Monday, April 18, 2011

Aadam's Story bulan April 2011



30 4 2011. Sabtu

Abba dan Ammi cancel rancangan nak pergi bercuti sebab aku demam. Kesian mereka. Duit booking hotel pun burn saja. Aku harap aku akan sembuh dengan segera. At least bolehlah Abba dan Ammi pergi pada hari Ahad dan Isnin.

Hari ni Abba banyak bawa aku duduk di halaman rumah, ambil angin. Aku seronok sangat. Aku juga try naik kereta ku dan hari ni aku dah berani naik. Seronok. Ammi meminta Abba keluarkan kereta Abba supaya aku boleh “drive” di halaman rumah.

Petang ni Abba bawa aku ke pasar malam. Kami pergi beli makanan untuk Pak Ngah sebab nanti dia nak datang pinjam kereta Abba. Pak Ngah nak pergi jemput Makcik Asmah dari kampusnya. Memandangkan Tok, Tok Wan dan yang lain-lain pun nak ikut, kereta Pak Ngah tak muat. So kena pakai kereta Abba.

Aku tertunggu-tunggu Pak Ngah tapi tak sampai-sampai pun. Akhirnya aku terlena.


29 4 2011. Jumaat

Tetiba saja aku rasa tak sedap badan hari ni, rasa macam nak demam dan sememangnya aku demam. Demam kuat pula tu. Alamak! Macam mana nak pergi bercuti ni?

Abba dan Ammi lewat hari ni sebab Abba ada meeting. Selepas ambil aku, Abba dan Ammi terus bawa ke klinik. Ammi risau aku kena demam campak. Di klinik, doktor check aku dan cakap bukan demam campak.

Balik ke rumah, Abba dan Ammi asyik melekat dengan aku sebab aku demam. Memang badan aku terlalu panas. Ammi siap suggest suruh bawa ke hospital tetapi Abba cakap tak perlu sebab selepas makan ubat, demam aku lega sikit.

28 4 2011. Khamis

Hari ni Abba belikan car seat untuk aku, berwarna hitam seperti yang Ammi nakkan. Abba cakap ini stok baru. Aku tak berapa happy sebab nanti aku akan kena ikat dan tak boleh lasak dalam kereta.

Ammi pula bagi tahu kami nak pergi bercuti. Bercuti? Ke mana tu Ammi? Paris? Turki? India? Paling tidak, ke London tengok royal wedding William dengn Kate. Apa? Ke Cameron Highland saja? Tak apalah …. Cuti-cuti Malaysia. Abba dan Ammi bercadang nak pergi dari Sabtu sampai ke Isnin tetapi fasal lambat sangat nak booking hotel, baru dapt hotel untuk hari Isnin saja. Tak tahulah untuk Sabtu dan Ahad dapat ke tidak.


25 4 2011 – 27 4 2011. Isnin – Rabu

Hari-hari bias tanpa sebarang aktiviti istimewa. Abba try bagi aku naik Mini Cooper aku tetapi entah kenapa aku rasa takut pula kat kereta tu dan tak mahu naik. Aku menangis ketakutan. Abba cakap kat Ammi nanti slowly aku akan biasa.


24 4 2011. Ahad

Hari ni pagi-pagi kami dah pergi ke Pureen sale. Kami sampai hampir pukul 10.00 a.m. dan …… TAK ADA PARKING KOSONG LAGI! Agaknya semua orang pun berfikir macam Abba dans emua orang datang awal. Apasallah ramai sangat orang kat sini? Agaknya sale gila-gila kot.

Akhirnya kami berjaya mendapat satu parking kosong agak jauh dari kilang Pureen. Abba tolak kerusi roda Ammi sampai ke kilang itu dan masuk saja ke dalam, aku terkejut tengok lutan manusia. Mula-mula Abba beli makanan untuk aku dan kemudian kami ke kawasan pakaian. Sepanjang jalan aku nampak orang ramai duduk bersila atas jalan bersama longgokan-longgokan baju yang mereka pilih. Setiap orang beli berlonggok-longgok baju. Ni macam betul-betul punya sale ni.

Sampai ke kawasan pakaian, kami dapati dah tak ada ruang untuk masuk. Abba suruh Ammi tunggu kat tepi dengan aku sementara Abba menyelit-yelit di celah orang ramai, memilih baju untuk aku.

Lama juga Abba memilih. Abba datang bersama selonggok baju (tapi taklah sebanyak yang orang-orang lain beli tu). Abba cakap kat Ammi dah tak banyak pilihan dan saiz aku pun tak ada. Ammi buat pilihan pula daripaa baju dan seluar yang Abba pilih. Lepas tu Abba pergi satu round lagi nak pilih baju dan seluar lagi dan kemudian bawa untuk approval Ammi. Lepas tu kami balik. Ammi nak call Mak Andak suruh pergi beli untuk Darwish tapi Abba cakap saiz Darwish tak ada so tak jadilah Ammi call Mak Andak.

Tiba-tiba saja Abba nak pergi ke Summit sebab di sana pun ada Babyland. Belum puas lagi membeli untuk Aadam ke? Sampai di Summit, kami pergi makan dulu, or rather Abba dan Ammi pergi makan dulu di sebuah kedai mamak.

Lepas siap makan, barulah kami ke Babyland. Taklah besar mana kedai ni. Masuk-masuk saja Abba ternampak basikal dan terus kami ke sana. Aku berkenan satu basikal tu dan asyik pandang dan cuba mencapai basikal tu. Lepas tu Abba pergi belek car seat pula tetapi harga kat sini agak mahal. Kami balik semula ke tempat basikal. Abba berkenan satu basikal tu dan nak beli untuk aku. Ammi suruh beli yang aku berkenan tu sebab Ammi perasan aku asyik memandangnya. Abba observe basikal tu, belek-belek dan cakap ok.

Tetiba Ammi bertanya, “Kereta tak nak beli ke?” Di atas shelf basikal tu ada shelf di mana terletak kereta-kereta kecil, sesui untuk kanak-kanak sebaya aku bawa. Semua kereta tu kecil kecuali satu yang lebih besar. Itu kereta Mini Cooper berwarna merah. Abba terus berkenan kereta tu dan bertanya salesgirl tu fasal kereta Mini cooper tu. Dia cakap kereta tu boleh pakai remote dan bila aku dah besar sikit, aku boleh bawa sendiri sebab ada tempat untuk tekan minyak. Wah! Macam kereta yang real saja. Abba nak try tengok macam mana kereta tu berfungsi. Rupa-rupanya tukang jual ia pun tak sure. Puas dia orang mencuba. Akhirnya baru berjaya. Abba dudukkan aku ke dalam kereta tu dan ada someone operate remote control dia. Seronoknya. Siap ada radio dalam kereta ni. Aku ke hulu hilir dengan kereta ni dan Abba pun belikannya untuk aku. Terima kasih Abba, Ammi. Bukan murah harga kereta ni, boleh dapat sebuah motorsikal second hand ni.

