Tuesday, December 21, 2010

Aadam's Story bulan Disember 2010













































31 12 2010. Jumaat
Khala Zarina datang rumah
Dah hari terakhir tahun 2010. Selamat tinggal 2010 yang  hanya  lebih kurang 5 bulan tyapi penuh
peristiwa suka duka dalam hidup aku. 

Hari ni public holiday so Abba dan Ammi ada kat rumah. Kami bersantai-santai saja. Aku tidur selepas mandi. Masa aku bangun, Abba tak ada di rumah. Ammi bagi tahu yang abba pergi tukar tayar kereta sebab tayar lama dah botak. Ammi ni biar betul …. Tayar mana ada rambut? Ni Ammi peril Aadam ye? Tak baik tau Ammi.

Ammi tengah tunggu nani call sebab Nani cakap bila dah siap jahit baju nanti, Nani akan call jadi Abba boleh pergi ambil Nani.

Ammi juga call munni Khala bertanya samada nak datang atau tidak. Munni Khala cakap tak jadi datang hari ni. Aku kecewa juga sebab aku harap Munni Khala akan datang jadi aku boleh bermain dengan Bhaiya dan baji.

Tengahari tu nani call dan cakap kat ammi yang nani akan datang malam nanti bersama-sama dengan Khala Zarina dan Tabbu Khalu. Ammi kecik hati dan merajuk dengan nani sebab Ammi dah tertunggu-tunggu Nani. Kesian Ammi. Aku rasa kelakar juga tengok gelagat Ammi merajuk.

Petang tu Abba bagi tau Ammi yang Pakcik Jai dan makcik Fiza nak datang sebab nak pinjam kereta. Mereka nak hantar makcik Siti ke kampusnya di Terengganu dan Tok, Tok Wan serta yang lain-lain nak ikut. Kereta Makcik Fiza tak muat semua orang tu jadi kena pakai 7 seater Abba. Oh! Patutlah Abba pergi tukar tayar.

Pakcik jai sampai hampir waktu Maghrib. Kami minum … sorry, mereka minum (dan aku tengok aje) petang dan kemudian solat Maghrib. Aku excited berjumpa Makcik Fiza. Pakcik jai dan makcik Fiza pun bermain-main dengan aku.

Selepas solat Maghrib, semua orang kecuali aku makan malam. Lepas makan malam Pakcik Jai lepak sekejap dan kemudian bertolak ke Pahang. Nanti tolong kirim salam kat Tok, Tok Wan dan yang lain-lain ok.

Abba dan Ammi pujuk Pakcik jai dan makcik Fiza suruh bermalam di sini dan esok baru pergi ke Pahang tetapi mereka tak mahu. Abba dan Ammi siap umpan yang mereka boleh tengok bunga api sempena New Year kat belakan rumah kalau tidur sini tetapi mereka tak nak juga.

Abba, Ammi kalau Pakcik Jai dan Makcik Fiza tak nak tak apalah. Bawalah Aadam tengok bunga api. Aadam sanggup. Aku tak pernah lagi tengok bunga api. Mesti best punya.

Semasa Abba dan Ammi bersembang dengan pakcik jai dan Makcik Fiza, aku dapat tahu 1 cerita. Rupanya 31.12.09 pun Pakcik Jai dan makcik Fiza ada kat sini. Mereka nak pergi tengok bunga api kat flyover belakang rumah sebab dari sana boleh nampak bunga api semasa celebration tahun baru tetapi sebab asyik sangat bermain Wii, mereka terlupa dan bila teringat, cepat-cepat mereka pergi tapi sempat tengok asap bunga api saja. Kah! Kah! Kah! Lucunya.

Sebaik Pakcik jai dan Makcik Fiza balik, Nani pula sampai. Nabil Bhaiya dan Alfi baji terus mendukung aku dan bermain dengan aku. Ammi ajak Farah baji bermalam di sini tapi dia tak nak. Tabbu Khalu dan Zarina Khala balik hampir pukul 1.00 tengah malam. Ammi suruh tunggu, boleh tengok bunga api tetapi mereka juga tak mahu. Kenapalah semua orang tak mahu duduk kat sini?

Selepas Zarina Khala balik, Ammi bagi tahu Abba yang nani nak pergi tengok bunga api. Nani tanya Ammi samada Ammi nak pergi dan Ammi cakap biasanya Abba dan Ammi tak pergi so nani cakap tak payahlah pergi semata-mata kerena Nani. Abba suruh nani tengok kat tv saja.

Sebaik pukul 12.00 tengah malam, bunga api pun dilepaskan. Aku boleh dengar gedebum, gedebam bunyi bunga api. Aku tengok kat tv…. Cantik. Tetapi sekejap saja sebab lepas tu kamera tu focus kat orang ramai pula. Apada! Orang nak tengok bunga api, bukannya kepala orang. Abba keluar ke depan rumah dan panggil Nani suruh tengok kat sana sebab boleh nampak kat langit. Aku nak tengok juga tetapi Abba tak bawa aku, jadi aku duduk dengan Ammi kat dalam rumah saja.

Selepas tu Ammi duduk bersembang dengan nani tetapi aku dah ngantuk jadi Abba bawa aku tidur.

Tengok bunga api kat tv.

30 12 2010. Khamis
Ammi pergi hospital Gleneagles
Ada kacang goreng cap tangan. Sedappp, macam tulah rasa tangan aku ni...

Abba dan Ammi cuti hari ni. Aku fakir aku boleh spend masa dengan Ammi tapi Abba dan Ammi hantar aku ke rumah Mama sebab Abba bawa Ammi ke Gleneagles for 2nd opinion. Aku harap doktor kat Gleneagles ni cakap Ammi tak payah operate.

Doktor sedang memeriksa Ammi.
Aku tunggu Abba dan Ammi balik, dengan harapan ada berita baik. Bila Abba dan Ammi datang ambil aku petang tu, mama bertanya Ammi apa doktor cakap. Ammi kata tetap kena operate tapi doktor ni cakap tak payah rush. Aku tak tahu samada itu berita baik atau tidak tapi aku doakan yang terbaik buat Ammi.

Memandangkan Ammi dah balik awal, Ammi bercadang nak ke office Uncle Pathi tetapi tak jadi sebab Abba ada kerja office nak disiapkan sebab esok public holiday. Public holiday apa? Oh! Rupanya esok semua orang dapat cuti umum sempena kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dalam perlawanan final Piala Suzuki.
Ammi sedang menalipon penerbit
Reality Show untuk sesi uji bakat aku
yang suka menyanyi-nyanyi.

Ammi bagi tau aku semua orang persoalkan samada aku sokong Indonesia atau Malaysia. Ammi cakap mestilah aku sokong Malaysia sebab aku anak Malaysia walaupun Ibu dan bapa warganegara Indonesia. Aku rasa aku nak duduk atas pagar dan sokong pasukan yang menang, boleh tak? He! He! He! Tapi aku rasa aku setuju dengan Ammi…. Aku dilahirkan di Malaysia jadi mestilah aku sokong Malaysia.

Asalnya Abba nak pergi ambil Nani dari rumah Zarina Khala malam ni tetapi sebab kerja Abba lambat siap, kami tak jadi pergi. Ammi ajak Abba pergi esok pagi. Abba cakap ok tetapi bila Ammi telefon nani, Nani suruh datang petang sebab Nani nak jahit baju untuk Zarina Khala. Jahit baju? Kenapa tak beli saja? Apalah Zarina Khala ni kedekut sangat. Dahlah nani tu datang nak berjalan-jalan, disuruh pula jahit baju.

Ammi bawa aku duduk di sofa ruang tamu tengah. Kami jarang lepak kat sini. Cuma bila ada tetamu datang,  baru kami duduk kat sini. Hari ni Ammi bawa aku duduk kat sini sebab nak teman Abba yang tengah buat kerja kat sini. Ammi dudukkan aku di atas teddy bear besar yang Abba bagi kat Ammi sempena harijadi Ammi dulu. Besar betul bear tu, lebih besar saripada aku. Lepas Abba siap kerja Abba, kami masuk bilik sebab Abba dan Ammi nak sembahyang.

Malam tu seperti biasa aku bermain dengan Abba dan Ammi dan kemudian tidur.



29 12 2010. Rabu
Ammi keluar hospital...
Seronok Ammi boleh keluar hospital hari ni. Aku bagi pose senyuman menawan di sini.

AHari ni Abba tak hantar aku ke rumah Mama. Sebaliknya aku pergi ke rumah Munni Khala. Abba cakap senang untuk lawat Ammi. Selepas kerja boleh terus ke hospital dan balik dari sana boleh ambil aku. Jadi hari ni Abba tak nak bawa aku ke hospitallah. Tapi Abba, Aadam nak jumpa Ammi juga. Aku harap Munni Khala akan melawat Ammi dan bawa aku bersama.
Sedang memikirkan topik sembang apa
bila jumpa Ammi nanti.

Mungkin Ammi suka aku sembang topik
UH UHK RUSS  DUO....
Munni Khala dah nak pindah ke Seri Kembangan so mungkin ini kali terakhir aku ke rumah di PJ ni. Lain kali kalau datang pun mungkin tak lama macam ni. Aku seih juga sebab aku duduk di sini agak lama juga semasa aku baru lahir. At the same time, aku juga tak sabar nak tengok rumah Munni Khala di Seri kembangan.

Di rumah Munni Khala seperti biasa aku dikerumuni oleh bebudak tu semua. Memang aku tak pernah rasa sunti bila aku di sini.

Petang tu Abba datang ambil aku. Awal juga. Agaknya Abba ubah fikiran dan nak bawa aku ke hospital. Mungkin juga Ammi suruh Abba bawa aku. Tak kisahlah, janji dapat jumpa Ammi.

Aku gembira melihat Abba datang dan tetiba kegembiraan aku bertambah bila ternampak Ammi pun ada bersama Abba. Ammi dah keluar hospital? Ammi tak jadi bedahlah. Alhamdulillah. Ammi dah sihat ke? Aku bersyukur Ammi dah balik.

Kemudian Ammi mula bercerita dengan Munni Khala, Khalid Khalu, Sinara Khala dan yang lain-lain. Ammi cakap sememangnya Ammi kena bedah tapi doktor tu suruh masuk semula ke hospital Selasa depan dan nak operate hari Rabu nanti. Aku ingatkan Ammi dah sihat dan tak perlu dibedah. Rupanya Ammi balik rumah temporary saja.

Aku cuba memujuk diri aku sendiri dan akhirnya aku membuat keputusan mungkin itu yang terbaik buat Ammi. Biarlah Ammi pergi operate. Insya Allah bila balik nanti, Ammi akan lebih sihat.

Abba dan Ammi duduk minum petang sambil berbual dengan Khalid Khalu dan munni khala.

Kemudian awex Noor Bhaiya dating nak minta tolong Noor Bhaiya merepair laptop mereka yang rosak. Ye ke laptop rosak…. Ke saje je nak memperkenalkan diri kepada Munni Khala dan Khalid Khalu? Ehem! Bukan seorang, tapi 2 orang. Aku tak pasti yang mana satu awek dia. Mungkin seorang tu peneman saja kot. Dia orang cakap mata aku bulat macam guli dan aku putih macam Chinese. Kemudian kata-kata yang aku dah lali dengar pun terpacul dari mulut mereka …. Cutenya. Well…..

Masa tulah noor Bhaiya nak jealous dan cakap kat akak 2 orang tu, “Korang nak repair laptop ke tak, ke nak main dengan dia saja”. Ceh! Macamlah aku tak faham maksud dia cakap macam tu. Sah-sah jealous. Dengar suara pun tau. Tu takut awek dia terpikat kat aku pula lah tu. Eleh! Aadam pun tak inginlah. Relaxlah bro.

Malam ni aku hanya bersembang dan bermain dengan Abba dan Ammi. Ammi cakap esok nak ke hospital lain pula untuk mendapatkan second opinion. Abba cakap nak hantar aku ke rumah mama dan kemudian bawa Ammi ke hospital. Aku harap doktor kat hospital ni nanti akan memberikan sesuatu khabar gembira, Insya Allah.

28 12 2010. Selasa
Ammi kena masuk Hospital Damansara
Ammi kena masuk hospital hari ni. Aku sedih sangat ni.

Hari ni sebelum pergi ke hospital Ammi tak henti-henti peluk dan cium aku. Lepas tu tak habis-habis pesan akt aku suruh jaga diri dan jangan naughty. Aku rasa sebak. Ammi masuk hospital lama ke? Aku harap tak lama.


Ammi menanti untuk dimasukan ke wad.
Aku seperti biasa pergi ke rumah Mama. Ammi tanya Abba petang nanti bawa aku ke hospital tak dan Abba cakap bawa. Yahoo! Aku boleh lawat Ammi. Ingatkan aku kena tunggu sampai Ammi keluar baru boleh jumpa semula.

