Wednesday, November 30, 2011

Aadam Story bulan November 2011

30 11 2011. Rabu
Abba Beli Aquarium

Aku beransur sembuh tetapi masih tak lalu makan sangat. Abba pula kena cirit-birit. Ammi pun ada tempias sikit-sikit. Aku dihantar ke rumah Mama lebih awal dari biasa.
Apa yang abba tengah
buat tu?
Peninglah nak pikir...


Apa kata kita tengok video ni.
Petang ni pun aku dijemput awal. Sampai di rumah tak macam biasa. Aku nak masuk ke dalam untuk tengok, tetapi Abba tak bagi. Abba suruh Ammi dukung aku sekejap sementara Abba masuk. Abba tak mau dukung aku seperti biasa. Aku menangis minta abba dukung. Abba sebok ambik gambar aku je. Tiba-tiba Ammi terjerit, “Oh! Inilah kerja yang Abang buat”. Aku tak faham makksud Ammi. 
video





Tetiba saja aku tergamam dan terdiam sejenak. Eh! Ada aquarium. Aku memang suka tengok ikan dalam aquarium dan aku rasa aquarium ni pun Abba beli untuk aku.

Selalunya abba akan dukung aku ke dalam bilik walaupun aku sebenarnya dah boleh jalan sendiri. Kalau dah masuk dalam rumah pun aku nak abba buka pintu bilik sambil dukung aku. Kalau abba letak kat bawah je aku akan nangis dan keraskan badan.

29 11 2011.
Selasa

Abba dan Ammi balik awal hari ni. Abba sakit dan Abba tidur awal sangat – belum pukul 9 malam dah terlena.
Ada sesuatu mengganggu lubang
hidungku...

Oh! tahi hidung rupanya.
Kami semua tak makan malam hari ni. Ammi pun tak sihat dan cuba pujuk aku supaya tidur awal sebab Ammi tak larat dan demam tetapi aku nak bermain. Hampir jam 12 baru aku tidur


28 11 2011. Isnin

Aku tak sedap badan, jadi cara aku
tidur pun agak tidak sihat.
Happy Birthday to Alam MamuAku muntah sepanjang malam. Pagi-pagi Ammi dah ajak Abba balik sebab nak bawa aku ke klinik pakar kanak-kanak. Pagi ni pun aku muntah dan aku tak lalu makan. Bukannya aku tak lapar, tetapi tak boleh nak makan.

Sengaja nganga senang ammi nak
sumbat ubat demam.
Kami dah bersiap-siap tetapi Mak Andak nak pergi shopping. So kami tak dapat nak balik lagilah. Aku rasa lemah dan terlena sebab sepanjang malam aku tak tidur. Bila aku terjaga, Mak Andak masih belum balik lagi.

Akhirnya kami bertolak sekitar jam 11 pagi. Kami bergambar beramai-ramai dulu. Sebaik kami bertolak dari rumah Pak Anjang, Pak Andak yang menaiki kereta Tok Wan telefon Abba dan cakap kena patah balik sebab Makcik Zaira tertinggal hand phonenya di rumah Pak Anjang.

Bergambar kenang-kenangan di hadapan rumah Pak Njang.
Aku terlena di dalam kereta. Bila terjaga, Cuma ada Abba dan Ammi saja. Aku muntah lagi. Pak Teh datang membawa sebungkus nasi dan sebotol air untuk Abba. Untuk Ammi taka da ke?

Sampai ke rumah, Abba drop Tok dan yang lain-lain dan terus bawa aku ke klinik. Doktor suruh bagi aku minum 100 Plus. Selepas minum petang, Tok Wan dan yang lain-lain pergi ke rumah Mak Andak. Kami tidur awal sebab kepenatan


27 11 2011.
Ahad
Aku Mandi Laut Desaru.



Kenangan di Desaru Johor Baharu.
Belari penuh gaya...
Begaya di depan
pintu gate rumah
Pak Njang.
Kat halaman rumah Pak Njang
ni aku bebas berlari. Luas...
Mak Njang dan Pak Njang, Tok dan
Ammi sedang ambil angin pagi.
Apa yang aku nampak?
Plane..! Banyak pulak lintas atas
rumah Pak Njang ni.
Ini pool yang Pak Njany sedang buat
sendiri. Cantik....
Bangun tidur rasa janggal je maklumlah tidur tempat baru. Pagi ini aku dapat tahu yang kami semua nak ke rumah Pak Long Poi (sepupu Abba) di Johor Bahru. Ini bermaksud, makin luaslah dunia aku.
Aku merampas komik
yang sedang Pak Su
baca.
Dah bersedia nak
ke rumah Pak Long.

Sementara tunggu tengahari kami lepak-lepak di halaman rumah Pak Njang. Aku suka berlari sana sini. Ulang alik depan belakang. Ada kapal terbang tebang atas rumah. Aku riuh tunjukkan kapal tu. 

Suasana meriah di rumah Pak Long Poi.
Kami bertolak hampir tengahari. Pemandangan memang indah. Lalu di tepian selat Johor. Boleh nampak Singapura. Bila kami dah berhampiran taman perumahan Pak Long Poi, dia datang jemput kami. Memang keliru kalau nak pergi sendiri. Pak Long tinggal di kondo. Cantik rumah Pak Long. Hiasannya bertemakan English. Anak-anak Pak Long pun ramai. Penuh rasanya rumah tu.
Aku berehat kat tok setelah penat main belon buih.
Petama kali aku datang ke kondo.
Muka perak sikit.

Mak Long hidangkan makan tengahari. Aku makan kari hari ini. Sedap. Anak Pak Long main belon buih. Aku seronok sakan. Selepas solat kamipun nak balik. Rupanya Mak Long kena kejar flight ke KL. Patutlah kalam kabut je mereka. Kesian mereka terpaksa layan kami.
Tok Wan ralit menonton Upin dan Ipin.
Jambatan tiang tinggi.
Kagum hingga gayat
tali perut aku.
Tiang jambatan ni pun bapak punya
besar. Macam Ultraman la.
Mak Cik Asmah dukung aku kerana aku gila
nak main pasir.
Alamak, lupa bawa sepender, camna nak
mandi laut ni...?
Mak Cik Asmah ni macam tau je aku tak
pakai sepender. Sengeh menyindir aku la tu.
La, sejak bila ammi meniaga pelampung
ni? Ke ammi yang nak pi try...?

