Sunday, July 24, 2011

Aadam's Story bulan Jun 2011


30 6 2011. Khamis

Malam ni Noor Bhaiya datang ke rumah kami sebab ada interview kat tempat Ammi esok.
Mana makanan aku order
tadi ni? Setengah jam dah
takkan tak siap-siap lagi.


Sudu hadiah dari Munni Khala. Cute...
Munni Khala bagi hadiah sudu dan garfu Pooh kat aku tetapi saying, sudu dan garfu tu diperbuat daripada besi so Abba dan Ammi takut nak bagi garfu tu kat aku sebab takut nanti tercucuk. Aku main sekejap dengan Noor Bhaiya kemudian aku tidur.


29 6 2011. Rabu

Lelah bermain sampai kena tanggal baju.
Cak, Aaaaa! aku suka main
dengan Abba kat area ni.
OMG! Banyaknye makanan
kat atas meja ni. Bilalah aku
boleh tinggi dari meja ni agaknye.
Ammi asthma dah beberapa hari so selepas jemput aku, Ammi ke klinik. Ala, klinik kita tu ….. yang dulu kita share buka tu. Tak faham ke? Ammi pergi ke Klinik Kitalah. Akak-akak nurse yang kenal aku ada kat situ. Seorang akak nurse tolong timbang aku. Berat aku sekarang 9.7 kg. Taklah berat mana ….. ingatkan dah sampai 11 kg.

Aku menunjukkan keterroran aku turun dari atas sofa dan katil kepada Abba. Macam mana aku buat? Mula-mula aku tiarap dekat hujung sofa atau katil. Kemudian aku gelungsur turun ke bawah. Terror tak? Abba memang kagum dan happy. Abba suruh aku tunjuk kat Ammi tapi aku tak nak buat dah.


28 6 2011. Selasa

Sedang meronda sekitar rumah.
Hari ni pun tak ada apa-apa yang menarik kecuali aku makan bubur lambuk for the first time. Sedap. Aku ingatkan bubur lambuk ni ada semasa bulan puasa saja tetapi rupanya aku tersilap. Terasa macam bulan puasa pula dah ….


27 6 2011. Isnin

Aku sedang tekun menonton
rancangan agama di TV.
Nothing special today.


26 6 2011. Ahad
Berkenalan dengan rakan-rakan office Ammi


Ammi masih ada training so aku ke rumah Munni Khala lagi. Pagi-pagi lagi dah sampai kat sana sebab Abba dan Ammi kena pergi ke hotel pula.

Petang ni Abba seorang saja datang ambil aku sebab training Ammi habis lambat hari ni. Masa balik aku tak sempat jumpa Munni Khala sebab dia taka da kat rumah. Munni Khala pergi kedai. Abba pula tak boleh tunggu sebab nanti lambat nak ambil Ammi pula. Ni pun Abba dah terlambat.

Antara usaha-usaha gigih aku
untuk berjalan. Selalunya
berakhir dengan begini....
Kami terus pergi jemput Ammi dari Hotel Istana. Di sini aku jumpa kawan-kawan Ammi – Uncle Zul, Aunty Zie, Aunty Chai Ling, Aunty Camerly, Uncle Adnan, Aunty Jessica, Uncle Nicholas, Aunty Carol, Aunty Su dll. 


Kawan-kawan Ammi yang aku dah pernah jumpa kat rumah Uncle Tony dulu cam aku dan greet aku. Mereka cakap aku dah besar. Aku paling nak jumpa ialah Uncle Zul dan Aunty Haslina sebab nak ucap terima kasih kerana mempertemukan Abba dan Ammi dengan aku. Mereka banyak berbudi kepada kami sekeluarga. Aku gembira dapat berjumpa Uncle Zul tetapi Aunty Haslina tak ada di situ. Uncle Zul siap snap gambar aku. I like him sebab Uncle Zul seorang yang amt baik, macam Abba. Terima kasih Uncle Zul.


25 6 2011. Sabtu
Bertandang ke rumah Zarina Baji.

