Monday, October 31, 2011

Aadam Story bulan Oktober 2011



31 10 2011. Isnin

Abba dan Ammi lewat hari ni. Mungkin sebab tadi hujan lebat so jalan sesak. Bila Abba dan Ammi sampai, aku nampak Khairul Bhaiya di tempat duduk belakang. Aku terus tegur dia.
Masih tak boleh tidur walau hari dah
lewat malam.

Kami pergi beli nasi ayam Pak Ali tetapi Pak Ali tak berniaga hari ni so Abba beli nasi kukus.

Cuba guna tali bantal untuk tutup
mata dari silau lampu.
Selepas Abba, Ammi dan Khairul Bhaiya solat, kami makan malam. Aku makan banyak sampai perut aku jadi buncit. Abba singkap baju aku menampakkan perut buncit aku. Semua orang ketawa.

Khairul Bhaiya cakap dia mengantuk sangat dan masuk tidur. Kami pun masuk bilik. Tak lama selepas tu Abba tertidur. Ammi temani aku menonton Detective Conan (Sebenarnya, aku yang temani Ammi sebab Ammi suka sangat menonton kartun ni).

Kemudian Ammi cuba tidurkan aku tetapi aku tak boleh nak tidur. Ammi on kan tv untuk aku. Aku baring, kemudian duduk, kemudian bergolek, kemudian duduk semula dan baring lagi. Aku tetap tak boleh tidur. Ammi setia menunggu aku. Lama juga aku buat macam ni sampailah aku terlena.


30 10 2011. Ahad

Aku bangun awal. Abba dan Ammi masih tidur. Aku cuba kejutkan Abba. Mula-mula aku tolak badan Abba. Abba tak bangun. Aku tepuk, tampar, meletakkan kaki ke atas badan Abba, panjat atas Abba – pun Abba tak bangun. Kemudian aku naik ke atas Abba dan duduk di atas muka Abba sambil melompat-lompat tetapi Abba tak bangun juga.
Makan nasi kandarlah pulak hari ni....
Korang makan apa?

Aku beralih kepada Ammi. Aku tolak Ammi. Ammi bangun tetapi tertidur semula. Aku dapat idea. Aku pergi cium dahi Ammi. Ammi terharu dan terus bangun. 

Hari ni aku ikut Abba pergi beli sarapan. Selepas bersarapan dan mandi, aku rasa mengantuk. Selalunya aku akan tidur di dalam bilik tidur tetapi hari ini Abba letak bantal di ruang tamu. Ammi pun duduk di ruang tamu. Kemudian Abba kepung pintu menghala ke ruang tamu ke 2 dengan bantal supaya aku tak boleh ke sana. Abab nak bersihkan sawang dalam bilik kami. Ammi asthmatic so Ammi duduk kat ruang tamu saja sebab takut nanti kena asthma. Aku pula baru sembuh dari batuk so Abba tak nak aku batuk semula.

Aku berjalan-jalan di ruang tamu kemudian baring menonton tv (rancangan Ammi – lagu-lagu Hindustan). Aku rasa boring lalu bangun mencari remote nak tukar channel. Ammi sedang pegang remote. Ammi suruh aku tidur.

Disebabkan aku mengantuk dan boring menonton rancangan tv tu, aku pun tidur. Lama juga aku tidur. Bila aku bangun, Abba ajak Ammi keluar – Abba nak pergi bayar duit kredit kad.

Kami pergi ke Citibank dan aku ikut Abba semasa Abba pergi membayar. Ammi tunggu dalam kereta saja. Dari sini, kami ke Pelita. Abba makan nasi sementara Ammi makan roti canai. Aku tumpang nasi dan roti canai Ammi.

Balik ke rumah, aku bermain, menonton tv dan tidur.


29 10 2011. Sabtu

Hari ni pun aku ikut Abba dan Ammi ke pejabat Ammi. Selepas menghantar Ammi, kami balik..

Kasut pertama aku...
Abba bawa aku ke kedai mamak, nak beli makan tengahari dan tuan kedai tu datang mencuit-cuit aku. Kemudian kami pergi ke kedai baby sebab Abba nak beli pagar untuk Mama letak kat tangga supaya aku tak naik tanngga. Alahai, sedihnya.

Tembok tempat lepak
 kegemaran aku.
Macamana nak tanggalkan
kasut ni...? Ada semut
masuk dalamlah.
Petang ni Abba dan aku pergi menjemput Ammi. Kemudian kami pergi beli kuih untuk minum petang. Selepas minum petang, aku keluar tengok bird dengan Abba. Kemudian aku mandi dan tidur.


Aku rasa agak lama juga aku tidur. Semasa aku terjaga, Abba sedang menonto bola sepak. Siapa main Abba? MU ke? Kena belasah lagi ke? Abba tak menjawab.

Baru aku perasan yang Ammi tak kelihatan dalam bilik. Mana Ammi? Abba dukung aku bawa ke ruang makan. Ammi ada di situ sedang buat kerja kat laptop. Abba on tv kat ruang makan dan duduk menonton di sini pula. Ammi pun ingat match MU tapi Abba cakap match MU dah habis. Seperti biasa, Ammi bertanya siapa menang dan Abba cakap MU main bodoh  (tak jawab soalan pun). Ammi continue soalan Ammi, “Jadi – kalahkah?” Abba cakap, “Menang tapi main bodoh”.

