Saturday, February 2, 2013

Aadam story bulan Disember 2011






31 12 2011. Sabtu
1Tahun 4 Bulan 28 Hari 
Kami keluar awal pagi hari ni sebab ada banyak rancangan. Mula-mula kami ke rumah yang kami pergi hari Rabu tadi (aku dapat tahu yang makcik tu namanya Makcik Yati), kemudian kami ke entah rumah siapa tapi aku dengar Uncle tu sebut nama dia Joe. Rumah Uncle Joe bertingkat-tingkat. Aku seronok naik turun tangga. Kemudian kami ke rumah Uncle Azman dan kemudian kami balik.

 
Tasneem Mamu telefon Ammi bertanya samada Ammi ada di rumah atau tidak dan Ammi bagi tahu sekejap lagi kami balik. Aku dengar Abba cakap nak beli satay Kajang untuk menjamu Tasneem Mamu tetapi belum sempat sampai ke sana, aku dah lelap. Semasa aku bangun, Tasneem Mamu sekeluarga dah sampai.

Petang ni aku akan dihantar ke rumah Munni Khala sebab Abba dan Ammi ada event nak attend. Selepas Tasneem Mamu balik, Abba cakap dah tak sempat nak ke event tu. Abba dan Ammi batalkan rancangan tu dan aku juga tak pergi ke rumah Munni Khala. Instead kami ke rumah Makcik Yati sekali lagi.




29 12 2011 – 30 12 2011. Khamis - Jumaat
1Tahun 4 Bulan 26 - 27 Hari
Tak ada cerita best.





29 Disember
28 12 2011. Rabu

1Tahun 4 Bulan 25 Hari 
Abba dan Ammi balik lewat. Selepas ambil aku, kami terus ke rumah seseorang – entah siapa entah. Rumah Makcik ni besar dan selesa untuk aku berlari berkejaran. 





27 12 2011. Selasa
1Tahun 4 Bulan 24 Hari









Selamat Hari Jadi Khairul Bhaiya. Semoga panjang umur, murah rezeki, maju dalam kerjaya, segala impian menjadi reality dan cepat bertemu jodoh. Amin.




26 12 2011. Isnin

1Tahun 4 Bulan 23 Hari
Nak pergi shopping...
Hari ni public holiday dan kami pergi Jusco beli hadiah Khairul Bhaiya dan Ella Baji. Aku pun dapat hadiah juga - dapat tabung berbentuk botol susu yang besar. Aku nak hisap botol susu tu. Abba dan Ammi ketawakan aku.

Abba yang pilih hadiah Ella Baji iaitu music box colour pink. Mesti Ella Baji suka. Bolehlah nanti Ella Baji simpan segala barang perhiasannya dalam kotak ni. Untuk Khairul Bhaiya pula, Ammi beli minyak wangi. Aku tak pasti apa tujuan Ammi belikan minyak wangi tu. Mungkin nak sindir Khairul Bhaiya kot sebab bau peluh dia …… hmmmmmmmm ……. Rasanya sesiapa yang duduk dalam bilik yang bertutup dengan Khairul Bhaiya yang sedang berpeluh selama 1 jam, boleh pengsan kot. Ahak! Ahak! Ahak!

Kemudian kami ke rumah Munni Khala sambil melawat, sambil memberi hadiah. Macam Santa Claus lah pula.





25 12 2011. Ahad
1Tahun 4 Bulan 22 Hari
Selamat Hari Jadi Ella Baji dan Selamat Hari Krismas kepada yang menyambut. Semoga Allah panjangkan usia Ella Baji dalam keimanan, murahkan rezeki, mudahkan segala urusan Ella Baji dan semoga Ella Baji lulus dengan cemerlang dalam semua ujian.

Ada orang sedang pasang
pintu gate depan rumah.



24 12 2011. Sabtu
1Tahun 4 Bulan 21 Hari
Pagi-pagi lagi kami dah keluar dan petang baru balik. Entah ke mana-mana kami pergi entahlah. Antaranya rumah Uncle Azman (aku pun tak kenal siapa ni).

Alamak, biskut aku pulak patah.
Ati aku terjatuh.