Ammi ada training hari ni so pagi-pagi lagi aku sudah dihantar ke rumah Munni Khala. Semasa aku sampai hanya Munni Khala dan Noor Bhaiya saja yang jaga. Yang lain-lain tidur lagi. Abba dan Ammi sarapan dulu kemudian pergi ke Hotel Istana, di mana training Ammi dijalankan. Abba akan tunggu Ammi kat sana sebab nak tolong Ammi ke bilik air etc.
Kami sampai ke rumah Zarina 
Baji di Putrajaya.

Sedang menanti kepulangan family 
Zarina Baji yang
 keluar ke mana tah.
Agaknya apa juadah minum petang hari ni? Aku tertunggu-tunggu whether it’s something new for me to try atau benda yang aku dah biasa makan. Munni Khala buat kek carrot dan aku makan 3 keping. Sedap woh, wa cakap lu. Rugi korang tak rasa.

Hari ni first time Munni Khala marah aku. Kenapa? Sebab aku main barangan elektrik. Aku terus merajuk. Munni Khala panggil aku, aku tunjuk marah. Sampaikan Munni Khala nak bagi minum susu pun aku tak nak.
Mak aii buruk rupanye
 bila aku tidur.

Petang ni aku ikut Munni Khala ke kedai Farooq Mamu. Masa ni aku tak merajuklah pula. Yelah, nak pergi jalan-jalan …. rugi woh kalau merajuk.

Petang ni Ammi call Munni Khala ajak ke rumah Zarina Khala. Munni Khala cakap ok dan Ammi suruh siap. Semasa Abba dan Ammi sampai, semua orang masih bersiap lagi. Abba dan Ammi minum dulu. Kemudian kami pergi ke rumah Zarina Khala.

Letih sangatlah ni bejalan merata-rata tadi.
Sampai di sana, tak ada orang pun di rumah padahal Ammi dah call dah tadi. Ammi bagi tahu Nani ada kat sini dan tadi Ammi dah call Nani. Masa tu Nani ada bersama Zarina Khala. Mereka hantar komputer Farah Baji untuk upgrading. Lama jugalah kami tunggu, barulah Zarina Khala balik. Kami lepak kat sini agak lama juga. Malam baru balik, hantar Munni Khala dan terus balik ke rumah.

21 6 2011 – 24 6 2011. Selasa - Jumaat

Ini kalu buat garu ketiak pergh!....
Sedang mengisi minyak. Penat bermain tadi...
4 hari yang biasa saja. Tak ada apa yang istimewa. Cuma Ammi bagi tahu yang Sabtu dan Ahad ni Ammi ada training so aku akan dihantar ke rumah Munni Khala.


20 6 2011. Isnin

Hari ni Ammi dah start kerja selepas mc selama 3 minnggu. Sebenarnya Ammi masih belum sihat betul. Badan Ammi masih lenguh-lenguh dan kulit kaki dan tangan Ammi habis mengelupas sebab dehydration. Mana tak dehydrate …. Punya lama duduk hospital, 24 jam ada air-cond. Dah tu Ammi pula tak minum selama berapa lama. Mestilah kering. Kulit kaki Ammi baru start mengelupas tetapi kulit tangan dah siap mengelupas dan sekarang kulit Ammi lagi lembut daripada aku.  


19 6 2011. Ahad

Hari ni satu hari yang amat istimewa buat Abba dan juga aku. Hari ni adalah Father’s Day yang pertama buat Abba. Aku pasti Abba amat gembira finally dapat menyambut hari ini dan aku amat gembira sebab Abba dapat menyambut hari ini disebabkan aku. Ammi dari beberapa hari lepas dah ingatkan aku untuk wish Abba. Happy Father’s Day Abba. I love you. I love you a lot. Hmmm…. aku tak dengar pun Ammi wish Abba. Kalau aku, awal-awal Ammi dah ingatkan. Kenapa Ammi tak wish Abba pun? Ni mesti Ammi lupa.
Kalau ye pun nak tumpang bergambar
ko jangan le mengendeng kat belakang
aku Gemok. Rimaslah bau ketiak kau.

