Friday, March 7, 2014

Aadams Story Bulan April 2012


Sabtu 14 April 2012 
1 Tahun 8 Bulan 11 Hari
Baby TV selalu siarkan lagu-lagu masa nak tidur tu. Aku suka dengar lagu-lagu tu. Hari ini aku menari bila tengok rancangan tu. Try buat macam dalam tv. Seronok jugak sampai berpeluh-peluh. 
Timbang berat badan. Emmm
dah berat dari kelmarin....


Jumaat 13 April 2012 
1 Tahun 8 Bulan 10 Hari
Hari ini aku dapat idea nak main benda baru. Boringlah main mainan je. Aku ambil hp abba dan dail cuba telifon khala. Nak ajak dia datang ke rumah kami. Dail-dail tapi tak apat cakap pun. Rosak kot telifon abba ni. Beli yang barulah abba!















Khamis 12 April 2012 
1 Tahun 8 Bulan 9 Hari
Malam ini lepak dalam bilik main -main mainan aku. Aku punya hobi korang nak tau tak? Masukkan brang mainan dalam lubang-lubang radio. Buka tempat keset radio dan masukkan mainan. Kononnya simpanlah. Sampai kadang kala tak masuk akal barang yang aku simpan tu. Tengoklah botol bedak pun aku masukkan. Aku juga suka sorok dalam spiker radio. Belubanglah spiker tu. Kadang-kadang abba marah juga aku. Selalunya dia tak perasan aku sorok banyak benda dalam tu. 



Rabu 11 April 2012 
1 Tahun 8 Bulan 8 Hari
Hari ini aku berkesempatan untuk berkebun. Duduk dengan abba di luar rumah dan siram bunga. Macam bomba pulak rasanya. Kemudian lepak di tepi pagar tengok budak-budak main di padang depan rumah. Bila abba nak bawa aku main di padang entah?





Selasa 10 April 2012 
1 Tahun 8 Bulan 7 Hari


Isnin 9 April 2012 
1 Tahun 8 Bulan 6 Hari
Abba dan ammi dah mula kerja balik hari ini. Boringnya. Aku juga kena pergi ke rumah mama. Tungu sampai malam macam biasa baru mereka ambil aku balik. Di rumah selepas makan dan minum waktu main-main di ruang tamu tengah. Main macam-macam. Main gelongsor, main gelung plastik, main kereta tolak. Aku check tayar motor ok ke tak. Selepas tu baru naik. Ak usuka junjung buaian tu ke atas kepala. Bila dah junjung tak reti nak turunkan. Merengek nak minta tolong abba turunkan. Macam itulah perangai aku. 





Ahad 8 April 2012 
1 Tahun 8 Bulan 5 Hari
Ammi dan abba tak kerja hari ini. Seronok mereka ada di rumah dan aku dapat main puas-puas. Semuanya macam biasa sahaja hari ini. Lepak di katil tengok tv dan main iPad dan main-main sampailah malam.





Sabtu 7 April 2012 
1 Tahun 8 Bulan 4 Hari
Hari ini kami pergi ke rumah khala saja berjalan-jalan. Lama tak jumpa mereka. Mereka tentulah gembira kami datang. Aku juga seronok main lari sana lari sini. Bila penat aku minum susu dan terena di ruang tamu. 


Jumaat 6 April 2012 
1 Tahun 8 Bulan 3 Hari


Main-main di sofa tengah. Ammi juga temankan aku. Aku baca buku cerita tapi terkoyak di hujungnya. Seelsai baca aku panjat sofa cadang nak berdiri atas penyandar tu tapi tak dapat berdiri. Buat kudalah...


Khamis 5 April 2012 
1 Tahun 8 Bulan 2 Hari

Malam ini aku main sepuasnya. Kerusi yang khala hadiahkan pada aku tempoh hari aku buat main. Tolak ke hulu kehilir sampai penat-penat. Korang tengok sendirilah, malas nak cerita banyak.



Rabu 4 April 2012 
1 Tahun 8 Bulan 1 Hari
Macam biasa bila abba dan ammi balik kerja ambil aku dari rumah mama aku main d irunag tamu. Main kereta tolak kaki denan pondok-pondok aku tu. Aku buat macam garaj pulak bila masukkan kereta tu ke dalam pondok tu. Seronk main sampai penat dan akhirnya tidurlah.
Menguap pesen aku.
Aku sangat mengantuk!








Selasa 3 April 2012 
1 Tahun 7 Bulan 30 Hari
Macam biasa bila abba dan ammi balik kerja ambil aku dari rumah mama aku main d irunag tamu. Main kereta tolak kaki denan pondok-pondok aku tu. Aku buat macam garaj pulak bila masukkan kereta tu ke dalam pondok tu. Seronk main sampai penat dan akhirnya tidurlah.