Biskut ni boleh buat stereng
kereta juga.
Sesiapa jangan cuba curi
biskut aku ni....
19 12 2011 – 23 12 2011. Isnin – Jumaat
1Tahun 4 Bulan 16 Hari hingga 20 Hari
Nothing special nak cerita bagi hari Isnin – Jumaat. Aku banyak bermain dan menjahanamkan mainan aku sahaja. Bila abba dan ammi pergi kerja aku ke rumah mama, bila mereka balik malam tu aku akan main mainan di ruang tamu tengah sampai penat. Minum jus atau makan biskut kemudian basuh badan selepas itu tidur. Itulah rutin harian aku seminggu tu.

Ultraman aku sedang mencari raksasa.
Setelah gagal mengalahkan
raksasa.

Penat minum jus dulu.
Gelagat hari Jumaat
Gelagat hari Khamis

Kekenyangan.
Gelagat hari Rabu


Gelagat hari Selasa
Gelagat hari Selasa
Gelagat hari Selasa
Gelagat hari Selasa
Gelagat hari Selasa
Gelagat hari Selasa
Gelagat hari Isnin
Gelagat hari Isnin
18 12 2011. Ahad

1 Tahun 4 Bulan 15 Hari
Pagi-pagi lagi Nassu Mamu dah bersiap nak balik. Selepas bersarapan, mereka bertolak. Kemudian kami pergi ke Sogo. Di Sogo, aku terdengar music lalu aku menggoyangkan badan aku. Munni Khala terhibur melihat gelagat aku. Petang ni, Munni Khala pula balik.

Aku pun nak bawak kereta.


Kacau ammi sembahyang.
Kami sempat shopping di Sogo.


17 12 2011. Sabtu
1 Tahun 4 Bulan 14 Hari
Mamu, Nani dan khala datang rumah


Nassu Mamu datang ke rumah dan aku berjumpa dengan Nassu Mamu, Atiqah Momani dan Nasrina Baji buat kali pertama. Nassu Mamu nampak garang dan mula-mula aku takut-takut. Tapi mula-mula je, kemudian aku menyingalah.
Kemudian Munni Khala pula datang. Kami (tak termasuk Nassu Mamu sekeluarga – mereka ke tempat lain) ke Pavillion tengok Unity Bears dan terserempak dengan Uncle Adnan di sana. Aku seronok bergambar bersama “beruang-beruang” itu.

Nani datang petang ni dan kemudian Nassu Mamu pula sampai. Ramainya tetamu mai rumah kami hari ni. Aku seronok sesangat.

Mamu sedang aksyen tunjuk
handphone baru dia.
Paksa aku tengok
screen saver dia jugak.
Sedang bergusti dengan momani.
Baji teringin nak masuk internet
tu yang bergambar dengan aku tu.
Bersama keluarga Mamu.
Kami di pameran Unity Bears di Pavillion KL

Ini bear Malaysia punya.

Ada juga persembahan kebudayaan antarabangsa di sini.
Abba dan ammi teringin
nak ke LA...
Hoi, sapa suruh merokok
di sini?
Bederet-deret teddy bear...
cantiknya....
Ini teddy bear dari Indonesia...
Mak ai tingginya pokok ni.
Terasa macam sebahagian dari
item display pulak.
Aku tengah betulkan hiasan
yang senget ni....
Hiasan Christmas di Pavillion.
Nur bhaiya melihat lokasi dimanakah
toilet. Nasib baik aku ada lampin.

Acara makan-makan memang wajib.




Aku sedang menerangkan macamana nak
guna iPad pada baji dan bhaiya.
Nani sedang menonton
drama hindustan.


Kenangan bersama mereka semua.


Bersiar-siar di halaman rumah.



















































16 12 2011. Jumaat
1Tahun 4 Bulan 13 Hari
Subuh sedar-sedar aku tidur macamgini.

Baru bangun tidur terus main.
Layan iPad tarian Cocomong.
Aku terjaga sekitar 4.30 a.m. Hidung aku sumbat dan aku rasa tak selesa lalu terjaga. Aku juga lapar. Abba dan Ammi turut terjaga. Ammi jaga sekejap saja dan terlelap semula. Aku rasa Ammi terlalu penat dan sakit kot. Abba buatkan susu dan bagi aku biskut serta bukakan tv untuk aku. Kemudian Abba juga tertidur. Aku lepak atas katil sambil makan biskut dan tonton tv. Aku terlelap selepas azan Subuh.