Dari perbualan Abba dan Ammi, aku dapat tahu yang ini adalah final Piala Malaysia (rasanya) antara Negeri Sembilan dan Trengganu. Abba support Trengganu sebab Abba cakap Negeri dah banyak kali menang dulu.


28 10 2011. Jumaat

Abba dan Ammi lambat balik hari ni. Ammi bagi tahu aku yang sebenarnya Abba dan Ammi dah balik awal tetapi jalan jam teruk sangat hari ni, entah kenapa. Itu yang melambatkan Abba dan Ammi.

Semasa Abba sampai ke rumah Mama tadi, Mam membuka pintu dan aku berlari keluar, peluk Abba. Abba tak perasan aku (agaknya aku pendek sangat kot) dan terkejut. Selalunya, someone akan dukung aku keluar dan bagi kat Abba jadi Abba tak expectlah yang hari ni aku akan berlari keluar instead of kena dukung.

Mama cerita kat Abba yang setiap hari bila sampai waktu petang, aku akan duduk di tepi tingkap, pandang keluar, menunggu Abba dan Ammi balik. Baru Abba dan Ammi tahu betapa tak sabarnya aku menanti kepulangan Abba dan Ammi. Mama juga bagi tahu yang aku suka panjat tangga.

Selepas mengambil aku, kami tak balik ke rumah seperti selalu. Sebaliknya kami pergi beli makan malam. Agaknya sebab dah lewat, Abba dan Ammi jemput aku dulu, baru pergi beli makan malam.

Apa agaknya Abba beli untuk makan malam? Hopefully something yang aku suka.

Ammi bagi tahu aku yang esok Ammi ada seminar. Ammi cakap yang Ammi rasa malas nak pergi tetapi sebab Ammi akan dapat ilmu, Ammi pergi juga.

Balik ke rumah, kami makan. Oh! Abba beli roti John untuk aku. Sedapnya. Dah lama tak makan roti John. Selepas makan dan bermain, aku masuk tidur.


27 10 2011. Khamis

Makan tayar ferrari. Korang boleh?

Antara koleksi kenderaan
yang aku ada.
Semasa aku bangun pagi ni Abba dah bersiap dan Ammi sedang bersiap. Abba nak pergi kedai dan bawa aku sekali keluar bilik. Ammi bertanya samada Abba nak bawa aku ke kedai dan Abba cakap ya. Sampai kat luar, Tok Wan ada kat halaman rumah lalu mendukung aku. Abba tinggalkan aku dengan Tok Wan dan pergi kedai. Tok Wan bawa aku tengok bird dan ambil angin sekejap dan kemudian kami masuk ke dalam. Ammi dukung aku dan bagi aku makan sarapan.

Semasa Abba dan Ammi keluar rumah untuk pergi kerja, Tok Wan sekeluarga pun keluar, nak ke rumah Mak Andak.

Balik ke rumah malam ni, aku rasa agak sunyi. Rasa rindu pula kat Tok Wan, Tok dan lain-lain.

Hari ni makan nasi ayam Pak Ali lagi. Selepas makan, Abba bawa aku tengok orang main mercun. Aku ketakutan mendengar bunyi yang kuat itu dan terus peluk Abba, tak nak turun ke bawah dah. Terpaksalah Abba mendukung aku. Aeperti biasa, aku bermain dan tengok tv, kemudian tidur.


26 10 2011. Rabu
Tok datang rumah

Aadam ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang menyambutnya terutama, Uncle Pathi, Aunty Saras, Aunty Jainthi, Aunty Shanti, Uncle Letchie, Aunty Punitha, Uncle Rajan, Aunty Vyanthi, Uncle Rama dan lain-lain kawan Ammi.

Kerusi malas aku.
Sarang persembunyian
bila Ammi suruh mandi.
Selepas bersarapan dan bermain sekejap, aku tidur semula. Bila aku bangun, Ammi sedang berdiri di tepi katil, siap pakai tudung sambil menyua tangan nak dukung aku. Kenapa Ammi pakai tudung dalam rumah? Kita nak pergi jalan-jalan ke Ammi? Aku pergi kat Ammi dan Ammi bawa aku keluar, terus ke ruang tamu.

Eh! Mak Teh dan Abang Izz ada kat sini. Bila mereka datang? Ammi bawa aku ke pintu dan Pak Teh datang bersalam dengan aku. Kemudian Abba datang dukung aku.

Kena bayar RM2 sebelum boleh
main ok?
Lepas tu aku nampak Tok Wan, Tok dan Pak Su. Oh! Tok Wan yang datang ke rumah kami. Bila Tok Wan sampai? Aku duduk di ruang tamu sambil menonto Baby TV dan semua orang pun terpaksa menonton Baby TV dengan aku.

Petang ni Abba pergi ke kedai. Aku nak ikut jadi aku kejar Abba tetapi Ammi tutup pintu, tak bagi aku keluar. Aku merajuk dan duduk tepi pinu dan tak nak berganjak walaupun Ammi panggil. Akhirnya Mak Teh datang ambil aku. Bila Abba balik, Ammi bagi tahu yang aku nak ikut Abba tadi dan bila tak dapat ikut, aku merajuk dan duduk tepi pintu. Abba tertawa dan terus dukung aku.

Kami semua lepak di ruang tamu dan Abang Izz bermain motorsikal dan basikal aku. Aku pun nak bermain juga so aku pun pergi join sekali.

