Thursday, February 17, 2011

Aadam's Story bulan Februari 2011



















































28 2 2011. Isnin
Ammi masuk hospital untuk operation.

Aku bangun pagi ni macam biasa tetapi Abba dan Ammi tak ada. Aku rasa rindu kat Abba dan Ammi. Agaknya Abba dan Ammi ingat kat aku tak?

Sepatutnya hari ni Ammi masuk hopital dan kena bedah. Agaknya Ammi dah pergi ke hospital atau belum? Aku risaukan Ammi. Ya Allah! Selamatkanlah segala-galanya buat Ammi. Amin.
Menanti untuk dimasukkan ke wad

Sedang diperiksa oleh Dr. KK Wong di kliniknya sebelum
Ammi dimasukkan ke wad.
Satu lagi ujian dijalankan sebelum operation.
Sebelum memasuki bilik bedah. Semoga Ammi selamat.
Hari ni aku dapat pengalaman baru …. pengalaman naik motor. Tok Wan bawa aku naik motor ronda-ronda keliling kampung. Aku duduk kat bakul motor sambil dipegang oleh Tok Wan. Mula-mula tu aku takut tetapi lama-lama best pula. Tak sama macam naik kereta. Naik kereta, kita rasa angin air-cond aja tapi naik motor, boleh rasa angin segar membelai-belai pipi aku. Rasa macam sentuhan Ammi saja…. lembut. Aku rasa macam nak pegang angin tu tapi tak Nampak pun. Segala-galanya indah. Pokok-pokok hijau di kiri kanan jalan, ada sungai, ada kolam ikan. Best woooo ….

Di rumah, Tok suap aku makan bubur nasi. Asyik makan saja. Hmm… Tak boleh jadi ni. Kalau macam ni, nanti badan aku jadi debab. Tak larat Ammi nak dukung.

Aku tertunggu-tunggu panggilan Abba sepanjang hari. Aku fikir Abba mesti call Tok selepas pembedahan Ammi atau mungkin Tok call Abba. Paling tidak, Abba akan call Tok bertanyakan tentang aku tetapi tak ada pun sampailah aku terlena.

27 2 2011. Ahad
Perpisahan yang terpaksa.

Pagi ni Abba bawa aku berjalan-jalan menghirup udara segar kampong. Memang best.

Selepas Abba dan Ammi bersarapan, aku lepak-lepak atas toto aku sambil Abba menangkap gambar. Lepas tu Abba bawa sofa keluar dan bagi aku duduk atas sofa tu sambil menangkap gambar aku beratus-ratus keeping untuk masuk contest. Aku pakai baju ladybird dan Makcik Zaira duduk pegang sekuntum bunga dekat aku, kononnya aku kumbang yang nak hinggap kat bunga tulah.
Sedang menanti sarapan Tok. Tok masak apa
hari ni Tok? 

Aku lepak-lepak dengan Darwish.
Puting hijau Darwish tu nampak menarik jugak. Test sekejap Darwish.
Darwish tak kasi aku test puting dia, geli katanya kongsi-kongsi.
Takpa aku ada Dino aku, kaler hijau jugak.
Selepas penat bergambar, Ammi tidurkan aku. Ammi mengusap-usap rambut aku dan mendakap aku erat-erat. Aku tahu Ammi sedih nak tinggalkan aku. Aku pun sedih juga.



Inilah gambar-gambar Abba snap untuk satu pertandingan Baby Funny face.
Muka hensem macamana nak funny!
Bila aku jaga tengahari ni, Tok mandikan aku semula. Sementara Abba menyiapkan aku, Ammi duduk perhati aku dan aku nampak air mata menitis dari mata Ammi. Ammi janganlah sedih. Nanti Ammi dah keluar hospital, Abba datang ambil Aadam ok.

Selepas makan tengahari, Abba dan Ammi duduk bermain dengan aku sampai aku mengantuk nak tidur semula. Ammi masuk ke bilik bersama aku dan tidurkan aku sambil menangis-nangis. Aku pun sedih juga tapi aku buat-buat biasa sebab tak nak Ammi lagi sedih.

Petang tu masa nak balik, Abba dukung aku sambil mendakap aku. Kemudian Ammi pula dukung dan mendakap aku erat-erat. Air mata menitis-nitis. Kemudian Abba dukung aku semula dan Ammi semula. Ammi dah menangis teruk-teruk. Air mata bukan lagi menitis tapi dah mengalir macam air sungai. Aku pun sedih dan tak mahu melepaskan tudung Ammi semasa Ammi nak bagi aku kepada Tok. Makin teruklah tangisan Ammi. Tok Wan dan Tok cuba memujuk Ammi. Ammi mencium aku berulang kali sebelum naik kereta. Abba pun mencium aku dan naik kereta. Aku sedih sangat dan hanya perhatikan Abba dan Ammi naik kereta dan pergi.

Abba, Ammi, jangan sedih. Aadam akan jaga diri Aadam. Abba tolong jaga Ammi dan Ammi pun kena jaga diri Ammi. Aadam doakan semoga tiada masalah dan semuanya berjalan lancar. Semoga Ammi cepat sembuh, Insya Allah. Amin.

Selepas Abba dan Ammi balik, Tok bagi aku mandi dan makan dan aku terus tidur.

26 2 2011. Sabtu
Balik Kampung Pahang

Semasa aku bangun subuh ni, Abba dah bersiap nak keluar. Ammi cakap Abba ke Citi Bank untuk bayar duit kredit kad. Aku bermain dengan Ammi. Kemudian aku nak tidur dan mula berguling-guling atas katil. Di sebelah kanan aku dah siap diadang dengan bantal supaya aku tak tergolek ke bawah dan di sebelah kiri aku pula, Ammi sedang berbaring. Ammi biarkan aku bergolek-golek. Aku nampak Ammi palingkan muka kearah bilik air sekejap dan aku terus cuba tolak bantal pengadang aku. Yes! Berjaya. Tapi tanpa aku sangka-sangka, aku pun tergolek ke bawah. Aku terkejut dan mula menangis. Sebenarnya di bawah katil tu dah siap ada tilam untuk mengalas aku, in case aku jatuh. Mujur ada tilam tu, kalau tak mesti sakit gila.

Ammi panic dan cuba mengangkat aku dari atas katil sebab Ammi tak boleh duduk bawah. Ammi pun hampir terjatuh. Ammi panic giler. Terus keluar panggil Pakcik Jai. Mujur Pakcik Jai ada, kalau tak aku akan duduk kat bawah katil tu sampailah Abba balik. Pakcik Jai mendakap aku dan aku diam.

Kemudian Ammi dukung aku dan mendakap aku sambil membelek-belek seluruh badan aku, takut aku cedera. Ammi berkali-kali minta maaf kat aku. Mujur aku tak cedera. Lepas tu Abba telefon Ammi dan Ammi bagi tahu yang aku jatu katil.

Bila Abba balik, Ammi ajak ke klinik tapi Abba cakap taka pa sebab ada tilam tu. Ammi masih risau dan tetap nak bawa aku ke klinik tapi Abba menyakinkan Ammi bahawa tak ada apa.
Dalam pejalanan Darwish dok tidur je.

Aku tak, sebok kira kereta lalu lalang.
Kami pergi menjemput Mak Andak dulu sebab dia pun nak ikut balik. Pak Andak kerja jadi tak dapat pergi. Darwish pun ikut. Mula-mula dia mengganas dalam kereta tapi tak lama selepas tu dia terlena. Aku pun ngantuk dan Abba mengambil aku dari Ammi. Kemudian aku pun tertidur dan hanya bangun semasa kami sampai ke rumah Tok.

Kat kampung kami bebas bergolek-golek, ruang luas gile.
Sekarang ko nampak kurus sikit dah Darwish.
Tapi bab pipi tu masih nampak gebu lagi.
Tok datang mengambil aku dari kereta dan terus mendukung aku. Kemudian Tok Wan pula dukung aku.  Abba bentang toto dan aku dan Darwish lepak-lepak kat atas toto tu. Sedang sedap aku meniarap, tiba-tiba Darwish datang baring atas bumbum aku. Boleh tahan berat juga dia.
seronok kat rumah Tok ni, banyak tingkap,
halaman pun luas, ada ayam, kucing dan semut.

Ni Pakcik Hafiz, dia paling bongsu dalam
ahli keluarga abba.
Pakcik Jai sedang kontrol hensem.
Jika nak no telipon dia sila ke kuanter
pertanyaan yang berhampiran.
Aku rasa jealous sangat Abba kasi Darwish minum susu.
Mana Mak Ndak pi ni?
Tok sedang menyuapkan bubur nasi + karot +
ikan bilis yang Mak Ndak buatkan. Sedap.
Biasalah, bila makan habis muka aku jadi comot.
Petang tu Abba bawa aku tengok ayam kat luar rumah.
Assalammualaikum ayam, good afternoon!
Walaupun sedang MC sebulan, Ammi
tetap buat kerja office. Kesian Ammi.
Kemudian Tok nak mandikan kami dan buat pertama kali aku mandi dengan air sejuk. Tok tadah air tu dalam besen dan mula-mula hanya berdirikan aku di dalam air tu so aku relaxlah tapi bila Tok dudukkan aku kat dalam air sejuk tu, aku macam terkena kejutan elektrik dan terloncat dalam besen tu. Semua orang ketawakan aku.
Tok Wan, nak dukung... Makcik Zaira
dukunglah Aadam....

Tok beli kelambu dengan Mak Ndak kat Bandar Pusat Jengka.
Macam Tudung makanan. Makanan? Alamak lapar perut aku ni.
Selepas aku mandi, Darwish pula mandi dan kemudian kami makan bubur nasi yang Mak Andak masak. Ada nasi, ikan bilis dan carrot. Sedapppp (walaupun hangit). Ini first time aku makan bubur nasi. Selalunya aku makan bijiran atau buah saja. Lepas makan, kami berdua pun tidur. Bila aku bangun, Abba dan Ammi sedang tidur dan Tok mandikan aku semula.

