Saturday, January 1, 2011

Aadam's Story bulan Januari 2011

31 1 2011. Isnin

Abba balik awal hari ni sebab Abba ada meeting. Habis meeting, terus balik rumah.

Somebody please dukung aku...!
Laa apa Abba buat kat dalam tandas tu...Bau semacam je...
Abba bawa aku jalan-jalan tengok pokok dan kalau mula-mula aku cabut string curtain dan kemudian tangan Spongebox, kali ni aku cabut pokok Abba. Ala, seheai daun bersama batangnya saja. Aku sebenarnya nak ambil bunga tapi tak sampai so aku ambil daun sajalah…. nak hadiahkan kepada Ammi. Agaknya Ammi suka tak?

Aku bagi Ammi dan Ammi suka dan aku pun happy.

30 1 2011. Ahad

Subuh tadi aku mimpi buruk lalu aku menangis kuat-kuat dan tak nak diam. Abba terjaga lalu terus tengok bola MU (macamlah aku ni alarm clock).

Aku dah boleh duduk dengan stabil,
tengok siap angkat kaki lagi...
Hari ni hujan sepanjang hari dan aku ambil kesempatan untuk tidur sepanjang pagi dan petang. Bila aku bangun petang tu aku main dengan Ammi sementara Abba sibuk buat kerja office.
Kenapa ko jadi kurus Spongebob?
 Ammi tak kasi ko makan ye... biasa Ammi ni...

Lubang koyak angkara kerakusan Aadam Mika'il
Ammi bagi aku Spongebob dan aku mencabut tangan dia. He! He! He! Sorry Spongebob. Abba cakap aku buas.

Aku ada berita baik ….. aku dah mula mengesot dan aku rasa Ammi dah mula risau dan mencari idea mana nak sorok barang-barang perhiasan Ammi.

29 1 2011. Sabtu

Cepat sungguh masa berlalu. Hari ni kami dah nak balik ke rumah dah. Tak puas aku duduk di rumah Munni Khala.

Hari ni pagi-pagi Abba dan Ammi dah keluar pergi beli makanan aku. Ammi cakap minggu depan aku dah boleh makan. Aku excited sangat. Ikutkan hati aku pun nak ikut tpi Abba dan Ammi tak pelawa aku pun.
Kena cam betul-betul tempat ni,
jangan datang lagi hospital Serdang ni.
Abba bawak aku ke klinik depan rumah je, senang dan cepat.

Semasa sedang tunggu Abba dan Ammi balik, aku pertama kali melingkupkan sesuatu ….. string curtain berbola milik Munni Khala. Aku cabut salah satu daripada bebolanya dan aku seronok sangat. Munni Khala pun seronok melihat aku seronok. Pelik betul …. sepatutnya dia marah.

Balik dari sana, Abba dan Ammi bawa aku ke hospital. Aku tak nak pergi tapi terpaksa ikut. Aku harap doktor tu cuti sakit. Aku berdoa sepanjang jalan sebab aku takut kena masuk hospital. Aku terpaksa pergi sebab selsema aku tak nak sembuh dan Ammi risau nanti jadi asthma.

Sampai ke hospital, kami tunggu giliran. Berjam-jam lamanya dan akhirnya giliran aku sampai. Aku kecewa sebab doktor tak cuti. Masuk ke bilik rawatan, rupanya bukan doktor tapi MA. Dia periksa aku lebih kurang dan suruh daftar untuk berjumpa doktor. La! Tunggu lagi???/ Lamanya sampai naik berjanggut aku tunggu.

Ammi dah tak sabar menunggu dan akhirnya Abba ambil keputusan nk bawa aku ke klinik saja. Alhamdulillah.

Balik ke rumah, aku kena pergi klinik dan seperti biasa akak misi tu dukung dan bermain dengan aku.

Sesampai di rumah, aku diletakkan di dalam buaian dan aku cuba buat gimrama dalam buaian tu sampai hampir terjatuh.

28 1 2011. Jumaat

Masa sarapan Munni Khala makan nasi gorang dan aku pun dapat habuan aku sikit…. Yummy! Sedapnya.

Hari ni aku pakai baju sleeveless dan Nana Baji cakp aku seksi. Adakah patut? Nana Baji janganlah cakap macam tu. Aadam malulah.

Aku belajar benda baru hari ni ….. bunyi cap, cap, cap dan belajar berdiri. Bestnya. Tak lama lagi aku nak belajar berjalan dan lepas tu aku nak kerjakan barang-barang perhiasan Ammi di rumah.

Ha! Ha! Ha! Akulah bakal raja di rumah.

27 1 2011. Khamis

Aku bangun awal hari ni. Seronok sangat nak ke rumah Munni Khala. Abba masih tidur. Aku cuba kejutkan Abba tapi Abba tak layan. Ammi yang terjaga dan temani aku. Semasa Abba bangun, aku dah ngantuk dan aku tertidur semula.
Mengantuknye....

Inilah cara tidur orang baik-baik, diam je.
Upacara makan ubat. Rasa best pulak
dah ubat ni, rasa strawberry lah.
Di rumah Munni Khala, seperti biasa aku dimanjakan. Aku seronok sangat bermain sampai termuntah ata Isha Baji. Apa lagi terjerit-jeritlah Isha Baji.

Lepas mandi, aku pakai jersey MU, saja je, nak sakitkan hati peminat Arsenal tu (Noor Bhaiya). Dia buat dono je tapi aku tahu sebenarnya Noor Bhaiya geram kt aku.

Petang tu kami ke Jusco sebab Ammi nak tambah hadiah anniversary Abba. Di Jusco, aku sekali lagi muntah atas Isha Baji. Di sini dia tak boleh menjerit so dia mengadu dengan Munni Khala saja. Munni Khala, Ammi dan Noor Bhaiya ketawakan Isha Baji. Kesian Isha Baji. Sorry Baji, Aadam sengaja…. Eh! Tak sengaja. He! He! He!

Balik dari Jusco, aku kepenatan lalu tidur dari Maghrib sampai ke tengah malam dan hanya terjaga semasa Abba bagi minum ubat. Aku nak bermain tapi semua orang nak tidur jadi aku pun terpaksa tidur.