Kami tak balik ke rumah. Sebaliknya kami nak berkelah ke Desaru. Itu pantai perkelahan yang terkenal tu. Syoknya. Boleh tahan jugak jauhnya. Setelah hampir dua jam baru sampai. Waktu pun dah pukul 5.30 petang rasanya.
Suasana Desaru....angin menderu-deru...
Air laut pun laju.....
Nasib baik abba ada jaga aku. 
Kena air masin ni,
habislah kulit aku yang gebu....

Pantai tu penuh dengan orang ramai. Kami pilih satu tempat yang terbuka pantainya. Pak sedara yang lain dah mula pergi mandi. Aku takut-takut. Tengok ombak besar dan laju sangat buat aku takut. Tapi abba pimpin aku main air. Lama-lama aku dah tak takut. Seronok pulak rasanya main air.
Saifullah dah lenjun...
Mak Cik Zaira juga nak bergambar di sini.
Darwish sedang buang air kecil. Belakon
konon...
Korang tau pepatah 'lupa daratan'? Hah!
inilah rupanya Pak Njang aku ni sampai lupa
nak naik ke darat.
Tak pasti aku ke mana hilangnya Saifullah.
Mak Teh pun teringin berendam.
Aku masih takut untuk menjejaki
pasir. Seriau...
Sedangkan Darwish nampak sungguh
bergaya. Dengkinya.
Ombak sebenarnya semakin besar.
Dah mula gatal. Ada gaya tak macam berlakon film? Jalan-jalan tepi
pantai dengan manconya. 
Pergh! model baju purple tu. Tak hinggat.
Aku rasa walaupun ini gambar kaki aku je,
tapi ianya tampak sungguh bergaya.
Jadi kepada pengarah semua, aku calonkan
diriku untuk watak hero film box office korang.
Untuk watak pak pacak,
yang baju hijau tu.
Pose begini majalah hiburan menderu mintak...

video
Bila kami balik sebenarnya dah senja. Aku penat gila bila sampai rumah aku muntah-muntah. Tak tau pasal apa. Rasa tak sedap badan je...

26 11 2011. Sabtu
Pergi ke Rumah Pak Anjang

Pagi-pagi kami dah bangun bersiap untuk ke Johor. Semua orang excited untuk ke sana. Maklulah petama kali. Setelah bersarapan pagi kami menanti Pak Ndak pulak. Mereka begerak dari rumah mereka di Ulu Klang. Pukul 8.30 pagi gitu mereka pun sampai. Setelah semuanya sedia kami pun berangkat.

Mak Cik Asmahbawa aku
ambil angin.
Tempat kami berhenti  tu.
Pejalanan kami lancar. Aku gembira melihat permandangan kiri kana yang penuh pokok-pokok dan juga kenderaan. Banyak sunggun kereta dan lori lalu lalang. Mulut aku tak henti-henti bersembang pasal kenderaan.
Tinggi macam KLCC
tangga ni tau.
Terasa macam kutu tangga
shopping complex lah
pulak.
Kami singgah seketika di stesen minyak untuk berehat. Ada yang buang air dan beli makanan. Setelah 15 minit kami bertolak semula. Kali ini terus hingga ke Pasir Gudang. Wah besar betul Johor Baharu. 

Sedang menikmati makanan tengahari.


Makan sambil menunggang kuda...
Sukan Olimpik pun tak sanggup nak
jadikan satu acara dipertandingkan.
Berkongsi makanan dengan Darwish.
Macamana Kak Qaisarah duduk
atas palang tu?Minta tunjuk ajar...
Bila penat lari sana sini pi makan
dengan Tok semula...
Makan main, makan main...
Alamak nak terkentut
pulak kat rumah orang.
Berehat selepas kekenyangan.
Abang shaiful sedang
 mengetest jentera F1 aku.
Sampai dah pukul 2 petang lebih kurang. Besar juga rumah Pak Njang ni. Dua tingkat lagi. Aku terus belari mendapatkan pot kegemaran aku. Tangga. Seronok naik turun. Darwish dan abang Shaifullah pun sama. Kak Qaisarah pun join kami. Kami main di situ agak lama. Tok suapkan aku dan Darwish makan nasi. Aku berselera sungguh makan.
Darwish minta dibelikan juga F1...
Apa klas bola ni...

Sampai petang ini aku tidur dalam bilik Pak Njang dengan abba. Ada aircond. Sejuk... Terlelap sampai lewat petang.
Suasana di rumah Pak Njang.
Suasana bila makan...

Sampai malam kami sebok main luar dalam rumah. Malam itu aku abba dan ammi tidur bilik bawah. Panaslah walaupun ada satu kipas.



video



25 11 2011. 
Jumaat
Tok Wan datang Rumah kami.

Mak Cik Asmah menunjukkan hasil kerja
masakannya. Gambar je ke?
Nampak sedap,
mintak!
Tak pelah, rasanya sampai
musang berjanggut
tak merasa biskut Mak
Cik Asmah tu....


Semut...ooo semut,
nak bahagian ko.

Dah kenyang mari kita
bermain baling sepana.
















Perancangannya Tok Wan akan datang ke rumah kami malam ni. Esok kami akan berangkat ke rumah Pak Njang di Johor. Kami semua tak pernah kerumahnya. Jadi kami pakat ramai-ramai nak melawatnya. 

