Monday, November 1, 2010

Aadam's Story Bulan November 2010










































30 11 2010. Selasa

Hari ni pun satu hari yang membosankan. Nothing special. Cuma abila Abba dan Ammi balik, Ammi bagi tau aku yang esok Tok Wan dan Tok nak datang ke rumah kami. Emmm… Darwish ikut tak? Kalau Darwish datang aku nak bagi dia try buaian aku. Biar Pak Andak kena keluar duit beli buaian yang sama untuk Darwish.


























Inilah kerja aku. Setiap kali nampak muka Ammi atau Abba aku mesti sengeh meleret-leret.















JANGAN GANGGU! Sedang berlatih  gimrama untuk sukan
Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil nanti.

Siapa lagi yang datang agaknya? Tak sabarnya aku menanti hari esok. Lama ke Tok nak duduk sini? Pak Su ikut tak? Bermacam persoalan bermain di kotak fikiran aku. Tak sabarnya nak tunggu hari esok …..

















29 11 2010. Isnin

Seperti biasa aku ke rumah Mama dan Abba dan Ammi pergi kerja. Aku masih belum tengok baju baru aku. Agaknya Ammi ada tak hantar ke rumah Mama untuk aku pakai?
Badan aku rasa tak sedap je, nak demam kot. Tapi untuk pose aku tetap sengeh.

Aaaa...

Cak!
Munni Khala kata bila aku gigit bibir
macam ni, aku nak jatuh sakit.





















Gaya bersembang sambil senyum. Aku kuat sembang kebelakangan ini.


















































28 11 2010. Ahad
Try buaian baru 

Agaknya hari ni aku dapat naik buaian baru aku tak? Pagi-pagi Ammi dah minta Abba pasangkan buaian tu tapi aku tak pasti bila Abba nak pasang.
Comel ke aku buat muka gini? Sebenarnya tengah tahan nak terkencing ni,
 takut terkencing dalam seluar pulak nanti.

Hari ni Ammi sibuk buat kerja office tapi sempat juga layan aku bersembang. Aku banyak spend masa dengan Abba hari ni.

Buaian yang ada muzik serta boleh berayun-ayun sendiri.
Seronok tau...
Petang ni Abba pasang buaian aku. Ammi dukung aku duduk dekat Abba sambil perhati Abba memasang buaian. Buaian ni tak sama dengan buaian kat rumah Mama. Buaian di rumah Mama jenis henjut tapi yang ini jenis hayun. Tak kisahlah, janji ada buaian. Tak sabar nak try buaian baru aku.

Selepas siap dipasang Ammi nak bagi aku try buaian tu tapi Abba cakap tak ada battery. Ha! Kena pakai battery ke? Ammi cakap tak apa, bagi baring saja. Abba pun baringkan aku ke dalam buaian tu sekejap. Best. Cantik juga buaian ni. Dia ada seat untuk aku baring dan ada mainin bergerak-gerak di atas kepala aku, ada tray dekat kaki aku dan ada soft toys di atas tray tu.

Lewat petang tu Abba pergi kedai dan belikan battery. Lepas pasang battery, Abba bagi aku baring dalam buaian tu semula. Oh! Rupanya buaian ni boleh hayun sendiri selepas battery dipasang. Ok juga, taklah penat Abba atau Ammi menghayuin aku. Lepas tu ada muzik pula tu…. Macam-macam muzik dan bunyi ada… bunyi air, angina etc. Aku suka sangat. Cuma aku rasa buaian ni kecil sangat dan mungkin aku boleh guna hanya beberapa bulan sahaja. Nanti bila aku makin membesar, kena tukar macam baju aku.

Abba dan Ammi ingat aku akan tidur bila dah baring kat buaian tu tapi aku jadi excited dan tak mahu tidur. Abba duduk melayan aku yang sedang baring dalam buaian sambil Ammi yang sedang sibuk buat kerja menyampuk sekali-sekala.

Hari ni kami tidur awal.

27 11 2010. Sabtu

Hari yang best sebab aku nak dapat makanan baru. Selepas bersarapan, kami bersiap-siap dan keluar. Seperti yang dirancang, aku dihantar ke rumah Munni Khala.
Seronok nak pergi rumah Munni Khala untuk buli dia dengan Baji serta Bhaiya...

Seperti biasa, aku dikerumuni oleh kesemua Bhaiya dan Baji. Aku bersembang dengan mereka dan bercerita yang Abba dan Ammi pergi beli barang-barang untuk aku. Aku juga bercerita tentang menu baru aku. Mereka semua juga excited dan seronok bercerita dengan aku. Riuh-rendah kami bersembang dan bergelak tawa sampaikan Munni Khala datang menjenguk kenapa kami bising sangat.

I did something new today. Munni Khala tak pakaikan aku mittens hari ni dan aku belajar pegang botol susu aku sendiri. Aku rasa bangga sangat sebab aku boleh buat something on my own. Agaknya apa reaksi Abba dan Ammi bila dapat tahu nanti? Tak sabar rasanya nak tengok reaction Abba dan Ammi. Aku rasa Ammi mesti cakap, “Aadam bara hoi gowa (Aadam dah besar)”. Bestnya…. Tapi aku rasa pelik juga kenapa bila aku pegang botol susu tu, susu tak masuk pun ke mulut aku. Ni mesti ada teknik tertentu untuk pegang yang aku belum pelajari. Lain kali kena observe macam mana Abba dan Ammi bagi aku minum.

Mana Abba dan Ammi ni, tak balik-balik lagi? Walaupun aku seronok di sana, aku tetap tak sabar menunggu Abba dan Ammi. Nak tengok apa benda yang Abba dan Ammi beli untuk aku. Tunggu punya tunggu Abba dan Ammi tak balik-balik. Banyak sangat ke shopping untuk aku? Atau pergi shopping untuk diri sendiri? Aku pun tak pasti.

Aku dari beberapa sudut pandangan.
Kot mana tengok pun aku rasa keut je.
Semasa Abba dan Ammi datang hari dah senja. Lama sungguh pergi shopping. Masa Abba sampai, aku tengah minum susu. Munni Khala panggil semua Bhaiya dan baji, bagi tau aku nak balik. Semua orang hantar aku sampai kereta. Aku tak dengar pun Munni Khala cerita kat Ammi yang aku pegang botol susu aku sendiri. Kecewanya aku.

Sebaik aku naik kereta, Ammi bagi tau aku yang Abba ada belikan aku buaian sambil tunjukkan kotak buaian tersebut. Lepas tu Ammi tanya aku suka tak? Mestilah suka Ammi. Lagi Ammi tanya, “Aadam carhi?” (Aadam nak naik tak?). Carhi Ammi.

Ammi riuh rendah cerita dengan aku yang Abba dan Ammi ada belikan aku baju yang banyak. Baju lagi? Kan Aadam ada banyak baju. Lepas tu Ammi explain yang semua baju aku dah kecil dan aku dah tak muat pakai. Bukan baju tu kecil lah Ammi tapi Aadam yang dah besar. Ammi seolah-olah mendengar kata hati aku lantas bertanya, “Baju tu mengecil ke, Aadam yang membesar?”

Ammi continue cakap yang aku dah membesar dan bila aku pakai baju-baju aku, ternampaklah perut buncit aku yang seksi ini. Err… Aadam confuselah Ammi… Ammi ni memuji Aadam ke atau mengusik Aadam?

Emm… Ammi tak beli biskut ke? Aadam nak try makan. Ammi cakap biskut Farleys tu untuk bayi berumur 6 bulan ke atas jadi Ammi tak beli. Aku kecewa sungguh. Lepas tu Ammi sambung, “Kami ada beli buah-buahan dan sayur-sayuran kisar untuk Aadam. Nak tak?” Aku ceria semula. Tak dapat biskut, dapat buah-buahan dan sayur-sayuran pun jadilah. At least ada variation dalam menu aku. Ammi cakap aku kena tunggu seminggu lagi untuk makan sebab aku belum cukup 4 bulan.

Tak sabarnya, tak sabarnya, tak sabarnya….

Lepas tu Ammi cakap yang Tok dan Tok Wan nak datang ESOK sebab ada wedding. Cousin Abba yang kahwin. Oklah tu. Aadam pun dah rindu kat Tok dan Tok Wan. Tak sabar rasanya nak berjumpa. Tapi esok Tok dan Tok Wan pergi ke rumah Pak Andak dulu. Tu mesti rindu kat Darwish. Emm… kat Aadam tak rindu ke?

Aku terlena di dalam dukungan Ammi dan tak perasan bila kami sampai ke rumah.

Bila aku terjaga malam tu, Abba dan Ammi layan sembang dengan aku. Aku bercerita yang aku dah besar dan boleh berdikari dengan memegang botol susu sendiri tetapi Abba dan Ammi tak faham. Nampaknya aku kena tunggu Munni Khala bercerita kepada Ammi lah.

Aku nak tengok baju baru aku tetapi tak ada sesiapa yang tunjuk kat aku. Ammi berulang kali minta Abba pasangkan buaian aku tetapi aku tak merasa pun naik buaian tu sampai aku tidur.

26 11 2010. Jumaat

Hari ni pun Abba dan Ammi balik awal. Seperti hari-hari kebelakangan ini, Abba dan Ammi duduk bersembang dan bermain dengan aku. Ammi cerita lagi fasal nak pergi beli barang-barang aku dan aku tak dapat mengawal “keexcitement” aku. Aku riuh bercerita dengan Ammi tentang biskut yang Ammi nak beli untuk aku. Ammi faham kot sebab Ammi cakap nanti nak bawa aku bagi aku pilih sendiri. Yahoo!

Tiba-tiba Abba bersuara, menghampakan aku. Abba cakap aku kena tinggal dengan Munni Khala sebab tempat yang Abba nak bawa Ammi tu ada tangga. Nanti Abba susah nak bawa Ammi dan aku naik. Emm… Kalau kita pergi ke tempat yang tak payah naik tangga tak boleh ke Abba? Aadam teringin nak ikut… nak pilih makanan abru Aadam. Ammi cuba mencari jalan penyelesaian tetapi tak dapat. Akhirnya keputusan dicapai untuk meninggalkan aku di rumah Munni Khala.

Walaupun aku agak kecewa sebab tak dapat ikut, namun aku tetap happy. ZAt least dapat jumpa Munni Khala. Ammi berjanji akan belikan aku biskut.

Malam ni Abba dan aku tidur awal. Ammi masih jaga dan aku tak tau apa Ammi buat dan bila Ammi tidur.


25 11 2010. Khamis

Hari ni pun Abba dan Ammi datang awal untuk menjemput aku. Hari ni serentak dengan waktu ibu Kak Afwa menjemputnya pula.

Seperti semalam, Abba dan Ammi duduk bersembang dan bermain dengan aku. Ammi tanya aku Sabtu atau Ahad nanti nak tak pergi beli barang-barang aku. Barang-barang apa entahlah. Lepas tu Ammi tanya aku nak biskut perisa apa, orange atau strawberry? Eh! Ammi ni serious ke main-main? Aaadam mana ada gigi nak kunyah. Betul ke Ammi nak belikan biskut yang ada perisa untuk Aadam? Macam mana Aadam nak makan?

Aku excited sangat Ammi cakap nak beli biskut (yang ada perisa pula tu) untuk aku. Aku rasa Ammi bergurau sahaja tetapi kemudiannya aku dengar Ammi bagi tau Abba yang biskut Farleys sekarang ada macam-macam perisa. Biskut Farleys tu adalah biskut untuk kanak-kanak tetapi aku tak pasti umur berapa bulan baru boleh makan. Agaknya 4 bulan kot sebab aku dah nak capai 4 bulan dan Ammi nak belikan untuk aku.

Tak sabar rasanya nak tunggu Sabtu dan merasa sesuatu menu yang baru, selain daripada susu.


24 11 2010. Rabu

Abba dan Ammi kedua-duanya bekerja hari ni dan aku pergi ke rumah Mama selepas seminggu. Babah yang datang ambil aku dari kereta dan bukannya Mama seperti biasa.
Pose meniarap aku yang seluruh paparazi ribut untuk mendapatkan hak penerbitannya.

Babah terus peluk dan cium aku dan cakap Babah rindukan aku. Aku juga rindukan Mama, Babah dan yang lain-lain. Aku rasa aku pasti akan dimanjakan hari ni sebab semua orang mesti rindu kat aku.

