadi baik macam Abba. Amin.


Dahlah hari tu Tok Su cakap budak-budak yang tak kuat nangis, basr nanti tak cerdik. Ni Makcik Fiza pula cakap besar nanti nakal. Cerdik, tak cerdik tak tahulah tapi Aadam akan rajin belajar dan serahkan kepada Allah. Nakal tu, taklah kot. Nau’zubillah hi minazzalik.


24 09 2010. Jumaat
Hari ini genap 21 tahun arwah Nani kembali ke rahmatullah. Ammi nampak macam biasa tapi aku tahu Ammi merindui arwah Nani, tambahan pula pada hari ni.

Seperti biasa Nana Baji tak ikut balik hari ni. Sesampai di pejabat Ammi, Abba tak pergi jemput Ammi di atas. Sebaliknya duduk bersembang dengan aku dalam kereta. Rupanya Ammi ada mesyuarat. Agak lama juga kami tunggu. Sepatutnya mesyuarat Ammi dah habis awal lagi tetapi sebab mesyuarat tu ditunda, maka tak habis-habis lagilah. Aku sampai terlena. Mesyuarat Ammi habis dalam 8.30 p.m. Kesian Ammi, dahlah Ammi tak sihat… sakit dada. Ni kena stayback pula.

Kalau dilihat gambar masa sehari dua aku lahir dengan gambar sekarang korang semua tentu perasan yang mata aku ada dua. Ha ha ha....
Malam tu Ammi baring di sebelah aku dan sembang dengan aku. Ammi mengadu sakit dan tak boleh bernafas. Agaknya Ammi ingat aku tak faham kot. Lepas tu Ammi cerita fasal arwah Nani kat aku. Kan aku dah kata, Ammi mesti rindu kat arwah Nani, Cuma tak tunjuk saja.

Ammi jangan risau. Nanti bila Aadam dah besar, Aadam akan jaga kubur arwah Nani, selalu bersihkannya dan Aadam akan selalu berdoa untuk arwah Nani. Insya Allah arwah Nani ditampatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.













Lagipun Abba ka nada. Abba sentiasa memberi sokongan dan Aadam tahu Abba pun sayangkan arwah Nani walaupun Abba tak pernah jumpa arwah Nani. Aku cuba nak bagi tau Ammi isi hati aku ini dan dalam proses tersebut, aku menyebut “Abba” buat kali pertama. Tapi sama seperti sebutan “Ammi” yang aku sebut “Amme”, “Abba” pun aku sebut “Abbe”. Ammi gembira dengar aku panggil Abba dan terus panggil Abba suruh datang dan dengar. Aku pun gembira sebab dapat menghilangkan sedikit kesedihan Ammi.




23 09 2010. Khamis
Aku berjumpa orang baru hari ni, Afrar Mamu (@ Jhingua – maksudnya udang dalam bahasa Hindustan. Apekehe panggil orang udang??? Agaknya nama manja masa bebudak dulu kot, terus melekat sampai ke tua). Dia ialah dua pupu Ammi dan datang beraya ke rumah Munni Khala.
Jambul aku yang tinggi tu bakal hilang tak lama lagi. Bukan senang
 nak simpan tu sejak dari dalamperut ibu lagi.

Jhingua Mamu tak tahu fasal aku dan dia ingat aku anak kandung Abba dan Ammi. Dia cakap muka aku tak mirip Abba ataupun Ammi. Cuma kulit aku putih macam Ammi.


Abba pula dah bagi tahu Tok Wan, nak buat majlis cukur kepala aku minggu depan. Selamat rambut aku untuk seminggu lagi. Ya Allah, panjangkanlah riwayat rambut Aadam. Amin.


Abba kurang sihat hari ni… kena selsema. Abba susah nak makan ubat tapi hari ni Abba sendiri cari ubat selsema nak makan. Kesian tengok Abba. Agaknya penat jaga aku waktu malam kot. Abba sebenarnya dah seminggu kurang sihat tapi buat macam Macho Man, tak nak makan ubat. Hari ni dah tak tahan dah kot.

Abba cakap dengan Ammi dah seminggu Abba tak cium aku. Betul juga. Kalau tak selalu Abba suka sembang-sembang dan cium aku. Ni Abba takut aku pun berjangkit kot.



22 09 2010. Rabu
Satu peristiwa “ajaib” yang berlaku hari ni ialah Khalid Khalu dukung aku hari ni. Apa yang ajaib? Sebenarnya Khalid Khalu takut nak dukung budak-budak. Anak-anaknya yang 5 orang tu pun tak pernah didukung semasa dia orang baby. Tetiba aku pula didukung. Itulah tarikan aku yang handsome lagi cute ini. He! He!

Sakit dada Ammi masih belum kurang. Ammi minta Abba tangguhkan majlis cukur kepala aku supaya Ammi dapat berehat di rumah minggu ni. Ammi penat sangat berjalan merata semasa balik cuti raya hari tu.

21 09 2010. Selasa
Hari ni tiada aktiviti menarik. Cuma semasa Ammi balik kerja, Ammi bagi tahu Abba Ammi dah cerita fasal aku kat Kalim Mamu. Hmm… asyik dengar nama aje. Bila agaknya Aadam nak berjumpa Kalim Mamu?

Ammi bekerja di pejabat Kalim Mamu, yang merupakan abang Ammi yang selalu tolong semua adik-beradiknya. Bila besar nanti Aadam pun nak tolong orang jugalah.

Hari ni Ammi mengadu sakit dada, tak boleh bernafas dengan betul. Bila Abba ajak ke klinik, Ammi tak nak. Ammi cakap mungkin penat sangat dan stress terlalu banyak kerja. Nanti bila besar, Aadam tak nak kerja macam Ammilah. Nanti Aadam pun sakit dada, lepas tu kena pergi klinik. Biar Aadam fakir nak jadi apa bila besar nanti.

Abba pula cakap nak balik rumah Tok Wan minggu ni, nak buat cukur rambut aku. Apa? Nak cukur rambut? Botaklah nanti aku ni! Oh tidak!  Tak mahu!!! Abba bisik kat aku suruh cukur tengah aje, biar sama macam rambut Abba. Hmm.. ok juga sebab Abba walaupun rambutnya dah gugur di tengah-tengah ubunnya tetap handsome dan macho. Apatah lagi bila Abba simpan rambut panjang di belakang. Ammi cakap kat Abba suruh cukur rambut Abba sekali dengan aku… anak dan bapa dua-duanya bercukur. Ammi minta Abba gunting rambut panjangnya supaya sesuai dengan imej sebagai seorang ayah. Ala Ammi, ok apa Abba berambut panjang. Tapi aku pun rasa kalau Abba berambut pendek mesti cute punyalah.

Abba nak percepatkan majlis cukur kepala aku sebab nak sekalikan dengan Darwish. Tok yang suruh sekalikan supaya Mak Andak boleh tumpang sekali dengan Abba. Cuti Mak Andak dah nak habis dan Mak Andak dah nak balik KL sebab tu Abba nak buat sebelum Mak Andak balik.

Darwish pun akan dibotakkan? Oklah tu, nanti aku ada geng.

20 09 2010. Isnin
Aku demam, pergi klinik kita
Rutin harian kami bermula semula. Abba dan Ammi ke pejabat sementara aku ke rumah Munni Khala.
Badan aku panas mungkin demam. Abba dan Ammi bawa jumpa doktor Klinik Kita

Sedang menunggu giliran.
Tengok muka aku tu nampak risau je
takut kena cucuk lagi.

Hari ni sepatutnya Munni Khala pergi untuk medical check up dan Nana Baji yang menjaga aku tetapi disebabkan Munni Khala kurang yakin Nana Baji boleh menjaga aku, dia tak jadi pergi medical check upnya. Terima kasih Munni Khala kerana mengambil berat tentang Aadam sampai macam tu sekali. Aadam tak akan lupa jasa Munni Khala Insya Allah.

Munni Khala bagi tahu Abba dan Ammi yang aku demam, badan aku panas jadi balik dari kerja, aku dibawa ke Klinik Kita. Klinik Kita? Bila masa aku buka klinik? Entahlah.


Ammi biasa ke klinik tu jadi jururawat dia kenal dan tahu tentang aku. Sesampai di sana, akak jururawat tu minta nak dukung aku. Abba bagi dan dia bawa aku masuk ke dalam berjumpa dengan seorang lagi aunty jururawat. Aunty tu agak peramah. Dia pula dukung aku. Nampaknya aku bukan saja disayangi oleh keluarga Abba dan Ammi tetapi juga oleh jururawat-jururawat di klinik…. Biasalah, orang handsome memang ramai peminat. He! He! He!
Gambar bonus untuk peminat semua. Sila print dan
simpan di dalam dompet anda. 

Sampai giliran aku, doktor periksa aku dan cakap aku tak demam pun. Doktor cakap untuk budak-budak kalau nak tahu demam ke tidak, kena sentuh perut (bukannya dahi atau tengkuk macam orang dewasa). Hmm… ini petua untuk ibu kawan-kawan yang lain. Selepas tu kami pun balik. Itulah kisah aku jatuh sakit dan pergi jumpa doktor buat kali pertama (yang kena demam kuning dan pergi suntik dulu tu tak kiralah). Tapi sebenarnya aku tak sakit pun.


19 09 2010. Ahad
Pak Lang sekeluarga datang beraya
Kami bangun tidur agak lewat hari ni. Abba dan Ammi sambung tidur selepas solat Subuh. Tu mesti penat lah tu. Aku pun penat juga …. Penat beraya.
Baru perasan pipi aku bertambah tembam, kena mula jogging keliling kubang aku ni.

Dah bangun lambat, aku tak ngantuklah jadi aku ajak Ammi dan Abba bersembang dan bermain dengan aku. Ammi duduk melayan aku sementara Abba unpack barang-barang. Ammi baring di sebelah aku sambil tepuk-tepuk aku suruh tidur. Tak lama selepas itu Abba datang dan tanya aku, “Siapa yang tidurkan siapa? Ammi tidurkan Aadam ke, Aadam tidurkan Ammi?” Rupa-rupanya Ammi terlelap. Ammi terkejut jaga dan sengih kat Abba.


Pak Lang sekeluarga datang beraya sambil melawat aku.

Petang ni aku jumpa orang baru lagi …. Pak Lang, Mak Lang dan anak-anak mereka, Abang Izlan (@Ilan), Abang Izwan (@Iwan), Kak Ainiza (@ Nija) dan Kak Nisa. Kata Mak Lang, Abang Iwan nak datang tengok aku tapi dia orang tak berapa main dengan aku. Sebaliknya sibuk main Wii. Nanti bila dah besar sikit, aku pun nak main, nak challenge Abba. Wii tu Abba yang punya. Abba ada macam-macam game… PS I, PS II (ada 2, 1 Abba menang contest dan 1 lagi hadiah harijadi dari Ammi), PS III (hadiah harijadi dari Ammi), PSP (Abba menang contest), Game Boy dan Wii. Dan pastinya aku bakal mewarisi kesemuanya itu … untung aku. Selain daripada games, Abba juga suka baca comic. Macam-macam comic koleksi Abba. Itu pun bakal menjadi harta aku juga … Ha Ha! Ha! Akulah raja games dam comic.

Pagi tadi aku dengar Ammi kata nak buat kek untuk kawan-kawan pejabat Ammi tetapi selepas Mak Lang balik, Ammi cakap tak larat nak buat. Pagi tadi Ammi cakap nak kira duit raya aku tetapi tak kira-kira pun. Kesian Ammi, penat berjalan merata-rata kot.

Malam ni Ammi call agen untuk mendapatkan pembantu rumah (untuk jaga akulah tu) tetapi Ammi tak faham apa Aunty tu cakap sebab telo Indonesianya terlalu pekat. Ammi minta Abba cakap tetapi Abba pun tak faham. Ini kena panggil Ibu Aadam translate ni, Abba, Ammi.

Esok Abba dan Ammi dah mula kerja dan aku pula dah mula berulang-alik ke rumah Munni Khala.


18 09 2010. Sabtu
Jumpa Ibu kandung Aadam
Sudah hampir dua bulan, patutnya gigi aku dah tumbuh,
 boleh lah makan keropok ke, jambu batu ke....





