Friday, September 30, 2011

Aadam Story bulan September 2011


30 9 2011. Jumaat

Abba dan Ammi ambil EL hari ni sebab nak menziarahi Moyang Ngah. Aku dihantar ke rumah Mama. Hari ni lambat sikit ke rumah Mama ebab Abba dan Ammi tak perlu terkejar-kejar nak masuk kerja. Babah dan Mama ingatkan aku tak datang hari ni sebab dah terlambat.

Selepas solat Jumaat, tiba-tiba Abba terpacul depan pintu. Abba dan Ammi dah balik dari funeral dah. Sampai di rumah, aku makan nasi beriani yang Abba suap sementara Ammi solat Zohor. Kemudian aku disiapkan lawa-lawa dan Ammi pun bersiap-siap. Kita nak pergi mana ni Ammi? Ammi senyap saja, tak macam selalu, volunteer cerita kat aku. Aku dah rasa tak sedap hati. Kenapa yek, Ammi tak bagi briefing kat aku tentang plan hari ni. Hmmm…. Macam ada yang tak kena.

Aku sedang belatih operate Boboy
aku. Besar nanti nak jadi Doc.
senang nak ubat ammi.
Aku dengar Ammi bagi tahu Abba yang Ammi dah check internet dan ada paediatrician yang baik di Gleneagles, Damai dan Pantai Cheras. Paediatrician? Apa ke benda tu? Gleneagles? Macam pernah dengar, tapi …. kat mana ye? Aku ingat-ingat lupa. Damai? Damai Laut ke? Kita nak pergi bercuti ke Ammi? Pantai macam tempat peranginan tetapi hospital yang aku masuk itu hari tu pun nama dia Pantai. Tapi itu bukan Pantai Cheras. Ni lain kot. Aku rasa memang Abba dan Ammi nak pergi bercuti ke tepi laut. Nak surprise akulah tu. Yahoo! Mmmmm… tadi Ammi sebut Pantai Cheras. Kat Cheras ada pantai ke? Abba, Aadam betul-betul confuselah. Kita nak pergi mana ni?

Kami pergi ke satu tempat. Tak ada pantai pun. Ada bangunan saja. Kami masuk ke dalam lif. Ni kat mana ni? Nak kata shopping complex, bukan. Tiba-tiba aku tersentak. I can sense it. We are at the hospital. Aku mula menangis dan meronta sampai kasut aku pun tertanggal sebelah. Ammi berusaha memujuk aku.

Keluar dari lif dan terus ke reception counter. Cantik tempat ni, tak macam hospital pun. Mungkin aku silap. Aku rasa lega dan duduk diam-diam. Kemudian Abba bertanya Ammi, “Apa nama doktor tu?” dan Ammi menjawab, “Dr. Ananda”. Sah! Confirm! Kami berada di hospital. 

Kami masuk semula ke dalam lif dan keluar di Tingkat 5. Abba pergi cari bilik doktor sementara aku duduk dengan Ammi. Aku mula menangis semula dan Ammi sabar memujuk aku. Abba datang semula dan kami pun pergi ke bilik Dr. Ananda. Di sini ada banyak toys dan aku menangis sekejap saja, kemudian aku mula bermain.

Abba pergi register nama aku. Kemudian Abba datang bagi tahu Ammi yang bangunan ni akan runtuh. Hah! Apasal? Ada gempa bumi ke Abba? Ke letusan gunung berapi? Ataupun ribut? Or is it tsunami? No it’s “Aadami”! Abba cakap nurse tu nak timbang aku dan aku akan menangis sampai bangunan ni runtuh. Ha! Ha! Ha! Very funny.

Masuk ke dalam, aku dibaringkan atas katil (yang sama macam masa aku kena drip dulu) dan jeritan aku bermula. Nurse tu timbang berat dan ukur ketinggian aku saja. Kami keluar semula dan tunggu giliran. Aku sambung bermain.

Akhirnya giliran aku sampai dan Ammi explain kat doktor masalah aku. Sebaik doktor meletakkan statescope kat badan aku, aku mulai menangis tak berhenti-henti sampailah doktor tu balik semula ke kerusi dia. Lepas doktor balik ke kerusi dia, aku main aci sorok-sorok dengan nurse tu.

Doktor cakap tak perlu risau, cuma batuk biasa saja. Terima kasih doktor. Aadam dah bagi tahu Abba dan Ammi tetapi Abba dan Ammi tak nak dengar cakap Aadam. Nak juga-juga bawa Aadam ke sini. Dr. Ananda bagi tahu yang ubat ni akan membuatkan aku batuk lebih teruk lagi dan aku akan muntah dan segala kahak akan keluar. Kahak juga akan keluar melalui air besar.

Selepas ambil ubat, kami pun balik. Aku terlena dalam kereta seperti biasa.

Malam ni aku makan ubat dan batuk-batuk dan muntah. Kemudian aku naik demam. Ammi mulai risau tetapi Abba cakap yang nurse tu dah bagi tahu bahawa ubat tu akan menyebabkan aku demam dan menggigil. Tak lama selepas tu aku pun tidur.

29 9 2011. Jumaat
Maaf ya tengah sebok buat balancing
tayar kereta aku ni....

Malam ni Pak Ngah Hassan telefon, bagi tahu yang Moyang Ngah dah meninggal dunia di Taman Medan. Abba cakap esok nak pergi menziarah.


28 9 2011. Rabu

Aku masih sakit lagi. Ammi pun dah sakit dan balik dari kerja hari ni kami ke klinik. Ammi nak ambil ubat.
Mengantuk tahap atuk gaban ni!

Doktor bagi Ammi nebolizer dan aku takut tengok Ammi pakai mask ala raksaksa dalam cerita Ultraman tu.

Aku mengantuk sangat dan terlena dalam dukungan Abba semasa di klinik.


27 9 2011. Selasa

Lapar pulak rasa perut aku ni.
Hanger ni pun rasa macam
ayam goreng.
Aduh rasa nak pengsan.
Penat sungguh puasa 6 ni.
Aku makan pizza Thai Seafood dan Hawaiian Chicken. Sedap juga. Nampaknya semua makanan orang dewasa sedap-sedap belaka. Tak adil betul sebab makanan baby dahlah tak ada variety, rasanya pun kureng.


26 9 2011. Isnin

Akbba masih selsema lagi dan MC hari ni so aku dijemput awal.

Malam ni aku makan nasi beriani.