26 1 2011. Rabu

Hari ni Abba balik bawa hadiah, bukan untuk aku tapi hadiah dari kawan-kawan sepejabat sempena harijadi Abba hari tu. Hadiahnya jersey dan topi MU. Cantik, kalau muat aku pun nak pakai.
Abba tak penat ke snap gambar Aadam ni? Aadam dah lenguh leher ni...

Masa makan malam Ammi cakap nak pergi ke rumah Munni Khala untuk 2, 3 hri. Yahoo! Bila tu? Abba cakap pergi esok. Esok? Bestnya. Tak sabar aku nak tunggu hari esok.

Masa aku tengah hisap puting, tiba-tiba puting aku tercabut. Aku buat bunyi dinosaur. Terus Ammi cakap aku ni abang kepada Dino (dinosaur mainan aku) dan bbagi aku nama Aadamosaurus @ Dino Sr. Sedap juga nama tu. Abba pula menyampuk, “Dinosaur tak hisap puting lah”. Slack betul.

Kawan-kawan nak tahu tak cara aku tidur? Aku suka tidur mengiring atau meniarap sambil hisap puting dan kena ada orang peluk aku. Lepas tu muka aku kena sorok bawah atau celah bantal. Abba cakap aku tiduur sorok muka macam kura-kura. Adeke patut????
  

25 1 2011. Selasa

Hari ni meniarap tanpa baju. Best oooo.
Nothing special today. Cuma masa aku bermain-main dengan Abba dan Ammi, Abba cakap peha aku besar dan Ammi pula menyambung …. “Macam toooooot (DJ radio tu)”.

 Aku ingatkan Ammi nak sebut macam Triple H ke, John Cena ke, paling-paling koman mcam Vince McMahon pun jadilah Sedihnya ….

Maka malam ni aku tidur dalam kesedihan dan diselubungi seribu persoalan…. Tang mana yang macam si Tooooot tu?






24 1 2011. Isnin

Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday dearest Abba, Happy Birthday to you. I love you Abba. Muah! Muah! Muah! Peluk cium buat Abba.

Abba dah berumur 39 tahun hari ni. Aku tertunggu-tunggu Ammi bagi hadiah kat Abba tapi tak ada pun.
Alamak! nampak pusat lah pulak!
Berehat setelah kekenyangan susu.

Hari ni aku lagi lewat pergi ke rumah Mama sebab Abba nak bawa  Ammi pergi ke bank so kena tunggu bak buka dulu baru pergi.

Balik ke rumah aku minum susu banyak sampai perut aku buncit. Abba dan Ammi ketawa tengok perut aku dan Abba snap gambar perut aku guna camera baru. Oh! Rupanya Ammi dah bagi tengah malam tadi. Patutlah aku tak Nampak. Gift Aadam dah bagi dah?

Selepas solat Maghrib Abba membelek seluar Bermuda yang “aku bagi”. Abba suka seluar tu dan cakap material dia selesa dipakai. Material dia adalah kain t-shirt.

Hari ni aku cuba merangkak. Aku belajar mengangkat bumbum aku. Cuba punya cuba hanya berjaya mengangkat bumbum saja, tak dapat nak bergerak.

Aku dapat puting baru hari ni sebab puting lama aku dah koyak. Tengah aku seronok hisap puting malam ni, tiba-tiba Abba cabut puting tu nak tunjuk kat Ammi bentuk dia yang unik. Aku terus merengek dan Abba pulangkan balik puting tu sambil berkata, “Macamlah orang nak ambik puting dia. Tak inginlah. Kalau bagi 10 free pun tak nak”. Betul tak nak? Alhamdulillah, selamat puting Aadam.

Kemudian aku mengganas di atas katil, melompat-lompat dan berpusing-pusing badan aku. Abba cakap lama-lama katil ni roboh fasal aku. He! He! He! I’m Superboy.

Malam ni aku seronok banyak bermain dengan Abba dan Ammi.

23 1 2011. Ahad
Shopping dengan Khala di Seri Kembangan

Kami pergi beli birthday card dan anniversary gift untuk Abba. Ikutkan Ammi, Ammi suka buat senyap-senyap dan surprisekan Abba tetapi memandangkan Ammi sakit dan terpaksa depend pada Abba untuk pergi ke mana-mana, Ammi terpaksa bagi tau Abba. Kesian Ammi. Tak apa Ammi, nanti bila Aadam dah besar, Aadm akan bawa Ammi pergi.

Kami ke rumah Munni khala dulu, fetch Munni Khala, Nana Baji dan Isha Baji kemudian pergi ke Jusco.

Di Jusco Abba bawa aku ke bahagian makanan sementara Ammi pergi dengan Munni Khala untuk beli hadiah Abba. Aku siap pesaan dengan Ammi suruh belikan hadiah daripada aku untuk Abba tapi aku tak pasti samada Ammi faham atau tidak.

Berjam-jam juga Ammi shopping…… ni beli barang ke tengah sign agreement nak beli Jusco terus? Aku dah kebosanan, keletihan dan mengantuk lalu aku mula merengek semasa Abba queue up untuk bayar. Mujur ada orang kat belakang Abba mengagah aku so aku terhibur sikit.

Selepas bayar, kami ke kereta. Abba bagi aku minum dan kami tunggu Ammi dalam kereta sampai aku terlelap. 5 minit je, lepas tu aku terjaga semula.

Balik dari shopping, kami singgah di rumah Munni khala sekejap sebab Munni Khala ajak Abba dan Ammi makan. Aadam tak nak ajak ke?

Ammi bagi tahu Abba yang Azizullah Nana nak datang ke rumah. Kemudian Ammi ajak Abba singgah di rumah Farooq Mamu tapi Abba cakap tak sempat sebab  Azizullah Nana nak datang.

Ammi bisik kat aku yang Ammi belikan seluar Bemuda sebaggai hadiah dari aku buat Abba. Ammi juga ada belikan birthday card berbentuk tulisan DAD sebagai pemberian darii aku. Thanks Ammi. I love you. Alang-alang Ammi dah belli kad, Ammi tolong tulis sekalilah ye ….. tulis “Terima kasih atas segala-galanya”.