Abba ada meeting hari ni jadi tak boleh tunggu Ammi di hospital. Abba cakap selepas masukkan Ammi ke wad, Abba nak pergi kerja dan petang nanti datang ambil aku dulu sebelum ke hospital.

Kalau Abba tak boleh tunggu Ammi taka pa, Aadam ada, Aadam boleh tunggu. Nanti Aadam jaga Ammi ok? Tapi tak ada jawapan dari Abba ataupun Ammi. Agaknya mereka memikirkan “Aadam jaga Ammi ke, ammi jaga Aadam?” Hmm…

Seperti semalam, aku tertanya-tanya keadaan Ammi dan aku tahu aku tak boleh buat apa kecuali tunggu Abba datang dan cerita kat Mama sementara aku pasang telinga. Tak sabar rasanya nak tunggu abba balik. Kenapa Abba lambat sangat hari ni?

Sememangnya Abba datang lambat. Masa Abba datang, Mama bertanya tentang Ammi. Abba cakap mungkin Ammi kena operate tapi tak confirm lagi. Esok baru tau.

Apa? Ammi nak kena operate? Aku harap doktor dapat sembuhkan Ammi dengan ubat dan tak payah operate. Kalau Ammi operate, mesti lama duduk kat hospital. Nanti aku rindu kat Ammi. Ya Allah, sembuhkanlah Ammi dengan segera tanpa perlu dibedah.

Hari ni hujan turun dengan lebatnya seolah-olah berkongsi perasaan sayu aku. Dan bila dah hujan lebat, apa lagi, jalan pun jam teruk. Rasanya lama sungguh dalam perjalanan. Ammi call Abba bertanyakan bila nak sampai dan Abba cakap kami on the way. Jalan sesak sangat. Akhirnya kami sampai. Rasa macam aku dah tumbuh janggut duduk dalam kereta tadi. Lama giler….

Aku melawat Ammi pada waktu malam.
Hujam masih turun dengan lebat dan Abba tak dapat cari parking dalam bangunan hospital tu jadi terpaksa park kereta di luar bangunan. Abba payungkan aku dan bawa ke hospital. Abba meninggalkan payung di lobby sebab semua orang meletakkan payung basah mereka di sana.

Kami naik lif ke tingkat 3 dan akhirnya sampai ke bilik Ammi tapi ….. mana Ammi? Ammi tak ada pun di bilik Ammi. Dah tu Ammi duduk single room jadi tak ada orang lain dalam bilik tu yang kami boleh bertanya. Abba buat dono aje. Abba tau kot Ammi kat mana.

Abba membaringkan aku di atas katil Ammi. Katil kat hospital ni kecil daripada katil King size kami di rumah. Dah tu cadar dia putih kosong aje. Orang bubuhlah cadar warna-warni, barulah pesakit ceria. Nanti bila aku dah besar dan buka hospital aku sendiri, aku akan praktikkan cadangan ini.

Lepas tu Ammi pun datang. Rupanya Ammi ada di bilik air. Ammi seronok tengok aku dan peluk cium aku. Aku pun seronok jumpa Ammi. Ammi, bila Ammi nak balik? Aadam rindulah. Emmm…. Ammi ok tak? Doktor bagi tau tak bila Ammi boleh balik ke rumah? Ammi kena operate ke?

Baru saja aku nak bersembang dengan Ammi, dah ada pengumuman kat luar memberitahu waktu melawat dah habis dan suruh pelawat balik. Aik! Aku baru saja sampai, dah kena balik. Belum puas aku bersembang dengan Ammi. Abba pun belum bersembang dengan Ammi. Ammi mula merungut yang kami baru sampai, dah kena bali kami pun tak balik dan mujur tak ada sesiapa datang suruh kami balik. Agaknya kalau Ammi tak duduk single room, memang dah kena halau.

Aku seronok bercerita dengan Ammi. Terkadang aku jadi excited dan suara aku jadi kuat. Abba akan berbisik kat aku, “Jangan bising, ni hospital. Tak boleh bising-bising kat sini”. 3, 4 kali Abba berbisik kat aku dan kemudian aku pun belajar berbisik dan berbisik kat Abba. Ammi ketawa besar melihat aku berbisik. La! Lucu ke?

Agak lama juga kami di hospital. Aku keletihan dan mengantuk tetapi aku tak mahu tidur sebab nanti tak sempat nak ucap bye-bye kat Ammi. Abba seolah-olah tak sampai hati nak tinggalkan Ammi. Kemudian Ammi suruh Abba balik sebab Ammi kata Abba penat hari ni, berulang-alik ke hospital, office, rumah, hospital lagi. Lagi pun hari dah lewat, mesti aku pun letih, kata Ammi. Aku Nampak Ammi pun tak sampai hati nak suruh kami balik tetapi sebab kesiankan Abba dan aku, Ammi suruh balik.

Selepa Ammi solat Isyak, Abba pun balik. Dalam lif ada seorang aunty berbangsa Cina. Dia bersembang dengab Abba bertanyakan fasl aku. Aunty tu kata aku cute. He! He! He! Please tell me something I don’t know. Apa yang aunty tu kata adalah suatu hakikat yng sudah diketahui umum.

Hari masih gerimis dan pintu menuju ke lobby sudah ditutup. Kami terpaksa lalu di jalan raya untuk ke lobby di mana Abba meletakkan payung kami. Macam mana ni? Nanti basahlah kami. Mujur aunty tu ada. Dia tolong payungkan aku sampai ke lobby. Thank you Aunty.

Sampai di lobby, payung kami dah lesap. Ada orang yang “meminjam: payung kami dan “terlupa” nak pulangkannya semula. Aku tak tahu siapa punya kerja ni tapi aku pasti orang ni tak bertanggungjawab. Kalau ye pun nak pinjam tanpa izin tuanpunya payung, at least drive in lah sampai ke lobby tu dan pulangkanlah payung tu selepas digunakan. Ini tak, terus buat harta tanpa memikirkan bahawa owner payung tu nanti akan berhujan pula. So irresponsible.

Balik ke rumah, aku penat giler lalu terus tidurrrrr

27 12 2010. Isnin
Aadam doakan Ammi tak kena tahan wad hari ni. Nanti macamana Aadam nak tidur...

Hari ni hari jadi Khairul Bhaiya, Happy Birthday Khairul Bhaiya. Hadiah Aadam mana?

Seperti yang dijangka, aku dihantar ke rumah Mama. Ammi pula pergi kerja sebab ada mesyuarat. Ammi cakap lepas meeting tu nanti baru nak ke hospital.

Ni baju yang Mama hadiahkan
Di rumah Mama aku asyik teringatkan Ammi. Macam mana agaknya keadaan Ammi? Apa yang doktor cakap? Kalaulah aku ada iPhone, bolehlah aku call Abba dan bertanya. Emm… agaknya duit raya aku cukup tak nak beli iPhone 4?

Pagi menjelang tengahari. Belum ada berita tentang Ammi. Aku tak senang duduk, risaukan Ammi. Lebih kurang pukul 4 lebih, Abba dan Ammi datang ambil aku. Aku gembira tengok Ammi. Syukur Ammi tak payah masuk hospital. Itu bermakna sakit Ammi tak teruklah kot.

Mama pun pergi jumpa Ammi dan bertanya keadaan Ammi. Ammi bagi tau yang Ammi kena masuk hospital dan Ammi balik nak settle kerja-kerja Ammi dulu.

Ha! Masuk hospital? Serious ke Ammi? Apa doktor cakap tentang sakit Ammi?

Ammi sedang mendengar penerangan dari Doktor.
Ammi kata doktor nak masukkan darah sebab Ammi tak cukup darah. Lepas tu mungkin kena bedah. Bedah? Serious tu Ammi. Aadam risaulah Ammi.

Kami balik ke rumah dan Ammi sibuk menyiapkan kerja pejabat Ammi setakat yang mampu sebelum ke hospital esok. Abba pula duduk menemani Ammi. Aku memang kesiankan Abba dan Ammi. Semoga Allah memberkati kedua-dua insane ini, Amin.

Malam tu Purveen Momani, Munni Khala dan Farooq Mamu call Ammi bertanyakan khabar. Purveen Momani dan Munni Khala siap offer nak tolong jaga aku semasa Ammi masuk hospital tetapi Ammi cakap taka pa, boleh hantar ke rumah Mama.


26 12 2010. Ahad
Emmm nyaman sungguh tak berbaju ni. Sejuk badan aku.

Ammi nak pergi ke Jusco untuk beli hadiah Khairul Bhaiya. Abba cakap kita pergi tengahari nanti. So bila sampai tengahari, kami pun ke Jusco.
Ops! Sorry Dino, seperti biasa aku
terput-put kat muka kau.
Ko pengsan lah seminit dua saja ok.

Mula-mula Abba tengok wallet untuk Khairul Bhaiya tetapi Ammi cakap nak beli seluar slack so kami pergi ke kawasan seluar. Sekejap saja Abba dah pilih satu seluar untuk Khairul Bhaiya tetapi seluar tu panjang sedikit (ke Khairul Bhaiya yang pendek, entahlah) jadi Abba pergi bayar dulu dan minta jurujual tu potong seluar tu.

Sementar tunggu seluar tu dipotong, Abba menolak kerusi roda Ammi ke kawasan baju bayi. Hmmm… Aku rasa sejak aku ada, Abba dan Ammi asyik beli baju untuk aku aje, sampaikan dah tak ada tempat nak simpan.

Aku dapat beberapa pasang baju tidur. Banyak sungguh koleksi baju aku. Nanti bila aku dah membesar, mungkin Ammi boleh praktikkan cadangan Munni Khala untuk berniaga di pasar malam, menjual baju-baju aku. Kemudian Abba dan Ammi pergi belek kasut pula untuk aku. Macam-macam kasut ada di sini, kasut yang macam budak-budak pakai, sport’s shoes dan juga jenis yang rockers pakai. Aku tertidur semasa Abba dan Ammi sibuk memilih kasut untuk aku.

Bila aku terjaga, Ammi sedang menunggu Abba yang pergi membayar. Aku yang keboringan menunggu, mula pandang kiri dan kanan dan ternampak beberapa bungkusan plastic berisi puting di sebelah kanan aku. Aku cuba menjangkau plastic itu tetapi tangan aku tak sampai. Ammi ketawa melihat gelagat aku dan cakap, “Kecil-kecil dah nak tarik barang itu ini. Bila besar nanti macam manalah Aadam ni? Aadam good boy kan so jangan tarik-tarik barang macam nit au”. Ok Ammi, point noted.

Lepas tu Abba dan Ammi pergi makan dan aku akan melihat saja tetapi tak ada tempat duduk kosong jadi Abba cakap nak tapau saja. Ammi pun setuju. Kami pergi pula ke stesyen minyak Mobil di mana Abba pergi beli nasi ayam. Biar betul, beli nasi ayam di stesyen minyak? Aku dengar Ammi cakap nasi ayam kat sana sedap. Tu mesti diaorang masak pakai minyak diesel, pasal tulah rasa dia berlainan. He! He! He!

Tunggu punya tunggu punya tunggu …. Abba tak muncul-muncul. Aku kepenatan dan kelaparan lalu mulai merengek. Ammi bagi puting tapi aku nak susu, jadi aku pun menangis. Kelam-kabut Ammi ambil susu dalam warmer tu. Kesian Ammi. Sorry Ammi tapi Aadam lapar giler le…

Balik ke rumah, aku bersantai-santai dan relax, tengok tv, borak, naik buaian, tidur. Malam tu Ammi bagi tau aku yang esok Ammi nak ke hospital dan suruh aku duduk baik-baik. Alhamdulillah, akhirnya Ammi akan ke hospital. Aku harap tak ada apa-apa yang serious. Ya Allah, berikanlah yang terbaik buat Ammi. Aku harap Ammi tak payah masuk hospital dan akan balik ke rumah esok. Agaknya Ammi bawa aku sekali tak ke hospital? Aku rasa Ammi tak akan bawa aku. Tak apalah, janji semuanya ok untuk Ammi cukuplah.


25 12 2010. Sabtu















Ho! Ho! Ho! Merry Christmas.
Pose meniarap yang ramai tunggu-tunggu ni.

Aku bangun agak lewat hari ni, mungkin penat semalam masih belum hilang kot. Masa aku bangun, Ammi sedang membuat persiapan nak masak tengahari untuk Tikku Mamu sekeluarga. Abba pun tolong Ammi. Ammi nak masak awal-awal sebab Tikku Mamu cakap dia nak datang dalam pukul 10 a.m. Ammi nak siap masak sebelum Tikku Mamu datang jadi Ammi boleh duduk bersembang dengan Khazamah Momani nanti.

Walaupun sibuk, Abba dan Ammi sempat lagi layan sembang dengan aku. Ammi cakap hari ni hari jadi Ella Baji. Ye ke? Ella Baji lahir pada hari Krismas? So setiap tahun Ella Baji dapat cutilah sempena birthdaynya. Bestnya. Macam orang kenamaan saja, ada public holiday pada harijadi mereka. Lagi Ammi inform aku yang lusa harijadi Khairul Bhaiya. Ceh! Dah tua-tua pun nak celebrate ke???