Aku hanya lepak-lepak dan bermain-main dengan Abba. Petang tu abba bawa bersiar-siar sekitar halaman rumah. Macam-macam aku tengok, ada pokok-pokok bunga tok tanam yang berwarna warni tu, ada pokok buah-buahan durian, rambutan, mempelam dan kelapa. Ada juga binatang macam kucing dan ayam. Seronok aku tengok mereka belari kesana sini. Besar nanti aku nak kejar diaorang dan goreng. 


Abba juga bawa kau jalan-jalan kat jalan raya depan rumah. Banyak moto lalu lalang. Brum! brum! brum! semua berbunyi. Teperanjat pijat aku bila mereka lalu. Laju pulak tu. Oii! ikut had laju antarabangsa la... 10km sejam kat dalam kampung ni.


Ammi masih belum dapat menyiapkan kerja Ammi dan continue kat sini. Kesian Ammi. Banyak sungguh kerja dia. Aku nak tolong tak reti. Mana aku tau nak on komputer pun. 

Malam ni Tok yang tidurkan aku kat tengah ruang rumah tu. Atas toto sama Darwish. Peh! best le.

25 2 2011. Jumaat
Pakcik Jai dan Makcik Fiza datang.

Hari Abba seorang aje datang menjemput aku. Ammi masih di office. Tu mesti nak settle kerja-kerja yang masih belum siap. Lagipun hari ni last day untuk boss Ammi. Dia nak berhijrah ke Hong Kong. Tu mesti nak hand over kerja dan nak ucap selamat tinggal kat boss Ammi tu.
Cheseeee...!
Oppps!
Terexsident le pulak.
Keh! keh! keh!
Selepas solat Maghrib, kami pergi jemput Ammi. On the way bail, jalan sesak teruk. Pakcik Jai nak ikut kami balik ke Pahang dan Abba risau kalau-kalau Pakcik Jai dah sampai. Memang betul, sesampai di rumah, kami nampak Pakcik Jai dan Makcik Fiza tengah tunggu kat luar. Abba tanya dah lama ke sampai dan Pakcik Jai cakap pukul 9 tadi. Ooooi! Dah ½ jam tu. Kesian dia orang. Makcik Fiza cakap Pakcik Jai siap nangis sebab tak dapat tengok Raja Lawak. He! He! He! Kesian dia….. Lain kali apa kata kalau Makcik Fiza bagi puting aje kat Pakcik Jai tu.
Sedang fokus untuk kamera Abba.


Makcik Fiza bagi tahu yang dia tak ikut kami, Cuma nak hantar Pakcik jai saja. Ada sedara Makcik Fiza nak kenduri dan Makcik Fiza nak ke sana.
Opocot! Tetiba je flash kamera makcik Fiza
menyala. Terperanjat kuman aku.
Makcik Fiza berjanji nak belanja aku KFC
selori bila aku besar nanti kerana
bergambar dengan dia.
Aku sedang belajar membaca.

Makcik Fiza berulang kali cakap aku putih sangat. Dia siap cakap aku putih sebab minum susu Snow, jadi warna aku pun jadi macam snow.

Pakcik Jai dan Makcik Fiza

Selepas makan, Makcik Fiza tengok gambar aku dan Darwish dalam Mac Book Abba. Sebenarnya Makcik Fiza dah lama tak jumpa Darwish dan dia nak tengok Darwish dah besar mana.

Aku terlena sebelum Makcik Fiza balik.

21 2 2011 – 24 2 2011. Isnin - Khamis

Abba makan apa tu?
Sedapnye...!
Sepanjang minggu ni tak ada benda yang menarik. Aku banyak spend masa dengan Abba sebab Ammi sibuk nak siapkan kerja Ammi yang berlambak-lambak tu.

Abba bukan jenis yang banyak bersembang tetapi Abba lebih suka mengagah aku dan bermain dengan aku.


Sekali-sekala bila Ammi dah penat buat kerja, Ammi masuk ke bilik datang menjenguk aku dan bersembang dan bermain dengan aku.

Ammi ulang semula pesanan Ammi supaya aku bersikap baik semasa tinggal bersama Tok. Ammi juga bagi tahu aku yang selepas Ammi keluar hospital, kami akan duduk di rumah Munni Khala buat sementara sebab di rumah kami tak ada orang nak jaga Ammi. Kata Ammi, selepas dibedah, Ammi kena banyak berehat dan susah nak bangun dan berjalan. Aku doakan supaya semuanya berjalan lancer dan Ammi cepat sembuh.
Wow! Best le application dalam phone ni.
Sudut sisi badan aku.

Aku seronok dengar yang kami akan tinggal di rumah Munni Khala buat sementara. Bolehlah aku bermain dengan Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji semua. Bestnya.
Mula-mula duduk...

Tetiba terbalik. Hik! hik! hik!
Ammi juga cakap yang Sabtu ni kami akan ke Pahang ke rumah Tok. Aku seronok nak ke sana. Dah lama tak jumpa Tok Wan dan Tok tetapi aku sedih sebab nak kena tinggal di sana tanpa Abba dan Ammi.


Aku dengar Ammi berulang kali cakap kat Abba yang Ammi akan rindukan aku. Ammi juga bagi tahu aku yang nanti Ammi akan rindukan aku dan bertanya samada aku akan rindukan Abba dan Ammi. Mestilah rindu Ammi, takkanlah Aadam tak rindu.

Aku juga dengar Ammi bagi tahu Abba yang Ammi risau nak pergi pembedahan ni dan kalau ada cara lain, Ammi tak nak pergi. Aku kesian kat Ammi. Kalaulah aku boleh tolong …..

20 2 2011. Ahad

Hari ni pun Ammi masih sibuk buat buat kerja. Sejak seminggu dua ni Ammi terlalu sibuk sebab Ammi nak cuti panjang pergi operation so Ammi kena siapkan semua kerja-kerja Ammi sebab tak ada orang yang take over kerja Ammi. Aku kesian tengok Ammi.

Habit aku, buat muncung itik!
Petang ni aku dengar Ammi ajak Abba pergi Jusco. Ammi cakap nanti dah operation, Ammi kena rehat dan tak boleh pergi so Ammi nak pergi hari ni sebab minggu depan tak boleh pergi dah, nak balik ke rumah Tok.

Sementara nak tunggu Abba dan Ammi bersiap, aku terlena dan bila aku terjaga, aku tengok Ammi pula tengah tidur. Kesian Ammi, tu mesti penat buat kerja dan tak cukup tidur. Sementara tunggu Ammi bangun, aku tertidur lagi. Akhirnya kami keluar rumah pada pukul 6 lebih.


Ammi nak pergi ke klinik untuk ambil referral letter untuk dapatkan guarantee letter dari pihak syarikat insurans. Kami ke Klinik Kita. Ramainya orang. Kami tunggu gilirandengan sabar. Aku tengok ada ramai budak-budak kat sana. Ada seorang tu namanya Adam juga. Aku tahu sebab dengar ibunya panggil, “Adam! Jangan, kotor tu”.

Tiba-tiba akak misi yang biasa aku jumpa tu datang dan tegur aku, “Mika’il, dah besar dah”. Tak lama lepas tu datang seorang lagi akak misi yang biasa aku jumpa. Dia bertanya Ammi berapa berat aku sekarang dan bila Ammi bagi tahu, dia kata nak bawa aku untuk ditimbang. Selepas masuk ke bilik, aku terus dibawa ke kaunter depan dan didukung akak-akak misi tu bergilir-gilir.

Lama sungguh kami menunggu giliran dan bila dah siap, hari dah malam dan kami terus balik ke rumah tanpa ke Jusco.

19 2 2011. Sabtu

Abba pergi kerja lagi hari ni walaupun sepatutnya Abba cuti. Aku tinggal di rumah bersama Ammi dan bermain dengan Ammi. Selepas penat bermain, aku tidur semula.

Termenung memikirkan masalah politik negara...
Wajah-wajah aku dalam perbagai mood.
Masa aku terjaga semula hari dah petang dan Abba dah balik. Aku tak pasti Abba balik pukul berapa. Petang ni Ammi pula sibuk buat kerja office dan aku bermain dengan Abba pula.

18 2 2011. Jumaat
Kawan Ammi Aunty Barjiz datang melawat kami.
Ammi dengan Aunty Barjiz (Aunty Barjiz tak mahu gambarnya
disiarkan dalam internet, jadi Abba padamkan gambarnya.

Aku ingatkan Abba dan Ammi balik awal hari ni sebab nak berjumpa Aunty Barjiz tetapi tekaan aku tak tepat. Abba dan Ammi agak lewat hari ni. Selepas ambil aku, Abba dan Ammi balik solat dan kemudian terus keluar untuk menjemput Aunty Barjiz di stesyen LRT. Jadi Aunty Barjiz akan datang ke rumah kamilah.

Abba pergi beli makan dulu sementara aku dan Ammi tunggu dalam kereta. Bila balik dari kedai makan, muka Abba masam saja. Aku tak tahu kenapa. Kemudian telefon Abba berdering dan dari perbualan Abba, aku dah tahu kenapa Abba marah. Rupanya Abba kena pergi semula ke pejabat Abba sebab ada kerja yang kena disiapkan malam ni juga. Kalau aku jadi Abba, aku pun akan marah. Tak boleh buat dari rumah aje ke Abba?

Hadiah dari Aunty Barjiz
Kami sampai ke stesyen LRT ngam-ngam Aunty Barjiz sampai. Ammi buka cermin sebelah Ammi duduk dan Aunty Barjiz terus greet aku dari luar. Dari suaranya aku dapat meneka yang Aunty Barjiz seorang yang baik. Aku tengok Aunty Barjiz simple aje orangnya, tak ada pakai make up pun dan baju pun simple aje, sama macam Ammi. Patutlah boleh berkawan baik.