Azizullah Nana hanya sampai waktu senja, terlewat sebab pergi shopping barang-barang hantaran untuk Uzma Baji. Sadiah Nani, Uzma Baji, Nadia Baji dan Fahmi Bhaiya pun ada sama. Mereka datang nak bagi kad kahwin Uzma Baji.

Aku bermain dengan mereka semua tapi Nana dan Bhaiya tak berani dukung aku sebab aku kecik lagi. Aku rasalah Uzma Baji dah berisi sikit berbanding dengan masa dia bertunang dulu.

Mereka balik sewaktu Isyak dan aku continue main dengan Abba dan Ammi sampai tidur.


22 1 2011. Sabtu

Ammi nak pergi beli birthday card dengan anniversary gift untuk Abba hari ni tapi di postponed ke esok.

Hari ni aku dah pandai minum ubat sebab hari ni Abba cuba bagi ubat tu sikit-sikit, bukannya banyak-banyak macam selalu. Bila minum sikit-sikit, aku dapat merasa ubat tu dan sebenarnya ubat tu taklah seteruk mana. Rasanya manis dan baunya pun sweet.

Abba pergi solat Zohor di surau dan berjam-jam baru balik. Aku duduk di rumah membully Ammi. Aku bising-bising bunyi macam dinosaur tapi bila Ammi bagi puting aku cakap “Nahi”. Ammi seronok sangat dengar aku cakap Hindustan. Aku memang taknak puting masa tu. Yang aku cakap Hindustan tu …. Ala setakat nak sebut “Nahi” kacang ajelah. Ammi bagi susu, aku minum sampai habis lepas tu merengek lagi. Ammi tukar lampin aku, senyap sekejap, lepas tu bising semula. Kesian Ammi… pening kepala Ammi nak buat apa lagi supaya aku diam. Aku sebenarnya nak suruh dukung bawa berjalan tapi Ammi tak berani dukung aku sebab Ammi pening-pening kesan dari ubat tu.

Petang ni Ammi mamai semula. Abba biarkan Ammi tiddur dan bawa aku duduk dalam walker yang Aunty Mie bagi dulu tu. Itu hari pun aku dah merasmikan benda alah ni tapi kaki aku tak cecah ke lantai sebab aku pendek sangat. Abba dan Ammi ketawakan aku.

Lepas tu aku bagi IWK kerja sikit dan Abba terbau baunya yang menyakitkan hidung. Terus Abba cakap, “Pasal tulah malam-malam takdak nyamuk. Nyamuk pun tak tahan dengan bau ni”. Tak patut betul Abba cakap macam ni.

Hari ni pun best sebab aku banyak main dan berborak dengan Abba dan Ammi.



21 1 2011. Jumaat

Hari ni hari jadi Purveen Momani. Happy Birthday Purveen Momani. Birthday gift Momani Aadam hutang dulu, nanti dah besar Aadam bayar balik k.

Hari ni pun Abba hantar aku lebih lewat dari biasa dan balik lebih awal dari biasa. Balik rumah aku kena makan ubat selsema sebab hidung aku sumbat. Lepas tu Abba siap nak pam hingus aku keluar tapi hingus tu tak nak keluar. Nasib baik, kalau tak, tak tahulah berapa lama hidung aku kena pam.

Malam ni aku tak selesa tidur sebab hidung aku sumbat. Bunyi macam serombong keretapi zaman dulu.


20 1 2011. Khamis

Abba cuti so kami santai-santai di rumah. Ammi pula separuh sedar sebab kesan dari ubat yang Ammi makan. Kadang-kadang Ammi bangun dan berusaha nak bermain dengan aku tetapi tengah dok bermain atau bersembang separuh jalan, Ammi dan knocked out. Kesian Ammi.

Sekali tu Ammi peluk nak cium aku, aku tarik bantal kecil aku cover muka aku, kononnya I’m invisible. Lepa tu tangan sebelah lagi terkapai-kapai cari rambut Ammi untuk ditarik (Memang sejak kebelakangan ni aku suka tarik rambut, especially rambut Ammi sebab Abba tak banyak rambut, mencubit, mencakar dan benda-benda seangkatan dengannya. Mana belajar entah). Bila aku tak jumpa rambut Ammi, aku tarik bantal tu sikit-sikit nak tengok mana kepala Ammi. Sekali tu tertarik banyak bantal tu terus nampak muka aku. Ammi ketawakan aku dan aku pun ketawa besar, cover malu.

Aku seronok hari ni sebab dapat spend masa dengan Abba dan Ammi walaupun Ammi separa sedar. Abba suruh aku duduk rumah esok jaga Ammi. Wokey set, tapi ….. siapa nak jaga Aadam pula? Abba pun tanya, “Siapa jaga siapa?” He! He! He! Tau tak pa.



19 1 2011. Rabu

Aku ke rumah Mama agak lewat dari biasa. Mungkin sebab Abba tak perlu hantar Ammi hari ni.Balik kerja pun Abba jemput aku agak awal dari biasa.

Ammi bagi tau esok Abba pun cuti sempena Thaipusam. Eh! Semalam dah cakap dah. Ammi lu[a kot. Kami bersembang dan bermain sekejap sebelum aku tidur.

18 1 2011. Selasa

Hari ni pun aku makan roti kelapa. Hari dapat yang besar sikit tapi tetap tak ada inti. Nntilah bila Aadam dah besar, Ammi kena buat inti kelapa hari-hari bayar hutang inti kelapa ini.

Hari ni Abba balik ambil aku dulu lepas tu kami sama-sama pergi ambil Ammi. Aku duduk di seat belakang dalam bakul aku sorang-sorang, sementara Ammi duduk di depan. Ammi minta Abba ambilkan aku tapi Abba cakap tak apa, aku tak nangis. Aku senyap saja sepanjang perjalanan balik ke rumah. Sebenarnya aku ngantuk tapi mata tak nak lelap. Abba pun pelik kenapa tetiba aku senyap. Abba buat andaian yang aku senyap sebab selepas sekian lama aku duduk dalam bakul sorang diri kat belakang sebab tu aku senyap. Itu pun ya juga ….. nostalgia masa pergi ke rumah Munni Khala dulu hari-hari duduk dalam bakul dengan ditemanii Nana Baji. Tiba-tiba rindu pula kat Munni Khala dan anak-anaknya serta yang lain-lain di sana.