25 9 2011. Ahad
Beraya ke rumak Tasneem Mamu.

Hari ni kami ke rumah Tasneem Mamu. Alam Mamu tak tahu jalan so dia jumpa kami kat told an ikut Abba ke rumah Tasneem mamu.Tak lama selepas kami sampai, Farooq Mamu pula sampai.

Farooq Mamu sedang mendera aku.

Yo Bro! What up bro....
Hensemnye...


Rumah Tasneem Mamu.

Gambar kami beramai-ramai.
Di sini, aku makan nasi tomato dan kuih raya. Agak lama juga kami di sini. Alam Mamu balik dulu sebab dia kerja hari ni. Tak lama selepas tu, Farooq Mamu dan kami pun balik.

Tak lama selepas sampai ke rumah, Munni Khala pula balik.

24 9 2011. Sabtu
Khala datang....

Ammi bagi tahu aku yang Munni Khala nak datang sebab nak ikut kami ke rumah Tasneem Mamu esok sebab Tasneem Mamu buat open house esok. Munni Khala tak tahu jalan. Aadam pun rasa eloklah Khala jangan pergi sendiri. Nanti tak sampai Kelang, sampai ke Hulu Kelang pula. He! He! He! J
Aku bermalas-malasan...

Tengahari ni Munni Khala dah sampai dan seperti biasa, bila Munni Khala ada, ramailah yang nak memanjakan aku. Semasa Munni Khala sampai, aku sedang tidur. Bila aku bangun, aku nampak Munni Khala dah ada kat sini dah.
Noor Bhaiya sedang memperbodohkan aku, errr
dirinya sendiri....!

Hari ni aku makan gos kabab (pergedil daging) yang Munni Khala bawa. Ini salah satu makanan favourite Ammi. Bagi aku, ok sajalah.

Petang ni aku ikut Munni Khala ke kedai, pergi beli pisang goreng untuk minum petang. Abba dan Noor Bhaiya pergi ke surau, ada hal. Aku turut sama makan cokodok dan pisang goreng yang Munni Khala beli tadi.

Malam ni selepas Khairul Bhaiya balik, Khairul Bhaiya dan Noor Bhaiya berebut nak dukung aku. Selepas tu mereka saling kutuk-mengutuk secara bergurau. Ha! Ha! Ha! Tak lucu pun.

Selepas tu kedua-dua Bhaiya ni nak menimbang berat badan masing-masing untuk membuktikan siapa yang lebih ringan. Dulu Khairul Bhaiya gemuk dan Noor Bhaiya kurus. Tetapi sekarang sejak Khairul Bhaiya dah bekerja, berat badan dia dah turun (walaupun masih gemuk lagi). Noor Bhaiya pula makin lama makin naik berat badannya.  Ramadhan hari tu berat badan Noor Bhaiya bukan turun, tetapi naik 9 kg. Hmmm… Musykil betullah. Agaknya Noor Bhaiya ni puasa yang yok kot. Bukan Aadam cakap, orang yang cakap macam tu. Siapa? Emmm… Emmm… Biarlah rahsia.

Bila timbang, berat Noor Bhaiya dah turun 2 kg sementara Khairul Bhaiya pula naik sikit. Sekarang berat mereka sama tetapi sebab Khairul Bhaiya pendek, dia kelihatan lebih gemuk.

Aku dah mengantuk dan masuk tidur.

23 9 2011. Jumaat

Pagi ni aku mengantuk sangat. Mungkin sebab malam tadi aku tak boleh tidur dan tidur lewat. Semasa aku terjaga, aku berada atas riba Ammi. Abba dan Ammi dah nak pergi kerja dah pun. Selalunya aku dah bangun sebelum Abba dan Ammi pergi kerja, siap breakfast bersama Abba dan Ammi, tukar lampin dan baru pergi ke rumah Mama. Paling lewat pun, bila Abba angkat aku nak masuk kereta, aku akan terjaga. Tetapi hari ni dah ½ way ke rumah Mama baru aku terjaga. Memang aku mengantuk sangat. Tak apa, nanti boleh qada’ kat rumah Mama. Aku kasihan kat Abba dan Ammi yang turut sama berjaga dengan aku malam tadi. Aku boleh sambung tidur tetapi Abba dan Ammi kena kerja. Mana boleh tidur.
Sedang belajar muzik...Jangan ganggu.

Belajar memandu jugak. Kapal terbang dan teraktor.
Tengahari ni Ammi telefon Mama bertanya tentang aku. Mama cakap aku ok.

Malam ni pun aku ok. Tak ada gangguan dah Alhamdulillah.

22 9 2011. Khamis

Aku terjaga sekitar jam 4.00 a.m. dan dapati Abba sedang menonton bola. Eh! Abba tak tidur ke? Kesian Abba, tengok bola seorang-seorang. Kenapa tak ajak Aadam temankan? Sekejap saja aku terjaga, kemudian aku terlena semula.

Aku terjaga lagi sekitar 5.40 a.m. Abba dan Ammi sedang bersiap untuk solat Subuh. Aku lapar dan mulai menangis. Bila dapat susu, aku tak boleh nak minum sebab hidung aku sumbat dan bila aku minum, aku tak boleh bernafas. Aku menangis lagi. Aku meragam sampailah ke pagi dan Abba dan Ammi pun cuba memujuk aku sampai ke pagi lalu terus bersiap untuk pergi ke pejabat.

Malam ni aku pergi ke klinik ambil ubat. Balik dari klinik, aku bermain sekejap dan kemudian masa untuk tidur. Aku rasa susah nak tidur, macam ada gangguan. Baru nak terlelap, aku berasa takut dan terus menangis. Aku takut berada dalam bilik tidur kami dan takut tengok Ammi. Abba dukung aku bawa ke ruang tamu ke-2 dan memeluk aku erat-erat. Aku terus menangis. Abba dan Ammi mencuba bermacam-macam cara untuk memujuk aku tetapi tangisan aku makin menjadi.

Abba membaca doa dan aku diam sekejap tetapi bila Ammi datang dekat aku, aku menangis semula. Abba suruh Ammi berwuduk. Ammi pun pergi berwuduk. Kemudian Ammi memasang ayat-ayat Quran di tv dan barulah aku rasa ok dan tidur.


21 9 2011. Rabu

Aku tak sihat hari ni – selsema dan batuk. Abba pun selsema.
Selsema memang mengganggu.
Rimas aku nak main-main.