Abba suka dera aku berdiri. Penat lututlah...
Aku terasa macam kena denda bediri pasal
rambut panjang oleh cikgu disiplin...
Tengahari ni Ammi bagi tahu aku yang nanti Darwish nak datang ke rumah kami. Bestnya. Rasa macam dah lama tak jumpa dia. Bila Darwish nak sampai ni…. tak sabar nak jumpa dia. Tunggu punya tunggu, aku terlena. Bila bangun, Darwish belum sampai lagi. Akhirnya Mak Andak datang bersama Pak Andak, Makcik Yati dan Darwish. Masa tu aku sedang drive Mini Cooper aku. Abba turunkan aku dan Darwish took over the driver’s seat. Darwish seronok main kereta tu. Lepas tu kami minum petang. Makcik Yati makan sikit saja, lepas tu dia bawa aku dan Darwish ke ruang tamu tengah. Darwish sibuk bermain. Aku perhati saja.

Mak Darwish curik bola Aadam ni boleh tak? Bola Darwish
dah kemik pasal Darwish duduk kat bola tu...
Peduli hapa aku mai rumah Pak Long ni tak berbaju.
Ikut suka aku lah...
Apasal semua orang tak peduli kat aku ni.? Ni yang
nak jelous kat Aadam ni....
Hensem tak aku bergaya macam ni.? Macam
Salman Khan kan, kan, kan?
Fu yoooo bestlah kau Darwish. Tak
kecut ke usus perut ko....?
Kak Yatie sedang membuat lawak hingga
aku rasa loya tekak.
Kemudian Abba, Ammi, Pak Andak dan Mak Andak join kami. Abba sibuk snap gambar. Kemudian Mak Andak mandikan Darwish dan mereka pun balik.

Lepas Darwish balik, barulah aku nak main. Aku cuba panjat sofa kat ruang tamu tengah dan aku berjaya mengangkat kaki ke atas sofa tapi badan aku tak lepas.


18 6 2011. Sabtu
Melawat Baji Isha yang kena demam denggi jugak.

Hari ni kami nak lawat Isha Baji kat rumah dia. Sebelum ke sana, kami pergi Jusco dulu untuk beli hadiah untuk Noor Bhaiya sebab masa harijadi dia hari tu tak sempat beli. Ammi belikan minyak wangi untuk Noor Bhaiya.
Perut dah lapar ni.
Apa bende boleh aku makan ye?

Mana satu lebih sedap ni.
Nampak macam sama saja.
Pilih huruf O lah nampak macam donat sikit.
Kawasan permainan aku hari -hari.
Kepada adik-adik di rumah, sila jangan
meniru aksi lagak ngeri ini ye...
Utamakan keselamatan.
Kemudian kami singgah makan kat food court Jusco. Sementara menunngu Abba beli makanan, aku letakkan tangan aku atas meja (buat macam bantal) dan letakkan kepala aku ke atasnya. Ammi suka sangat tengok aku buat macam tu. Kata Ammi, cute.

Selepas siap makan, kami pergi beli juice sikit untuk Isha Basji sebab dia tak nak makan dan minum. Macam-macam juice yang dibeli berserta dengan chocolate dan kemudian kami bertolak ke rumah Munni Khala.

Isha Baji kelihatan ok, tapi dah kurus. Dia yang sememangnya kurus dah nampak macam orang lidi. Aku harap Isha Baji cepat sembuh sepenuhnya.

Munni Khala ada buat kuih batik dan aku dapat rasa sikit. Manisss…. Ammi cakap Aunty Shanti nak datang pada pukul 5.30 p.m. nanti jadi kami kena cepat balik. Selepas minum petang, kami pun balik.

Balik dari rumah Munni Khala penat sangat, aku terus tidur. Tak sempat nak jumpa Aunty Shanti.

17 6 2011. Jumaat

Alhamdulillah, Isha Baji dah keluar hospital hari ni. Walaupun belum senbuh sepenuhnya, doktor cakap tak perlu risau sebab Isha Baji dah beransur pulih. Alhamdulillah.


16 6 2011. Khamis



Seperti biasa akua gagal memujuk Abba
angkat aku dari walker ni.

Tolong Abba... Aadam rimaslah duduk dalam
walker ni. Aadam dah besar nak jalan -jalan sendiri.
Aku tertunggu-tunggu kalau-kalau Ammi nak melawat Isha Baji tetapi tak ada pun sebab tak sempat melawat memandangkan Abba balik kerja lewat setiap hari.