Entah apa benda yang Ammi masak aku pun tak tahu tapi aromanya menusuk ke hidung aku, semerbak wangi. Ni mesti masak kari ni.

Abba on kan tv untuk aku tengok. Rancangan apa lagi…. Cartoon lah. Bila ternampak pokok krismas dalam tv tu, baru aku teringat yang semalam kat Mid Valley pun ada satu pokok krismas yang besarrrrr, tinggi giler, wa cakap lu. Abba bawa aku pergi tengok pokok tu dari atas. Bestnya. Ada juga display lain yang sememangnya menarik hati. Aku memang enjoylah semalam. Agaknya Darwish ada pergi tengok pokok krismas tak. Bilalah agaknya aku nak jumpa dia, banyak cerita yang aku nak sampaikan kepadanya.

Keluarga Tikku Mamu bergambar kenangan dengan aku.
Tikku Mamu bersembang, aku pun
bersembang jugak....
Ammi masak special untuk mereka hari ni...
















Penat menonton, aku mula menangis sebab lapar. Selepas minum susu, aku merengek nak tidur. Lepas tidur, aku bangun. Lepas bangun, aku tengok Tikku Mamu dah sampai. Ha! Dah sampai? La! Aadam cadang tadi nak sambut Tikku Mamu semasa sampai dengan bunga manggar dan paluan kompang tapi Aadam terlena pula.

Ammi dukung aku dan bawa keluar. Kemudian Ammi bersalam-salaman dengan Khazamah Momani dan anak-anaknya. Eh! Dah nak balik dah ke? Janganlah balik lagi, Aadam tak sempat nak beramah mesra pun. Lama sangat ke aku tidur sampai tak sedar Tikku Mamu dah sampai, sembang, makan dan nak balik.

Lepas tu Ammi duduk dan mulai sembang. Oh! Baru sampai rupanya. Khazamah Momani mengagah-agah aku dan dukung aku. Kemudian Nafisah Baji dan Farheen baji pula dukung aku. Faiz Bhaiya sibuk bermain Wii. Tikku Mamu pun try juga main tetapi tak berbakat rupanya.

Sampai waktu Zohor, Tikku mamu, Abba dan Faiz Bhaiya pergi ke surau. Balik dari surau kami ma…. Sorry, mereka makan dan aku tengok aje. Bilalah agaknya aku boleh join sekali dan makan bersama-sama?

Aku dah semakin cekap meniarap. Tapi nak
telentang semula aku tak pandai.
Selepas makan, Tikku Mamu mengantuklah pula dan tidur sekejap sementara Khazamah Momani tengok blog aku dengan Abba dan Ammi. Aku pula lepak dengan Baji 2 orang tu.

Tikku Mamu sekeluarga balik selepas minum petang. Abba dan Ammi cuba sedaya upaya nak suruh mereka bermalam di rumah kami tetapi tak berhasil. Ammi even bergurau nak letak julab dalam makanan mereka supaya mereka diarrhea dan tak boleh balik.

Selepas Tikku Mamu balik, aku tidur lagi. Lepas aku bangun, Ammi call Ella Baji dan wish dia Happy Birthday. Aku pun wish juga, Happy Birthday Ella Baji, semoga Allah panjangkan umur Ella Baji dan jadikan Ella Baji seorang yang baik dan bertanggungjawab. Ammi faham, lalu sampaikan ucapan aku kepada Ella Baji. Thanks Ammi.

Malam ni kami buat aktiviti biasa… bersembang-sembang dan bermain. Kemudian tidur.


24 12 2010. Jumaat
Shopping kat Mid Valley







Lupa nak komen pasai rambut aku. Haaa tengok rambut aku dah mula tumbuh dah.

Aku fikir Ammi akan ke hospital hari ini tetapi Ammi cakap kat Abba nak pergi minggu depan sebab ada kerja urgent nak disiapkan di office dan hari Isnin nanti ada mesyuarat.

Ammi ni kan, memang workaholiclah. Sakit-sakit pun nak fakir pasal kerja. Kan doktor dah cakap suruh pergi secepat mungkin. Kenapa nak tunggu-tunggu lagi? Aku harap Abba berkeras dan bawa Ammi ke hospital. Sememangnya Abba memujuk Ammi suruh pergi hari ni tetapi Ammi tak mahu. Akhirnya Abba beralah.

Aku juga fakir hari ni nak lepak-lepak dengan Abba kat rumah tetapi Abba cakap Abba ada hal nak settle kat surau. Abba nak fix something kat surau so Abba hantar aku ke rumah Mama.

Aku tertunggu-tunggu juga kalau-kalau kerja Abba kat surau habis awal, bolehlah Abba fetch aku dan harap-harap dapat “drive” dengan Abba. Sememangnya Abba datang ambil aku lebih awal dari biasa. Selepas balik ke rumah, Abba menukar baju aku dan memakaikan aku baju lengan panjang dan seluar panjang. Ammi belum balik jadi kemungkinan besar aku akan dibawa bersama untuk ambil Ammi.

Memang betul, aku diletakkan di dalam bakul aku dan dibawa ke pejabat Ammi. Jalan agak sesak hari ni (atau mungkin selalu pun sesak macam ni tapi aku tak tahu sebab biasanya aku tak datang ke pejabat Ammi).

Sempat singgah makan dulu sebelum shopping.
GAP sale buat Abba GA GAP!
Selepas mengambil Ammi, kami ke Mid Valley untuk pergi ke kedai GAP.Wah! Ini first time aku nak ke Mid Valley. Selalunya Abba dan Ammi pergi sendiri-sendiri dan tinggalkan aku di rumah Munni Khala. Excitednya.
Lah! aku tak tau selama ni aku ada dua.

Sampai di sana Abba berpusing-pusing cari parking (walaupun Abba ada season’s parking kat sini tapi sebab lambat parking tu dah dibuka kepada orang ramai).
Kat Garden Mid Valley, Esok Christmas la...

Bila masuk ke sana aku tergamam melihat ramainya manusia. Mungkin sebab esok Christmas, jadi ramai yang keluar shopping. Yang aku pelik orang yang tak sambut Christmas (macam kami) pun mengambil kesempatan untuk membeli-belah masa ni. Aku keciwi sangat dan menoleh-nolehkan kepala aku ke kiri kanan kiri kanan …. Tak henti-henti, macam wiper keretalah pula. Ammi dan Abba merasa lucu melihat gelagat aku dan ketawakan aku. Ammi siap cakap aku ni jakun. Sampai hati Ammi, kecik hati Aadam…
Ada belon udara lah Ammi, Iss kalau
Darwish naik tu mesti belon tu tak larat
nak naik atas kan Ammi.
Nyaman sungguh lena bawah pokok
christmas ni. Ada lampu lip lap lagi.

Memandangkan hari dah hampir Maghrib, Abba ajak Ammi makan dulu sementara tunggu masuk waktu dan solat sebelum pergi shopping. Abba dan Ammi makan di kedai bernama Rasa Mas. Kedai ni ala-ala KFC. Aku seperti biasa, makan bau saja. Masa Abba dan Ammi sedang makan aku ambil kesempatan memandang keluar kedai tu dan melihat gelagat orang ramai yang pergi shopping. Abba seperti biasa, sempat snap gambar aku kat kedai ni.
Aku dah yz yz yzz yzzz zzzzzzzzzzzzz!

Selepas makan dan solat, kami ke GAP. Wah! Banyaknya baju dan wah! Mahalnya baju. Walaupun ada discount, tetapi harganya tetap mahal. Abba dan Ammi belikan aku satu jacket denim kat sini. Hmmm…. Kalau aku pakai dengan seluar jeans aku mesti “rugged” punya. Tetapi saying jacket tu besar sedikit jadi mungkin aku kena tunggu sedikit hari untuk memakainya.

Kemudian kami ke beberapa kedai pakaian bayi yang lain termasuk ke Jusco. Di Jusco, Abba dan Ammi belikan aku 2 helai baju kemeja, 1 short sleeve dan 1 long sleeve. Hmm.. Cantik kalau dipakai dengan seluar jeans aku ni. Lepas tu pakai pula jacket denim yang baru beli tadi on top. Hmmm… Aku cuba bayangkan ketampanan aku bila berpakaian begitu.

Terima kasih Abba, terima kasih Ammi.

Oh, ya! Lupa pula nak cakap… semasa kami di salah satu kedai pakaian bayi tu Tikku Mamu call Abba bagi tahu esok nak datang ke rumah kami. Ammi terkejut mendengarkan ini sebab sejak Abba dan Ammi bernikah, Tikku Mamu tak pernah datang ke rumah kami. Ternyata Ammi gembira sebab Ammi agak rapat dengan Khazamah Momani.

Aku dengar Ammi cakap kat Abba yang aku bawa rezeki kepada Abba dan Ammi. Ye ke? Macam mana tu Ammi? Ammi cakap sejak aku ada, ramai orang datang ke rumah kami, termasuk Tikku Mamu dan Shafiqu Mamu yang kedua-duanya datang ke rumah kami buat kali pertama. Kan tetamu tu bawa rezeki. Oh! Gitu ke??? Alhamdulillah. Semoga bertambah rezeki Abba dan Ammi.

Sesampai di rumah, aku dah kepenatan dan terus tidur… zzzzz.

































































23 12 2010. Khamis































































Shafiqu mamu tiba-tiba datang melawat kami malam ni

Sebelum pergi kerja, aku dengar Ammi call Nani dan bertanya samada Nani jadi datang ke sini hari ni. Nani nak datang ke rumah kita ke Ammi? Bila? Ammi tak cerita pun kat Aadam. Ke Ammi ada cerita tetapi Aadam yang tak perasan sebab risau sangat. Aku rasa Shahid Mmau yang menjawab panggilan Ammi tu dan dari jawapan Ammi, aku dapat meneka yang Nani tak datang hari ni. Tekaan aku disahkan oleh Ammi semasa Abba bertanya Ammi samada Nani datang hari ni atau tidak. Ammi bagi tau yang Nani akan datang minggu depan. Nani nak bermalam di sini ke Ammi? Oklah tu. Sejak Aadam ada, Nani tak pernah lagi datang ke rumah kita kan. Tak sabar nak tunggu Nani …
Sesekali pose aku nak nampak ayu jugak. Tapi sumpah aku lelaki sejati...
Aku asyik teringatkan Ammi saja. Agaknya bagaimana perut Ammi? Aku harap Abba akan bawa Ammi ke klinik hari ini.

Selepas Abba ambil aku hari ni, kami balik ke rumah. 

Ammi bagi tahu aku yang Shahmi Baji lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan PMR nya. PMR tu apekemende Ammi? Pakar Masak Rendang ke? Ammi cakap Shahmi Baji dapat 8A. Tahniah Baji. Bila nak belanja Aadam makan ni?


Ammi cakap anak-anak Mun Mamu semuanya pandai-pandai. Fatin Baji pun dapat masuk UiTM Segamat dan tak lama lagi nak pergi daftar. Wah! Ni macam 2 orangnak kena belanja Aadam ni. Tahniah buat Fatin Baji juga.



Selepas solat, kami keluar semula dan pergi ke klinik. Baguslah Ammi dah setuju nak ke klinik. Aku dengar Abba bagi Ammi kata 2….. Sabtu nak pergi klinik ke, nak pergi GAP? Kalau nak pergi GAP, kena pergi klinik hari ni. Ammi cakap Sabtu nak pergi dua-dua tetapi Abba cakap tak boleh. Akhirnya Ammi setuju ke klinik hari ni.

Yang aku tak faham, GAP tu apekebende? Aku rasa mesti nama sesuatu tempat tetpi aku tak pasti tempat apa.
Aku sedang belajar untuk bagi pose
yang ala-ala penari gelek gitu.
Masih nampak kaku je lagi....

Semasa dalam perjalanan ke klinik, aku dengar Ammi bertanyakan Abba amada baju kat GAP tu ok tak. Oh! GAP tu nama kedai jual baju rupanya. Ni mesti nak belikan baju untuk aku. Oh, ya! Baru aku teringat. Baju yang Mama belikan untuk aku tu pun jenama GAP. Memang sahlah GAP tu nama kedai jual baju.

Sebelum ke klinik, Abba pergi order makanan dulu. Masa tu iPhone Ammi berbunyi. Shafiqu Mamu rupanya. Bila Abba balik ke kereta, Ammi bagi tahu yang Shafiqu Mamu nak datang ke rumah. Aik! Tiba-tiba aje. Aku tak tahu pun. Abba suruh ajak Shafiqu makan malam dan tidur di rumah kami. Ammi call Hanna Momani tetapi Hanna Momani cakap mereka dah makan dan dah booking hotel. Maklumlah mereka datang dari Terengganu. Bercuti sekolah. Mereka nak datang sekejap saja untuk melawat kami.