Petang ni Abba dan Ammi datang awal. Secara kebetulan ayah Kak Afwa pun datang mengambilnya pada waktu yang sama. Err… Abba tak nak berkenal-kenalan ke dengan ayah Kak Afwa? Bila Abba naik kereta selepas mengambil aku, Ammi pun bertanyakan soalan yang sama dan Abba cakap Abba ada senyum pada ayah Kak Afwa tetapi agaknya ayah Kak Afwa tak perasan kot sebab dia tak respond pun. Jadi Abba pun tak berani nak tegur.

Abba dan Ammi bersembang-sembang dengan aku dan aku pun bercerita kepada Abba dan Ammi aktiviti seharian aku. Aku tak pasti samada Abba dan Ammi faham atau tidak tetapi nampak macam faham sebab mereka layan aku sembang. Selepas bersembang sekejap, Abba mula menggeletek perut aku dan aku tergelak terbahak-bahak. Ammi seronok dengar aku gelak dan merakamkan aksi aku sembang dan gelak. Agak lama Abba dan Ammi bermain dengan aku sampai aku mengantuk dan tidur.


23 11 2010. Selasa

Hari ni Abba tak kerja, entah cuti ke atau mc, aku tak pasti. Ammi pula lambat pergi kerja (tapi taklah lambat sangat). Aku pula tak pergi rumah Mama tetapi ikut Abba pergi hantar Ammi ke office Ammi. Ok juga, dapatlah aku tengok office baru Ammi.
Abba cuti jadi aku boleh lepak sembang-sembang seharian. Seronok gile...

Semasa dalam perjalanan, Ammi call Mama nak inform yang aku tak pergi rumah Mama hari ni. Aku dengar Ammi cerita dengan Mama yang Abba shooting dari pagi semalam sampai ke subuh hari ni… pukul 6.00 a.m. baru Abba pergi ambil kami dari rumah Munni Khala. “Terkezut” aku dengar Abba kerja hampir 22 jam tak berhenti-henti. Kesian Abba. Mesti penat. Pasal tulah boss Abba bagi Abba cuti hari ni. Hmm… baru aku faham.
Sempat bergaya sebelum aku hantar
Ammi ke pejabat dengan keta Abba.
Abba jaga rumah baik-baik ya!

Ammi pula tak tidur walau seminit pun malam tadi sebab tak boleh nak tidur. Bila balik ke rumah pagi tadi, baru Ammi lelap sekejap, dalam 30 minit. Oh! Patutlah Ammi lambat pergi kerja. Tapi aku kurang percaya Ammi tak boleh tidur. Tu mesti fikirkan Abba, pasal tulah tak tidur-tidur. Inilah dikatakan sehati sejiwa …. Bila Abba tak tidur di lokasi, Ammi pula tak tidur di rumah. He! He! He!

Selepas hantar Ammi dan balik ke rumah, Abba tak tidur juga. Sebaliknya Abba sembang-sembang dan bermain dengan aku. Kami sama-sama tonton tv sampailah aku tertidur. Bila aku terjaga, Abba sedang tidur. Jadi Abba tak tidur sebab aku pun tak tidur. Bila aku tidur, Abba pun tidur.

Petang ni Abba pergi jemput Ammi bersama-sama aku. Sekali lagi aku dapat pergi tengok office Ammi. Pagi tadi aku tak tengok sebab aku terlena. Ni baru aku nampak. Cantik…. Bangunan kaca, nampak macam bangunan kat luar Negara. Tapi bila Abba masuk parking, sama saja macam office Ammi yang dulu tu. Ammi turun lambat sedikit. Semasa sedang tunggu Ammi, aku terasa lapar dan mula menangis dan bila Ammi turun, Abba marah Ammi sebab lama sangat menunggu sampaikan aku dah menangis. Kesian Ammi kena marah disebabkan aku.
Ammi cuba memujuk aku sambil mendirikan aku. Aku terdiam melihat bangunan-bangunan yang agak baru pada aku. Lepas tu Ammi bagi aku minum.

Kami sampai rumah pun agak awal berbanding biasa. Ammi bersembang-sembang dengan aku.

Malam ni selepas makan dan solat, Ammi masuk tidur. Abba pun tidur awal hari ni. Tu mesti kesan dari berjaga semalaman semalam.


22 11 2010. Isnin
Abba ada shooting tvc, aku & Ammi lepak rumah Munni Khala 
Baju badut + kepala botak = sangat hensem!

Ammi cuti hari ni sebab Abba shooting iklan sampai ke subuh. Nanti tak ada orang nak menjemput Ammi balik pula. Abba hantar Ammi ke rumah Munni Khala dan Munni Khala ikut dari belakang.
Jiwaku kacau kerana asyik
ditertawakan orang je tengok baju aku ni.

Abba drop Ammi dan terus pergi shooting. Aku lepak-lepak saja.










Hari ni aku pakai baju ladybird. Lawa giler. Seperti biasa aku dikerumuni oleh peminat-peminat aku. Aku spend the whole day bersama “peminat-peminat” aku. Berebut-rebur semua orang nak dukung aku sampai aku pun pelik…. Apa yang specialnye aku nie? Ini kisah benar tau, bukannya rekaan semata-mata. Fiksyen-fiksyen tak mainlah.
Macam kumbang dalam sarang je!

Aku tak banyak tidur sebab ramai sangat orang nak main dengan aku. Bergilir-gilir semua orang dukung aku sampaikan Munni Khala tak de peluang nak dukung aku.

Ammi dan aku tunggu Abba tapi tak sampai-sampai. Bila dah malam, Ammi call nak tanya lama lagi ke dan Abba cakap lama lagi. Entah pukul berapa tah Abba call dan nak datang jemput Ammi, hantar balik ke rumah dan pergi shooting semula tapi Ammi tak nak. Ammi cakap nantilah balik sekali. Ammi sebenarnya tak nak menyusahkan Abba, balik all the way sampai ke PJ semata-mata nak jemput kami, hantar kami balik ke rumah dan pergi semula ke lokasi. Makanya kami pun duduklah di rumah Munni Khala sampai Abba datang.

Bila Abba datang? Entahlah aku tak sedar. Yang aku tahu sekitar pukul 4.00 a.m. Abba belum balik lagi sebab aku bangun minum susu dan masa tu aku masih berada di rumah Munni Khala. (Jangan betulkan monitor anda, memang aku cakap “A.M., bukan P.M.).




21 11 2010. Ahad
Pergi Genting Highland

Hari ni semua orang bangun agak lewat. Yang Ammi aku faham mungkin kesan dari ubat semalam tetapi yang lain-lain mungkin kepenatan bershopping dan makan sate kot.

Chef Diva (Munni Khala lah tu) buat nasi goring udang dan roti telur untuk sarapan yang sememangnya aku tak boleh makan.
Seronak sakan aku hari ni nak pi Genting Highland. Jalan-jalan makan angin awan. Ammi kasi pakai
baju mat belia ni. Buleh tahan sejuk ke ni?

Biar betul Ammi ni bagi aku pakai baju gini nak
pergi Genting Highland. Sejuk gedik keras beku
nanti tali usus aku...



































Sedang bersarapan, tiba-tiba Abba ajak ke Genting Highlands. Kat mana tu dan tempat apa tu? Khalid Khalu dan Munni Khala kejap nak pergi dan kejap tak nak pergi. Akhirnya keputusan dibuat untuk pergi. Kelam kabut semua orang bersiap sebab Abba kena balik sebelum pukul 5.00 p.m. Abba kena pergi tengok Sheila try out baju untuk shooting iklan esok. Sheila? Nak try baju? Abba dan Ammi masih ingat tak permintaan Aadam hari tu? Kali ni kena bawa Aadam jumpa tau.

Sempat lepak di luar rumah pagi ni.
Aku sedang menikmati pemandangan
Taman Tema melalui cara ilmu "pejam
mata bila mengantuk"
Aku dipakaikan seluar panjang yang sudah ketat dan baju mat belia. Aku sebenarnya rimas pakai baju ni tapi sebab GH tu sejuk Ammi suruh pakai baju ni. Sejuk? Aku memang suka sejuk-sejuk ni. Ammi risau selsema aku yang baru baik akan berulang dan minta Abba pergi ke sungai aje untuk berkelah. Abba tak nak sebab Abba cakap sungai biasanya “keras”. Keras? Bukan ke sungai tu air saja, mana ada keras? Tak fahamlah aku.
Orang lain kontrol macho bila nak bergambar, aku selamba je,
maklumlah hari-hari Abba tangkap gambar aku
.

Ammi memberdirikan aku di sepanjang perjalanan dan aku amat seronok melihat kereta dan pokok-pokok. Belum sampai Genting, aku dah terlelap. Ruginya tak dapat aku tengok jalan ke Genting.


Bila nak turun, Ammi pakaikan aku jacket dan topi. Dahlah pakai baju belia 4B, ditambah pula jacket dan topi…. Ni kita pi luaq negeri ka Ammi?
Apalah yang diaorang ni perhatikan, cerita kartun
agaknya...

Sememangnya keadaan di Genting itu agak sejuk dan mujurlah Ammi pakaikan aku baju kemeja dan jacket itu. Kami meronda-ronda sekejap tetapi kebanyakan tempat ada tangga dan escalator. Ammi susah nak naik turun dengan wheelchair Ammi. Di setiap tempat yang ada tangga / escalator, Khairul Bhaiya dan Noor Bhaiya mengangkat kerusi roda Ammi dan Abba pula membantu Ammi.


 Akhirnya kami sampai ke theme park tetapi memandangkan hari dah lewat, Abba cakap tak sempat nak main so kami tak masuk. Lepas tu kami ke Indoor Theme Park tetapi di sana pun orang berderet nak main dan Abba kata tak sempat juga. Kami ronda-ronda sekejap sambil bergambar dan balik.
Ammi mencuba satu perkhidmatan wheel chair escalator 



Abba cakap tak sempat nak hantar kami balik ke rumah dah dan Abba membawa semua orang bersama Abba ke bangunan pejabat di mana terletaknya production house yang bakal shooting iklan Sheila esok. Aku rasa peluang aku untuk tengok Sheila agak cerah.
Di dalam Indoor Theme Park cuma
sempat ronda-ronda saja.


Kat belakang kami tu ada bot di dayung pak cik tua di
sungai dalam bangunan. Teringin nak berkubang.
Mak ai, besar gila mak cik yang berdiri
pegang buku di belakang tu. Minum
susu cap apa mak cik?
Malangnya Abba sesat dan hampir sejam kami cari jalan tapi tak jumpa sampailah kawan Abba datang tunjuk jalan. Sesampai di bangunan itu, Abba terus naik dan tinggalkan kami di dalam kereta di parking lot. “Abba! Tunggu. Aadam nak ikut sama”. Tetapi Abba buat dono je dan terus jalan. Sedihnya aku.

Ada beruang main kugiran pulak dah
kat sini. Nyanyi lagu nasyid satu bro?
Kemudian Khalid Khalu, Khairul Bhaiya dan Noor Bhaiya pula pergi cari surau. Agak lama juga tetapi mereka pulang hampa sebab tak ada surau di sana. 


Kemudian Munni Khala pula pergi cari bilik air. Agak lama juga. Masa tulah aku buat projek iyak aku. Munni Khala pula balik bawa roti kelapa dan muruku. Semua orang sibuk makan sebab seharian tak makan. Tadi Abba ajak makan tapi semua orang tak nak sebab masih kenyang.
Bro, korang punya group aku book untuk
majlis kenduri kahwin aku nanti.

Baru selesai Ammi tukar Pampers aku, aku muntah pula. Ammi salin baju aku pula dengan bantuan Ella Baji. Tiba-tiba Abba masuk dalam kereta. Eh! Abba dah siap ke? Aadam nak tengok, Aadam nak tengok Sheila tetapi Ammi sedang membaringkan aku di seat kereta dan aku tak Nampak keluar tingkap. Dan Abba pun bertanya, “Ada Nampak Sheila lalu kat sini?” La! Terlepas sudah. Aadam nak tengokkkk…. Padan muka aku. Muntah lagi. Apasallah masa ni juga aku nak termuntah. Punah sudah angan-angan aku nak jumpa Sheila. Kuciwa (kecewa) betol.