15 6 2011. Rabu

Sedang menanti giliran untuk jumpa doktor.
Penatnye bediri. Opss! Terkentut
pulak. Mak oii! busuknye...
Terima kasih kerusi, ko banyak
membantu aku bediri...
Shuuittt!
Aaaaa....!
Ammi ada follow up kat hospital hari ni. Aku tak ikut ke hospital. Aku tinggal kat rumah Mama saja.

Abba dan Ammi jemput aku awal hari ni. Abba pun mc hari ni sebab tak sihat. Abba kena selsema.

Ammi bagi tahu aku yang Isha Baji masuk hospital sebab disahkan kena denggi. Kasihan Isha Baji. Aadam harap Baji cepat sembuh. Nanti Aadam oakan Baji ok. Baji jaga diri baik-baik.


13 6 2011 – 14 6 2011. Isnin - Selasa

Sakit pinggang bediri lama-lama.
Rehat sat lah.
Bersandar kat katil ni lebih selesa. Pergh! lega...
Dua hari yang biasa saja. Tak ada apa yang speial. Cuma Isha Baji belum sembuh-sembuh lagi. Malah makin teruk lagi. Ammi suruh Munni Khala bawa Isha Baji ke hospital semula dan check sekali lagi.


12 6 2011. Ahad

Satu hujung minggu yang biasa saja. Aku bersantai di rumah, bermain dan tengok tv. Dalam hati aku tertanya-tanya khabar Isha Baji. Aku harap Isha Baji cepat sihat.

Ammi cuba contact Munni Khala tetapi dia tak bwa handphonenya. Petang tu baru Ammi dapat cakap dengan Munni Khala dan Munni Khala bagi tahu yang doktor suspect denggi dan tengah tunggu laporan ujian darah untuk pastikan. Ya allah! Aku harap bukan denggi. Harap-harap hanya demam biasa saja.

Tak lama selepas tu Munni Khala call dan cakap bukan denggi. Fuh! Baru aku rasa lega. Abba dan Ammi juga risau. Barulah semua orang tarik nafas lega.


11 6 2011. Sabtu

Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Nana Baji. Allah selamatkan kamu. Hari ni adalah harijadi Nana Baji dan Aadam doakan semoga Baji panjang umur, murah rezeki, rajin berusaha, berjaya dalam hidup dunia akhirat. Amin.
Mati-mati aku ingat ni buku resepi,
buku cerita rupanya. Buang karan betui.

Ada lubanglah buku ni, musang ni makan ka?
Kat sini pun ada lubang,
Abba beli buku reject ka?
Pagi ni Munni Khala goreng mihun. Aku harap dapat rasa sedikit tetapi tak ada pun sesiapa nak offer aku.

Aku bermain dengan Bhaiya dan Baji semua. Munni Khala sibuk memasak. Ammi masih tak larat dan hanya duduk memerhati Munni Khala sambil bersembang. Abba lepak kat depan sambil tengok tv.

Petang ni Munni Khala keluar membeli kek harijadi Nana Baji. Aku tertunggu-tunggu Munni Khala balik. Lambat sungguh sampai aku terlena. Bila aku bangun tidur, Munni Khala dah balik. Sampai hati Munni Khala balik tk jumpa Aadam. Kata Ammi, badan Isha Baji naik bintik-bintik merah macam Ammi hari tu. Munni Khala jadi risau dan terus balik sebab esok pagi-pagi nak bawa Isha Baji ke hospital. Aku harap tak ada apa yang serius.

Aku banyak tidur hari ni. Sekejap selepas aku bangun, aku tidur semula.


10 6 2011. Jumaat

Ammi banyak berehat dalm bilik sebab badan Ammi masih lenguh-lenuh. Isha Baji juga sakit hari ni …. demam. Dia pun asyik tidur saja. Semua orang masih tidur lagi. Ammi dan Munni Khala saja jaga. Isha Baji bangun tadi tapi dah tidur semula. Kata Ammi, malam tadi semua orang kecuali Abba dan aku duduk bersembang sampai pukul 3 pagi. Patutlah semua orang tak boleh nak bangun tidur.
Aku memang suka gigit wayar bila gusi
gatal-gatal nak tumbuh gigi ni.