Lepas tu kami ke kawasan pakaian bayi pula tapi tak beli pun sebab nothing special. Cuma Abba dan Ammi belikan 2 pasang stocking dan sepasang kasut untuk aku.

On the way balik, aku berangan-angan nak bawa Darwish naik kereta aku dan pergi ronda-ronda. Tapi kereta ni boleh naik seorang saja. Tak apalah, nanti kami bawa bergilir-gilir.

Sampai di rumah, Abba dan Ammi minum petang. Aku tumpang sekaki makan pisang goreng. Kemudian Abba suap aku samosa dan karipap. Pedas sikit tapi sedap. Ini first time aku rasa something pedas tapi aku boleh makan dan nak lagi. Abba terkejut. Abba bertanya aku apa benda yang aku tak makan. Semua Aadam makan Abba.

Aku kepenatan dan tidur awal hari ni.
 

23 4 2011. Sabtu

Hari ni kami nak pergi shopping baju aku lagi. Nak pergi ke kilang Pureen dan Babyland yang ada sale. Abba dan Ammi tak jemu-jemu beli barang-barang untuk aku.

Kami bertolak selepas solat Zohor. Sampai ke kawasan kilang Pureen, jalan punyalah sesak sebab ada kerja construction. Entah berapa jam kami tersangkut di sana. Abba decided nak ke Babyland dulu. Ammi call bertanyakan direction dan kami pun pergi. Kami tersesat dan terpaksa berpatah balik ke jalan yang sesak dan pergi semula ke Babyland dan akhirnya bila sampai, tak ada parking kosong. Hujan pula mula turun. Abba round-round kat situ cari parking tetapi tak berjumpa yang kosong lalu kami berpatah balik ke kilang Pureen. Got stuck in the jam again, berjam lamanya dan akhirnya bila sampai, kat sana pun tak ada parking kosong. Rupanya ramai sangat orang yang datang ke sale Pureen ni. At last kami decided untuk balik saja. Abba cakap esok kita datang pagi-pagi. Sale tu bermula pukul 10.00 a.m. so kita datang pukul 9 lebih supaya tak ramai orang.

Dari sini kami tak terus balik ke rumah tapi pergi ke Tesco dulu, nak cari car seat untuk aku. Sebelum pergi tendok car seat, kami singgah di restoran mamak untuk minum petang. Abba makan mee goreng dan Ammi makan roti canai banjir. Aku makan angin saja.

Lepas tu pergi tengok car seat. Abba dan Ammi tak berkenan juga dan Abba cakap nanti Abba beli yang warna maroon kat Jusco tu. Ammi diam saja. Aku tahu Ammi tak suka yang warna maroon tu.

On the way nak keluar, Abba ternampak satu t-shirt ada bertulis “I Love Dad”, sepasang dengan seluar jalur merah putih dan topi juga berjalur merah putih. Ammi pun suka tetapi saiz aku tak ada. Akhirnya sales girl tu bagi satu pasang untuk bayi berumur 2 tahun. Yang ini pun ngam-ngam aku pakai ttapi fasal suka, Ammi beli juga.

Aku terlalu penat dan tidur awal hari ni.


21 4 2011 – 22 4 2011. Khamis - Jumaat

Tak ada apa yang istimewa. Aku menjalani rutin biasa sahaja.

20 4 2011. Rabu

Tak sabar menunggu petang, nak pergi shopping. Akhirnya Abba sampai, lebih awal dari biasa. Abba letak aku dalam bakul aku dan drive ke office Ammi. Half way aku dah boring baring dalam bakul tu. Aku nak duduk dan tengok jalanraya, tengok kereta lalu lalang. Kenapalah Abba tak dudukkan aku? Aku kan dah boleh duduk sekarang. Aku mula meniarap dalam bakul tu dan kemudian aku duduk bersandar dalam bakul tu. Abba pun pening tengok gelagat aku. Bila Ammi turun ke kereta, Abba suruh Ammi tengok macam mana aku duduk bersandar dalam bakul. Ammi ketawa saja. Abba cakap dah tak boleh guna bakul ni dah. Yahoo! Aku akan dapat duduk sendiri-sendiri atas seat kereta macam orang dewasa. Seronoknya Seronoknya! Kemudian Abba sambung ayat Abba …. Kena beli car seat untuk aku. Hah! Sedihnya! Sedihnya!

Aku sebenarnya mengantuk dan semasa on the way ke Mid Valley, aku terlelap di riba Ammi. Bila aku terjaga, kami dah ada di parking lot Mid Valley.

Kami terus ke kawasan pakaian bayi dan kanak-kanak. Wah! Ramainya manusia dan banyaknya baju. Semua orang sedang memilih pakaian untuk anak mereka. Abba juga sibuk memilih baju aku sementara Ammi meriba aku. Selepas pilih Abba tunjuk Ammi minta approval. Kadang-kadang bila Abba parking kerusi roda Ammi berdekatan dengan baju-baju tu, aku turut ambil kesempatan memilih baju aku. Lama jugalah kami meronda memilih baju sampai aku penat dan mengantuk. Abba banyak ambil baju untuk bayi berumur 18 – 24 bulan. Kenapa yek? Aadam kan baru berumur 8 bulan. Tapi nak buat macam mana….. baju tu yang sesuai untuk aku. Kalau ambil yang untu 6 – 12 bulan, samada ngam-ngam aku pakai sekarang atau ketat. Eh! Aku ni besar sangat ke sampai baju yang sepatutnya saiz aku tak muat aku pakai. Dahlah baju ni nak dipakai semasa raya, nanti tak celuih langsung. Yang paling menyedihkan semasa Abba ukur seluar panjang untuk aku…. Seluar yang untuk baby berumur 2 tahun pun ketat aku pakai. Terpaksa ambil yang untuk baby berumur 3 tahun, baru ok pinggang dia tapi panjanglah. Ammi kata taka pa, nanti boleh lipat.