15 12 2011. Khamis
1 Tahun 4 Bulan 12 Hari

Apakah yang
sedang berlaku...?
Pening kepala
 aku memikirkannya
.
Mengaku kalah. Tak ada
ada pun berlaku.
Ammi sibuk buat kerja office. Seperti biasa, aku cuba nak “menolong” tetapi Ammi tak benarkan. Jadi aku hanya bermain seorang diri sebab Abba pun sibuk hari ni.

Ammi tak berapa sihat dan berasa letih seketika selepas Ammi start buat kerja. Ammi cakap kat Abba yang Ammi tak larat dan nak masuk tidur. Abba cakap ok. Abba juga bawa aku masuk dan tinggalkan aku dengan Ammi untuk tidur. Sedang Ammi tidurkan aku, Ammi sendiri terlelap. Kasihan Ammi. Penat sangat kot. Tak lama lepas tu, aku pun tidur.



14 12 2011. Rabu
1 Tahun 4 Bulan 11 hari
Abba beli set pertukangan mainan

Aku tak mahu bangun bila Abba kejut aku pagi ni so Abba dan Ammi bersarapan tanpa aku. Tetiba aku terjaga dan menangis. Bila aku disuap kek gulung, aku tak mahu. Susu pun tak mahu dan puting pun aku menolak. Aku merengek dan meragam sampailah Ammi cakap kat Abba yang mungkin aku nak pergi tengok bird. 100 points for Ammi. Abba cakap kat aku yang Abba dan Ammi dah lewat tetapi Abba tetap bawa aku keluar dan aku pun seronok.

Pening kepala aku pakai spek ni.
Spek mata ni memang pelik...
Bersama koleksi pertukangan.
Kemudian Abba bawa aku masuk ke rumah semula dan aku merengek lagi. Kali ni Abba tak menurut kehendak aku. Abba dan Ammi continue bersarapan dan terus keluar untuk pergi kerja. Aku terpaksa akur.

Abba dan Ammi lewat lagi hari ni tapi taklah selewat semalam. Aku makan nasi ayam hari ni. Abba ada beli permainan alat-alat tukang dan aku amat suka spana.

Aku juga makan mee goreng hari ni, for the first time. Bila aku minum susu, susu tu terasa lain macam. Kemudian Ammi bagi tahu yang itu adalah air soya.

13 12 2011. Selasa




Hello, hello...
kenapa tak ada line ni...?
Gaya-gaya minum susu.
Sedap juga tayar kereta ni..


Aku terjaga awal hari ni tetapi aku tak merengek. Ammi bangun tengok aku. Ammi biarkan aku bermain seorang diri sambil memerhati aku dan setiap kali aku pergi ke birai katil, Ammi bingkas bangun dan warn aku yang nanti aku akan terjatuh.
Sudah kenyang kena
baca doa kesyukuran...
Selepas solat Subuh, Ammi meminta Abba tolong ketuk belakang Ammi sebab Ammi sakit pinggang. Aku kasihan melihat Ammi dan nak turut menolong. Aku panjat ke atas belakang Ammi dan duduk. Kemudian aku mula melompat-lompat. Bestnya …. macam naik kuda. Ooops! Bocor sudah! Apa yang bocor? Bukan rahsia aku yang bocor (aku yakin Abba dan Ammi tahu yang aku bukannya nak melegakan sakit Ammi sangat, tetapi nak seronok naik “kuda”). Lampin aku yang bocor. Aku sebenarnya ada buang air besar dan bila aku melompat-lompat atas Ammi, lampin aku tiris dan habis “%*&$” aku terkeluar dan terkena baju Ammi,. I’m sorry Ammi.

Abba dan Ammi balik agak lewat hari ni. Jam kot sebab petang ni hujan lebat.
Selepas mengambil aku, kami pergi ke klinik. Aku ketakutan . Bila nurse nak dukung aku, aku tak bagi sebab aku takut nak berjumpa doktor. Dari jauh sahaja aku tersenyum kat akak nurse tu. Bila Abba dudukkan aku ke atas counter nurse pun aku tak mahu. Mujur Abba tak bawa aku berjumpa dengan doktor. Setakat mengambil ubat sahaja.

Aku makan nasi dengan ikan goreng dan kicap. Lepas tu aku main seorang diri. Abba duduk membaca komik dan Ammi membaca Agreement (kerja officelah tu).

Aku tidur agak lewat hari ni.


12 12 2011. Isnin

Aku tak mahu bangun pagi ni dan bila dipaksa bangun, aku meragam.
Aktiviti biasa bila balik mengemas
barang permainan aku...