Wah! Sejuk betul malam tadi, tak payah pakai air-cond. Mungkin sebab rumah Moyang di kawasan kampung, masih banyak pokok-pokok dan ada sawah. Sebab tulah sejuk. Bukan macam di Bandar, Cuma ada bangunan-bangunan konkrit…. Panas. Bestnya duduk di rumah Moyang. Cuma yang aku tak selesa, aku kena tidur dalam kelambu. Rimasnya.
Tok Lang pakar masak memasak.
Moyang yang nampak masih sihat.




Moyang, Tok Lang dan Tok Su dah bangun awal-awal lagi. Selepas solat Subuh, Abba pergi beli sarapan. Tok Su cakap tak payah, masak kat rumah saja tapi agaknya Abba kesian kat Tok Lang kot, tak mahu menyusahkan Tok Lang.

Tok Su merasuah aku dengan
makanan kegemaran aku.
Semua orang makan nasi lemak. Tok Su cakap bila Tok Njang (Anjang) atau Tok Ngah atau saudara-mara lain datang dari KL, mesti cari nasi lemak ni sebab sedap. Hmmm… Abba dan Ammi tak offer aku pun. Terliur aku … Nana Baji dan Ella Baji pun makan sendiri-sendiri. Tak ada siapa pun nak bagi aku. Nantilah aku besar, aku makan nasi lemak puas-puas.

Sarang sweet sarang....
Semasa Abba menanggalkan baju aku untuk dimandikan dan menampakkan tubuh aku yang “sasa perkasa”, Tok Su terus menjerit kekaguman, “Putihnya!”. La! Ingatkan nak cakap body aku macam Salman Khan ke, Tipple H ke. Rupanya Cuma pasal aku putih.

Pagi tu Tok Su dukung aku dan main-main dengan aku. Tok Su pesan suruh aku datang lagi,,,, datang menjala. Menjala? Wah! Bestnya. Tok Su cakap ada jala baru (menggantikan jala yang koyak dikerjakan Abba dan Pakcik Jai serta Pakcik Aoi (sepupu Abba) semasa balik bercuti dulu). Lagi Tok Su pesan kat aku supaya belajar makan ikan sungai (ikan air tawar) bila besar nanti, jangan makan ayam saja. He! He! Ni nak mengena Nana Baji dan Ella Baji lah kot. Dulu Ammi pun tak erti makan ikan sungai tetapi sejak kahwin dengan Abba, Ammi dah pandai makan ikan sungai.

Sememangnya kehidupan di kampung terlalu banyak bezanya dengan kota,,, tenang, aman, damai, sejuk, segar (bukan setakat udaranya saja tetapi juga makanannya. Apa taknya, minyak masak pun Moyang buat sendiri, ikan fresh from the bendang, buah-buahan petik dari pokok terus makan. Cuma ayam itik je yang Moyang tak bela). Memang best lah. Patutlah Ammi cakap yang Ammi suka balik rumah Moyang. Aadam pun suka, Moyang.

Pagi tu Tuan Rahim call Ammi, mengajak ke rumahnya sebab ada open house. Ammi juga merancang nak ke rumah Kalim Mamu (abang Ammi yang ke 3). Kami bertolak balik dalam pukul 11. Munni Khala call Ammi dalam perjalanan dan beritahu Auntie Lina (isteri Kalim Mamu) pergi ke London jadi Kalim Mamu suruh datang semasa Auntie Lina dah balik nanti. Agaknya Auntie Lina pergi beraya dengan Kak Leia yang study di sana kot.

Dalam perjalanan, Ammi pakaikan aku jacket biru, menambahkan lagi kekacakan aku. First time aku pakai jacket. Mungkin sebab dah lepas pantang kot. Kalau tak dulu asyik kena bedong je. Rimas. Dah pakai jacket ni, taklah nampak baby sangat.

Sesampai di Lembah Klang, kami ke rumah Munni Khala untuk beraya. Kawan-kawan Isha Baji pun ada di sana. Dia orang pun datang beraya. Belum sempat turun kereta, Khalid Khalu dah datang bagi tahu kawan-kawan Isha Baji bertanyakan aku. Hah! Mana dia orang kenal aku? Ni mesti Isha Baji pergi cerita dengan depa (Ehem! Saja nak tunjuk hebat dengan loghat Penang). Baru aku tahu betapa glamournya aku. He! He! Eee! Ramainya girls. Malulah aku.

Sampai di rumah Munni Khala, aku terus tidur sementara Abba dan Ammi menjalankan aktiviti menaikkan berat badan. Almaklumlah ammi turun 5 kg masa bulan Ramadhan hari tu.

Dari rumah Munni Khala kami ke rumah Tuan Rahim. Abba parking agak jauh sebab di depan rumah Tuan Rahim penuh kereta. Sedang Abba dan Ammi berjalan menuju ke rumah Tuan Rahim, anak-anak Tuan Rahim datang sambil memanggil-manggil nama aku. Biasalah, orang glamour. He! He! Terus dia orang dukung aku dan bawa ke rumah. Abba dan Ammi membiarkan saja sebab nak bagi Ibu masa untuk bermain dengan aku. Tapi … mana Ibu dan Bapa? Tak nampak pun.
Saat-saat menyentuh hati
bila ibu mendakap aku.
Jangan menangis ibu, Aadam selamat
dalam jagaan Ammi dan Abba.
Tak lama lepas tu Ibu datang jumpa Ammi. Ammi bagi Ibu dukung aku. Ibu mendakap aku erat, melepaskan rindunya. Kalaulah aku juga boleh mendakap.

Abba dan Ammi sememangnya berniat mahu membawa aku berjumpa Ibu dan Bapa sebab mahu Ibu dan Bapa tahu bahawa Abba dan Ammi menjaga aku dengan baik supaya mereka tak risaukan aku. Mereka mahu Ibu dan Bapa merasa senang hati dan yakin bahawa keputusan menyerahkan aku kepada Abba dan Ammi adalah keputusan yang tepat. Kalaulah aku boleh bersuara… aku mahu beritahu Ibu dan Bapa bahawa aku mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya, bukan sahaja dari Abba dan Ammi tetapi keluarga Abba dan Ammi juga menerima aku dengan baik dan mencurahkan kasih sayang mereka kepada aku. Aku gembira dan bahagia bersama Abba dan Ammi walaupun kerinduan kepada Ibu dan Bapa teteap ada.
Aadam janji akan sentiasa mendoakan
semoga ibu sihat, gembira dan
hidup senang selalu.





Ammi memberikan botol susuku kepada Ibu dan Ibu menyusukan aku. Ammi minta Ibu bawa aku masuk ke dalam dan bermain dengan aku tetapi Ibu enggan. Ibu mahu berbual dengan Ammi. Macam-macam yang Ibu tanyakan tentang aku kepada Ammi. Aku tahu Ibu sedih. Aku tahu Ammi pun sebak. Selepas aku menyusu, Ibu bawa aku masuk ke dalam, menukar lampin aku. Agak lama juga Abba dan Ammi di rumah Tuan Rahim. Sayang Bapa tak ada di situ. Ibu cakap Bapa ada di Rembau. Tak dapatlah aku berjumpa dengan Bapa.


Kami pulang ke rumah hampir Maghrib. Wah! Baru lega rasanya. Home Sweet Home. Baru boleh melepaskan penat lelah berjalan jauh (Ceh! Macamlah aku yang drive).

Malam itu aku tidur dengan seribu kenangan manis… kenangan bertemu Ibu. Siap berdengkur lagi (siapa kata budak-budak tak berdengkur?). Penat wooo…


17 09 2010. Jumaat
Pergi kampung Moyang di Parit Perak
Merdeka! Merdeka! Aku dah lepas pantang. Aku dah 45 hari (macamlah aku berpantang betul, walhal merata aku berjalan semasa dalam pantang).
Yahoo... Aku sudah lepas pantang....Ammi pantang tu apa? Sejenis jenama susu baru ke?

Waktu sarapan ada menu baru juga… puri (kat restoran dipanggil alu paratha). Ini pun sejenis roti (seperti sohari) tetapi ada inti ubi di dalamnya. Ini juga makanan favourite Abba dan Ammi. Banyak-banyak masakan orang Hindustan, bba suka sohari dan puri saja. Nanti Aadam pun nak try.
Barki Nani, Nani bersama Ammi.

Hari ni Abba dan Ammi nak ke rumah Moyang (ibu kepada Tok Wan). Seperti biasa Abba dan Ammi bangun pagi-pagi dan bersiap tetapi proses untuk berlepas ke rumah Moyang tergendala disebabkan Abba dan Ammi kena packing barang-barang aku yang banyak. Bersiap punya bersiap, hampir tengahari juga baru siap semuanya. Kalau dulu Abba dan Ammi boleh bersiap sekejap saja tetapi sekarang dah tak boleh. Well, it’s a matter of time. Nanti bila dah biasa, Abba dan Ammi boleh schedule masa mereka dengan betul. 
Upacara penyerahan wang-wang raya untuk Aadam
oleh Shahid Mamu  dan Farzana Momani sebelum 
kami berangkat pulang.Terima kasih semua,
tahun depan kasi lebihhhh lagi!

Di rumah Momani Habibah bersama anak-anaknya.
Dah bersiap, Nani pula suruh Ammi dan Abba makan dulu sebab lunch dah siap. Selepas makan kami pun bertolak ke Parit Buntar jumpa Momani Habibah (isteri arwah Mamu Sammu, abang Ammi yang ke-2). Hari ni Abba tak pergi solat Jumaat sebab terlupa hari ni hari Jumaat.


Kawasan sawah padi menghijau. Di sinilah Abba pernah
bergelumang lumpur bekerja sawah masa remaja dulu.
Di rumah Momani Habibah aku jumpa anak-anaknya, Faizul Bhaiya, Fazli Bhaiya (@ Lali), Apzal Bhaiya (@Apai), Farid Bhaiya, Shasha Baji dan Nisha Baji. Ramainya. Cuma Faizul Bhaiya datang bermain-main dengan aku. Faizul Bhaiya adalah cucu arwah Nani yang pertama sementara aku adalah cucu yang ke-30.


Dari sini kami bertolak untuk ke rumah Moyang. Bagaimana agaknya penerimaan Moyang, Tok Lang dan Tok Su terhadap aku? Tok lang dan Tok Su adalah adik-adik perempuan Tok Wan. Mereka tidak berkahwin dan duduk bersama Moyang.

Semasa kami sampai ke rumah Moyang hari dah hampir malam. Abba terkejut tengok rumah Moyang yang sudah baru. Dulunya rumah Moyang rumah papan dan agak usang tetapi sekarang dah renovate jadi rumah batu. Sebenarnya Moyang dah lama nak buat rumah baru sebab rumah lama tu dah nazak sangat. Takut tiba-tiba roboh menimpa orang.

Kawasan rumah Moyang cantik sangat…. Ada sawah yang menghijau, ada ban, ada parit, pokok-pokok yang menghijau, angin yang bertiup lembut. Memang mendamaikan, jauh dari hiruk-pikuk kota. Tapi sayang aku tak berkesempatan nak merasa duduk di rumah papan. Rumah Tok Wan pun dah ubahsuai jadi rumah batu.

Gambar atas: Rumah asal.
Gambar bawah: Rumah baru.
Tak ada lagi papan. Selesa sangat.


Tinggal anung ini saja lagi yang penuh nostalgia
untuk Abba kerana di sini arwah moyang
selalu dukung Abba masa kecil.
Semua orang terkejut tengok aku. Tok Lang cakap kat Ammi kalau dulu-dulu dah ambil anak angkat, sekarang dah besar dah. Tok Lang, kalau dulu-dulu Ammi ambil anak angkat, tak dapatlah Aadam. Ammi tunggu Aadam kot. Memang sudah ditakdirkan Aadam duduk bersama Abba dan Ammi jadi Aadamlah yang ammi ambil.

Moyang dan Tok Lang tak banyak cakap berbanding dengan Tok Su. Tok Lang rupanya adalah “tukang masak” di rumah Moyang jadi Tok Lang sibuk di dapur sementara Moyang tengok TV. Tok Su pula duduk bersembang dengan Ammi dan Abba, cerita fasal pembunuhan Datuk Susilawati. Eheleh! Ceritalah fasal family ke, Aadam ke, Ammi ni… pi cerita fasal pembunuhan pula. Aaaa! (menguap), boringnya!

Abba terlelap sambil duduk. Bila Ammi nampak, Ammi ajak Abba tidur. Kesian Abba, penat bawa keretalah tu. Aku tidur dalam kelambu… rimasnya.


