Sunday, March 24, 2013

Aadam Story's Mac 2012







31 3 2012. Sabtu
1 Tahun 7 Bulan 28 Hari
Melawat Tasneem Mamu dan Darwish



Uncle Brian sepatutnya datang. Kami bersiap dan tunggu tetapi dia tak muncul. Bila Ammi call, dia kata dia terlupa yang sepatutnya hari ni datang ke rumah kami.

Pak Cik Jai sedang isikan air dalam
kolam untuk kami mandi manda.
Kami ke rumah Mamu Tasneem melawatnya. Sejak pembedahannya, ini baru kali pertama aku jumpa Tasneem Mamu. Nampak teruk juga keadaannya. Doktor ambil urat dari kaki dan letak di jantung Tasneem Mamu. Abba dan Ammi warn aku supaya berjaga-jaga, jangan terlanggar kaki Tasneem Mamu sebab kakinya juga sakit. Aku dengan suka hatinya berlari-lari dan hampir-hampir terlanggar kaki Tasneem mamu. Terpaksalah Tasneem Mamu membuat “kubu” menggunakan kusyen di sekelilingnya.

Shahmi Baji membawa kura-kura peliharaan mereka ke dalam rumah untuk aku tengok. Aku suka tetapi at the same time aku takut. Aku berlari-lari dan duduk atas riba Khairul Momani bila aku rasa macam kura-kura tu kejar aku.

Kemudian kami ke rumah Mak Andak. Di sini aku mandi kolam dengan Darwish. Seronoknya. Kalau boleh, tiap-tiap minggu aku nak datang ke sini atau ajak Darwish ke rumah kami, mandi kolam bersama-sama.








Shahmi Baji pinjamkan kura-kuranya
untuk aku dera.

30 3 2012. Jumaat
1 Tahun 7 Bulan 27 Hari

Hari ini juga tidak ada apa yang menarik terjadi. Aku lepak d iruang tamu tengah main kereta bersama abba. Sampai patah sayap kereta tu aku kerjakan. Kereta aku special, boleh berjalan di dinding rumah. Korang punya kereta boleh? Penat main kereta pergi kacau ikan dalam akuarium. 
























29 3 2012. Khamis
1 Tahun 7 Bulan 26 Hari
Tak ada apa yang menarik terjadi hari ini. Malam main iPad di katil bersama abba sementara tunggu waktu tidur. Sekarang aku dah pandai main banyak game sendiri. 



28 3 2012. Rabu
1 Tahun 7 Bulan 25 Hari
Abba beli kemah plastik.

Hobi aku memang banyak. Salah satu darinya main pondok-pondok tak kira pondok apa sekalipun.Selalunya main ppondok selimut dengan abba dan ammi atas katil. Hari ini abba belikan aku pondok plastik. Aku teruja sangat main pondok tu. Masuk dalam panggil abba masuk sekali dan baring-baring minum susu di dalamnya. Panas sikit keran angin tak masuk. Seronok punya pasal tak kisahlah. Itulah aktiviti aku malam ini. 





27 3 2012. Selasa
1 Tahun 7 Bulan 24 Hari
Abba dan ammi pergi kerja macam biasa dan aku tinggal di rumah mama sampailah malam. Balik malam itu layan iPad game monyet. Layan....


26 3 2012. Isnin
1 Tahun 7 Bulan 23 Hari
Hari ini main golf. Baru je belajar main. Banyak pukul angin dari bola. Kedi aku (abba) pemalas kutip bola bawah kerusi, jadi aku hayun angin je la. Kalau dah pandai nanti masuk tvlah agaknya....



25 3 2012. Ahad
1 Tahun 7 Bulan 22 Hari
Petang ini masa lepak di luar rumah dengan abba aku lepak di kerusi sambil tunggu waktu senja. Dibawah abba sempat rakam beberapa gambar aku sedang bersantai hari ahad.















24 3 2012. Sabtu
1 Tahun 7 Bulan 21 Hari
Pergi sampai dua hospital!

Kami ke hospital lagi hari ni, Ammi ada appointment. Kerap sungguh kami ke hospital dan klinik semenjak dua menjak ni. Adakah ini suatu petunjuk bahawa aku ditakdirkan membesar menjadi seorang doctor? Dr Aadam Mika’il…. Hmmm…..



Melantak makanan momani...

Kemudian kami ke rumah Khan Khalu, berjumpa Munni Khala yang berada di sana. Sebenarnya, kami menjemput Munni Khala untuk dibawa ke hospital, melawat Tasneem Mamu. HOSPITAL LAGI!!!

Kami melawat Tasneem Mamu yang masih berada di CCU. Aku tak dapat masuk ke dalam. Aku menunggu di bilik Tasneem Mamu bersama anak-anak Munni Khala dan anak-anak Tasneem Mamu.