Abba drop kami di rumah dan terus ke office. Ammi dukung aku duduk di ruang tamu bersama Aunty Barjiz. Aunty Barjiz bersembang dengan aku dalam bahasa Tamil. Aku belajar perkataan baru, “Inna dey”.

Loket huruf "A". Camna nak pakai ni?
Aku dah ngantuk dan Ammi bawa aku masuk ke bilik untuk ditidurkan. Mula-mula Aunty Barjiz pun masuk dan duduk bersembangf dengan Ammi. Aku asyik pandang Aunty Barjiz dan tak mahu tidur.jadi Aunty Barjiz keluar dari bilik dan pergi tengok tv sementara Ammi tidurkan aku. Selepas lampu dipadam dan Ammi mendakap aku, barulah aku nak tidur.

Aku terjaga semasa Abba mengangkat aku. Aku ingatkan dah pagi tapi rupanya masih malam lagi. Abba nak pergi hantar Aunty Barjiz balik, sebab tulah Abba mengangkat aku masuk ke kereta.

Sepanjang perjalanan Ammi dan Aunty Barjiz masih bersembang. Aunty Barjiz bagi tahu Abba yang dia tumpang rumah adiknya di sini dan esok pagi nak balik ke rumahnya di Ipoh.

Selepas hantar Aunty Barjiz kami balik ke rumah dan aku terus tidur sebab hari dah tengah malam.


Oh ya, Aunty Barjiz ada berikan aku hadiah istimewa. Seekor harimau putih, snow cap, biskut dan loket emas. Cantik.... Terima kasih Aunty.

17 2 2011. Khamis


Malam ni kawan baik Ammi, Aunty Barjiz call. Ammi happy sangat. Ammi sembang sekejap dengan Aunty Barjiz kemudian Ammi bagi tau Abba yang Aunty Barjiz ajak jumpa. Ammi bertanya kalau esok balik kerja, ambil aku dulu dan selepas solat keluar jumpa Aunty Barjiz boleh tak. Abba cakap boleh.
Macamana untuk memberi
bantuan kecemasan kepada
itik yang lemas.

Tekan dada dia sebanyak
41 kali supaya air keluar
dari paru-parunya.
Kalau masih belum sedar,
sila dongak dak kepit
paruhnya.
Langkah kecemasan jika
masih tidak sedar, sila
tampor tonggeng dia
kot-kot dia tercekek
bola ragbi ke...
Kalau masih gagal, sila beli
itik yang baru....!
Lepas letak telefon, Ammi bagi tahu Abba yang mungkin Aunty Barjiz akan datang ke rumah atau mungkin kami keluar jumpa dia kat luar.
'Kandang' yang Ammi buat untuk menghalang aku dari
jatuh katil.

Kemudian Ammi bercerita kat aku yang Aunty Barjiz adalah best friend Ammi semasa kat U dulu dan Ammi dah lebih 2 tahun tak berjumpa Aunty Barjiz. Ammi kelihatan seronok sangat. Alhamdulillah, Ammi dah tak tension macam hari Selasa hari tu.

Aku rasa tak sabar nak jumpa Aunty Barjiz. Nak juga aku berkenalan dengan kawan baik Ammi. Macam mana agaknya rupa Aunty Barjiz? Apa agaknya Aunty Barjiz kata tentang aku? Excitednya nak jumpa kawan Ammi.

16 2 2011. Rabu

Hari ni Ammi bagi tau aku yang nanti bila Ammi operation, Abba akan hantar aku ke rumah Tok. Ammi siap pesan suruh aku duduk baik-baik dan jangan menyusahkan Tok.
Abba beli bola getah untuk aku.
Aku suka main tarik-tarik gini...
Bila putus atau menganjal aku gelak...

Aadam janji Aadam akan duduk baik-baik Ammi dan tak akan menyusahkan Tok. Ammi jangan risau. Ammi pergilah operate dan jaga diri Ammi baik-baik.

15 2 2011. Selasa
Pergi Melawat Darwish

Selawat ke atas Nabi kita. Hari ni Maulidur Rasul.

Aku bangun awal dan mandi dan kemudian pergi tidur semula. Semasa aku masih dalam proses nak tidur, Abba dah pergi surau.

Bila aku terjaga, Abba masih belum balik. Aku bermain dengan Ammi. Best. Ami pun bersembang dengan aku dan cerita balik tugas Abba kat surau hari ni. Aku boleh dengar suara kanak-kanak mengaji. Sedap suaranya. Tu mesti salah seorang peserta. Kemudian terdengar ada kanak-kanak bang pula. Seronoknya. I wish I was there.

Tak lama selepas tu aku tidur balik sebab dah penat bermain dengan Ammi. Bila aku bangun semula, Abba dah balik.

Umur aku tua dua minggu dari Darwish. 
Petang tu masa Abba dan Ammi minum petang, Ammi kelihatan stress sangat. Aku tak pasti fasal apa. Mungkin Ammi risaukan pembedahan Ammi kot. Kemudian aku dengar Ammi bagi tahu Abba yang Ammi rasa tension sangat memikirkan soal kerja dan pembedahan Ammi. Kesian Ammi. Ammi jangan risau, Aadam ada. Aadam akan doakan Ammi. Insya Allah semuanya akan berjalan lancer. Aku nampak Ammi tiba-tiba aje menangis. Aku tak tahu nak buat apa. Kalau aku nangis, Abba atau Ammi akan bagi susu atau puting tetapi takkan nak bagi Ammi puting pula.
Aku sedang mengetest kereta BMW
Darwish ni. Boleh tahan jugak.
Mak cik Yati sedang bergurau
senda dengan aku.

Kemudian Ammi ajak Abba pergi ke rumah Mak Andak. Ammi kata walaupun Ammi ada kerja office nak disiapkan, Ammi tak dapat nak concentrate. Aku pun rasa Ammi patut keluar tukar angina.

Abba call Pak Andak. Pak Andak cakap dia nak keluar tapi Mak Andak ada kat rumah dan kami boleh pergi. So Abba kata ok. Yahoo! Dapat jumpa Darwish. Dah lama tak tengok dia. Aku teringin nak jumpa Darwish. Agaknya dia dah kurus ke? Ke makim besar?

Abba, tolong beli satu BMW macam ni. Aadam nak
bawak Abba dan Ammi 
On the way nak ke rumah Mak Andak, Abba singgah pasar malam beli makanan sikit untuk dibawa ke rumah Mak Andak. Lama bebeno Abba pergi. Abba balik bawa makanan dan mainan untuk aku dan Darwish. Aku dapat bola berlampu dan anak itik yang boleh berbunyi. Aku ketawa terkekek-kekek dengar bunyi itik tu apatah lagi bila Ammi bawa muncung itik tu dekat mulut aku dan membunyikannya. Aku seronok sangat.

Pak Ndak dah cekap mendukung
Darwish, walaupun nampak
pelik je cara dukung tu.
Ni apa yang melekit-lekit kat bantal peluk Darwish ni?
Aku terlena dalam kereta sebelum sampai ke destinasi kami dan bila terjaga, aku dah ada di rumah Mak Andak. Aku ternampak Darwish dan terus menangis sebab terkejut tengok saiznya yang besar. Sememangnya Darwish dah besar sangat. Kata Mak Andak, kena beli baju untuk budak berumur 2 tahun untuk Darwish. Biar betul Mak Andak ni. Aku macam tak percaya saja.

Kemudian Ammi dukung Darwish dan Abba dukung aku dan cuba buat kami bersembang tapi kami tak mahu bersembang. Lepas tu Abba mula tangkap gambar kami.

Tak lama kemudian Pak Andak balik dan Mak Andak hiding air dengan bermacam kuih sementara nak hiding makan malam. Kemudian Makcik Yati pula sampai.

Aku lapar, masa untuk Ammi bekerja.
Darwish sedang kontrol hensem.
Abba dan Ammi kemudian pergi solat Maghrib sementara aku landing kat tilam Darwish. Darwish pula duduk dalam walkernya. Tiba-tiba aje Darwish mengamuk dan mula menangis non-stop. Aku kehairanan.  Darwish, awat kau nangis? Kau marah aku pinjam tilam kau ke? Janganlah jadi tangkai jering.
Aku menumpang landing di lapangan Darwish. Berapa
sewa untuk sejam ni Darwish?

Rupa-rupanya dia panas. Mak Andak membuka bajunya dan dia diam sekejap. Tapi lepas tu dia meragam balik, nak tidur pula. Makcik Yati bawa Darwish masuk ke bilik. Ala relaxlah Darwish. Lepaklah dulu. Bukannya selalu aku mai rumah kau. Janganlah tidur lagi. Marilah kita bermain dulu.

Mak Andak hiding makan malam. Abba, Ammi dan Pak Andak makan dulu sementara Mak Andak jaga aku. Tak lama lepas tu Darwish keluar semula sebab dia tak jadi tidur.

Agak lama juga kami di rumah Mak Andak. Aku pun dah ngantuk. Aku terlena dalam kereta semasa perjalanan balik ke rumah.

14 2 2011. Isnin

Balik dari rumah Mama hari ni, aku tak terus tidur macam minggu lepas. Aku duduk dalam buaian aku semasa Abba dan Ammi makan malam.
Perasan tak aku dah boleh duduk lama-lama.

Juga dah boleh makan makanan
bijirin. Best sehingga ke pipi.
Aku dengar Ammi Tanya Abba bila nak balik ke rumah Tok. Yalah, aku pun dah rindu kat Tok Wan dan Tok. Dah lama tak jumpa, apatah lagi balik ke Pahang. Abba cakap sebelum pembedahan Ammi sebab nak tinggalkan aku di sana. Tinggal bersama Tok? Bestnya. Tapi ….. nanti Aadam rindu kat Abba dan Ammi pulak. Mazam mana yek? Lagi pun Aadam nak berada di sini semasa Ammi masuk hospital sebab Aadam nak lawat Ammi. Macam mana ye? Aadam confuselah. Tpi kalau aku duduk sini, kesian Abba pula. Nanti terkejar-kejar nak fetch aku lepas tu nak lawat Ammi, macam masa Ammi masuk Damansara Specialist Hospital hari tu. Aku pun tak tahu nak pilih yang mana satu.