16 09 2010. Khamis
Hari ini Abba dan Ammi tak ke mana-mana.
Tak berjalan ke mana hari ni, tu yang tersengeh gembira sangat tu.

Munni Khala, Khalid Khalu, Khairul Bhaiya, Noor Bhaiya dan Isha Baji balik hari ni. Nana Baji dan Ella Baji tak ikut. Dia orang balik dengan Abba nanti. Munni Khala kena balik awal sebab dia ada appointment kat hospital dan Isha Baji ada sekolah sebab dia nak ambil UPSR tahun ni. Kesian Isha Baji… semua orang seronok bercuti, dia pula “seronok” bersekolah. Khairul Bhaiya pula nak mula kerja dan Noor Bhaiya pula ada assignment.
Sessi makan-makan memang syok. Capati, roti,
rendang, kari semuanya best lah.


Selepas Munni Khala balik, Zarina Khala pula balik dengan keluarganya. Nana pun ikut sebab ada kenduri di KL.

Farzana Momani sedang mengomen kekurangan dan
kepincangan blog Aadam. Sebenarnya dia cemburu tu...
Farhana Momani pula pergi open house ke rumah kakaknya dan balik agak lewat malam. Israr Mamu dan Shahid Mamu pula pergi kerja. Shahid Mamu pun balik agak malam sementara Israr Mamu hanya akan balik esok pagi.




Di rumah hanya tinggal Barki Nani, Nani, Farzana Momani, Nana Baji, Ella Baji, Shafa Baji, Zeeshan Bhaiya dan Sania Baji. Abba, Ammi dan aku pun ada. Terasa sunyi pula.










15 09 2010. Rabu
Ronda-ronda Pulau Pinang

Kami nak pergi Penang hari ni. Oklah tu, dapat aku tengok tempat kelahiran Ammi. Saja je Abba nak bawa Khairul bhaiya dan adik-adiknya berjalan-jalan makan angin di tepi pantai sebab plan nak ke Pantai Merdeka semalam tak berjalan berapa lancar. Walaupun sempat pergi, tapi tak sempat nak mandi-manda.
Abba terpaksa ambik foto aku tengah tidur lagi, aku penat banyak berjalan tu tak jaga-jaga tu.

Sebelum ke Penang, Khalid Khalu nak ke rumah Sabirah Khala (kakak Khalid Khalu) di Bukit Mertajam. Abba dan Ammi pun tak pernah ke sana. Bagi aku, dapatlah melawat satu lagi tempat. Selepas ke Penang Ammi nak pergi ke rumah kawan Ammi sejak sekolah rendah lagi, Makcik Muhidin di Seberang Jaya. Kawan dari sekolah rendah? Lamanya persahabatan mereka. Ni mesti best friends ni. Memang betul, Ammi ni seorang yang setia dalam apa-apa hubungan. Besar nanti, Aadam pun nak jadi macam Ammi.

Abba, Ammi dan aku dah bersiap awal-awal lagi tetapi sementara nak tunggu Munni Khala dan lain-lain siap, hari dah hampir tengahari. Semua orang kena queue up, tunggu giliran nak masuk bilik air. Tu yang jadi lambat.

Sesampai di rumah Sabirah Khala, dah hampir Zuhur. Semua orang solat dulu sebelum makan tengahari. Selepas makan, Abba dan Ammi keluar ke Kulim, ada urusan formal katanya. Aku ditinggalkan di rumah Sabirah Khala dengan Munni Khala.

Tunggu punya tunggu, lambat betul Abba dan Ammi balik. Lepas minum petang, kami terus bertolak ke rumah Makcik Muhidin sebab dah lewat. Makcik Muhidin ada hal malam tu jadi kami kena pergi selepas Makcik Muhidin balik kerja, sebelum Maghrib.


Uii.. Inikah Makcik Muhidin? Cantik dan sopan-santun orangnya. Pakai tudung labuh. Anak-anaknya pun pakai tudung semuanya. Makcik Muhidin ada 4 orang anak, Kak Faizah, Kak Ashikin, Abang Fahim dan Kak Sumaiyyah. Suami Makcik Muhidin, Pakcik Ramli pun ada. Anak-anak Makcik muhidin pun sama macamnya … berbudi bahasa dan sopan santun. Respectlah.













Bersama keluarga Makcik Muhidin kawan sekolah
 Ammi di Seberang Jaya

Makcik Muhidin ajak Ammi makan malam di rumahnya. Kami sempat bergambar kenang-kenangan sebelum balik.

Noor Bhaiya mendukung aku dengan maksud untuk
menunjukkan kehandalannya kepada anak gadis
Mak Cik Muhidin.
Selepas keluar dari sana, Abba ajak pergi Gurney Drive. Agaknya Abba nak tunaikan janji pada Bhaiya Khairul dan Bhaiya Noor kot. Sepanjang perjalanan, Isha Baji dan nana Baji mengutuk Penang dan memuji-muji Kl, tempat kelahiran mereka sementara Ammi dan Khairul Bhaiya (yang lahir di Penang) pula memuji-muji Penang.

Kami pergi melalui ferry. Semasa kereta berhenti di atas ferry, semua orang (kecuali Ammi, Munni Khala, Khairul Bhaiya dan aku) turun ambil angin sambil bergambar kenang-kenangan. Isha Baji dan nana Baji pun turun jugak. Aik! Kata Penang tak best??? Khairul Bhaiya tak turun sebab pening. Aku nak turun juga, nak tengok pemandangan dari atas ferry dan ambil angin tetapi Abba tak nak bawa aku sebab takut kena sejuk.
Setelah Isha Baji (berbaju hijau muda) menangis
 berguling-guling untuk bergambar di atas ferry,
Abba terpaksa menurut kehendaknya.



Sampai di pulau, Isha Baji terlepas cakap. Dia kata, “Cantiknya tempat ni”. Apalagi Ammi dan Khairul Bhaiya mendapat peluang keemasan untuk “menghentam” Isha Baji. Ammi memang sporting, sama macam Abba. Kedua-duanya suka bergurau dan senang bergaul dengan orang-orang muda dan juga yang berumur. Disebabkan sifat mereka yang suka berjenaka dengan budak-budak muda, anak-anak saudara Ammi dan Abba senang bergaul dengan Abba dan Ammi.

Abba pula sesat jalan. Habis kami ronda satu Penang sampai ke Penang Street, Tanjung Bunga, Tanjung Tokong, Batu Feringgi, rumah P. Ramlee, rumah Governor, Hospital Besra Pulau Pinang dan jalan Residensi. Di Jalan Residensi kami lalu di hadapan bekas sekolah Ammi dan Munni Khala, S.R.J.K. (Inggeris) Jalan Residensi (1). Tak berapa jelas sebab dah gelap. Kami juga lalu depan bekas sekolah menengah Munni Khala, S.M. Padang Polo.

Akhirnya kami sampai di Gurney Drive. Walaupun dah malam, sepanjang jalan di persisiran pantai tu penuh dengan kereta pengunjung-pengunjung pantai itu. Semua orang kecuali Ammi dan aku turun ambil angin dan ambil gambar. Selepas seketika, Abba datang dan bawa aku turun, duduk di tepi pantai itu. Wah! Bestnya. Nanti bila Aadam dah besar, Abba bawa Aadam ke sini lagi ok.

Selepas beberapa lama berada di sana, kami bertolak balik ke rumah Nani. Sekali lagi semua orang tak sempat mandi laut.

Kami balik melalui Jambatan Pulau Pinang. Sekali lagi pemandangan tak berapa jelas sebab hari dah gelap. Kami sampai di rumah Nani agak lewat. Semua orang termasuk aku keletihan tapi puas hati.

14 09 2010. Selasa
Ronda-ronda Pantai Merdeka sebelum pergi rumah terbuka Tikku Mamu.

Hari ni ada jemputan ke open house di rumah Tikku Mamu. Tukang masaknya diimport dari Terengganu, iaitu adik Tikku Mamu, Shafiqu Mamu. Shafiqu Mamu ada restoran di Terengganu dan khabarnya masakannya memang sedap hingga menjilat pinggan. Hmmm… Bila agaknya aku boleh rasa masakan Shafiqu Mamu???
Ni ibaju melayu yang Tok jahitkan, warna purple lagi.

Petang tu Shafi qu Mamu dan isterinya, Hanna Momani berserta 4 orang anak-anak mereka datang ke rumah Nani. Hanna Momani terkejut tengok aku.

Abba dan Ammi dah buat plan dengan Farhana Momani nak pergi Pantai Merdeka hari ni. Asalnya mereka mahu ke Penang tetapi Zarina Khala ajak pergi esok sebab dia nak pergi sama. Bila sudah agak lewat, Zarina Khala cakap dia tak jadi pergi Penang esok. Lepas tu rancangan ke Pantai Merdeka pula dibuat. Farhana Momani ajak pergi pukul 5.00 petang.

Tak sabarnya nak ke pantai. Aku teringin nak tengok bagaimana agaknya rupa pantai. Abba saja je ajak pergi ke Penang dan Pantai Merdeka sebab nak bawa Khairul Bhaiya, Noor Bhaiya dan yang lain-lain berjalan-jalan. Kesian depa boring doq tang sini (Terror tak Aadam berbahasa loghat utara?)

Tetiba petang tu Azizullah Nana dan keluarganya datang. Mereka pun nak pergi ke rumah Tikku Mamu. Farhana Momani cancel nak ke Pantai Merdeka. Ammi agak terkilan sebab 2 plan dah dibatalkan hari ni. Abba ajak pergi juga walaupun Farhana Momani tak ikut. All rightlah.

Dalam perjalanan Abba menunjukkan klinik di mana Shahid Mamu bekerja, klinik kerajaan. Shahid Mamu dan Israr Mamu adalah doktor. Zarina Khala, Farhana Momani dan Farzana Momani adalah guru.

Abba juga menunjukkan tempat yang dulunya dilanda tsunami. Aku tak lahir lagi masa tu. Aku harap peristiwa seperti itu tak berulang lagi.

Sesampai di Pantai Merdeka hari dah hampir senja. Ammi dan Munni Khala (dan semestinya aku) tak turun. Yang lain-lain turun ambil gambar dan ambil angin.
Senja di Pantai Merdeka.

Agak lama juga mereka di sana. On the way ke rumah Tikku Mamu, Abba singgah di surau untuk solat Maghrib. Abba tunjuk penjara tempat Israr Mamu bertugas. Oh! Doktor penjara rupanya, merawat banduan-banduan yang sakit. Terfikir pula aku, kenapa orang sanggup melakukan kerja-kerja tak elok sehingga dimasukkan ke penjara? Tak ingat Allah ke? Tak takut pada hukuman ke? Hukuman di dunia satu hal, di akhirat nanti kena hukuman lagi dahsyat kalau tak sempat bertaubat. Na u’zubillah hi min az-zalik. Ya Allah, lindungilah kami semua dari jalan yang sedemikian. Amin.

Sesampai di rumah Tikku Mamu, semua orang dah datang. Ramainya orang. Ada Barki Nani, Nani, Nana, Farhana Momani dan anak-anaknya (Israr Mamu tak ada, kerja), Shahid Mamu dan keluarganya, Aiman Momani dan Shahril Bhaiya, Shafiqu Mamu sekeluarga, Azizullah Nana sekeluarga dan Lallu Mamu sekeluarga. 
Ramainya orang....!


Acara makan-makan yang tidak memerlukan
 campurtangan aku.
Menunya, nasi beriani, ayam goring, rending daging, dalca, jelatah, nasi himpit, rojak, agar-agar, gulab jamun, semayi dan entah apa lagi. Aku malas nak ambik tau pasai aku tak boleh makan. Habis-habis minum susu, habis-habis minum susu… boring betul. Paling-paling dapat pun, bau aje. Tengok-tengok makanan kat situ buat sakit hati aku aje. Baik aku tidur dalam bilik… dan sememangnya di dalam biliklah aku diletakkan.

Selepas makan, Ammi datang duduk dekat aku. Munni Khala pun datang. Mereka ditemani Hanna Momani, bersembang-sembang. Abba dah hilang ke mana entah. Tu mesti pergi rakam video dan tangkap gambar. Abba memang suka fotografi.

Kalau dulu Ammi datang sini, Ammi suka bersembang dan berjenaka dengan semua orang tetapi kali ni Ammi duduk jaga aku saja. Kesian Ammi.

Hari tu pun kami balik agak lewat. Letih!