Abba dan ammi balik lewat lagi malam ni. Bila kami sampai rupanya Tok Wan dah sampai pun. Aku seronok kerana ramai orang. Apatah lagi ada Shaifullah. Kami main mainan aku. Riuh rendah rumah.

video
24 November 2011
Nothing special today

Mengantuklah....
Kerusi ini khala yang bagi.
Bersama kereta kesayangan.
Siapa yang nak hadiahkan aku
sebijik lagi angkat tangan!
Selain tahan lasak untuk
tampung berat aku....
Kereta ni best, boleh berdiri.


video
Kereta yang gini-gini
tak main OK!
23 11 2011. Rabu
Kalau abba malas layan,
aku buat muka kesian.
Inilah gaya naik buai.
Abba akan jadi mangsa
untuk hayunkan aku.
Selalunya aku yang menang...
Salah satu cara ugutan.
Aku meragam waktu tengah malam -  tak nak tidur dan nak tengok tv. Bila Abba offkan tv dan suruh aku tidur, aku tunjuk marah sambil menjerit dan mencakar Abba. Dengan tak disangka-sangka, Abba pukul tangan aku. Aku lawan balik dan pukul Abba sambil menjerit. Tetiba je Abba babab bumbum aku. Agak kuat juga dan aku terkejut. Aku memandang wajah Abba untuk memastikan samada Abba serious atau bergurau. Abba nampak serious. Aku terus menangis.



Ammi memeluk aku dan cuba memujuk tetapi aku tak mahu. Aku nak Abba pujuk tetapi Abba buat dono dan terus tidur. Aku merajuk dan berguling kea rah Ammi lalu memeluk Ammi erat-erat sambil menangis. Ammi terus memujuk aku dan akhirnya aku diam dan terlelap.

Sekejap saja aku lelap – dalam 10 minit. Aku terjaga dan menangis semula. Ammi nak on kan tv untuk aku tetapi Abba dah sorok remote tv. Ammi minta tetapi Abba tak mahu bagi. Abba suruh Ammi jangan menurut kehendak aku sebab aku dah manja sangat. (Selalunya Ammi yang ucap dialog ni kat Abba tetapi hari ni Abba pula yang cakap kat Ammi).

Ammi ambil iPad dan bagi aku main iPad. Barulah aku diam. Ammi pergi ambil biskut dan suap aku. Kemudian Ammi terjumpa remote tv lalu Ammi on kan tv dan pergi buat susu untuk aku.

Aku menjeling Abba dengan harapan Abba akan peluk aku. Abba juga memandang aku dari ekor mata dan mengangkat tangan untuk peluk aku. Pantas saja aku merangkak kea rah Abba dan peluk Abba.

Aadam minta maaf Abba. Aadam akan cuba supaya Aadam tak mengulangi lagi perkara ini. Maafkan Aadam ye Abba.

Ammi datang membawa susu. Aku minum dan tidur.

Pagi ni aku terjaga awal. Aku tengok mood Abba dah ok. Abba siap bawa aku tengok bird kat luar.





22 11 2011. Selasa

Melawat Momani di hospital Subang Damansara.


Lenguh kepala lutut, berehat
sambil menonton berita dunia...



















videoSemasa aku bangun pagi ni, aku sudah berada di bilik bawah. Abba juga sudah balik. Aku rasa Abba baru balik sebab Abba masih memakai baju semalam. Biar betul. Takkanlah Abba kerja 24 jam non-stop.

Memang betul Abba kerja 24 jam 










Balik ke rumah. Abba tak kerja hari ini. Penat shooting la tu. Khairul Bhaiya ikut sama. Terlena dalam ribaan Khairul Bhaiya. 



Semasa aku bangun, aku berada dalam kereta di parking lot office Ammi. 


Balik ke rumah bersama Abba



Petang ni pergi jemput Ammi dan terlena dalam kereta. 
Bila terjaga, Ammi sedang dukung aku di atas wheel chair. Kami sebenarnya melawat 




Purveen Momani di hospital Asunta, PJ. Tah apa sakitnya tah.
Seronok berlari dalam bilik Purveen Momani dengan abba.Momani pun terhibut tengok keletah aku. Setelah setengah jam kami pun 





balik ke rumah. Biasalah malam ni, makan dan bermain. Kemudian tonton tv.



21 11 2011. Isnin






Semasa aku bangun tidur, Abba dan Ammi takda di sisi aku. Dah pergi kerja kot. Munni Khala yang ambil aku dan mandikan aku lalu suap aku makan breakfast.

Tetiba Abba dan Ammi balik dan Abba keluar semula untuk pergi kerja. Hari ini khabarnya abba ada shooting tvc dengan Rozita Che Wan. Pelakon tu....Amboi...

Ammi pergi ke klinik rupanya. Ambik MC pasal tu ammi tak kerja hari ini.

Kami ke rumah Munni Khala. Aku banyak tidur – dari pukul 5 p.m. sampai 8 p.m. Itupun Isha Baji kejut aku bangun, kalau tak lagi lama aku tidur. Saja je tidur lama-lama sebab nak tengok bola malam ni. Semua orang bertanya samada aku sokong Malaysia atau Indonesia.

Munni Khala suruh aku “picit” belakangnya. Aku terus buat kuda dan lompat atas belakang Munni Khala kuat-kuat macam yang aku selalu buat kat Ammi. Munni Khala pura-pura marah aku. Aku pandang wajah Munni Khala dan berjalan pergi. Kemudian Munni Khala suruh aku “picit” lagi tetapi aku tak mahu dah walaupun dipujuk.

Tonton bola bersama Ammi, Noor bhaiya, Nana Baji dan Ella Baji. Selepas selesai perlawanan, aku angkat tangan kegembiraan sebab Malaysia menang. Sekarang sudah terjawab pertanyaan semua orang samada aku sokong Malaysia atau Indonesia.

Sepanjang hari berkali-kali Ammi telefon Abba. Semasa perlawanan pun Ammi keep on updating Abba kedudukan jaringan gol.





20 11 2011. Ahad


Nak ke surau, jom....
Aiseh! lupa camna niat
sembahyang... jadi tak jadi gi.

Tak pe sembahyang kat
rumah jelah.
Terperasan pulak huruf X ni salah
alignment. Ni tengah betulkan. 