Ramailah pula orang kat klinik malam ni. Akak-akak misi peminat aku pun tak bertugas. Shift pagi agaknya. Lama kami tunggu giliran. Bila masuk ke bilik doktor, aku dapati D. hisham yang bertugas malam ni. Doktor check Ammi sekejap lepas tu keluarkan satu alat apekebende entah dan menggerak-gerakkannya di atas perut Ammi. Doktor cakap Ammi ada fibroid yang agak besar dan sudah memenuhi perut Ammi. Doktor suruh Ammi ke hospital segera sebab mungkin Ammi kena operate untuk mengeluarkan fibroid itu. Kata doktor ukurannya 9cm x 9cm. Doktor juga cakap Ammi kena ke hospital secepat mungkin.

Aku sebenarnya tak faham pun apa yang doktor tu cakap tetapi aku faham tang part Ammi kena ke hospital dan mungkin kena bedah. Aku amat risau. Aku kesiankan Ammi yang sentiasa sakit dan lepas satu, satu penyakit datang kepada Ammi. Ammi bersabarlah banyak-banyak. Sakit itu penghapus dosa. Mungkin penyakit ini adalah satu rahmat buat Ammi sebab dosa-dosa kecil akan terhapus dengan penyakit ini. Perhaps this is blessing in disguise.

Abba dan Ammi nampak tenang saja. Aku merasa kagum dengan ketabahan kedua-dua insan ini dan rasa bertuah dapat menjadi sebahagian daripada kehidupan Abba dan Ammi. Sesungguhnya terlalu banyak dugaan yang Abba dan Ammi hadapi dan terlalu tinggi tahap kesabaran mereka. Aku berdoa semoga semua dugaan ini merupakan satu anugerah yang akan meningkatkan iman Abba dan Ammi dan Insya Allah akan dikurniakan ganjaran di akhirat nanti berkat kesabaran dan ketabahan kedua mereka selama ini, Amin.

Shafiqu Mamu singgah bertandang.















Sebelum balik ke rumah, Abba singgah beli sedikit juadah untuk Shafiqu Mamu. Tak lama selepas kami sampai di rumah, Shafiqu mamu, Hanna Momani, anak-anak mereka bersama seorang saudara Hanna Momani pun sampai. Sebenarnya mereka nak cepat sebab nak bawa anak-anak pergi tonton wayang tetapi bila Abba dan Ammi dah hidang makanan dan pujuk mereka suruh makan, mereka pun setuju.

Oh! Lupa nak cakap …… sebaik masuk ke rumah, Hanna Momani terus mencari jejaka cute ini dan datang mengangkat aku dari buaian aku. Well…..

Selepas makan, Abba pasangkan game untuk anak-anak Shafiqu Mamu. Bila dah jumpa game, anak-anak mereka tak nak pergi tengok wayang pula. Mereka main sekejap dan kemudian balik.

Selepas Shafiqu Mamu balik, kami pun masuk tidur.


22 12 2010. Rabu
Kalau korang perasan kat dalam mulut aku tu dah nak tumbuh gigi. Cuba perati
betul-betul. Ada dalam gusi lagi...

Apakah nasib aku hari ini? Masih selamat atau tidak? Entahlah. Aku berserah kepada Ilahi.

Semakin hari menjelang senja, semakin kencang debaran jantungku. Perhaps today is the day. Aku rasa aku dah tak dapat mengelak dari ke klinik. Aku dah puas cari idea tetapi aku hanya menemui jalan buntu. Nampaknya aku terpaksa reda dan menerima keputusan Abba dan Ammi.

Selepas ambil aku hari ni, Abba tak balik ke rumah. Sebaliknya Abba memandu ke arah jalan menuju Klinik Medivoron. Aku ketakutan. Alangkah leganya aku bila mendapati Abba bukannya pergi ke klinik tetapi pergi beli makanan. Huuu! Lega. Selepas beli makanan, kata-kata “azimat” tu terpacul lagi dari mulut Abba, “Jom pi klinik”. Aku hanya mampu berdiam dan terpaku menantikan jawapan Ammi.

“Nantilah,” kata Ammi. Aku rasa seolah-olah satu beban yang amat berat dilepaskan dari bahu aku. Fuh! Lega (buat kali kedua hari ini).

“Bila lagi?” kata Abba. Aik! Belum boleh berlega lagi ke???? Aku berdebar semula. “Nantilah, hari Sabtu nanti,” Ammi pula menjawab. Hari Sabtu yang mana, Ammi? Hari Sabtu yang akan jatuh 10 tahun akan datang ke Ammi?
Dino sedang menidurkan aku, tapi dia
yang tidur dulu... Hampeh!

Abba tak berpuas hati dan terus mendesak Ammi tetapi Ammi tetap berkeras tak mahu pergi hari ni. Kemudian Abba tanya, “Sampai bila nak tahan sakit tu? Nanti lagi melarat macam mana?” Sakit? Melarat? Sakit apa? Siapa yang sakit? Aadam tak sakit pun, tetapi kalau pergi ke klinik, Aadam akan sakit. Boleh melarat ke? Apa yang akan melarat? Aadam confuselah. Boleh tak Abba atau Ammi tolong explain?

Nampaknya tak ada sesiapa pun yang nak explain kat aku. Abba dan Ammi sibuk berbincang sesama sendiri, jadi aku kenalah pasang telinga dan try to make out something out of their conversation.

Ammi pula cakap, “Tak sakit pun”. “Habis, hari-hari dok sakit perut tu apa hal?” tanya Abba pula. Sakit perut? Bila masa aku sakit perut? Aku … oh! Wait a minute…. Aku dah tahu. Baru aku faham. Yang sakit perut tu Ammi, hari-hari dok mendemah dengan air panas. Jadi selama ni Abba dan Ammi bukannya nak bawa aku ke klinik tetapi nak bawa Ammi untuk check perut Ammi. La! Terasa rugi aje aku tension-tensionkan diri aku, buat letih otak aku bekerja untuk mencari jalan menyelamatkan diri.

Alu ingatkan Abba dan Ammi nak mengkhatankan aku….. He! He! He! Sorry guys for the suspense. Aku sendiri pun “suspend” juga. Barulah aku legaaaaa…. Alhamdulillah.

Tapi …. Aku panic semula when the truth struck me. Nampaknya aku masih belum boleh rasa lega. Ammi sakit? Aku tahu Ammi sakit perut tetapi serious sangat ke sakit Ammi tu? Aku ingatkan Ammi kembung macam aku kembung kadang-kadang tu. Tak sangkalah pula sampai kena pergi klinik. Kenapalah aku tak terfikir fasal Ammi? Selama ni aku salah faham yang Abba dan Ammi nak bawa aku ke klinik tapi rupanya Ammi yang menanggung kesakitan. Kenapa Ammi tak bagi tahu Aadam? Selalunya kan Ammi akan bercerita dengan Aadam. Aku risaukan Ammi. Ya Allah, minta-mintalah tak ada apa-apa yang serious. Amin ya Rab-al-alamin.

Abba, jangan dengar cakap Ammi. Bawalah Ammi ke klinik malam ni juga, sekarang juga. Jangan tunggu sampai Sabtu. Hari ni baru Rabu, 3 hari lagi tu. Kalau sakit Ammi makin teruk macam mana?

Selepas berbincang, akhirnya Abba setuju untuk tidak ke klinik hari ni dan kami balik ke rumah. Aku kesiankan Ammi.

Abba bagi tahu Ammi yang hari Jumaat nanti Abba cuti sebab office Abba akan ditutup sempena Christmas. Oh! Christmas tu pada hari jumaat ye… “ Kenapa Jumaat? Christmas kan hari Sabtu nanti,” tanya Ammi. Oh! Christmas bukan pada Jumaat tetapi Sabtu. Abba cakap sebab hari Sabtu memang dah cuti jadi Abba dapat cuti extra pada hari Jumaat. 

Jadi hari Jumaat Abba ada kat rumahlah ye. Bolehlah Aadam lepak-lepak dengan Abba, macam masa Ammi pergi ke kenduri Azizul Bhaiya hari tu. Untung-untung dapat “drive” kereta lagi. Tak sabarnya menanti hari jumaat.

21 12 2010. Selasa
Aku semakin kuat bersembang. Kalau balik rumah suara aku lebih riuh dari Ammi dan Abba.

Tak sabar rasanya nak ke rumah Mama hari ni. Aku nak mengadu dengan Mama dan harap Mama dapat membantu aku untuk menasihati Abba dan Ammi supaya tak meneruskan rancangan mereka.

Pakai baju baru lagi....
Seampai di rumah Mama, aku terus cerita kepada Mama tetapi ….. kecewanya aku kerana Mama tak faham apa yang aku cuba sampaikan. Pada siapa yang harus aku mengadu. Hanya Allah sahaja yang dapat memahami isi hati aku dan membantu aku.

Petang ni aku risau tunggu Abba dan Ammi balik. Adakah hari ni merupakan “lain kali” yang Ammi maksudkan? Aku tak tahu tapi aku harap tidak.

Selepas mengambil aku dari rumah Mama, Abba terus bawa kereta balik ke rumah. Alhamdulillah, lega aku. Tapi …. Smapai bila?

Ammi bercerita tentang Christmas pada aku tetapi aku tak dapat nak tumpukan perhatian aku terhadap cerita Ammi sebab emosi aku sedang terganggu dek conversation Abba dan Ammi nak ke klinik semalam. Akhirnya aku tertidur dengan benak aku masih dipenuhi seribu satu persoalan.

20 12 2010. Isnin
Tiap kali balik kerja Abba akan buat lawak bodo dia. Aku pulak tak tahan tergelak selalu, pastu
Abba akan snap gambar aku banyak-banyak. Rasanya dah beribu keping setakat ni.

Abba dan Ammi kerja hari ni dan aku ke rumah Mama. Aku agak excited nak ke rumah Mama sebab ada buaian baru.

Masa Abba dan Ammi ambil aku petang ni, aku dengar Abba ajak Ammi pergi ke klinik. Klinik? Awat nak pi klinik? Aadam sihat aje, tak sakit pun. Aadam tak nak pergi kliniklah Abba, Ammi.

Kemudian Ammi pun cakap kat Abba, “Tak naklah. Lain kalilah”. Oraitlah Ammi. Ammai faham isi hati Aadam. I love you Ammi. Thank you. Tapi …. Pelik juga, sebab selalunya Ammi pun beria-ria nak bawa aku ke klinik kalau aku sakit. Kenapa kali ni boleh menyebelahi aku pula. Ni mesti ada something fishy. I’m missing something here. Apa benda yang aku tak tahu ni?

Hmm… Biar Aadam perah otak. Apa agaknya cerita sebenar di sini. Emm… aku nak kena cucuk ke? Hari tu Dr. Liana cakap lepas sebulan. Dah sebulan ke? Rasanya belum lagi. Lagipun selalunya kalau nak cucuk aku, Abba dan Ammi bawa waktu siang pada hari Sabtu. Tak kot. Ke .. saja je nak pergi melawat doktor dan akak-akak misi tu kot… Boleh jadi juga. Tetapi … tak pernahlah pula Abba dan Ammi pergi melawat doktor dan akak-akak misi tu. Apa agaknya ye? Aku kena find out juga ni. Hmmm….

Oh, no! Aku dah tahu. Oh! Tidak. TAK MAHUUU…. TAK NAK ….. Aku rasa seperti selau tekaan aku kali ni Insya Allah tepat dan aku masih belum bersedia untuk itu. Nak buat macam mana ni? Tok, Munni Khala, tolong Aadam. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Aku masih terlalu kecil.

Kami dah sampai ke rumah tetapi aku masih belum lega. Hari ni aku selamat tetapi tadi Ammi cakap lain kalilah. Lain kali tu bila? Aku tak pasti tetapi yang pastinya, aku kena cari jalan untuk menyelamatkan diri aku. Aku ada masa yang terlalu singkat untuk mencari jalan untuk menyelamatkan diri aku dan mengelakkan Abba dan Ammi berjaya dalam perancangan mereka. Aku kena cari jalan, aku kena cari jalan…… Aku tak rela peristiwa seumpama kehilangan rambut aku berulang. Aku mesti kena cari idea. Tak ada pilihan lain lagi, kena cari jalan juga dan aku yakin Insya Allah, Allah akan membantu aku.

19 12 2010. Ahad
Shopping lagi...
Eeee syoknya. Hari ni boleh jalan lagi. Hah baca-baca cepat.

Apa agaknya plan Abba dan Ammi hari ni? Aku rasalahkan, Ammi mesti nak pergi ke Checkers sebab rancangan semalam tergendala. Semasa breakfast aku dengar Ammi ajak Abba ke Checkers. He! He! He! Aku dah agak dah. Mula tu Abba tak nak tetapi lepas tu Abba cakap ok.
Aadam senyum anda pun mesti senyum jua.
Sama-samalah kita senyum. Senyum, senyum
selalu senyum...la la laa la.