Isnin 2 April 2012 
1 Tahun 7 Bulan 29 Hari
Tiada apa yang istimewa terjadi hari ini...



Ahad 1 April 2012 
1 Tahun 7 Bulan 28 Hari
Pertunangan Pak Cik Jai dengan Mak Cik Fiza

Pagi ini bangun ammi dan abba sebok siapkan aku dan berkemas barang macam nak keluar je. Selepas semuanya sedia kami pun bertolak ke rumah Darwish. Ingatkan nak mandi kolam macam semalam. Rupanya bila sampi di rumah dia ada ramai orang. Hari rayakah? Rasanya raya lambat lagi.
Tok bawa rombongan jiran-jiran satu
kampung ke majlis ini.
Antara jiran-jiran lelaki Tok Wan.
Pak Cik Jai dibantu Mak Cik Yati
sedang megeras tangankan hantaran.
Sebenarnya orang-orang tu adalah jiran-jiran sekampung Tok. Bila aku nampak Pak Cik Jai sebok buat hantaran barulah akau tau rupanya dia nak meminang Mak Cik Fizza girlfriend dia tu. Dah lama dengar mereka couple. Hari ini nak merisik dan meminanglah rupanya. 


Yang ini aku suka.... Cokletttttt!
Di dalam rumah jiran-jiran perempuan sedang menjamu selera. Ada kuih muih sikit hidangan dari Mak Ndak. Aku makan lah kuih sikit. Main lari sana lari sini. Masuk dan keluar rumah dengan Darwish dan Abang Saifullah. Abba sebok ambil gambar acara tu. Orang lelaki duduk di laur rumah. Mereka juga ada makan makan. Tok Wan melayan mereka. Jiran-jiran perempuan ada yang usik aku.
Aku cuba mengkidnapkan
manggis hantaran tapi
kantoi kena tangkap
dengan Pak Cik Jai.
Setelah semuanya sedia kami pun berangka t ke rumah Mak Cik Fizza di Sungai Buluh. Masa tu tengahari. Kami berhenti di Masjid Sungai Buluh untuk solat Zohor. Masa tu rombongan dari sedara mara belah tok di kawasan Belakong juga sampai. Jadi kami join sekalilah bila berangkat ke rumah Mak Cik Fiza. 






Ammi sedang buat QC setiap hantaran.

Pak Cik Jai tak sabar nak berangkat ke
rumah Mak Cik Fizza.

Kesian! Sendiri kena sterika baju laaa.

Mak Ndak sedang pujuk Darwish...


Tok mengeletek aku dengan rambu
jendela. Geli la.


Penat menunggu bila la kami nak
bertolak ke rumah Mak Cik Fizza.

Tok dan Mak Teh sedang terliur
tengok buah-buahan hantaran.


Singgah solat di Masjid di
Sungai Buluh. Bertemu rombongan
adik beradik belah Tok.


Moyang belah Tok dengan
anak menantunya.
Sampai di rumah Mak Cik Fizza ammi tak dapat masuk ke dalam keran dah penuh. Ammi duduk di kerusi yang di sediakan di luar. Aku masuk dan duduk main-main sekitar abba yang sebok ambil gambar. Acara majlis bermula dengan bahasa-bahasa meminang. Aku mulaha bosan duduk je. Berdiri berjalan sekitar tempat kami duduk. Kena tegur  dek abba beberapa kali kerana aku nakal berguling dan berdiri. Kemudian Mak Ndak tangkap aku dan aku kena duduk di riba dia. Sampai habis majlis tu.
Tok Wan sabar menanti majlis bermula.
Antara rombongan yang hadir.
Tok Wan.
Aku pun penat tunggu.
Mula buat kerja aku.
Tok juga sedang sabar
tunggu majlis bermula.
Dah mula dah. Tok bersalam dengan
ayah Mak Cik Fizza.
Aku duduk di riba Mak Ndak kerana
dah tak ada tempat.
Kami semua di jamu pula. Makan makan di luar sana. Aku duduk dengan ammi dan sedara mara belah tok. Moyang juga ada. Jarang aku jumpa moyang sebelah tok ni. Hari raya pun selalu moyang sebelah tok wan je aku dapat jumpa kerana moyang ini duduk dengan anak-anak dia di kawasan Balakong. Setelah kenyang kami semua pun nak baliklah. Masing-masing bawa haluan sendiri. Kami pun baliklah ke rumah selepas tu. 

Inilah Mak Cik Fizza.




Mak Cik Fizza dengan
Tok serta Moyang.


Alamak! Terperangkap
dalam juru kamera.







Amboi... tersengeh macam
dah akad nikah....

Acara makan-makan.

Aku pun ada orang merisik...
Aku malulah....