Banyak jugalah baju dan seluar yang Abba dan Ammi beli untuk aku. Kemudian kami pergi tengok kasut pula tetapi tak ada yang berkenan. Lepas tu cari stocking pula. Pun taka ada yang berkenan. Kemudian pergi tengok car seat. Abba suka satu tu tapi Ammi tak suka sebab berwarna maroon. Ammi cakap tak sesuai untuk aku. Akhirnya Abba dan Ammi tak jadi beli dan decided nak cari kat tempat lain pula.

Semasa kami keluar dari Jusco, kedai-kedai lain dah tutup. Apa taknya … dah pukul 11.00 lebih. Aku tertidur on the way balik ke rumah dan tak tahu pukul berapa kami sampai.

19 4 2011. Selasa

rutin sama macam semalam dan aku masih tertanya-tanya bila agaknya nak pergi beli baju raya aku. Tahun lepas aku masih kecil lagi dan tak tahu apa pun. Abba dan Ammi pergi beli baju raya aku pun sendiri-sendiri, tak bawa aku. Tapi tahun ni aku dah besar, dah boleh pilih baju aku sendiri (ye ke?). Aku harap Abba dan Ammi akan bawa aku bersama.


text
text
Hari ni pun kami tak pergi. Malam ni Ammi baru cerita kat aku yang esok balik kerja, Abba dan Ammi nak pergi beli baju aku. Aadam ikut tk Ammi? Ammi tanya aku nak ikut tak. Mestilah nak Ammi. Ammi bagi tahu nanti Abba datang fetch aku dulu baru pergi jemput Ammi dan kemudian kami pergi shopping. OKlah tu. Tak sabar rasanya nak pergi pilih baju sendiri.


18 4 2011. Isnin

text
Add caption
Abba dan Ammi kerja hari ni dan aku seperti biasa pergi ke rumah Mama. Semalam aku dengar Ammi ajak Abba pergi shopping, nak cari baju raya aku. Baju raya? Awalnya. Ammi nak pergi ke J-Card Members’ Day Sale di Jusco Mid Valley. Ammi memang tertunggu-tunggu sale ni sebab Ammi cakap sale dia giler-giler. Soalnya sekarang, bila Ammi nak pergi tu. Aku tak pastilah pula dan Ammi pun tak cerita kat aku seperti selalu so aku tertanya-tanya. Agaknya Abba dan Ammi bawa aku tak?

Bila Abba dan Ammi balik malam ni, kami terus balik ke rumah. Maksudnya bukan hari nilah nak pergi ke sale tu. Ke Abba dan Ammi dah pergi tanpa bawa aku? Rasanya tak kot sebab Abba dan Ammi jemput aku waktu biasa. Takkanlah pergi shopping boleh balik awal sangat.


17 4 2011. Ahad

Hari ni aku try satu makanan baru – laddu. Emm… Manisnya tapi aku suka. Ammi bagi rasa seikit. Aku nak lagi tapi Abba cakap jangan makan laddu banyak-banyak sebab manis sangat. Ammi cakap aku anak Hindustan, suka makan laddu.

Hari ni kami pergi hantar baju Ammi kat tailor, Makcik ani namanya. Pagi-pagi lagi kami dh pergi sebab ada jiran buat kenduri hari ni. Abba cakap kalau lewat, takut ada orang parking kat depan rumah kami. Nanti tak boleh keluar masuk.

Berpusing-pusing kami cari kedai Makcik Ani. Berkali-kali Ammi telefon bertanyakan direction. Akhirnya kami jumpa kedai tu. Dekat rumah Mak Andak. Makcik Ani adalah seorang OKU. Dia duduk di atas wheel chair sambil ambil ukuran badan Ammi. Aku respectlah kat Makcik Ani. Aku rasa orang-orang macam Makcik Ani bukannya OKU, tetapi OBU – Orang Banyak Upaya. Apa taknya, dalam duduk atas wheel chair tu pun boleh jahit baju orang. Orang yang sihat walafiat pun ramai yang tak eri jahit baju. Respectlah kat Makcik Ani.

Balik dari kedai Makcik Ani, aku kepenatan lalu tidur. Bila aku bangun, Abba ajak pergi makan kenduri kat rumah jiran kami. Sebenarnya aku malas nak pergi sebab aku tahu aku tak akan dapt makan punya. Hanya Abba dan Ammi akan makan sementara aku tengok saja. Abba pergi survey dulu dn bila balik, Abba cakap ramai sangat orang dan tak ada tempt kosong. Kemudian Abba pergi survey lagi dan lepas tu baru kami pergi. Seperti yang dijangka, Abba dan Ammi saja makan dan aku pandang saja.

Balik dari kenduri, aku bermain sekejap dan kemudian tidur. Bangun tidur, bermain lagi dan kemudian tidur lagi. Seronok sungguh jadi budak-budak …. Makan, tidur, main, makan, tidur, main. Tak payah penat-penat buat kerja. Bestnya.


16 4 2011. Sabtu

Selepas solat Subuh, Abba dan Ammi tidur semula. Semasa aku terjaga, Abba masih tidur. Abba bangun lewat hari ni. Agaknya cover balik tidur malam Khamis yang tak cukup kot. Aku bermain dengan Ammi.

Agaknya hari ni Abba atau Ammi baca tak buku cerita untuk aku. Aku tak pasti tetapi aku harap aku dapat mendengar cerita apa-apa.

Aku banyak bermain hari ni. Petang ni finally Ammi bacakan buku cerita “My Mother Loves Me” untuk aku. I was wrong. Ini bukan kisah arnab. Dalam buku ni ada banyak haiwan, setiap mukasurat satu haiwan yang berlainan dn setiap haiwan tu beritahu kenapa ibu dia sayangkan dia. Misalnya ada yang kata, “I know my mother loves me because she wants me to look good all the time”. Ada yang kata, “I know my mother loves me because she kisses me every night” dan sebagainya. Aku dapati semua benda yang setiap haiwan tu cakap ibu mereka lakukan, Ammi juga lakukan untuk aku so I too know my Ammi loves me because she does everything for me and my Abba also loves me because he does everything for me too. I also love my Ammi and Abba. I love both of you very much. 
15 4 2011. Jumaat

Pagi ni Ammi bagi tahu aku yang Abba balik pukul 1.30 a.m. semalam. Lewatnya. Ammi tunggu Abba ke tidur? Aku rasa mesti Ammi tunggu, tulah Ammi tahu bila Abba balik. Kasihan Abba. Sememangnya Abba dan Ammi terlalu kuat bekerja demi maa depan kami. Nanti bila Aadam dah besar, Aadam pula tolong Abba dan Ammi.