Pakai baju baru.
Pasai tu kena mabik gambar
Selepas mandi dan siap-siap, aku rasa mengantuk sangat dan terlelap. Bila aku terjaga, aku tengok Abba dan Ammi masih belum bersiap…… Abba masih memakai seluar pendeknya dan Ammi masih berpakaian kain batik dan t-shirtnya. Eh! Tak jadi pergi ke? Ke…. Abba dan Ammi dah pergi tanpa aku dan dah balik dah pun? Tak mungkin. Tak pernah lagi Abba dan Ammi tinggalkan aku keseorangan di rumah dan pergi shopping atau keluar sendiri-sendiri. Agaknya Abba dan Ammi tunggu aku bangun tidur kot.

Tak lama selepas aku bangun, Abba dan Ammi bersiap-siap dan kami pergi ke Checkers. Di sini aku nampak satu pokok yang agak besar dan ada pasang lampu liplap kat pokok tu. Abba dan Ammi bawa aku tengok pokok tu. Cantiknya. Pokok apa ni?

“Pusat sumber,” tolong jelaskan boleh. Lalu Ammi merangkap pusat sumber aku pun explain yang ini adalah pokok krismas. Krismas tu apa? Ammi cakap itu adalah perayaan untuk kaum Kristian, something like Deepavali yang Uncle Pathi dan Aunty Saras celebrate tapi itu perayaan untuk kaum Hindu. Ammi bagi tahu aku Uncle Brian celebrate Christmas. Christmas tu bila Ammi? Hari ni ke? Ammi tak bagi tahu pula. Anyway, Merry Christmas Uncle Brian.

My kitten panas ya, kesian...
sama-sama kita kongsi kipas cinonet ni ok. 
Lepas tu kami pergi ke kedai pakaian baby. Banyaknya baju kat sini, tapi banyak baju budak-budak besar. Yang saiz aku ada sikit saja. Sibuk Abba dan Ammi pilih-pilih baju. Aku setakat tengok saja. Aku dapat baju baru lagi, 3, 4 pasang. Semua baju bare back.

Lepas tu berlakulah perkara yang biasa terjadi …. Peminat-peminat aku mulai kerumun aku. Mula-mula seorang, lepas tu seorang lagi, kemudian seorang lagi dan seorang lagi. Ammi, ramainya peminat Aadam. Tu semua salesgirl kat kedai tu. Macam-macam soalan mereka… tanya namalah, umurlah dan tah apa-apa lagi. Siap mengagah aku. Masa nak balik, semua datang ucap bye-bye kat aku. Terharunya, terharunya. Siap suruh aku datang lagi.

Dari Checkers kami balik ke rumah dan selepas dari itu aku melakukan aktiviti biasa aku, bersembang, gelak, tengok tv dan tidur.

18 12 2010. Sabtu
Hari penuh kesebokan...
Hari ni bejalan lagi, merata-rata. Korang baca sendirilah ya cerita hari ni.

Pagi ni Abba bagi tau Ammi yang Abba bercadang nak bawa Ammi dan aku pergi beli buaian tu dan kemudian petang nanti nak pergi ke rumah Alam Mamu. Abba suruh ajak Munni Khala sekali ke rumah Alam mamu jadi bolehlah Munni Khala berjumpa aku. Ammi cakap ok.
Baju dam ni Mak Teh hadiahkan, comel
juga aku pakai baju ni.

Kami keluar tengahari. Ammi nak pergi ke kedai Anakku sebab nak tengok baju untuk aku. Baju lagi? Ammi juga nak ke Checkers cari baju aku.

Kami ke Anakku dulu tetapi Ammi dan aku tak turun. Abba pergi survey dulu kalau ada discount gila-gila ke tak. Abba bagi tau Ammi yang ada discount 10% dan Ammi decide tak nak pergi.

Ammi, Aadam nak yang ni, eh yang tu
sama, nu nu hat tu pun Aadam nak,
Apakata Ammi beli kedai ni sekali!?
Dari sini kami ke satu kedai peralatan bayi. Abba turun dulu pergi survey harga buaian dan kemudian datang panggil Ammi. Abba cakap di sini ada naju lawa-lawa. Ammi turun dan pilih-pilih baju aku. Aku berkenaan satu baju yang Abba tunjuk aku dan aku pegang baju tu tak nak lepas. Abba dan Ammi ketawa dan mereka belikan baju tu untuk aku. Abba juga beli buaian untuk aku di sini. Buaian macam Abang Adam punya….. buaian henjut. Bila naik kereta semula, aku termuntah sikit dan terkena tudung Ammi. Sorry Ammi, Aadam tak sengaja.

Kemudian Abba ke Tesco sebab nak beli krim mandian aku yang Mama kirim dan nak beli game untuk Wii Pureen Momani. Di sini Abba beli satu bekas untuk simpan baju-baju aku yang dah kecil. Abba juga belikan aku satu soft toy yang colourful di sini. Aku tak pasti binatang apa tu tapi Ammi cakap itu clown. Lagi satu mainan yang aku dapat ialah kipas plastik kecil warna merah yang ada cahaya dan muzik. Aku seronok dapat mainan itu. Ammi juga belikan hadiah hari jadi untuk Ella Baji. Bila tu? Aku tak pasti pula.

Ammi dengan Abba sedap je melantak KFC, aku
cuma manpu melantak tangan aku saja, sedihnya...
Panas....Bepeluh badan aku. Aircond
keta ni rosak ke Abba?
Besiap nak round merata-rata.
Selepas beli barang-barang, Abba dan Ammi pergi makan. First time aku masuk ke KFC. Aku tak dapat makan tapi aku rasa aku akan kerap ke sini bila aku dah besar sikit.
Abba buat lawak dengan memakai baju aku,
mana nak muat Abba, baju Aadam tu saiz
err er tah! Tapi gerenti nak tutup pusat Abba
pun tak muat.

Kedai game yang Abba nak pergi tu dah tutup jadi Abba decide nak ke tempat lain untuk belikan game Purveen momani. Bila sampai ke kedai game tu, Ammi dan aku tak turun. Aku tinggal bersama Ammi sambil minum susu. Sebaik siap minum, aku terus muntah lagi dan kali ini muntah banyak. Habis selimut dan baju aku terkena. Seluar dan baju Ammi pun terkena. I am sorry again Ammi.

Ammi tanggalkan baju dan bareback aku. Tinggal pampers saja. Bila Abba datang, terus snap gambar aku tanpa baju seluar. Mujur ada pampers.

Aku tau korang pandang dan baca
amenda tertulis kat baju aku...
Iss malulah korang sengeh-sengeh gitu..
Kami balik ke rumah. Selepas solat Asar, kami ke rumah Mama pula untuk pasang buaian. Atuk pun ada di sini. Atuk ialah ayah Mama yang tinggal di Kajang dan datang ke rumah Mama sekali sekala. Atuk sakit kaki dan susah nak berjalan. Aku suka Atuk ni sebab Atuk rocklah. Nama aku pun Atuk panggil “Michael”.

Abba sebok pasang buaian yang baru dibeli tu dengan dibantu oleh Abang Firdaus. Payah rupanya nak pasang buai tu. Kalau aku kena pasang buai tu sendiri tentu 20 tahun baru siap. Sebagai menghargai penat lelah Abba dan Abang Firdaus aku janji akan tidur banyak sikit dari biasa. Soal tidur ni senang nak ditunaikan janjinya.
Buaian canggih aku telah siap dipasang.

Sempat aku uji buaian tu sebelum
boleh dapat CF
Hari ni Abba dan Ammi berkenalan dengan ahli-ahli keluarga Mama. Kak Hanis, Kak Liana, Kak Aishah, Abang Hafiz ……. Hari ni juga Abba dapat snap gambar Mama dan anak menantu serta Atuk. Dah lama dah Abba nak snap untuk masukkan ke blog aku ni, baru hari ni dapat.


Mama sedang bersembang dengan
Ammi.
Atuk Hj. Mohd Noor juga suka
 bermain dengan aku.
Abah angkat aku yang
ke dua Hafiz Hirman
Abba juga tunjukkan blog aku kepada Mama. Mama nak tengok gambar Ibu dan Bapa. Agaknya Mama akan baca ke blog aku ni?

Dari sini kami ke rumah Munni Khala. Abba singgah di Checkers dan pergi survey baju-baju kat sini. Abba balik ke kereta dan cakap ada juga baju lawa tetapi Ammi cakap nak pergi ke rumah Alam Mamu dulu sebab takut Alam mamu tertunggu-tunggu. Ammi cakap balik dari rumah Alam Mamu nanti boleh singgah.
Mama Nooraini (tengah) diapit anaknya dari kiri Kakak Aishah, Kakak Noor Farhanis dan Kakak Noor Liana

Munni Khala sekeluarga kecuali Khairul Bhaiya ikut kami ke rumah Alam mamu. Abba nak pergi hantar Wii Purveen Momani.
Semasa kami sampai di sini, hari dah malam. Amirah Baji dan Kakak yang bukakan pintu. Johan Bhaiya tak ada di rumah. Keluar dengan kawan-kawannya. Alam mamu dan Purveen momani pun tak ada, keluar beli makanan. Bila mereka balik, mereka bawa satu kotak besar KFC. KFC lagi,



















Kami lepak-lepak sekejap sementara Khalid Khalu tengok bola Piala Suzuki, Malaysia lawan Vietnam. Tak lama selepas tu, adik-beradik Purveen momani datang membawa ikan. Mereka mahu ke Shanghai dan hantar lauk di dalam peti sejuk mereka ke sini.


















Kakak Purveen Momani memberi pose istimewa.
Seperti biasa, aku menjadi tumpuan dan berulang kali mereka kata aku cute. Toce, toce. Lepas sorang-sorang dukung aku. Ammi dan Abba tak payah risau-risau nak jaga aku.









Secara senyap- senyap Alam Mamu pergi ambik set Wii dalam kereta Abba yang Abba beli tu itu hari. Secara mengejut Alam  Mamu meletakkan bungkusan berisi set Wii tu ke atas riba Purveen Momani.

Terkejut bin Beruk Momani dibuatnya. Kuss semangat Momani sampai tak terkata apa-apa. Seketika baru dia menjengah isi kandungan beg plastik tu. Aku rasa dia sangkakan makanan ke untuk dijamu kepada kami semua. 

Kesian kan, Momani masih koma dalam duduk.
Lepas tu mulut dia pot pet pot pet dok membebal ke besunggut ke apa ke entah dia dok cita rasa hairan dia kerana apa dan sebab apa kami semua tetiba je menderu kerumahnya malam-malam gelita begini.

Eh! Aadam terlupa pula nak wish Purveen Momani, “Happy Birthday momani”. Sebaik aku greet Purveen Momani, aku dengar entah siapa cakap yang Purveen momani dapat birthday gift in advance. La! Hari ni bukan hari jadi Momani ke? Aadam tarik baliklah ucapan Aadam tadi.

Abba tolong pasang game tu dan mengajar Alam mamu, purveen Momani dan Amirah Baji macam mana nak main game tu. Purveen Momani ternyata surprise dan gembira. Pasti Momani suka main game tu, tambah lagi Abba belikan satu game kesukaan Momani. Game Solitaire. Susun-susun daun terup tu.


Sedang asyid dan sibuknya Purveen Momani bermain game tu, Siew Siew Cece pula balik. Purveen Momani bagi tahu yang dia dapat Wii tetapi Siew Siew Cece tak surprise pun. Rupanya, Siew Siew Cece, Johan Bhaiya dan Amirah baji dah tahu fasal hal ni. Kesian Momani, dia sorang je tak tau.



















Balik dari sana, kami menghantar Munni Khala sekeluarga balik dulu dan kemudian balik ke rumah. Kami lalu depan Checkers dan kedai tu dah tutup jadi kami terus balik rumah. Aku penat sangat tetapi seronok. Hari dah lewat malam dan kami pun tidur.

17 12 2010. Jumaat
Dapat hadiah dari Mama hari ni. Terima kasih Mama...

Aku dapat romper baru lagi …. Jenama GAP. Mama yang belikan sebab nak mengganti romper aku yang dah digigit “Cik Siti” di rumah Mama. Romper yang kena gigit tu romper baru yang Abba dan Ammi beli kat expo di Mid Valley itu hari. Dia ada tulisan “I KNOW YOU WISH YOUR BABY IS CUTE LIKE ME” di hadapannya. Aku rasalahkan, kata-kata di depan romper tu terkena batang hidung Cik Siti tu. Itu pasallah dia kecik hati dan balas dendam dengan menggigit romper aku.

Bila Abba dan Ammi datang jemput aku, Mama pergi bagi romper tu dan bagi tau Ammi yang romper aku dah digigit oleh tikus. Abba dan Ammi cakap kat Mama taka pa.

