29 2 2012. Rabu
1Tahun 6 Bulan 26 Hari
Aduh! sakit pinggang. |
28 2 2012. Selasa
1Tahun 6 Bulan 25 Hari
Rasa macam penyanyi 60an. |
Aku rasa dunia aku sudah gelap. |
Tak banyak cerita yang baru. Kehidupan aku macam biasa. Pagi ke rumah mama dan petang bila ammi dan abba balik aku main mainan aku selepas makan malam. Begitulah beberapa hari ini. Tapi yang penting aku seronok. Macam-macam aku dapat benda baru. Semakin besar ni semakin banyak pengalaman yang aku dapat.
Gaya pun mesti macam penyanyi dulu-dulu |
27 2 2012. Isnin
1Tahun 6 Bulan 24 Hari
26 2 2012. Ahad
1Tahun 6 Bulan 23 Hari
Hari ni tak banyak aktiviti. Ammi
sibuk buat kerja office. Abba jaga aku.
Petang ni Abba bawa aku bermain
kat halaman rumah. Tetiba je hujan. Aku seronok nak main tempias air hujan
tetapi Abba paksa aku masuk ke dalam dan aku pun meraung sekuat hati.
Malam ni aku duduk atas buaian dan
Abba hayun aku sampai aku terlena atas buaian tu. Penat sangat. Korang tengoklah sendiri gaya tidur aku tu. Huduh bebeno.
Temankan ammi di hospital. |
24 2 2012. Jumaat
1Tahun 6 Bulan 21 Hari
Sedang sediakan kail untuk memancing di laut Antartika. |
23 2 2012. Khamis
1 Tahun 6 Bulan 20 Hari
1Tahun 6 Bulan 15 Hari
Kami ke hospital lagi hari ini
tetapi hospital yang lain pula. Ammi pergi scan. Kami terpaksa tunggu giliran
lama sangat dan aku dengan seronoknya berlari ke sana ke mari. Lepas tu aku
buat bising dan Abba bawa aku berjalan ke luar. Di sini aku nampak air pancut
lalu aku berlari nak terjun ke dalam air tu. Ada seorang aunty tegur aku.
Kemudian kami ke rumah Munni
Khala. Macam biasa macam-macam aku buat dan aku jadi perhatian.
Jangan salah sangka, bukan nak pergi berkelah. |
Di rumah Khala. |
1Tahun 6 Bulan 13 Hari
Hari ni Ammi ada appointment kat
hospital jadi aku dihantar ke rumah Mama agak lewat berbanding selalu.
Habislah pancit basikal aku ko duduk.... |
Petang pula Abba dan Ammi balik
awal dari biasa dan bawa aku ke somewhere. Aku seronok sangat tetapi …… bila
masuk ke dalam, baru aku tahu aku dibawa berjumpa doktor. Doktor sogok rasuah
dalam bentuk gula-gula Sugus kat aku. Aku ambil dan kemudian aku meraung.
Masa untuk tidur siang... |
Sembahyang zohor.... |
Tempat aku selalu lepak tengok tv di sini. |
15 2 2012. Rabu
1Tahun 6 Bulan 12 Hari
|
Comot selepas makan biskut. |
Sedang dengar lagu negaraku... |
Dinding pun nak main kereta ni. |
14 2 2012. Selasa
1Tahun 6 Bulan 11 Hari
Sedang teran berak. |
Lenguh kaki banyak berdiri. Rehat sat. |
13 2 2012. Isnin
1 Tahun 6 Bulan 10 Hari
12 2 2012. Ahad
1 Tahun 6 Bulan 9 Hari
Pagi-pagi kami keluar rumah.
Ingatkan nak pergi berjalan. Aku pun bernyanyi kesukaan. Rupa-rupanya Abba dan
Ammi bawa aku ke klinik untuk imunisasi.
Semasa di klinik. |
Sebaik Abba letakkan aku ke atas
timbang, aku mula menangis. Kemudian bila doktor cucuk aku, aku menangis lagi.
Nak cucuk pun Abba kena dukung sebab aku tak nak baring kat atas katil.
Aku sedang mengintai kucing tidur. |
Balik dari klinik tu kami tak ke
mana-mana.
Aku tidur awal hari ni.
11 2 2012. Sabtu
1 Tahun 6 Bulan 8 Hari
Melawat Darwish Masuk Hospital.
Kami pergi ke hospital, check
Ammi. Aku menangis kuat-kuat kat hospital sebab aku dah penat menunggu.
Terpaksalah Abba bawa aku berjalan-jalan.
Ammi sedang mengalami tekanan
perasaan. Ni mesti Ammi stress kerja. Tulah …. Aadam dah kata, jangan kerja
keras sangat. Kan dah sakit. Aadam harap Ammi cepat sembuh.
Dari sini Abba dan Ammi nak ke
rumah Alam Mamu tetapi aku tertidur on the way. Bila terjaga, kami berada di
hospital lain pula – datang melawat Darwish. Darwish sakit, batuk, lelah sampai
kena masuk hospital. Aku kesian tengok Darwish. Abba dukung Darwish dan Pak
Andak dukubng aku. Aku cemburu sebab Abba dukung Darwish. Begitu juga dengan
Darwish. Dia cemburu Pak Andak dukung aku.