Ammi ceritakan pada aku tentang Thaipusam. Ngerinyeeee … Tak sakir ke diaorang cucuk sana cucuk sini, tak berddarah ke? Aku nak kena cucuk imunasi pun takut-takut ayam!? (Ada ke)

Ammi Tanya aku nak pergi tengok ke. Ammi ni saja je, dah tau orang takut lagi mau tanya soalan itu. Punca Ami boleh bercerita pasal Thaipusam ialah sebab Ammi bagi tau yang Abba akan bercuti Khamis nanti sempena Thaipusam.

Esok Ammi start cuti tapi aku akan ke rumah Mama seperti biasa sebab nak start makan satu ubat dan ubat tu akan buat Ammi tidur sepanjang hari. Ubat yang Ammi try makan masa kami ke Nilai dulu tu…..

Aku harap rawatan Ammi ni berjaya, Amin.

17 1 2011. Isnin

Hari ni aku makan roti kelapa. Tak caya? Percayalah (menyanyi ikut rentak lagu Dato Siti tau). Caritanya gini…. Semasa tengah bersarapan, aku duduk dalam ribaan Abba yang sedang memakan roti kelapa. Aku ternganga-nganga mulut minta roti yang Abba sedang makan tu. Abba gelihati melihat gelagat aku macam anak burung minta cacing, lalu terus bagi aku sikit roti tu. Tapi ….. mana intinya Abba? Oh! Abba buat-buat terlupa nak bagi aku intinya.

Aku apa lagi dapat roti tu terus masuk mulutlah sambil hisap-hisap roti tu. Ala bukannya besar mana pun roti tu basar *&^* toot hidung masin aje. Itupun aku dah excited.

Satu hari yang memboringkan. Dah tu balik kerja Ammi bagi tau esok tak dapat cuti. So musnahlah angan-angan aku nak duduk di rumah bersama Ammi. Sedihnya.

Punca Ammi tak dapat cuti tu sebab bos Ammi sedang bercuti so tak ada orang nak ganti kerja Ammi. Sebesar-besar company Ammi kerja, siap dengan 13 cawangannya, dengan 450 lebih orang pekerjanya, tak ada orang nak ganti Ammi? Tak patut betul. …..

16 1 2011. Ahad
Pergi Digital Mall cari Kamera untuk Abba

Hari ni lepas bersarapan dan bersiap-siap, kami pergi cari kamera Abba. Kami pergi ke Digital Mall. Aku dah tertidur dalam kereta. Sampai di sana, masa nak turun kereta aku terjaga.

Kami meronda mencari kedai yang harganya berpatutan. Ammi suruh pergi ke satu kedai yang namanya DY Divine sebab dalam websitenya, harga yang ditunjukkan agak berpatutan.

Sememangnya harga di situ agak murah berbanding dengan kedai-kedai lain. Akhirnya kami beli dari kedai ni. Lepas tu kami pilih kamerra pula. Belek punya belek Abba pilih Canon 550D. Tetiba Ammi tanya pula samada kamera jenis lain yang lebih bagus. Aunty tu suggest Canon 60D. Of course kamera ni lebih mahal tetapi functionnya lebih bagus. Terus Ammi suruh Abba ambil yang ini. Abba tak nak sebab mahal tapi Ammi cakap alang-alang nak beli, belilah yang elok. Akhirnya Aba setuju.

Semasa tengah bersihkan lense kamera tu, Aunty saleslady tu bertanya umur aku 1 atau 2 tahun. Ammi cakap baru 5 bulan. Ni kalau dia tengok Darwish agaknya dia cakap 3 tahun kot. Aunty ni pun, cakaplah berpada-pada.

Balik ke rumah Ammi sibuk menyiapkan kerja office Ammi. Kata Ammi, Ammi nak cuti 2 minggu mulai Selasa so kena bagi siap semua kerjalah sebelum bercuti. Agaknya aku duduk dengan Ammi di rumah ke atau pergi ke rumah Mama yek? Aku tak larat nak tunggu Ammi so aku masuk tidur dulu dengan Abba.


15 1 2011. Sabtu

Hari ni lampin aku overflow dan habis seluar dan baju aku basah so pagi-pagi aku dah mandi dan bersiap lawa-lawa. Abba nak ke kedai mamak dan aku nak ikut tetapi Abba tak bawa aku. Aku duduk di rumah dengan Ammi dan Ammi tidurkan aku.

Tengahari ni masa aku bangun, Abba bawa aku duduk dalam buaian sementara Ammi sibuk buat sesuatu di dalam laptopnya. Kemudian Abba join kami sambil on kan tv.

Tak lama lepas tu aku rasa ngantuk dan Abba tidurkan aku. Bila aku terjaga, Ammi pula datang tidurkan aku. Ammi bagi tau aku yang Abba ke surau dan cakap nanti bila aku dah besar sikit, aku boleh ikut Abba ke surau untuk solat. Oklah tu Ammi. Memang Aadam pun tak sabar nak tunggu bila agaknya Aadam boleh ikut Abba ke surau.

Ammi bagi tahu esok kami nak pergi cari hadiah untuk Abba. Asalnya Ammi Tanya Abba nak hadiah apa tapi Abba cakap tak nak apa-apa. Se Ammi decide sendiri nak belikan camera DSLR untuk Abba.

Ammi dah siap survey melalui internet dan pendapat kawan-kawan Ammi dan shortlist Nikon D90 atau Canon 550D. Alih-alih semalam Abba cakap kat Ammi yang Abba nak camera sebagai hadiah harijadi. So Ammi pun suruh Abba choose yang mana 1 Abba nak. Abba lebih suka yang Canon. Jadi esok kami akan pergi beli kamera untuk Abba.

Malam ni Abba dan Ammi sibuk cari maklumat tentang kamera kat internet sampai aku nak tidur pun tak boleh sebab aku excited sama.