13 2 2011. Ahad

Aku hanya lakukan aktiviti biasa hari ni …… bermain dan bersembang dengan Abba dan Ammi. Aku lebih banyak spend masa dengan Abba hari ni sebab Ammi sibuk buat kerja office. Kalaulah aku tahu Ammi ada kerja nak siapkan, semalam aku dah bagi tahu Uncle Tony yang aku dah book Ammi untuk hari ini dan Ammi tak boleh buat kerja office di rumah. Kalaulah aku tahu ….

Malam ni Ammi bagi tahu aku yang lusa adalah Maulidul Rasul, hari lahir Nabi Muhammad s.a.w. Surau Darul Najwa depan rumah kami akan mengadakan pertandingan musabaqah al-Quran, tahfiz al-Quran, nasyid dan azan bagi kanak-kanak. Ammi Tanya aku samada aku akan join bila aku dah besar. Mestilah nak Ammi, Insya Allah.

Abba dan Ammi akan cuti tetapi Abba kena pergi ke surau sebab Abba AJK surau. Abba akan jadi juru gambar. Aadam nak ikut, boleh?

12 2 2011. Sabtu
Pergi rumah terbuka Uncle Tony.
Hah! hari ni kena pergi klinik? Oh! TIDAKKKKKKK!

Aku bangun seperti biasa dan selepas mandi, aku tidur semula. Aku bangun balik sekitar waktu Zohor.
Menanti saat untuk diberikan "hadiah" istimewa dari Doktor.

Selepas solat, kami pergi ke Klinik Wardah. Mujur tak ada pesakit lain. Selepas duduk sekejap doktor panggil aku masuk. Doktor yang bertugas ialah Dr. Linda. Dr. Linda greet aku dan kemudian timbang aku. Berat badan aku naik lagi – dah 8 kg.

Kemudian sampai masa aku dicucuk. Aku dah tak rasa takut dah pun, dah pro dah. Dr. Linda suntik aku, ekeleh, macam semut gigit je.
Naik buaian pakai talipinggan.
Abba dah cabut tray buaian tu, takut aku jatuh.
Bagus juga bila tak ada tray, lapang dan
tak sempit lagi. Tapi rimas kena ikat pulak dah.

Sebelum keluar Dr. Linda bagi tahu Ammi lepas ni aku kena cucuk masa umur aku 1 tahun. Fuh! Lega rasanya bila dengar kata-kata Dr. Linda. Maksudnya aku tak payah dicucuk untuk tempoh 6 bulan akan datang. Terima kasih Dr. Linda yang sweet.

Balik ke rumah, aku bermain sekejap dan mandi dan tidur lagi. Ni qada tidur masa pergi kenduri Uzma Khala ni. Tidur sepanjang minggu.
Bersiap nak ke rumah terbuka Uncle Tony.
Bergaya dengan jaket baru.
Panas tapi Ammi paksa juga aku pakai.

Bila aku bangun tidur, kami bertolak ke rumah Uncle Tony. Ramai ke orang kat sana? Macam mana agaknya rupa kawan-kawan Ammi? Macam mana agaknya rumah Uncle Tony? Macam-macam persoalan bermain di kepala aku. Ammi siap pesan supaya aku behave elok-elok dan jangan memusnahkan apa-apa barang di sana nanti.

Abba singgah solat di R & R dan kami teruskan perjalanan kami. Akhirnya kami sampai ….. jauhnya. Duduk kat ulu banat mana Uncle Tony ni? Macam separuh perjalanan nak balik ke rumah Tok aje. Dahlah tu, ada Pak Guard jaga pula. Gated community …… wa cakap lu. Nasib baik Pak Guard to tak banyak songeh. Dia Tanya nak pergi party ke? Abba cakap ya. Mana dia tahu yek? Agaknya Pak Guard ni pun salah seorang jemputan kot. Kalau tak mana dia tahu. Takkanlah Uncle Tony tu famous sangat.
Inilah rupanya Uncle Tony yang menjadi kawan dan musuh kepada Ammi.
Suasana meriah di rumah terbuka Uncle Tony.
Kemeriahan majlis itu diserikan oleh kehadiran aku...He he he.

Masuk ke kawasan rumahnya, terus Abba rasa kagum. Abba cakap rumah kat sana cantik-cantik. Lepas tu kami round and round cari rumah Uncle Tony.
Aku terus jadi buah tangan juga buah mulut di sini.

Akhirnya seorang lagi kawan Ammi, Uncle Adnan, perasan yang kami dok cari rumah dan bila Abba berhentikan kereta, Uncle Adnan bagi tahu mana satu rumah Uncle Tony.
Hai...payah nak pilih salah seorang calon
girl friend Aadam ni! Semua pun cantik-cantik jugak.
Aadam pilih....tiga-tigalah!
Ammi dam Aunty(?) tersengeh penuh perasaan.
Uncle Henry bersama keluarga pun tumpang bergambar.
Mereka memuji kecomelan aku...Terima kasih....
Uncle Nicholes dan (?) tak jemput Aadam makan sekali ke?
Amboi! banyaknya makanan. Semua orang sebok makannn je!
Aku? Ammi bila Aadam boleh makan ni...!?
Aadam lapar ya, nah! minum saja susu ni....is is is....
Kesian aku tak ada siapa pun offer makan,
 baik aku main dengan kutu sofa ni....


Aunty Zee sedang memberi petua menjaga
 anak kepada Ammi.

Uncle Tony pun datang menjemput. Oh! Inilah orang yang selalu mendera Ammi suruh buat kerja sampai ke subuhdan masa Ammi cuti sakit. Taklah brutal mana rupanya. Kecik aje, rasanya bila umur aku 12 tahun, aku dah sama tinggi dengan dia kot.
Uncle Tony dengan bangganya menunjukkan koleksi gambar perkahwinannya kepada tetamu yang hadir.


Ammi turun dulu dengan aku sementara Abba pergi parking kereta. Aunty Zie (seorang lagi kawan sepejabat Ammi) dukung aku bawa masuk ke dalam diikuti Ammi.




Memang cantik rumah Uncle Tony tapi jemputannya tak ramai. Uncle Nicholas datang mengagah aku dan kemudian Aunty Noni (isteri Uncle Adnan) dukung aku pula.
Eleh! semua orang kagum, korang belum tengok
gambar kahwin aku lagi... mesti ada yang terhisteria cite...

Aku perhati sekeliling aku. Ramai kawan sepejabat Ammi ada kat situ. Ada Aunty Chai Ling, Aunty Camerly, Aunty Jessica, Uncle Henry bersama isteri (tak ingat namanya) dan anaknya serta Uncle Kang. Aunty Rina (isteri Uncle Tony), anaknya, Justin dan 2 orang anak Uncle Adnan (tak tahu nama mereka) pun ada.
Uncle Tony sedang berkira-kira perbelanjaan
yang telah pupus kerana majlis ini. Setakat 5, 6
puluh hinggit pun ralat sangat ke Uncle...
Aunty (?) cuba bergaya mulut kecik
macam aku.  Alahai comelnye...

Bila Abba datang, Abba mula buat kerja biasa Abba. Apa lagi, tangkap gambarlah. Ammi duduk kat satu sofa tu dari masa kami sampai hingga kami balik. Aku perhati Justin bermain iPad Uncle Tony. Hmmm…. Aku dah tahu apa aku nak sebagai hadiah hari jadi nanti. 


Aunty Zee paling banyak melayan aku.
Terima kasih Aunty...
Uncle Tony bawa Abba tour rumah dia. Kata Abba Uncle Tony tunjukkan tingkat atas rumahnya. Setiap bilik ditunjukkannya. Banyak pengubahsuian telah dilakukan. Dari lantai sampai ke siling, semuanya gabungan warna silver, gray, white dan black. Korang tengok sajalah gambar yang  ada. Abba puji Uncle Tony memang kreatif dan sentuhan seninya tu kena dengan style zaman sekarang. 


Awal-awal lagi Ammi dah kata kat Uncle Tony yang kitaorang tak boleh makan makanan yang dia serve. Walaupun katanya itu dari kedai mamak, tapi bekas mangkuk dan pinggan semuanya dia punya. Jadi Abba cuma makan buah oren dan limau barli saja. 
Korang nampak sampul merah kat tangan Ammi tu,
 heh! itu untuk orang bujang macam aku ni je tau...


Selepas semua orang kekenyangan, masing-masing nak balik. Kami pun nak balik juga setelah berada di situ lebih kurang 2 jam. Dalam pejalanan pulang Abba singgah R&R dekat Kinrara beli satey. 

Aku keletihan dan tertidur di dalam kereta. 

7 2 2011. – 11 2 2011. Isnin - Jumaat
Bilalah Abba nak beli makanan best-best ni, bosanlah minum susu je.

Satu minggu yang agak membosankan. Tak banyak aktiviti dan seyiap hari bila balik ke rumah, aku rasa mengantuk sangat, entah kenapa dan terus tidur. Ammi siap pesan kat aku setiap hari supaya tidur petang jadi bila balik ke rumah waktu malam, bolehlah bermain dan bersembang dengan Abba dan Ammi.
Sejak kebelakangan ni bila aku balik dari rumah Mama, mata ni
asyik mengantuk je, walaupun jam baru 8 malam.