Bila sampai ke rumah, barulah aku nampak romper yang Mama belikan. Ada gambar tempat-tempat terkenal di London dan ada tulisan “LONDON STREET” di depannya. Cantik juga. Abba dan Ammi terkejut tengok harga romper tu RM89. Ammi rasa bersalah pula dan cakap kat Abba kenapa Mama pergi beli baju mahal-mahal macam ni. Abba pun cakap romper yang kena gigit tu sebenarnya boleh pakai lagi sebab lubang tu kecik aje. Tetapi aku rasa aku tak sanggup pakai baju tu sebab Cik Siti tu pandai cari kawasan yang strategic untuk gigit…. Malulah aku nak pakai (walaupun Abba cakap kalau aku pakai baju tu senang aku nak buang air sebab tikus tu gigit betul-betul kat “situ”, tak payah tanggal-tanggal baju dah).

Tadi Mama ada tanya Abba bila nak belikan buaian untuk aku dan Abba cakap esok. Esok? Maksudnya esok Abba dan Ammi pergi shopping lagilah. Agaknya aku dapat ikut tak, ke kena tinggal di rumah Munni Khala macam selalu? Aku tak kisah mana-mana pun. Aku pun dah rindu kat Munni Khala dan yang lain-lain di sana.

Aku dengar Abba dan Ammi bersembang. Abba suruh Ammi pergi ke rumah Munni Khala dengan aku sementara Abba pergi beli buaian aku. Ammi pula nak ikut tetapi nak tinggalkan aku di rumah Munni Khala sebab Munni Khala cakap kat Ammi yang dia rindukan aku dan teringin nak berjumpa.

So aku akan ke rumah Munni Khala dan Abba serta Ammi pergi shopping. Agaknya Abba dan Ammi nak beli buaian macam mana … macam yang aku punya kat rumah ni kah atau yang macam Abang Adam dan Kak Afwa punya buaian henjut? Tak sabar nak tengok.

16 12 2010. Khamis
Sengeh itu pun satu sedekah kerana boleh buat orang tengok kita pun sengeh.

Aku masih sakit lagi, tapi banyak dah sembuh dah. Tiada apa yang special hari ni.

Bila aku balik ke rumah hari ni, aku menunjukkan kepada Ammi kemampuan aku untuk meniarap. Kami bersembang sekejap dan bermain dan kemudian aku tidur.

15 12 2010. Rabu
Allhamdullillah hari ni dah sihat banyak sikit. Bolehlah aku pusing-pusing badan meniarap.

Hari yang membosankan. Aku jalani rutin biasa dan ditambah dengan batuk yang tak mahu sembuh serta ubat-ubat yang tak sedap. Ingatkan pergi ke rumah Mama boleh escape tetapi di sini pun Ammi hantar ubat aku dan bila balik waktu petang, Mama pula bagi balik ubat tu.

Aku sendiri tak berapa ada mood sebab ak sakit jadi tak rasa nak bermain-main atau bersembang.

Tapi balik ke rumah hari ni ada perkembangan baru buat aku. Satu perkembangan yang agak significant ……

Aku dah boleh tiarap sendiri sambil mengangkat kepala aku. Sebelum ni ada sekali tu aku berjaya tiarapkan diri aku tetapi masa tu aku tak pandai nak control kepala aku jadi aku asyik tersembam ke tilam dan tak dapat bernafas.

Sejak tu aku banyak kali try nak tiarap tetapi tak berjaya pusingkan badan aku. Habis-habis aku dapat mengiringkan badan aku saja. Bila nak mengiring, badan aku tak boleh nak pusing. Alih-alih, Abba atau Ammi akan Bantu aku untuk meniarap tetapi bila dah meniarap, aku tak boleh nak angkat kepala aku. Asyik tersembam ke tilam.

Aku tak putus asa. Aku terus berusaha dan berusaha dan berusaha dan akhirnya hari ni aku berjaya. Alhamdulillah. I learnt something today ….. betullah pepatah-pepatah yang orang-orang lama cipta, usaha tangga kejayaan, sehari selembar benang lama-lama jadi kain, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, where there’s a will there’s a way dan lain-lain pepatah yang seangkatan dengannya.

Aku seronok sangat. Abba pun seronok tetapi Ammi tak nampak aku meniarap sebab masa aku meniarap, Ammi berada di dalam bilik air. Aku meniarap 2 kali hari ni. Lepas tu aku dah penat. Bila Ammi keluar dari bilik air, Abba bagi tau Ammi. Ammi nak tengok dan suruh aku tiarap tetapi aku tak larat dah. Kesian Ammi. I’m sorry Ammi. Nanti esok Aadam meniarap ok dan Ammi boleh tengok.

Bila Abba tengok aku tak nak meniarap, Abba tolong pusingkan aku dan aku pun angkat kepala aku. Ammi seronok tengok aku. Sekejap lepas tu aku dah letih dan aku letakkan kepala aku di atas tilam. Ammi kesian tengok aku dan menelentangkan aku. Tak lama lepas tu aku terlena.

14 12 2010. Selasa
Ke Klinik Lagi....
Tak nak makan ubat!!! Akan ku kunci mulutku dari ditembusi picagari.

Walaupun tengah sakit, hati peminat kenalah jaga. Sekadar ambik gambar apakehalnya.
Di klinik sedang menanti no giliran.
Akak misi tu dah mula pikat aku.
Harapan aku meleset. Batuk aku makin teruk hari ni. Ni dah sah aku akan dibawa ke klinik sebaik Abba dan Ammi balik kerja nanti.

Siap ambik gambar pulak tu. Kena
mintak royalti ni.
Selepas ambil aku dari rumah mama, Ammi terus tanya aku samada aku dah sihat ke belum. Aku nak cover dan cuba menahan batuk aku tetapi tak tercover. Belum sempat sampai ke rumah, Abba dan Ammi dah decide nak bawa aku ke klinik.

Kami balik ke rumah dulu sebab nak solat maghrib. Nanti tak sempat pula. Selepas solat, terus kami ke klinik. Bukan Klinik Kita, bukan Klinik Wardah tetapi Mediveron, klinik di kawasan rumah kami. Ammi tak turun dari kereta. Abba aje bawa aku masuk.

Kata doktor tekak aku merah. Memamg pun sakit tekak aku ni. Entah pasai banyak sangat gelak kot atau lawan sembang dengan semua orang. Kata doktor lepas ambil ubat ni tiga empat hari sepatutnya boleh sembuh dah. Kalau tak sembuh jugak kena mai lagi. His, ya Allah sembuhkanlah aku cepat, rimas kau nak jumpa doktor lagi.


Kat rumah aku buat-buat sihat walafiat, harap Ammi
lupa nak bagi ubat sekori tu.

Seperti di tempat lain, akak-akak misi dah jelling-jeling dan senyum-senyum kat aku. Selepas jumpa doktor sementara tunggu ubat, seorang akak misi tu datang bertanyakan Abba fasal aku dan terus dukung aku bawa masuk ke kaunter. Hm….. I don’t want to comment.


Macam biasa mereka mintak No. H/P aku, No Surat Beranak aku, sampai alamat pun mereka mintak jugak. Hiss jangan sampai datang rumah sudah lah ya, nanti orang kata apa pulak. Setakat untuk rekod klinik tu bolehlah....he he he.

Satu cara untuk elak makan ubat adalah dengan
sumbatkan tangan ke dalam mulut. Mulut dah
penuh jadi tak ada ruang nak suap ubat tu...
Balik ke rumah, Abba bawa keluar ubat-ubat tu. Mak oi! Banyaknya ubat. Ada ubat batuk, kahak, demam dan antibiotic. Aku batuk saja, kenapa kena bagi banyak-banyak ubat?

Aku dengar Ammi cakap kat Abba yang ubat antibiotic tu kena minum bagi habis walaupun aku dah sihat. Aadam tak nakkkk…..

Malam ini bermulalah “penderaan” aku…. Kena makan ubat yang banyak. Tensionnya.

Malam ni pun aku kerap terjaga sebab asyik batuk.


13 12 2010. Isnin

Abba dan Ammi dah kerja hari ni. Aku dengar Ammi mengau penat tetapi Ammi tetap pergi kerja.
Tak sihat lagi, batuk-batuk dan badan pun panas juga.

Aku sakit lagi. Sebenarnya sakit dari hari tulah, batuk aku tak sembuh-sembuh walaupun pakai ubat titik kat hidung yang Dr. Liana bagi.
Tadaaaa! Tengok aku pegang botol susu sendiri...

Balik dari kerja, Abba dan Ammi ambil aku. Aku terbatuk-batuk dalam kereta dan Abba dan Ammi terus nak bawa aku ke klinik. Ammi telefon Mama dan bertanya samada aku banyak batuk hari ni. Mama cakap ada sikit-sikit je, itupun fasal aku banyak bersembang. Bila dah banyak bersembang, tekak aku kering dan aku pun batuk.

Patutlah tadi Mama dok pesan kat aku supaya jangan banyak cakap, nanti batuk tetapi aku degil dan tak mahu dengar.

Bila Ammi bagi tahu Abba apa yang Mama cakap, Abba decide tak payah bawa aku ke klinik dulu. Alhamdulillah. Terima kasih mama.

Aku rasa rimas sangat bila batuk-batuk ni sebab bila aku cakap saja, batuk pun start. Tak sukanya.

Malam ni masa aku tidur pun, aku terjaga beberapa kali sebab aku terbatuk-batuk. Aku harap by tomorrow batuk aku akan ok, kalau tak gerenti kena pergi klinik punya.


12 12 2010. Ahad
Generasi pelapis pemain utama Manchester United.

Lepak dengan Aaba di rumah, pakai baju MU sambil tengok katun.
Ammi nak pergi kenduri di rumah Nassu Mamu hari ni. Abba kena hantar Ammi ke rumah Tasneem Mamu. Selepas bersiap-siap, kami pun bertolak.
Tak de peluang aku nak pilih pasukan bola aku
sendiri, Abba dah belikan jersi MU ni,
ikut hati aku nak sokong Persib Bandung
( pasukan bola terkenal di Indonesia)

Sebenarnya aku minat sukan
batu seremban, tak de ke sape-sape
nak latih aku?
Oh! Lupa nak story…. Aku pakai jersey MU warna putih hari ni. Lawa giler. Ammi siap panggil aku Rooney. Aku senyum meleret-leret bila Ammi panggil aku macam tu.




















Adakah aku akan menjadi pemain bola terkenal? Tunggu 18 tahun lagi.
Bila sampai ke destinasi, aku tengok kami berada di rumah Alam Mamu dan bukannya Tasneem Mamu. Kenapa yek? Mungkin ada pertukaran plan yang aku tak tahu kot. Purveen Momani datang sambut kami di kereta, terus dukung aku dan bawa masuk ke dalam. Siew Siew Cece dan Amirah Baji pun datang sambut kami. Purveen Momani cakap Alam Mamu tengah bersiap.

Bila Alam Mamu turun, dia terus snap gambar aku bersama jersey MU dan cakap nak letak dalam facebooknya. Mungkin aku adalah peminat MU yang termuda kot.

Abba sibuk mengajar Alam mamu macam mana nak guna GPRS dalam iPhone Ammi. Semasa nak bertolak, kereta Alam Mamu tak mahu start pula. Puas mereka cuba tetapi tak boleh juga. Kata Purveen Momani, kena tukar bateri. Akhirnya Alam Mamu menggunakan kereta Abba dan Abba pula menggunakan kereta Purveen Momani untuk balik ke rumah.





















Untie Purveen sedang memikirkan
posisi mana untuk diletakkan
dalam pasukan bola jaringnya.


Peminat fanatik aku tidak melepaskan
peluang bergambar sebagai kenangan
hari tua mereka (memang dah tua pun).

Ammi menghantar aku belatih bola di belakang rumah.

Semasa nak balik, aku dengar Kakak (pembantu rumah Alam Mamu) tanya Ammi, “Tak mahu tinggal Mika’il di sini? Kami jaga. Nanti petang boleh ambil”. Siew Siew Cece pun setuju tetapi Ammi cakap Ammi hanya bawa satu botol susu untuk aku dan itu tak cukup sampai ke malam.

Sempat bergambar untuk cover Manchester United
Magazine issu 380, tahun 2020!
Kami berlepas serentak, Alam mamu, Purveen momani dan Ammi ke rumah Nassu Mamu sementara Abba dan aku ke rumah kami. Abba masukkan aku ke dalam bakul aku dan letakkan bakul tu di seat depan (tempat Ammi selalu duduk). Cuaca di luar panas terik. Mujur ada sun shade kat cermin kereta tu kalau tak terpangganglah aku.

Abba bawa aku pergi beli lunch dari Segambut. Oh! Inilah nasi Segambut kegemaran Abba dan Ammi. Selalu juga Abba beli nasi kat sini tapi rasanya ini kali pertama aku datang ke sini (ke pernah datang dulu tapi aku tak ingat). Abba berhentikan kereta di tepi gerai tu dan turun pergi order sementara aku lepak dalam bakul aku.