Dah mampu imbang badan lama-lama...
Demi keselamatan imbang
badan dalam sesaat je... hu hu hu
Dah semua orang tidur, aku pun tidur semula. Bila aku bangun, semua orang dah bangun. Aku pun bermain dengan Noor Bhaiya dan Baji-Baji. Khairul Bhaiya kerja.

Malam ni Abba balik awal dari biasa. Aku bermain dengan Abba pula. Tak lama selepas Abba balik, aku pun tidur.


9 6 2011. Khamis

Ammi masih mc sebab belum sihat betul lagi. Semalam masa kena discharge pun platelet Ammi hanya 85. Badan Ammi pun masih sakit-sakit. Kata doktor mungkin selama sebulan akan sakit badan macam ni.
Sebahagian barang permainan aku. Nak kongsi? No Way....

Memandangkan Ammi masih belum sihat dan Mak Teh pula nak balik hari ni, Abba hantar aku ke rumah Mama. Lama aku tak jumpa Mama. Rindu pula aku.

Petang ni masa balik ke rumah, aku terkejut tengok ramai orang. Aku expect Ammi saja yang ada. Mak Teh belum balik lagi so Pak Teh, Mak Teh dan Abang Izz ada kat sini. Munni Khala sekeluarga pun ada. Khairul Bhaiya je tak ada. Kerja kot.

Selepas makan malam, Abba dan Ammi bersiap-siap nak pergi hantar Mak Teh balik. Ammi minta Abba hantar sebab dah lewat malam jadi tak sesuailah nak naik motor dengan Pak Teh lewat malam ni. Tambah lagi ada Abang Izz. Malam-malam macam ni, nk balik jauh-jauh, Ammi     risau. Aku rasa elok kalau Ammi tak ikut sebab Ammi masih belum sembuh sepenuhnya. Pergi    balik rumah Pak Teh mahu dekat 2 jam. Tapi Ammi nak ikut juga sebab risau Abba mengantuk kalau bawa kereta seorang diri memandangkan Abba pun penat.

Sedang Ammi bersiap nak pergi, Khairul Bhaiya telefon minta Munni Khala jemput dia kat stesen LRT. Aku ikut Munni Khala, Noor Bhaiya dan Isha Baji. Nana Baji dan Ella Baji ikut Abba.

Selepas jemput Khairul Bhaiya, aku bermain dengan Khairul Bhaiya, Noor Bhaiya dan Isha Baji sampai aku tidur. Abba dan Ammi belum balik lagi.

8 6 2011. Rabu
Ammi keluar hospital

Hari ni Mak Andak datang ke rumah dengan Darwish dan Makcik Yati. Aku seronok jumpa Darwish. Dia dah besar …. dah bergigi dan boleh jalan. Darwish sibuk ke sana dan ke sini dan panjat sana dan sini. Dia juga sibuk bermain mainan aku dan cuba menggigit keluar lampu di badan Froggy (mainan yang Uncle Tony bagi). Aku hanya berdiam diri dan perhati saja. “Tunjuk ajarku Sifu”.
Risau memikirkan kesihatan Ammi...

Abang Izz tak pula bully Darwish. Dia bagi aje Darwish main mainan aku. Agaknya dia takut tengok badan Darwish yang “sasa” tu kot. Hmmm… Kalau aku ambik Darwish jadi bodyguard aku pun ok jugak. Nanti aku fikirkan.
Aku tak sabar tunggu Abba balik. Agaknya Ammi dah discharge ke hari ni? Aku harap macam tulah.

Akhirnya Abba balik. Aku berada di belakang bersama Mak Teh dan Pak Teh. Tak perasan pun Abba balik sampailah Abba datang ambil aku kat bilik belakang. “Ammi mana? Ammi dah balik ke Abba?”

Abba bawa aku ke bilik kami dan Ammi ada di situ. Alangkah happynya aku jumpa Ammi, Allah saja yang tahu. Ammi pun happy. Ammi peluk dan cium aku bertalu-talu. Alhamdulillah, Ammi dah sihat. Ammi jagalah diri Ammi baik-baik. Aadam harap Ammi tak sakit lagi. Amin.