Nampak macam sedap je katak hijau ni.
Masak lemak cili api ok gak.
Aku tau Ammi geli nak masak untuk aku,
jadi aku try ratah je le katak ni.
Memang tak sedap pun!...Ammi meggi goreng satu!
Ammi bagi tahu yang Sabtu nanti aku nak kena cucuk lagi. Aku tak hairan pun sebab dah biasa sangat kena cucuk. Cuma aku nak tahu ampai bila aku nak kena cucuk ni.
Aku berusaha menahan mengantuk untuk jaga hati Ammi dan Abba. Mereka pun nak main-main dengan aku.



Kalau korang nak tahu, rambut aku dah makin panjang, semakin halus dan lembut tak macam dulu kasar, keras dan tercacak-cacak.
Best gila bila Abba kasi can aku tak berbaju beberapa ketika, aircond semula jadi! Ammi pulak bising kat Abba suruh aku pakai baju...
Lagi “pusat sumber” aku bagi tahu yang Sabtu nanti kami nak ke rumah Uncle Tony (kawan sepejabat Ammi) yang buat open house. Aku dengar Ammi bagi tahu Abba yang Ammi dah inform Uncle Tony yang Abba dan Ammi tak akan makan, cuma nak melawat saja memenuhi jemputan Uncle Tony. He! He! Ni mesti Abba dan Ammi wasas nak guna pinggan Uncle Tony walaupun makanan dibeli dari kedai mamak.

Lagi Ammi bagi tahu aku yang Ammi akan operate pada 28.2.11. Aku harap ini adalah yang terbaik buat Ammi dan berdoa agar pembedahan Ammi berjalan lancar. Amin.

6 2 2011. Ahad

Kami bangun awal hari ni sebab ikut perancangan Abba, nak bertolak selepas solat Subuh. Selepas kami bersiap, Sadiah Nani dah sediakan sarapan so semua orang makan dulu. Kami bertolak sekitar pukul 7.30 a.m.
Kami berhenti rehat di hentian rehat Tasik Raban
di Lenggong Perak.

Suasana pukul 8 pagi Tasik Raban. Cantik tau tempat ni.

On the way Abba ternampak satu tasik, Tasik Raban. Cantik giler tempat ni. Abba snap beberapa gambar kat sini dan kemudian teruskan perjalanan. 

























Asalnya Abba nak lalu ikut highway tapi bila sampai kat tol Kuala Kangsar, highway dah sesak teruk. Orang ramai sudah mula balik ke bandar semula selepas cuti raya cina. Jalan highway pun kereta dah tak bergerak. Laluan kereta Abba sehala untuk masuk ke highway pun sudah dicerobohi kereta yang mahu keluar dari situ. Banyak kereta yang tak jadi masuk highway. Mereka buat U turn secara salah. Abba pun ikut sama macam tu. Kata Abba jika kita masuk highway nak sampai Ipoh dari Kuala Kangsar pun mungkin ambik masa 5,6 jam memandangkan cara trafik bergerak. 






















Jadi, Abba keluar balik dan lalu ikut jalan lama. Walaupun banyak kereta jugak tapi bergerak. Dalam sejam saja dah sampai Ipoh.




























































Sampai kat Ipoh, Abba masuk highway balik dan kami sangkut kat jam. Tapi sekurang-kurangnya dah terlepas jam di Kuala Kangsar tadi. Aku seronok tengok kereta banyak-banyak dan nak berdiri, Munni Khala yang jadi mangsa aku. Dia berdirikan aku dan habis aku pijak-pijak Munni Khala dalam excitement aku nak tengok kereta.

Akhirnya kami sampai ke PJ dalam pukul 2.30 p.m. Lamanya… Selepas drop Munni Khala, kami balik ke rumah. Zarina Khala call bertanyakan jalan jam tak. Dia baru bertolak dari rumah Nani dalam pukul 12.30 p.m. Abba suruh Zarina Khala ikut jalan lama. Abba cakap kat Ammi Zarina Khala mesti akan sangkut dalam kesesakan yang teruk. Bila aku dengar tu, aku rasa bersyukur sangat sebab kami keluar awal dan dah nak sampai rumah. Aku dah rindu katil king size kami, rindu nak bergolek-golek keliling katil.

Akhirnya kami sampai ke rumah. Huh! Leganya. Home sweet home. Sesampai di rumah aku terus berguling-guling atas katil, macam filem Hindustan.
Aku penat sangat tidur lena...

Buktinya Abba permain-mainkan aku gini.
Kesian aku kan?
Petang ni aku spend masa dengan Abba dan Ammi, bermain-main dan bersembang-sembang.

Aku penat sangat sebab beberapa hai ni aku tak cukup tidur. Lagipun kami berjalan jauh, pergi balik jadi malam ni aku tidur awal.


5 2 2011. Sabtu
Kenduri Kahwin Uzma Khala di Pengkalan Hulu Perak.

Hari ni kami bangun sekitar 8.30 a.m. dan bersiap-siap untuk ke rumah Azizullah Nana. Selepas bersiap, Abba pergi cari memory card untuk kamera Abba tapi kedai masih belum buka.
Aku sangat mengantuk sehingga terlena atas riba Abba dalam kereta.

? sedang merasuah aku untuk jadi boy friend dia.
Payah jugak jadi orang comel ni, tak
ada masa nak rileks langsung!
Semasa kami sampai di rumah Azizullah Nana, kami terserempak dengan Farhana Momani dan Zarina Khala sedang bawa Uzma Khala ke kedai untuk make-up. Awat tak panggil mak andam datang ke rumah saja? Aku pun tak tahu.


Ok! ok! beratur semua ya. Jangan risau, Aadam akan
kasi autograft kat semua orang.
Abba dan Ammi bersarapan dan kemudian Abba download gambar ke komputer Nafiz Mamu. Fahmi Mamu yang tengok gambar-gambar yang Abba snap merasa kagum dan memuji gambar tu cantik. Agaknya Abba memang berbakat sebagai photographer kot.
? sedang membandingkan wajah aku
dengan Ammi...
Bagus jugak datang kenduri ni, ramai dukung aku, tu
yang aku paling syok!

Mesti kena tinggal tanda bila mari rumah orang.
Ini Aadam tanda sebagai wilayah jajahan Aadam!
Abba sibuk tangkap gambar sana sini sementara aku duduk dengan Ammi dan Munni Khala. Tak lama lepas tu Nazhat Nani sampai. Lepas tu Akbari Khala (sepupu Atiqah Momani) datang bersama ibunya. Pelik sungguh, aku belum pernah jumpa Atiqah Momani tetapi dah berjumpa sepupunya. Aku harap Nassu Mamu datang ke sini hari ni jadi aku boleh berjumpa dan finally melengkapkan perkenalan aku dengan ahli keluarga Ammi.
Faisal Bhaiya teringin nak masuk kamera Abba, jadi dia sengaja
buat-buat dukung aku. Trick la konon...

Akbari Khala cakap muka aku mirip muka Ammi especially mata aku. Ramai orang dah cakap macam tu. Mereka cakap muka aku sama macam Abba dan Ammi, mata macam Ammi dan kening macam Abba.

Aku tak perasan bila Uzma Khala balik dari kedai selepas dimade-up. Orang mulai ramai dan aku mulai rimas. Ramai juga orang-orang yang aku tak pernah jumpa ada kat sini dan ramai pula orang yang mendukung aku bergilir-gilir. Bestnya. Aku hanya perlu mengangkat kedua-dua tangan aku minta didukung dan ada aje orang yang sanggup dukung aku, bawa berjalan-jalan.
Semua orang makan sedap-sedap, Ammi pun, Aadam?
Asyik minum susu je... huk!huk!huk!

Isha Baji bagi tahu Ammi yang badannya naik biji-biji dan Ammi cakap Isha Baji kena demam campak. Isha Baji tak percaya sebab dia dah 2 kali kena demam campak. Errr…. Ammi, demam campak tu macam mana? Kita campak orang yang kena demam campak tu ke?
Bila kenduri ni nak selesai ni, Aadam
dah penat nak balik rumah.

Dr. Israr Mamu dan Dr. Shahid Mamu confirm yang Isha Baji kena demam campak. Ekeleh! Ammi bukan doktor pun tahu. Isha Baji kegatalan dan kesedihan lalu bawa diri masuk ke bilik dan menangis. Kesian Isha Baji.
Aku jadi batton hari ni, asyik kena pas sana sini.

Orang tak putus-putus datang dan pergi. Aku mengantuk dan terlena. Bila aku terjaga, kenduri masih belum selesai. Abba bawa aku ke bilik Uzma Khala untuk snap gambar tetapi oang ramai sangat dan aku tak dapat bergambar dengan Uzma Khala yang kelihatan sungguh jelita itu. Ruginya.

Tiba-tiba riuh-rendah kat ruang tamu. Rupanya kasut Ariff Khalu sudah kena “curi”lah. Ini adat orang Hindustan. Kasut atau songkok pengantin lelaki akan dicuri dan disembunyikan oleh kakak atau adik perempuan pengantin perempuan dan pengantin lelaki perlu menebusnya dengan membayar beratus-ratus dan kadang-kadang beribu-ribu ringgit. Wah! Excitingnya. Tetapi kalau akulah jadi pengantin lelaki tu, aku biar aje. Dengan duit yang nak tebus kasut atau songkok tu aku boleh beli berpuluh-puluh pasang kasut atau songkok.
Pihak pengantin lelaki sedang memohon belas kasihan
pihak pengantin perempuan memulangkan kasut
yang dicuri dengan menawarkan sebut harganya sekali.

Ibu pengantin perempuan sedang memarwa pasangan pengantin.
Adik-adik pengantin lelaki cuba negotiate nak ambil balik kasut tu. Diaorang masuk ke bilik Uzma Khala untuk cari kasut tu tapi tak jumpa. Riuh-rendah suara mereka. Siap menyanyi lagu lagi. Macam cerita Hum Ap Ke Hain Kaun pula. Akhirnya kasut ditebus dengan harga RM200.00. Wah! Kayalah Nadia Khala hari ni. Boleh belanja Aadam makan?