Semasa kami sampai ke rumah, hari dah malam. Khalid Khalu tengok badminton final Sukan Asia Dato Lee Chong Wei lawan Lindan. Abba dan Ammi serta Noor Bhaiya dan Khairul Bhaiya join sekali. Munni Khala pula asyik kondem Malaysia dan Ammi panggil Munni Khala komunis. Apa tu??? Akhirnya Malaysia tewas dan semua orang kecewa, sekecewa aku sebab tak jumpa Sheila.

Selepas badminton habis, Munni Khala tengok drama Melayu. Abba dan Ammi masuk tidur sebab esok nak keluar awal.

20 11 2010. Sabtu
Bawa Munni Khala shopping di Nilai, pastu makan satay Kajang.

Hari ni pagi-pagi Ammi dah kejutkan Munni Khala suruh bersiap-siap nak ke Nilai. Munni Khala cakap Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji tak nak ikut tetapi Ammi suruh ikut sebab Abba nak belanja makan satay Kajang nanti.
Risau lagi kena pi klinik pulak. Lagi risau awek-awek misi tu bawak lari aku hingga ke dalam kaunter
klinik mereka. Nasib baik aku tak diapa-apakan. Ngeri....

Lepas tu Abba dan Ammi dah bawa aku keluar …. bukan ke Nilai tetapi ke Klinik Kita. Kata nak jumpa Dr. Wardah?

Sesampai di klinik, peminat aku (akak misi) terus mendukung aku, bawa masuk ke dalam kawasan kaunter. Ammi masih tunggu di depan kaunter, takut menyusahkan akak nurse tu tapi Abba ajak duduk dulu. Lepas tu ada akak nurse seorang tu Tanya aku nak berkhatan ke? Apekemende tu? Aku tak tahu tapi bunyinya tak berapa sedap didengar dan aku buat keputusan tak mahu berkhatan.

Aku duduk bersama akak-akak nurse tu agak lama juga. Bila patient dah ramai, aku diserahkan kepada Abba. Bila sampai giliran aku, aku masuk ke bilik doktor dan doktor yang bertudas ialah Dr. Hisham Adam. Aik! Macam nama aku je. Doktor cakap kalau aku sakit, tak payah makan ubat sebab antibody aku masih kuat dan aku boleh lawan sendiri. Lega rasanya tapi …. doktor sambung lagi ayat berangkainya, “Saya bagi juga ubat. Makan bila perlu”. Kalaulah Dr Hisham boleh faham apa yang aku cakap, nak saja aku kata, “Tak payah doktor. Nanti Aadam sembuh sendiri. Aadam tak nak ubat sebab Aadam takut makan ubat”. Tapi apakan daya (Macam lagu P. Ramlee lah pula) Dr Hisham tak faham apa yang aku cakap.

Kemudian doktor bagi tau yang aku nanti aka nada masalah hidung, samada resdung atau sakit lain yang seangkatan dengannya. Doktor cakap kena observe aku untuk 9 bulan dan pastiny dalam masa 9 bulan ini, Dr Hisham akan kerap berjumpa aku. Aku punyalah sedih dengar kata-kata itu…. Bukannya aku tak suka Dr Hisham dan bukan juga aku tak suka akak-akak nurse tu. Cuma aku tak suka ubat, jab dan sebagainya.

Aku tak mahu sakit. Ya Allh, berikanlah Aadam kesihatan yang baik. Amin.

Kemudian Abba tunjukkan pula kuku kakiku kepada doktor sebab ada kuku aku yang tumbuh menyerong dan makan isi aku. Doktor kata ni pun kena observe sampai aku berumur 2 tahun. Kalau tak baik, kena operate. Operate tu apa? Walau apapun maksudnya, aku tak mahu sebab bunyinya pun tak sedap di pendengaran halwa telinga aku.

Bila balik dari klinik, Abba cakap kalau Bhaiya dan Baji tak nak ikut taka pa, boleh tapau tapi diaorang ikut juga sebab dah siap-siap. Sebenarnya Bhaiya dan Baji tu bukannya malas nak ikut tapi malas nak bangun pagi. Alang-alang dah bangun dan bersiap, mereka ikut sajalah.

Aku benci makan ubat.....Warghhhh!




Sebelum bertolak ke Nilai, Munni Khala bagi aku minum ubat dan aku melalak tak mahu minum. Noor Bhaiya meriba aku sementara Munni Khala menyuapkan ubat dan Khairul Bhaiya pula merakam aksi “amok” aku. Khalid Khalu menyamakan aku dengan Ella Baji yang memang takut makan ubat. Oh! Bukan aku seorang saja yang takut makan ubat. Calitlah Baji. Masa ni aku dah tak fikir malu kea pa ke. Aku cuma tak mahu makan ubat saja.
Macam-macam kegunaan daun sirih, antaranya
buat Eiffel Tower.

Sampai di Nilai aku rasa teramat boring sebab penuh dengan kedai carpet dan kain baju. Kalau ada kedai jual buaian bolehlah Abba dan Ammi belikan untuk aku. Abba drop Munni Khala, Khalid Khalu, Khairul Bhaiya, Noor Bhaiya dan Nana Baji kat satu kedai carpet tu. Ella Baji dan Isha Baji ikut Abba dan Ammi pergi cari kedai menjual keperluan budak-budak.

Kami jumpa satu kedai tu dan Abba dan Ammi berserta kedua-dua Baji dan aku pun turun. Di depan kedai aku nampak satu makhluk yang besar, lebih kurang setinggi Abba berdiri di hadapan kedai tu. Apekemendenye tu?

Kami masuk ke dalam kedai tengok-tengok buaian tetapi buaian tu buaian duduk jadi aku tak boleh pakai. Lepas tu Abba dan Ammi tengok-tengok car seat untuk aku tetapi tak berkenaan.

Semasa nak keluar kedai, Abba suruh Baji snap gambar aku (yang didukung Abba) dengan Ultraman. Ultraman tu apa? Oh! Rupanya dia adalah makhluk ganjil di depan kedai tu.
Ultraman ni perli aku ke, mentang-mentang aku botak dia pun nak botak jugak.
Aku fire kang!

Abba dan Ammi banyak ronda dalam kereta aje sambil tunggu Munni Khala siap shopping.


Selepas Munni Khala siap membeli-belah, kami pun ke Kajang untuk makan satay….Hj. Samuri yang terkenal tu. Abba order dekat 100 cucuk, licin habis. Satu cucuk pun aku tak sempat rasa. Or rather orang lain makan satay dan aku hidu bau satay.

Ammi hari ni ada makan satu ubat yang membuatkan Ammi asyik tidur saja. Dari Nilai lagi Ammi dah ngantuk dan tidur-tidur. Tengok je lah gambar ni, sambil dukung aku pun boleh lelap. Aku pun lelap juga pasal tak ada sapa nak layan aku sembang.


Bukan senang nak dapat duduk atas meja makan kat
restoran ni. Aku je boleh.
Ella Baji seorang yang pemalu. Hari-hari
dia malu. Dia malu dengan orang. Dia juga
malu dengan kamera.


Bila balik rumah Ammi sambung tidur sampai macam pengsan. Abba, Khalid Khalu dan Noor Bhaiya pula ke surau untuk solat Maghrib, terus ke majlis doa selamat. 
Ella Baji terus mencampakkan aku kepada Munni
 Khala setelah mendapat sepinggan satay.




Mana aci, semua orang sedap-sedap makan satay
aku telopong je. Sapa pun tak offer aku makan, tak
pa nanti bila besar, dengan Hj. Samuri aku beli sekali.
Sementara tunggu Khalid Khalu balik, Munni Khala boring dan marah-marah sayang Ammi yang Ammi dok tidoq saja. Ammi pun paksa diri bangun dan bersembang dengan Munni Khala tetapi aku tak pasti berapa banyak yang Ammi dengar dan berapa banyak yang Ammi khayal.
Kesian Ammi sampai tertidur
pegang aku yang dah tidur.
Bila semua orang balik dari kenduri Khalid Khalu bagi tau ada lauk kambing dan Ammi bebel kat Abba, “Awat tak makan banyak-banyak. Biaq sakit balik. Dah tau gout tak boleh makan kambing, pi makan lagi. Blab la blab la bla …… Reaksi Abba? Sengih-sengih saja dan berseloroh, “Mana ada makan kambing? Makan mutton saja”, menambahkan marah Ammi and at the same time buat Ammi tergelak. Abba ni memang terror nak beli jiwa Ammi. Agaknya masa muda dulu Abba ni banyak awex kot. Aku kena korek rahsia ni satu hari nanti.

Ammi makan lagi ubat tu dan tak lama selepas tu tertidur sampai ke subuh.










19 11 2010. Jumaat

Ammi kejutkan Munni Khala bertanyakan samada nak balik ke tidak hari ni sebab kalau Munni Khala balik, Ammi nak hantar aku ke rumah Mama. Munni Khala cakap tak balik. Ok lah tu.
Munni Khala kata aku selsema dan batuk. Aku ok je sebenarnya. Tengok tersengeh sepanjang masa.

Abba dan Ammi balik sekitar pukul 8.00 malam lagi. Aku duduk bersama Munni Khala dan anak-anaknya sepanjang hari.

Aku sakit hari ni…. Selsema dan batuk-batuk. Bila Ammi balik, Munni Khala terus report dengan Ammi yang aku sakit. Ni mesti Ammi nak bawa aku jumpa doktor esok. Aadam tak nak Ammi. Aadam tak suka makan ubat.

Tak lama selepas itu keluarlah ayat azimat itu dari mulut Ammi, “Aadam bihne doktor kiya jai? (Esok nak pergi ke doktor?)

Dah agak dah. Jawapan aku semesti-mestinya tak mahu. Ammi cuba umpan aku dengan menyebut nama Dr. Wardah. Aku menggeliatkan badan aku dan Munni Khala memfitnah aku yang aku menggatal. Astaghfirullahul azim. Aadam bukan macam tulah Khala.

Hari ni aku buat bebeberapa benda baru, antaranya:
(1)           Aku belajar menanggalkan sarung tangan aku dengan sendiri (sempena nasihat Aunty Lina);
(2)             Aku menyebut Bhaiya dengan pelat aku “Aiya”; dan
(3)             Aku belajar pegang puting. Aku mencabut puting dari mulut aku dan memberikan kepada Ammi tetapi Ammi tak perasan. Ammi sibuk cari puting di atas katil sebab Ammi ingatkan terjatuh di atas katil. Ammi tak perasan sampailah aku bagi puting tu kat tangan Ammi. Ammi punya seronok tengok aku dah pandai pegang barang-barang

Aku dengar Ammi bagi tau Munni Khala esok Abba nak bawa Munni Khala ke Nilai. Aku tak tahu apa atau di mana Nilai tu tapi aku agaklah kan mesti tempat jalan-jalan atau tempat shopping.
Makan malam ringkas je

Agak lewat malam ni Ammi terima satu panggilan telefon dari Nassu Mamu (Naseer mamu). Ni Mamu mana pulak dah? Aku ingatkan aku dah lengkapkan perkenalan aku dengan semua ahli keluarga Abba dan Ammi, rupanya masih ada yang tertinggal. Nassu Mamu adalah abang sulung Ammi.

Nassu Mamu nak datang ke rumah kami, nak menjemput kami ke majlis perkahwinan anaknya, Azizul Bhaiya. Hmm… Mungkin hari ni akan lengkap sesi suai kenal aku.

Kami menunggu Nassu Mamu, Atiqah momani dan anak-anak mereka. Aku pun tak nak tidur sebab nak berjumpa dengan abang sulung Ammi berserta dengan keluarganya. Tunggu punya tunggu punya tunggu…. Tak muncul-muncul orang yang dinanti. Akhirnya Ammi cuba menelefon tetapi tiada jawapan dan Abba membuat konklusi bahawa Nassu Mamu tak jadi datang. Memang betul jangkaan Abba, Nassu Mamu tak kunjung tiba dan hampalah aku sebab aku ingat boleh jumpa Nassu Mamu hari ni.

18 11 2010. Khamis

Abba dan Ammi dah kerja hari ni tetapi aku tak dihantar ke rumah Mama sebab Munni Khala nak jaga aku.
Panas betul hari ni. Seharian aku dikerumuni oleh peminat-peminat.

Seharian aku didukung bergilir-gilir oleh keemua Bhaiya dan Baji. Best giler. Kalau selalu-selalu macam ni best kan.