Malam ni aku makan nasi beriani berlauk kari ayam tapi pedas sangat so aku tak nak makan.


20 9 2011. Selasa

Hari ni aku makan nasi dengan ikan tiga rasa. Sedap.

Semasa Ammi nak tidurkan aku, aku turun katil dan pegang tangan Ammi, ajak keluar ke ruang tamu ke 2. Ammi ikut saja dan aku terus main gelungsur aku. Kemudian aku minta Ammi pimpin aku sementara aku menendang bola dan belon. Lama juga aku bermain ditemani Ammi. Kemudian Abba datang dan aku main sorok-sorok dengan Abba pula.


19 9 2011. Isnin

Sedang tunggu Ammi masak....
Lapar pulak perut ni...
Macamana nak main gitar ni?
Ammi tak sihat hari ni dan tak pergi kerja.

Menu makan malam hari ni ialah nasi goreng Thai dan nasi goreng kampung. Aku try kedua-duanya.


18 9 2011. Ahad
Happy birthday Darwish.

Pagi ni aku makan nasi goreng. Ammi bagi tahu yang Mak Andak ada buat open house dan sambutan harijadi Darwish hari ni.
Gaya ni boleh tak?
Tak ada gaya....?

Lepas lepak dan bermain bersama Abba dan Ammi sekejap, aku tidur. Bila aku bangun, Abba dan Ammi sedang bersiap-siap nak ke rumah Pak Andak. Aku pun bersiap-siap dan kami bertolak. Seelok kami keluar rumah, hari mula hujan.
Macamni baru bergaya..

Sampai ke kawasan rumah Pak Andak, jalanraya banjir. Abba redah aje. Lepas tu, banyak pula rumah yang buat open house. Akhirnya kami samppai. Kami adalah antara yang terawal sampai.

Banyak juga juadah yang Mak Andak dan Makcik Yati sediakan. Ada nasi tomato, ayam masak merah, ayam rendang, dalca, laksa, ketupat palas, bubur kacang dan popia. Aku makan nasi tomato.

Tak lama selepas kami sampai, kekawan Mak Andak, Pak Andak dan Makcik Yati mula datang. Ramainyeee…

Kemudian Darwish potong kek harijadinya. Siap ada backdrop, belon, topi dan mask batman etc. Sama macam harijadi aku dulu.
Darwish sedang meniup lilin kek.

Selesai potong kek, Pak Ngah pula sampai dengan Kak Fiqah. Anak-anak Pak Ngah yang lain dan Makcik Zaira tengah on the way nak datang bersama Mak Ngah Ayu. Tak lama selepas tu mereka pun sampai.
Selamat hari jadi Darwish.

Nyam, nyam, nyam....
Mak cik ni kasi aku rasuah.....terima je.
Darwish dengan kawan-kawan Mak Ndak.
Kek tu tinggal kat aku sama ya....!
Aku penat lepas balik dari birthday Darwish.
Sedang mimpi 'bang'....
Lepas tu aku makan kek harijadi Darwish, share dengan Abba. Ammi tak nak sebab dah kenyang.

Kami lepak sekejap dan kemudian balik. Aku tertidur atas pangkuan Ammi dalam kereta. 


17 9 2011. Sabtu

Hari ni Abba dan Ammi tak ada rancangan nak ke mana-mana. Bolehlah berehat di rumah.








Pagi ni aku makan roti telur dan tengahari aku makan nasi berlauk ikan merah goreng.

Penatnya belajar bejalan... Rehat sat.
Aku banyak tidur hari ni. Malam ni tiba-tiba Abba dan Ammi buat plan nak pergi Jusco. Ammi teringin nak makan kek Blackforest. Dah sampai sana, macam-macam pula benda dibeli. Abba juga beli buah epal dan pear untuk aku. Semasa Abba dan Ammi pilih ais krim, aku pun tolong pilih. Aku cekau Cornetto. Abba dan Ammi ketawakan aku.
Pergh! segarnya lepas mandi...

































16 9 2011. Jumaat

Tah mana datangnya songkok ni...
Abba ajak aku main kat luar bilik.
Hari ni public holiday sempena Hari Malaysia dan sambutan hari Kemerdekaan.
Sesiapa tolong ajar aku cara
pakai songkok ni...!

Macamana nak jalan ni. Tak
nampak....
Ok, sekarang nak ke surau, sembahyang.
Gaya mesti ada...
Kami pergi ke open house Munni Khala. Sebenarnya Munni Khala suruh datang pukul 3.00 tapi kami terawal sampai. Munni Khala masih masak so selepas solat Jumaat, kami ke rumah Zarina Khala dulu.

Di sini aku makan thokua dengan ayam goreng dan kuih raya. Dari sini kami balik ke rumah Munni Khala. Abba dan Ammi nak ke rumah Farooq Mamu juga dan rumah Pakcik Zul (jiran kami) yang juga ada open house hari ni.

On the way ke rumah Munni Khala aku terlena dan tak sedar bila sampai. Bila aku bangun, Abba dan Ammi tak ada.

Kemudian adik beradik Khalid Khalu datang dan tak lama selepas tu, Abba dan Ammi sampai. Ammi tak turun. Abba saja datang ambil aku dan barang-barang aku. Ammi tunggu dalam kereta. Dari perbualan Ammi dan Munni Khala aku dapat tahu yang Abba dan Ammi dah pergi ke rumah Farooq Mamu dan tak bawa aku sebab aku tidur. Alahai! Aku teringin nak ke rumah Farooq Mamu. Terlepas sudah.

Sampai di rumah, Abba dan Ammi solat dulu dan kemudian kami ke rumah Pakcik Zul. Di sini aku makan nasi minyak, nasi dagang dan laksa. Aku juga makan muffin dan kuih kolek kacang. Semua aku belasah.

Balik ke rumah, kami dah penat dan terus tidur.


15 9 2011. Khamis

Pedas makan sup tadi sampai
merah mata aku...
Abba dan Ammi balik lambat lagi hari ni.

Aku try makan nasi goreng Cina dengan udang dan timun. Aku suka udang dan lebih suka timun. Abba juga bagi aku rasa sup ekor tapi bila aku makan carrot dalam sup ekor tu, aku rasa pedas sangat dan mula nangis.