Aku excited sangattengok Ammi sampai terlupa nak mengadu. Kemudian Mak Teh sendiri yang cerita kat Abba dan Ammi emuanya. Abba dan Ammi diam saja.

Malam ni aku tidur bersama Abba dan Ammi selepas sekian lama.

7 6 2011. Selasa

Syukur Alhamdulillah, platelet Ammi dah naik ke 57. Aku harap Ammi akan keluar hospital sehari dua ni.
Sedang tengok tv dengan Pak Teh
cerita Berita Tamil..

Agaknya hari ni Abba bawa tak aku ke hospital jumpa Ammi. Aku tertunggu-tunggu. Aku nak mengadu dengan Ammi yang Abang Izz buli aku, tak bagi aku main mainan aku sendiri. Jangankan main, nak pegang pun tak bagi. Bila aku nak pegang, dia pukul aku. Mak Teh tegur dia, “Jangan Sayang, itu adik punya. Jangan pukul adik, Sayang” tapi dia buat tak tahu aje. Agaknya dia tak rasa macam kena marah pun sebab suara Mak Teh yang lemah lembut ditambah dengan panggilan “Sayang” buat dia rasa macam manja dan betul kot. Entahlah. Kalaulah aku yang buat macam tu, mesti Abba atau Ammi dah sound, “HEP! Jangan!” atau “Nahi, nahi, nahi, nahi” atau “No, no, no, no, no” (Macam yang selalu aku dengar bila aku nak main suis atau nak merangkak ke tandas). Sekarang aku dah faham perkataan-perkataan itu melarang aku dari meneruskan “kerja” yang aku buat tu dan aku akan berhenti kat situ dan tak teruskan niat aku. Aku sedih sangat diperbuat macam ni oleh Abang Izz dan taka da orang nak defend aku. Tambah lagi aku asyik terjatuh sana dan sini dan asyik terhantuk kat sana dan sini. Sakit who! Kalau Abba atau Ammi ada, mereka jaga supaya aku tak sakit (walaupun kekadang ada juga terjatuh dan terhantuk tapi taklah sekerap ini). “Ammi, cepatlah balik! Aadam keseorangan dan kesedihan dan kesakitan. Barang-barang mainan Aadam pun dah banyak yang pecah dan rosak. Baliklah cepat”.

Aku hampa sebab Abba tak bawa aku ke hospital hari ni. Abba balik sekitar 9.30 p.m. selepas melawat Ammi. “Doktor ada cakap tak bila Ammi boleh balik, Abba?” Aku dengar Abba cakap kalau darah Ammi ok, mungkin esok boleh balik. Alhamdulillah.

6 6 2011. Isnin
Kawan Ammi Aunty Shanty datang lawat.

Platelet Ammi turun ke 22 hari ni tapi kemudian mula naik. Sekarang dah 35.
Aunty Shanti melawat Ammi.
Ammi masih belum boleh balik jadi aku lawat Ammi kat hospital. Seronok sungguh berjumpa Ammi. Abba jemput aku dan Pak Teh sekeluarga semasa balik dari kerja dan terus ke hospital. Terima kasih Abba bawa Aadam jumpa Ammi.

Tak lama selepas kami sampai, kawan Ammi, Aunty Shanti pula sampai. Mak Teh bawa aku keluar lepak kat luar. Alamak, baru nak jumpa Ammi, ……. Lama aku lepak kat luar. Kemudian Abba datang ambil aku dan bawa aku masuk ke dalam. Aunty Shanti dukung aku dan bermain dengan aku.

Kami balik ke rumah sekitar pukul 9 malam. Assalamualaikum Ammi. Take care. Aadam doakan Ammi cepat sembuh dn balik ke rumah. Ammi jangan risau ok. I love you Ammi.

5 6 2011. Ahad
Pak Njang pun sampai...
Tok datang datang ke KL melawat Ammi di Hospital. Khala sekeluarga pun datang jugak. Meriah rumah Aadam.
Pagi ni semua orang bersarapn mihun. Tok Wan suap aku juga. Ini first time aku makan mihun. Sedap juga.
Upacara minum petang aku wajib hadir.

Bila dah kenyang, baju tak muat
pakai. Aku paling suka fasyen ni.
Keluarga Pak Njang dari Johor
pun datang jumpa Ammi.
Tok Wan nak pergi ke rumah Pak Ngah hari ni. On the way, Tok Wan drop Mak Teh dan aku kat rumah kami.