Kopiah ke tudung saji ni...?
Abba dan Ammi balik sekitar jam 8.00 malam. Munni Khala dah bising-bising. Bila Ammi telefon bagi tau jalan jam dan Ammi akan lambat, Munni Khala cakap aku dah merajuk dan aku nak pergi tidur. Eh! Bila masa Aadam merajuk? Munni Khala yang merajuk bukannya Aadam.

Selepas Ammi balik pun aku masih dikerumuni Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji. Noor Bhaiya sampai merajuk sebab Ella Baji tak bagi main dengan aku. Aik! Bukannya aku sorang je yang pandai merajuk.

Munni Khala bagi tau Ammi yang mungkin Munni Khala akan balik esok. Ammi cuba pujuk. Aku pun pujuk juga tapi Munni Khala tak faham. Ekeleh! Tak bestlah macam ni. Ingatkan nak duduk banyak hari…..

Aku riuh bercerita pada Ammi pasal Munni Khala marah Nana Baji dan Ammi faham. Wah! Ammi boleh faham. Ammi siap transalate dan semua orang ketawa.

17 11 2010. Rabu
Hari Raya Haji. Family Munni Khala datang rumah.
Selamat Hari Raya Aidil Adha. Bersama sebahagian anggota keluarga di rumah Kalim Mamu.

My first Aidil Adha. Abba pagi-pagi dah hilang. Pergi solat di surau agaknya. Lama juga Abba di surau, pukul 7 lebih baru balik.
Alamak! Hari ni hari raya haji. Banyak orang buat korban. Takpa Aadam dah korbankan rambut itu hari.

Abba balik sekejap, bersarapan dan pergi semula ke surau untuk solat raya. Tapi sebelum ke surau, Abba dan Ammi bermaaf-maafan sempena Hari Raya Haji. Aku tertunggu-tunggu juga kotlah ada sesi airmata macam dalam drama Pavitra Rishta tapi aku hampa. Agaknya Abba dan Ammi tak banyak dosa kot dengan each other. Tu yang tak menangis-nangis.

Abba balik semula tapi sekejap saja. Selepas aku mandi dan tukar-tukar baju, Ammi suruh aku minta maaf dengan Abba dan Ammi. Aik! Aadam ada salah apa yek?

Abba telefon Tok. Abba dan Ammi mengucapkan Selamat Hari Raya dan meminta maaf dengan Tok. Tok Wan tak ada di rumah jadi Abba dan Ammi minta Tok sampaikan salam saja. Eh! Macam lagu Alleycats pula … Sampaikanlah salam ….

Aunty Lina, Kalim Mamu bersama anak-anak mereka tak lepas peluang
bergambar dengan jejaka comel berbaju belang-belang tu.
Abba, Ammi, bolehkah kita minta maaf melalui telefon saja? Macam mana nak salam cium-cium tangan dan peluk-peluk? Tak bestlah. Kalau jumpa in person lagi real. Kenapa Abba dan Ammi tak sampaikan salam Aadam sekali?

Aunty Lina sedang meneliti lampin aku cap apa
Abba ke surau lagi, nak tolong sembelih, melapah dan mengagih daging korban. Aku teringin nak pergi tengok, tapi at the same time aku rasa kesian pula kat lembu tu. Issh! Tak tergamak aku. Agaknya lembu tu menangis tak? Aadam tak nak tengoklah.

"Wah! Aunty Lina pakai gigi berlian...
Pinjam kat Aadam sebatang dua.
Teringin sangat nak kunyah chewing gum".


Aku dengar Abba bagi tau Ammi ada 6 ekor untuk disembelih. Banyaknya. Aku tertunggu-tunggu juga kotlah aku dapat dengar bunyi lembu tu tapi tak terdengar pun padahal lembu tu “parking” kat surau depan rumah kami saja.

Mun Mamu dan Farooq Mamu telefon Ammi nak confirm pukul berapa nak pergi ke rumah Kalim Mamu. Wah! Kita pergi ramai-ramai ke? Best tu. Mak Andak pula sms Ammi pagi tadi, nak datang rumah tetapi Abba cakap nanti Abba confirm pukul berapa Abba ada di rumah.

Ammi telefon Munni Khala dan Nani mengucapkan Selamat Hari Raya dan meminta maaf. Ammi juga bagi tau Munni Khala yang kami akan ke rumah Kalim Mamu dalam pukul 1.00.

Abba balik hampir pukul 12.00 tengahari. Kami bersiap-siap dan bertolak ke rumah Kalim Mamu.
"Sorry bro, terlepas sesuatu yang tak
disengajakan. Maklumlah perut
tengah kembung gila ni."
Bro Aie, Tolonglah jangan renung
Aadam secara manja gitu, Aadam
takut awek-awek lain jealous nanti.
Sesampai di rumah Kalim Mamu aku tengok ada Pak Guard jaga rumah dia kat luar. Ni Pak Guard macam Ella Baji ke? Kan dia jaga aku malam-malam sampai sendiri pun tak tidur. Tapi Pak Guard ni jaga rumah, bukan jaga aku.








































Bila Aunty Lina nak pelawa makan ni? Perut dah
pening lalat ni.
Amboi! makan tak tinggal sikit pun kat Aadam.
Kami masuk aje ke dalam, Aunty Lina datang sambut aku. Oh! Ini rupanya Aunty Lina. Aunty Lina terus mendukung aku dan cakap kat Abba dan Ammi, “Ok you all boleh balik. Tinggalkan baby kat sini”. Well….

Bersantai selepas mengisi penuh tangki.
Aunty Lina panggil Kalim Mamu, Kak Lara dan Kak Laila (anak-anaknya) dan Kak Shanti (pembantu rumahnya) datang tengok aku. Kalim Mamu sekadar pandang saja tapi Kak Lara dan Kak Laila duduk berhampiran Aunty Lina…. Mengerumuni aku .. Well, aku tak mahu berbangga diri. Kemudian datang Abang Aie (Suami Kak Lara) lalu mendukung aku. Abba seperti biasa menjalankan aktiviti menangkap gambar.

Aunty Lina, Abang Aie, Kak Lara dan Kak Laila kelihatan suka dengan aku dan asyik bermain dengan aku. Alhamdulillah. Kak Laila mengusik-usik aku, nak nagi aku menangis tetapi Ammi cakap aku jarang menangis. Aunty Lina menegur Kak Laila dan berseloroh, “If you want to make him cry, bring him inside the house, behind his parents. Buat kat sini mak bapak dia Nampak”. Ammi pula cakap, “Kalau dia menangis, kami taulah kerja siapa sebab dia cuma menangis bila lapar saja”. Then Aunty Lina pula cakap, “Kalau nangis cakaplah dia lapar kah, ngantuk kah”. Wah! Aunty Lina ni kelakar juga orangnya.


Kalim Mamu menyampaikan sampul duit raya kepada
budak-budak. Terima kasih Kalim Mamu....
Lepas tu Aunty Lina bagi Ammi satu soalan cepumas ….. Kenapa bagi aku pakai mittens dan socks. Ammi cakap semua orang bagi tau kena pakai dan Aunty Lina cakap, “He is your son, you do what you want with him. Tak payah ikut cakap orang”. Betul Aunty, Aadam sokong 100%. Aadam pun rimas pakai bena ni tapi Abba dan Ammi takut Aadam cakar muka Aadam.


Farooq Mamu sampai dan lama lepas tu Mun Mamu pula sampai. Aunty Lina pelawa semua orang makan dan aku dibawa masuk ke dalam rumah. Di sini Aunty Lina, Kak Lara dan Kak Laila duduk bersama aku. Kemudian Aunty Lina pergi ke mana entah dan Kak Lara mendukung aku ke hulu dan ke hilir.


Agak lama juga aku di dalam rumah. Bila aku keluar Munni Khala pula dukung aku dan kemudian giliran Mun Mamu pula, sampailah aku terlena. Tak lama selepas itu, Abba datang dukung aku sebab nak bergambar ramai-ramai. Selepas selesai bergambar, kami bertolak ke rumah Alam Mamu yang tak berapa jauh.

Khairul Bhaiya sedang membongkakkan diri menunjukkan
HP cabuk dia kepada aku. Tak pa nanti bila besar Aadam
beli HP besar kepala keretapi...
Syyy! Sesi mengumpat akan bermula seketika nanti.
Purveen Momani menjamu semua orang mihun. Sebenarnya Purveen Momani nak order pizza tetapi Ammi cakap semua orang dah makan dan tak perlu susah-susah. Agak lama juga kami di situ. Semua orang happy. Aku jumpa Alam Mamu, Purveen Momani, Johan Bhaiya, Amirah Baji dan seorang lagi kakak yang sungguh cute … Siew Siew Cece (niece Purveen Momani). Siew Siew Cece ternyata seorang yang amat peramah. Aku seronok berjumpa dengannya. 


Alam Mamu menunjukkan cara-cara beristinjak
dengan betul.
Lagi aku suka berjumpa Amirah Baji yang cute tapi malu-malu dan berlesung pipit serta manusia tertinggi yang pernah aku jumpa. Agaknya kalau Purveen Momani nak tukar lampu ke atau nak lap kipas ke, tak payah pakai kerusi kan. Minta saja Galah Bhaiy…. Oooppsss… Tershashul…. Johan Bhaiya tukarkan.

Purveen Momani
Siew Siew Cece (niece Purveen Momani), Amirah Baji
dan Purveen Momani 
Alam Mamu, Mun Mamu, Farooq Mamu, Abba dan Ammi asyik bergurau saja dan tak henti-henti buat lawak especially Alam Mamu yang sememangnya macam joker.

Alam Mamu menunjukkan gambarnya semasa muda yang ala-ala Amitabh Bachan. Ceh! Perasannya…… macam aku juga.

Di sini pun kami menjalani sesi fotografi beramai-ramai sebelum balik.

Munni Khala ikut kereta kami dari belakang. Abba suruh Ammi sms Mak Andak supaya datang makan malam di rumah kami.

Sesampai di rumah, Abba pergi beli lauk-pauk untuk dimasak. Sepatutnya beli semalam atau pagi tadi tapi sebab Abba sibuk sangat, tak sempat nak beli. Lama bebeno Abba pergi. Ammi dah naik risau dan call Abba yang masih membeli barang-barang.

Sekembalinya Abba, Munni Khala dan Ammi mula sibuk di dapur dengan dibantu Nana Baji dan Ella Baji. Abba ke kedai lagi sebab ada tertinggal barang.

Sebenarnya Munni Khala yang masak…. Ala-ala Chef Diva gitu. Munni Khala dulu memang bercita-cita nak jadi chef. Walaupun cita-itanya tak tercapai, sampai sekarang Munni Khala masih masak ke mana-mana dia pergi. Kalau pergi rumah Nani pun Munni Khala juga masak.

Aku rasalah, Mak Andak nak datang tengok aku sebenarnya sebab rindukan Darwish. Kan Darwish masih di rumah Tok. Mak Andak menunjukkan Ammi gambar terbaru Darwish yang sudah pandai meniarap dan angkat kepala. Aku pun boleh tiarap tetapi tak dapat panggung kepala aku sebab berat sangat. Tapi Darwish pun berat juga, boleh aje panggung kepala. Ni aku kena calling calling Darwish tanya apa teknik dia pakai.
Ha ha ha Sorry Darwish, mak kau pun dukung aku.

Ok juga Pak Andak dan Mak Andak datang. Aku pun dah rindu kat mereka, lama sangat tak jumpa. Kalau ada Darwish lagi best.

Aku dengar Abba bagi tau Pak Andak yang tadi semasa Abba pergi beli barang, Abba mengantuk sangat sampai Abba tidur sekejap dalam kereta. Patutlah lambatttt. Kesian Abba.

Mak Andak mengagah-agah aku dan aku terpaku melihat baju pink seperti plastic bag yang Mak Andak pakai. Selepas makan, Abba menunjukkan blog aku kepada Pak Andak dan Mak Andak. Mereka khusyuk tengok blog aku.

Selepas Pak Andak dan Mak Andak balik, Abba dan Ammi pun masuk tidur.



16 11 2010. Selasa
Ammi dan Abba lambat sangat balik kerja

Hari ni kami keluar rumah lewat sedikit sebab jalan ke office baru Ammi tak berapa jam di waktu pagi tetapi di waktu petang sesak.
Hari-hari Ammi lambat. Aadam rindulah kat tv. Banyak cerita kartun Aadam dah miss...