Petang ni Abba dan Ammi datang lagi awal, lebih awal dari semalam. Don’t tell me hari ni pun Abba kena masuk semula ke office. Mujur tidak. Hari ni Ammi ada appointment kat hospital jadi Abba dan Ammi ½ day hari ni. Doktor pula cepat panggil Ammi so dapatlah balik awal.

Abba dan Ammi minum petang kat rumah hari ni. Macam weekend pula. Selalunya weekdays Abba dan Ammi tak minum petang kat rumah. Agaknya sebab hari ni dah balik awal, so Abba dan Ammi pun minumlah. Aku tumpang sekaki makan pisang goreng. Lepas tu aku makan bijirin pula dan bila perut dah kenyang, apa lagi …. tidurlah.

Aku tidur sekejap saja. Lepas tu aku bangun bermain. Bila dah penat bermain, aku tidur semula.

14 4 2011. Khamis

Abba dan Ammi balik awal pula hari ni. Lebih awal dari biasa. Pelik betullah, sekejap awal, sekejap lewat.

Sesampai di rumah, Abba macam rushing saja. Sekejap lepas tu Abba keluar semula. Nak pergi mana tu? Abba tak bawa Ammi dan Aadam ke?

Rupanya Abba kena masuk kerja semula sebab ada kerja urgent kena disiapkan malam ni juga. Kenapa tak bawa balik buat di rumah saja? Ammi cakap boss Abba kena check kerja tu sebab tulah Abba kena buat di office. Takkanlah nak bawa boss Abba balik ke rumah juga. Aku ada dengar Abba bagi tahu Ammi yang mungkin Abba akan balik pukul 11.00 p.m. nanti. Lamanyaaaa

Tak lama selepas Abba pergi, aku pun tidur, tapi tak lama. Lepas 1 jam aku terjaga. Aku mulai menangis tak berhenti-henti. Ammi cuba buat macam-macam tapi aku tak nak diam juga. Ammi bagi susu, aku tak nak. Ammi bagi puting, aku tak nak. Ammi tukar lampin, aku tetap menangis. Ammi bawa aku berjalan (walaupun sepatutnya Ammi tak boleh dukung aku lagi), aku menangis juga. Ammi dah tak tahu nak buat apa lalu telefon Abba. Abba pun tak tahu nak buat apa. Kemudian Ammi bagi iPhone Ammi, main Baby Piano, baru aku diam. Aku rasa lucu tengok Ammi bermain piano tu dan ketawa. Barulah Ammi lega. Ammi cuba menepuk-nepuk perut aku. Dab! Dab! Dab! Barulah Ammi tahu aku kembung perut. Ammi pun sapu minyak dan lepas tu barulah aku minum susu dan tidur.

Aku tak pasti pukul berapa Abba balik tetapi semasa Ammi call Abba pukul 11.00 p.m., Abba masih kat office.

13 4 2011. Rabu

Hari ni pun Abba dan Ammi terlewat tapi taklah lewat macam semalam. Hari ni Ammi pula yang ada kerja. Balik ke rumah, seperti noasa aku main sekejap kemudian tidur.

12 4 2011. Selasa

Abba dan Ammi balik lambat hari ni. Aku pun tak tahu kenapa. Aku tertunggu-tunggu. Akhirnya Abba sampai sekitar 8.45 p.m. Mana Ammi? Ammi tak ada pun. Ni mesti Ammi kat office lagi. Agaknya Ammi ada banyak kerja kot. Bila Ammi nak balik?

Selepas ambil aku, Abba terus ke pejabat Ammi. Dalam perjalanan balik ke rumah, baru aku tahu rupanya Abba yang ada kerja. Abba ada photography session dengan Rozita Che Wan. Patutlah lambat. Aku rasa kerja macam Abba ni best juga, dapat jumpa ramai artis –Rozita Che Wan, Sheila, Rita Rudaini dengan suaminya, Waheedah, Amy Mastura, Dinaz, Ida (pemenang Gadis Melayu) dan entah siapa-siapa lagi. Errrr… Abba tak ada buat iklan dengan Rooney ke? Aadam teringin nak jumpa.

11 4 2011. Isnin

Satu hari yang memboringkan. Tiada apa yang istimewa.

10 4 2011. Ahad

Aku bangun tidur agak lewat dari biasa sebab keletihan “berjalan” malam tadi. Hanya Abba, Ammi, Munni Khala dan Noor Bhaiya saja yang dah bangun. Orang lain masih tidur lagi. Semasa bersarapan, Farooq Mamu telefon cakap nak datang ke rumah.

Selepas mandi aku tak tidur seperti biasa sebab nak tunggu Farooq Mamu. Aku lebih nak jumpa Qayyum Bhaiya. Sementara menunggu mereka, aku bermain dengan Noor Bhaiya, Nana Baji dan Isha Baji yang dah bangun tidur.

Bila Farooq Mamu sampai, Qayyum Bhaiya bermain dengan aku dari jauh saja. Agaknya belum kenal rapat dengan aku kot, tu yang dia malu-malu. Dah lama-lama tu barulah Qayyum Bhaiya nak datang dekat aku. Tetiba aku rasa mengantuk dan tertidur sebelum Farooq Mamu balik.

Semasa aku terjaga, aku dah berada dalam kereta dengan Ammi. Kami sedang tunggu Abba yang sedang tunggu Munni Khala dan anak-anaknya keluar rumah sebab Abba nak kunci. Agaknya kami nak ke majlis doa selamat Khan Khalu kot. Ella Baji dan Isha Baji naik kereta kami. Khairul Bhaiya, Noor Bhaiya dan nana Baji naik kereta Munni Khala.

Betul tekaan aku. Sememangnya kami ke rumah Khan Khalu. Ammi, kedua-dua Baji dan aku turun dulu sementara Abba pergi parking. Kami disambut oleh seseorang yang aku tak kenali. Kemudiannya aku dapat tahu itu adalah adik kepada Khalid Khalu iaitu Rehana Khala. Rehana Khala cakap Ammi dah kurus. Bila masuk ke dalam, aku jumpa seorang lagi insan buat pertama kali. Ini ialah anak saudara kepada Khalid Khalu iaitu Kak Zarina. Kak Zarina pun cakap Ammi dah kurus. Kemudian Ammi ke dapur berjumpa orang-orang di dapur. Mashkoora Khala pun tegur Ammi dah kurus. Aku rasa Ammi mesti happy giler hari ni sebab semua orang cakap Ammi dah kurus.