Kemudian upacara “marwa” dijalankan. Semasa upacara ni kaum wanita dari keluarga pengantin perempuan akan menyuap manisan kepada pengantin lelaki dan menghadiahkan wang kepada pengantin lelaki. Oklah tu, boleh cover balik duit tebusan kasut tu.
WOW....

Selepas tu Uzma Khala dan Ariff Khalu bergambar bersama. Kemudian pihak Ariff Khalu tunggu Uzma Khala tukar baju dan bersiap untuk balik. Tunggu punya tunggu, Uzma Khala tak siap-siap lagi tapi teh pula yang sampai.

Macam heroin hindustan.


Uma Khala dengan mak mentuanya
Abba dan Ammi bersama Pengantin.
Aku dengar tadi Ammi bagi tahu Sadiah Nani yang Ammi memang susah nak nangis dalam keadaan macam ni. Tapi kadang-kadan bila Ammi tengok drama Hindustan, aku perasan air mata meleleh-leleh sampai Abba bawa tissue. Apalah Ammi ni, bila reality, tak menangis, bila tengok tv boleh nangis sampai nak banjir. Itulah Ammi kesayanganku.

Lepas Uzma Khala dah pergi Sadiah Nani continue menangis. Entah sampai berapa lama pun entahlah.
Uzma Khala bersama adiknya Fahmi Mamu.
Nani pun sempat bergambar.

By, by zaman bujangku...
Nahfiz Mamu dan Fahmi Mamu pun tumpang bergambar.
Riuh rendah rumah Azizullah Nana kerana mereka ni.
Zarina Khala dan anak-anak bersama
Uzma Khala.
Bergambar dalam bilik pengantin.















Akhirnya sampai masa “bidayi” iaitu masa nak ucap goodbye kepada Uzma Khala. Keluarga Ariff Khalu dah tak sabar-sabar dan dah tunggu kat luar rumah. Semua saudara-mara mengiringi Uzma Khala sampai ke kereta sambil kebanyakan orang menangis. Paling teruk menangis ialah Sadiah Nani. Nafiz Bhaiya dan Fahmi Bhaiya pun menangis. Ammi tak nangis pun. 
Pasangan pengantin sempat bergambar dengan
keluarga pengantin perempuan.
Lambaian perpisahan dari seorang Ayah.
Abba dan Khalid Khalu ikut Israr Mamu, Shahid Mamu dan Tabbu Khalu  mana entah. Aku bersantai kat toto. Munni Khala, Farhana Momani, Barki Nani dan Nani duduk berehat-rehat. Isha Baji masih memencilkan diri. Lepas tu Ammi masuk bilik untuk baring sekejap sebab Ammi letih duduk lama sangat. Ammi memang tak boleh duduk lama-lama. Aku pun ikut Ammi baring-baring.

Shahid dan Israr Mamu bersama Khalid Khalu sempat
bergambar di dalam ladan sawit jauh ke sempadan.
Selepas semua orang balik, baru
aku rasa aman damai.
Malam tu semasa semua orang tengah makan, Ammi duduk mendukung aku. Abba bawakan sepinggan nasi untuk Ammi dan aku yang dah lama aim nak makan nasi, tiba-tiba mengambil segenggam nasi tu dengan pantas sekali. Semua orang terjerit. Agaknya Ammi tak expect aku buat macam tu kot jadi Ammi tak ambil apa-apa langkah berjaga-jaga.

Nana, Nani, Israr Mamu sekeluarga, Tabbu Khalu sekeluarga dan Shahid Mamu sekeluarga balik selepas makan malam. Orang-orang lain seperti Lallu Mamu sekeluarga, Shafiqu Mamu sekeluarga dan Faizu Mamu sekeluarga dah balik lebih awal lagi. Hanya tinggal kami dan Khazamah momani dan anak-anaknya. Tikku Mamu pun dah balik sebab ada hal.

Tak lama selepas Nani balik, Abba, Ammi dan aku masuk tidur sebab esok Abba nak balik awal-awal untuk elak jam. Aku dengar Abba bagi tahu Ammi yang semasa Ammi baring-baring, Nani, Farhana Momani dan Zaeina Khala tengok gambar-gambar yang Abba snap dan seperti orang lain, mereka pun memuji Abba pandai ambil gambar sebab gambar-gambar tu cantik. Abba, nanti Aadam kahwin Abba tolong snap gambar boleh?

4 2 2011. Jumaat
Majlis pertunangan Uzma Khala
Pagi sebelum berangkat ke rumah Nana,
kami sempat bergambar depan Homestay
yang kami tinggal malam tadi.

Pagi-pagi lagi Ammi dah panggil abba bangun sebab kami nak ke rumah Azizullah Nana. Semua orang pergi mandi bergilir-gilir kecuali aku. Kat sini tak ada water heater so Abba cakap aku boleh mandi kat rumah Azizullah Nana nanti.

Sesampai di rumah Azizullah Nana, semua orang bersarapan dulu kemudian aku mandi. Lepas tu Munni Khala bawa aku ke rumah Barki Nani bersama dengan Khalu, Nana dan Isha Baji. Abba dan Ammi tak ikut.

Rumah Barki Nani besar giler, rumah fesyen lama macam zaman Jepun dulu kot. Barki Nani pergi mandi, siram pokok bunga dan cari barang kemasnya untuk dipakai. Aku terlena sementara menunggu Barki Nani siapkan kerjanya.

Bila aku terjaga, Khalu dan Isha Baji dah tak ada kat situ. Aku tak pasti mana mereka pergi. Selepas Barki Nani siap, kami balik ke rumah Azizullah Nana. Abba dan Ammi tak ada kat sini. Aku tak tahu ke mana Abba dan ammi pergi.

Tak lama selepas tu Abba dan Ammi balik bersama Khalu dan Isha baji. Aik! Macam mana Khalu dan Isha Baji boleh berada bersama Abba dan Ammi? Peliknya. 
Permandangan indah di tasik Pekan Keroh


Isha Baji dan Khalid Khalu sedang berposing-posing...


Kemudian Israr Mamu sekeluarga, Zarina Khala dan anak-anaknya serta Shahid Mamu sekeluarga pula sampai disusuli Aiman Momani, Azman Bhaiya sekeluarga dan Shahril Bhaiya. Jadi meriah balik macam semalam. Kemudian Tikku Mamu dan Lallu Mamu serta Shafiqu Mamu bersama keluarga masing-masing pula datang. Wah! Lagi riuh-rendah daripada semalam.


Afza yang langsung aku takj dengar suaranya.
Aku nampak Afza pakai baju gown warna hijau sama macam Umminya. Sweet sangat. Tapi aku peliklah, kenapa dia tak nak cakap dengan aku. Malu agaknya. Biasalah girls memang sepatutnya malu-malu macam tu. Ahak! Ahak!
Anak-anak ? sedang tekun menghayati drama
bersiri di saluran Zee.
Kesian Ammi tak dapat makan nasi beriani pasal diet.

Tak lama lepas tu semua orang lelaki dewasa dan remaja pergi solat Jumaat. Aku tak ikut. Aku duduk dengan Ammi dan Ammi bagi tahu tadi Abba dan Ammi pergi ke rumah Barki Nani untuk hantar susu aku sebab Munni Khala terlupa nak bawa. Aku tengah tidur so Abba tak nak kacau aku jadi aku dibiarkan tidur. Abba bawa Khalu, Ammi dan Isha Baji berjalan-jalan. Mereka pergi bergambar di Lake Garden 


























































Sebuah rumah uzur di Kampung Siam
Pohon menghijau di laluan masuk Gua Gedang
yang ada berhampiran Barki Nani punya rumah. Sampai hati mereka tinggalkan Aadam. Aadam pun nak ikut sebenarnya. Nak jugak mandi tasik tu. Asyik mandi dalam besen je, boringlah.































Abba banyak ambil gambar Isha Baji dan Khalid Khalu di sekitar taman tu. Cantik juga gambar permandangan di situ.

Sebuah rumah uzur di Kampung Siam
Tasik yang terdapat berhampiran dengan kampung Siam
Pintu gua Gedang.
Selepas habis bergambar, masa masih panjang lagi untuk masuk solat jumaat. Abba pun bawa Ammi, Baji dan Khalu ronda-ronda pekan Kroh. Jalan punya jalan sampailah ke Kampung Siam. Kat situ semua orang siam. Papan tanda pun dalam bahasa mereka. Alamak! dah termasuk sempadan Thai ke ni? 

Tujuan Abba nak ke Gua Gedang. Saja je nak tengok-tengok. 10km je dari Kroh tapi kena masuk kawasan kampung dan ladang getah serta hutan. Lalu kat satu tasik. Cantik tempat tu.





























































Sampai kat kawasan gua tu ada kem bena diri. Ammi, Baji dan Khalu tak sanggup turun bukit tu untuk ke Gua Gedang. Abba sorang-sorang je. Abba kata tempat tu hutan tebal, tapi ada tangga untuk sampai ke situ. Bunyi cengkerik dan binatang hutan mengerunkan walaupun hari tengahari. Ada pelantar tinjau di atas sungai. Sungai tu mengalir airnya masuk ke pintu gua Gedang. Pintu gua tu sendiripun dah gelap gelita.

 Wah! Bestnya. Aku teringin nak pergi. Kenapa Abba tak kejut saja aku ni? Aku tak pernah lagi tengok gua, hutan dan air terjun. Tasik aku pernah tengok masa majlis cukur rambut Darwish dulu.
Cara-cara melukis inai tangan. Aku ingat  benda tu ubat gigi...