Sewaktu makan malam, aku menunjukkan kepada Tok keterroran aku “membaca” doa makan. Tok ketawa. Selepas aku makan, aku perhati Abang Izz bermain buaian dan gelungsur aku. Kemudian aku pun pergi join.

Semua orang lepak di ruang tamu dan aku bergerak aktif ke sana sini, “buat kerja” aku. Baru hari ni Tok nampak kelasakan aku. Tok hanya ketawa dan ketawa lagi.

Aku penat sangat dan selepas Mak Teh balik, aku pun masuk tidur.   


25 10 2011. Selasa

Sedang tunggu makan
malam.
Opsss! Minta maaf
terlepas sesuatu yang
disengajakan.
Pagi ni semasa Abba menghantar aku ke rumah Mama, Babah bagi tahu Abba yang semalam aku peluk Abang Adam dan sayang dia. Lepas tu aku suka “mengemas” rumah. Abba pula bagi tahu Babah yang aku dah pandai tadah tangan semasa doa makan dibaca.

Actually sekarang aku dah benyak perkembangan berbanding semasa aku lahir. Aku dah ada channel kegemaran – Baby TV, rancangan kegemaran – Mr. Bean, rancangan yang ada lagu-lagu (termasuk lagu keagamaan), lagu kegemaran – Hambamu, makanan kegemaran – banyak, antaranya nasi ayam Pak Ali, nasi beriani, roti John, roti Boy, jelly, lauk kegemaran – sup, permainan kegemaran – sorok-sorok dan kejar-kejar, warna kegemaran – yang striking, aku dah pandai tadah tangan semasa doa makan dibaca, dah pandai sapu tangan ke muka selepas doa dibaca, tepuk tangan, menari, cuba sebut Alhamdulillah setiap kali bersin, dah boleh berjalan dan tengah practice berlari, pandai ke bilik air selepas buang air besar, pandai tengok bird, on radio dan air cond dalam kereta, pandai sebut Abba, Amma (kecil dulu aku sebut Amme), Mama, Bah, nanak 9tak nak(, nak, beh (habis) dan mammam, pandai panjat tangga gelungsur dan menggelungsur melalui papan gelungsur aku, tendang bola laju-laju, pandai kejut Abba dan Ammi bangun tidur, pandai merajuk dan macam-macam lagi. Aku pasti Abba dan Ammi gembira dengan perkembangan aku.

Balik ke rumah hari ni, aku makan nasi beriani. Sikit je aku makan fasal aku masih kenyang. Kemudian aku bermain.

Ammi bagi tahu aku yang esok adalah hari Deepavali. Ammi juga bagi tahu Abba dan Ammi cuti. Ammi bertanya samada aku nak pergi ke mana-mana esok. Emmm…. Emmmm… Nanti Aadam fikir dulu, Ammi.

Abba buka cerita Mr. Bean. Aku terlena semasa sedang menonton.


24 10 2011. Isnin

Kerap jugak terjatuh celah katil ni, nasib baik
ada bantal-bantal ni.
Abba dan Ammi balik kerja awal hari ni (taklah awal sangat, dalam pukul 7 p.m.). Malam ni aku makan roti boy. Sedap dan aku makan banyak. Abba cakap kat Ammi yang mungkin aku dah jemu makan nasi kot sebab sejak kebelakangan ni aku kurang makan nasi.


Aktiviti biasa aku, panaskan enjin kereta...



Kemudian aku lepak tengok tv sementara Abba dan Ammi solat. Lepas tu aku main. Ammi dah “sound” aku, “Asyik main dan tengok tv saja. Bila nak bacab buku yang banyak-banyak tu? Suka sangat tengok tv, nanti mata cepat rosak”.

Aku qada’ hajat (J) dan Abba buka baju seluar aku. Aku macam tahu-tahu aje, terus berjalan ke bilik air. Abba ketawa dan cakap kat Ammi yang aku dah tahu yang aku kena pergi ke bilik air sekarang.

Malam ni aku main sekejap saja. Aku masuk tidur awal.


23 10 2011. Ahad


Pagi ni aku mengikut Abba pergi beli roti canai. Aku bersarapan dengan roti telur. Kemudian aku bersiap siap nak ke rumah mak Andak. Sementara menunggu Abba dan Ammi siap, aku terlena. Bila aku terjaga, kami dah berada dalam kereta. Kemudian aku tidur semula.

Bila terjaga lagi, aku dah berada di rumah Mak Andak. Mana Abba dan Ammi? Kemudian aku nampak Abba dan Ammi berjalan masuk. Ammi bersalam-salam dengan semua orang. Kami baru sampai kot.
Seperti biasa, aku mengekori Abba dan tak mahu berenggang dengan Abba. Abba lepak di ruang tamu sementara Ammi lepak di dapur. Mak Teh, Makcik Zaira dan Abang Izz pun ada. Ada orang yang aku tak kenal. Saudara baru lagi ke? Mak Andak introduce Makcik tu sebagai kawannya semasa mak Andak kerja dulu. Anak-anaknya ada  4 orang.

Aku terdengar seorang demi seorang bertanya kepada Ammi samada aku dah boleh berjalan atau belum. Dalam diam aku rasa bersyukur aku dah boleh berjalan. Selagi tak berjalan, selagi itulah orang bertanya. Baru aku start berjalan, Mak Andak dah bertanya samada aku dah boleh bercakap. Oh, no! Dulu orang bertanya dah boleh berjalan ke belum. Sekarang dah boleh berjalan, orang akan bertanya samada dah boleh bercakap atau belum pula. Aduhhhh!