13 09 2010. Isnin
Rumah Baru Farhana Momani.

Sarapan hari ni ada menu yang aku pertama kali dengar… sohari dan alu (ubi kentang) (di samping benda-benda lain yang banyak sangat). Sohari adalah sejenis roti yang bulat dan leper (seperti capati tetapi kecil sedikit dan digoreng dengan minyak). Kalau kat kedai makan, orang panggil puri.
Macam-macam mood muka aku dah tunjukkan. Berbakat rupanya aku ni.

Nampaknya Abba dan Ammi memang suka makanan ni. Aadam nak try boleh?

Hari ni Nani ajak ke rumah Lallu Mamu. Farhana Momani ajak ke rumahnya yang dah siap tapi dia belum masuk lagi.

Petang tu kami semua (kecuali Nana dan Shahid Mamu sekeluarga) pergi ke rumah Israr Mamu, saja tengok-tengok. Cantiknya! Ini belum letak perabut, lampu dan lain-lain lagi. Nanti bila dah complete, mesti law agiler.


Cantik rumah Farhana Momani.
Dari sana, kami ke rumah Lallu Mamu. Ada macam-macam makanan termasuk sohari. Semua orang terpaksa ambil giliran untuk makan sebab tak muat duduk ramai-ramai.

Dari sini, Nani ajak ke rumah Shakila Khala (anak kawan Nani. Kawan Nani pun ada di sana). Di sini kami dijamu mihun goring.
Ruang tamu yang masih kosong.
Aku lucu dengar cerita Farhana Momani rescue anak muridnya yang pengsan. Kawan-kawan nak dengar tak? Gini ceritanya… Farhana Momani dukung studentnya yang pengsan turun dari tingkat 3 (ni perasan Salman Khan versi perempuanlah ni … tak padan dengan badan yang kurus dan kecil. Kuat juga ya). Tiba-tiba bila sampai di bilik sakit, Farhana Momani tersepak tikar getah dan anak muridnya yang sedang didukung itu jatuh bergolek-golek (ala-ala filem Hindustan gitu), terus tersedar. Kah! Kah! Kah! Ammi dan Munni Khala berserta dengan Farhana Momani gelak tak sedar dunia.

Semasa dalam perjalanan balik ke rumah Nani, Khairul Bhaiya Tanya kenapa Ammi, Munni Khala dan Farhana Momani gelak tadi. Bila Ammi cerita kisah Farhana Momani tu, riuh-rendah kereta dengan gelak tawa semua orang.





12 09 2010. Ahad
Kenduri Pertunangan anak Azizullah Nana di Keroh.








































Pagi-pagi lagi Ammi dah kejutkan Abba, nak ke rumah Azizullah Nana. Ammi nak surprisekan semua orang. Aku pun excited nak berjumpa kaum kerabat Ammi. Bagaimana agaknya penerimaan mereka terhadap aku?

Aku dan Ammi dah ready...
Selepas bersiap, Ammi call Shahid Mamu. Shahid Mamu pun dah siap tetapi sedang tunggu Zarina Khala. Agak lama juga kami tunggu. Akhirnya Shahid Mamu ajak kami bertolak dulu.
Rest House di Pekan Keroh yang kami tumpang bermalam.

Baju Mr. Bubbles...
Sampai di rumah Azizullah Nana, saudara-mara dah ramai sampai. Abba bawa Ammi masuk dulu sebab jalan tak rata. Kemudian aku dibawa masuk. Ramainya oranggggg. Semua ni saudara-mara Ammi kah?

Setelah beberapa lama di sana, aku dah kenal mereka … ada saudara dekat, ada saudara jauh tapi semuanya mesra. Antara yang ada di situ, Nana, nani, Farzana Momani (isteri Shahid Mamu) dan anak-anak mereka, Shafa Baji, Zeeshan Bhaiya dan Sania Baji (yang masih kecil lagi), Barki Nani (adik ipar arwah Nani), Aiman Momani (menantu Barki Nani), Azman Bhaiya, Amizan Bhaiya, Shahril Bhaiya dan Farhana Baji (@ Baby Baji) (cucu-cucu Barki Nani), Nor Bhaujh (isteri Azman Bhaiya), Lallu Mamu (bapa saudara kepada Farzana Momani) dan isterinya Yasmin Momani serta anak-anak mereka (aku tak pasti nama mereka, 1 je aku tahu, Sultana Baji), Azizullah Nana, isterinya Sadiah Nani dan ank-anak mereka, Nafiz Mamu, Fahmi Mamu, Uzma Khala (bakal pengantin) dan Nadia Khala. Tak lama selepas itu Zarina Khala pun sampai. Hmm… Cantik dan “comel” serta “gebu” orangnya (kawan-kawan faham kan maksud aku). Suami Zarina Khala, Taiyab Khalu (@ Tabbu Khalu) dan anak-anak mereka, Farah Baji, Nabil Bhaiya dan Hafizah Baji (@ Alfi baji) pun ada. Lepas tu Israr Mamu (anak sulung Nani), isterinya Farhana Momani (berapa ramai ahli keluarga Ammi yang bernama Farhana ni? Pening kepala Aadam) dan anak-anak mereka Feraz Bhaiya, Faris Bhaiya dan Zara Baji pula datang. Zara Baji cute sangat. Tetamu yang terakhir sampai ialah Atikur Mamu (@ Tikku Mamu) (ayah mentua Shahid Mamu), isterinya Asiah Momani (@ Khazamah Momani. Apasal banyak sangat orang yang pakai nama lain daripada nama sebenar mereka?) dan anak-anak mereka, Hafizur Bhaiya (@ Faisal bhaiya… lagi satu @), Farheen Baji, Nafisah Baji, Arif Bhaiya dan seorang lagi bhaiya yang aku tak ingat namanya. Ramaiiiii
Segak jugak aku bila pakai baju kameja gini.

Apa reaksi mereka? Bermacam-macam reaksi. Ada yang suka, ada yang gembira, ada yang terkejut, tak percaya pun ada juga. Dan ada juga yang tak ada apa-apa reaksi…. Pandang aku pun tidak! Tak patut betul. Sekurang-kurangnya ucaplah tahniah kat Abba dan Ammi. Walaupun aku bukan anak kandung mereka tetapi bagi mereka akulah segalanya, satu-satunya anak mereka (buat masa nil ah). Tak apalah Abba, Ammi, jangan ambil hati dengan sikap orang-orang yang macam ni. Mungkin mereka tak faham betapa bermaknanya kehadiran aku ke dalam hidup Abba dan Ammi. Yang penting keluarga terdekat Abba dan Ammi menerima Aadam dengan baik. Itu sudah cukup buat Aadam dan Aadam rasa itu juga perasaan Abba dan Ammi kan? Kita tak mampu nak menggembirakan semua orang, jadi memadailah sekadar insan-insan tersayang kita gembira.
Ammi dan Munni Khala lepak di sudut ruang makan

Abba diminta tolong membuat gubahan bagi barang-barang hantaran (Abba memang terror bab-bab ni). Ammi cakap biasanya orang Hindustan tak ada hantaran tapi sekarang ni dah dimodenkan kot sempena semangat 1 Malaysia maka adapt orang Melayu diterapkan. 


Pihak perempuan mengatakan pada asalnya mereka hanya bersetuju menyediakan satu dua sahaja barangan hantaran, tetapi apabila pihak lelaki memberikan sehingga sembilan gubahan, mereka jadi malu. Jadi Abba diminta menbuat beberapa hantaran segera. Abba buat gubahan kek dan kuih raya. 

Shahid Mamu pula minta Abba jadi juru video kamera (satu lagi kepakaran Abba. Abba memang serba boleh, antara bakat Abba ialah… melukis free hand, melukis dengan computer, interior designing, interior decoration, membuat pelamin, membuat gubahan, bertukang, buat rumah dan entah apa-apa lagi. Masak yang simple-simple dan menjahit sikit-sikit pun boleh. Kagum kan?).
Antara saudara mara sebelah Ammi

Nani bertanyakan Ammi siapa yang biasanya mandikan aku di rumah. Ammi cakap Abba. Nani terkejut dan bertanya, “Itu pun Fadzli boleh buat kah?” Barki Nani menyampuk, “Jangan Tanya apa yang Fadzli boleh buat tapi tanyalah apa yang Fadzli tak boleh buat”. Ammi tersenyum gembira sebab Abba dipuji. Aku pun bangga dengan Abba. 


Dengan Ammi pun aku bangga juga sebab Ammi seorang wanita yang sangat kuat. Ammi is a fighter. Walaupun ada macam-macam penyakit, Ammi tetap kuat dan tabah menjalani hidup ini. Aku rasa kalau orang lain berada dalam kedudukan Ammi, mungkin dah lama give up, dah tak larat nak kerja. AAmmi tetap rajin berusaha. Ammi juga berbakat (walaupun tak seberkebolehan seperti Abba). Walaupun Ammi seorang yang berpelajaran tinggi dan seorang professional, Ammi tetap belajar dan boleh buat kerja-kerja orang perempuan (yang kebanyakan perempuan tak nak buat sekarang). Ammi boleh menjahit, mengait, memasak (terutama sekali buat kek), membuat barang-barang kraftangan, buat bunga dan lain-lain kerja kewanitaan. Ammi tak buat kerja-kerja lasak yang lazimnya dibuat orang lelaki tetapi Abba buat semua kerja, baik kerja orang lelaki mahupun kerja orang perempuan (nak monopoli semua ke?). Aku memang beruntung mempunyai Abba dan Ammi. Aku harap aku dapat mewarisi bakat mereka.
Ketua jurusolek sedang menyapu bedak
menggunakan kaedah 'lempangan kasih'

Banyak kerja yang perlu dibereskan, antaranya lepak.
Eh! Dah terbabas jauh aku ni. Back to the engagement, Zarina Khala adalah jurusolek utama sementar Farzana Momani adalah pembantu jurusolek. Senang cerita, tak payah pakai mak andam. Setelah rombongan pihak lelaki sampai, Uzma Khala dibawa ke ruang tamu. Aku tak nampak Uzma Khala sebab semua orang berdiri melindungi pandangan aku.
Rombongan peminangan dari Melaka sudah sampai

Pendek cerita (sebenarnya aku tak tahu cerita sebab tak nampak apa pun. Hanya nampak bum bum orang je), cincin disarung dan tarikh pernikahan ditetapkan pada Tahun Baru Cina nanti.

Antara rombongan peminangan pihak lelaki.
Bersidang depan rumah je. Orang Hindustan
ni menjaga adat tidak boleh berkongsi ruang
 rumah dengan kaum perempuan.
Ammi ada terasa hati dengan orang-orang tertentu di majlis itu sebab memperkenalkan semua orang kepada rombongan lelaki tetapi buat dek dengan Munni Khala dan Ammi. Sama juga dengan pihak lelaki, semasa nak balik bersalam-salaman dengan semua orang tetapi tak salam dengan Munni Khala dan Ammi yang juga berada di situ. Kalau ye pun mereka tak diperkenalkan dengan Munni Khala dan Ammi, apalah salahnya kalau bersalam saja. Bukannya dosa pun. Lagi dapat pahala adalah. Kawan-kawan jangan ikut perangai macam ni tahu. Hulurkanlah salam kepada semua orang, yang dikenali ataupun yang tak dikenali sebab salam itu doa. Bila kita ucap “Peace be upon you” kepada orang, orang pun doakan kita, “And peace be upon you too”.

Hmmm… Tak faham betullah sikap sesetengah manusia ni. Ammi janganlah bersedih. Aadam ada untuk doakan Ammi dan Abba dan Munni Khala dan semua orang, okey.

Setelah rombongan lelaki balik, barulah aku nampak Uzma Khala. Nampak lain, tak sama macam yang aku nampak masa mula-mula datang tadi. Selepas make up dia kelihatan begitu dewasa. Personally aku lebih suka Uzma Khala tanpa make up. Mungkin sebab aku tak biasa tengok orang perempuan make up kot. Ammi dan Munni Khala pun tak make up.

Minum petang dihidangkan tetapi Ammi tak minum sebab perut Ammi belum ok lagi. Sepanjang hari Ammi tak makan apa-apa. Mesti lapar kan? Ammi nak kongsi susu Aadam, tak? Aadam pun tak makan tapi masih kenyang sebab minum susu.