Semasa kami balik, Munni Khala ikut kami, datang ke rumah. Aku seronok sungguh.

23 3 2012. Jumaat
1 Tahun 7 Bulan 20 Hari

Tak ada apa yang belaku sangat malam ini. Main dengan abba di ruang tamu sampai penat dan masuk tidur.




22 3 2012. Khamis
1 Tahun 7 Bulan 19 Hari

Hari ini semuanya macam biasa. Pergi ke rumah mama duduk di sana sampai lah ke malam bila malam abba dan ammi ambil bawa balik. Macam biasa juga aku banyak minum susu dan selepas tu main-main di ruang tamu dengan di temani oleh abba. Bila dah dekat tengah malam bru mengantuk dan zzzzz....


21 3 2012. Rabu
1 Tahun 7 Bulan 18 Hari
Melawat Mamu di CCU kerana sakit jantung


Aku terjaga sekitar 3.30 a.m. sebab sakit perut dan hanya tidur semula dalam 7.30 a.m.



Balik kerja hari ni, Abba jemput aku dan kami keluar semula. Nak pergi mana pula dah ni? Nak pergi jemput Ammi kot sebab Ammi belum balik lagi.



Memang betul tekaan aku. Ingatkan dari sini kami akan balik ke rumah, tetapi tidak. Sevaliknya kami melawat Tasneem Mamu kat hospital. Tasneem Mamu ada masalah jantung. Dia kena buat by pass (betul ke ejaan ni?). Dia duduk kat dalam CCU dan aku tak dibenarkan masuk ke dalam. Mula-mula Ammi dan Khairul Momani masuk ke dalam bilik tu. Aku duduk kat bilik menunggu dengan Abba dan anak-anak Tasneem Mamu. Kemudian Khairul Momani keluar dan Abba pula masuk.



Aku seronok bermain dengan anak-anak Tasneem Mamu.



Hari ni aku merasa makan manggis for the first time. Sedap sesangat.





20 3 2012. Selasa
1 Tahun 7 Bulan 17 Hari

Tengah malam ni aku sakit perut dan 
terjaga. Aku jaga sampai ke Subuh.

Balik kerja hari ni Abba bawa aku pergi beli makan malam. Warung tu baru buka so kami lepak kat meja sementara tunggu dapur panas. Aku seronok sangat melepak kat situ. Boleh hirup udara segar (segar he?) sambil melihat macam-macam kenderaan lalu-lalang. Best woh!



19 3 2012. Isnin
1 Tahun 7 Bulan 16 Hari


Tengah malam ni aku dah tak demam dah. Harap-harap aku dah sembuh terus.

 

Semasa Abba datang menjemput aku, Ammi tak ada dalam kereta. Kami balik ke rumah. Ammi tak ada juga. Abba ambil susu aku dan kemudian kami keluar semula. Ni mesti nak pergi jemput Ammi.



Memang betul kami jemput Ammi dan balik ke rumah. Sepanjang jalan aku seronok tengok lampu bermacam warna.




Aku dah tak demam dan batuk so aku makan sikit malam ni.



Ammi tak berapa sihat dan tidur awal. Abba dan aku pun tidur awal.



Aku makan banyak sangat hari ni sampai perut aku buncit. Ni aku mengqada’ untuk tempoh aku sakit hari tu sebab masa tu aku tak makan sampai dah susut badan aku.





18 3 2012. Ahad
1 Tahun 7 Bulan 15 Hari
Demam di pagi hari
Aku demam kuat sangat dan sepanjang malam aku mengerang. Demam aku mencecah 40o.

Pagi ni aku masih demam kuat dan tidur sepanjang hari. Cuma waktu tengahari ni aku rasa lega sikit dan keluar bermain sekejap. Kemudian aku tidur semula.

Towards malam, aku dah mula rasa lega dan aku bermain sekejap sebelum tidur.


















17 3 2012. Sabtu
1 Tahun 7 Bulan 14 Hari
Anak Khan Khalu (Abang Awie) kahwin
Main sorok-sorok dengan abba
sebelum pergi kenduri.

Belatih angkat berat,
nanti nak tolong angkat
hidangan.

Ammi, boleh rasa tak ni?
Terjumpa sisa biskut,
nampak lazat.

Angota keluarga Khan Khalu.

Khairul bahiya pakai baju batik.
Kah! kah! kah!
(Aku gelak beguling-guling)

Orang perempuan pun nak bergambar.

Ammi tercinta bersama
anak sedaranya.

Aku bersama moyang Momani.

Nor Bhaiya tenteramkan aku
kerana gayat naik buai.