Kami lepak tunggu doa selamat bermula. Tak lama kemudian Munni Khala sampai. Aku bermain dengan Nana Baji, Ella Baji dan Isha Baji. Atira (anak Kak Zarina) join sekali. Kemudian seorang aunty ni datng (entah siapa, Ammi dan Munni Khala pun tak kenal). Dia ada baby berumur 3 bulan bernama Amirul. Munni Khala bawa aku tengok Amirul. Cute sangat. Aku nak bermain dengan dia tetapi Munni Khala ingat aku nak tarik kaki dia lalu bawa aku jauh-jauh. Tak patut betul. Apa Munni Khala ingat Aadam ni samseng ke? Sedih tau.

Kemudian Alisha (anak Kak Aishah iaitu seorang lagi anak saudara Khalid Khalu) sampai. Alisha pun cute. Alisha baru berumur setahun lebih. Dia nak dukung aku. Mana boleh Alisha. Kau pun kecil lagi. Nanti kau dan aku dua-dua jatuh. Tiba-tiba Alisha cuba merampas puting aku. Ini tak boleh jadi ni. Aku kena pertahankan hak aku. Mula-mula aku memalingkan muka aku kea rah lain untuk mengelak daripada Alish mencabut puting aku tetapi aku rasa cara ni tak selamat. Aku mencabut dan memegang puting tu dalam tangan aku supaya Alisha tak dapat mencabutnya. Sebagai tanda warning, aku cuba menarik rambut Alisha dan dalam prose’s itu, puting aku terjatuh. Alisha cuba mengutip puting aku. Mujur Kak Munirah (seorang lagi anak saudara Khalid Khalu) ada dan dia menyelamatkan puting aku. Munni Khala yang memerhati semua ini ketawa dan terus cap aku sebagai big bully. Tak patut betul. Aku bukannya buli tetapi hanya mempertahankan hak aku. Salahkah? Aku kecil hati dengan Munni Khala.

Kemudian Ella Baji dan Isha Baji bawa aku duduk kat buaian. Lama juga dan lepas tu kami masuk ke dalam semula. Nana Baji bawa aku masuk ke dalam bilik dan Noor Bhaiya serta Khairul Bhaiya join sekali. Mereka cuba tidurkan aku tetapi bilik tu panas sangat dan aku tak boleh tidur. Kemudian Nana Baji bawa aku keluar semula.

Tak lama kemudian doa selamat pun bermula dan Isha Baji menadahkan tangan aku untuk turut sama berdoa. Lepas tu masa untuk makan tetapi habuan aku tak ada sebab semua makanan pedas. Kami lepak sekejap selepas makan dan kemudian kami balik.

On the way balik ke rumah, aku terlelap. Bila aku terjaga, aku berada dalam lif. Ni mai mana ni? Bila keluar lif, baru aku peraan kami ada di mid Valley. Abba dan Ammi pergi beli bib berbentuk baju untuk aku. Aku pun tolong pilih. Lepa tu kami ke Jusco tengok-tengok stocking dan kasut untuk aku tetapi tak beli pun. Lepas tu kami pergi tengok mainan dan aku dapat sebuah lori dan sebuah kapal korek. Dari sini kami ke MPH. Ammi nak beli buku cerita lagi. La! Yang hari tu pun tak cerita lagi dah nak beli yang baru pula. Abba dan Ammi sibuk memilih. Aku pun nak pilih sama tetapi Abba dan Ammi tak bagi sebab takut aku koyakkan. Aku dapat 2 lagi buku cerita, My Mother Loves Me (agaknya kisah arnab kot sebab cover dia gambar arnab) dan Best Ever Three Minutes Sleepytime Stories. Bilalah agaknya aku dapat mendengar cerita-cerita ni.

Dari sini kami terus balik ke rumah. Aku tertanya-tanya samada Abba atau Ammi akan bacakan cerita untuk aku mala mini tetapi ternyata tidak.   

9 4 2011. Sabtu

Kami pergi I City kat Shah Alam. Bandar
lampu-lampu warna warni.
Pagi ni Abba suruh Ammi call Munni Khala ajak datang ke rumah selepas kedua-dua Baji tu balik dari sekolah. Ammi call dan Munni Khala bersetuju. Yahoo! So kita jadi pergi ke I Citylah ye Abba?

Tengahari ni semasa Abba dan Ammi makan, aku duduk dalam buaian aku. Apa benda yang Abba dan Ammi makan agaknya? Oh! Ikan bakar. Sedap ke? Aadam nak rasa boleh? Tiba-tiba Abba menyuap ikan terubuk bakar kart aku. Emmm! Sedapnya.

Selepas makan, aku tidur. Kalau aku dah tidur sekarang, nanti bila Munni Khala sampai aku bolehlah bermain dengan Bhaiya dan Baji. Lagi pun malam ni nak pergi ke I City. Mesti lama di sana so aku kena cover tidur aku sekarang.

Tadi aku dengar Ammi bagi tau Munni Khala yang Ammi ada beli buku cerita untuk aku dan suruh Isha Baji bacakan untuk aku bila dia datang nanti. Finally aku akan dengar cerita-cerita itu.

Bila aku bangun tidur, Munni Khala belum sampai lagi. Lamanya. Takkanlah Baji-Baji tu tak balik dari sekolah lagi. Ke Munni Khala sesat. Kan itu kegemaran Munni Khala. Walaupun dah pergi ke sesuatu tempat tu berkali-kali, masih boleh sesat. Akhirnya pada waktu petang barulah Munni Khala sampai. Terus Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji berebut nak dukung aku.

Kami lepak di ruang tamu dan Khairul Bhaiya membacakan satu cerita untuk aku, kisah Puteri Jarum Emas dengan Raja Kalinga. Sayangnya Khairul Bhaiya tak habiskan cerita tu sebab semasa Khairul Bhaiya sedang baca, aku menguap dan semua orang ketawa. Dia orang cakap aku boring dengar cerita Khairul Bhaiya. Agaknya Khairul Bhaiya kecil hati kot dan dia terus tak nak baca dah cerita tu untuk aku.

Waktu minum petang ada pisang goring dan puding telur yang Munni Khala bawa. Aku menambah koleksi makanan yang aku dah try dengan memakan puding itu. Seperti biasa, semua makanan baru yang aku try mesti aku rasa sedap.

Kami bertolak untuk ke I City selepas solat Maghrib. Ammi ada ajak Purveen Momani, Mun Mamu dan Farooq Mamu untuk join sekali tetapi hanya Mun Mamu saja nakdatang.