Antara barang hantaran pihak lelaki. 
Uzma Khala (bakal pengantin) kontrol jelita
Ammi keletihan dan nak balik tetapi terpaksa tunggu Nani (sebagai tuan rumah) balik (Ammi nak pergi rumah Nani pula). Nani pula tunggu Shahid Mamu yang menghilang entah ke mana.

Semasa kami sampai ke rumah Nani, hari dah malam. Semua orang penat.

Di sini aku nampak satu makhluk Allah yang tak pernah lagi aku tengok… namanya kucing. Banyak sungguh kucing Nani. Dulu Ammi pun suka bela kucing tapi sekarang dah tak dak dah. Aku suka sangat tengok kucing-kucing Nani. Comellll macam aku, he he he. Especially ada seekor tu suka sangat nak bermain kaki orang. Nasib baik kaki aku tak cecah lantai kalau tak mesti dah jadi habuan si comel tu. Ammi, nanti belalah kucing lagi. Aadam suka.
Inilah laddu. Manisan orang Hindustan.
Gerenti ada jika ada upacara begini.

Oh, ya! Lupa pula nak cakap… di rumah Azizullah Nana tadi ada makanan yang aku tak pernah tengok …. Namanya laddu, gulab jamun dan semayi. Kesemuanya adalah manisan orang Hindustan. Laddu tu bentuknya bulat-bulat, besar macam bola golf dan berwarna kuning. Orang Hindustan selalunya bagi benda ni masa perkahwinan (sebagai hantaran dan juga kepada tetamu sebagai bunga telur). Gulab jamun pun bulat-bulat, dibuat daripada susu dan direndam dalam air gula. Mesti manis gila. Semayi pula bentuknya macam mihun tapi dimasak dengan air gula. Abba tak suka makan benda-benda ni. Ammi suka tetapi sekarang dah tak berapa makan sebab takut kena penyakit. Aku teringin nak try tapi tak ada orang offer aku pun.



11 09 2010. Sabtu
Hari Raya kedua, balik kampung Ammi.

Aku akan diperkenalkan kepada ahli keluarga Ammi pula. Excited juga dan berdebar-debar menanti reaksi mereka.
Jenama baju Aadam ini ialah ADAM. Serupa nama aku tapi kedai tu bukanlah milik aku.

Hari ni kami nak berjalan jauh. Nak balik ke Lembah Kelang, pergi rumah Munni Khala, lepas tu pergi ke rumah abang Ammi dan seterusnya ke Kroh @ Pengkalan Hulu nun di sempadan Thailand. Mesti memenatkan. Dengar saja pun dah penat. Tapi aku tetap excited.
Sempat sarapan pagi sebelum bertolak ke KL


Tok Wan kata aku baikkk,
tak nangis banyak
Pagi tu sempat juga tok bagi mandi aku. Sempat juga tok main-main dengan aku. Di waranda tok wan dukung aku sembang-sembang dengan aku.Tok dan tok wan ada juga suruh tinggalkan aku di kampung, biar mereka bela aku. Ammi tentunya tak sanggup berpisah dengan aku. Apalah Ammi, Aadam boleh jaga diri sendiri, Aadam boleh menjala ikan di kolam tok wan di belakang rumah tu. Betul...
Sempat juga Ammi cuba menjealouskan aku
dengaan meriba Darwish. Alah.. riba la..
tak jealous pun..tak kisah pun..riba la...
Ammi sengaja memakaikan aku baju
tebuan ni agar semua orang takut dan
berikan aku duit raya banyak.

Kami sepatutnya bertolak selepas sarapan sebab nak singgah banyak tempat tapi terlewat. Pukul 11.00 a.m. baru kami bertolak.

Waktu sarapan Ammi tak makan sebab takut sakit perut dalam pejalanan. Dah 5 hari Ammi sakit perut dan dah masuk hari ke 3 Ammi tak makan. Kuruslah Ammi macam ni.

Dalam perjalanan, Ammi call Tasneem Mamu (@ Mun Mamu. Kenapa “Mun”? Mun Mamu pernah pergi ke bulan ke? Rupanya nama manja Tasneem Mamu ialah Munnu tetapi semasa kecil, Ammi tak boleh sebut. Jadi Ammi panggil Mun saja. Tak glamour langsung nama tu). Ammi juga call Farooq Mamu (@ Unku Mamu. Nama manja Farooq Mamu ialah Jhinku – bermaksud kecil. Ammi yang pelat semasa kecil panggil Untu). Mun Mamu dan Unku Mamu adalah abang-abang Ammi yang ke-6 dan ke-7 (Munni Khala adalah yang ke-5 dan Ammi yang ke-8). Ammi ajak mereka pergi ke rumah Alam Mamu (@ Nanhu Mamu – juga bermaksud kecil. Ammi panggilnya Bhaiya sahaja.). Alam Mamu adalah abang Ammi yang ke-4. Semua orang setuju.

Sampai di rumah, Ammi kena unpack dan re-pack barang-barang. Noor Bhaiya, Munni Khala dan Mun Mamu call Ammi bertalu-talu sebab dah lama tunggu. Aku pula buat hal, menangis-nangis (saja je nak bermanja-manja). Ammi jadi kelam kabut. Mana nak tengok aku yang dok menangis, mana nak packing barang-barang. Abba pun tolong Ammi packing.
Bibik aku, Munni Khala 

Sampai di rumah Munni Khala, kami tak turun (walaupun rancangan asalnya nak turun beraya). Munni Khala dan yang lain-lain datang ke kereta. Mun Mamu pun nak datang tapi Abba pergi jumpa dia kat gate (sebab tak nak Mun Mamu nampak aku sebelum sampai di rumah Alam Mamu.

Bila kami sampai di rumah Alam Mamu, Farooq Mamu dah sampai. Semua orang turun dari kereta termasuk keluarga Mun Mamu. Tak seorang pun perasan aku. Ammi masih mendukung aku dalam kereta. Alam Mamu Tanya Munni Khala apasal Ammi lambat sangat nak turun. Tiba-tiba Shahmi Baji (anak Mun Mamu yang ke-2 ternampak Ammi mendukung aku. Dia terjerit, “Eh! Ada baby”.

Purveen Momani (isteri Alam Mamu) dan Alam Mamu tak dengar jeritan Shahmi Baji dan datang ke kereta nak panggil Ammi. Terkejut dia orang tengok aku. Ternyata kedua-dua mereka terlalu gembira dan excited tengok aku. Purveen Momani terus dukung aku dan kedua-dua mereka membawa aku masuk ke rumah (dan melupakan Ammi, hehehehe! Kesian Ammi).
Purveen Momani (isteri Alam Mamu)
dan Alam Mamu
Amirah Baji pun pakai baju warna orange,
nak tiru Aadam lah tu.

Semua orang terkejut dan bertanya, “Anak sapa ni?” Abba selamba jawab, “Jumpa kat atas jalan tadi, kami terus ambik”. Lawaknya. Akhirnya barulah rahsia aku diceritakan. Semua orang happy.

Lupa nak bagi tau, selain daripada nama-nama yang disebut di atas dan keluarga Munni Khala, di sana ada Khairul Momani (isteri Mun Mamu), Fatin Baji, Akil Bhaiya dan Mirza Bhaiya (anak-anak Mun Mamu), Johan Bhaiya dan Amirah Baji (anak-anak Alam Mamu). Isteri dan anak-anak Farooq Mamu tak datang sebab balik kampung. Bila pula aku nak jumpa mereka?
Ammi, tolonglah dengar irama lagu
perut Aadam ni yang mengimpikan
birthday cake Ammi tu.

Abba jangan cuba merampas kek ni, kalau tidak Aadam
nangis kuat-kuat nanti.
















Aku terasa diri aku seperti superstar, dikerumuni orang ramai dan berebut-rebut orang nak bergambar dengan aku. Tinggal lagi aku tak bagi autograph saja. Aku terlalu gembira kerana seperti keluarga Abba, keluarga Ammi juga terima baik kehadiran aku sebagai sebahagian daripada mereka. Alhamdulillah.

Keluarga Alam Mamu menumpang
glamer kehenseman aku.
Macam-macam makanan dijamu oleh Purveen momani. Semua orang puji sedap. Ammi yang sudah tak tahan lapar, makan sedikit nasi dengan ayam rempah. Oklah tu Ammi. Lagi pun tadi Abba dah beli ubat dah.

Oooopssss… aku lupa nak bagi tau, Purveen Momani adalah mu’alaf, Cina masuk Islam jadi anak-anaknya ada rupa Cindian look. Khairul Momani pula adalah orang Melayu. Jadi Abba bukanlah satu-satunya orang Melayu dalam keluarga Ammi.

Sebahagian kecil ahli keluarga Ammi
menumpang dua kaki kehenseman aku lagi.
IniYang paling menarik perhatian aku ialah Johan Bhaiya… tinggi giler. Amirah Baji pun tinggi juga tetapi sebab dia masih kanak-kanak tak rasalah tingginya. Johan Bhaiya bercita-cita nak main basket ball (ke net ball? Aku tak pasti) untuk NBA 9ke ape name entah) kat Amerika Syarikat tu tapi tak mendapat galakan dari Purveen Momani. Abba sokong sangat sebab Abba cakap at least Johan Bhaiya ada cita-cita, ada impian. Akhirnya Johan Bhaiya pendamkan saja cita-citanya dan kini mencari kerja pilot.

Pilot? Apa tu? Juruterbang rupanya. Wah! Bestnya. Hmm… Ini satu pekerjaan yang menarik ni. Nanti aku consider aku nak jadi pilot tak.

Selepas makan, semua orang duduk borak-borak. Tetiba je Purveen Momani datang bawa kek harijadi untuk Ammi. Terkejut Ammi. Ammi sambut harijadi buat kali ke dua pula.

Semasa nak bertolak, Mamu-Mamu semua bagi angpow (perkataan baru yang aku belajar) kat aku. Alam Mamu bagi 2 angpow – 1 duit raya dan 1 hadiah kelahiran aku. Agaknya berapa banyak dah duit aku? Dah cukup ke nak beli PS 4?

Kami bertolak dari rumah Alam Mamu hampir Maghrib. Kroh tu jauh ke? Bila nak sampai?

Jalan punya jalan tak sampai-sampai juga. Argh! Letihnya. Abba berhenti kat satu R & R tu sebab Ammi cakap kaki Ammi cramp dan pinggang Ammi sakit. Ammi turun ke bawah dan berdiri. Yang lain-lain pun turun juga, ada yang ke bilik air, ada yang pergi beli makanan dan air.

Selepas Ammi rasa ok sikit, perjalanan diteruskan. Dalam perjalanan, Shahid Mamu (anak Nani) dan Nani beberapa kali call Ammi bertanyakan di mana Ammi berada.

Akhirnya kami sampai ke Baling. Ammi bagi tahu Isha Baji yang kita akan lalui kawasan bukit yang jalannya sempit dan bengkang-bengkok sementara di tepinya ada gaung. Gaung? Apa tu? Isha Baji seolah-olah faham isi hati aku. Dia pun Tanya, “Gaung tu apa?” Bila Ammi bagi tau, Isha Baji jadi takut tapi tunjuk berani. Aku lagilah takut. Ya Allah, selamatkanlah kami. Dahlah hari dah lewat malam, hampir pukul 2.00 a.m.

Lepas tu Ammi bagi tau yang dulunya ini adalah kawasan persembunyian komunis. Komunis? Apa pula tu? Isha Baji tak Tanya dan Ammi tak explain jadi aku tak tau.

Isha Baji memejamkan matanya dan terlena. Bila sampai ke kawasan gaung tu, Ammi kejutkan Isha Baji sebab Ammi ingat Isha Baji nak tengok gaung. Isha Baji pula bertanya, “Dah lepas gaung ke?” Bila Ammi cakap baru nak lalu, Isha Baji Tanya kenapa kejutkannya. Dia sengaja tidur sebab takut nak lalu kat gaung.

Kami selamat menempuh kawasan bukit tu dan akhirnya sampai ke rumah Azizullah Nana. Azizullah nan adalah saudara Nana tapi aku tak pasti apa hubung kait mereka. Esok anak Azizullah nana, Uzma Baji nak bertunang. Tu yang kami datang sini.

Hari dah gelap. Jam dah pukul 2 pagi. Sedang Abba reverse kereta nak masuk ke perkarangan rumah, tiba-tiba … gedebom! Tayar kereta sebelah Ammi termasuk ke dalam longkang yang tak di cover. Azizullah Nana dan anak-anaknya keluar datang tengok dan tolong. Semua orang berkerumun di tepi tingkap sebelah Ammi tapi tak seorang pun perasan kehadiran aku. Ini yang Ammi mahu. Ammi masih nak sorok aku sampai esok supaya dapat tunjukkan aku kepada semua orang serentak.