Selepas melawat Darwish, kami
balik ke rumah. Aku doakan semoga Darwish cepat sembuh dan keluar hospital.
Tang mana tempat masuk kunci ni...? |
Kami melawat Darwish yang masuk hospital kerana sakit. |
10 2 2012. Jumaat
1 Tahun 6 Bulan 7 Hari
|
Mainan aku bersepah kerana ammi mals kemas. |
Dalam proses nak lelapkan mata. |
Abba dan Ammi dah start kerja hari
ni. Aku tak gembira tetapi terpaksa akur. Mujur hari ni Abba dan Ammi balik
lebih awal dari biasa.
Aku mengantuk sangat dan terlena
agak awal. Entah pukul berapa aku terjaga dan menangis. Abba tak ada dalam
bilik. Ammi nak dakap aku tetapi aku bergerak ke belakang dan terjatuh dari
atas katil. Aduh! Sakitnya. Padan muka aku – tak nak bagi Ammi peluk, terus
terjatuh.
Hari ni adalah satu hari yang amat
bermakna buat Abba dan Ammi (dan juga aku). Hari ni adalah anniversary Abba dan
Ammi yang ke 14. Fuyoh! Lama tu. Itu ulangtahun perkahwinan. Kalau nak dikira
usia perkenalan Abba dan Ammi, dah 23 tahun dah. Aku rasa Abba dan Ammi dah
betul-betul kenal each other. Pendekata, kalau duduk ramai-ramai dan ada yang
terkentut silencer (kentut yang tak ada bunyi tapi ada bau), agaknya Abba dan
Ammi boleh cam kot samada itu kentut Abba / Ammi atau tidak. He! He! He! (Best
tak perumpamaan yang aku bagi ni?).
Aadam ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan
buat Abba dan Ammi tercinta. Semoga Allah memberkati perkahwinan Abba dan Ammi
dan dikekalkan jodoh Abba dan Ammi sehingga ke akhir hayat. Semoga Abba dan
Ammi sentiasa bahagia bersama dan hubungan Abba dan Ammi dilindungi dari
pandangan dan niat jahat dan perasaan hasad dan dengki orang lain. Amin.
Aku banyak tidur hari ni. Penat
berjalan dengan Tok semalam kot.
Abba pula bawa aku bermain di
halaman rumah. Bestnya. Aku memang suka bermain kat luar ni. Lapang sikit.
Sedang mengintai jiran sebelah. |
Aku sedang berlatih bola untuk sertai MU. |
6 2 2012. Isnin
Bersepah rumah tok kerana kami berdua. |
Hari ni public holiday so kami
masih lagi berada di Pahang. Pagi ni Tok bawa aku berjalan kaki sekeliling
kampung. Best woh ….. jalan naik bukit, turun bukit (Oh! Lupa nak story. Rumah
Tok Wan ni terletak atas bukit). Aku seronok sangat tapi Tok pula rasa penat
dan bawa aku balik ke rumah. Terima kasih Tok sebab bawa Aadam round-round
keliling kampung. Nanti-nanti kita pergi lagi ok. Nak ikut Tok Wan, aku tak
berani sebab Tok Wan bawa naik motorsikal. Sebenarnya, bukannya aku takut naik motorsikal,
tetapi benda tu bahaya. Lagi pun mana ada helmet saiz aku. Kan bahaya tu. Boleh
kena saman tau …… Itu yang aku takut tu (He! He! He! Pandai aku cover line).
Bila sampai tengahari kami makan nasi dan selepas tu bersiap nak balik semula ke KL. Selepas salam-salam kamipun baliklah. Sampai rumah aku macam biasa main mainan aku sahaja. Seronok dapat main macam biasa. Sambil main aku makan biskut oreo kegemaran aku tu. Aku suka jilat krim tu sampai habis elepas tu baru makan biskut. Kalau tak lalu aku campak bakinya.
5 2 2012. Ahad
Sedang main tali getah bunga . |
Pagi ini ada kejadian mengerikan berlaku. Aku kena potong rambut. Mula tu tok yang potong rambut aku di belakang rumah dengan di riba abba. Aku duduk diam sahaja kerana takut. Seriau aku tengok gunting tu zip zap zip zap atas kepala aku. Selepas seketika datang pulak Pak Su. Tok minta Pak su sambung gunting rambut aku. Dia lagilah gunting sampai jadi komando pulak. Ceh! hilang sudah kehenseman aku. Korang tengoklah sendiri betapa tak bestnya rupa paras aku sekarang.
Selepas itu hanya bermain dan serta tidur je. Abang Izz dah mula tunjuk belang dan mula berkedekut (adakah perkataan ni?) mainan dia dengan aku. Nasib baik Abba ada bawa mainan aku dari KL.
Oh ya, hari ni adalah sambutan Maulidur Rasul.
Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w.