Sesampai di I City aku terpegun. Wah! Banyaknya lampu. Semuanya cantik belaka. Semasa Abba sedang drive nak masuk pun Noor Bhaiya dah tunjukkan lampu kat tepi jalan kat aku. Aku excited sangat.
Masuk ke area parking pun ada lampu yang berbentuk bermacam binatang di atas dinding. Bestnya. Tapi nak cari parking tu susah sangat. Akhirnya bila dah dapat parking, nak tunggu lif pula berjam-jam lamanya. Bila lif sampai pula, lift u penuh sesak. Aduh! Tempat besar, canggih dengan teknologi yang advance. Pengunjungnya pun berlambak-lambak. Tetapi kenapalah lifnya satu saja????? Sungguh ku tak faham. Akhirnya Munni Khala dan anak-anaknya berjalan turun tangga. Abba, Ammi dan aku tunggu lif seterusnya sebab Ammi naik wheel chair. Macam mana nak turun tangga?

Akhirnya bila semua orang dah turun, Ammi contact Mun Mamu. Kami berdiri menunggu Mun Mamu. Aku sempat menjeling kawasan sekeliling yang penuh dengan lampu. Memang menarik. Bila Mun mamu sampai ke tempat kami sedang tunggu, dia terkejut tengok aku dah besar. Fatin Baji pun terkejut. Mun Mamu dukung aku dan suruh Ammi balik. Dia nak bawa aku balik. Err.. Aadam tak bawa bajulah Mamu.

Kemudian Fatin Baji bawa aku berjalan-jalan sementara Mun mamu, Khairul momani, Munni Khala, Abba, Ammi dan lain-lain bersembang. Kemudian Khairul Momani dan Shahmi Baji pula dukung aku. Lepas tu Mirza Bhaiya nak tek ular. Eeee! Ngerinya. Aadam tak nak tengoklah. Mirza Bhaiya pergi dengan Shahmi Baji saja. Kami yang lain-lain berjalan tengok-tengok apa yang ada di situ. Kami bergambar dekat sebatang pokok krismas yang berlampu. Kemudian kami berjalan lagi. Abba belikan aku satu cekak yang ada dua tanduk macam devil dan tnduk tu ada lampu. Who! Ni kalau pakai dengan baju MU ngam ni. Barulah betul-betul Red Devil. Mun Mamu dan keluarganya join kami. Mirza Bhaiya beli satu bola yang ada lampu dan lagu dan boleh bergegar. Aku suka bola tu dan Abba belikan satu untuk aku. Tak lama lepas tu Mun Mamu balik tetapi Abba, Ammi dan keluarga Munni Khala continue berjalan.

Selain daripada lampu beraneka jenis ada juga benda-benda lain seperti burung kakak tua, kaldai, kereta kuda dan winter house. Kami tak masuk ke kawasan winter house. Semasa lalu dekat parrots tu Abba nak snap gambar tetapi penjaga dia tak benarkan. Dia kata kalau nak snap gambar, kena guna camera dia dan kena bayar RM10.00. Abba tak jadi snap gambar parrot tu. Kami jalan lagi menikmati keindahan lampu-lampu beraneka jenis, bentuk dan warna. Pokok-pokok di sini penuh dengan lampu. Ada pokok, werah, orange, putih dan lain-lain. Lepas tu aa lampu dibentuk menyerupai zirafah, rama-rama, merak dan lain-lain. Aku teramatlah excited, jadi rambang mata dan tak tahu nak tengok yang mana satu. Aku pusing kepala aku ke kiri kanan kiri kanan tak berhenti-henti. Seronoknyaaaa…… Errr… Abba, malam ni kita tidur sini boleh? Aadam sukalah.

Hari dah lewat malam dan aku dah mengantuk tetapi aku tak mahu tidur sebab aku seronok sangat. Aku paksa buka mata aku luas-luas. Aku tak penat pun walaupun banyak berjalan. Iyelah, mana nak penat. Bukannya aku berjalan kaki pun. Cuba tanya orang yang dukung aku, penat ke tak. He! He! Aku didukung oleh Noor Bhaiya dan sesekali Munni Khala. Ammi nak bawa aku atas riba Ammi tetapi Noor Bhaiya kata taka pa, dia nak dukung. Baru separuh jalan kami ronda, Munni Khala dah ajak balik sebab Ella Baji dah penat berjalan dan merajuk sebab kami masih belum balik lagi. Ala! Ella Baji ni tak sportinglah. Bukannya selalu kita datang sini dan bukannya dekat. Lama tau Abba dan Aadam tunggu kau orang datang, nak bawa ke sini. Bukannya dekat dengan rumah kita. Alang-alang dah datang tu rondalah bagi habis. Seperti yang aku jangka, Ammi marah. Ammi cakap punya lama kami tunggu Munni Khala datang dan jauh-jauh Abba drive datang ke sini, belum habis berjalan dah nak balik. Kasihan Munni Khala kena marah dengan Ammi fasal Ella Baji. Kami terus berjalan sampai habis ronda semua kawasan tu dan baru balik. Semua orang especially Munni Khala, Ella Baji dan Isha Baji. Kami singgah beli makan malam dan terus balik ke rumah.

Sampai di rumah aku lepak dengan Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji di bilik tetamu sambil bermain bola yang baru dibeli. Semua orang makan malam pada pukul 12 lebih. Lepas tu Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji tonton AF yang direkod. Aku dah tak larat dan masuk tidur. 


5 4 2011 - 8 4 2011. Selasa - Jumaat

Sedang bersiar-siar dengan kereta
ferrari kuning aku.
Hari-hari yang biasa dan aku menjalani rutin yang biasa.

Sekarang aku semakin lancar merangkak. Tapi atas katil
ni saja area yang Ammi benarkan.
Mama dan Babah dah tahu perkembangan aku. Mama nasihatkan Ammi supaya jangan dukung aku sebab aku dah makin berat dan Ammi pula belum sembuh sepenuhnya. Mama juga cakap kat Abba yang aku tak nak duduk dalam walker aku sebab aku lebih suka bebas. Lagi Mama bagi tahu Abba yang aku ni nakal dan Ammi cakap kat aku, “Tengok Aadam nakal-nakal sekarang semua orang cakap Aadam nakal. Dulu semua orang cakap Aadam baik”. Eh! Tak adalah Ammi. Aadam tak nakal. Aadam “aktif” saja. He! He! He!

Babah pula cakap kat Abba yang aku ni aktif tapi walaupun aku aktif, aku tak melalak. Cuma bila aku lapar saja aku akan menangis. Ha! Yang ini barulah description yang betul.
Lepak-lepak dalam buaian aku.