Belum sempat sampai ke rumah, Abba dah call Ammi remind suruh pakai tali pinggang keledar. Ammi selalunya memang pakai kalau duduk di depan tetapi kalau duduk di belakang, kadang-kadang aje pakai. Tapi aku rasalahkan, sebenarnya Abba rindukan Ammi sebab tulah call. Saja je cari alas an nak call. Aku dengar (Abba pakai speaker) Ammi bagi tahu Abba yang GPRS tu tak berfungsi. Abba pun suruh Ammi buat macam tu dan macam ni.

Setelah sampai ke rumah, Ammi pula call Abba. Rindulah tu …. Aku tak tahu Ammi cakap apa sebab Abba tak pasang speaker.

Di rumah, Abba dan aku lepak-lepak tengok tv, bermain, bersembang dan tidur. Aku sempat tidur dan bangun beberapa round tetapi Ammi masih belum balik lagi. Bila agaknya Ammi nak sampai ni? Aadam rindulah. Petang tu Ammi call abgi tahui Abba yang Ammi dah bertolak nak balik ke sini dan Abba estimate Ammi sampai sekitar pukul 7.30 p.m.

Selepas solat Asar, Abba bawa aku pergi beli dinner untuk Alam Mamu dan Purveen Momani. Ingatkan nak pergi jauh, rupanya pergi kat kawasan rumah saja. Tapi yang bestnya aku duduk di riba Abba sementara Abba drive. Wow! Rasa maca aku yang drive. Dulu sekali pun Abba pernah bawa kereta sambil aku duduk di riba Abba tetapi sekejap saja, dari rumah Mama ke rumah kami saja. Yang ini jauh sikitlah aku “drive”. Kalau aku dah bawa kereta dari sekarang, besar nanti bolehlah bawa kereta lumba di F1.

Sampai di food court tu, Abba bawa aku turun. Baru first time aku pergi ke food court. Macam-macam bau masakan ada, semuanya membuka selera. Entah bila aku dapat makan makanan-makanan ni semua, entahlah.

Balik ke rumah, aku tunggu Ammi tetapi terlena sebelum Ammi balik. Bila aku terjaga, Alam mamu, Purveen momani dan Ammi dah sampai. Ammi, lamanya Ammi pergi. Aadam rindu kat Ammi.

Alam Mamu, Purveen Momani dan Ammi sedang makan. Nasi Abba pun dah terhidang tetapi Abba belum start makan lagi. Nampaknya aku bangun wrong timing. Ammi nak dukung aku dan suruh Abba makan tetapi Abba suruh Ammi makan dulu sementara Abba jaga aku. Selepas Purveen Momani siap makan, dia mendukung aku dan Abba pula makan.

Kemudian Alam Mamu pula dukung aku dan Purveen Momani pergi basuh pinggan. Ammi suruh Purveen Momani tinggalkan saja pinggan-pinggan tu tetapi Purveen momani nak basuh juga. Ammi pun duduk kat dapur sementara Abba dan Alam mamu serta aku duduk kat ruang makan.

Masa tu aku nampak Alam Mamu bagi Abba segulung duit dan berbisik-bisik dengan Abba. Oh! Rupanya Alam Mamu minta Abba belikan Wii untuk hadiah hari jadi Purveen Momani. Nak surprisekan Momanilah ni. Shhh! Kau orang jangan story kat Momani tau. Ini top secret dan aku gembira menjadi sebahagian daripada rahsia ini. Nampaknya aku seorang yang boleh dipercayai sebab tulah Alam mamu boleh cakap di depan aku tanpa rasa takut yng aku akan bocorkan rahsia ni.

Selepas semua orang siap makan, kami lepak-lepak di ruang tamu. Sekejap aje, lepas tu Alam Mamu dan Purveen momani balik ke rumah mereka. Ammi bercerita dengan aku fasal wedding Azizul Bhaiya dan menunjukkan gambar pengantin yang Fatin Baji snap tetapi gambar tu gelap saja dan aku tak berapa nampak wajah pengantin.

Kami tidur agak awal hari ni.




11 12 2010. Sabtu
Kerumah kawan Ammi di Ampang
Kawan Ammi semasa di U dulu (nama) bersama anak-anaknya (nama)

Seronok dapat hadiah hari ni...Tak seronok bila kena cucuk.
Sedang tengok tv....
Selepas tengok tv...
Ammi bagi tahu Abba yang Aunty Mie ajak lunch di rumahnya. Abba cakap ok. Tapi sebelum tu aku sempat layan seround dua sponge box, Sport News, CNN, Business News, Forum Pedana, Buletin Pagi, Master Cheff dan Intisari Rancangan. Abba pulak sebok ambik gambar aku tengah dok ralit tengok semua tu. 




Tengah bersiap nak pi office...
Bersama Ammi tercinta.
Kami keluar dari rumah hampir tengah hari, terus ke klinik. Aku harap Dr. Wardah ada. Mungkin bila terpandang wajah aku dia akan teringat bahawa akulah jejaka cute yang memuji-mujinya dulu dan tak akan cucuk aku.

Bila aku masuk ke bilik doktor, Dr. Wardah taka e. Dr. Linda pun tak ada. Instead ada Dr. Liana. Mula-mula aku ditimbang dan berat badan aku dah 6.9 kg. Ammi mulai risau dan bertanya doktor samada aku ni under weight. Doktor cakap bert badan aku normal bagi bayi seusia aku. Ammi risau sebab Ammi compare berat aku dengan Darwish yang sudah 7.5 kg semasa berusia 3 bulan. 

Lelong, lelong, lelong singgit sekati, singgit sekati,
murah, murah, beli Aadam dapat sekeping lampin
pakai buang yang dah Aadam pakai. Cepat, cepat!
Tawaran sah hingga kemarin saja!
Abba sempat snap gambar aku di atas weighing machine sebelum aku dicucuk. Doktor suruh tanggalkan seluar aku sebab nak cucuk di bumbum aku. Aku buat selamba aje sebab ingatkan tak sakit sangat macam yang dulu tu, tetapi bila kena cucuk ………….. wargh! Sakitnya! Aku mulai menangis dengan kuat sementara doktor tu berjalan ke mejanya. Kemudian aku dengar doktor tu bertanya samada bumbum aku masih berdarah. Darah??? Patutlah sakit sampai aku menangis. Ni mesti darah keluar memancut-mancut macam lembu kena sembelih semasa Raya Haji hari tu…. Macam paip air pecah, macam pili bomba, macam air pancut, macam shower kat bilik air, macam ….. “Abba, cepat angkat Aadam. Aadam nak tengok cadar tempat Aadam baring ni. Mesti dah tukar dari putih jadi merah. Eee! Aadam rasa macam mabuk darahlah, Ammi, rasa nak pitam. Patutlah sakit. Ni mesti bumbum Aadam dah cedera parah, entah parutnya hilang, entah tidak. Ntah-ntah bumbum Aadam dah berlekuk atau dah puncture. Risaunya, risaunya….”.

Aku dengar Abba cakap kat doktor tu, sikit saja. Hah! Sikit saja? La ingatkan dah cedera parah. Terus ku diam. Aku dengar Ammi minta doktor ubat batuk. Dr. Liana pula cakp nak bagi ubat demam sama sebab nanti aku akan demam sebab kena cucuk. Ubat lagi…. TAK NAKKKKK

Lepas tu Ammi tunjukkan doktor tu buah-buahan kisar aku dan Tanya aku boleh makan tak. Doktor cakap tak boleh sebab aku kecik lagi. Kena tunggu umur aku 6 bulan baru boleh makan. Alangkah sedih dan kecewanya aku…. Ni mesti kena sumpahan Darwish sebab sakit hati aku usik dia. Padan muka aku.

Kondo kawan Ammi Untie (nama)
Semasa tengah tunggu ubat, Ammi ajak Abba pergi ke Tesco sebab nak beli lotion dan nappy cream aku, Mama minta sebab yang di rumah Mama dah habis. Abba diam saja.

Di klinik tu ada satu couple tengah tunggu giliran. Aku nampak mereka pandang-pandang aku sambil berbisik-bisik. Ni sahlah mereka terdengar aku menangis tadi dan sedang mengumpat aku. Malunyaaa ….. Atau mungkin juga mereka sedang admire “kecutean” aku. Aku terlena dalam dukungan Ammi.

Masa aku terjaga, kami sudah berada di parking lot condo Aunty Mie. Anak dan niece Aunty Mie, Kak Rehana dan Kak Amirah, datang bawa kami naik ke condo mereka.

Aunty Mie lawa orangnya. Dia terus pergi hiding lunch sementara Abba turun nak alih kereta sebab Kak Rehana cakap Abba kena parking di luar. Parking lot tu untuk penduduk di sana aje.

Selepas menghidang makanan, Aunty Mie bawa satu plastic beg berisi hadiah untuk aku. Apa agaknya isi di dalam beg itu? Tak sabar rasanya nak tengok. Kemudian Aunty Mie bagi walker untuk aku. Walker? I can’t walk Aunty Mie. Duduk pun tak boleh lagi, macam mana nak jalan?

Bila Abba dan Ammi nak makan, Aunty Mie dukung aku dan bawa masuk ke biliknya. KIak Rehana, kak Amirah dan Abang Hassan (seorang lagi anak Aunty Mie) datang bermain dengan aku. Aku seronok bermain dengan mereka.

Tiba-tiba aku terasa lapar dan mula bising minta susu. Aunty Mie datang ambil aku dan bawa kepada Ammi. Abba bagi aku minum susu sementara Ammi sibuk bertanyakan fasal kawan-kawan lama. Aunty Mie pula sibuk mengupdate Ammi.


Aku pasang telinga semasa Ammi bersembang dengan Aunty Mie. Walaupun aku tahu yang aku tak sepatutnya mendengar perbualan Ammi, tapi nak buat macam mana. Aku sebenarnya tak berniat pun nak join dengar cerita Ammi dan Aunty Mie tetapi suara Ammi dan Aunty Mie menusuk-nusuk ke telinga aku. Takkanlah aku nak tutup telinga puyla kan, so aku dengar ajelah.


Rupanya ada cerita yang aku tak tahu selama ni.... cerita di sebalik pengambilan aku sebagai anak oleh Abba dan Ammi. Sememangnya Allah itu amat berkuasa dan sememangnya pengambilan aku oleh Abba dan Ammi adalah qadar aku.


Asalnya Abba dan Ammi sepatutnya mengambil budak lain sebagai anak angkat, ada 2 pilihan pula tu. Seorang di Bukit Mertajam dan seorang lagi di Seberang Jaya. Selepas Abba dan Ammi berjumpa dengan kedua-dua bakal ibu dari utara itu, Abba dan Ammi dah decide nak mengambil baby kepada bakal ibu dari Seberang Jaya itu (yang dijangka baby boy sementara yang seorang lagi dijangka baby girl). 


Abba dan Ammi dah berjumpa family bakal ibu tersebut dan dah berjanji dah pun nak mengambil bakal cucu mereka sebagai anak angkat. Setelah balik ke rumah, Abba dan Ammi excited sangat dan menunggu hari baby tersebut lahir. Semasa hari kelahiran baby itu semakin hampir, Abba dan Ammi nak pergi beli barang-barang baby tetapi Ammi cakap kat Abba yang ada sesuatu yang membuat Ammi rasa seolah-olah bakal ibu itu sebenarnya tak mahu menyerahkan anaknya, cuma keluarganya yang beria-ria nak bagi Abba dan Ammi jaga. Ammi rasa macam tu sebab semasa berjumpa bakal ibu tersebut dulu, dia hanya berdiam diri dan tak cakap pun nak bagi anak dia kat Abba dan Ammi, cuma ibu bapanya yang cakap. 


Abba suruh Ammi call bakal ibu tu dan confirm. bila Ammi call, ternyata benar jangkaan Ammi. Walaupun bakal ibu tu tak cakap direct tak nak bagi tetapi dia meminta Ammi supaya jangan beli apa-apa barang untuk babynya. Abba dan Ammi faham apa maksud bakal ibu itu dan tak jadi beli barang-barang baby.


Ternyata Ammi kecewa sangat. Ammi cuba contact pegawai kebajikan masyarakat yang menguruskan perjumpaan Ammi dengan bakal ibu tersebut dulu dan pegawai tu bagi tahu yang even family bakal ibu tu tak dapat nak contact dia. Dia juga berpendapat bahawa bakal ibu tu tak mahu menyerahkan anaknya.


Bakal ibu yang seorang lagi tu memang Abba dan Ammi tak mahu ambil anaknya sebab mereka tak berkenan dengan sikap ibu tersebut yang agak kasar, agresif dan kurang sopan. Abba dan Ammi takut nanti anaknya pun bersikap begitu.


Kemudiannya Abba dan Ammi mulai mencari baby lain dan semasa tu, pegawai kebajikan masyarakat yang tadi aku cerita tu contact Ammi dan bagi tahu ada seorang lagi baby yang dah lahir tetapi ibunya meninggalkan baby tu di rumah kawannya dan tak dapat dikesan. Ammi setuju mengambil baby ini juga tetapi pegawai kebajikan tu cakap dia kena dapatkan kebenaran dari ibu baby tersebut. Dia cakap bila dia dah dapat contact si ibu, dia akan inform Ammi.