14 9 2011. Rabu

Hari ini aku nak belatih berjalan lagi.
Aku mengaku kalahlah.
Tapi gayat....
Pagi ni Abba bawa aku lepak kat luar sambil makan breakfast. Abba dan Ammi sedang puasa enam sejak semalam so Abba dan Ammi tak makan. Abba bagi aku tenggek atas pagar. Best wooh!


13 9 2011. Selasa

Abba dan Ammi balik lambat hari ni. Aku makan roti kismis, bubur pulut hitam dan roti cicah bubur pulut hitam. Aku juga makan ayam yang ada dalam nasi goreng kampung Ammi. Bunyi macam banyak tetapi sebenarnya banyak jenis makanan tetapi aku makan sikit-sikit aja setiap satu.

Ini tahap ketinggian aku. 7
Aku bermain sekejap kemudian Abba bawa aku masuk tidur. Dah lama Abba tak tidurkan aku. Aku dengar Ammi cakap kat Abba, ’Nak tidurkan Aadam ke, Abang nak tidur? Ni rasanya Aadam belum tidur, Abang dah lena kot”. Sememangnya Ammi betul. Aku masih belum lena, Abba dah berdengkur. Then Ammi datang dan tidurkan aku.


12 9 2011. Isnin

Aksi-aksi merajuk yang sempat aku tunjukkan.
Aku makan nasi goreng ayam hari ni. Sedap. Selepas makan, masa untuk minum susu.

Aku merajuk sebab botol susu aku ditukar ke botol baru dan tak nak minum susu walaupun kemudiannya aku diberi botol lama aku dan aku tidur tanpa minum susu.




11 9 2011. Ahad
Keluarga Kalim Mamu datang rumah

Pagi ni Munni Khala buat nasi goreng untuk breakfast. Semasa kami sedang breakfast, Mak Andak bersama Pak Andak dan Mak Teh bersama Pak Teh sampai. Mereka nak ikut Tok pergi melawat Tok Wan Su yang khabarnya sedang sakit.
Kek Hari jadi Ammi...

Selepas Tok bersama yang lain-lain pergi, semua orang sibuk mengemas rumah sebab semalam tak sempat memandangkan semua orang penat.
Keluarga Kalim Mamu sedang menjamu selera.

Abang Aie telefon tengahari tu minta alamat kat Abba. Semua orang sibuk buat preparation untuk menjamu Kalim Mamu sekeluarga. Mula-mula Abang Aie sampai bersama Kak Lara, Kak Laila dan Kak Leia. Kemudian Kalim mamu dan Aunty Lina pula sampai. Mereka makan kuih dulu dan kemudian makan nasi.
Ammi, jom ronda-ronda kat luar...

Seronoknya tengok kereta lalu
lalang depan rumah.
Semasa Abba sedang mendukung aku berdiri dekat meja makan, Kalim Mamu tetiba hulur tangan nak high five dengan aku. Aku pun sambut tangan Kalim Mamu (entah macam mana aku tahu nak high five pun tak tahu).
Ammi bising kat Abba lagi,
rambut aku dah panjang.
Teringin pulak nak
main depan rumah.

Selepas makan, Kalim Mamu sekeluarga duduk sekejap berbual-bual dan kemudian balik. Tak lama selepas tu Tok Wan sampai. Sekejap lepas tu Mak Andak balik diikuti oleh Tok Wan dan Munni Khala. Mak Teh adalah yang terakhir balik.

Aku masih penat kesan dari semalam dan aku tidur awal.


10 9 2011. Sabtu
Happy Birthday Ammi....
Open House...

Ammi dah berusia 39 tahun hari ni dan sempena hari jadi Ammi, Aadam panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar Ammi dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditingkatkan keimanan, diberkati Allah sentiasa, diberikan kesejahteraan hisup dunia akhirat, diberikan kebahagiaan, kesihatan yang baik dan segala yang baik buat Ammi. Amin.

Aadam ucapkan Selamat Hari Lahir buat Ammi. I love you, Ammi. Muah! Muah! Muah!

WIP. Backdrop yang sedang Abba buat.
Pagi-pagi lagi Abba dan Ammi sebok membuat persedianan untuk open house malam ini. Kesian Ammi dan Abba, Aadam nak tolong tapi setiap apa aAadam peang semua jadi berselerak hasilnya.


Abba sebok menyiapkan backdrop kat ruang tamu. Aku sesekali pergi menyebok beri komen itu ini senget sana sini. Masalahnya Abba buat dono je. Mentang-mentanglah aku ni kecik, pandangan aku langsung tak dihiraukan. Kecik ati tau.


Gotong royong menghias rumah.
Terima kasih semua yang sedang
menjalankan kerja-kerja akhir menghias.
Khala sekeluarga sampai pukul 2 petang tu. Mereka juga sebok menolong itu ini. Aku tidur waktu tu. Semasa aku bangun, aku nampak masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing. Selepas aku bangun, Nana Baji ditugaskan menjaga aku sementara orang lain buat kerja lain.
Tok sangat hairan buah kelapa
bewarna warni. Jangan pi kait Tok!
Oooo Tok nak buat inti kuih
ke? Ok ok sila sila...

Aku nampak Abba sedang sibuk buat decoration kat ruang tamu. Segala decoration items hari raya termasuk lampu lip lap dah dikeluarkan.

Selepas aku bersarapan dan menyibuk sekejap, Nana Baji bawa aku masuk ke bilik untuk tidur. Tak lama selepas tu, Ammi datang menjenguk dan bila Ammi dapati aku belum tidur, Ammi bawa aku keluar.

Di luar, Tok Wan dah sampai bersama Mak Andak. Of course, Tok, Makcik Zaira dan Pak Su pun ada. Tak lama selepas itu, Mak Teh pula sampai. Kemudian semua orang sibuk makan pula. Kemudian continue kerja. 


Bila siap nampak hensemmm...
Abba buat decoration ala pokok kelapa daripada old newspaper yang dibalut dengan kertas warna. Buah kelapanya daripada belon warna-warni. Aku sure korang tak pernah tengok buah kelapa berwarna-warni macam ni kan. Tok yang tolong gantung “buah kelapa” tu.
Kontraktor bahagian lampu,
Pak Cik Hafiz...