Wajah ceria terkini aku. Happy
pasal tak ada lagi pelantar depan buaian
aku macam dulu tu.
Asalnya Munni Khala nak datang ke rumah kami pada hari Jumaat dan Abba dah plan nak bawa Munni Khala dan anak-anaknya ke I City tetapi Munni Khala tak jadi datang sebab Ella Baji dan Isha Baji ada sekolah ganti pada hari Sabtu. Potong stim betullah. Aku dah excited nak ke I City tengok lampu beraneka jenis especially setelah mendengar Tok dan Pak Teh bercerita hari tu. Tak jadilah pula.

Aku dengan mainan-mainan aku. Banyak
anak patung tu Isya Baji yang
hadiahkan.Terima Kasih Baji Isya.
Merangkak dan lepak kat atas toto ni lebih seronok
rupanya. Luas untuk aku bergolek-golek.
Lagi Ammi bagi tahu yang Khan Khalu nak pergi umrah dan Ahad nanti ada buat doa selamat. Ammi cerita kat aku fasal umrah dan haji, Ka’abah, hajar-ul-aswad, Nabi Ibrahim, Baitul maqdis, tentera gajah, burung Ababil dan lain-lain. Menarik sungguh. Selepas mendengar cerita Ammi, aku pun teringin nak pergi ke Mekah. Bila agaknya Abba nak drive kami ke sana? Errr… Kalau drive, sampai ke? Entahlah, Ammi tak cakplah pula.

Sepanjang minggu aku menanti Abba atau Ammi bacakan buku cerita yang baru dibeli untuk aku tetapi tak ada pun. Agaknya Abba dan Ammi tak larat kot selepas balik kerja. Mungkin weekend nanti kot Abba atau Ammi bacakan.



4 4 2011. Isnin

Ammi dah start kerja hari ni dan aku pergi ke rumah Mama selepas sekian lama. Agaknya Mama terkejut tak tengok aku dah besar dan makin “aktif”? Di rumah Mama aku pandang kiri kanan, cuba memfamiliarisekan semula diri aku dengan rumah Mama. Lagi pun sekarang aku dah boleh merangkak jadi aku nak carilah kawasan-kawasan strategic di mana aku boleh “buat kerja”.
Nampak lazat je bunga matahari ni...

Apasal rasa macam plastik je ni...?
Ammi, tak ade benda boleh Aadam
makan ke selain dari bunga ni...?
Yeah! Ammi kasi aku Ribena. Macam tapi aku suka...
Abba dan Ammi balik waktu biasa. Di rumah kami, selepas makan malam, Abba bentang toto di ruang tamu dan aku lepak atas toto tu dengan Abba. Ammi duduk atas kerusi sambil perhati kami. Ammi tak boleh duduk kat lantai sebab kaki Ammi sakit.

Kemudian aku makan dan minum Ribena. Oh! Macam nilah rasa Ribena. Masam sikit tapi oklah.

Selepas penat bermain, aku masuk ke bilik dan tidur.



3 4 2011. Ahad

Pagi ni seperti biasa pada hari cuti, aku bangun waktu solat Subuh dan kemudian tidur semula. Aku bangun pagi, makan, main sedikit, mandi dan tidur semula. Itu adalah routine aku.
Apekebendenye benda ni nih!? Konfuis aku.

Tengahari ni selepas solat Zohor, kami pun keluar. Mula-mula Abba pergi bayar duit credit card di Citibank. Kemudian kami ke Pelita untk makan tengahari (ke petang?). Aku didudukkan di atas kerusi baby. Aku cukup boring kat kerusi ni. Aku hanya pandang Abba dan Ammi makan. Abba makan nasi dan Ammi makan mee goreng. Abba cakap aku tak boleh makan sebab pedas dan Ammi pun cakap aku tak boleh makan sebab pedas. So aku pandang sajalah. Kemudian Ammi meminta Abba bagi aku minum carrot susu Ammi. Carrot sus? Sedap ke? Abba menggunakan sudu untuk suap carrot susu tu ke mulut aku. Emmm…. Sedapppp…. I like. Macam ni barulah best, ada minum minuman yang lain daripada susu. Kalau tak, asyik-asyik minum susu aje. Boringlah.
Nampaknya Ammi kena belikan aku baju
baru ni, dah jadi sarung ketupat dah baju ni.

Dari sini kami pergi cari tailor yang Mak Ndak recommend kat Ammi. Ammi nak try tailor ni. Kalau ok, Ammi nak hantar baju raya Ammi kat dia. Baju raya? Puasa pun belum lagi, dah nak hantar baju raya? Hmmmm… Errrr…. Puasa Ammi tahun lepas dah habis ganti ke, Ammi?

Cari punya cari, tak berjumpa pun. Lepas tu Ammi call makcik tailor tu. Makcik tailor tu namanya Makcik Ani. Makcik Ani bagi direction ke kedai dia tapi cakap hari ni kedai dia tak buka sebab dia ada hal. Dah pula.

Lepas tu kami ke Tesco sebab Ammi nak beli barang-barang untuk aku. Mula-mula sekali Abba dan Ammi pergi cari buku cerita untuk aku. Buku cerita? Tapi Aadam tak tahu membaca. Nak koyak buku tu, bolehlah.

Agaknya Abba atau Ammi yang akan membacakan buku tu untuk aku kot dan aku dengar saja. Oklah tu. Ammi cakap ada colleague Ammi cakap dia bacakan buku cerita untuk cucunya sejak cucu dia lahir dan sekarang cucu dia yang baru berumur 1 ½ tahun pantang jumpa buku, mesti nak ambil dan belek-belek. Nanti besar mesti jadi ulat buku. Tu yang Ammi pun nak train aku jadi macam tu.

Aku dapat 3 buku cerita …. Koleksi Cerita Dongeng Melayu, A Collection of Islamic Tales dan My Best Collection of Asian Tales. Tajuk-tajuknya menarik. Agaknya malam ni aku daptlah dengar salah satu cerita tu. Bestnya.

Kemudian kami ke kawasan mainan. Belek punya belek, Abba dan Ammi tak berkenan mana-mana mainan untuk aku. Aku? Aku berkenan semua mainan. Kalau beli semua mainan kat Tesco tu pun ok.