14 1 2011. Jumaat

Balik dari kerja hari ni, Ammi bagi tau aku yang Darwish dah kurus. Ammi pergi jumpa Darwish ke? Kenapa tak bawa Aadam? Aadam pun teringin nak jumpa dia. 
Antara pose-pose meniarap aku yang korang boleh tiru.

Kemudian Ammi tunjukkan aku gambar Darwish yang Mak Andak hantar kat Abba. Oh! Bukannya Ammi pergi jumpa tetapi tengok gambar. A… aaa lah Darwish nampak kurus. Pipi dia dah tak kembung macam kuih pau dah. Diet kot.
Ini percubaan aku untuk duduk.
Sekejap je la.

Tapi bersandar lagi best, tak sakit belakang aku.
Ko ni tak terkehel ke pipi tu asyik dok tersengeh 24 jam.
Hey, Darwish! Apa formula kau pakai sampai boleh kurus? Ke Pak Andak guna Photoshop untuk edit gambar kau bagi nampak kurus? He! He! He! Tetiba aku rasa rindu kat Darwish dan teringin nak jumpa dia. Ammi pun cakap Ammi teringin nak tengok Darwish tapi dia ada kat rumah Tok, bukan kat rumah Mak Andak jadi kami tak boleh nak jumpa lagi.

Selepas sessi fotografi harian aku, aku pun tidur, agak awal juga.


13 1 2011. Khamis

Aku terjaga dalam pukul 4.00 a.m. dan lepas minum susu, aku tak ngantuk. Aku nak sembang-sembang dan duduk-duduk, tak nak baring-baring. Abba dukung aku sambil mendudukkan aku sekejap tapi lepas tu Abba baringkan aku semula. Agaknya Abba mengantuk dan nak tidur kot. Lama-lama aku tertidur.
Jangan takut! aku tak pengsan, cuma tidur je.

Selalunya bila tidur aku belayar keliling dunia!
Pagi ni aku liat sangat nak bangun. Ammi cuba kejutkan aku tapi aku bermalas-malas, mengeliat-liat tak nak bangun. Lepas tu Ammi pun biarkan aku tidur, kesian kat aku agaknya. Entah kenapa aku ngantuk sangat, padahal malam tadi pun aku tidur awal.
Bila cukup tidur, aku tentulah happy. Sengeh je.

Masa Abba dan Ammi nak pergi kerja, Abba angkat aku masuk ke kereta dan aku terjaga masa tu.

Balik kerja hari ni, Abba dudukkan aku atas katil dengan disupport bantal dan snap gambar aku. Lepas tu Abba cuba remove bantal tu dan …. Aku boleh duduk (walaupun tak lama, tapi aku boleh duduk sendiri-sendiri tanpa sebarang support. Lihatlah dunia …. aku dah besar, dah boleh duduk.

I am so happy today. I sat without any support for the first time. Yabadaboodoo!

Mungkin sebab terlalu gembira, aku tidur awal hari ni.


12 1 2011. Rabu
Kawan baik aku, Spongebob. Dia ni kadang-kadang Ammi
curi-curi guna basuh pinggan terutama bila aku tidur.

Hari ni aku ngantuk sangat. Selepas solat Maghrib, Abba pergi ke pasar malam lagi tapi Ammi dan aku tak ikut. Aku lepak sekejap, lepas tu aku dah merengek nak tidur. Masa Ammi nak tidurkan aku, Abba balik. Lepas tu aku tidur.


11 1 2011. Selasa

Balik dari rumah Mama hari ni, kami tak terus balik ke rumah. Sebaliknya Abba pergi ke pasar malam. Aku ingat aku boleh ikut Abba … saja je nak tengok pasar malam tu macam mana tapi Abba tak offer pun nak bawa aku. Aku duduk dalam kereta dengan Ammi sambil tengok-tengok lampu kereta yang lalu lalang. Best juga. Aku jarang keluar pada waktu malam dan kalau keluar pun biasanya aku tak perhati lampu-lampu kereta tu. Baru hari ni aku perasan.
Aku sedang mencipta rekod dunia hisap
puting dengan mata!

Semasa kami menunggu Abba dalam kereta, Ammi bagi tahu aku yang 2 minggu lagi hari jadi Abba. Ye ke? Ammi juga tanya samada aku nak bagi apa-apa hadiah kat Abba. Nak, nak, nak….. Duit Aadam ada kan Ammi, nanti Aadam nak belikan hadiah untuk Abba. Tapi ….. nak beli apa yek? Kena fikir ni…..

Balik ke rumah, Ammi bagi tahu aku yang Ammi cuti minggu depan. Hari apa aku tak pasti dan cuti apa pun aku tak pasti.


10 1 2011. Isnin

Baju baru lagi.....!
Suatu hari yang mmboringkan. Balikdari rumah Mama, Abba dan Ammi sibuk buat kerja office dan aku lepak sorang-sorang tengok tv. Lepas tu aku tidur.


9 1 2011. Ahad

Hari ni selepas bangun tidur, aku bermalas-malas kat katil. Tiba-tiba Abba ambil aku dan bawa aku ke kedai mamak untuk beli thosai, walaupun aku belum mandi lagi. Aku ikut aje. Balik dari sana, aku sambung tidur dan bila bangun semula, barulah aku mandi.
Hari ni kena cucuk! Argh! Takutnya aku....

Kemudian kami ke klinik untuk cucuk aku. Ammi cakap kat aku selepas cucuk kali ni, aku tak akan dicucuk untuk beberapa bulan. Fuh! Lega aku.

Di klinik aku jumpa Dr Liana. Berat badan aku dah naik ke 74 kg. Actually timbang tu tunjuk 75 kg tapi aku tak tahu kenapa doktor tulis 74 kg. Ammi cakap berat Darwish masa dia berumur 3 bulan pun dah mencecah 75 kg. Iye ke? Kiranya aku ni underweightlah ye? Ke Darwish yang over weight? Entahlah. Masa Dr Liana cucuk aku, aku tak menangis. Doktor cakap, “Baiknya budak ni”.