Abba pergi kerja agak awal. Semasa aku bangun, Abba dah pergi dah. Zarina Khala datang ambil Nani
Abba sampai serentak dengan Zarina Khala Munni Khala tak jadi balik





19 11 2011. Sabtu


Bhaiya sedang menunjukkan bakatnya
bermain hello kitty dalam I Pad.
Petang ni kami balik ke rumah kami. Munni Khala pun ikut serta. Tapi sebelum tu kami singgah di 7 Eleven Farooq Mamu di Sri Kembangan untuk bertanya khabar tentangnya. Besar 7 Eleven dia ni. Selepas 10 minit berbual kami pun baliklah.


18 11 2011. Jumaat
Ammi, ada tak buku Mr Bean?
Asyik-asyik buku kartun je...





















Abba dan Ammi balik lewat sangat hari ni. Kami balik ke rumah sekejap, ambil barang-barang dan terus keluar.

Kami pergi ke rumah Zarina Khala untuk menjemput Nani. Aku eksyen tunjuk kepandaian aku “membaca” doa sebelum makan. Dari sini, kami ke rumah Munni Khala Aku mengetuk meja kopi Munni Khala. Abba menghadang dengan tangan. Bila aku tak boleh melepasi “pagar” tangan Abba, aku merangkak dari bawah tangan Abba. Abba tak perasan dan masih meletakkan tangan macam palang. Semua orang ketawa. Ammi menepuk bahu Abba dan barulah Abba perasan yang aku sedah melepasi benteng Abba.

17 November 2011
Setelah penat mentelaah, berehat sebentar
dengan sebotol susu....


16 November 2011




Cerita apa kat tv hari ini?
Oh! Mr Bean...

Cerita boring, baik baca buku.
Layan seminit dua....






15 11 2011. Selasa
Mari bermain bubble...


Dari mana datangnya ufo ni?
Oh! Bubble, itupun korang tak tau?














Aku mengantuk sesangat dan tak nak bangun tidur walaupun Ammi panggil berkali-kali. Aku mengeliat-liat di atas katil dan pusing ke kiri dan kanan sambil mata aku masih terpejam (walaupun telinga aku terbuka dan aku mendengar Ammi panggil aku bangun). Kemudian Abba pula datang panggil aku. Akhirnya aku bangun.

video
Selepas makan, Abba salin lampin aku dan tinggalkan aku di atas katil dan keluar. Ammi pula datang nak bawa aku keluar tetapi aku dah capai puting aku dan bersiap-sedia untuk sambung tidur. Emmm…. Mengantuknya.



14 11 2011. Isnin
Mari membaca buku....

Walaupun semalam Ammi dah bagi tahu aku yang aku tak perlu bangun awal hari ni sebab Munni Khala yang akan hantar aku ke rumah Mama semasa dia nak balik, aku terjaga semasa Abba dan Ammi nak pergi kerja. Hari ni Munni Khala yang suap aku breakfast.

Sedang meneliti plan...
Untuk sentuhan terakhir...
Semasa nak keluar rumah, Ammi nak sayang aku tetapi aku sedang sibuk makan dan tak mahu bangun dari pangkuan Munni Khala.

Aku harap Munni Khala tak balik lagi. Aku seronok bermain dengan Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji. Tetapi malangnya Munni Khala bersiap dan keluar rumah sekitar pukul 10 pagi.
Berjaya membena menara gading.
Pastu baca buku semula.

Dalam kereta, Munni Khala pasang lagu HambaMu dan aku buat ‘head banging” mendengar lagu itu (tak senonoh betul aku ni). Belum sempat lag utu habis, kami dah sampai ke rumah Mama. Mama pun baru sampai (Mama pergi klinik dan baru balik) dan terus datang ambil aku dari kereta. Aku sedih dan memasamkan muka aku.

Lepas baca buku, main buai...
Main balik...
Aku yakin Isha Baji juga sedih sebab di rumah tadi Isha Baji siap pesan kat aku yang nanti dia nak hantar aku ke rumah Mama. Tetiba aje Mama datang ambil dari kereta.

Abba dan Ammi balik awal hari ni, sekitar 7.11 p.m. Balik ke rumah, aku makan nasi goreng Thai. Kemudian Abba dan Ammi solat dan makan. Semasa Abba dan Ammi makan, aku pergi cari buku cerita aku dan duduk membaca.

Baca buku balik. Rajinnya aku....
Bila aku masuk tidur, aku NAK MINUM SUSU. Sebelum bagi aku susu, Abba suruh aku salam dengan Abba dan Ammi dulu. Sememangnya Abba dan Ammi dah lama berusaha nak mengajar aku untuk bersalam tetapi aku jarang mahu bersalam. Sekali-sekala saja aku bersalam. Jadi ini cara baru untuk train aku bersalamlah. Selepas aku salam dengan Abba dan Ammi, baru aku dapt susu.

Tetiba aku teringat Noor Bhaiya dan sambil minum susu, aku buat “Ding, Ding, Ding, Ding, Ding”. Ammi ketawa dan terus sebut “Ding, Ding, Ding, Ding, Ding”. Abba cakap, “Benda-benda macam tu cepat saja belajar”. He! He! Ni mesti Abba tengah refer kat kes aku tak mahu bersalam.

Seperti yang Ammi dah inform aku, Ammi onkan SEA Games. Nak, tak nak, aku terpaksa tonton dan fasal boring, aku pun tidur.


13 11 2011. Ahad













Aku bangun pagi-pagi dan seperti kebiasaan setiap Sabtu dan Ahad, aku kejutkan Abba dan Ammi. Selepas Abba mandi, Abba bawa aku keluar dan minta Noor bhaiya jaga aku sebab Abba nak pergi ke kedai. Ammi masih dalam bilik – berkemas.

Seperti biasa juga bila Munni Khala datang, aku bermain dengan Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji. Seronok sungguh bermain sampai aku tak tidur tengahari.