Darwish mengambil
kesempatan bergambar
dekat pokok kelapa.
Makin ramai orang di rumah, makin meriah jadinya. Asalnya Kalim Mamu cakap nak datang sekitar pukul 6.00 p.m. tetapi Aunty Lina sms Ammi bagi tahu tak sempat sebab jalan jam sangat hari ni. Aunty Lina cakap esok saja mereka datang sebab sekarang Kalim Mamu dan Aunty Lina on the way nak ke Semenyih. Memandangkan jalan jam sangat, mereka dah terlewat.
Kami makan err... petang kot?
Aku pun nak bergambar jugak!

Bhaiya saja jual nama aku
tapi sebenarnya dia yang
nak bergambar tu....
Darwish dan Tok.
Makanan sampai sekitar pukul 5.00 p.m. Macam-macam ada. Kerja dah selesai so semua orang lepak sana, sini tunggu tetamu datang. Mengikut senarai jemputan, ada seramai 100 orang akan datang.

Siap...
Anak patung aku pun turut
memeriahkan majlis.
Selepas solat Maghrib, kami bersiap-siap. Abba, Ammi dan aku pakai baju yang dipakai semasa hari raya pertama dulu. Aku siap bersamping dan bersongkok. Selepas tu ada sessi fotografi.

Khemah untuk tetamu.
Semua sudah sedia...
Acara wajib...
Kena posing-posing jugak.
Sudut ni pun!
Muka aku lagi....
Tetamu dah mula sampai – Pakcik Jai bersama Makcik Fiza antara yang terawal. Dah lama tak jumpa Makcik Fiza. Makcik Fiza terkejut tengok aku, especially rambut aku yang dah tak terpacak lagi tetapi dah kerinting.   





Aku dengan Mak Cik Fiza
Darwish dengan Pak Cik
Jai.
Tok Wan....
Keluarga Khala...
Keluarga Mak Teh.
Mak Ndak...mana Pak Ndak?
Kerja...belum sampai
.
Lebih ramai lagi tetamu mulai datang – Zarina Khala sekeluarga, Alam Mamu sekeluarga, Kakul Mamu bersama isteri dan anak-anaknya, Tok Njang bersama anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucunya, Tok Ngah sekeluarga, Pak Ngah Hassan bersama isterinya, Mak Ngah Rokiah dan anak-anak mereka (sepupu Abba yang baru first time aku jumpa), jiran-jiran kami (termasuk Pakcik Zul sekeluarga), Khan Khalu, Sinara Khala sekeluarga, Yusuf Khalu, Rehana Khala sekeluarga, Mashkoora Khala sekeluarga, Nurul Baji, Farooq Mamu sekeluarga, Tasneem Mamu sekeluarga, Pak Andak, Mama bersama anak-anaknya dan seorang lagi jiran kami, Pak Ngah, anak-anaknya, Makcik Zaira dan yang paling istimewa, bakal Mak Ngah baru, Mak Ngah Mas Ayu. Pak Ngah introduced sebagai “Ayu” (sememangnya ayu orangnya). Jadi inilah “Mas” yang Tok cerita tempoh hari.
Khala Zarina sekeluarga singgah sebentar petang
tu kerana mereka ada sebuah rumah lagi nak pergi.
Mama dan kakak juga sempat bergambar
kenang-kenangan dengan aku....

Bismillahirahmarnirahhim....Allah humma....
Acara makan-makan pun bermula....
Abang baju kuning tu dah basuh
tanggan ke belum tu...?
Tok dengan anak cucu sedara belah mak sedang
bertukar-tukar khabar.
Posing tak kenyang makan oleh
Baiya dan baji....
Mak Teh dan Mak Cik Zaira...
Makanlah ya, jangan segan-segan...
Pak Ngah dengan MakCik Mas....
Antara tetamu yang memeriahkan
majlis...
Keluarga Mamu....

Ammi nampak penat betul melayan
tetamu yang hadir.
Rasanya aku dah sebut semua orang kot. Kalau ada yang tertinggal, sorry ya. Ramai juga jemputan yang tak datang. Antaranya, Mak Lang sekeluarga, Tok Wan njang sekeluarga, Pakcik Aoi (adik Pak Ngah Hassan), Tok Su, Tok Andak, Tok Cik Nor, Tok Wan Tam, Tok Wan Zali, Tok Wan Zul dan Nenek Moyang.


Aku kepenatan dan tidur. Semasa aku terjaga, Abba dan Ammi tak ada di sisi aku dan bilik gelap. Aku nampak Munni Khala bersama Farooq Mamu di luar bilik. Aku panggil tetapi tak ada sesiapa yang dengar sebab kat luar tu bising sangat. Aku mulai menangis sambil menjenguk Munni Khala. Mujur Munni Khala terdengar tetapi dia tak pasti dari mana suara tangisan tu datang. Munni Khala tercari-cari dan ternampak aku lalu terus datang mendukung aku. Farooq Mamu pula mengambil aku daripada Munni Khala. Kemudian Ammi tergesa-gesa datang. Agaknya ada orang bagi tahu Ammi kot yang aku tengah menangis.

Orang mulai bersurai sedikit demi sedikit dan yang terakhir balik adalah Mak Andak dan Mak Teh, pada jam 1 pagi. Tok Wan sekeluarga dan Munni Khala sekeluarga tak balik.

Aku dah penat sangat lalu aku tidur.


9 9 2011. Jumaat

Abba seorang saja datang fetch aku dan kemudian kami pergi jemput Ammi. Ni mesti Ammi lambat fasal makan-makan tu.

Dengar khabar Ammi bising
sangat rambut aku dah panjang.
Selepas menjemput Ammi, kami pergi ke rumah Munni Khala nak ambil “buruh paksaan”, Nana Baji dan Ella Baji untuk tolong buat preparation untuk open house esok.

On the way, Tok telefon Abba dan bagi tahu yang Tok dah sampai ke rumah Mak Andak dan akan datang ke rumah kami esok. Yahoo! Mesti meriah esok.

Selain makan nasi di rumah Munni Khala, kami juga makan kuih raya. Selepas makan, kami balik bersama Nana Baji dan Ella Baji.


8 9 2011. Khamis

Aku kena buat persembahan
agar dapat penghargaan

-makanan.
Adoi! laparnya...
Ammi bagi tahu aku yang esok office Ammi ada buat makan-makan dan lusa kami pula buat open house. Bestnya. Mesti ramai yang datang kan. 
Abba, bolehkan Aadam
makan sekarang?
Tak berjaya, kena buat muka
dinding macam ni agaknya.


Kena buat muka kesian...