Budak-budak pun nakbergambar.

Mana ada serupa muka kami...!

Bilalah aku nak naik pelamin ni?





16 3 2012. Jumaat
1 Tahun 7 Bulan 13 Hari
Pergi Ke Rumah Khan Khalu 



Pagi-pagi abba dah aibkan
aku dengangambar sebegini.
Malam ini ammi dan abba bawa aku ke rumah Khan khalu di PJ kerana nak tolong apa yang patut kerana esok majlis perkahwinan anaknya. Sebenarnya tak ada apa sangat yang nak di buat pun kerana semuanya dah siap siang tadi. Lagipun  ramai sedara mara yang lain pakat tolong. Kami datang tu macam serba salah je kerana duduk sahaja. 

Khan Khalu sedang berehat kerana
penat buat persediaan siang tadi.
Ammi bawa aku masuk ke ruang tengah tempat orang perempuan selalu lepak. Jumpalah sedara mara yang kalau aku nak senaraikan tentu berjela di sini. Kemudian khala ajak masuk ke bilik lama dia di tengah rumah tu. Kami lepak lepak bersembang. 

Selepas itu aku keluar dengan baji di luar rumah. Main-main di luar pagar.  Abba pulak entah di mana mungkin di depan rumah la kot. Aku dah penat dan bila pukul 11 malam baru abba ajak balik. Malam itu penat sungguh bila balik ke rumah semula. Ammi dan abba lagilah penat kerana mereka kerja siang tadi.

15 3 2012. Khamis
1 Tahun 7 Bulan 12 Hari
Pak Njang datang melawat
Aku sebagai pengarah tempat mana
perlu mereka main game ni.
Macam biasa hari ini pergi ke rumah mama sementara abba dan ammi pergi kerja. Cuma masa balik tu sahaja agak luar biasa kerana pertengahan minggu selalunya kami tak ada tetamu, apatah lagi tetamu jauh. Malam ini rupanya Pak njang sekeluarga datang dari Johor. Sebenarnya mereka bercuti dan semalam duduk rumah Mak Ndak Leha. Hari ini mereka singgahlah rumah kami esok nak balik johor. Macam biasa tetamu menghabiskan masa dengan game wii. Aku pak sebok sahaja. Nantilah bila dah besarnanti aku akan control game ni. Sapa nak main kena bayar 10 ringgit sejam. Mahal? Masa tu semua barang mahal maaa. 

Sampai nak terlelap aku tunggu bola
bowling kakak Nurin baling tu nak
sampai ke pin.

Sempat main iPad malam tu.

Menghabiskan masa sambil bersembang.

Sedang main game masak-masak
dengan kakak Qaisarah.
Pak Njang tunjuk terror.


Kakak Qaisarah sedang buat kuih.

Aku layan biskut sambil
jadi pengadil.
13 3 2012. Selasa
1 Tahun 7 Bulan 10 Hari
Hari ini ammi dan abba kerja semula dan aku macam biasa ke rumah mamalah. Aduhai bosannya kerana tak dapat main bersama mereka siang hari. Nasib baik ada abang Adam di rumah mama. Bila mereka balik kerja baru aku main semula di ruang tamu tengah.  Tapi penatlah malam ni tadi siang bergasak sangat main. Jadi bila malam aku tidur sedikit awal dari pada waktu biasa.
Mengantuknya...
Abba, bila kita nak tidur ni?
12 3 2012. Isnin
1 Tahun 7 Bulan 9 Hari
Hari ini macam biasa ammi dan abba pergi kerja dan aku pergi rumah mama. Balik malam tu ammi bagi sejadah suruh aku belajar sembahyang. Penatnya selepas itu.
Dah malam, bila nak makan
nasik ni?
Tak apalah, sembahyang
Maghriblah dulu...




Aduh penatnya sembahyang.
11 3 2012. Ahad
1 Tahun 7 Bulan 8 Hari
Khala dam Mamu datang
Memalukan sungguh bila baji
teringin tengok aku jadi ayu.
Hari ini Khala sekeluarga datang ke rumah kami. Seperti biasa mereka datang melawat kami. Aku paling gembira kerana dapat bermain dengan bhaiya dan baji. Bila mereka datang masa tidur aku pun akan lari. Asyik bermain hingga lupa nak makan dan minum. Kadang-kadang aku lari pergi pada abba yang sedang buat kerja di laptop. Selepas itu pergi main semula dengan mereka.