Orang tua-tua pakai inai cara lama saje lah ya.
Isya Baji sengaja menganggu-gugat ketenteraman
tidur aku. Tulah sapa suruh jadi besar,
kan payah nak tidur ikut dan je.
Nafisah Baji danShafa Baji sedang
mengeksyenkan hasil
kerja inai tangan diaorang.
Aku duduk perhati budak-budak dan orang dewasa perempuan sibuk nak berinai. Isha Baji, Shafa Baji, Zara Baji, Alfi Baji, Farah Baji, Farhana Momani, Nor Bhaujh dan Barki Nani, semuanya pakai inai. Tukang bagi pakai inai yang tak pro adalah Nafisah Baji, Farheen Baji, Baby Baji dan Nadia Baji. Ammi dan Munni Khala tak pakai. Ammi tak minat pakai inai. Aku pun tak faham apa yang best sangat pakai inai tu. Aku kahwin nanti, aku nak pakai kat 3 jari sajalah macam Abba pakai masa kahwin dulu (mengikut cerita Ammi).
Sapa pulak yang letak ? kat sebelah aku ni.
 Kena tangkap basah kan naya awek-awek
aku yang lain tu...

Panas...! Abba mengipas aku dengan kipas bateri.
Sapa suruh bagi aku pakai baju kemeja gini...
Ini lagi panas, tampa kerelaan aku digandingkan
dengan ? dalam sesi fotografi ini. Is... haram, haram....
Ammi dan sedang sebok berkerja membuat
kerja memerhatikan orang ramai.
Pasangan pengantin lama/tua
Farhana Momani dan suaminya Israr Mamu
Alfi Baji sedang bergaya macam pelakon hindustan
untuk memancing mana-mana pengarah filem
hindi mengambilnya berlakon.
Uzma Khala masih belum bersiap-siap. Tak kena
mandi bunga ke ni....?
Selepas orang lelaki balik dari masjid, makan tengahari dihidang dan semua orang sibuk makan. Ada juga yang masih sibuk buat kerja.

Selepas makan, semua orang continue buat kerja….. ada yang masak, ada yang mengemas, ada yang menghias bilik pengantin dan ada yang menyibuk saja.


Petang tu kawan-kawan Uzma Khala datang dan selepas minum petang, mereka ke rest house. Tabbu Khalu pun sampai dan terus ke rest house. Selepas solat Asar, Abba, Ammi dan aku pun ke rest house di mana kami akan bermalam hari ni. Ammi yang ajak Abba ke sini sebab di rumah Azizullah Nana, aku tak boleh nak tidur. Bising sangat dan aku pun seronok tengok orang ramai kat sana. Ammi cakap aku tak cukup rehat nanti.
Shahid Mamu sedang menerangkan cara-cara
membuang air besar ketika sembelit!

Ni pun sama, menampilkan kehenseman
dan kejelitaan secara terang-terangan.
Eleh! kontrol macho nampak!
24 jam dok bersembang je diorang ni.
Tu kerusi meja kat belakang tu sapa nak susun....
Aadam... jugak.
Sampai di rest house tu, kami masuk ke bilik kami. Di sebelah bilik kami adalah bilik Shahid Mamu dan di sebelahnya bilik Israr Mamu dan di sebelahnya bilik Tabbu Khalu dan di sebelahnya bilik Shafiqu Mamu. Wah! Semua orang berkampung di sini.

Sampai di sini Ammi bagi aku minum susu sementara Abba mengangkut barang-barang kami. Kemudian masa untuk aku mandi dan Abba dapati water heater tak berfungsi. Air pun slow saja. Terus Abba pergi complain kat management office.

Masa tu saudara-mara lain mula sampai. Shafiqu Mamu datang melawat kami. Kemudian aku dengar suara Shahid Mamu, Shafa Baji dan Farhana Momani. Riuh-rendah kat luar sana tu.

Abba datang bersama seorang pekerja rest house tu yang cuba repair water heater tu. Kemudian aku terlena dan bila aku terjaga, hari dah malam dan aku berada di rumah Azizullah Nana. Orang ramai ada kat situ. Nazhat Nani dan keluarga pengantin lelaki pun ada. Abba sibuk snap gambar. Ammi pula sedang bersembang dengan Hanna Momani. Aku hanya memerhati gelagat semua orang.

Ada sessi tangkap gambar Uzma Khala. Ammi tak bawa aku masuk ke bilik Uzma Khala sebab ramai sangat orang berkerumun di sana. Kemudian ada majlis potong kek. Uzma Khala keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Wah! Cantiknya Uzma Khala. Selepas pakai make up  dah tak ada rupa Uzma Khala dah, Semua orang berkerumun di ruang tamu di mana upacara potong kek dijalankan. Apa dah …. macamlah tak pernah tengok orang potong kek. Ammi terus duduk di atas sofa, tak bergerak-gerak. Jadi aku pun tak pergi tengoklah apa yang berlaku semasa Uzma Khala potong kek tu. Cuma dengar suara orang riuh rendah. Pengantin lelaki )Ariff Khalu) turut potong kek bersama Uzma Khala. Tiba-tiba lagu Happy Birthday dinyanyikan. Eh! Harijadi siapa yek? Oh! Farheen Baji rupanya. Happy Birthday Farheen Baji.

Lepas potong kek, semua orang makan kek pula. Aku tak dipelawa, seperti biasa. Ammi pun tak makan. Ammi kata Ammi kenyang, tadi dah makan mee. Ni mesti makan masa aku tengah tidur.

Ammi bersembang dengan Shahid Mamu dan aku pasang telinga. Rupanya lepas aku terlena, Abba tukar bilik lain sebab bilik yang mula-mula tu water heaternya tak dapat dibaiki. Lepas Abba angkat barang-barang ke bilik tu, Abba check water heaternya. Tak berfungsi juga. Kemudian pindah ke bilik lain. Bilik ni air-condnya pula rosak. Aduh! Banyaknya masalah kat rest house ni. Kata Ammi, Abba dah malas nak pindah barang, so kami duduk bilik ni saja. Jiran kami kat sini ialah Faizu Mamu (sepupu Tikku Mamu), isterinya Israt Momani (adik Mashkoora Khala) dan anak mereka, Shafiqah Baji.

Mak oi! Banyaknya pindah bilik! Aku tak sedar pun.

Lepas tu Ammi sembang dengan Farhana Momani pula. Aku pasang telinga lagi. Saja nak catch up dengan peristiwa yang aku dah miss sebab tidur tadi.
Terpaksalah Tok kadi percepatkan majlis akad nikah...

Apa? Uzma Khala dah menikah? Aadam tak tengok pun, Ammi.

Rupa-rupanya pernikahan Uzma Khala dah pun dilangsungkan semasa aku tengah tidur tadi. Bernikah kat Masjid.

Uzma Khala tak sabar-sabar menanti saat untuk
menamatkan zaman bujangnya...
Semua saudara-mara yang menginap di rest house dah datang ke rumah Azizullah Nana tadi untuk makan malam sebelum ke Masjid untuk majlis aqad nikah tapi Abba dan Ammi tak datang sebab aku tidur. Abba dan Ammi terus ke Masjid. Abba saja turun kat Masjid sementara Ammi duduk dalam kereta tunggu aku yang masih tidur. Kesian Ammi, tak dapat tengok pernikahan Uzma Khala.

Lepas pernikahan, upacara batal air sembahyang pula dilangsungkan. Farhana Momani kata sepatutnya buat kat rumah jadi semua orang boleh tengok. Bila buat kat masjid, orang-orang yang tak pergi ke Masjid seperti Barki Nani dan Ammi tak dapat tengok.

Aku dah termiss 2 upacara sebab aku terlena. Ingatkan aku boleh tengok pernikahan Uzma Khala tapi hasrat aku tak sampai.

Upacara batal air sembahyang.
Macam adat orang melayu lah pulak.
Lepas makan kek dan minum the, sedikit demi sedikit orang mula beransur, dimulai dengan keluarga Ariff Khalu dan diikuti saudara-mara yang duduk kat rest house dan home stay.

Abba dan Ammi paling akhir balik sebab tunggu Nani tengok gambar-gambar yang Abba snap. Nani memuji-muji gambar yang Abba ambil tu cantik. Mestilah cantik Nani …. Abba Aadam yang snap.

On the way balik, Abba dan Ammi bersembang dalam kereta. Aku dapat tangkap dari perbualan mereka yang semasa di Masjid tadi, memory card kamera Abba dah penuh so Abba tak boleh nak snap gambar dah jadi Abba guna iPhone Abba aje untuk tangkap gambar majlis batal air sembahyang. Lepas tu Abba delete gambar-gambar yang tak berapa elok untuk mengosongkan memory card Abba. Aku tak tahu pun semua ni berlaku.

Sampai di rest house, aku rasa letih sangat lalu terus tidur …. lagi. 


3 2 2011. Khamis
Pergi ke Kroh Perak rumah Azizullah Nana

Gong Xi Fatt Chai kepada semua. Aku teinigin nak tengok tarian naga seperti yang Ammi cerita kat aku tetapi rasanya tak dapat sebab kami nak bertolak ke Kroh hari ni.

Bersiap nak jalan jauh ni.
Sempat singgah sarapan pagi kat Restoran Pelita KL.
Jauh ke lagi ni Abba, Aadam dah nak
terkencing ni...!
Isha Baji bawa aku jalan-jalan sekitar masjid.
Masjid tempat kami singgah kejap.
Kami bangun awal hari ni sebab Abba bercadang nak bertolak ke Kroh selepas solat Subuh tetapi sebab nak packing barang-barang aku, jadi lambat juga. Kami bertolak pukul 7.30 a.m. Lepas tu Abba pegi City Bank untuk bayar duit dan kemudian kami ke Restoran Pelita untuk breakfast. Aku seperti biasa hanya pandang saja. Munni Khala mendudukkan aku di atas meja. Cuba korang cakap siapa yang boleh pergi Pelita dan dapat duduk atas meja? Aku boleh.
Tapak lama masjid ditinggalkan kubah kecil
untuk jadi kenangan.



