Petang tu aku tunggu punya tunggu Abba dan Ammi tak sampai-sampai pun. Apasal lewat sangat hari ni?

Mama pun tunggu punya tunggu sampai akhirnya Mama masuk bilik…. solat agaknya. Ataupun mungkin Mama dah penat menjaga aku seharian dan dah masuk tidur.

Abba dan Ammi sampai dalam pukul 11.00 malam. Aduh! Lambatnya. Tak boleh jadi ni… aku kena mogok ni. Aku nampak wajah Abba dan Ammi yang sememangnya terlihat rasa bersalah. Ammi berkali-kali meminta maaf pada Kak Norlina.

Sampai di rumah, Ammi cakap sorry kat aku pula. Terus aku cair tak jadi mogok. Ammi bagi tau Abba ada mesyuarat berkenaan dengan tvc (TV Commercial) dengan Sheila sebab tulah Abba dan Ammi lambat. Ammi pun lama tunggu Abba di pejabat Ammi yang Ammi tak suka tu.

Hmm… Abba nak buat iklan dengan Sheila??? Ok Aadam maafkan… dengan satu syarat. Abba dan Ammi masih ingat permintaan Aadam dulu? Sekarang demand Aadam dah meningkat. Sekarang Abba kena bawa Aadam jumpa Sheila, baru kira settle. Boleh?

"Katak berehat di tepi kereta kabel" adalah
mana jurus istirehat aku ini. Nak cuba?
Ala! Bolehlah Abba. Aadam teringin sesangat nak bersua muka dengan Sheila. Mesti Sheila pun suka Aadam macam semua orang yang lain kan, kan, kan…… Oraitlah. Abba diam saja. Kata orang diam itu tanda setuju. Emm… Ammi nanti bila Aadam jumpa Sheila nanti Aadam nak pakai baju ladybird tu boleh? Mesti Sheila suka kan? Errr… Tapi baju tu macam girl-girl lah kan? Emmm…. Abba, rasanya kalau Aadam pinjam baju MU Abba, muat tak? Besaqlah pula kan. Nantilah Aadam fikirkan nak pakai baju apa.

Ammi bagi tau aku esok Raya Haji. Raya Haji tu apekemende? Sama macam raya yang hari tu ke, yang ramai-ramai orang datang menziarah kita dan kita pun menziarah orang? Kita tak balik kampung ke Abba? Teringin nak jumpa Tok Wan dan Tok.

Ammi meng”explain” kat aku tentang Raya Haji. Oh! Gitu. Habis Abba dengan Ammi ada buat korban ke? Lepas tu Ammi cakap nanti Munni Khala nak datang duduk kat sini. Iye ke? Yahoo! Best giler. Lagi Ammi cakap nak bawa aku ke rumah Kalim Mamu. Finally aku akan berjumpa Kalim Mamu dan Aunty Lina yang aku masih tak kenal rupa. Kiranya lepas aku berjumpa Kalim Mamu dan Aunty Lina ni, lengkaplah perkenalan aku dengan keluarga Abba dan Ammi kot. Ke ada lagi yang aku belum jumpa?

Ammi juga bagi tau yang kami akan ke rumah Alam Mamu dan Purveen Momani. Ok juga tu. Aku suka ke sana sebab dapat tengok manusia setinggi galah (Johan Bhaiya lah tu) He! He! He!

15 11 2010. Isnin

Hari ni Ammi mula kerja di office baru. Memandangkan Abba tak pasti keadaan jalanraya menuju ke pejabat baru Ammi, Abba dan Ammi keluar awal. Agaknya balik nanti pun lewat jugalah kot.


Rambut aku dah mula tumbuh sikit. Lucu sungguh nampak macam pakai topi je.

Memang betul jangkaan aku …. Abba dan Ammi sampai sekitar jam 8 malam. Agaknya aku ni boleh jadi si sotong Paul tak? Setiap kali aku meneka, tekaan aku mengena. Tapi aku tak naklah…. Menilik tu amalan yang dilarang dalam agama Islam. A’uzubillah hi min az-zalik.

Ammi nampaknya tak berapa happy dengan tempat kerja baru Ammi. Kesian Ammi. Malam ni pun kami tidur awal.

14 11 2010. Ahad

Pagi-pagi lagi Ammi dah Tanya Abba bila nak pergi dan Abba cakap tengahari nanti. Aku dimandikan dan dipakaikan baju tebuan. Lepas tu Ammi panggil aku “ratu lebah yang menghasilkan madu”. Adakah patut??? Aadam ni lelakilah Ammi…. Bukannya “ratu” tetapi “raja”.
Lebah yang montel, terlebih hisap madu lah....
Lepas tu Ammi call Munni Khala dan cakap nak bawa Royal Jelly untuk Munni Khala. Munni Khala tak nak sebab dia tak makan. Ammi paksa juga. Ammi cakap “botol kecil” aje. Amboi Ammi! Adakah patut panggil Aadam “botol kecil”. Akhirnya Munni Khala cakap ok. Kalaulah Munni Khala tau bahawasanya akulah lebah yang akan memberikan madu itu …. He! He!
Apa pandang-pandang, aku sengat
kat bontot korang kang!

Lebah montel kekenyangan.
Bila sampai di rumah Munni Khala, Ammi panggil Munni Khala keluar dan cakap yang Ammi dah lupa bawa madu tu tetapi ada bawa satu lebah besar. Munni Khala baru tahu yang dia dah terkena dan ketawa besar.

Aku sebenarnya confuse …. Kata baju tebuan, lepas tu panggil aku lebah. Yang mana satu yek? Agaknya Ammi pun tak perasan kot. Hentam sajalah Labu.

Semasa Abba dan Ammi datang ambil aku hari dah petang, hujan pula tu. Ammi pula lupa bawa selimut aku. Aku kesejukan. Mujur Ammi memahami. Ammi dukung aku dan cover aku dengan tilam nipis aku. Wah! Bestnya. Tilam tu boleh jadi comforter. Aku punya selesa sampai terlena.

Abba dan Ammi penat kot. Ammi masuk tidur awal hari tu. Abba tengok tv sekejap dan kemudian tidur.


13 11 2010. Sabtu
Pergi ke rumah Zarina Khala di Putrajaya

Pagi ni selepas bangun, Abba bersantai-santai tengok tv. Ammi pula sembang-sembang dengan aku. Aku dengar Ammi bagi tau Abba yang Ammi nak ke office baru Ammi petang nanti sebab barang-barang Ammi hanya akan sampai petang nanti.
Pipi aku dah nak sama si Darwish pulak. Bentuk buah pear ranum keemasan.

Selepas bersarapan, kami keluar ke hospital. Ammi pergi ke hospital lain pula. Agak lama juga kami tunggu doktor tu sampai. Ada pesakit-pesakit lain yang sedang tunggu. Bila sampai giliran Ammi, sekejap saja doktor tu tengok. Lepas tu dia suruh Abba beli ubat untuk cucuk Ammi. Aik! Ammi dah besar-besar pun kena cucuk juga? Ingatkan Aadam saja yang kena cucuk.



Ammi mendukung aku dan tunggu di ruang menunggu sementara Abba pergi ke farmasi. Memandangkan dah tak ada pesakit lain, jururawat tu datang bersembang dengan Ammi. Aku rasa sebenarnya dia nak ngorat aku tu…. Tak lama selepas tu, akak jururawat tu minta nak dukung aku. Kan betul tekaan aku. Ammi pun bagi akak jururawat tu dukung aku. Agak lama juga akak tu dukung aku. Apo nak dikato …. dah sememangnya aku dilahirkan untuk menjadi pujaan ramai. He! He! He!

Ok, ok, aku tau semua orang berbulu dengan aku sebab selalu sangat berbangga diri dan bercakap besar dan perasan Sebenarnya itu cume gurauan dari aku. Jauh di sudut hati aku sebenarnya amat bersyukur kepadaNya kerana semua orang boleh terima aku dan menyayangi aku. Aku sememangnya amat beruntung dan berterima kasih atas anugerah ini daripada Yang Esa. Aku tahu semua ini adalah kuasa Allah. Alhamdulillah.

Dah bersiap nak ke rumah Zarina Khala
Nani sedang mengira jumlah helaian rambut yang aku ada.

Balik dari hospital, Ammi nak pergi cari buaian untuk aku. Eh! Hari tu cakap tak bagi aku buaian. Ni mesti pasal Mama bagi tau Ammi yang aku tidur lena dalam buaian. Aku tertunggu-tunggu bila nak pergi tetapi memandangkan dah lewat dan Ammi nak ke pejabat Ammi lagi, rancangan itu dibatalkan.
Zarina khala berangan-angan untuk
memiliki berat badan seringan aku.
 

Alfi Baji dan Zara Baji sedang mengganggu
kententeraman jiwa aku.


































Farah Baji dan Nabil Bhaiya pun dah
pandai mendukung aku.
Selepas makan tengahari, Ammi bagi tau Abba yang Ammi rasa lemah sangat dan tak larat nak ke pejabat Ammi. Abba cakap, “Pergi esok sajalah”. Ammi pun setuju. Abba suruh Ammi tidur sekejap sementara Abba nak keluar untuk mencari sesuatu untuk surau di taman kami. Ammi cakap ok tetapi Ammi tak tidur pun. Ammi datang bersembang-sembang dengan aku.

Memandangkan Ammi tak pergi ke office Ammi, aku pun tak dihantar ke rumah Munni Khala. Petang tu Munni Khala call Ammi Tanya bila nak hantar aku. Bila Ammi cakap esok, Munni Khala bising kat Ammi sebab dah excited tunggu aku, alih-alih tak jadi pergi pula.

Petang tu Nani call Ammi dan bagi tau yang Nani ada di rumah Zarina Khala. Ammi bercadang nak pergi ke sana. Bila Abba balik, Ammi pun Tanya Abba nak pergi tak. Abba cakap ok dan Ammi pun bagi tau Nani.
Farah Baji masih mahu bergambar
dengan aku walaupun Nana sedang
menunggu gilirannya pulak.


So hari ni aku akan tengok rumah Zarina Khala buat kali pertama lah ye. Hari tu masa Ammi pergi, aku ditinggalkan bersama Mak Teh sebab Ammi nak surprisekan Nani.

Sesampai di rumah Zarina Khala, Zarina Khala datang ambil aku dari kereta. Well…. Jejaka idaman Malaya lah katakan….. Ooops! Bangga diri lagi.


Wow! bestlah cara dukungan Nana ni.
Penuh ekstrim dan mengujakan.
Cantik juga rambut emas ni, sesak-sesak
boleh gadai buat isi minyak keta.
Nana teringin bergambar dengan rambut
emas Alfi Baji tu tapi pantas dihalang
oleh Nani.

Besar juga rumah Zarina Khala tetapi aku duduk kat bawah aje. Abba snap gambar aku bersama Nani, Nana, Zarina Khala, Farah Baji, Nabil Bhaiya, Alfi Baji dan Zara Baji. Abba dam Ammi siap makan malam lagi. Amboi sedapnya makanan orang hindustan ni. Meleleh-leleh air liur Aadam dibuatnya.
Putri Balqis terpaksa memakai t. shirt
sahaja raya haji nanti kerana baju
raya yang di tempah tak siap-siap lagi.

Lama juga kami di sana sebab Abba siap tengok bola MU. Nabil Bhaiya penyokong Chelsea tetapi pakai baju merah. Mula tu MU tengah kalah tetapi bila Nabil Bhaiya turun ke bawah tengok tv, terus MU jaring gol. Mesti bengang punya. Keputusannya seri dengan Aston Villa.

Sesampai di rumah, kami terus tidur selepas Abba dan Ammi solat Isyak. Penat


12 11 2010. Jumaat

Abba dan Ammi mungkin lambat lagi sebab ada lagi saki-baki barang-barang Ammi yang masih belum pack. By hook or by crook, hari ni kena habis packing. Banyak sungguh barang-barang Ammi…. Macam nak pindah rumah pula. Patutlah Ammi boleh “berumah” kat office Ammi, balik lambat pun taka pa.