Kami bersiap sedia nak ke
Hospital jumap Ammi.
Shaifullah bersama Pak Teh Shah.
Aku tumpang bergaya depan kereta baru Tok Wan.
Bila kami sampai rumah Pak Teh, Tok Wan
sempat lagi bergambar dengan kereta barunya.
Tok Wan bangga dengan kereta kesayangannya.
Aku mendapat khabar gembira hari ni. Platelet Ammi dah naik ke 26. Ya Allah! Syukur Alhamdulillah. Malam ni Ammi telah dipindahkan ke wad biasa. Ini petanda baik. Semoga esok Ammi boleh balik ke rumah. Aku dah rindu sangat kat Ammi.
Ramai yang pakat datang lawat Ammi kat hospital.
Pak Njang juga sebenarnya teringin susu aku.
Dia malu nak mintak tu.


Petang tu sebelum Abba datang lawat Ammi, Abba bawa Tok Wan  dan Pak Njang sekeluarga ke rumah Pak Teh di Hulu Langat.


4 6 2011. Sabtu

Platelet Ammi semakin turun. Hari ni dah sampai 17. Aku amat risaukan Ammi. Abba juga risau. Aku rasa semua orang pun risaukan Ammi. Aku harap dan berdoa agar platelet Ammi naik segera dan Ammi boleh sembuh dan keluar hospital.
Tok sedang melayan aku dan Shaifullah.


Satu pose aku yang tak
disengajakan.
Hari-hari Abba ambik gambar
aku, sebenarnya aku
sendiri pun tak pasti
gambar tu untuk apa.

Pak Njang datang ke rumah bersama Mak Njang dan anak-anak mereka. Asalnya Pak Njang nak balik ke rumah Tok Wan tetapi sebab Tok Wan ada di sini, dia pun datang ke sini. Actually Pak Njang datang semalam tapi bermalam di rumah Mak Andak. Dulu masa aku jumpa Pak Njang, aku baru berumur 1 bulan lebih. Sekarang aku dah besar dan dah banyak perubahan. Entah-entah Pak Njang pun tak kenal aku dah.

Kami pergi ke hospital beramai-ramai. Aku harap dapat jumpa Ammi lagi, sekejap pun tak apa. Aku tunggu dan tunggu tapi tak ada sesiapa pun yang bawa aku masuk ke dalam. Agaknya jururawat tak bagi kot. Aku hampa. Abba, Aadam nak jumpa Ammi…..

Kami balik ke rumah tanpa aku berjumpa Ammi. Aku amat kecewa. Sesampai di rumah, semua orang makan tengahari dan selepas itu, Munni Khala pergi ke PJ. Tok dan Mak Teh pergi ke rumah Mak Teh hari ni. Aku pun ikut.


3 6 2011. Jumaat
Munni Khala bawa aku balik rumak.
Tok sampai dari Pahang.

Aku harap ada khabar gembira hari ini namun hampa. Platelet Ammi terus turun. Aku amat berharap Ammi akan cepat sembuh.

Aku lupa nak bagi tahu, beberapa hari aku di rumah Munni Khala, aku dah belajar menari. Bukan ada sesiapa ajar, aku sendiri yang goyang-goyangkan bumbum aku bila terdengar muzik. Munni Khala suka tengok aku menari.

Aku juga sudah tumbuh gigi. Sebenarnya gigi tu memang dah ada, Cuma tak keluar dari gusi lagi. Sekarang gigi tu dah keluar. Sebatang kat bawah.

Mesti Abba dan Ammi seronok jumpa aku dan lebih seronok lagi tengok gigi aku dan tengok aku menari. Hmmmm…. Tak sabar nak jumpa mereka. Aku dengar Munni Khala cakap hari ni nak lawat Ammi. Yahoo! Finally dapt berjumpa Abba dan Ammi.