Abba dan Ammi balik awal dari biasa hari ni. Mungkin sebab Selangor cuti kot so tak banyak kereta kat jalan. Mana aku tahu semua ni? Hey! Ini Aadam Mika’illah. Korang masih belum kenal aku lagi ke? He! He! He!

Malam ni aku try makan nasi + ikan goreng kunyit dan kuah kangkung belacan. Aku reject ikan tu awal-awal. Aku selalunya hanya makan nasi dengan kuah. Kalau ada ayam ke, udang ke, ikan ke, aku gigit dan hisap dan luahkan isi tu semula. Mungkin sebab aku belum ada gigi geraham lagi so payah nak kunyah kot. Kangkung belacan tu agak pedas. Kemudian aku makan nasi goreng Cina pula.

Aku main sekejap. Lepas tu aku membuang dan bila Abba bawa nak basuh, aku sengaja main air supaya aku basah sepenuhnya dan Abba kena mandikan aku. Tak sedar diri betul aku ni – dah selsema, masih ada hati nak mandi malam-malam macam ni.

Aku tidur agak awal hari ni tetapi tengah malam aku terjaga sebab hidung aku sumbat dan aku batuk-batuk. Inilah akibatnya mandi malam-malam semasa aku tengah selsema. Padan muka aku.


11 12 2011. Ahad
First time aku berjalan-jalan di atas jalan raya

Aku bangun awal hari ni. Semua orang sedang bersarapan. Huh! Tak ajak Aadam pun.

Hari ni aku berjalan-jalan atas jalan raya for the first time. Besttttt! Macam orang dewasa saja. Jenuh bhaiya-bhaiya mengepung aku. Sudahlah mereka bersiap sedia nak balik ke Sungai Petani, aku pulak kacau mereka. Sorry ye....

Tikku Mamu balik ke SP hari ni. Abba dan Ammi suruh stay 1 hari lagi tetapi mereka tak mahu.

Petang ni aku mandi kolam. Sukanya. 

Malam ni aku tak nak tidur. Hampir 2 jam Ammi cuba tidurkan aku barulah aku lena.


10 12 2011. Sabtu
Tikku mammu sekeluarga datang rumah.


Wah segaknya. Nanti Aadam pun nak jadi
macam nilah...
Tahniah buat Faisal Bhaiya sebab dah grad. Hari ni convo dia. Oh! Patutlah Tikku Mamu sekeluarga datang ke KL. Nak pergi convo Faisal Bhaiya lah ye. Hmmm… Bilalah aku nak grad??? Emm… Ammi, kalau Aadam tak pergi tadika, primary school dan secondary school, terus masuk U boleh tak? Cepatlah sikit graduate. Ammi buat dek je kat aku – malas nak jawab soalan tak logic akulah tu.
Faisal bhaiya bersama Fa'iz bahiya (kiri)
Khazamah momani (kanan) Tikku mamu
(belakang kanan) Arif bhaiya (belakang kanan)


Semasa aku bangun, Tikku Mamu sekeluarga tak ada di rumah. Awalnya mereka pergi. Mesti excited punya. Apasal tak abwa Aadam sekali. Aadam pun nak ikut juga.
Acara melepak sebelum mereka ke PWTC.

Aku tak boleh dengar
orang tua bersembang. Kena
halau keluar ruamah.
Ammi mendengar cerita mereka
setelah balik dari 
Mereka balik sekitar tengahari. Faisal Bhaiya segak memakai baju coat dan jubbah serta mortar board. Aku pun teringin nak pakai macam tu. Bilalah agaknya hasrat aku akan tercapai?

Aku pun tumpang dua kakilah...
Kami bergambar dengan bermacam-macam posing dan lokasi sekitar rumah. Seronok bebeno. Selepas penat bergambar, aku tidur.
Pose sapa paling
 mengancam?


Ammi dan abba pun join sekali.
Bersiap nak ke KLCC
Bangun dari tidur, kami bersiap-siap nak ke KLCC selepas solat Maghrib sebab Fa’iz Bhaiya nak tengok. Aku pun nak tengok juga. Aku tak pernah lagi ke sana.