Aku dah bersedia untuk balik lambat ke rumah tetapi Abba dan Ammi awal pula. Eh! Sesungguhnya aku tak faham dunia karier ni dan aku tak mahu faham. Buat masa ni aku nak enjoy zaman kanak-kanak aku sebab bila aku dah besar, aku akan lalui juga segala yang Abba dan Ammi lalui sekarang. Jadi sementara masih berkesempatan, aku nak relax cukup-cukup. Walau apapun, aku gembira Abba dan Ammi balik awal hari ni sebab bolehlah aku spend sedikit masa bersama Abba dan Ammi. Esok Abba dan Ammi dah nak pergi unpack barang-barang Ammi pula.

Aku rasa tak sabar untuk jumpa Munni Khala. Emm… Ammi, boleh tak Aadam nak pakai baju tebuan atau ladybird tu esok? Isha Baji dan Ella Baji mesti suka. Nana Baji tak taulah suka ke tak. Agaknya Munni Khala bagi aku ais krim lagi tak? Hmmm…. Tak sabarnya menanti hari esok.

11 11 2010. Khamis

Hari ini Abba dan Ammi akan lambat lagi sebab Ammi nak packing barang-barang kat office untuk pindah ke office baru. Ammi sebenarnya tak mahu pindah sebab pejabat baru Ammi jauh dari rumah.
Ammi dan Abba sebok sangat kerja. Balik pun lambat sangat. Aku rindu nak sembang-sembang.

Sememangnya Abba dan Ammi lambat…. Lambat sangat. Pukul 10.00 malam. Aku dah tertidur tapi bila balik rumah, aku dah terjaga.

Ammi bagi tau aku yang Ammi akan hantar aku ke rumah Munni Khala pada hari Sabtu sebab Ammi kena ke pejabat baru untuk unpack. Ke rumah Munni Khala? Oklah tu. Aku pun dah rindu dengan mereka semua. Agaknya Isha Baji ada buku cerita baru tak untuk aku?


10 11 2010. Rabu

Hari ni Abba dah pergi kerja. Aku tengok Abba jalan pun dah ok sikit. Tak payah dah Ammi nak papah macam hari mula-mula sakit dulu.
Ammi pandai tafsir bahasa baku aku. Jadi sepanjang hari aku pot pet  pot pet....

Aku dengar Ammi cakap kat Abba pagi tadi yang Ammi ada mesyuarat petang nanti jadi aku expect Abba dan Ammi akan lambat balik hari ni.

Memang betul sangkaan aku. Abba dan Ammi memang lambat. Semasa Abba dan Ammi sampai aku dah penat dan balik ke rumah, aku terus tidur.


9 11 2010. Selasa

Abba masih tak pergi kerja hari ni sebab kaki Abba masih bengkak tetapi Ammi dah pergi kerja. Aku dihantar ke rumah Mama sebab Abba nak pergi ke klinik lain.
Baru perasan muka Aadam ni kalau betul-betul buat design setem memang cun surat-surat korang.
Takut posmen pulak simpan surat korang buat koleksi nanti....hu hu hu.

Petang ni Abba jemput Ammi awal kot sebab Abba datang ambil aku pun awal. Memandangkan hari ni awal sampai, Ammi minta kebenaran Mama untuk tangkap gambar Mama dan anak-anak Mama serta Abang Adam dan Kak Afwa untuk masukkan ke dalam blog aku ni. Mama cakap ok tetapi Mama tak nak bergambar hari ni. Alih-alih Abba snap gambar Kak Hasida (kawan Kak Hanis) dan Kak Hanis. Kak Norlina malu nak bergambar. Lagi pun dia sedang basuh “toot” Adam. Adam pula sedang dibasuh “toot”nya. Aku tak pasti bila Abba nak tangkap gambar Mama dan yang lain-lain.

Kak Hasida dan Norhanis ambil kesempatan
memunculkan diri di blog Aadam. 
Mama bagi tau Abba dan Ammi aku suka tengok cerita Mari Menari sambil menggerak-gerakkan badan aku. Habis bocor rahsia aku. Ammi pun cerita aku suka tengok cartoon. Mama pula bagi tau aku suka tengok Upin Ipin. Lagi Mama bagi tau yang aku banyak sembang. (Nampaknya segala rahsia aku akan bocor hari ini). Mama cerita lagi yang kalau aku tidur kat bawah, aku bangun sekejap-sekejap tapi kalau aku tidur buai, aku akan tidur lamaaaa…. Ooops! Bocor lagi rahsia aku.

“Err… Abba, Ammi jomlah balik. Nanti tak sempat nak solat Asar. Lagipun, lagi lama Abba dan Ammi duduk sini, lagi banyak rahsia Aadam terbongkar”.

Akhirnya kami balik. Alhamdulillah… Mama tak sempat nak cerita fasal aku tackle Kak Afwa.

Selepas balik ke rumah, Ammi berkali-kali tanya Abba, “Kaki dah ok ke belum?” Abba cakap ok sikit. Ammi nak sapu minyak tapi Abba tak nak sebab Abba cakap minyak tu panas.

Aku pun risaukan Abba dan berharap Abba cepat sembuh. “Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik buat Abba dan Ammi dan sembuhkanlah Abba dengan segera. Amin”.

Abba ada beli baju untuk aku. Aik! Sakit-sakit pun sempat lagi nak beli baju baru? Memang betul cakap Ammi …. Abba ni memang tak jaga kesihatan. Ammi, boleh tolong bebel lagi kat Abba bagi pihak Aadam.

Aku dapat 2 pasang…. Satu baju tebuan … belang-belang kuning hitam siap dengan hood yang bersesungut. Satu lagi baju ladybird (Ladybird? Since Aadam ni boy, boleh tak panggil nama lain? Takkan panggil ladybird jugak. Macam tak sesuai saje nama tu. Atau pun panggil ladybird yang lelaki.  Ok tak?Kalau ladybird jantan, kita panggil apa ya?) Anyway, baju to colour merah berbintik hitam dan di bahagian perut ada bulat colour putih. Baju ni pun ada hood bersesungut. Cantikkk…

Eh! Kenapa kau orang ketawa? Apa, orang lelaki tak boleh pakai baju merah ke? Hey! Pemain MU, Liverpool dan Arsenal pun pakai baju merah juga tau. Nama gelaran depa lagi brutal …. Red Devils lah, Gunners lah. Jangan ketawakan Aadam tau. Nanti Aadam nangis kuat-kuat…..


8 11 2010. Isnin
Pergi klinik lagi...



Bersama staff Klinik Kita. Terima kasih semua kasi ubat untuk Aadam.
Semasa aku bangun, aku tengok Abba dan Ammi tak pergi kerja. Hari ni ada perayaan apa pula? Kemudian aku dengar Ammi telefon Mama bagi tahu yang hari ni aku tak ke rumah Mama sebab Abba dan Ammi tak pergi kerja. Kenapa yek?


Oh! Kedua-dua Abba dan Ammi sakit rupanya. Ha! Sakit? Abba sakit apa? Ammi aku tahu memang sakit. Lepas tu aku dengar Munni Khala telefon Ammi dan Ammi bagi tahu yang Ammi sakit dada. Tulah Ammi, asyik kerja, kerja, kerja …. Mana tak sakit. Abba pula sakit kaki, bengkak dan tak boleh jalan. Kesian Abba. Ammi cakap Abba sakit sangat sampai mengalir air mata Abba. Sedih aku dengar. Abba seorang lelaki yang amat kuat. Kalau boleh menitis air mata tu, mesti sakit sangat-sangat. Abba dan Ammi tak pergi jumpa doktor ke?

Selepas hari cerah, Abba pergi ke klinik. Aku tinggal di rumah bersama Ammi. Lepas tu ada kawan sepejabat Ammi telefon dan minta Ammi buat sesuatu kerja dan Ammi pun pergi buat. Ammi kan sakit, kenapa Ammi masih buat kerja. Ammi kena rehat supaya cepat sembuh.

Lepas tu kawan Ammi telefon lagi dan Ammi sembang dengan dia tapi aku ingatkan Ammi sembang dengan aku lalu aku pun menyibuk bersuara sampai kawan Ammi terdengar. Lepas letak telefon, Ammi ketawakan aku. Ammi cakap, “Ammi bukan sembang dengan Aadamlah. Ammi sembang dengan kawan Ammi”. He! He! He! Mana Aadam tahu.

Abba pun pergi ke pejabat Abba walaupun tak boleh berjalan sebab ada kerja yang perlu diselesaikan. Sememangnya Abba dan Ammi ni tersangatlah rajin nak kerja sampaikan kalau sakit pun nak buat kerja juga.

Hari ni pergi klinik dengan senang hati. Tak takut pun. Nak tau kena baca cerita lah.

Bila Abba balik, Abba bagi tahu yang Abba sakit gout. Apa tu? Serious ke? Risaulah Aadam. Dan Ammi pun bebel kat Abba. Ini first time aku dengar Ammi bebel. Ammi cakap, “Tulah bila lega sikit, tak nak jaga makan minum. Semua benda belasah walaupun dah tahu tak boleh makan. Blab la bla …..”

Tak sangka aku Ammi pun pandai berleter tapi leteran Ammi adalah untuk kebaikan Abba. Rupanya Abba memang dah sakit dulu tapi selepas ambil ubat, sakit Abba dah lega. Lepas tu Abba tak nak jaga makan minum Abba yang sepatutnya banyak berpantang.

Abba bawa Ammi ke Klinik Kita. Doktor yang bertugas adalah doktor yang sama semasa aku pergi ke sana sebab disangkakan demam. Doktor tu cakap mungkin kolestrol Ammi tinggi dan nasihatkan Ammi supaya jaga makanan yang Ammi makan. La! Tadi bising kat Abba, rupanya sendiri pun sama, tak nak jaga makan juga. Nantilah Aadam besar, Aadam akan buat satu senarai benda-benda yang dilarang makan untuk Abba dan Ammi. Aadam akan pastikan senarai tu dipatuhi kalau tak, ….. Aadam menangis kuat-kuat.

Doktor nak check Ammi dan suruh naik ke atas katil (panggil katil ke, yang kat bilik doktor tu). Abba nak tolong Ammi dan minta akak nurse tu dukung aku kejap. Lepas tu ada akak nurse yang lain datang dan dukung aku, terus bawa ke depan duduk di kaunter jururawat.

Bila Abba dan Ammi keluar dari bilik doktor, mereka tunggu untuk ubat dan biarkan aku dengan akak-akak jururawat. Abba datang tangkap gambar kami (tak padan dengan sakit). Abba bagi tau akak nurse tu aku ada blog dan bagi alamat blog aku.

Aku rasa lah kan mesti pesakit-pesakit lain tertanya-tanya kenapa aku duduk kat kaunter nurse. Guarantee jealous punyalah… berani kerat rambut. Pesanan buat pesakit-pesakit lain, janganlah dengki kerana sesungguhnya dengki itu adalah penyakit hati. Lagipun faham-faham ajelah …. Di mana ada jejaka (jejaka ke?) yang handsome lagi tampan serta macho dan bergaya, ditambah dengan cute dan comel (serta semua perkataan-perkataan yang sewaktu dengannya) yang bernama Aadam Mika’il ini, semestinya dia akan dikerumuni oleh peminat-peminatnya, apatah lagi para awex. Ahak! Ahak! Ahak! Jangan mare….

Selepas ambil ubat Ammi, kami balik ke rumah dan aku duduk bersama Abba dan Ammi sampailah ke malam.

Aku nampak Ammi sapukan minyak ke kaki Abba (walaupun Ammi sebenarnya cukup tak suka minyak. Entah berapa banyak minyak Ammi tuang pun tak tahulah sampai Abba complain cakap panas. Ammi ketawakan Abba dan cakap, “Baru tau…. Selalu sapu kat orang banyak-banyak macam ni juga”. Emm… Ammi ni sebenarnya nak sapu minyak kat Abba ke, nak balas dendam? Entahlah. 2-in-1 kot.


7 11 2010. Ahad

Selepas mandi, Abba menyiapkan aku. Sambil-sambil tu, Abba menggeletek perut aku dan aku ketawa terbahak-bahak. Aadam gelilah Abba.
Abba suka geletek perut aku dengan janggutnya yang tajam-tajam tu. Geli geleman sampai ulu pinggang.

Kata orang, orang yang penggeli ni penyayang orangnya…. Iye ke?  Agaknyalah kot sebab aku ni penyayang juga.

Lepas aku siap, Abba tanya aku nak buat apa. Belum sempat aku jawab, Abba cakap, “Tengok tvlah ya?” sambil buka tv. Ada cerita Winnie the Pooh. Aku landing sorang-sorang dalam bilik sambil tengok tv sementara Abba dan Ammi bersarapan.