Hari tu aku dengar Tok cakap Tok pun nak datang ke open house kami. Tak sabarnya. Tapi ….. bukankah lusa hari jadi Ammi. Agaknya Abba nak celebrate 2 in 1 kot.


7 9 2011. Rabu

Sebelum tu kena belakon tidur...
Heh heh! Malam ni aku buattrick lagi untuk makan.
Aku bangun sekitar pukul 2 a.m. macam semalam dan Abba dan Ammi masih jaga. Again aku menangis kelaparan dan hanya diam selepas disuap makanan.


6 9 2011. Selasa

Aku tidur awal malam semalam dan bangun sekitar pukul 3 pagi dan menangis tak berhenti. Abba dan Ammi masih belum tidur masa tu sebab sedang berkemas.
Huh! lapar x 1000
Sedang mengira waktu
makan yang selanjutnya.
Alamak!
7 jam lagi...Macamana ni...

Abba dan Ammi panic sebab aku tak nak berhenti menangis. Macam-macam mereka buat untuk pujuk aku tetapi aku tetap tak mahu diam. Akhirnya Abba cuba suap roti. Barulah aku senyap. Sebenarnya aku lapar.

Abba dan Ammi dah start kerja so rutin harian aku pun dah bermula – pagi-pagi ke rumah Mama dan petang balik ke rumah, makan malam, tengok tv dan bermain, kemudian tidur.

Entah kenapa aku mengantuk sangat dan kku tidur awal lagi hari ni.




5 9 2011. Isnin
Singgah rumah Tok Njang

Cuti Abba dan Ammi dah nak habis. Esok dah start kerja. Hari ni kami balik ke rumah. Kami bertolak selepas bersarapan.
Bergambar dengan keluarga moyang
dan anak jiran Tok Cik Man.

Di luar rumah moyang.
Bersama Tok Su
Tok Lang...
Gayat naik buai besi.
Dengan Tok Su sekali kena naik buai tu.
Di rumah Tok Njang di Sungai Buluh.
On the way, kami singgah di rumah Tok Njang dan Mak Lang di Sg, Buluh. Tok Njang ialah adik Tok Wan. Aku tak pernah jumpa lagi.


Bersama Tok Njang...
 Di rumah Tok Njang ada aquarium dan aku excited tengok ikan berenang-renang.

Dari sini kami ke rumah Mak Lang. Pak Lang tak ada di rumah. Kami lepak sekejap dan terus balik ke rumah.


4 9 2011. Ahad
Melawat Tasik Raban

Tasik Raban.
Cantik kan?
Selepas sembahyang subuh Abba dah bangun untuk ambil gambar pemandangan tasik dari varanda resort kami. Cantik waktu kabus menyelaputi sekitar tasik kata Abba.


Subuh yang tenang...
Ambil angin pagi...

Aku tak sabar nak mandi tasik....


Berapa lama kena mabik gambar
ni Abba? Lapar dah ni...
Bersidai di tembok ni rasa macam muka tembok je.
Kami semua bersiap-siap untuk pergi sarapan dan berjalan-jalan sekitar tasik. Sedang kami bersiap, Faizul Bhaiya return call. Dia cakap semalam mereka sekeluarga pergi Penang, jalan-jalan. Hmmm… dah taka da rezeki nak berjumpa.

Selepas bersiap dan bergambar dalam dan luar chalet kami, kami pergi bersarapan di kedai di tepi tasik. Selepas tu kami pergi ke tempat sewa bot. Apa? Kita nak naik bot? Aadam takutlah Abba, Ammi. Tasik ni nampak dalam.
Sedang menunggu pesanan makanan tiba...

Orang yang jaga bot tu bagi Abba dan Ammi jaket keselamatan. Sementara Abba dan Ammi pakai, Abang tu dukung aku. Ammi bertanya samada ada jaket keselamatan untuk aku dan Abang tu cakap ada. Dia pun pakaikan aku jaket tu tetapi jaket tu agak besar.

Kemudian Abba bawa aku turun ke jetty. Bergoyang-goyang pelantar tu. Abba meminta Abang pemandu bot tu tolong dukung aku sementara Abba ambil Ammi. Abba carry Ammi turun ke jetty. Bila Ammi berpijak ke jeti, pelantar tu bergoyang dan Ammi terjerit ketakutan. He! He! He! Ammi pun takut juga. Aadam tak takut pun Ammi.
Aku kecut perut tengok air.
Tak jadilah nak mandi...

Aku ingat air tasik ni banyak macam air kolam
plastik kat rumah tu je.
Dalam bot, Ammi meriba aku sementara Abba sibuk menangkap gambar. Kemudian Abba meminta Abang tu tolong snap gamber kami sekeluarga.

Kami lalu bawah jambatan Raja Nazrin
untuk menuju ke sungai Perak.
Seronok juga naik bot ni. Angin lembut menampar pipiku. Deru bot memecah keheningan pagi. Jasad bot membelah air bening tasik, menghasilkan ombak putih kecil yang memukul bot. Sekali-sekala terdengar suara mergastua saling menyapa. Fuyoh! Bestnya. 9Ehem! Macam mana puisi aku? Best tak? Berbakat tak aku?).
Antara pulau-pulau kecil sekitar tasik.
Di kejauhan itu terlihat Resort Tasik Raban.
Air tasik juga kebiru-biruan.
Jeti pelepasan aktiviti sukan air.

Tanpa disedari, kami dah sampai jauh. Bila sampai ke satu kawasan, Abang bot tu berhentikan bot. Dia bagi tahu ini adalah kawasan di mana tasik ni bertemu dengan Empangan Lenggong dan muara Sg. Perak.


Tasik Raban merupakan sebahagian daripada Tasik Chenderoh yang terhasil daripada pembinaan empangan janakuasa elektrik Chenderoh yang terletak di Sauk. Tasik ni diiberi nama Tasik Raban sempena Kampung Raban yang berada berdekatan. Tasik ni  ada aktiviti memancing, rekreasi dan sukan air yang lain. Kami pun nak pergi tinjau-tinjaulah ni.


Pandangan sudut dari jambatan.
Abba bertanya macam mana Abang tu tahu kawasan yang tepat dan dia cakap warna air tu berlainan. Abba dan Ammi melihat kea rah air. Sememangnya warnanya berlainan. Air tasik lebih jernih berbanding air sungai yang agak keruh. Perbezaannya agak ketara. Dari sini kami berpatah balik.