Tiba-tiba Tasneem mamu sampai sekeluarga. Aik! aku tak tahu pun yang mereka akan datang. Lagilah bertambah ribut perangai aku bila dapat bermain dengan mereka. Apatah lagi abba buka Wii dengan game tembak-tembak am sebagainya tu. Aku tak reti main tapi reti tengok dan kacau meeka yang sedang bermain. Bukan budak-budak sahaja yang main mamu sendiri pun tunjuk bakat. Dekat nak senja baru mereka balik. Malam ni kami lepak-lepak di ruang tamu sambil tengok tv. Aku tetap main sampai tengah malam. Dah penat sangat baru aku nak tidur.

Pinjam kopiah mamu buat
helmet.

Mirza bahya sedang belagak main
golf. Ceh! macam bagus....


10 3 2012. Sabtu
1 Tahun 7 Bulan 7 Hari

9 3 2012. Jumaat
1 Tahun 7 Bulan 6 Hari
Gaya tidur yang mencabar.


Sejak dua menjak ini aku ada satu tabiat tidur atas buaian. Tak pasti kenapa tapi macamnilah gayanya aku terlena. Kalau abba nak dukung bawa masuk ke bilik aku nangis tak kasi. Aku nak tidur atas buaian tu jugak. Rasa kelakar pun ada.

Sambil tidur sambil minum air...




8 3 2012. Khamis
1 Tahun 7 Bulan 5 Hari

Rasanya korang pun tau
apakah yang sedang aku
alami sekarang.

7 3 2012. Rabu
1 Tahun 7 Bulan 4 Hari






6 3 2012. Selasa
1 Tahun 7 Bulan 3 Hari

Cuba teka aku sedang buat
apa? Kalau betul aku bagi
cup cake coklet!

Layan iPad...

5 3 2012. Isnin
1 Tahun 7 Bulan 2 Hari
Hari ini ammi dan abba pergi kerja. Bosannya kena pergi rumah mama. Rasa tak puas main dengan mereka. Tapi nasib di rumah mama ada abang Adam. Jadi aku main dengan dialah.



4 3 2012. Ahad
1 Tahun 7 Bulan 1 Hari
Mandi Kolam

Pagi ini ammi dan abba tak kerja. Mereka cuti. Jadi abba pergi bayar duit credit card dan aku pun ikut Abba ke bank. Seperti biasa, aku menyibukkan diri menekan-nekan butang kat ATM. Manalah tau kot-kot terkeluar duit sejuta ribu.

Kemudian kami pergi beli nasi dan balik ke rumah. Hari ini aku dapat main di luar rumah. Seronok sangat apatah lagi bla dapat mandi kolam. Paling aku seronok pancut air paip. Aku seronok tengok air tu terpercik sana sini. Kadang-kadang aku hala ke dalam mulut dan banyak kali juga tertelan. Nasib baik tak batal puasa....

Acara bergolek sebelum tidur.


Nasib baik air dapat percuma...


Ha kan dah tertidur...






Penatnya main golf.




3 3 2012. Sabtu
1 Tahun 6 Bulan 29 Hari

Nak keluar pergi bersiar-siar
dengan kereta aku.
Pagi ni kami keluar pergi ke klinik ambil ubat aku tetapi aku tertidur on the way. Bila aku terjaga, aku dapati Abba tiada dalam kereta. Aku bermain-main seorang diri sambil diawasi Ammi. Lama juga kami menunggu Abba. Rupanya Abba pergi beli ubat Ammi.

Kemudian Abba pergi beli butang baju untuk Ammi. Kalau aku tahu yang Abba nak pergi beli butang, aku nak ikut sekali – tolong pilih butang untuk Ammi.

Aku minum slurpee hari ni. Bestnya …. Sejuk!


2 3 2012. Jumaat
1 Tahun 6 Bulan 28 Hari

Abba dan Ammi balik lewat lagi. Aku belek wajah aku dalam cermin – hmmm… terasa macam janggut dah mula tumbuh sikit-sikit.

Korang perasan tak wajah aku dua
kali pandang macam Arnod
Susahnakeja.
Abba, Ammi, baliklah awal sikit. Aadam rindulah kat Abba dan Ammi. Bila balik lewat, sampai di rumah, sekejap je dapat bermain, dah nak tidur.


1 3 2012. Khamis
1 Tahun 6 Bulan 27 Hari

Alamak! masuk bawah kerusilah
pulak bola  golf aku ni.
Abba dan Ammi balik lewat hari ni. Penat aku menunggu – macam nak berjanggut. Bila mereka balik aku seronoklah. Terutama malam ni aku main golf. Siung sana siung sini. Ammi pun lari masuk ke dalam bilik takut kena kayu golf aku. Panas sungguh malam ni hingga aku tak berbaju.

Pergh! Tiger Wood pun seram tengok
gaya aku ni.


Patutlah bola tak mahu masuk,
bengkok rupanya kayu
pemukul aku ni.