Aku terdengar perbualan Abba, Ammi dan Pak Andak bercerita fasal korban dan aqiqah. Ammi bagi tahu Pak Andak yang aqiqah aku tak jadi buat sebab dah tak ada kosong dah. Abba dan Ammi buat korban kat Kemboja sebab sana ramai orang miskin. Kata Ammi kat Malaysia ni susah nak cari orang yang betul-betul miskin. Kawan Munni Khala yang tolong arrange.

Tak lama selepas kami sampai, Tok suap aku makan. Aku bermain basikal Darwish. Basikal Darwish ni rendah macam motor aku yang baru semalam beli tu so aku boleh naiklah.

Semua orang ketawa tengok aku berjalan sebab aku berjalan jengket kaki. Pelik sangat ke? Mun Mamu pun jalan macam ni juga. Itulah sifu Aadam.

Lama juga kami di rumah Mak Andak. Semasa kami balik, dah azan Asar dah. Sampai di rumah, aku kepenatan dan terus tidur. 

Bila aku bangun, hari dah malam. Aku makan malam dan bermain sekejap. Ammi sedang buat sesuatu kat laptop. Kemudian Ammi menonton reality show Hindustan di ruang makan. Bila aku terdengar lagu yang catchy, aku pergi ke ruang makan dan berdiri sambil menonton tv dan mendengar lag utu. Bila lag utu habis, aku tepuk tangan dan sambung bermain. Ammi gelihati melihat gelagat aku dan tertawa sambil bagi tahu Abba.

Selepas puas bermain, aku masuk tidur.


22 10 2011. Sabtu

Allah selamatkan Tok. Allah selamatkan Tok. Allah selamatkan Tooook. Allah selaamatkan Tok. Aadam ucapkan selamat hari jadi buat Tok. Semoga sentiasa diberkati Allah dan dikuatkan iman sentiasa. Semoga Tok bahagia selalu. Amin.

Next, Selamat Hari Jadi. Selamat Hari Jadi. Selamat Hari Jadi Choti Baji. Selamat Hari Jadi. Aadam doakan semoga Choti Baji sihat dan happy sentiasa dan semoga sentiasa dilimpahi kasih sayang kedua ibu bapa dan Allah. Semoga membesar dengan sihat dan kuat dan semoga Choti Baji sentiasa bahagia. Amin.

Pagi-pagi aku dah bersiap nak menghantar Ammi ke office. Sesampai ke office, Ammi naik ke bilik Ammi dulu dan aku pun ikut. Selepas Ammi pergi ke training room, Abba dan aku balik.

Di rumah, aku lepak dalam bilik sementara Abba sibuk di belakang. Aku tak pasti apa yang Abba buat. Tengahari ni Ammi telefon dan bagi tahu yang Ammi habis seminar pukul 4 p.m. Sepatutnya pukul 5 p.m. baru habis. Entah kenapa jadi awal pula.

Abba dan aku pergi menjemput Ammi. Dari sini kami pergi ke rumah Khan Khalu sebab Ammi nak ambil barang yang Ammi kirim kat Rehana Khala untuk beli. Kami tak turun pun. Munni Khala datang hantar ke kereta. Munni Khala datang berjalan ke sini kot. Aku cuma jumpa Munni Khala. Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji tak ada pun. Kata Munni Khala, Baji-Baji semua pergi ke kedai.

On the way, Abba bagi tahu Ammi yang Tok nak datang ke rumah Mak Andak esok dan ajak Abba ke sana. Ammi kata ok.

Dari sini kami ke Summit – pergi beli basikal aku. Munni Khala yang kirim. Banyak sungguh basikal kat sini. Abba pilih yang ada Doraemon kat depan dia dan ada lagu Twinkle, Twinkle Little Star. Kemudian Abba ternampak kuda kayu dan nak beli tetapi ubah fikiran apabila ternampak motor kecil. Motor ni ada bunyi hon dan macam-macam lagu. At the end kami beli basikal Doraemon dan motor kecil tu. Terima kasih Abba, Ammi.

Balik ke rumah, aku seronok bermain motor dan basikal baru aku. Motor ni rendah jadi aku boleh naik sendiri dan tolak dengan kaki. Best wooh!

Oh! Terlupa nak story, Masa kat Summit tu, aku naik escalator dengan Abba. Rasanya, ini first time aku naik benda alah ni. Best juga.

Malam ni aku tak rasa nak tidur tetapi Abba dan Ammi dah penat dan nak tidur jadi Abba padam lampu. Aku masih bermain atas katil dan akhirnya terlena. 


21 10 2011. Jumaat


Pagi ni aku liat sungguh nak bangun. Abba dan Ammi dah siap breakfast dan bersedia nak pergi kerja dah, baru aku bangun.

Balik ke rumah hari ni, aku buat aktiviti biasa – bermain dan menonton tv. Ammi bagi tahu yang esok Ammi ada seminar. Sabtu depan pun Ammi ada seminar. So esok aku duduk kat rumah dengan Abbalah.


20 10 2011. Khamis


Pagi ni semasa Abba hantar aku ke rumah Mama, Babah bagi tahu Abba yang aku dah pandai berjalan, merata-rata aku pergi. Babah juga cerita yang aku dah pandai panggil “Bah” dan Babah akan menyahut.