First class untuk tonton tv. |
Ada gaya model tak? |
Hasilnya, kepala aku gondol. |
Tok nak guna air paip tapi aku tak kasi.... |
Pagi-pagi lagi kami dah pergi ke
klinik, ambil ujian darah Ammi. Kemudian kami ke Tesco beli barang-barang sikit untuk buat sebagai bauah tangan untuk tok dikampung. Selepas itu kami balik ke Pahang. Pejalanana kami lancar sahaja.
Bila kami sampai di hadapan hadapan rumah Tok, aku
terus sebut “Tok”. Abba dan Ammi terkejut sebab aku tak pernah sebut “Tok” dan
lebih terkejut lagi bila aku boleh cam rumah Tok dari atas jalan lagi. Well…..
you know me. I’m Aadam Mika’il lah Abba, Ammi. (Oops…. Termasuk ke dalam bakul
dan terangkat sendiri. He! He!).
Tok berdua sambut kami.Seronok mereka tengok aku dan mereka dok tanya itu ini pada aku. Aku biasalah tak tunggu lama untuk lari sana sini apatah lagi ada abang Izz. Abang Izz mengeluarkan mainannya
dan bagi aku main. Aku pun hairan, sejak bila Abang Izz jadi pemurah ni? Ishh!
Tak baik aku buruk sangka pada Abang Izz.
Rumah Tok Wan |
Lepak dengan Tok Wan |
Sepanjang hari kami main. Bila penat aku minum susu dengan ammi. Tok sebok di dapur sediakan makan tengahari. Aku sesekali turun ke dapur dan tinjau apa ammi dan tok buat. Kadang-kadang aku ke pintu dapur tengok permandangan pokok-pokok di belakang rumah. Ada kolam ikan di bawah sana. Ada juga kucing yang duduk tunggu habuan kalau tok campak sisa makanan. Ada juga ayam. Ayam memang banyak di rumah tok ni tapi ayam oranglah. Mereka pun tunggu sisi makanan.
Aku tak pakai baju kerana panas. Berlampin sahaja kadang-kadang tu. Sejuk badan. Lari sana sini main kejar-kejar dengan ababg Izz. Dialah ajak aku pergi sana sini. Kadang-kadang pergi ke serambi luar rumah. Main basikal abang Izz. Aku paling suka kalau main kejar-kajar sekeliling tiang seri rumah tok tu. Berpusing-pusing sampai berpeluh.
Good night.... |
Petang itu tok wan bawa aku naik ke jalan raya depan rumah. Abang Izz pun ikut jugak. Panjat bukit pintu masuk ke rumah tok tu. Berdiri tengok moto lalu lalang.Jalan tu jalan utama dan banyak kenderaan lalu lalang. Tok wan dukung aku agar aku tak ke tengah jalan. Aku pun takut tengok kenderaan yang lalu lalang. Motor aku memang takut. Motor tok wan pun aku tak berana niak naik. Bila penat aku ajak dia turun ke rumah pulak. Aku jalan dulu tapi heret tangan tok wan. Seronoknya main petang itu. Sampai ke malam aku main jugak. Bila dah penat entah pukul berapa baru aku tertidur.
3 2 2012. Jumaat
Aku tak ada cerita hari ni.
Cuma aku suka ajak abba tengok akuarium ikan tepi pintu tu. Selalunya aku akan ajak abba untuk tengok ikan.iap ambil kerusi selalunya. Kalau tak pun aku suruh abba bertinggung dan aku akan pijal peha dia buat bangku. Aku akan bersembang dengan ikan tu atau kasi dia makan sampah. Apa sahaja yang ada di sekeliling akuarium tu aku akan campak ke dalam. Itulah kegemaran aku.
2 2 2012. Khamis
Aku bangun tengah malam dan menonton
tv dan main iPad seorang diri. Abba dan Ammi tidur. Aku pun tak nak ganggu
mereka so aku buat hal aku sendiri.
Pagi ni aku tak boleh nak bangun
dan hanya terjaga semasa Abba dan Ammi dah naik kereta nak ke rumah Mama.
Malam ni seperti biasa aje. Taka
da yang menarik.
1 2 2012. Rabu
Seronok hari ini kerana abba dan ammi cuti sebab Hari Wilayah.
Selamat Hari Wilayah kepada penghuni Wilayah Persekutuan dan selamat bercuti. Abba tak nak bawa aku pergi jalan-jalan ke tengok KL. Lama juga kami tak ke somewere untuk lepak-lepak habiskan masa kosong. Bukan apa aku seronok kalau abba dan ammi ada sekali dan kami pergi shopping atau main-main bersama. Mungkin petang nanti abba bawalah aku keluar tu.
Hari ni aku meragam, tak nak berenggang
dengan Abba, nak Abba dukung aku saja. Baring atas katil pun aku tak mahu. Ammi
cuba pujuk aku. Semakin Ammi pujuk, semakin aku melekat dengan Abba. At last
Abba dan Ammi give up dan Abba pun dukung aku sampai aku terlena.
Kami ke Nilai tengahari ni. Bukan
shopping, tapi pergi ke rumah someone. Seperti biasa, aku tak kenal hamba Allah
ni.
Aku penat sangat hari ni dan tidur awal.