Kerusi malas aku semasa menonton tv.
Kemudian Ammi datang menjenguk aku dan perkenalkan aku kepada watak Winnie dan Tigger. Yang lain-lain Ammi tak introduce kat aku. Agaknya Ammi pun tak tahu kot. Ammi bukanlah seorang penggemar cartoon macam Abba. 


Ammi hanya menonton cartoon Detective Conan. Abba akan menonton segala macam cartoon kalau ada kesempatan (dan kalau Ammi tak menonton drama-drama Hindustannya)…. Pink Panther, Tom & Jerry, Doraemon, Detective Conan, Upin Ipin, Kampung Boy dan lain-lain. Sebab tulah rumah kami ada Disney Channel walaupun sebelum aku wujud.

Hari ni aku banyak bermalas-malas, tengok tv, tidur dan bersembang-sembang (macamlah selalu aku buat kerja).

Ammi seperti biasa sibuk dengan kerja office Ammi. Abba tolong Ammi sort out surat-surat dan dokumn-dokumen Ammi dan filing. Ammi nak selesaikan semuanya sebelum pindah ke office baru.

Aku dengar Ammi cakap nak buat kek untuk kawan sepejabat Ammi. Kawan Ammi minta buat Carrot Cake. Hmmm… macam sedap saja bunyinya tapi …. Ammi reti ke nak buat kek? 3 bulan aku duduk sini tak pernah pun Ammi buat kek. Kena tunggu dan lihat ni….

Tunggu punya tunggu, tak terbau pun Carrot Cake Ammi sampailah ke malam. Ammi sibuk buat kerja office saja. Sampailah aku tidur.


6 11 2010. Sabtu

Munni Khala nak datang ke hari ni? Selepas mandi, aku bersantai-santai sambil bersembang dengan Ammi dan tengok-tengok tv. Abba pergi hantar kereta untuk service. Aku terlena.
Sudah tiga bulan umur aku. Muka pun dah makin bulat-bulat macam bola saja.
Harap-harap awek-awek aku tak lari meninggalkan aku...

Bila bangun, Abba dah balik. Abba pula sembang-sembang dengan aku. Abba ajak aku tengok tv dan buka cartoon tetapi Ammi suruh buka bacaan al-Quran bagi aku insaf sikit. Alih-alih Abba buka satu rancangan yang langsung tak menarik perhatian aku…. Rancangan masak-memasak. Boringnya. Aku mengalihkan kepala aku kea rah lain dengan harapan Abba atau Ammi akan faham yang aku tak nak tengok rancangan tu dan sememangnya mereka faham tetapi tak tukar channel juga.

Mujur tak lama selepas tu rancangan tu habis. Ammi buka pula drama Hindustan. Entah kenapa pelakon-pelakon drama tu banyak yang pakai baju warna merah dan warna merah itu menarik perhatian aku.

Ammi minta Abba bawa aku jalan-jalan kat luar rumah tetapi Abba cakap panas kat luar. Ammi call Munni Khala bertanya samada nak datang ke tak dan Munni Khala cakap tak jadi datang sebab Khairul Bhaiya tak nak ikut. Khairul Bhaiya kerja hari ni.

Penat tengok tv, aku tidur lagi sementara Abba pergi ambil kereta. Tunggu-tunggu Munni Khala, tak jadi datang pula.

Petang ni baru aku teringat yang semalam hari Deepavali. Tak terasa pun macam ada perayaan. Mungkin sebab aku duduk rumah Munni Khala. Di sana ramai kaum Cina tetapi orang India tak ada. Lagi pun dalam kegembiraan berjumpa Munni Khala dan lain-lain, aku terlupa langsung. Cadang nak ajak Ammi dan Abba pergi beraya tetapi dah terlupa dah. Anyway Happy Deepavali kepada semua penganut agama Hindu.

Malam ni aku meragam. Sebenarnya aku boring asyik terbaring dalam bilik saja. Abba bawa aku duduk di ruang makan. Lepas tu Ammi minta Abba bawa aku ke bilik tetamu sebab Ammi nak bagi aku tengok lampu warna-warni. Ammi cakap aku suka. Ni mesti bilik yang Munni Khala bawa aku hari tu.

Betul, memang bilik tu. Aku suka sangat sampai terlompat-lompat kesukaan. Lama juga Abba duduk dalam bilik tu dengan aku. Bila Abba Nampak aku dah penat dan berpeluh-peluh sebab melompat, walaupun air cond terpasang, Abba bawa aku balik ke bilik ke bilik kami.

Aku tengok tv sekejap dan terlena. Aku terjaga semasa Abba dan Ammi sedang makan. Aku pun hairan kenapa selalu masa Abba dan Ammi makan aku akan terjaga. Abba cakap aku bau makanan sebab tu aku bangun. Iye ke? Iyelah kot.

Aku minum susu tapi masih lapar. Abba bagi air kosong saja kat aku sebab Ammi cakap aku tak nak minum air kosong langsung. Bila aku rasa air kosong tu, aku tak jadi minum. Aku nak susu juga sebab air tu rasa tawar. Abba dan Ammi tak nak bagi walaupun aku nangis sampai keluar air mata. Ammi cuba pujuk aku dengan kata-kata manis tapi aku tak termakan kata-kata manis itu. Ammi cakap aku kena minum air sebab good boy minum air. Kalau aku good boy, aku kena minum sebab air kosong baik untuk kesihatan. Aku tak nak juga. Abba pun pujuk aku dengan merahsuah aku dengan dukungan. Aku tak nak minum juga. Akhirnya hati seorang ibu cair dengan air mata aku…. Tapi dah terlambat. Aku dah merajuk dan tak mahu minum walaupun dipujuk dengan berbagai cara sampailah aku terlelap. Abba  cuba psycho aku dengan berkata kalau aku tak minum, aku yang lapar. Abba dan Ammi tak rugi apa pun. Eleh macamlah Aadam tak tahu yang sebenarnya Abba dan Ammi kesian kat Aadam.

Tak lama selepas terlelap, aku terjaga semula sebab perut aku dah mula ber R & B. Harap-harap Abba dan Ammi tak merajuk dan mahu bagi susu. Aku dapat susu aku dan lepas minum, aku tidur. Semasa sedang minum susu aku Nampak Abba sedang tonton bola MU tapi aku tak nak tengok. Ngantuklah.


5 11 2010. Jumaat
Lepak kat rumah Munni Khala

Semasa Abba dan Ammi bersarapan, Abba bagi tau aku akan dihantar ke rumah Munni Khala dan Munni Khala akan datang tidur di sini, samada hari ni atau esok. Yahoo!
Di rumah Khala tadi ramai buat lawak antarabenua buat aku ketawa sampai terput-put,
malu rasanya nak cerita di sini

Selepas mandi aku tertunggu-tunggu nak ke rumah Munni Khala tetapi Abba dan Ammi masih landing-landing tengok tv dan main game. Bila nak pergi? Ammi Tanya Abba nak pergi pukul berapa dan Abba cakap dalam pukul 12 ke rumah Munni Khala dank e office Ammi selepas solat Jumaat. La! Lambat lagi. Baik aku tidur dulu, nanti bolehlah aku main-main dengan Baji dan Bhaiya.

Sesampai di rumah Munni Khala, aku tengok Noor Bhaiya pun ada. Siap berbaju melayu colour turquoise yang shiny-shiny gitu. Ammi Tanya Noor Bhaiya nak pergi nikah ke? He! He!

Hari tu aku dengar Ammi dan Khairul Bhaiya mengusik Noor Bhaiya yang gadis yang dulu cuba tackle Noor Bhaiya (tapi Noor Bhaiya bo layan) dah nak bernikah. Ammi Tanya Noor Bhaiya tak pergi ked an Khairul Bhaiya cakap sebab tu lah Noor Bhahiya balik dari poli …. Bukan nak lawat Munni Khala dan Khalid Khalu tetapi nak lawat bekas bakal girl friendnya. Abba pun menyampuk, “Hang dah rugi Noor, kalau tak dah boleh kahwin”. Noor Bhaiya pula cakap “Saya dah selamat dari dikahwinkan dengan budak gatal”.

Habis tu kalau bekas bakal girl friend dah tak jadi, nak nikah dengan siapa pula? Nanti Aadam tolong carikan nak?

Selepas Abba balik dari masjid, Abba dan Ammi pergi ke office Ammi. Aku lepak di rumah Munni Khala saja.
Belajar tidur mengiring.

Hari ni bum bum aku tak cecah tilam. Lepas sorang, sorang dukung aku. Tak sempat seorang letak aku kat tilam, dah ada orang lain nak dukung aku … sampaikan Munni Khala pun tak berkesempatan nak mendukung aku. Kalaulah Ammi tau …. Ammi tak bagi orang dukung aku lama-lama sebab Ammi risau nanti balik rumah aku nak minta dukung saja …. Penatlah Ammi. Ammi selalu cakap kat aku, “Ammi tak “lalaaat” lah”.

Abba dan Ammi datang ambil aku entah pukul berapa tapi dah malam. Aku pun dah terlena.

4 11 2010. Khamis

Pagi ni Mama tak datang sambut aku kat kereta. Babah yang ambil aku. Abba bagi tau Babah yang kulit aku melecet dan minta Mama sapu bedak gatal.


Gembira sungguh aku hari ni. Bila balik tu Abba ajak cerita joke, gelihati sehingga ke tali pusat aku.

Hari ni aku cerita kat Mama peristiwa malam tadi …. Cerita Abba nak mengkayakan tokey minyak telon dan Ammi nak mengkayakan tokey Gripe Water tulah. Aku tak pasti sama ada Mama faham atau tidak tetapi Mama sapukan satu krim di kawasan yang melecet tu. Krim tu sejuk macam lotion.

Abba lambat lagi hari ni. Mama dan Kak … entah yang mana satu, menghantar aku ke kereta. Mama tunjuk Abba dan Ammi krim yang Mama sapu tu dan pesan jangan sapu bedak gatal. Mama suruh sapu krim tu, siap offer nak bagi pinjam yang Mama punya. Hmmm… Kalau Abba nak mengkayakan tokey minyak telon dan Ammi nak mengkayakan tokey Gripe Water, Mama pula nak mengkayakan tokey krim gatal.

Aku dengar Mama Tanya samada aku akan ke rumah Mama esok dan Abba cakap tak sebab Abba dan Ammi cuti. Cuti? Cuti apa ye? Sempena birthday Aadam yang ke 3 bulan ke?

Ammi bagi tau aku esok Deepavali. Apa tu Ammi? Ammi seolah-olah faham, menjelaskan itu adalah perayaan kaum India. Oh! Gitu. Emm… Aunty Saras, Uncle Pathi, Uncle Rama dan kawan-kawan Ammi yang lain-lain tu yang Aadam jumpa masa kita pergi office lama Ammi tu rayalah esok ye?

Kita tak nak pergi ziarah mereka ke Ammi? Kalau kita pergi, Aadam dapat duit raya tak macam masa Aidil Fitri dulu? Kalau dapat, ok juga. Bolehlah Aadam beli rantai untuk Kak Af … ooops! Terlebih sudah. Untuk Munni Khala. He! He!

Ammi juga bagi tau aku yang esok Ammi nak pergi packing barang-barang Ammi kat office Ammi sebab office Ammi nak pindah. Aadam ikut boleh Ammi? Aadam pun nak tolong tengok juga….


3 11 2010. Rabu
Aku bikin ribut 


Abba hantar tilam aku ke rumah Mama sebab bakul aku sudah dibawa balik.

Petang ni pun Abba datang awal. Mama tengah solat. Kak Norlina ke Kak Norhanis (aku pun tak cam) hantar aku ke kereta.
Risau betul aku rambut yang tak tumbuh-tumbuh ni. Kalau selamanya lagu ni, siaplah Pak Cik Jai.

Seperti biasa Abba dan Ammi ajak aku bersembang. Aku pun sembang-sembang dengan Abba dan Ammi sekejap. Abba mendudukkan aku di atas perut Ammi dan Ammi mula sendawa tak henti-henti. Perut Ammi memang sedang kembung dah beberapa hari dan angin tu tak nak keluar walaupun Ammi dah cuba macam-macam. Kalaulah aku tahu yang angin tu akan keluar bila aku duduk atas perut Ammi, dah lama aku lepak-lepak atas perut Ammi yang ala-ala Dunlopillo tu. Mujurlah angin tu keluar dalam bentuk sendawa dan bukan angin yang berbau tu….