Aku tak pasti bila Abba dan Ammi balik kerja hari ni sebab aku sedang tidur. Bila aku terjaga, aku berada  di atas katil di rumah dan Abba dan Ammi sedang menonton tv. Mesti dah lama balik ni, Abba dan Ammi dah siap solat dan makan malam. Lepas aku jaga, aku makan nasi ayam Pak Ali lagi dan kemudian bermain. Kemudian aku tonton Mr. Bean. Setelah penat, aku pun tidur.


19 10 2011. Rabu

Ammi bagi tahu aku yang Abba dan Ammi tak jadi buat korban atas nama aku sebab aku masih kecil lagi. Instead Abba dan Ammi nak buat aqiqah. Kata Ammi, aqiqah yang Tok Wan Darwish buat tahun lepas, hanya satu bahagian lembu. Sepatutnya 2 bahagian untuk anak lelaki, so tahun ni Abba dan Ammi nak buat satu bahagian lagi. Ammi dah call JAWI dan Ustaz bagi tahu boleh buat macam ni.



Aku makan nasi dengan ikan hari ni – banyak juga. Kemudian aku bermain dengan Abba sambil diperhati oleh Ammi. Ammi bagi aku buku untuk “dibaca”.

Sambil bermain, aku sekali-sekala pergi menjenguk tv – ada rancangan apa. Abba perasan perbuatan aku ni dan bagi tahu Ammi sambil ketawa.

Kemudian kami masuk ke bilik. Aku nak tengok Baby TV tetapi Ammi sedang menonton Pavitra Rishta. Aku hint kat Ammi tapi Ammi tak faham (atau buat-buat tak faham, aku tak pasti). Kemudian aku pergi baring dekat Ammi dengan wajah boring supaya Ammi notice aku. Abba gelak dan cakap kat aku, “Jangan haraplah”. Abba juga cakap kat Ammi, “Setahun dua lagi, tv dia yang conquer. Jangan harap nak tengok rancangan apa-apa. Mesti dia siap sorok remote tv tu – tepi tingkap tu, bawah cadar ni, bla, bla adalah tempat-tempat sorok barang”. Aku kehairanan …. macam mana Abba tahu rancangan aku yek?


18 10 2011. Selasa
First Time Aku Guna Laptop

Kusyen kat belakang tu akan jadi
air bag jika aku jatuh katil.
Saja nak tunjuk gigi aku....
Boringlah hari ni tak ada
pekara menarik.

Ammi buat kerja kat laptop dan aku menyibuk nak tengok dan “tolong”. First time aku key in something kat laptop. Nak tau apa …… QQQ zAzAAAAZZxczzzZ

 Aku tidur agak awal hari ni.








17 10 2011. Isnin

Aku bangun 2 kali tengah malam tadi – dalam pukul 2 a.m. dan 6 a.m. Inilah padahnya bila tidur sampai lewat petang (ke awal malam).
Alamak pancit pulak tayar keta ni...

Abba dan Ammi balik agak lewat. Aku tertidur semasa menunggu Abba dan Ammi. Aku terjaga bila Abba baringkan aku di atas katil.
Inilah kawan lama
aku, Dino.

Baru aku teringat, aku ada
kawan lama.
Aku makan nasi goreng Pattaya hari ni. Kemudian aku bermain dengan Abba sementara Ammi memerhati kami. Lepas tu aku baca buku yang Abba dan Ammi beli di book sale. Ammi temani aku membaca dan belek-belek buku tu.


16 10 2011. Ahad
Rumah Pak Njang Hassan buat doa selamat.

Hari ni pun aku bangun pagi dan kejutkan Abba dan Ammi again.
OMG! Aku dah boleh berjalan...
Allhamdullillah.

Oh! Sebelum aku terlupa, Happy Birthday to Johan Bhaiya. I wish you have a great time today and many happy return of the day.
Dah boleh berjalan, aku
teringin nak tinjau-tinjau
kawasan perumahan ni.

Hari ni kami ada undangan makan tengahari di rumah Pak Ngah Hassan. Pak Andak pula sms Abba ajak pergi berkelah. Abba cakap tak dapat nak ikut sebab dah berjanji dengan Pak Ngah Hassan.

Selepas solat Zohor, kami pergi ke rumah Pak Ngah Hassan. Aku berjumpa ramai orang di sana, termasuk Pak Long Poi (abang Pak Ngah Hassan, sepupu Abba) dan isterinya Mak Long Lina, Tok Wan Ngah dan Tok Ngah (ibu bapa Pak Ngah Hassan), Tok Ngah seorang lagi (kembar kepada Tok Ngah), Moyang Cik dan ramai lagi. Ramai antara mereka Abba pun tak kenal dan Ammi pun baru first time jumpa.

Penatnya bejalan... mengesotlah pulak.
Merangkak lebih senang kan?
Sesampai di sana, aku sudah disambar orang dan ramai sangat orang yang nak bermain dan dukung aku. Aku mestilah seronok.

On the way balik, Abba beli pisang goring dan aku pun bantai makan.

Pergh! lega rasanya.
Yeah! Berjaya melepaskan
angin yang aku simpan dah
tiga hari....
Memandangkan aku tak tidur petang so balik ke rumah aku terus tidur dan terjaga sekitar pukul 9 malam. Khairul Bhaiya datang ke rumah kami hari ni dan aku ikut Abba menjemputnya dari stesyen LRT. Balik ke rumah, aku bermain sakan.