Aku tak tengok tv hari ni sebab Ammi cakap kat aku yang 2 minggu nit v Ammi punya (Ammi nak tonton SEA Games).

Piss, piss.. Korang nak tau baji bisik kat aku
nak kahwin tak lama lagi, tu dia tengah
prektik bagi aku minum susu ni...he he he.
Petang ni aku dah tak tahan dan terus tidur. Sebelum tidur, aku bergolek-golek di atas katil dan tetiba je aku menjunam ke bawah. Mujur ada cushion, kalau tak mesti kepala aku dah terhantuk ke lantai. Aku terkejut dan menangis sekejap dan kemudian tidur.

Bila aku terjaga, semua orang sedang minum petang. Munni Khala nak balik selepas minum petang. Ammi dan Baji-Baji tengah berusaha memujuk Munni Khala supaya jangan balik hari ni. Aadam pun nak pujuklah.

Pin! pin!...beri laluan, beri laluan...
Selepas minum, Abba salin lampin aku dan pakaikan aku dengans eluar mandi aku. Kita nak ke PD ke Abba? Rupanya Abba bawa aku mandi kat kolam renang aku did epan rumah saja. Nana Baji dan Isha Baji duduk dekat aku, bermain dengan aku. Ammi suruh mereka masuk ke dalam kolam tetapi mereka tak mahu sebab Munni Khala nak balik dah.

Ralit memandang cerita di tv.
Alamak! terkencinglah pulak.
Ammi masih berusaha memujuk Munni Khala dan akhirnya Munni Khala bersetuju. Terus Nana Baji dan Isha Baji masuk ke dalam kolam dengan aku.

Nasib baik aku sorang je dalam kolam.
Selepas berkubang agak lama, aku mandi dan tidur semula. Aku tidur sekejap saja. Bila aku bangun, Khairul Bhaiya dah balik dan Noor Bhaiya dah tidur. Aku seronok bermain dan menonton tv sambil menari-nari dan setelah agak lama, Isha Baji bawa aku masuk ke bilik untuk ditidurkan.

Aku tak mahu tidur dan masih mahu bermain. Akhirnya Ammi datang ambil aku dan bawa aku ke bilik kami untuk tidur.




12 11 2011. Sabtu
I Walked on My 2 Feet at Ikea for the First Time



Bird... oh bird... kesian ko bird...

Teringin nak menconteng kat sini...
Allah humma bariklana....
baca doa dulu sebelum makan.






Memandangkan Munni Khala ada di rumah, rancangan diatur untuk ke Ikea. Aku taklah excited sangat. Lainlah kalau nak bawa aku beli mainan, oklah tu.

videoKami pergi ke Ikea dan tengok benda-benda yang membosankan aku. Setelah puas berjalan, masa untuk makan. Setelah makan, aku mendapat peluang untuk explore. Apa lagi, aku pun berjalan dan berlarilah di seluruh ruang legar Ikea sambil Nana Baji mengejar aku. Best sesangat. Barulah rasa macam dah besar.





11 11 2011. Jumaat








Gambar apakah ini, akupun tak tau.
Kerusi khala kasi ni amat tak sesuai untuk
kau wahai sang belang.
Tengok, ia sangat secocok
dengan aku...





Hari ni berlainan sikit dari hari-hari biasa sebab masa nak balik dari rumah Mama, Munni Khala yang menjemput aku, bukannya Abba dan Ammi seperti biasa.


Aku seronok sebab Munni Khala datang ke rumah kami. Yahoo! 


10 11 2011. Khamis

Hari ni pun aku meragam macam semalam. Aku lapar dan hanya tidur semula selepas dapat makan.

Semasa on the way ke rumah Mama, Ammi bersembang dengan Abba. Ammi cakap dah lama tak nampak Babah. Ammi, Aadam terlupa nak cerita bahawa Babah pergi ke rumah adik Babah di Melaka. Dah seminggu Babah di sana.

Hmmm… Betullah cakap Ammi. Dah lama tak jumpa Babah. Rindu pula aku kat Babah. Agaknya bila Babah nak balik yek?

Mana buku kegemaran aku ni.
Hilang pulak.
Sesampai di rumah Mama, Babah datang menjemput aku dari kereta. Eh! Dah balik dah Babah. Baru saja kami bercerita tentang Babah.

Aku berasa lapar dan Abba suap aku biskut sementara Ammi berwuduk. Kemudian Abba dan Ammi solat berjemaah. Aku masih lapar lalu aku turun dari atas katil dan pergi ambil packet biskut dan makan.

Ammi mengadu sakit belakang dan selepas solat, Ammi baring sekejap. Ammi minta Abba makan dulu. Abba bawa aku keluar dan aku ternampak plastic roti. Aku ambil sekeping roti dan mula makan. Kemudian Abba suap aku makan nasi. Sekejap saja Ammi berbaring, kemudian Ammi join Abba dan aku.
Jumpa pun, inilah bukunya. Apa tajuk tah?


Ok tanda kat mana dah sudah baca.

Selepas makan, aku masuk ke bilik bersama Ammi. Abba ada kat luar. Aku tak pasti apa yang Abba buat. Sekali lagi aku mencapai kunci dan cuba membuka pintu bilik dan aku masih belum Berjaya. Kemudian Ammi bagi tahu aku bahawa itu adalah kunci kereta, bukan kunci bilik. Patutlah tak boleh buka. Ammi menyambung bahawa aku tak perlukan kunci untuk membuka pintu bilik dari dalam. Hanya bila bilik berkunci dari dalam dan mahu dibuka dari luar, barulah gunakan kunci.

Awat Ammi tak cerita dari awal. Barulah Aadam faham.

videoAmmi juga bagi tahu aku yang esok Munni Khala nak datang ke rumah kami. Seronoknya. Semalam Aadam jumpa Munni Khala dan yang lain sekejap saja.

Tak lama selepas tu aku terlena.

9 11 2011. Rabu





Aku meragam entah pukul berapa sebab lapar. Aku terjaga dari tidur dan menangis kuat-kuat sampailah Abba dan Ammi juga terjaga. Aku hanya diam selepas diberi makan.