Oh! Lupa nak bagi tau. Malam ni Abba dan Ammi dan aku tidur di rest house. Zarina Khala dan Shahid Mamu pun tidur di sana. Hanya keluarga Munni Khala tidur di rumah Azizullah Nan.

Lepas tu nani keluar datang jumpa Ammi. Ammi turunkan cermin kereta. Nani selamba aje bergurau dengan Ammi. Eh! Tak nampak aku ke? Hello! I am here. Kecik sangat ke aku ni sampai semua orang tak perasan walaupun dah duduk kat tepi Ammi?

Nani masih tak perasan aku lagi. Ammi pun Tanya, “Khala (Nani tu Ammi punya Khala) tak nampak ke surprise yang saya cakap tu?” Nani pula Tanya, “Mana?” sambil tengok kea rah kaki Ammi. Agaknya Nani memang fakir Ammi bawa anak kucing kot. Aku yang dah lama tunggu, terus menyapa Nani, “NGUEK”. Dalam kesunyian malam tu suara aku kedengaran agak kuat dan Nani terus terperanjat dan terlompat ke belakang. Punyalah kelakar reaksi Nani tu. I didn’t expect this. Ammi ketawa tak berhenti-henti. Mungkin kawan-kawan yang baca tak rasa kelakar tapi kalau kawan-kawan ada kat situ masa tu dan nampak reaksi spontan Nani berserta ekspresi mukanya, mesti rasa lucu.

Rest House pekan Keroh, tempat kami bersemayam.
Nani Tanya pula, “Apa tu?” Apa tu? Lagi mau tanya! Ini Aadam mika’il. Bila Ammi cakap anak Ammi, nani tak percaya. Nani cakap aku anak patung. Ya Rabbi! Masih tak percaya. (Ke comel sangat aku ni sampai Nani ingat aku ni anak patung???) Nani minta nak dukung aku sebab nak confirm bahawasanya aku sememangnya manusia dan bukannya anak patung. Lepas tu barulah nani percaya. Nani tunjukkan aku kepada Azizullah Nana. Dia tak berapa terkejut.

Kemudian Ammi minta Nani merahsiakan tentang aku dan kami terus ke rest house tu. Di situ Shahid Mamu pula tengok aku. Dia pun tak terkejut.

Siapa lagi aku nak jumpa esok? Tak sabar aku tunggu. Hari ni dah berakhir dengan kegembiraan walaupun keletihan yang amat sangat. Esok macam mana pula?


10 09 2010. Jumaat
Hari Raya 2010

Yeh! Yeh! Raya. Hari Raya aku yang pertama. Tak sabar rasanya nak melalui hari ini. Macam mana agaknya hari raya tu???
Baju raya pertama dalam hidup Aadam.

Semua orang bangun awal pagi dan bersiap-siap. Abba pakai baju melayu sepasang warna putih. Wah! Segak sungguh Abba Aadam ni. Biasanya kalau Abba pakai baju melayu, Abba pakai bajunya saja, Ni pakai sepasang pula. Mesti hari raya ni satu hari yang special.

Bersama Abba dan Ammi
Ammi memakaikan baju
raya aku yang pertama




















































Ammi pakaikan aku baju melayu juga, warna putih juga. Kali pertama aku pakai baju melayu. Baju tu besar giler…. Aku rasa rimas tapi memandangkan semua orang lelaki pakai baju melayu, aku pun hentam sajalah. Aku rasa, aku rasalah kan, aku nampak lebih segak dari Abba berpakaian baju melayu. He He He.



Pak Ngah Fouzi bersama anak-anak
Pak Ndak Shakri, Mak Ndak Leha
bersama Darwish
Selepas orang lelaki makan ringan, semua orang beratur untuk bersalam dengan Tok dan Tok Wan yang sedang duduk di “singgahsana” mereka. Aku dibaringkan di atas sofa, di sebelah Tok Wan. Bila sampai giliran Pak Ngah untuk bersalam, Pak Ngah menangis dahsyat punya..nasib baiklah rumah Tok Wan di kawasan bukit, kalau tak dah banjir kot. Kenapa Pak Ngah menangis macam tu sekali? Aadam pun tak pernah nangis giler macam tu walaupun Aadam masih baby. Buruklah Pak Ngah. Lain kali jangan nangis lagi ok.

Aku nampak orang-orang dewasa bagi satu sampul kat budak-budak semua. Sampul apa tu? Aku tak dapat ke? Nak juga ….. Akhirnya aku pun dapat sampul tu. Ayah-ayah saudara dan / atau ibu-ibu saudara aku bagi. Oh! Berisi duit rupanya. Inilah duit raya… my first duit raya. Tapi aku nak buat apa dengan duit ni? Aku bukannya boleh pergi shopping. Aku tau, aku nak beli PS 4. Ada ke jual?

Pak Njang Man dan Mak Njang Zai dengan
2 orang anak mereka, Kak Nurin dan Kak Qaisarah
.
Aku dengar ammi kata nak masukkan ke dalam Amanah Saham Didik tapi Ammi tak pasti boleh ke buka akaun ASD untuk aku. ASD tu apa? Ammi cakap kalau tak boleh, nanti masukkan ke dalam bank saja. Musnahlah impian PS 4 aku…

Selepas bersalam-salaman, Ammi turun ke bawah. Nak pergi toilet lagi kot. Abba pun turun juga. Tinggallah aku dengan Tok Wan dan Tok dan yang lain-lain di atas. Tiba-tiba ….. PANG! Aku terkejut. Apakah itu? Itulah penampar Abang Izz yang hinggap di pipi aku sebab dia cemburu Tok Wan sayang aku. Aduh! Sakitnya. Abba dan Ammi pun tak pernah penampar aku. My first penampar. Sedih betul aku. Hey Abang Izz, main kasar nampak. Taka pa, tak pa… sempena hari baik, bulan baik ni Aadam maafkan. Tapi jangan buat lagi tau. Janganlah monopoli Tok Wan. Kedekut t*** hidung masin betullah Abang Izz ni.

 Pak Teh Shah, Mak Teh Nurul bersama A. Izz

Lepas tu semua orang lelaki pergi sembahyang raya. Aadam nak ikut juga tapi tak de sapa pun pedulikan aku.

Allahuakhbar...! Ussalli sunnatan aidulfitri...
kitaorang pun nak sembahyang sunat hari raya jugak ni...

Selepas semua orang balik dari sembahyang, Abba ajak semua orang bergambar. Pak Njang dan Pak Andak pun bawa kamera masing-masing. Satu demi satu family bergambar… Family kami berpakaian serba putih, Anak-anak Pak Ngah serba hijau. Pak Njang sekeluarga serba biru. Pak Andak sekeluarga serba brown. Darwish pun pakai baju melayu juga dan baju melayu dia pun sama macam aku, besar semacam je. Pak Teh sekeluarga serba orange. Yang belum berkeluarga, pakai ikut suka hati mereka. Tok dan Tok Wan pakai warna hijau, Abba yang belikan. Tahun depan kita semua-semua-semua-se…. pakai warna yang sama nak? Tak payahlah ikut setiap keluarga.


Abba ada juga tangkap gambar aku dan Darwish, tidur dalam satu bakul. Gaya kami tidur satu fesyen aje… macam kembar pula. Gambar satu family pun ada juga. Ramai yang tangkap gambar kami. Macam bintang pilem lah pulak.

Ada seribu liun tetamu yang datang, ni sikit je ni...
Selepas sessi fotografi, aku kepenatan lalu tertidur. Ammi turun ke bawah nak makan (walaupun takut-takut). Tetiba je rumah Tok Wan diserbu jiran-jiran. Ni mesti nak makan sup Tok Wan. Aku yang sedang tidur dalam bakul, terperangkap di celah-celah orang ramai itu. Abba dan Ammi tak boleh datang dekat aku sebab rumah penuh so aku ditinggalkan di situ saja. Selepas semua orang balik, Abba ambil bakul aku bawa kepada Ammi. Eh! Dapat duit raya lagi …. Jiran-jiran yang bagi. Selepas tu kawan Pak Ngah pula datang. Kawan Abba tak datang ke?

Selepas semua orang dah balik, Abba dan adik-adiknya pula pergi menziarah ke rumah jiran tetangga. Ammi tak ikut sebab takut perutnya buat hal. Aku tinggal di rumah dengan Ammi. Agaknya inilah makna hari raya kot ziarah-menziarah, makanan yang macam-macam dan duit raya.
Pak Su bersama anak-anak sedara
 yang suka membulinya.

Petang tu Ammi call Nani nak ucap Id Mubarak. Ammi sempat bagi tahu Nani yang Ammi akan balik bawa surprise dan Nani menyangka Ammi nak bawa anak kucing untuknya. Kucing tu apa?

Kami tak pergi berjalan ke mana pun sebab Mak Andak masih dalam pantang, jadi tak boleh keluar. Eh! Aadam pun dalam pantang juga, boleh je keluar. Kalau Mak Andak tak pergi, Tok pun tak pergi dan kalau Tok tak pergi, Abba pun tak nak pergi. Jadi sepanjang hari tu kami duduk kat rumah saja, semua orang makan dan makan.

Petang tu Makcik Yati (kawan Mak Andak datang) dengan keluarganya. Dia cuit-cuit aku sikit lepas tu pergi lepak dengan Mak Andak dan Darwish.
Keluarga Tok Wan bergambar bersama.

Kawan Abba dan Pak Ngah masa sekolah
rendah dulu datang, Pak cCik Azhar sekeluarga.
Malam tu best friend Ammi masa kat U dulu call Ammi. Saja nak wish Ammi Selamat Hari Raya. Nama kawan Ammi tu Aunty Barjiz. Ammi bagi tahu Aunty Barjiz tentang aku. Aunty Barjiz terlalu gembira dan minta gambar aku nak tengok. Ammi mms gambar aku dan semestinya Aunty Barjiz sukakan aku yang comel ni.


Satu hari yang penuh bermacam-macam peristiwa. Dan esok adalah satu hari yang sangat aku tunggu-tunggu. Kami akan menziarahi kaum keluarga Ammi. Bagaimana penerimaan mereka terhadap aku? Adakah sama macam keluarga Abba? Adakah mereka akan gembira? 1001 soalan menerpa ke benakku. Aku terlena diulit beribu persoalan.


09 09 2010. Khamis
Hari terakhir berpuasa di kampung Kota Gelanggi.

Aku tak bangun sahur hari ni. Orang lain semua bangun. Ammi pun bangun sahur tetapi lepas makan, Ammi terus muntah. Aadam risaukan Ammi lah. Dah berapa hari Ammi sakit ni, makan pun tak lalu.

Buruk beno rupa bila aku nangis. Saja berlatih untuk sessi maaf bermaafan esok pagi.
Ammi continue packing kain baju Abba dan Ammi pula. Abba pun tolong. Mereka nak bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan. Aik! Balik kampung pun sesak juga ke? Ingatkan kat Lembah Klang ni saja yang jam.

Lepas siap packing, Ammi dan Abba pula bersiap-siap dan aku juga “dikejutkan” untuk disiapkan. Ammi asyik berkejar ke toilet dan akhirnya, Ammi buka puasa sebab nak makan ubat. Ohhh! Baru aku tahu yang kita boleh buka puasa kalau kita tak sihat tapi kena ganti semula. Patutlah Mak Teh pun tak puasa semalam dan hari ni.

Kami bertolak dari rumah sekitar jam 7.00 a.m. Ammi cakap dah lewat sebab tiap-tiap tahun semasa balik cuti raya, Abba dan Ammi akan bertolak immediately selepas solat Subuh. Kereta Abba penuh macam duduk dalam tin sardine cap Ayam. Banyak sungguh barang. Pakcik Jai yang bawa kereta dan Abba duduk di sebelahnya. Ammi dan aku duduk di tengah-tengah sementara Pak Teh dan Mak Teh duduk di belakang.

Mujur jalan tak jam. Aku rasa lama sungguh duduk dalam kereta. Jauh sangat ke rumah Tok Wan ni? Ini kali pertama aku berjalan jauh. Selalunya Cuma berulang-alik ke rumah Munni Khala saja. Penatnya.