Memandangkan aku tidur sampai pukul 9 malam, aku tidur agak lewat hari ni.


15 10 2011. Sabtu
Pergi ke Big Bad Wolf Book Sale

Aku bangun pagi dan kejutkan Abba dan Ammi. Selepas bersarapan, kami pergi ke klinik…… again. Kali ni kami pergi ke klinik Pakar Kanak-kanak yang kawan Abba bagi tahu dulu. Mak datuk, ramainya orang. Kami kena tunggu lama sangat – dekat 2 jam. Aku siap terlena dan terjaga semula tetapi giliran aku masih belum sampai. Sebenarnya kami tunggu dalam kereta sebab di klinik tu ramai sangat dan tak ada tempat duduk. Akhirnya giliran aku sampai and needless say, aku seperti yang dijangka, menangis semasa bertemu doktor.



Dari sini, kami pergi ke book sale di UPM Serdang. Ammi dah berjanji dengan Munni Khala nak berjumpa dekat Hospital Serdang. Munni Khala mengekori kereta kami. Sampai di sana, banyak sungguh kereta. Kami kena jalan kaki ke dewan di mana jualan buku tu diadakan. Aku off courselah kena dukung. Takkanlah aku nak berjalan pula kan. Aku siap pakai cap. Selalunya aku tak suka pakai topi tetapi hari ni aku pakai saja.
Di pesta buku di Putrajaya

Sampai di dewan tu ramai sangat orang. Abba tolak wheel chair Ammi sementara Noor Bhaiya dukung aku. Ammi nak meriba aku tetapi Munni Khala cakap taka pa, biar Noor Bhaiya dukung dulu. Abba dan Ammi pergi ke satu arah dan Munni Khala bersama aku dan yang lain-lain pergi kea rah lain.
Munni Khala pergi belek-belek buku resipi tetapi taka da yang berkenan. Baji-Baji pula pergi tengok buku cerita. Mereka pun tak berkenan sebab semua buku dalam bahasa English. Mereka nak cari buku BM tetapi tak berjumpa. Mujur Ammi taka da di sini, kalau tak sudah pasti Baji-Baji pedih telinga dengar Ammi bebel sebab tak nak baca buku English. Ammi selalu cakap yang mereka ken abaca buku English untuk perbaiki bahasa Inggeris mereka. Bahasa Malaysia mereka memang dah mahir.
Sebenarnya kita kat hutan mana ni Ammi?

Aku kepenatan dan keboringan lalu tertidur. Bila terjaga, Ammi sedang meriba aku. Munni Khala dan yang lain-lain tak kelihatan. Dah balik kot.

Ammi bagi tahu aku yang Abba dan Ammi beli banyak buku cerita untuk aku. Bestnya.

Aduh penat sungguh hari ni.
Sakit leher aku ni.
Semasa nak balik tu, hujan turun dengan lebatnya. Kami dah keluar pintu pagar pun semasa tetiba saja hujan mula turun. Abba cakap kami takkan sempat sampai ke kereta dan Abba berpatah balik sambil berlari menolak kerusi roda Ammi. Benar kata Abba. Sebaik kami sampai ke salah satu bus stop dan berlindung di bawah bumbungnya, hujan menderu dengan lebatnya. Kami tersadai di bus stop tu. Mujur sempat berteduh.

Lama juga kami berteduh di sini, menunggu hujan berhenti. Aku siap minum susu satu botol dan salim lampin aku di sini. Akhirnya hujan beransur reda dan kami pun bergerak ke arah kereta.
Ini bodyguard aku. Don't play-play....

Dari sini, kami pergi ke rumah Munni Khala. Aku tunjuk kebolehan aku berjalan. Semua orang gembira tengok aku.

Balik dari sana, Abba pergi ke pasar malam. Laam juga Abba di sana sementara Ammi dan aku menunggu dalam kereta. Balik ke rumah aku kepenatan dan tertidur awal.


13 10 2011 – 14 10 11. Khamis - Jumaat

Masa untuk main buaian...
Sedap jugak rasa tayar kereta ni.
Nothing special to report.


12 10 2011. Rabu
Finally, I’m Walking

Hari Ini Dalam Sejarah. Apa yang bersejarah sangat tu? Finally I’m walking on my own. Berita selanjutnya sekejap lagi.
Sedang menonton Baby TV.
Pagi ni aku bersarapan roti dan kaya. Aku tertanya-tanya bila agaknya aku boleh bersarapan nasi lemak atau roti  canai sekeping. Mungkin tak lama lagi kot. Seperti kata Ammi setiap satu ada masanya untuk berlaku. Itu adalah penetapan Allah. Kita sebagai manusia hanya merancang. Aku akan saabr menanti perlaksanaan penetapan Ilahi.

Masih Aku Terasa kegembiraan berjalan semalam dan keyakinan aku makin tinggi serta azam aku bertambah kuat. Aku tak sabar nak balik ke rumah hari ini untuk cuba berjalan lebih jauh lagi.

Balik ke rumah hari ini, aku cuba berjalan sahaja tanpa merangkak langsung dan aku Berjaya. Hey! I’m walking. Aku amat gembira dan Abab dan Ammi juga gembira. Selepas ni bolehlah Abba dan Ammi bagi tahu semua orang yang aku dah boleh berjalan. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana menganugerahkan aku satu lagi kebolehan.