Memandangkan Mama “cuti” hari ni, aku tak dihantar ke rumah Mama pagi ni. Juga memandangkan Ammi kena buat blood test, kami tak pergi ke office Ammi instead bergerak ke arah PJ. Tambahan memandangkan Abba dan Ammi tak nak bawa aku ke hospital, aku dihantar kepada Munni Khala untuk dijaga sementara Abba dan Ammi pergi ke hospital. Seterusnya memandangkan Munni Khala sedang berada di rumah Khan Khalu, aku dihantar ke sana instead of rumah Munni Khala.

Dah siap makan baru teringat
 ada kerusi makan aku.
Sesampai di rumah Khan Khalu, Ammi telefon Munni Khala suruh ambil aku dari kereta. Munni Khala datang diikuti Noor Bhaiya. Mula-mula aku menangis tetapi kemudian aku seronok bermain.

Aku sebut perkataan baru hari ni – “KHALA” dengan nada manja dan bukan sekali atau dua kali, tetapi 4 kali aku sebut. Munni Khala ternyata teramat gembira.

Abba datang jemput aku sekitar pukul 10.30 pagi. Ammi sudah ke office. Aku balik ke rumah dengan Abba dan seperti biasa aku bermain dan tonton tv dan kemudian aku tidur.

Bila aku bangun, kami bersiap-siap ke pejabat Ammi untuk menjemput Ammi pula. Selepas tu kami balik semula ke rumah. Ammi bercerita dengan excitednya kepada Abba bahawa aku dah pandai sebut “Khala”.

Hari ini baca buku cerita ini pulak.
Berehat sebentar setelah penat baca buku.
Balik ke rumah, Abba solat Asar. Ammi dah solat kat office so Ammi temankan aku. Ammi perhati aku bermain seorang diri di dalam bilik. Aku ternampak kunci atas almari solek lalu aku mencapainya. Kemudian aku cuba buka pintu bilik yang bertutup menggunakan kunci itu tetapi tak Berjaya. Kenapa tak boleh? Aku selalu nampak Abba buka pintu bilik menggunakan kunci bila kami balik ke rumah setiap petang. Pelik betullah.

Ammi tersenyum melihat gelagat aku dan selepas Abba siap solat, Ammi bagi tahu Abba yang aku nak buka pintu bilik menggunakan kunci.

Semasa aku sedang bermain basikal aku (yang ada lagu Twinkle, Twinkle Little Star) tetiba je aku sebut “LITETAR”. Ammi tertawa kegembiraan dan terus panggil Abba bagi tahu yang aku cuba sebut “Little Star”.

Sedang makan kuih...
Aku try makanan baru lagi – jagung. Seperti biasa, komen aku ialah – Sedap.

Bila kami masuk ke bilik, seperti biasa, aku bergolek dan bermain dulu sebelum tidur. Seperti semalam, Abba mengusik aku dengan mendukung teddy bear aku dan tepuk-tepuk dia. Seperti semalam juga aku cemburu dan mengambil teddy bear itu dan meletak di tepi aku. Ammi pula mengambil teddy bear itu dan memeluk dan menepuknya. Aku cemburu lagi dan mengambil semula teddy bear itu dan meletakkannya di tepi aku. Sekarang giliran Abba pula mengusik aku dan kemudian Ammi pula. Aku mengambil teddy bear itu dan meletakkan berhampiran dengan kaki aku.

video
Tetiba aje Abba mula menangis. Aku tak pasti samada Abba menangis betul atau saja nak tipu aku. Aku mengamati wajah Abba untuk mendapatkan kepastian tetapi masih tak sure. Akhirnya aku bagi balik teddy bear tu kat Abba dan terus Abba diam dan ketawakan aku. Ammi juga ketawa. Ceh! Tipah tertipu. Aku ambil semula teddy bear tu dan mencampakkannya ke bawah.

Tak lama selepas tu Abba terlena dan akhirnya aku juga terlena.

8 11 2011. Selasa
Aku kaki cemburu


Teddy bear ni pun nak tengok tv jugak.


Racangan kegemaran Teddy Bear
ialah Berita Tamil.

Hari ni sekali lagi aku ikut Abba solat. Hari ni aku buat lagi express punya – Berdiri dan terus baca doa sambil berdiri walhal bukan solat Subuh pun. Tak apa- tak apa, sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.









Semasa aku sedang bermain dengan teddy bear aku, Abba mengambil teddy bear itu dan mendukungnya di atas bahu sambil menepuk-nepuk teddy bear itu. Aku cemburu bila Abba buat macam tu lalu aku menarik teddy bear itu dan mencampaknya ke bawah. Abba mengutip semula dan mengulangi perbuatan Abba tadi dan sekali lagi aku mencampakkan teddy bear tu. Abba dan Ammi ketawa sebab aku kuat cemburu.



7 11 2011. Isnin
Aku solat dan melukis buat kali pertama





Tekun melukis kereta.









Inilah hasilnya

















Hari ni adalah stu hari yang istimewa sebab hari ni aku cuba mengerjakan solat buat kali pertama. Aku ikut Abba solat Isyak. Pelik ke? Saja je aku buat gempak. Sebenarnya semasa Abba dan Ammi sedang solat, aku pergi berdiri di tepi sejadah Abba, sama macam cara Abba berdiri semasa mengerjakan solat. Selepas berdiri sekejap, aku sujud dan selepas t uterus menadah tangan berdoa.

Aku dah selalu perhati Abba dan Ammi solat jadi aku ikutlah hari ni. Insya Allah bila aku dah besar sikit, aku akan belajar doa-doa yang perlu dibaca dan cara betul untuk solat. Buat masa ni, inilah usaha aku. Alhamdulillah.
Tengok gigi saya kuat 
dan sihat.