Lepas tu Abba dan Ammi beli bantal peluk kat aku. Aku dah ada bantal peluk tapi fasal aku dah tinggi, bantal tu tak cukup untuk aku peluk. Daewish ada satu bantal peluk yang panjang. Hari tu Ammi bertanya Mak Ndak beli kat mana dan Mak Ndak cakap Tok yang jahitkan. Tok tak jahit untuk Aadam ke? Tak apalah, ni Ammi dah jumpa yang panjang dan dah beli.

Lepas tu Abba dan Ammi pergi cari mangkuk untuk aku makan. Mangkuk aku yang hari tu hilang entah ke mana. Agaknya tertinggal kat rumah Tok Su kot.

Kemudian Abba dan Ammi cari bib yang berbentuk baju sebab bila aku makan, habis baju aku kotor. Kalau aku dipakaikan bib yang biasa tu, aku akan tarik-tarik bib tu dan baju aku akan tetap kotor. Ammi cakap hari tu Ammi ada nampak kat Ikea dan satu kedai baby kat Mid Valley tu. Cari-cari tak berjumpalah pula.

Kami ke area makanan dan minuman pula. Di sini Abba dan Ammi belikan Ribena untuk aku. Bestnya. Aku dapat minum minuman lain selain daripada susu. Kenapa tak beli sirap, sarsi, orange dan lain-lain sekali? Banyaklah sikit choice.

Abba bayar untuk barang-barang yang dibeli dan kami pun berjalan keluar. La! Beli semua barang untuk Aadam saja. Barang-barang untuk Abba dan Ammi tak ada ke?

On the way keluar, Abba ternampak kipas warna-warni dan berkenan. Abba cakap mesti aku suka. Memang Aadam suka. Abba pun belikan satu.

Aku ras penat sangat dan tertidur on the way nak balik ke rumah.

2 4 2011. Sabtu

Bangun pagi ni aku terasa agak sedih. Abba dan Ammi sibuk packing barang-barang sementara aku lepak dengan Munni Khala. Lepas Abba dan Ammi bersarapan, kami bersiap untuk balik. Surprisingly, Khairul Bhaiya dan Noor Bhaiya pun bangun awal untuk hantar kami balik. Semua orang sedih especially Ammi dan Munni Khala. Ammi ajak Munni Khala pergi ke rumah kami tetapi Munni Khala ada hal hari ni. Munni Khala cakap minggu depan.

Di rumah, aku banyak tidur hari ni. Mungkin aku penat sebab di rumah Munni Khala aku tak dapt tidur dengan baik sebab Joseph dan Joel selalu bising ditambah dengan pekerja-pekerja kontrak di depan rumah Munni Khala.

Munni Khala call waktu senja sebab rindu kat aku. Ammi bagi aku sembang dengan Munni Khala. Aku sembang sikit saja, Ammi yang sembang panjang lebar.

Ammi ajak Abba pergi beli barang-barang keperluan aku esok. Shopping lagi? Aku ok saja. Aku memang suka keluar ronda-ronda.

Malam ni aku tidur agak awal.


1 4 2011. Jumaat

Kami bertolak ke rumah Munni Khala awal pagi tapi hari ni dah terlewat sedikit sebab Tok ada kat rumah so kena prepare breakfast dulu. Hari ni hari terakhir kami ke rumah Munni Khala sebab minggu depan Ammi dah start kerja so aku akan ke rumah Mama pula.

Jalan agak sesak dan kami sampai agak lewat. Abba tak sempat nak makan pun, hanya drop Ammi dan pergi kerja. Abba cakap Abba akan makan kat office.

Aku terasa sedih sebab minggu depan dah tak datang ke sini dah. Aku pasti akan merindui semua di sini, especially Isha Baji sebab dia yang banyak bermain dengan aku. Aku bercadang hari ni nak spend masa dengan Munni Khala sebab selama aku di sini, Munni Khala jarang dukung aku. Sengaja je Munni Khala tak nak dukung aku sebab dia cakap kalau selalu dukung, nanti bila aku dah tak datang sini, dia akan rindu kat aku.

Aku hari ni mogok minta didukung oleh Munni Khala. Aku merengek dan menangis. Nana Baji dan Ammi dukung pun aku tak mahu. Bila Munni Khala dukung baru aku diam dan aku peluk Munni Khala erat-erat. Jadi hari ni Munni Khala tak boleh buat apa-apa kerja, kena dukung aku saja.

Dari perbualan Ammi dan Munni Khala aku dapat tahu yang Khairul Bhaiya dah start kerja kat satu agensi kutip hutang. Ha! Khairul Bhaiya jadi bouncer ke? Atau jadi ceti? Oh! Rupanya Khairul Bhaiya kutip hutang kredit kad.

Kalau ikut cakap Abba pagi tadi, kami akan balik ke rumah kami malam nanti. Abba, Abba, kalau malam ni duduk sini boleh tak? Kita baliklah esok. Boleh kan Abba? Kan, kan, kan …..

Tengahari ni Ammi bagi tahu Munni Khala yang Ammi ada meminta Abba duduk sini hari ni dan balik ke rumah kami esok. Yezzzzlah Ammi. I love youlah. Tapi kata Ammi, Abba tak jawab apa-apa pun. Ini yang aku sedih ni, baru nak happy, dah jadi macam ni pula.

Farzana Momani call Ammi waktu tengahari dan cakap nak datang lawat Ammi hari ni tapi tak tahu pukul berapa. Ammi suruh confirm dulu sebab Ammi tak tahu samada kami ada kat sini atau balik ke rumah. Kemudian Ammi call Abba untuk confirm dan Abba cakap duduk sini. Yahoo!

Tapi Farzana Momani tak tunggu sampai malam. Petang ni dia dah sampai ke rumah Munni Khala bersama dengan Shahid Mamu, Zarina Khala dan Barki Nani. Zeeshan Bhaiya dan Sania Baji pun ada.

Selepas mereka balik, kami minum petang. Hari ni ada pisang goring dan keropok. Aku pasti merindui saat minum petang macam ni. Hari ni kurang best sikit sebab Khairul Bhaiya tak ada.

Bila Khairul Bhaiya balik malam ni, dia sibuk bercerita tentang tempat kerja barunya. Dia kelihatan gembira. Alhamdulillah.

Malam ni Munni Khala tak naik tidur awal seperti biasa. Isha Baji dah sibuk ajak Munni Khala naik tetapi Munni Khala cakap dia nak spend masa dengan Ammi dan aku sebab esok kami dah nak balik. Aku pun tak mahu tidur. Aku bermain dengan Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji. Lepas tu Noor Bhaiya bawa aku naik ke biliknya dan menidurkan aku.