Bukit Bintang, petama kali aku ke sini. Meriahnya dengan lampu-lampu.
Ini Pavillion KL. Mak aii.. orang seratus liun.
Aku memeriahkan KLCC. KLCC
dimeriahkan oleh aku...
Merata-rata tempat kami
ambik gambar. Nampak sangat
mai dari kampung.
Bahagian depan KLCC. Aku suka di sini kerana banyak lampu.
Gayatnya. Bilalah aku boleh tinggi sama dengan bangunan ni kan?
Tempat yang wajip disinggah bila ke sini.
Kami pergi ke KLCC malam ni. Aku seronok sungguh. Fa’iz Bhaiya pun seronok. Kami tak shopping pun. Hanya bergambar saja. Aku nampak Menara KL dari situ. Satu hari nanti aku nak ke sana pula.

Gambar yang tak diedit ni membuktikan KLCC memang cantik. 
Semasa nak balik, kami sesat semasa cari kereta. Lama juga meround mencari. Finally jumpa dan kami balik.


9 12 2011. Jumaat

Sahabat-sahabat aku....
Mat buntal sepupu jiran kampung
sebelah anak pada isteri Mat Boyot...
Abba bawa satu kereta mainan aku dan hadiahkan kepada Abang Adam. Mama kata mesti Abang Adam suka. Sebenarnya ada banyak sangat kereta kat rumah aku ni. Rumah mainan aku pun dah hampir penuh. Senget-senget dah. Jadi kasi pada abang Adam tu small matter je.
Sedang melaungkan 'azan' subuh...

Malam ni, kami ada tetamu jauh dari Sungai Petani. Tikku Mamu datang ke rumah kami.Meriahlah malam ini dan  tentunya aku seronok bermain dengan Faisal Bhaiya, Arif Bhaiya dan Fa’iz Bhaiya. Mereka pulak suka layan aku. Tidur pun lewat malam ini.


8 12 2011. Khamis

Hari ni Abba bagi lagi satu kereta mainan kat aku untuk dibawa ke rumah Mama. Wah! Makin bertambah koleksi mainan aku. Nanti Mama kena buat satu store untuk simpan mainan aku pula.
Satu cara tidur yang santai.

Semasa Abba menghantar aku ke rumah Mama, Mama bagi tahu Abba yang aku menayang kereta mainan aku kat Abang Adam. Alamak! Mesti aku kena sound dengan Abba dan Ammi nanti.

Bentuk tangan terkini.
Abba dan Ammi balik awal dari biasa. Selepas mengambil aku, Abba pergi ke kedai basikal. Abba ada hantar wheel chair Ammi untuk ditukar tiub di sini. Abba pergi ambil wheel chair yang dah siap tu.
Terus main permainan.
Rupa baru bangun tidur.

Aku berkongsi makan nasi goreng Pattaya Abba. Banyak juga aku makan – hampir ½. Nak kongsi Ammi punya, tak boleh sebab Ammi makan mee goreng basah dan Abba cakap mee tu angin so aku tak boleh makan.

Lepas makan, aku bermain seorang diri sebab “teman sepermainanku” (Abbalah tu) sedang sibuk menukar air aquarium dan Ammi pula sedang melipat baju. Aku boring bermain seorang diri so aku pergi “tolong” Abba tetapi Abba tak bagi. Kemudian aku pergi tengok Ammi buat apa. Aku tengok tv sekejap dan pergi “tolong” Abba semula. Malangnya Abba tak perlukan pertolongan ikhlas aku.

Selepas Ammi siap melipat baju, Ammi bermain iPad dengan aku, bagi aku melukis di iPad dan bukakan nursery rhymes untuk aku. Bila aku dah penat, aku pun tidur.


7 12 2011. Rabu

Aku bawa salah satu kereta yang Abba beli semalam ke rumah Mama. Di rumah kami, aku ada banyak mainan tetapi di rumah Mama, ada sedikit saja yang Abba dan Ammi bagi dan aku dah boring bermain mainan itu. Lagipun aku tak ada kereta di rumah Mama, so aku bawalah salah satu kereta mainan aku ke sana untuk dimain. Di rumah Mama, aku menayang kereta aku kat Abang Adam.

Abba belikan aku telefon blackberry hari ni. Seronoknya. Ammi tanya Abba harganya dan Abba cakap murah saja – 300.

Korang terkejut ke? Ini bukan telefon curi tau. Ini Blackberry yang Abba beli dari pasar malam berharga 300 sen. Ha! Ha! Ha! Aku tekan satu butang tu ada bunyi berdering. Aku pun letak kat telinga, kononnya tengah jawab panggilan telefon.

Abba juga ada beli mainan lain seperti kereta mainan dan lain-lain.