Alamak tergeliat bibir pulak.
Selepas solat dan makan, Ammi bagi aku main iPad. Ammi buka satu game di mana kita boleh melukis menggunakan jari di atas skrin iPad. Aku pun melukis. Aku tak pasti apa yang aku lukis tapi ada sikit rupa macam kapal terbang. He! He! He! Anak Abba. Nanti bila aku dah besar sikit, aku nak belajar melukis dengan Abba. Aku harap Abba akan menajar aku sebab Abba handal melukis, bertentangan dengan Ammi yang kalau melukis orang, saiz kepala sama besar dengan badan. Kah! Kah! Kah!


6 11 2011. Ahad
Pergi Berkelah di Port Dickson



Masa aku terjaga pagi ni, aku berada dalam kereta. Aku rasa kami jadi ke PD kot. Secara fizikal, aku rasa lebih sihat.

Eh! Lupa pula! Selamat menyambut Aidil Adha kepada para muslimin dan muslimat. Aadam meminta maaf atas segala salah dan silap kepada semua.

Dari perbualan Abba dan Ammi, aku dapat tahu yang kami nak ke rumah Munni Khala..

Tetiba saja Abba berpatah balik. Apasal lak? Oh! Abab terlupa nak ambil pelampung aku dan bot Abba.

Apabila kami sampai di rumah Munni Khala, Alam Mamu sekeluarga (kecuali Johan Bhaiya) sudah sampai. Abba dan Ammi meminta maaf sebab terlewat dan terpaksa menjelaskan kenapa kami lewat.

Sementara menunggu Farooq Mamu sampai, kami bersarapan dulu. Tasneem Mamu tak jadi ikut kami. Setelah Farooq Mamu sampai, kami pun bertolak.

Semua orang bersetuju untuk ke Gold Coast, Sepang. Berjam-jam kami travel, akhirnya sampai juga. Malangnya, air sedang surut dan taks esuai untuk mandi. Kami bergerak ke PD pula. Badan aku dah mula rasa tak sedap, macam nak demam balik je.

Sesampai di PD, semua orang dah lapar dan makan dulu. Aku tak mahu makan sebab taka da selera.

Macam-macam makanan ada. Ammi bawa kima, Munni Khala bawa nasi dan ayam, Purveen Momani bawa sandwich dan Noor Momani bawa nasi bungkus.



Sign Golden Palm tree Resort.

Satu sudut menarik di resort ini.
Tak dapat mandi ambik gambar pun jadilah...
Ni pasal tak bayar bil airlah ni, air pun tak ada ni...
Air surut di Resort Gold Cost.
Bhaiya ajak aku teman
pi tepi pantai. Takut air katanya.

Tak perasan puting kat mulut lagi. Jatuh
kejantanan aku di khalayak ramai.

Nasib baik ada meja untuk kitaorang letak makanan.


Masa untuk makan...



Antara kedai cenderahati menjual topi...

Meriah sungguh meja makan kitaorang.

Aku sedang meniup bola dengan mulut...

Baji-baji semuanya dah turun mandi laut, tinggal aku kat sini...Kurang asam...

Tolong ambil no giliran untuk dukung aku ok....


Aku sedang sebok melelapkan mata.


Inilah pot paling baik untuk kitaorang lepak-lepak.


Wahduh! enak sekali bergolek di tepian pantai...

video
Bot pelampung ni abba beli tak sampai
RM100 pun.

Hello... nak ke seberang mana tu?


Teringin nak naik bot pisang tu, Ammi tak kasi.


Tengahari di Pantai Port Dickson



Baji cuba merampas bola aku....no way!

Layang-layang tersangkut dipokok.




Momani terkasima untuk memanjat pokok tersebut.
Selepas amkan, kami lepak di tepi pantai. Matahari dah terik so semua orang tak nak mandi. Akhirnya Farooq Mamu sekeluarga, Nana Baji, Ella Baji dan Isha Baji turun ke laut. Abba bermain laying-layang dan Alam Mamu bermain bola bersama Khairul Bhaiya dan Noor Bhaiya. Kemudian Faiq Bhaiya pula nak main laying-layang tetapi dia bagi sangkut kat pokok. Kena kutuk rapat Faiq Bhaiya.

Lama juga kami di sana. Aku setelah minum ubat, rasa lega sikit. Kami balik sesudah ahri petang. Kami hantar Munni Khala sekeluarga dulu dan kemudian balik ke rumah.

Penat wooh! Kami tidur awal hari ni.















5 11 2011. Sabtu











Aadam nak ucapkan Happy 15th Birthday kepada Faiq Bhaiya. Ucapan untuk Faiq Bhaiya special sikit ….. Semoga lulus dengan cemerlang dalam PMR. In addition, Aadam doakan kebahagiaan dan kegembiraan yabng berpanjangan untuk Fa’iq Bhaiya, Insya Allah.

Selepas tengok bird, bersarapan dan mandi, aku merengek nak tidur. Aku masih demam so aku cepat letih dan banyak tidur.

Sedang berjoging keliling halamam.
Sesekali dapat main di halaman
 seronok gila.
Semasa aku tengah dalam proses nak tidur, aku terdengar Ammi berbincang dengan Abba tentang rancangan esok – samada jadi atau tidak nak ke PD. Abba dan Ammi serba salah sebab dah janji dengan semua orang tetapi tetiba aku jatuh sakit pula. Aku tak pasti apa keputusannya sebab aku dah tertidur sebelum keputusan dibuat.

4 11 2011. Jumaat

Aku terjaga awal tetapi hanya bergolek di atas katil. Kemudian aku terdengar suara Ammi kejut Abba untuk solat Subuh. Terus aku duduk di atas katil. Aku ternampak remote tv, lantas aku on kan tv. Kemudian Abba tukar channel ke Baby TV. Tangan aku terasa gatal dan aku tekan butang remote tu. Tiba-tiba siaran tv tu hilang. Aku pun off kan tv dan pergi minum susu. Ammi kehairanan macam mana aku tahu nak on dan off tv. He! He! He! Kalau Ammi belum cukup jenali, inilah Aadam Mika’il yang serba cepat dan cekap. I’m a fast learner dan harap-harap bila sampai waktu sekolah, Aadam kekal macam ni, Insya Allah.