Doktor cakap yang aku akan demam lepas kena cucuk ni. Alahai, ni mesti kena makan ubatlah ni. Abba dan Ammi sengaja menceritakan kat doktor yang aku sakit itu dan sakit ini. Batuklah, mengahlah, banyak berpeluhlah, kudis kat kaki tanganlah, kudis kat telingalah. Saja je nak bagi aku makan ubat banyak-banyaklah tu. Dr Liana cek jantung aku dan cakap jantung aku ok. Yang berpeluh dan mengah tu dia cakap mungkin masa tu aku demam atau lelah kot tapi sekarang aku ok. Untuk kudis dia bagi krim. Mujurlah bukan ubat makan.

Sebenarnya yang aku mengah tu (yang bunyi macam dinosaur tulah) bukannya mengah betul-betul. Itu aku hanya buat bila aku excited tapi Abba dan Ammi tak perasan kot.

Masa nak balik, doktor cakap next cucuk next month. Aik, Ammi cakap beberapa bulan tak payah cucuk. Ammi pun terkejut juga. Bila keluar dari bilik doktor, Ammi cek kad aku dan memang ada tulis kat situ next cucuk sepatutnya semasa aku berumur 9 bulan. Mentang-mentang aku tak nangis, nak cucuk aku setiap bulan pula doktor ni.

Balik ke rumah, aku risau kalau-kalau aku demam, nanti kena makan ubat tetapi Alhamdulillah aku tak demam pun.

Abba sibuk buat kerja office sepanjang hari jadi aku banyak spend masa dengan Ammi.

Malam ni ada bola MU tapi Abba hanya record sebab nak siapkan kerja Abba. Aku nak tengok tapi tak bestlah tengok sorang-sorang. Ammi pula nak tengok AJL so aku give in lah memandangkan AJL tu setahun hanya sekali (macam hari raya).


8 1 2011. Sabtu
Pergi rumah Zarina Khala

Subuh tadi aku minum susu. Lepas tu aku muntah banyak…. macam air sungai kat belakang rumah Mama. Abba dan Ammi bingkas bangun, panic.

Pagi ni Abba bawa aku pergi kedai mamak beli roti canai. Biasanya Abba pergi seorang diri saja. Agaknya aku dah besar kot dan dah boleh teman Abba dah. Aku excited sangat…. pandang ke kiri, kanan, kiri….. Bau kat restoran tu punyalah menyelerakan, tapi saying aku tak boleh nak makan. Nantilah bila aku dah ada gigi, aku akan makan puas-puas.

Aku terlena dalam buaian semasa Abba dan Ammi bersarapan. Bangun tidur tengok Abba dah pergi surau, nak settle kerja kat sana. Ammi pula tengah buat something kat Macbook Abba. Ammi sembang dengan aku “mengupdate” aktiviti hari ini…. Nak ke klinik untuk cucuk aku, nak ke rumah Munni Khala, nak ke rumah Zarina Khala. Sibuknya aku hari ni.
Aku tersengeh bergaya dengan baju mahal
mengalahkan baju yang Abba pakai.

Selepas kami siap, Ammi cek kad klinik aku dan dapati yang aku kena pergi cucuk esok, bukannya hari ni. Legaaa…

 Jadi kami hanya ke rumah Munni Khala dan Zarina Khalalah hari ni. Ammi tak bagi tau Munni Khala yang kami nak pergi, saja je nak surprisekan dia.

Sampai di rumah Munni Khala, pintu berkunci dan rumah sunyi sepi macam tak ada orang. Ni siapa surprise siapa ni? Ammi cuba call noor Bhaiya dan suruh buka pintu. Tak lama lepas tu kami nampak Munni Khala bangun dari sofa. Oh! Tidur rupanya.

Munni Khala datang ke kereta dan buka pintu sebelah Ammi lalu mendukung aku dan terus bawa aku masuk ke dalam dan naik ke atas untuk panggil Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji.

Mana Abba dan Ammi? He! He! He! Munni Khala terlupa nak ajak mereka masuk sebab seronok sangat jumpa aku.

Seperti biasa, aku dikerumuni oleh Bhaiya-Bhaiya dan baji-Baji. Munni Khala seronok tengok aku pakai bareback jeans dan bert-shirt putih serta bertopi putih dan berkasut jeans. Aku pun rasa macam diri aku terlebih comel hari ni.

Kat rumah Khala, Noor Bhaiya sibuk melayan aku.
Aku muntah berkali-kali di atas baju aku sampai baju tub au masam. Sebelum ke rumah Zarina Khala, Munni Khala menyalin baju aku. Aku pakai pula seluar panjang jeans dan baju kemeja lngan pendek berserta topi biru dan kasut jeans aku. Hmmm… Alangkah kacaknya aku.

Sesampai di rumah Zarina Khala, sama macam rumah Munni Khala, suasana sunyi sepi. Kemudian Kak Walia (pembantu rumah Zarina Khala) datang dan mendukung aku lalu terus bawa masuk ke rumah dan naik atas sementara Abba dan Ammi lupa dijemput masuk. He! He! He! Macam siaran ulangan peristiwa di rumah Munni Khala saja.

Penat sangat, rehat sat kat sofa mahal
Zarina Khala ni.
Sapa boleh pakai kasut masuk rumah orang
pastu lepak-lepak atas sofa lagi.
Kak Walia bawa aku kepada Nabil Bhaiya dan Nabil Bhaiya bawa aku kepada Zarina Khala kemudian bawa aku turun dengan Alfi Baji. Kemudian Zarina Khala dan Tabbu Khalu turun. Aku bermain-main dengan Nabil Bhaiya dan Alfi baji. Farah Baji tak ada. Dia ke Shah Alam membantu membuat persiapan untuk perkahwinan sepupunya.

Nabil Bhaiya dudukkan aku di atas sofa dan aku tongkat dengan tangan. Hey! I
Can sit without support (of course aku bersandar di sofa tapi tak ada sesiapa pegang aku). Nabil Bhaiya dan Abba duduk dekat-dekat aku, takut aku terjatuh. Aku happy sangat sebab aku dah boleh duduk-duduk atas sofa tanpa dipegang oleh sesiapa.

\Tiba-tiba aku rasa lapar dan Alfi Baji bagi aku minum susu. Cutenya Alfi Baji. Abba dan Ammi duduk bersembang dengan Tabbu Khalu sementara Zarina Khala sibuk di dapur.