Dalam kegembiraan itu, aku tertanya-tanya, selepas ni apa pula soalan yang akan diajukan oleh semua orang. Hmmm…. Ah! Lantaklah apa yang orang nak kata atau bertanya. Sekarang aku nak enjoy every second.

Korang nak tahu apa benda yang aku buat mula-mula sekali selepas aku mula berjalan? Aku mengejar Ammi semasa Ammi nak masuk ke bilik. Abba dan Ammi ketawa besar. Aku juga ketawa.


11 10 2011. Selasa

Aku bangun awal, Abba dan Ammi masih tidur lagi. Aku cuba kejutkan kedua-dua Abba dan Ammi tetapi mereka tak bangun. Aku siap tarik bantal Ammi and surprisingly, bantal tu pun bergerak tetapi Ammi tetap tak bangun. Letih sangat kot. Tarik-tarik bantal, ternampak iPad kat bawah bantal tu. Aku ambil nak main dan masa tulah Ammi terjaga. Ammi buka Songs for Kids untuk aku dan aku pun layan.
Aku makan nasi goreng Cina + daging goreng kunyit + sup untuk dinner. Sedap gilerrrr….

Aku berjalan jauh-jauh tanpa berpegang apa-apa hari ni. Nampaknya aku sudah makin berani dan confident untuk berjalan sendiri.

Aku bermain dengan Abba sambil Ammi perhati aku. Abba dan Ammi tersenyum dan tertawa melihat gelagat aku. Aku gembira dapat memberi kebahagiaan ini kepada mereka. Aku berdoa agar Abba dan Ammi sentiasa bahagia. Amin.


10 10 2011. Isnin

Aku pun baca buku. Tapi lebih
kepada mengigit buku.
Aku makan nasi goreng ayam dengan sup hari ni tetapi nasi goreng tu agak pedas. Selepas makan, aku bermain dengan Abba sekejap dan kemudian masuk tidur. Ammi tidurkan aku dan aku tidur awal hari ni.


9 10 2011. Ahad

Hari ni aku bermalas-malas dengan Baji dan Bhaiya. Seronok betul lepak dan bermain dengan mereka.
Rumah permainan aku.



Aku makan nasi dengan sup bebola ayam hari ni. Hari-hari makan sup. Petang ni pula aku makan cucur bilis dan keropok. Bestnya.

Selepas minum petang, Munni Khala balik ke rumahnya.


8 10 2011. Sabtu

Hari ni aku pergi ke hospital lagi. Nana Baji pun ikut. Ammi ajak Munni Khala ikut tetapi Munni Khala tak mahu. Seperti biasa, aku melalak di hospital. Mujur tak runtuh bangunan tu.
Aku mula rasa risau bila nak jumap
doktor ni.

Boboi menceroboh bantal aku.
Balik dari hospital, kami pergi ke Jusco.  Sekejap saja, kemudian kami balik ke rumah.

Korang nampak tak gigi
gerham aku? Tuuu ada
2 batang kat belakang tu.
Abba ajak Ammi pergi ke rumah Mak Andak. Ammi ajak Munni Khala dan Munni Khala cakap ok. Yahoo! Dapat jumpa Darwish.

Semasa minum petang aku makan nuggets dan keropok. Seronok minum beramai-ramai.

Selepas solat Maghrib, kami ke rumah Mak Andak. Tak sabar rasanya nak berjumpa Darwish. Aku hampa sebab Darwish dah tidur semasa kami sampai. Apakehai mamat ni tidur awal sangat. Darwish, aku berwaajh barulah. Ko tak nak tengok rambut baru aku ke? Darwish, bangunlah. Aku kecewa sebab Darwish tak bangun-bangun juga.

Mak Andak suap aku makan nasi dengan sup. Bestnya. Sedap betul sup yang Mak Andak masak ni.

Selepas makan malam, aku nak makan buah mata kucing tetapi Ammi tak bagi sebab aku masih batuk. Sedihnya.

Agak lama juga kami di sini. Semasa kami nak bangun, Darwish terjaga. Sekejap saja aku dapat berjumpa dengannya.


7 10 2011. Jumaat

Aku terjaga lagi pagi-pagi buta dan manangis. Ammi nak ambil aku, aku tak nak. Abba bagi makan, aku tak nak. Abba bagi susu, aku tak nak. Lastly, Abba buka tv, baru aku senyap. Aku tonton tv sekejap dan kemudian tidur.

Waktu Subuh semasa Abba dan Ammi nak solat, aku terjaga lagi dan merengek. Terpaksalah Abba dan Ammi ambil giliran untuk sembahyang, seorang sembahyang dan seorang temani aku.
Senaman mengempiskan perut. Tapi aku rasa
bola ni yang kempis pulak.

Balik ke rumah hari ni, aku terperanjat sebab ada orang tolong buka pintu. Siapa yek? Oh! Nana Baji dan Isha Baji.
Lepas bersenam senak perut aku.

Jadi aku hisap puting untuk hilangkan senak.
Lihat hasilnya, perut aku nampak
sudah kem...errr kembung lagi la.
Semua orang suka aku berambut pendek. Noor Bhaiya samakan dengan rambutnya.

Aku dah pandai tadah tangan untuk baca doa makan. Semua orang excited tengok aku “baca” doa makan.


6 10 2011. Khamis

Hari ni aku tak bangun pagi-pagi buta sebab aku kenyang sangat. Aku tidur sampailah ke pagi.