Malam ni pun aku bermain sekejap dan kemudian masuk tidur.


6 12 2011. Selasa







Perut tengah mendendangkan
lagu "Jom makan nasi goreng"..
Aku sedang memikirkan
apa nak makan...
Rasanya korang tak
terlintas apa yang
bersarang dikepalaotak aku.
Tolong jangan tiru aku.
Nyum! nyum! nyum!
Emmm! Sedap...
Bismillahirahmarnirahimmm..
Ni pun nampak lazat ni...
Aku bangun awal semasa Abba dan Ammi nak solat. Aku lapar dan makan roti sapu kaya.

Malam ni aku makan nasi + telur bungkus + sayur campur. Kemudian aku bermain mainan yang Abba baru belikan untuk aku. Ada kereta dan lori. Aku suka sangat kereta mainan yang Abba baru beli.

Aku tidur agak awal hari ni.


5 12 2011. Isnin

LAPAR. Tengok perut
pun kempis...
Lapar sampai besinar
dalam perut....


Jom pi kedai mamak...
Aku terjaga awal pagi dan berasa lapar semula walaupun malam tadi aku makan banyak. Terasa nak makan macam-macam. Teringin roti kaya, kalau ada roti canai pun ok juga. Koman-koman pun nasi beriani... Tapi kalau semua tu tak ada, makaroni cicah kicap pun boleh... Tapi ammi dan abba nak pergi kerja. So aku lupakan sajalah anganan tersebut. Nanti kat rumah mama makan ajelah apa yang ada.

Petang ni Abba dan Ammi balik lewat dari biasa. Selepas makan malam, aku bermain sekejap dan kemudian tidur.


4 12 2011. Ahad

Aku bangun lewat hari ni. Selepas aku breakfasr, aku ikut Abba dan Ammi pergi bayar duit kredit kad di Citibank. Abba singgah beli lunch di Pelita.

Baru bangun dari tidur
petang.
Bersantai atas kerusi
khala beri.
Aku terlena on the way balik. Bila terjaga, Abba tak ada. Aku meragam mencari Abba. Ammi membunyikan hon kereta dan Abba datang ambil aku dan bawa aku ke kedai jual ikan. Di kedai ni, aku bermain sorok-sorok dengan satu couple customer Cina.

Makan nasi Pelita tetapi lauk dia pedas. Kemudian aku tengok Abba menghias aquarium. Seronokkkk…. Nanti bila aku dah besar, aku pun nak hias aquarium.

Cuaca petang yang menakutkan.
Petang ni aku bermain di laman rumah bersama Abba dan kemudian ikut Abba ke kedai. Bila balik ke rumah, cuaca dah semakin buruk. Nak ribut rasanya. Aku pulak  kepenatan dan terus tidur. Syoknya tidur waktu hujan.

Aku terjaga waktu malam. Abba dan Ammi masih belum tidur. Aku makan nasi dengan telur goreng dan kuah sayur campur. Aku makan banyak sangat. Lepas tu aku bermain sekejap dan kemudian tidur semula.


3 12 2011. Sabtu

Hari ni, pagi-pagi lagi aku dah bersiap. Ammi bagi tahu yang Uncle Brian nak datang buat rawatan anai-anai. Seperti biasa, bila Uncle Brian datang, kami akan keluar ke mana-mana selepas selesai rawatan sebab Ammi tak tahan bau ubat anai-anai tu – nanti kena asthma.
Batmobile aku habis minyak.
Ada sesiap boleh belikan?

Lupa, bat mobile aku
ni pakai enjin kaki je...
Minta maaf....
Uncle Brian datang hampir tengahari. Selepas siap, aku dah mengantuk jadi kami tak keluar. Abba dan aku tidur di ruang tamu sementara Ammi menonton tv.

Enjin kaki menyebabkan
badan mudah berpeluh.
Selipar kegemaran aku.
Bila aku bangun, Abba dan Ammi solat Zohor dan kami ke Jusco. Seronok dapat keluar berjalan-jalan.








2 12 2011. Jumaat

Lapar....makan apa saja.
Abba dan Ammi lewat balik hari ni. Kata Ammi, Abba ada meeting dan kemudian Abba dan Ammi pergi hantar Farheen Baji naik bas di Jalan Duta. Alamak! Apasal tak bawa Aadam sekali – teringin nak jumpa Farheen Baji.


1 12 2011. Khamis

Nothing special about today.