Selepas minum petang, kami pun balik. Abba singgah di restoran Arab untuk beli makan malam. Aku tunggu dalam kereta dengan Ammi. Lamanya …. Sampai aku tertanya, Abba pergi beli makan ke masak makan?

Balik dari sana sepatutnya Abba nak buat kerja office tapi sebab penat sangat, Abba tidur dan Ammi dan aku pun tidur.


7 1 2011. Jumaat

Hari ni Abba seorang saja datang ambil aku. Ammi masih kat office sebab ada kerja nak disiapkan.

Abba bawa aku pergi jemput Ammi. Aku tertidur dalam kereta dan tak tahu bila sampai ke pejabat Ammi. Sedar-sedar, Ammi dok dukung aku.

Nothing special today. Mungkin juga sebab esok nak pergi cucuk so aku tak dak mood.

Abba cakap nak pergi ke rumah Zarina Khala esok, nak ambil susu aku. Hari tu Ammi kirim kat Mamu Israr untuk beli 1 kotak berisi 8 tin sebab kat sana susu tu murah berbanding dengan kat sini. Mamu Israr tinggalkan kat rumah Zarina Khala.

Abba juga cakap nak pergi ke rumah munni Khala. Yahoo! Aku akan dapat tengok rumah baru Munni Khala.


6 1 2011. Khamis

Balik dari rumah Mama, Abba cakap aku demam selsema dan membuat konklusi bahawa sebab tulah semalam aku tak nak baring, sebab bila baring , aku susah nak bernafas. Abba juga cakap yang aku berbunyi macam dinosaur sebab selsema. Ye ke? Jadi dimosaur tu sentiasa selsemalah kot.

Sebenarnya aku berbunyi macam dinasour tu untuk menunjukkan excitement aku tetapi Abba dan Ammi tak realize. Makanya macam-macamlah ramalan yang Abba dan Ammi buat tentang bunyi dinosaur tu.

Aku sebenarnya tak demam pun, entah kenapa Abba cakap aku demam, entahlah. Ammi pun cakap aku tak demam. Abba cakap aku kena makan ubat. Dah agak dah. Siapalah manusia yang mencipta ubat? Aku teringin sangat nak jumpa orang tu, orang yang banyak menyusahkan aku.

Masa aku nak tidur, Ammi tanya Abba dah bagi aku ubat ke tapi Abba cakap tak apa, tak payah bagi. Alhamdulillah. Agaknya Abba dah tahu yang aku tak demam pun.

 Lepas tu Ammi remind Abba yang Sabtu ni nak bawa aku cucuk. Cucuk lagi? Ni seorang lagi manusia yang nak sesangat aku jumpa…. Orang yang mencipta syringe. Entah buat apalah gatal sangat nak pergi cipta benda-benda yang menyakitkan tu.

Abba cakap boleh ambil ubat selsema untuk aku sekali. Ubat lagi. Aadam peninglah …. Ubat, cucuk, ubat, cucuk ….

5 1 2011. Rabu

Pagi ni aku bangun, aku buat bunyi brrr… brrr… kononnya bubbling. Abba dan Ammi ketawa melihat air liur terpancut-pancut keluar semasa aku bubbling. Ammi cakap aku main air liur, Abba cakap aku bubbling. Aku bernafas pula macam dinosaur. Ammi cakap aku buat breathing exercise.

Lepas tu aku pun mula menyanyi, saja je nak bagi Abba dengar. Ammi dah cakap aku merepek, mungkin Abba akan menghargai bakat aku.

Abba dengar aku menyanyi dan nak tahu apa komen Abba…. Abba cakap suara aku macam dinosaur pun ada hati nak menyanyi.

Keciknya hati aku. Abba, Ammi, ni Aadam nak dedicate satu lagu pop yeh yeh buat Abba dan Ammi ni. Dengar ye ….. “Alangkah sedihnya hatiku …. Parap parap pap…”

Ammi cakap kat Abba yang masa aku lahir dan Ammi bagi tahu Ibu yang Ammi nak namakan aku Adam, Ibu suka sangat sebab Ibu peminat Adam AF. Jadi mungkin sebab Ibu minat Adam AF tulah yang aku terberkenan dok menyanyi dari kecil ni. Ammi siap cakap kat aku, besar nanti jangan jadi penyanyi, tapi jadi bilal..

Balik kerja hari ni, Ammi sambung buat kerja kat rumah. Abba temankan Ammi dan aku diletakkan dalam buaian. Semasa baring dalam buaian, aku cuba duduk dan pegang kipas kecil warna merah yang Abba klipkan di buaian aku. Aku berjaya. Abba, Ammi, tengoklah Aadam dah boleh duduk. First time aku duduk sendiri. Selalunya Abba atau Ammi akan memegang aku semasa aku duduk. Walaupun sebenarnya bukan duduk sendiri (sebab buaian tu ada penghadang, tapi aku berjaya mengangkat badan aku ke posisi duduk dengan sendiri tanpa ada aupport di belakang aku. Oklah tu.

Abba bawa aku masuk ke dalam bilik dan kami tengok bola sementara Ammi masih buat kerja office.

Malam ni aku tak bo9leh nak tidur walaupun aku mengantuk dan mata aku dah merah-merah. Aku nak suruh Abba bagi aku duduk atau berdiri. Mula-mula tu Abba ikut, tapi lama-lama Abba dah penat so bagi aku baring. Aku merengek sampai tertidur.

4 1 2011. Selasa

Hari ni sekali lagi Abba bagi aku rasa coklat dari biskut yang Abba makan. Bila agaknya nak rasa benda lain pula?
Sesekali pakai seluar colour pink macamni
ok jugak kan!

Lepas bersarapan, Abba angkat aku dan letak di atas sofa di depan dan kemudian keluar ke kereta. Bila Ammi datang dari dapur, Ammi pun ucap bye-bye kat aku dan acah-acah nak keluar tinggalkan aku kat rumah. Ammi siap pesan kat aku suruh duduk kat rumah elok-elok dan pesan suruh aku masak sup tulang.