Berehat sekejap melepaskan penat.
Isha Baji nak curi angin kipas aku, jadi aku stopkan
dia dari berpusing dengan pegang bilah kipas tu. (Tak
tau kat mana suiz dia)
Selepas siap makan, kami bertolak ke Kroh. Sepanjang perjalanan Ammi dan Munni Khala bergilir-gilir dukung aku. Kadang-kadang Isha Baji pun dukung juga. Kami melalui jalan Grik yang agak bengkang-bengkok. Abba singgah solat di Kenayat. Isha Baji bawa aku turun untuk hilangkan lengguh. Puh! lega rasanya pinggang aku yang rasa nak patah ni. 






Lepas Abba sembahyang,  kami sambung perjalanan ke Kroh. Kadang-kadang aku minta Ammi angkat aku untuk lihat pemandangan sepanjang jalan yang indah tu. Banyak pokok-pokok, hutan-rimba serta gunung-ganang. Keadaan lalu lintas jalan raya agak bagus juga. Kenderaan memang banyak maklumlah cuti hari raya cina. Semua orang nak balik kampung. Akhirnya setelah lebih kurang 6 jam, kamipun selamat sampai. Alhamdullillah.

Laddoo manisan orang Hindustan adalah buah
 tangan wajib untuk tetamu.
Sesampai di rumah Azizullah Nana, kami disambut oleh Fahmi Mamu. Masuk saja ke rumah, semua orang (kecuali aku) terus ke meja makan untuk makan tengahari. Makanan sudah terhidang.


Barki Nani, Nafisah Baji dan Farheen Baji pun ada di sini. Barki Nani dukung aku tetapi aku menangis. Aku tak selesa dengan cara Barki Nani dukung aku tapi Abba dan Ammi tak tahu kenapa aku nangis. Abba, Ammi dan Munni Khala hairan kenapa aku nangis sedangkan selalunya aku tak kisah siapa yang dukung aku. Aku ok aje, janji ada orang dukung.


Alfi Baji dan sedang bermain di halaman rumah.
Huii! punyalah ramai manusia...
macamana aku nak cam mereka semua ni.
Selepas makan, Abba ambil toto dan aku lepak-lepak kat situ sambil bermain kipas mainan aku. Entah macam mana kipas tu terkena mata aku lalu aku menangis. Biasanya aku tak nangis kalau terkena apa-apa tapi yang ini sakit woh.

Petang tu Nana, Nani, Farhana Momani dan anak-anaknya, Zarina Khala dan anak-anaknya serta Shahid Mamu dan Farzana Momani bersama anak-anak mereka datang pula. Kemudian Aiman Momani dan Shahril Bhaiya pula datang diikuti oleh Azman Bhaiya, Nor Bhaujh dan baby mereka (yang muda sebulan daripada aku), Afza Alani. Ramainyeeee…. Macam hari rayalah pulak.

Bergaya je lebih, kerja tu dah siap ke?
Bhaiya sedang mengeksyen menunjukan giginya
yang ada rongak-rongak tu.
Mentang-mentang aku tak ada gigi.
Ammi terus mengaku Afza tu menantu Ammi. Ammi ni pantang tengok baby girl, semuanya nak buat menantu. Aadam kecil lagilah Ammi. Tapi …. Afza comel juga. Aku dibawa duduk berdekatan dengan Afza dan aku cuba bersembang dengannya tetapi dia tak layan aku.

Nabil Bhaiya dan ? gagal dalam ujubakat WWE, jadi
menceburi gusti lengan je le...
Aku seronok sangat sebab ramai sangat orang kat sini dan seperti biasa semua orang suka aku dan aku didukung oleh tah sapa-sapa bergilir-gilir. Itu yang best tu sebab ramai sangat orang untuk dukung aku.

Abba pula sibuk mengusung kamera ke hulu ke hilir snap gambar semua orang.

Senja tu Farhana Momani, Zarina Khala, Farzana Momani dan Farah Baji sibuk packing laddoo (sejenis manisan orang Hindustan) untuk diberikan kepada para tetamu. Kalau orang Melayu bagi telur, orang Hindustan bagi laddoo. Ammi dukung aku sambil memerhati aktiviti mereka. Aku pun nak tolong tapi Ammi tak nak lepaskan aku. Agaknya Ammi tahu aku nak tolong hancurkan laddoo itu, bukannya packing laddoo.
Aku dan Ammi jadi pemerhati.
Rimas aku kalau lelaki yang mai cium aku.
Kakak Siti Nurhaliza ke, Adibah Nor ke...ok gak.










































Nani, Aiman Momani dan sedang buat pergedil.
Semua pasal makanan je ni. Pasal susu tak ada ke?
Tolong....jangan bawa aku lari... tolonggggg!

Acara menayang baju pengantin. Baju aku pun
ada banyak jugak, tak nak tengok ke?
Nani, Aiman Momani dan Munni Khala sibuk buat pergedil. Budak-budak pula sibuk menyibuk dan buat bising. Orang lelaki duduk kat luar, entah buat apa. Memang meriah.
? sedang mengeletek aku...gelinye...
Landing bagus punya atas katil di Homestay yang
Azizullah Nana sewa untuk tetamunya di
Pengkalan Hulu, Perak. 












Barki Nani sedang bersembang bahasa Hindustan
dengan Ammi, aku terlopong je lah
tak tau nak menyampuk.
Nabil Bhaiya sedang menakut-nakutkan aku
dengan cerita hantunya, tapi aku rasa kelakarlah pulak.

Malam tu ada upacara menayang baju pengantin. Sadiah Nani bawa keluar dan tunjukkan baju-baju yang nak dihadiahkan kepada kaum Hawa dari keluar pengantin lelaki. Mengikut adapt orang Hindustan pihak pengantin perempuan kena bagi pakaian kepada kaum wanita keluarga pengantin lelaki dan pihak pengantin lelaki pula kena bagi pakaian kepada kaum wanita keluarga pengantin perempuan.

































Kemudian baju-baju pengantin perempuan pula ditunjukkan. Banyak betul baju Uzma Khala, semuanya berkilat-kilat. Kalau akulah yang kena pakai baju tu, rasanya aku tak sanggup. Malu woh pakai kilat-kilat macam M. Daud Kilau. Nanti orang panggil aku Aadam Kilau pula.






























































































Selepas upacara menayang baju ada upacara berinai tetapi kami dah penat sangat. Hari pun dah lewat malam so kami tak tunggu Uzma Khala pakai inai. Kami pergi ke homestay di mana kami bermalam hari ni. Farhana Momani dan anak-anaknya, Zarina Khala dan anak-anaknya serta Shahid Mamu sekeluarga pun balik ke Sg Petani.






























































































Aku letih sangat hari ni dan sebelum sempat sampai ke homestay tu aku dah tertidur.

2 2 2011. Rabu



Cuti Ammi dah habis dan Ammi mula kerja hari ni. Ammi juga kena ke hospital untuk blood test hari ni jadi aku dihantar ke rumah Mama agak awal, belum pukul 7 pun lagi.
Mula-mula aku ingat ubat, rupanya makanan.
 Jauh lebih sedap dari ubat rupanya.
Abba cuti hari ni jadi Abba datang ambil aku awal. Lepas tu kami ke rumah Munni Khala di PJ. Munni Khala datang sini sebab sekolah cuti.

Aku terdengar Sinara Khala bagi Abba resipi buat bubur untuk aku. Aku dah boleh makan bubur ke? Wah! Bestnya. Finally I can eat.

Lepas tu kami pergi jemput Ammi tapi belum sempat sampai pejabat Ammi, aku dah terlelap.

Malam ni aku bermain-main dengan Munni Khala dan Isha Baji. Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji yang lain tak ikut.

Lepas tu Abba datang bawa satu mangkuk berisi biskut Farleys perisa orange bercampur susu untuk aku. Aku dah boleh makan makanan lain selain dari susu. Seronoknya. Aku punya seronok, aku habiskan 2 keping biskut walaupun tak sedap. Walaupun dah habis 2 keping aku masih rasa something missing ….susu. Selagi tak minum susu, aku tak puas. Lepas minum susu aku pun tidur. 

Sebelum aku tidur aku dengar Ammi cakap yang takut aku tak boleh tidur sebab orang akan main mercun tapi aku sikit pun tak sedar samada ada orang main mercun atau tidak malam ni sebab lena tidur.

1 2 2011. Selasa

Hari ni public holiday di KL sempena FT Day jadi Abba dan Ammi ada di rumah.

 Aku bangun lambat hari ni dan selepas mandi aku sambung tidur. Bangun tidur, kami pergi beli hadiah Uzma Khala sempena wedding dia Sabtu nanti.

Kami pergi kedai pinggan mangkuk. Aku excited giler sebab first time datang ke kedai macam ni. Aku pun sibuk tengok barang-barang. Aku pandang kanan kiri macam rusa masuk kampung. Abba dan Ammi tertawa melihat gelagat aku.

Semasa Ammi sibuk belek katalog, Abba dudukkan aku atas counter. Aku pun nak tengok katalog tapi Abba tak bagi. Aku jadi boring lalu mula menepuk-nepuk monitor komputer Cece kat kedai tu. Cece tu cuba ngorat aku sambil bersembang bahasa Cina dengan kawannya. Aku tak tahu apa yang mereka kata tapi yakin mereka puji aku Insya Allah. Ahak! Ahak! Ahak!

Ternyata tekaan aku betul bila terpacul perkataan “Cute” berulang kali dari mulut kedua-dua Cece tu. Toce Cece.

Aku sempat mencapai satu katalog dan mengoyakkannya. Ooopppssss ….. Sorry. Aku ni betul-betul Aadamosauruslah. Mula-mula aku memusnahkan string curtain Munni Khala, lepas tu aku mencabut tangan Spongebox, kemudian meranapkan pokok Abba dan sekarang mengoyak katalog Cece tu pula.

Ammi beli satu dinner set campur tea set. Beratus juga harganya. Selepas membayar, kmi pun balik.

Ammi bagi tahu yang esok Munni Khala nak datang sebab nak ikut kami pergi kenduri Uzma Khala. Yahoo!