Aku nak wish Selamat Hari Jadi to Aunty Barjiz. Hopefully you will have a wonderful day today and may Allay bless you always. Amin.

Aku makan nasi ayam Pak Ali lagi hari ni. Masih sedap macam semalam. Nampaknya ini bakal menjadi makanan kegemaran aku.

Ammi bagi tahu yang esok Munni Khala nak datang lawat aku sebab aku sakit. Yahoo! Bestnya.

Aku mengantuk sangat hari ni dan tidur awal.


5 10 2011. Rabu

Aku bangun semasa Abba dan Ammi tengah tidur dan menangis tak berhenti. Aku hanya diam selepas dapat makan, minum susu dan tengok tv.

Balik dari kerja, Abba dan Ammi keluar semula selepas solat Maghrib. Pergi cari Klinik Pakar Kanak-Kanak. Klinik lagi! Aadam dah jemu makan ubatlah Abba, Ammi. Kalau tak jumpa doktor, tak bolehkah? Abba nak pergi ke klinik pakar kanak-kanak yang kawan Abba bagi tahu. Aku harap Abba tak berjumpa klinik tu.

Malang bagi aku, Abba jumpa juga klinik tu …. dan bukan jumpa 1 klinik, tetapi ada 2 klinik pakar kanak-kanak kat sana. Satu tu tutup. Aku ingatkan dah selamat, tetapi Abba terjumpa 1 lagi klinik. No choice, terpaksa juga pergi.

Mula tu aku ok saja, sampailah nurse tu nak timbang aku. Aku mula menangis. Kemudian aku senyap semula sementara menunggu giliran aku. Masuk saja ke bilik doktor, aku menangis semula. Doktor sogok gula-gula kat aku supaya aku tak menangis. Aku ambil gula-gula tu, kemudian aku menangis semula.

Aku mengantuk sangat dan tertidur dalam kereta, on the way balik ke rumah. Bila aku terjaga, Abba dan Ammi tak ada di sisi aku. Aku panggil dan Abba dating ambil aku. Rupanya Abba dan Ammi sedang makan. Aku tumpang sekaki. Kemudian aku tumpang dua kaki pula…. Emmmmm…. Sedapnya nasi ayam ni. Banyak sungguh aku makan. Ammi bagi tahu aku ini adalah nasi ayam Pak Ali yang dijual berdekatan rumah kami.
Kemudian aku bermain dan tidur.


3 10 2011 – 4 10 2011. Isnin - Selasa

2 hari yang biasa dan tak ada apa-apa yang menarik nak diceritakan.

Gaya rambut baru aku....
Cuma Mama dan Babah happy sangat aku dah gunting rambut. Mereka kata aku Nampak comel. Babah siap bagi aku nama “Sarjan Hassan”. Aku tak kenal siapa Sarjan Hassan tu tetapi Ammi tak berapa gemar nama tu.

Aku masih sakit dan takda tanda nak sembuh. Ammi tersangat risau. Abba juga risau. Aku lagilah risau sebab kalau aku tak sembuh, alamatnya aku akan dibawa berjumpa doktor lagilah. Aku harap aku cepat sembuh.


2 10 2011. Ahad
Gunting Rambut....

Aku terjaga sekitar jam 3 a.m. Ammi masih belum tidur. Ammi sedang menonton final SaReGaMaPa.
Nak terberak ni, tapi cerita tv ni best...

Setelah setengah jam, sakit perut dah hilang.
Tak jadi berak.
Waktu aku bangun pagi ni, Abba dan Ammi masih tidur lagi. Abba dan Ammi terjaga semasa aku menangis. Abba bawa aku keluar, agaknya tak nak ganggu Ammi kot sebab Abba tahu malam tadi Ammi tidur lewat.

Abba bawa aku pergi ke kedai, beli sayur, cili, roti etc. Orang kedai tu usik-usik aku.

Hari ni pun aku banyak tidur.

Petang ni selepas minum petang, tetiba je Abba bawa gunting dekat aku. Abba nak buat apa tu? Issh! Seriaulah! Aadam tak nak khatan lagilah Abba. Apa motif Abba bawa guntingtu? Aku tertanya-tanya dalam kegelisahan. Kemudian Abba menyikat rambut aku. Aku rasa lega. Sekejap je aku lega. Tetiba je it dawned upon me that Abba nak menggunting rambut aku.
Abba sedang mengerjakan
 rambut aku.

Rupa aku berambut pendek
Memang benar tekaan aku. Rambut aku yang ala mayang mengurai dikorbankan hari ni. Sedih juga tetapi aku juga berasa kepala aku dah sejuk. Tak apalah, rambut boleh simpan semula.

Malam ni pun aku tidur awal.


1 10 2011. Sabtu

Semasa aku bangun tidur, aku dapati Abba tiada di sisi aku. Mana Abba yek? Rupanya Abba ada di luar rumah. Abba datang ambil aku dan bawa aku bermain di luar.
Cak Aaa! Main dengan Abba kat luar rumah.
Koleksi mainan aku...sikit je ni.
Muka aku ni macam badut ke
yang Abba kata topi ni memberi
kehenseman kepada aku.

Aku nangis nampak gigi...
Hari ni aku makan nasi, kicap dan ikan goreng. Sedap woooo, Wa cakap lu.

Aku banyak tidur hari ni dan malam ni aku terlena agak awal.