Ekeleh! Aadam tak takutlah Ammi sebab Aadam tahu Ammi acah aje. Takkan tergamak Abba dan Ammi tinggalkan Aadam sorang-sorang kat rumah. Tu nak gabrakan oranglah tu. Macamlah Aadam tak tahu hati budi Abba dan Ammi.

Abba dan Ammi balik lambat lagi. Semasa Mama hantar aku ke kereta, Mama cakap aku suka nyanyi. Abba kehairanan dan bertanya Ammi “Menyanyi?”

Ammi memang pernah dengar aku menyanyi, especially lagu kegemaran aku yang Ammi pun dah hafal, “Poi, poi poi. Ti, ti, ti”. Tetapi Abba tak pernah dengar so Abba kehairananlah.

Ammi explain kat Abba yang aku suka merepek dengan menyaringkan suara dan berkata sesuatu mengikut nada dan irama.

Merepek? Sampai hati Ammi cakap macam tu. Sedap-sedap Aadam menyanyi, Ammi cakap merepek. Kecik hati aku.

Lepas tu Ammi suruh aku menyanyi bagi Abba dengar tapi aku tak mahu…. Merajuklah tu.


3 1 2011. Isnin

Pagi ni semasa Abba dan Ammi bersarapan, Abba meriba aku. Sedang Abba makan, tiba-tiba Abba mencolek sedikit coklat dari biskut yang Abba makan dan bagi aku rasa. Hmm… Sedap. Macam nilah rasa coklat ya. First tima aku rasa, ok juga. Abba bagi rasa sikit lagi, sampai terkena baju aku..

Abba dan Ammi balik lambat dari biasa hari ni. Semasa dalam kereta, on the way nak balik ke rumah dari rumah Mama, aku menunjukkan Abba dan Ammi benda yang aku baru belajar …. bernafas macam dinosaur. Bunyinya lebih kurang “hhh eeeek, hhh eeek”. Mesti korang tak dapat imagine. Ni kena dengar baru kau orang akan tahu. Abba dan Ammi ketawa aje dengar kemampuan aku membuat bunyi dinosaur.


2 1 2011. Ahad


Nani sedang bergurau dengan aku...
Sempat juga bergambar kenangan
sebelum Nani balik Sungai Petani.
Noor Bhaiya masih kekok mendukung aku.
Khairul Bhaiya lagilah kekok. Nampak tu
keras macam kayu balak je dia.
Nana Baji pegang aku geli...Geletek
ketiak aku lagi...
Khalid Khalu dah pandai dukung
aku, sebelah tangan pulak tu.
Isha Baji pun pandai dukung aku...
Khala yang banyak menjaga aku. Terima
kasih Khala...
Nani masih lagi sambung projek semalam, iaitu cuba menghabiskan drama Agle Janam. Hari ni Chef Diva Munni Khala yang memasak.

Tengahari ni Nani dah bersiap-siap nak balik. Abba pergi hantar nani. Asalnya Ammi nak ikut tapi sebab Munni Khala cakap dia tak nak pergi, Ammi pun cancel rancangan Ammi.

Petang ni Munni Khala pula balik. Munni Khala tak balik ke PJ, sebaliknya terus ke rumahnya di Seri Kembangan. Hmm… Bila agaknya aku dapat pergi ke rumah Munni Khala di Seri kembangan ni? Saja je teringin nak tengok.

Ammi bagi tahu aku yang esok Ammi dah start kerja. Sebenarnya Ammi ada mc sampai hari Selasa tapi Ammi nak pergi kerja esok. Biasalah Ammiku….


1 1 2011. Sabtu
Nani dan keluarga Khala di rumah.

First time aku celebrate new year masihi.

Happy New Year everyone. May this year bring every thing ggod for you.
Kitaorang lepak kat luar rumah, ambik
angin petang.

Hari ni pagi-pagi aku dikejutkan ketukan di pintu bilik oleh nani. Nani nak minta remote astro sebab nak tengok drama Maika. Ammi tak tengok drama ni. Aku bangun kejap je, lepas tu tertidur. Aku jaga semula tak lama lepas tu sebab lampin aku dah penuh.

Ammi sibuk memasak hari ni sebab Nani ada dan munni Khala pun nak datang petang nanti. Nani pula sibuk tengok drama Agle Janam Mohe Bitya hi kijo yang Ammi rakam. Nani memang follow drama ni tetapi hari tu masa Nani pergi makan angina ke India, Nani dah miss banyak episodes so Ammi ada rakam dan Nani “qada” episodes yang tertinggal.

Bersama Ella Baji
Aku tak sabar menunggu Munni Khala. Petang ni Abba pergi beli tiket bas untuk Nani sebab esok nani nak balik. Aqs soon as Abba left, munni Khala sampai. Apa lagi, lepas Munni Khala sampai, berebut-rebutlah Bhaiya-Bhaiya dan baji-Baji nak dukung dan bermain dengan aku. Khalid Khalu pergi tidur sekejap sementara Ammi duduk bersembang dengan Munni Khala, Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji. Nani masih belum siap mengqada’ drama Agle Janam.

Maghrib tadi Abba, Khalid Khalu, Khaitul Bhaiya dan noor Bhaiya ke surau. Alhamdulillah, Khairul Bhaiya tak tidur dah macam hari tu. Kali ni dia pun ikut ke surau.

Ammi bagi Ella Baji kerongsng dan khairul Bhaiya seluar panjang yang Abba dan Ammi belikan sebagai hadiah harijadi buat mereka. Nampaknya kedua-dua mereka suka hadiah yang diberi.

Malam ni ada bola MU tapi kami tak dapat tengok sebab Nani masih lagi cuba menghabiskan episode-episod yang tertinggal. Ammi di belakan dengan Munni Khala dan Bhaiya-Bhaiya dan baji-Baji tengah tengok blog aku. Agaknya Nani perasan yang abba dan Khalid Khalu keboringan jadi nani pun tutup tv dan join Ammi di belakang. Aku bersama Abba dan Khalid Khalu pun tengok bola. Tak lama lepas tu noor Bhaiya pun join kami.

Lepas bola habis Abba bawa aku masuk tidur. Ammi masih lagi membelek blog aku.