Cara tidur ahli sukan
Cara tidur orang kreatif
Selepas sampai ke Pahang, Pakcik Jai memberhentikan kereta di beberapa tempat. Kenapa? Oh! Rupanya Abba nak beli kaki lembu untuk Tok Wan buat sup tapi semuanya sudah ditempah orang jadi tak dapat beli, Sampai simpang Jengka 11, ada satu pakcik tu kata tinggal 1 saja kaki yang belum dijual. Selepas Abba beli kaki tu, kami teruskan perjalanan. Rupanya sup kaki lembu adalah speciality Tok Wan. Setiap tahun raya mesti buat punya dan jiran-jiran pun suka datang rumah Tok Wan nak makan sup kaki. Hmm… Aadam kena try ni tapi …. Ammi bagi ke? Nanti mesti Ammi cakap Aadam kecik lagi, tak boleh makan etc. Ammi, Aadam boringlah asyik minum susu je, naklah juga benda-benda lain yang sedap tu.


Akhirnya kami sampai. Tok Wan dan Tok tengah sibuk. Wah! Rumah Tok Wan kat kampung. Barulah aku tahu macam mana rupa kampung. Tapi bukankah rumah kampung tu sepatutnya rumah papan? Rumah Tok Wan ni rumah batu. Sama je macam rumah Abba.


Tok kata Pak Njang, Mak Njang dan Pak Ngah pun nak balik tapi belum sampai lagi. Tak sabar nak jumpa Pak Njang dan Mak Njang sebab aku tak pernah jumpa mereka lagi.

Seboknya menganyam ketupat palas,
 apatah lagi bila nampak kamera...
Seperiuk sup tulang kaki lembu untuk jamuan
 esok merupakan acara wajib keluarga Tok Wan.
Tok sedang meninjau berapakah
jumlah lubang hidung aku.
Semua orang sibuk. Macam-macam benda yang dibuat … kemas rumah, buat preparation untuk masak sup, buat ketupat dan lain-lain. Tahun ni Tok tak buat lemang, beli aje sebab tukang buat lemang dah bersara tahun ni. Siapa tukang buat lemang tu? Abba lah. Abba cakap tahun ni dah ada aku jadi Abba nak jaga aku jadi tak boleh buat lemang sebab ambil masa yang lama. Aku nak juga tengok proses bakar lemang tu tapi hajat aku tak kesampaian. Nantilah aku besar sikit, aku boleh tolong Abba. Kesian Abba… setiap tahun bakar lemang sorang-sorang je.


Ammi pula tukang bungkus ketupat tapi tahun ni Ammi pun tak buat sebab Ammi sakit. Selepas duduk bersembang sekejap, Ammi makan ubat lagi dan pergi tidur.



Pak Cik Jai terlampau letih, tidur
berdengkur atas sofa antik lagi...
Kesian Pak Teh Shah, penat kerja tu.
Pak Njang Man pun letih, lelap siap
dua bantal lagi...
Pak Njang Man dan mak Njang Zai sampai dengan 2 orang anak mereka, Kak Nurin dan Kak Qaisarah. Terkejut dia orang tengok aku. Oh! Inilah keluarga Pak Njang. Kak Qaisarah tersangat peramah. Aku seronok sangat.


Malam tu Pak Ngah pula datang dengan anak-anaknya. Terlalu ramai orang dan terlalu meriah. Lepas buka puasa, semua budak-budak (kecuali aku dan Darwish) pergi main mercun. Pak Njang yang belikan. Aku tak boleh tidur sebab bising sangat. Ammi bagi tau Pak Njang yang Ammi baru tengah marah orang-orang lain yang buat bising main mercun, ini Pak Njang pula bawa balik mercun.

Upacara potong kek Ammi sepena
Birthday Ammi ke 38 tahun.
Mak Njang Zai menyusukan aku dicemburui
oleh Kak Nurin dan Kak Qaisarah
Malam tu Ammi masuk tidur awal sebab sakit.. Tah pukul berapa tah Ammi bangun nak makan sebab tadi Ammi tak makan. Ammi makan sikit saja sebab perut Ammi sakit sangat dan asyik berulang-alik ke tandas. Selepas Ammi makan, tiba-tiba… jeng je jeng… ada surprise untuk Ammi. Abba belikan kek harijadi untuk Ammi. Oh! Rupanya esok harijadi Ammi. Happy Birthday Ammi. Semoga Allah panjangkan umur Ammi dan beri Ammi kesihatan yang baik serta kebahagiaan.

Sebenarnya Abba cadang nak suruh Ammi potong kek tu pada pukul 12.00 tengah malam tetapi disebabkan semua orang dah ngantuk dan nak tidur Abba minta Ammi potong awal sikit. Kek Blackforest. Sedapnya tapi kesian Ammi tak boleh makan. Ammi memang suka kek Blackforest. Kesian aku juga sebab aku pun tak boleh makan.

Malam tu aku tidur dengan rasa tak sabar menanti hari esok… my first raya.

08 09 2010. Rabu



























Hari ni aku pergi rumah Mak Teh. Mak Teh demam. Demam teruk sangat. Abba ingat demam biasa saja. Kesian Mak Teh kena jaga aku lagi.
Ramos menggunung tinggi tu dah tak lama usianya tu. Risau sungguh menghitung hari mendatang.
Huih! best oo tak berbaju,
aircond free...
Petang tu Abba datang menjemput aku dan Mak Teh. Mak Teh nak ikut kami balik ke rumah Tok esok. Mak Teh tak puasa sebab sakit. Pak Teh pula pergi rumah ibunya. Saja nak jumpa sebelum balik rumah Tok. Malam tu Pakcik Jai pun datang, nak balik sama.   

Malam tu pula Pakcik Jai datang, nak balik ke kampung sekali juga. Wah! Mesti best ni, balik ramai-ramai. Nanti Abba nyanyilah lagu “Balik Kampung ok. Errr…. Abba boleh nyanyi kah? Kalau Ammi, aku dah tau, memang tak berbakat langsung. Tiap kali Ammi dodoikan aku, aku terus menguap. Bukan niat Aadam nak sakitkan hati Ammi, tetapi menguap tu datang secara semulajadi setiap kali Aadam dengar Ammi menyanyi. I am sorry Ammi.

Malam tu juga Abba bawa Mak Teh ke klinik. Nampak lemah je Mak Teh tu. Kesian. Ammi pula sibuk packing baju aku nak bawa balik kampung.    

07 09 2010. Selasa

Hari ni Ammi tak pergi kerja lagi sebab masih kembung perut tapi aku tetap ke rumah Munni Khala sebab Ammi sakit sangat. Abba suruh Ammi rehat kat rumah.

Tengahari tu aku dengar Munni Khala call Ammi cakap esok Munni Khala nak pergi shopping. Shopping lagi? Munni Khala cakap dia nak beli tudung.

Balik ke rumah hari tu, Ammi cakap Mak Andak sms Ammi bagi tau nama Irfan dah ditukar. Boleh tukar-tukar ke? Sekarang dah jadi Muhammad Darwish. Hmmm… macam nama Mat Salleh. Aku lebih suka nama Irfan tapi nama Darwish lagi glamour. Oklah tu.

Malam tu Abba bawa Ammi pergi klinik. Nurse tu ingat aku yang nak jumpa doktor. Kaum Cina manyambut sesuatu perayaan malam tu. Masa di klinik, aku dengar muzik yang ala-ala opera di sambutan perayaan itu, terus aku tertidur.


06 09 2010. Isnin

Hari ni aku tak ikut Abba dan Ammi pergi kerja sebab aku ikut Munni Khala. Ikut Munni Khala???? Eeee…. Takutnya! Munni Khala boleh drive ke? Aku selalu dengar Abba cakap orang perempuan drive “handal” sangat sampai boleh masuk F1. Boleh ke?
Orang kata pipi aku dah mula kembang, ni yang tak syok ni, kena banyak senaman, contohnya senaman tidur...
Sepanjang perjalanan ke rumah Munni Khala aku berdebar-debar. Akhirnya … Alhamdulillah aku selamat sampai.

Petang tu masa ambil Ammi, Ammi mengadu sakit perut, kembung. Ingatkan aku saja yang kembung, rupa-rupanya orang dewasa pun kembung juga ye? Kesian Ammi..

Malam tu buka puasa Ammi makan kurma aje. Ammi cakap tak lalu nak makan, rasa nak muntah. Ammi makan ubat. Ammi, jangan makan ubat masa perut kosong. Dengarlah nasihat Aadam. Selepas solat Maghrib, Ammi tidur sekejap. Bila bangun tidur, Ammi dah lega sikit, jadi Ammi pergi makan.

 Semasa Ammi sedang makan, Pakcik Jai dan Makcik Fiza datang, nak hantar hamper untuk Tok, ke untuk Irfan, aku kurang pasti. Sekejap je mereka datang. Ingatkan nak tidur sini.


05 09 2010. Ahad
Munni Khala sekeluarga datang melawat aku

Hari ni aku demam… sikit je. Tapi Abba dan Ammi risau lebih-lebih sampai tak bagi aku mandi hari ni. Busyukkkk….

Munni Khala nak pergi shopping raya hari ni lepas tu nak datang buka puasa dan bermalam di sini. Tu mesti kes rindukan Aadam kan Munni Khala??? Kan? Kan? Kan?

Hari ni pagi-pagi Abba dah keluar. Abba pergi ke kubur arwah Nani di PJ. Ammi tak ikut sebab takut nak bawa aku. Ammi siap pesan kat Abba, “Balik nanti ambil air sembahyang dulu sebelum masuk rumah”. Kesian Ammi, mesti Ammi teringin nak ziarah kubur arwah Nani tetapi demi kerana aku, Ammi sanggup tak pergi. Taka pa Ammi, nanti bila Aadam dah besar, Aadam sendiri akan bawa Ammi pergi. Nanti Aadam bersihkan kubur arwah Nani dan bacakan Yassin untuk arwah Nani, ok.

Aku memang tabik kat Abba. Dia selalu membawa Ammi ke kubur arwah Nani walaupun semasa Abba kahwin dengan Ammi, arwah Nani dah tak ada dan Abba tak pernah jumpa arwah Nani. Ammi dan keluarga Ammi cakap Abba memang seorang yang baik sangat-sangat-sangat. Susah nak cari orang macam Abba. Aku rasa pasal tulah Ammi sayangggggg sangat kat Abba. Nanti Aadam pun nak jadi macam Abba, biar semua orang sayang, biar isteri (Ehem!) Aadam pun sayang Aadam.

Selepas ke kubur, Abba pergi Tesco beli lauk pauk nak masak untuk Munni Khala. Ammi jarang masak, selalunya beli dari kedai je. Abba balik hampir tengahari.

Munni Khala pun datang sekejap lepas tu. Khabarnya Khalid Khalu baru first time bermalam di rumah kami sejak Abba dan Ammi berkahwin. Wah! Meriah sungguh.

Ammi mula masak selepas solat Asar. Aku ditinggalkan dengan Munni Khala. Ammi dibantu Abba. Nana Baji dan Ella Baji pun tolong potong-potong sayur, ubi dll. Macam-macam masakan Ammi dan Abba buat…. Ada kari ayam, ayam goreng, daging cincang berlada, udang masam manis, telur dadar, sayur campur dan sambal ubi (sambal ubi dimasak oleh Munni Khala).
Semua orang sedang makan hingga lupa Aadam

Semenjak datang, Khairul Bhaiya tidur aje. Dia bangun kejap masa berbuka dan sambung tidur selepas solat Maghrib. Malam tu Abba pergi terawih dengan Khalid Khalu dan Noor Bhaiya. Noor Bhaiya ni agak alim orangnya. Kalau solat pun berjam-jam… entah apa yang dibaca pun tak tahu. Ketiga-tiga Baji tu selalu kena sound dengan Noor Bhaiya sampai dia orang menggelarnya Imam Muda. Untung sapa dapat bersuamikan dia, dahlah handsome, alim pula. Sekolah pun pandai, berbudi bahasa pula… Alhandulillah.

(Ehem! Noor Bhaiya, bila nak bayar duit yang dijanjikan tu??? Aadam dah puji habis-habis ni).

Hari ni ada satu peristiwa penting yang berlaku. Aku panggil Ammi buat kali pertama. Aku tau ramai yang tak percaya. Tapi sebutannya lain sikit lah… bunyinya Amme. Ammi seronok sangat.
04 09 2010. Sabtu
Happy birthday to me...