Hari ni selepas ambil aku, Abba pergi beli makan malam. Ammi bagi tahu aku yang Farhana Momani nak datang ke rumah malam ni. Ammi seronok sungguh. Ammi juga mengadu dengan aku yang sepanjang minggu ni jalan jam sangat, especially hari ni. Mungkin sebab hujan turun setiap petang dan hari ni mungkin sebab orang ramai nak balik kampung celebrate Raya Haji.

Balik ke rumah, aku makan dulu. Abba dan Ammi sibuk berkemas. Kemudian Farhana Momani telefon bagi tahu yang mereka akan lambat sebab jalan jam. Hmmm… jam lagi.

Akhirnya Farhana Momani sampai. Aku dah mengantuk masa ni dan semasa semua orang duduk makan, aku mulai menangis nak tidur. Abba suruh Ammi melayan tetamu sementara Abba bawa aku masuk tidur. Sekejap saja aku dah terlena.


3 11 2011. 
Khamis



Hari ni aku makan sup segera tetapi tak sedap pun. Aku tak pasti Abba makan lauk apa, tetapi Abba cakap kat aku yang lauk Abba pedas dan aku tak boleh makan. Ammi pula makan buah saja. Sejak kebelakangan ni Ammi selalu makan buah untuk dinner. Kata Ammi nak diet sebab hari tu Tok cakap Ammi “lebar”, so Ammi tengah cuba menguruskan badanlah ni. Aku tumpang makan buah pear Ammi sikit. Lemudian aku makan kuih kapit sikit dan biskut sikit.

































Abba dah beli swimming trunk dan pelampung tangan untuk aku. Ammi seronok tengok swimming trunk aku. Abba pula sibuk meniup angina menggunakan mulut ke dalam pelampung tangan aku. Aku mencapai sebelah lagi pelampung tangan dan cuba meniup angina ke dalamnya. Abba dan Ammi tertawa melihat gelagat aku. Selepas siap Abba tiup, Abba pakaikan pelampung tangan tu kat aku tetapi aku ketakutan dan menangis.

Selepas makan, aku bermain sekejap dan Abba snap gambar aku. Kemudian aku masuk tidur.


2 11 2011. Rabu















Mama bagi tahu Abba yang aku suka tonton Upin Ipin bersama-sama Abang Adam. Sebenarnya aku suka tonton banyak rancangan. Ammi dah mula risau nanti bila aku besar, aku akan addicted to tv.

Balik ke rumah petang ni, aku makan dulu. Nasi ayam juga tapi bukan Pak Alli punya.
Selepas tu Abba dan Ammi solat. Kemudian Abba dan Ammi makan malam.

Lepas tu Ammi masuk ke bilik. Aku dengar Ammi bagi tahu Abba yang Ammi rasa kurang sihat, feverish dan nak berehat sekejap. Abba snap gambar aku dan bawa aku pun masuk ke bilik. Aku nampak Ammi dah terlena. Ammi terjaga semasa kami masuk. Sekejap kemudian Ammi hampir terlena lagi. Abba pun dah terlena. Nampaknya semua orang mengantuk hari ni. Aku juga mengantuk. Aku pun tidur awal hari ni. 


1 11 2011. Selasa













Aku terjaga sekitar jam 5 pagi. Ammi bangun temankan aku dan on kan tv untuk aku sementara Ammi pergi kejut Khairul Bhaiya dan sediakan breakfast untuk Khairul Bhaiya.

Aku lepak tengok tv sampai pukul 6 lebih, kemudian terlena. Ammi kejutkan aku semula untuk breakfast dan bersiap ke rumah Mama.

Aku tengah tidur semasa Abba menjemput aku tetapi aku terjaga semasa Ammi mengambil aku dari Abba. Aku masih mamai lagi.

Kemudian Abba pergi beli makan malam dan aku mula menangis (walaupun Ammi sedang dukung aku). Ammi cuba memujuk aku dengan bermacam cara. Akhirnya aku diam bula Ammi on radio. Aku duduk menghadap cermin di sebelah tempat duduk Ammi. Bila Abba balik, Ammi bagi tahu yang aku menangis. Abba panggil aku tetapi aku merajuk dengan Abba dan tak mahu pandang Abba.

Bila sampai ke rumah, Abba turun kunci pintu pagar. Biasanya Abba akan mengunci pintu pagar dan buka pintu depan sementara Ammi tunggu dalam kereta dengan aku. Biasanya juga aku akan bermain-main sementara Abba buka pintu depan tetapi hari ni aku menangis lagi sebab Abba tinggalkan aku. Aku marah sangat dan mengetuk cermin kereta dengan kuat. Ammi terkejut dan menasihati aku bahawa itu satu perbuatan yang tidak elok dan suruh aku jangan mengulanginya lagi.

Aku makan nasi goreng Cina dengan sup malam ni. Sedap. Aku makan banyak.

Menonton sambil bersantai.
Amacam, nampak seksi tak aku...
Aku dengar Ammi telefon Isha Baji dan cuba sogok dia untuk ikut ke PD. Ammi tahu bahawa kalau Isha Baji nak ikut, Munni Khala taka da pilihan – terpaksa juga ikut. Apa yang Ammi sogok? Ammi jual nama aku. Ammi bagi tahu Isha Baji yang aku akan mandi laut menggunakan pelampung dan memakai seluar mandi. Kalau Isha Baji nak tengok, dia kena ikut ke PD. Kemudian Ammi bersembang dengan Munni Khala dan akhirnya Munni Khala bersetuju untuk ikut. Yahoo!

Selepas Abba dan Ammi solat, aku menonton tv. Abba terlena sebelum aku tidur. Ammi menunggu aku. Seperti semalam, aku tak boleh nak tidur malam ni. Aku baring, kemudian duduk, kemudian baring semula. Ammi cuba tidurkan aku tetapi aku masih belum boleh tidur. Aku hanya tidur setelah agak lama bergolek di atas katil.