Lepas tu Ammi panggil aku Dr. Aadam sebab berjaya keluarkan angin di perut Ammi dan Ammi cakap terima kasih kat aku. Lepas tu aku minum susu dan tidur. Tapi aku tak selesa dan terjaga. Abba dan Ammi tak ada dalam bilik. Mana Abba dan Ammi pergi? Mesti tengah makan ni. Aku panggil dan Abba datang ambil aku bawa ke ruang makan. Kan betul tekaan aku. Aku bagi tau yang aku tak selesa tetapi Abba dan Ammi tak faham. Aku mula nangis (senjata aku yang paling berkesan).

Abba tepuk-tepuk perut aku dan cakap aku kembung lalu disapu minyak telon. Aku masih menangis. Ammi simpan nasi yang baru sesuap dua dimakan di bawah tudung saji dan pergi ambil Gripe Water untuk aku. Aku sendawa selepas minum Gripe Water tu dan Abba cakap dah baik dah, angin dah keluar. Aku masih menangis, makin kuat pula dan lama-kelamaan aku mula menjerit. Abba dan Ammi panic sebab aku tak pernah lagi menangis sekuat itu selama ini.

Abba sapu minyak telon lagi di perut aku. Ammi pula sapu di tapak kaki aku. Tangisan aku tak reda pun. Abba dukung aku dan bawa aku berjalan-jalan di dalam bilik sambil menghayun-hayun tangan seolah-olah aku naik buaian Darwish dulu. Best juga dan aku terdiam sekejap. Sekejap saja tau dan lepas tu aku mula balik. Abba dan Ammi dah tak tau nak buat apa.

Kerusi bermalas-malas aku untuk
lepak sambil menonton siri kartun.
Lepas tu aku ternampak kipas. Aku diam lagi sambil tengok kipas. Ammi cakap ada juga faedahnya Khairul Bhaiya ajar aku tengok kipas. Ammi pula dukung aku dan minta Abba ambilkan bouncer aku.

Kemudian terdetik di hati Ammi, entah-entah …… Ammi Tanya aku, “Aadam tatti kare se?” Betullah Ammi, yang tu lah. Itulah sebab Aadam menangis.

Dan selepas lampin aku dibuka dan *@!#$ (toot) aku dibersihkan dan dipakaikan Pampers baru, barulah aku lega dan aku bersembang dengan Abba dan Ammi.


Abba ketawakan aku dan cakap, “Malulah anak jantan menangis sebab iyak. Lain kali cakaplah Aadam iyak Malulah jiran-jiran dengar Aadam nangis pasal iyak.

La! Kan tadi Aadam dah cakap dah. Abba dan Ammi yang tak faham. Sampai melecet kulit bumbum Aadam baru perasan. Tu pun mujur Ammi terfikir benda tu, kalau tak, makin kayalah tokey minyak telon dan Gripe Water tu.



2 11 2010. Selasa

Sewaktu sarapan, Abba mendukung aku. Betullah telahan aku. Mujur tak diletak atas meja yang keras tu.
Banyak cerita untuk dikongsi dari rumah Mama, tapi sayang Ammi dan Abba tak paham-paham.

Seperti semalam, aku dihantar ke rumah Mama lagi. Hari ni Ammi ada packing baju extra bagi Mama simpan. Sesampai di rumah Mama, Babah datang jumpa Abba. Saja nak berkenalan. Babah Tanya, “Mana sampan dia?” Sampan? Sampan apa? Aku ada sampan ke? Tak pernah naik pun. Rypa-rupanya Babah tengah tanya fasal bakul aku. Aku confuse. Ammi panggil bakul, Abba panggil kubang, Tok Wan panggil sarang, Babah panggil sampan, Munni Khala panggil buaian. Sebenarnya ap benda ni?

Hari ni Ammi tak telefon Mama bertanyakan tentang aku. Agaknya Ammi sibuk ataupun segan dengan mama kot.

Aku seperti biasa bersikap baik dan tak menyusahkan Mama. Aku rindukan Munni Khala dan yang lain-lain. Bila agaknya aku nak berjumpa dengan mereka.

Petang ni Abba datang awal menjemput aku. Abba bawa bakul aku balik. Tu mesti fasa tak mau dukung aku semasa makanlah tu. Ada bakul ni senang, Abba dan Ammi boleh letak aje aku kat dalam ni semasa nak makan sambil aku baring-baring terliur tengok makanan yang best-best dan Abba dan Ammi memakan makanan yang best-best tu.

Balik dari kerja Ammi akan layan aku
 sembang, Abba pulak tangkap gambar.
Balik ke rumah, Ammi ajak aku bersembang tetapi aku lapar dan tak nak sembang. Ammi bagi tahu yang Munni Khala nak sembang dengan aku. Kata Ammi, pagi-pagi tadi Munni Khala ada telefon tetapi Ammi tak perasan telefon berbunyi sebab Ammi tengah bersarapan masa tu. Ammi janji dengan Munni Khala nak telefon malam ni bagi aku sembang dengannya. Tapi ….. Munni Khala fahamkah bahasa aku?

Aku sedang menunaikan hajat besar
pun Abba tangkap gambar
Ammi telefon Munni Khala tapi aku tak nak sembang sebab aku lapar. Munni Khala pot pet pot pet cakap dengan aku tetapi aku bunyi sikit-sikit je sebab tak larat. Tak isi minyak mana kereta nak jalan…. Cuba isi minyak jenama SUSU, barulah engine aku akan bunyi.

Lepas tu Abba buat susu dan Ammi bagi minum dan aku mula bersembang selepas tu. Kan Aadam dah cakap, kena isi susu dulu. Ammi call Munni Khala semula dan aku bersembang dengan Munni Khala. Nana Baji pun ada di situ menyampuk tapi aku tak nak layan. Awat la ni nak sembang dengan Aadam? Pergilah sembang dengan adik-beradik kembar pemain bola tu …. (merajuk ni).

Munni Khala tergelak dengar Ammi Tanya aku, “Aadam, Aadam, phir kau hua? (dalam dialek kampung arwah Nani, yang bermaksud “Aadam, Aadam, lepas tu apa jadi?) Munni Khala cakap cara Ammi bertanya tu macam le Ammi faham apa yang aku cerita. Ammi pun ketawa.


1 11 2010. Isnin
 Hari pertama di rumah Mama.

Aku kecut pagi ni. Apa yang bakal berlaku di rumah Mama. Khabarnya Mama ada menjaga 2 orang lagi budak-budak. Macam mana reaction dia orang terhadap aku? Agaknya cemburu, tak?
Semua baru hari ni. Tempat asuhan baru frame blog aku ni pun dah baru.

At the same time, aku juga rindukan Munni Khala dan keluarganya. Dah hampir 3 bulan aku ke sana. Bila ada orang lain yang akan jaga aku secara mendadak (walaupun sebenarnya tak begitu mendadak sebab aku dah tau awal-awal lagi), aku risau juga.

Dalam kerisauan tu ada sedikit excitement sebab aku akan jumpa orang baru di tempat baru.

Pagi ni aku bersembang-sembang dengan Abba, Ammi, Ella Baji dan Isha Baji. Banyak yang aku cakap tapi mereka tak faham. Ella Baji dan Isha Baji ternyata amat sedih dan kecewa. Jangan macam tu Baji, nanti Aadam pun sedih.

Selepas bersiap, aku dihantar ke rumah Mama. Anak gadis Mama datang ambil barang-barang aku yang dipindahkan dari rumah Munni Khala. Mama pula datang ambil aku. Ammi memberi sedikit “briefing” kepada Mama tentang diri aku. Ammi cakap sekarang aku cuba nak tiarap tapi aku tak pandai nak angkat kepala aku. Ammi risau kalau Mama sedang masak dan tak perasan yang aku dah tertiarap. Mama cakap jangan risau sebab biasanya Mama tak akan masak selagi ada budak-budak di rumah. Hmmm… Aku ingatkan datang sini aku boleh kecek makanan dari Mama sebab Abba dan Ammi tak nak bagi tetapi ….. hampa lagi. Nampaknya aku kena stick to susu juga le.

Tak seperti masa aku di rumah Munni Khala, Ammi telefon Mama sekali saja. Agaknya Ammi takut Mama terasa kot kalau Ammi telefon banyak kali. Mesti Ammi rindukan aku.

Malam ni Abba lambat lagi datang ambil aku. Abba kena pergi studio untuk tengok gambar Sheila semasa photo shoot hari tu. Hari ni Ammi pun ada bersama Abba tetapi Nana Baji dah tak datang dah. Terasa kehilangannya…

Mama bagi tau Ammi yang baju aku tak mencukupi sebab Ammi tersilap hantar 2 helai baju instead of 1 baju dan 1 seluar. Nasib baik ada lagi 2 pasang. Biasanya Ammi packing 3 pasang. Mama minta Ammi tinggalkan sedikit baju aku di rumah Mama. Bakul aku juga ditinggalkan di rumah Mama. Tinggalkan bakul? Nanti Abba dan Ammi makan, macam mana Aadam nak join sekali? Takkan nak dukung pula…. Kalau dukung, macam mana nak makan? Ke Abba bercadang nak baringkan Aadam atas meja? Tak mungkin…

Sekejap saja kami dah sampai rumah. Tak bestnya. Kalau dulu aku boleh ronda-ronda dalam kereta lama-lama, sepanjang perjalanan dari rumah kami ke office Ammi dan seterusnya ke rumah Munni Khala dan kemudian semasa balik, dari rumah Munni Khala ke office Ammi dan kemudian balik ke rumah. Siap sempat nak terlelap lagi. Tetapi sekarang, tak sempat nak panas bum bum aku lagi dah sampai. Aku suka ronda-ronda dalam kereta.

Sesampai di rumah, aku terasa lapar tetapi bila Ammi bagi susu, aku tak nak minum sebab aku sibuk nak bercerita segala yang berlaku hari ni. Riuh rendah aku bercerita. Abba dan Ammi tergelak-gelak dengar celoteh aku. Apasal ha? Aku tak buat lawak pun. Abba dengan Ammi faham taka pa yang Aadam cerita ni? Aku rasa tak faham kot tapi Abba dan Ammi seronok tengok aku bersembang dan tergelak-gelak kesukaan. Ammi siap Tanya, “Lepas tu apa terjadi?” Eh! Faham ke? Aku konpius (confuse) betul.

Aku bagi tau Abba dan Ammi yang di rumah Mama ada Mama, Babah (suami Mama), anak-anak Mama – Kak Norlina dan Norhanis dan budak-budak yang mama jaga – Abang Adam Iman dan Kak Afwa. Kedua-dua mereka cute macam aku juga… He! He! He!

Err.. kena panggil kakak ke? Kalau Aadam panggil Afwa saja boleh? Emm… Ammi, Ammi, kalau kita pergi ke Bangsar Village weekend ni nak tak? Aadam nak beli rantai yang hari tu Munni Khala tengok tu, nak hadiahkan kepada Munni Khala tetapi kalau Munni Khala tak nak kan, boleh tak Aadam bagi dekat Kak Afwa? Boleh kan Ammi? Tapi Ammi tak jawab pun.

Setelah penat bercerita, aku minum pula tetapi terasa susu tu tawar semacam je. Abba yang bancuh susu tu tadi. Abba cakap terlajak air. Abba pergi tambah susu lagi. Aku yang kelaparan, menjerit-jerit dan Abba dan Ammi tertawa melihat gelagat aku. Abba siap tanya, “Mana belajar nak marah Abba ni?” Aku terus merajuk dan tak nak minum. Jenuh Abba dan Ammi pujuk, baru aku nak minum.

Ammi bagi tau aku yang Munni Khala dah ada baby baru yang rupanya dan sikapnya sama macam aku. Cepat sungguh Munni Khala cari pengganti aku. Sedihnya. Lepas tu Ammi cakap baby tu anak celebrity yang Sinara Khala tolong jaga sebab baby sitternya menjaga anak baby sitter tu yang masuk hospital. Oh! Bukan Munni Khala yang cari pengganti. Ammi pun happy sebab Ammi cakap Munni Khala taklah terasa sangat ketiadaan aku. Hmm… oklah tu.