Munni Khala menangis sepanjang perjalanan nak ke hospital. Dia sedih sebab Abba minta tinggalkan aku di rumah kami, Mak Teh tolong jaga. Asalnya Abba minta Munni Khala duduk kat rumah kami dan jaga aku tapi Munni Khala nak pergi ke rumah Khan Khalu. Jadi Abba mintalah Mak Teh jaga. Bukannya apa, Abba rindu kat aku dan nak jumpa aku selepas balik kerja setiap hari. Munni Khala pula sedih sebab dan seminggu duduk dengan aku. Sedihlah nak berpisah.

Kami sampai ke hospital tapi Ammi bukan lagi duduk di wad hari tu. Di HDU ni tak boleh masuk ramai-ramai sekali, kena masuk 2 orang sekali saja. Aku duduk di luar menunggu giliran aku. Abba datang dari dalam wad dan dukung aku. Abba cakap aku tak boleh masuk sebab takut jangkitan kuman. Aku amat kecewa sebab aku dah lama tak jumpa Ammi. Aku dah excited nak jumpa Ammi hari ni tapi …… Kecewa dan sedih berbaur di hati aku.

Tiba-tiba akak misi tu datang dan dukung aku lalu bawa aku masuk ke dalam. Alhamdulillah dapat juga aku berjumpa Ammi. Akak misi tu cakap 5 minit saja dia bagi aku jumpa Ammi. Aku sedih tapi tak apalah, better than tak dapat jumpa langsung.

Ammi terbaring di atas katil dengan segala macam wayar bergantung di keliling Ammi. Aku sedih melihat keadaan Ammi. Ammi amat gembira berjumpa aku. Aku juga gembira. Banyak benda yang aku nak sembang dengan Ammi. Ammi jaga diri baik-baik ok. Jangan risaukan Aadam, Aadam ok. Ammi cepat-cepat sembuh dan balik ke rumah. I love you Ammi dan Aadam berdoa untuk Ammi. Ammi, Aadam dah tumbuh gigi dan dah pandai menari. Ammi baliklah rumah cepat-cepat, nanti boleh tengok Aadam menari. I love you Ammi. Take care.

Sekejap saja, kemudian aku dibawa keluar. Aku amat sedih. I wish I can stay longer.

Aku duduk di luar menunggu Munni Khala. Lama juga. Kami balik ke rumah tapi Abba masih di hospital.

Petang ni Tok Wan dan Tok dan Pak Su datang ke rumah. Tak lama selepas tu, Mak Teh pula datang.

Malam ni aku tidur dengan Abba di ruang tamu ke dua. Tok Wan, Tok dan Mak Teh tidur di bilik kami. Munni Khala tidur di bilik tetamu. Malam ni aku menangis tak berhenti-henti dan Abba jadi kelam-kabut. Aku kembung perut. Selepas Abba sapu minyak, baru aku tidur.


2 6 2011. Khamis

Ammi, mana ammi ni?. Ambiklah Aadam.
Aadam rindu kat Ammi...Bawalah Aadam
dok dengan Ammi walaupun kat hospital.
Aku mendapat tahu bahawa platelet Ammi turun ke 25 dan Ammi telah dipindahkan ke wad HDU (something like ICU). Aku hanya mampu berdoa sahaj. Aku nak sangat tolong Ammi tapi tak terdaya.

Dalam keadaan sakit macam ni pun Ammi hari-hari call Munni Khala bertanyakan tentang aku. Aku teringin nak jumpa Abba dan Ammi. Bila agaknya Munni Khala nak melawat Ammi. Aku rindu sangat.

1 6 2011. Rabu

Ada peribahasa "Masuk bakul angkat sendiri"
Memang tak masuk akal peribahasa tu.
Mana boleh angkat maaaa.

Aku seronok di rumah Munni Khala, apatah lagi Baji-Baji sedang cuti sekolah. Ramai orang nak main dengan aku.

At the same time, aku rindukan Abba dan Ammi dan risaukan keadaan Ammi. Aku dengar perbualan Munni Khala (yang merupakan satu-satunya sumber untuk aku dapat maklumat tentang Ammi) bahawa platelet Ammi makin turun. Ammi juga tak lalu makan dan minum sebab banyak ulcer dalam mulut dan tekak Ammi. Ammi bergantung sepenuhnya pada drip.

Ya Allah! Senbuhkanlah Ammi sepenuhnya dengan segera. Kabulkanlah doa aku. Amin.