Abang Lah dan Abang Helmi.
Sampai ke jetty, aku didukung oleh Abang bot sementara Abba membantu Ammi naik. Ammi hampir-hampir terjatuh ke dalam air bila pelantar tu terumbang-ambing semasa Ammi memijak dan Ammi menjerit lagi. He! He! He!

Sebelum checked out bergambar lagi...
Banyak rumpun semak-semak di atas tasik.
Bila dah besar nanti aku nak main
 kayaklah kat sini.
Selepas membawa Ammi ke atas, Abba mengambil aku pula. Abang-Abang bot tu baik. Abba bertanya nama mereka – seorang bernama Abang Lah dan seorang lagi Abang Helmi (kalau tak silap aku). Abba snap gambar aku bersama mereka. Abang-Abang tu ingatkan aku ni girl. Alahai sedihnya.

Kami balik ke chalet. Ammi kepanasan dan mandi dulu. Kami bersiap-siap dan keluar. Selepas checked out, kami bertolak ke rumah Moyang. Aku seronok nak ke sana. Aku rasa Abba dan Ammi pun seronok.
Dalam pejalanan balik Abba
nampak pokok getah.
Ini tali air. Selalunya kawasan sawah
padi ada benda ini.
Jambatan berhampiran rumah Moyang.
Dulu tempat Abba melepak dengan
budak-budak kampung.

Sampai ke sana, Tok Su dan Tok Lang menyambut kami. Kesemua Moyang, Tok Lang dan Tok Su gembira bertemu aku dan asyik bermain dan menyakat aku. Aku pun gembira ,,,, gembira sangat.

Selamat tiba ke rumah Moyang.
Aduh sakit pinggang aku.
Kenapa jauh sangat rumah
Moyang ni...
Abba ada develop gambar aku untuk Tok Su. Tok Su excited tengok gambar aku yang bermacam-macam gaya. Abba suruh Tok Su pilih3 keping gambar nak letak kat cover album. Pening kepala Tok Su nak memilih. Kemudian kena pilih lagi nak letak dalam frame gambar. Tok Su pening lagi sebab semuanya Tok Su suka. Akhirnya Tok Su pilih yang aku cukup tak suka ….. gambar aku naked. Apalah Abba ni, gambar macam tu pun nak snap. Aadam malulah.


3 9 2011. Sabtu

Hari ni kami nak bertolak dari Sg. Petani dah. Kami singgah tengok rumah Israr Mamu sebelum balik. Cantikkkkkk. Lama juga kami di sini.

Dari Sg. Petani, kami pergi ke rumah Habibah Momani tetapi tak ada orang di rumah. Abba turun tengok dan meminta jiran supaya check kat pintu belakang. Akhirnya confirm taka da orang di rumah. Ammi cuba telefon Faizul Bhaiya tetapi tak berjawab.

Berhenti di R&R Lenggong.
Memandangkan taka da orang di rumah dan tak tahu bila mereka nak balik, kami terus sambung perjalanan. Kami pergi ke Tasik Raban pula. On the way, Ammi cuba call nak confirm samada masih ada bilik kosong atau tidak. Alhamdulillah masih ada dan Ammi booking satu bilik.
Resort yang kami sewa.

Teringinnya nak naik sampan...
Selamat datang ke Resort Tasik Raban.
Pemandangan Tasik Raban. Subhanallah...


Sign board kat
Resort Tasik Raban.
Pejabat pendaftaran ke Resort Tasik Raban.
Kami sempat merakamkan kenangan di
waktu senja depan resort kami.
Jambatan Raja Nazrin bersebelahan
resort waktu malam.
Resort kami duduki ini baru buka raya
puasa ni. Jadi masih fresh gila.
Aku sedang belajar berjalan...
Bestnya baring-baring kat resort ni...
Sampai pun dah senja, aku belum
mandi lagi ni...
Sebelum mandi aku bersenam sampai berpeluh dulu.
Bulan muncul di Tasik Raban.
Jalan jam teruk dan kami hanya sampai sekitar waktu Maghrib. Abba sempat snap gambar sunset. Kami check in ke bilik kami. 


Kami diberi Resort baru. Ada satu kawasan resort yang baru saja dibuka raya puasa. No bilik pun pakai tulis atas kertas A4 saja. Tapi kelengkapan dalam bilik tu ok. Harga pun cuma lebih kurang RM 100 je. Murahnya...


Pemandangan mengadap tasik.
Memandangkan hari dah gelap, Abba decided untuk duduk kat bilik saja hari ni. Esok baru nak keluar berjalan-jalan.

Aku terasa penat dan tidur agak awal.


2 9 2011. Jumaat
Beraya merata rata.

Hari ni hari jadi seseorang dan Aadam nak dedicate satu lagu buat insane itu:

Har sal din ye aye. Har bar dil ye gaye. Teri umar ho hazaro sal, yeh hai meri arzoo. Happy Birthday to you. Happy Birthday to you. Happy Birthday to Munni Khala. Happy Birthday to yo.

Traslation lagu ni lebih kurang maksudnya:
Semoga hari ini datang setiap tahun. Setiap kali hati ini berlagu. Semoga usia mu beribu tahun, ini harapanku.

Selamat hari jadi Munni Khala. Aadam doakan semoga Munni Khala diberikan kesihatan dan kebahagiaan serta dipanjangkan umur dan ditingkatkan keimanan. Amin.

Pagi ni aku makan aloo paratha (Ammi dan sedara mara Ammi panggil puri). Sedapppp….. Ini adalah paratha (sejenis roti ala-ala roti canai) berisi ubi kentang. Aku tengok orang dewasa makan dengan chutney tomato tapi aku makan kosong saja.

Selepas bersarapan, kami pergi ke rumah Tikku Mamu. Nani sekeluarga pergi ke rumah Azizullah Nana.

Lama juga kami di rumah Tikku Mamu. Selepas solat Asar, kami pergi ke rumah Jhingua Mamu. Aku jumpa dia semasa aku berusia sebulan lebih dulu di rumah Khan Khalu. Sebenarnya Ammi sekeluarga ada masalah dengan Jhingua Mamu ni – masalah kekeluargaan. Seba tulah mereka saling tak menziarah. Tetapi khabarnya Jhingua Mamu sakit teruk. Tu yang Abba dan Ammi pergi menziarah dia. Pagi tadi semasa nak ke rumah Tikku Mamu, aku dengar Ammi berbincang dengan Abba samada nak pergi ke rumah Jhingua Mamu ke tak. Memandangkan dia sakit teruk, Abba dan Ammi decided to visit him.