Happy Birthday to Me. Dah sebulan aku duduk kat muka bumi Allah yang teramat indah ini walaupun dunia aku masih terlalu kecil… rumah aku, rumah Munni Khala dan rumah Mak Teh serta Klinik Wardah tetapi aku tetap terasa keindahan dunia ini.
Hanya susu Snow sesuai untuk aku.

Tapi pagi ini aku tak terasa keindahan itu. Hanya murung yang ku lihat. Sirna mentari terasa seolah-olah menggigit tubuh kecilku. Nyanyian sang mergastua jua tak seindah biasa (Ek! Macam lagu dto’ siti lah pula). Segala-galanya teramat asing buat aku…. Dan semua ini hanyalah disebabkan rasa takut yang menyelubungi aku.


Abba kata tak payah pergi awal-awal sebab ramai orang. “Kita pi lambat sikit,” kata Abba.

Oh! Abba, tidakkah Abba faham betapa tersiksanya jiwa Aadam memikirkan nak kena suntik ni. Kenapa nak panjangkan lagi penantian dan penyiksaan ini? Andai memang ditakdirkan Aadam disuntik hari ini, usahlah dipanjangkan lagi penantian ini. Sesungguhnya penantian itu suatu penyeksaan. Awat aku jadi semacam sentimental pula hari ini. Sememangnya perasaan takut ini telah mengubah diriku menjadi seorang penyajak. He! He!

Abba, pergilah cepat-cepat dan biarlah Aadam dapat lepas dari perasaan ini. Akhirnya aku dibawa ke klinik. Degedup! Degedup! Degedup! Bunyi jantungku laju. Terjumpa pula akak misi yang peramah hari tu. Dia cam Ammi lalu datang bersembang. Dia cakap muka aku dah macam muka Ammi sambil tarik-tarik hidung aku yang tak berapa mancung ni (hidung Ammi agak mancung, biasalah … orang Hindustan). Ammi tersenyum lebar. Tapi senyuman Ammi hanya sementara. Akak misi tu sambung ayat dia …. Dah bulat macam mak dia. Kesian Ammi. Mesti kecik hati dia. Sememangnya semenjak aku minum susu Snow ni aku makin bulat. Terhibur sikit hati aku dan terlupa sekejap ketakutan aku. Alangkah baiknya kalau semua misi dan doktor peramah macam ni kan.

Sampai giliran aku. Abba dan Ammi bawa aku masuk. Ammi tanya doktor suntikan ni untuk apa? Kata doctor Hepatitis B second dose. Second dose? Mana first dosenya? Aku tak ingat pun pernah kena cucuk. Doktor cakap masa aku lahir. Ohhh! Patutlah aku tak ingat. Itu cerita masa aku kecik-kecik dulu. La ni aku dah besaq, dah sebulan umuq aku. Dah terer cakap utara dah pun (ni belajaq dari akak misi tadi lah).

Abba membaringkan aku dan datang seorang lagi akak misi pegang aku sementara doktor cucuk aku. Taklah sebesar yang aku bayangkan jarum tu. Sebaik doctor nak cucuk, aku dah berbunyi, “Nguek! Nguek! Nguek!” 3 kali je. Dah siap cucuk? Cepatnya. Tak sakit pun. Ammi kagum dengan keberanian anaknya ini. He! He! He! Kalaulah Ammi tahu perasaan aku dari malam tadi.

Ammi minta doktor ubat nak sapu kat bekas suntikan tapi kata doktor suntik ni tak sakit. Tak demam pun. Ammi dan Abba nampak happy.

Sebelum kami keluar, doktor tu cakap suntikan berikutnya sebulan lagi, pada 4/10/10 tapi boleh pergi lambat sikit pun taka pa. Ammi tanya hari Sabtu boleh? Doktor cakap boleh.

Keluar dari bilik doktor, Ammi cakap aku brave boy. Kalaulah Ammi tahu….

Abba nak ke Ikea, beli kotak simpan baju aku yang semakin banyak. Ammi kata Ammi nak ikut tapi tak nak turun. Ammi risau kalau aku sakit dan meragam sebab baru kena cucuk. Abba balik rumah dulu ambil barang-barang aku termasuk air panas untuk tuam bekas suntikan dan bawang merah untuk gosok bekas suntikan (ini petua dari Mashkoora Khala yang sempat Ammi tanya malam tadi. Kepada ibu-ibu kawan-kawan yang lain, bolehlah cuba petua ini).

Secara kebetulan bawang merah habis di rumah. Abba Cuma ambil pisau kemudian ke kedai, beli bawang merah. Selepas beli bawang merah tu, terus Abba potong dan gosokkan ke bekas suntikan sementara Ammi sibuk mendemah bekas suntikan tu DI LUAR KEDAI TU JUGA! Aku? Aku relax je, sibuk tidur. Hey! Ini Aadam Mika’il lah. Setakat kena suntik macam tu tak heranlah. He! He! He!

Munni Khala telefon Ammi tanyakan aku. Ammi pun cakap Abba dan Ammi sibuk “merawat” aku sementara aku sibuk tidur. Munni Khala cakap, “Aadam tu herolah”. Ha! Ha! Ha! Kalaulah semua orang tahu hal yang sebenarnya …..

Balik dari Ikea, terus Ammi susun kain baju dan peralatan aku yang lain (barut, mittens, booties etc.) ke dalam kotak-kotak yang baru dibeli tadi. Abba pun tunjukkan baju baru yang Abba beli dari Adams kepada Ammi. Ada baju kemeja lengan panjang putih bercorak hitam (macam Mat Belia punya) bersama seluar panjang hitam dan jacket biru, ada t-shirt belang putih jingga lengan panjang dan t-shirt hitam bertulis “Future Star”. Ammi geram tengok baju-baju tu sebab comel sangat. Sesuailah dengan aku yang comel ni. Terima kasih Abba.

Malam tu Abba tidurkan aku dan kemudian ke surau untuk mengerjakan solat terawih. Sebaik Abba keluar rumah, aku dah jaga dan tak tidur-tidur sampai Abba balik walaupun Ammi cuba nak tidurkan aku. Aku saja je bangun, nak sembang-sembang dengan Abba. Abba suka sembang berbisik-bisik dengan aku. Ammi pun suka sembang dengan aku dalam bahasa Hindustan dan English. Pening kepala aku nak belajar banyak-banyak bahasa ni.

















































































































03 09 2010. Jumaat
Rungsing ni...
Bersama Ammi dan Abba tersayang.


Hari ni aku tak tidur sepanjang hari. Aku juga tak kacau Munni Khala sepanjang hari. Khalu Khalid pun kagum dengan kebaikan aku hari ni. Dia cakap dengan Munni Khala, “Baik sungguh budak ni hari ni”.

Malam tu Abba dan Ammi datang agak lewat. Hmmm… Apa agaknya Abba dan Ammi makan? Ada tapau untuk aku tak? Mesti sedap punya kan? Kalau tak sedap, takkanlah makan banyak-banyak.

Aku bercadang tunggu Abba dan Ammi tapi Aadam tak laratlah Abba, Ammi. Aku pun tertidur. Yelah, kan aku tak tidur sepanjang hari.

Khalu Khalid cakap kat Abba mesti aku kacau malam ni sebab aku baik sepanjang hari. Tapi aku tak kacau pun. Aku bangun sekali je… itu pun pasal aku lapar.

Ammi cakap esok aku akan sambut harijadi aku yang ke sebulan sebab tu aku baik. Aku dah besar. Sebenarnya semua orang tak tahu. Aku sebenarnya risau. Esok aku akan kena cucuk. Aku bayangkan doctor yang cantik itu tersenyum manis kat aku dengan syringe di tangannya. Tu senyum yang nak membodek aku lah tu supaya tak menangis. Aku bayangkan syringe yang besar dan panjang dengan jarum tajamnya. Aku bayangkan doctor itu menarik seluar panjang aku ke bawah dan menggosok-gosok bum bum aku dengan spirit lalu… lalu…. jarum besar dan panjang dan tajam itu dicucuk ke bum bumku ADUHHHHH!!!! SAKITNYA! Oh! Tidak. Aku berimaginasi rupanya. Huh! Sungguh menggerunkan.

Itulah yang merunsing dan menakutkan ku sepanjang hari dan sepanjang malam sampai aku terlupa nak merengek dan menangis. Musykil betul aku memikirkan jalan nak mengelak tapi tak nampak-nampak jalan pun

Malam itu aku tidur dengan imaginasi ngeri itu.

02 09 2010. Khamis




























Birthday Munni Khala

Satu dari gaya tidur kegemaran Aadam.
Nampak body lengan yang berketak-ketak, tu yang nampak macho.

… dan pagi-pagi aku dah berjaya buang air. Alhandulillah. Tak payah jumpa doctor.

Oh, ya! Terlupa pula Aadam. Happy 49th Birthday Munni Khala. Ammi call Munni Khala selepas sahur untuk wish dia. Aadam pun nak wishlah Ammi. Aku bersuara, “Enk! Enk!” (maksudnya Selamat Hari Jadi). Munni Khala terdengar suara aku dan Ammi cakap kat dia yang aku tengah wish dia. Terima kasih Ammi kerana tolong translate.

Dalam perjalanan ke pejabat Ammi, Ammi ingatkan Abba untuk bayar fitrah untuk aku. Abba cakap dah bayar. Pasti itu merupakan satu detik yang manis buat Abba… satu saat yang sudah lama ditunggu-tunggu.

Masak ketupat dicampur mentega,
Enak dimakan bersama rendang,
Jumpa Aadam hulurlah duit raya,
Ingat! sepuluh dua Aadam tak pandang.




























Hari ni Abba design kad raya dengan gambar Abba, Ammi dan aku terpampang di situ. Wah! Dah jadi model kad raya aku. Abba dan Ammi dah lama tunggu saat-saat nak letak nama aku bersama-sama nama mereka di kad raya. Tahun ini sudah tercapai hajat mereka.

Abba juga design kad hari jadi untuk Munni Khala… daripada aku. Gerenti Munni Khala suka punya.

Aku tersilap… Munni Khala tak berapa suka kad tu sebab dia cakap dia nampak buruk sangat. Ye ke nampak buruk??? Aku tengok cute saja. Dia tak suka sebab Abba buat dia hisap puting dan pakai bedong. Noor Bhaiya cakap bedong tu membuatkan badan Munni Khala nampak bulat macam panda. Ha! Cutelah tu. Ala! Munni Khala, puting tu kan hadiah dari Aadam. Itu saja yang mampu Aadam bagi. Nantilah bila Aadam dah besar, Aadam bagi baju kelawar yang Munni Khala suka pakai tu. Boleh jadi Kelawar Lady.

Malam ni Ammi packing baju aku lebih sikit untuk hantar ke rumah Munni Khala esok sebab esok aku kena tinggal di sana sampai malam. Ammi ada iftar (buka puasa) dengan kawan-kawan pejabat Ammi. Abba pun pergi juga. Bos Ammi yang belanja.


01 09 2010. Rabu
Try baju raya warna putih. Abba dan Ammi beli kat Jalan TAR ni.

Hari ini adalah hari jadi arwah Nani (ibu Ammi). Kalau arwah Nani ada, umurnya dah 77 tahun sekarang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah Nani.Amin. Sebenarnya Abba juga teringin jumpa arwah Nani. Nak juga rasa macamana ada ibu mertua. Apa daya kita sebagai manusia. InsyakAllah nanti jumpa Nani di akhirat.
Bersama Ammi tercinta

Malam ni Abba pakaikan aku baju Melayu untuk tangkap gambar… nak buat kad raya. Ya Allah! Besarnya baju ni.Silap pandang macam selimut pun ada. Tapi lebih tepat macam angkasawan kena sawan! Hentam sajalah Labu…

Aku pula kurang sihat hari ni. Sakit perut, tak boleh buang air besar. Ammi suruh Abba ambil ubat aku esok. Oh! Tidak! Aadam tak mahu Ammi. Aku merengek sepanjang malam dan...

Apa yang Aadam sudah dapat setakat ini.


DUIT.
Khan Khalu bagi RM 20,  
Khalid Khalu bagi RM 50.
Tok bagi RM 20,

  
Munni Khala kasi set baju ni,
Ada kaler biru satu lagi.
Kawan Office Ammi kasi Talking Frog
Pak Cik Jai dan Mak Cik Fiza kasi set baju.




No comments:

Post a Comment