Aku setuju dengan keputusan Abba dan Ammi. Tak salah pun, dapat pahala lagi. Apa-apa salah dan silap yang ada, lupakan saja. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Aku tengok keadaan Jhingua Mamu ni agak teruk. Kurus kering badannya. Asalnya dia kencing manis. Lepas tu jantung pula tersumbat. Doktor nak buat by pass, tetiba, mata pula affected disebabkan kencing manis. Sekarang mata dia dah teruk sangat sampai keluar darah dan dah tk nampak dah. Dok tunggu nak operate jantung, dah kena operate mata pula. Ni dia baru lepas by pass. Mata belum operate lagi dah ada masalah buah pinggang pula. Katanya, doktor suspect cancer. Lepas satu, satu masalah datang.

Isterinya pula ada sakit Parkinson. Makin lama, makin teruk keadaannya. Aku kasihan tengok anak-anaknya. Mujur anak sulung Jhingua Mamu dah habis belajar dan dah kerja.

Kami pergi ke rumahnya dengan Tikku Mamu. Jhingua Mamu bercerita tentang dirinya. Sedang bercerita, dia menangis. Bila menangis, jantung dia pula sakit. Ammi cadangkan dia pergi berubat dengan singseh ataupun pergi berubat di India. Kata Ammi, di sana ramai doktor yang bagus. Semasa nak balik, Ammi cadangkan Jhingua Mamu buat solat taubat dan bersedekah sebab mungkin ada kesalahan yang tak disedari. Semoga dengan mendekatkan diri dengan Allah, akan mendapat ketenangan jiwa. Amin.

Dari sini, kami ke rumah Nani Marsha Baji. Aku pakai dhoti dan kurta. Sayangnya kurta tu ketat. Tak pernah pakai pun dah ketat. Kami sampai ke sini serentak dengan Nani. Abba dan Ammi terkejut tengok kereta banyak sangat …. macam kenduri kahwin saja. Orang toksah ceritalah. Aku duduk kat dalam rumah dengan Ammi sementara Abba lepak kat luar.
Macam ceti je pakaian ni.

Korang perasan aku macam Shah Rukh Khan....
Tak adalah, Shah Rukh Khan
yang macam aku...

Tapi aku sebenarnya lebih mirip
Hrithik Roshan...
Macam Salman Khan
pun ada kan?
Sayangnya aku hanyalah
Aadam Mika'il je...

Kami balik agak lewat. Balik ke rumah, Abba ambil gambar aku pakau baju ni banyak-banyak. Aku pun sebenarnya dah penat nak posing. Lepas siap bergambar aku dah kepenatan dan ….. zzzzz.


1 9 2011. Khamis
Raya di Sungai Petani

Hari ni adalah hari kelahiran arwah Nani. Aku pasti Ammi bersedih hari ni tetapi Ammi tak tunjuk pun. Ikut cerita Ammi, dulu semasa arwah Nani masih ada, Ammi dan Munni Khala akan belikan hadiah setiap kali hari jadi arwah Nani. Mamu-Mamu semua tak beli pun.
Baru mandi...
Ammi, bolehkah Aadam tak
pakai baju hari ini?

Kami (Abba, Ammi dan aku) bangun agak awal juga (berbanding dengan orang lain). Abba dan Ammi bawa aku ke dapur di mana Nani sedang sibuk prepare breakfast. Ammi bertanya Nani what’s for breakfast today dan Nani jawab, “Katra dan thokua”. Aku nak trylah tetapi belum siap lagi. Aku makan roti planta dulu. Kemudian, semasa Abba dan Ammi breakfast, aku makan thokua dengan katra pula. Sedap juga.
Baju raya....
Abba sempat perkenalkan aku dengan
baby kucing Nani.

Untuk pengetahuan korang, katra ialah sambal ubi kentang dan thokua adalah sejenis roti (ala-ala roti canai) yang tebal dan dimakn dengan lauk pauk. Ada orang panggil roti Arab. Ada juga thokua yang manis yang boleh dimakan saja. Ammi suka thokua manis ni tetapi yang thokua biasa tu Ammi tak suka. Abba tak kisah, dua-dua Abba makan.
Antara makanan orang hindustani....

Lepas makan, kami lepak di ruang tamu sambil aku bermain. Tak lama lepas tu, Israr Mamu balik. Ammi seronok sungguh berjumpa Farhana Momani.

Shahid Mamu nak celebrate birthday Zeeshan Bhaiya hari ni walaupun harijadinya sebenarnya jatuh pada 9 September. Kata Nani, hari ni ramai orang so Shahid Mamu nak sambut hari nilah.
Sebahagian dari sanak saudara yang
sedang menjamu selera.
Biasalah aku dapat perhatian.
Aku kekenyangan setelah
menelan beberapa buku roti...

Nani cakap, kawan Zarina Khala nak datang beraya hari ni. Mungkin tengahari nanti baru sampai.
Nani sedang mengawasi tetamu
agar jangan merokok dibantu
setia oleh Ammi.
Baji dan Bhaiyalah paling seronok...
Tak lama selepas Israr Mamu balik, aku tidur. Bila aku terjaga, Ammi juga sedang tidur di sebelah aku. Abba bawa aku keluar dan aku dapati kawan Zarina Khala dah sampai. Lama juga kawan Zarina Khala kat sini – lebih kurang 4 jam. Siap ajar Zarina Khala dan yang lain-lain macam mana nak buat chocolate.
Datuk Mirza Khalu sedang layan sarapan...

At the same time pembantu rumah Zarina Khala sibuk buat soto untuk sambutan harijadi Zeeshan Bhaiya. Sebelum kawan Zarina Khala balik, harijadi Zeeshan Bhaiya disambut dulu. Pada masa ni Lallu Mamu juga datang beraya.
Zarina Khala family.

Shahid Mamu family...
Farhana Momani family...
Kemudian ibu Farhana Momani berserta adik-beradik Farhana Momani yang lain datang diikuti Tikku Mamu dan entah siapa-siapa lagi. Mak datuk ramainya orang yang mai. Aku pun tak kenai depa, tak pernah berjumpa.
Sempat aku layan trak mainan ni...
Hari yang seronok untuk aku.
Best raya tahun ni.

Selepas semua orang balik, hari pun dah malam dan tak lama selepas ru, aku pun tidur.