Abba dan Ammi sekali lagi meletakkan harapan dan menunggu tetapi tiada khabar berita yang diterima. Ammi cuba contact pegawai kebajikan tersebut dan dia bagi tahu yang ibu baby tersebut masih belum dapat dikesan.


Semasa nilah Ammi diperkenalkan dengan Ibu dan Bapa Aadam. Abba dan Ammi serba salah nak terima aku sebab mereka dah berjanji dengan pegawai kebajikan tersebut. Ammi cuba contact pegawai tu sekali lagi dan bagi tahu tentang aku. Pegawai tu cakap terpulang kepada Ammi sebab dia pun tak dapat nak hubungi ibu baby tu dan tak ada berjanji apa-apa dengan si ibu tu. Kalau Ammi rasa nak ambil aku, dia tak kisah. Selepas dari itu barulah Abba dan Ammi confirn nak ambil aku.


Hmmm... baru aku tahu kisah di sebalik adoption aku. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebab aku diketemukan dengan Abba dan Ammi yang amat menyayangi aku ini serta keluarga mereka yang juga sangat sayangkan aku dan menerima aku sebagai sebahagian daripada keluarga besar Abba dan Ammi. Kalau dulu Abba dan Ammi dah ambil babies yang lain tu, taklah aku dapat merasa kasih sayang mereka. 


Aku dengar Ammi cakap yang semua yang berlaku ada hikmahnya. Kalau dulu Ammi jadi ambil baby yang lain, taklah dapat anak yang secute dan sebaik aku ni tetapi berkat kesabaran Abba dan Ammi dan sikap tak putus asa, akhirnya dikurniakan aku sebagai anak Abba dan Ammi. Alhamdulillah.

Agak lama juga kami di sana dan tanpa perlu diberitahu (tapi aku nak bagi tahu juga) Aunty Mie memuji kecomelan aku dan cakap kat Ammi kalau ada lagi orang nak bagi baby, dia nak ambil sebagai anak angkat, tetapi Aunty Mie nak baby yang cute macam aku. Hmm… Itu susah sikitlah Aunty Mie, sebab dalam dunia ni ada satu saja Aadam mika’il. Baby lain mesti muka dia pun lain dan Aadam rasalah, kalau nak yang cute macam Aadam, …… tak apalah, Aadam tak nak berbangga diri. He! He! He!

Balik dari rumah Aunty Mie, kami ke Tesco. Cakap saja nak beli lotion dan nappy cream. Bila dah sampai ke sana, Abba dan Ammi pergi tengok baju untuk aku. Sebelum sempat habis shopping, aku dah terlelap. Aku terjaga semasa Abba tengah queue up untuk bayar.
Balik ke rumah, terus aku kena makan ubat. Tak sukanya. Aku tak demam pun walaupun Dr. liana cakap aku akan demam. Bila Ammi bagi tahu Munni Khala, aku terus dapat gelaran hero.

Ammi buka hadiah yang Aunty Mie bagi. Ada sepasang baju dan seluar tetapi agak besar. Kata Abba aku boleh pakai semasa unur aku dah 1 tahun. Ada juga satu beg untuk isi barang-barang aku. Semuanya cantik dan aku suka. Terima kasih Aunty Mie.

Aku penat hari ni dan tidur awal.




10 12 2010. Jumaat

Ammi mengingatkan aku yang esok aku nak kena cucuk.


Esok nak jalan-jalan lagi. Mesti tunjuk wajah ceria dan sihat, takut Abba ubah fikiran pulak nanti.

Kadang-kadang aku rasa Ammi ni macam pusat sumber aku sebab hari-hari Ammi akan update aku dengan apa yang berlaku pada hari itu dan apa nak berlaku dalam sehari dua nanti. Ammi juga akan tanya aku apa yang aku buat pada hari itu dan apa perkembangan aku. Kadang-kadang terfikir juga, Ammi ni faham kea pa yang aku cakap? Tapi aku tak peduli sebab kalau Ammi dah tanya, aku jawab ajelah. Mungkin Ammi tak faham bahasa aku tetapi aku rasa naluri seorang ibu akan faham isi hati anaknya.

Abba pula on the other hand lebih suka mengagah aku dan bercakap benda-benda yang general seperti bertanya samada aku lapar ke atau aku qada hajat ke, minta nak tengok gigi aku, buat lawak etc. Aku rasa aku lebih banyak bersuara daripada Abba dan aku yakin Abba memahami apa yang aku nak sampaikan walaupun tak faham bahasa aku. Naluri seorang ayah ….

Mungkin memang sifat semulajadi Abba tak banyak bercakap sementara Ammi pula terlalu banyak bercakap. Semasa aku pergi ke rumah Munni Khala dulu, hari-hari bila balik kerja Ammi akan bercakap sepanjang jalan, dari mula naik kereta sampailah kami sampai ke rumah. Abba pula lebih banyak mendengar dan hanya bersuara sekali-sekala. Itulah Abba dan Ammi aku.

Ammi juga bagi tahu yang esok kami akan ke rumah kawan Ammi semasa di U dulu, Aunty Mihraj @ Aunty Mie. Aku dengar Ammi bagi tahu Abba yang Aunty Mie pun nak ambil anak angkat sebab anak bongsunya dah besar.

Tak sabar rasanya nak jumpa kawan Ammi esok.

7 12 2010. - 9 12 2010. Selasa - Khamis

Aku rasa minggu ni adalah satu minggu yang amat membosankan. Tak ada apa yang special.
Semalam demam hari ni dah demam lagi tapi dah ok sikit dah.

Busuknya bau ni...sapa yang tak mandi ni? Ammi dah mandi,
Abba pun dah mandi tadi, eh eh aku rupanya...!
Pasai aku bucuk, Ammi selam aku dalam botol bedak.
Ammi bagi tahu aku yang Ahad nanti Ammi nak ke kenduri Azizul Bhaiya. Aku akan ditinggalkan bersama Abba di sini. Ammi pergi dengan Tasneem Mamu. Kenapa Abba tak pergi? Ammi cakap kat aku tempat tu jauh dan aku akan penat kalau pergi balik on the same day. Jadi lebih baik aku tak ikut. Ok Ammi. Emm… Abba, kita nak buat apa? Aadam ada plan… Kita pergi memancing nak? Lepas tu kita lepak-lepak tengok bola. Aadam boleh pakai jersey MU Aadam.
Gaya tidur Retro. Nak belajar?
Yuran RM2 je.

Ammi juga bagi tahu yang Sabtu ni aku nak kena cucuk. Cucuk lagi? Hmmm…. Nampaknya Dr. Wardah tak makan dengan puji-pujian aku. It’s ok Ammi, Aadam tak takut Insya Allah.

Aku juga tertunggu-tunggu kot-kotlah Abba atau Ammi nak bagi aku makan apple atau pear kisar tetapi tak dapat pun. Abba cakap aku masih sakit jadi jangan bagi makan lagi.

Aku batuk-batuk sepanjang minggu ni. Suara serak aku pun masih belum sembuh.

Munni Khala pula dah rindukan aku dan minta Ammi bawa aku ke kenduri Azizul Bhaiya tetapi Ammi tak nak. Ammi pula suruh Munni Khala datang ke rumah tetapi Munni Khala tak nak.

Sebenarnya aku teringin nak ikut Ammi sebab aku nak lengkapkan perkenalan aku dengan ahli keluarga Ammi. Teringin nak jumpa Nassu Mamu, Atiqah Momani dan anak-anak mereka tetapi Ammi cakap nanti Atiqah Momani nak datang tengok aku. Kena tunggu lagilah nampaknya.


6 12 2010. Isnin
Petama kali demam panas
Demam....

Tok Wan dan Tok pergi ke rumah Mak Lang hari ni. Aku terasa sedih. Tok ajak aku ikut Tok balik ke Pahang. Nanti bila sekolah buka, Tok hantar aku balik. Sambil bercakap, sambil menjeling-jeling Ammi dan tersenyum-senyum Tok. Tok ni pun kuat mengusik. Ammi pun senyum-senyum dan cakap kat Tok yang Ammi tak dengar apa yang Tok cakap.

Aadam teringin juga nak ikut Tok tapi ….. nanti Aadam rindu kat Abba dan Ammi pula. Tak apalah Tok, nanti lain kali Aadam datang dengan Abba dan Ammi, okey.

Hari ni bermula semula rutin harian aku. Aku rasa mesti Mama dan Babah rindukan aku.

Abba dan Ammi balik tak awal, tak lewat … waktu biasa mereka iaitu sekitar 7.30 malam. Selepas balik ke rumah, aku seperti biasa bersembang-sembang dengan Abba dan Ammi. Aku rasa sunyi pula rumah ni sebab sejak beberapa hari lepas riuh-rendah rumah kami. Tok Wan, Tok, Aadam rindulah.

Hari ni Ammi call Munni Khala dan bagi tahu yang aku dah boleh pegang botol susu aku dan barulah Munni Khala teringat nak cerita bahawa hari tu pun aku ada pegang botol aku sendiri tetapi dia terlupa nak cerita kat Ammi. Hmmph! Baru mau story. Aadam dah tertunggu-tunggu sekian lama tapi tak cerita pun.

5 12 2010. Ahad
Kenduri kahwin anak Tok Andak
Raja sehari, Mohd Nor Sharizal dan Nur Ain

Suara aku masih serak lagi dan aku dengar perbualan Abba dan Ammi yang mereka tak nak bagi aku makan makanan yang dibeli untuk aku itu sebab aku dah sakit. Aku merasa sedikit kecewa tetapi tak mengapa sebab apa-apa yang Abba dan Ammi buat pastinya adalah untuk kebaikan aku.

Agaknya Darwish pergi kenduri tak hari ni? Aku teringin nak jumpa dia. Dah lama kami tak berjumpa. Nak juga tengok samada dia dah kurus ke atau makin bertambah tembam.
Muka dah jadi empat segi, cuba bandingkan dengan bulatan frame tu.


Pagi tu Abba bagi tahu Ammi yang Pak Andak dan Mak Andak bersama Darwish nak datang ke rumah kami sebelum ke kenduri dan kami akan bertolak sama-sama. Yahoo! Dapat jumpa gang aku.


Selepas bersarapan kami bersiap-siap. Kemudian kami tunggu Pak Andak sekeluarga tetapi tak sampai-sampai. Punya lama Pak Ndak ni. Aku pakai baju biasa aje dan bukannya baju baru. Mungkin masa nak bertolak nanti baru Ammi aan salin baju aku kot. Tu mesti Ammi takut nanti baju baru aku kotor.

Semasa Ammi sedang tidurkan aku dalam bilik, Abba datang membawa sepasang baju bareback warna orange dan striking green serta baju t-shirtnya warna putih. Cantik. Kata Abba Mak Teh bagi kat aku. Boleh pakai terus kot…. Tapi aku rasa mesti kena basuh dulu.

Aku terlena dan semasa aku jaga, Darwish dah sampai. Mak Andak tengah mandikan dia. Lepas Darwish siap mandi, Abba bawa aku masuk ke bilik untuk bersiap. Aku pakai baju bareback juga tapi bukan yang Mak Teh bagi. Yang ini bareback jeans jenama Adam, berwarna light blue bersama t-shirt putih. Cantik giler…. Aku suka sangat sebab terasa macam aku dah dewasa.

Selepas aku siap, Ammi bawa aku keluar dan baru aku nampak Darwish. Ishh! Apasal kau “comel” sangat Darwish? Kau kena dietlah aku rasa. Kalau kau tak diet dari sekarang, nanti macam mana kita nak main football…. Guarantee kau tak larat nak lari. Oops! Sorry. Aku terlupa nak bertanyakan khabar. Kau apa khabar Darwish? Aku rasa mesti kau “sihat” kan? Banyak lagi persoalan yang bermain di kotak fikiran aku untuk diajukan kepada Darwish tapi masa tak mengizinkan aku berbual panjang dengannya. Aku harap petang nanti Pak Andak akan datang ke rumah kami lagi jadi bolehlah aku berborak-borak dengan Darwish.

Nenek Moyang masih jelita bergaya
...apa rahsia nenek?
Tok Cik Noor bersama Tok Anjang Rofeah.
Kami bertolak ke rumah pengantin dan sampai waktu tengah hari. Ramainya manusia macam carnival. Mak Teh yang dukung aku tetapi kemudian Tok ambil bawa aku masuk ke dalam rumah. Orang perempuan lain pun masuk ke rumah. 




Dari Kiri Tok Ngah(nama), Tok Andak (nama), 
Tok Wan Andak (nama),
Tok Ngah Salleh,  Tok Cik (nama) 
dan Nenek Moyang (nama) 
Abba, Pak Andak dan Pak Teh duduk di luar rumah. Ammi, kenapa bawa Aadam masuk ke dalam? Aadam pun lelaki juga jadi sepatutnya Aadam duduk kat luar dengan Abba lah kan. Mujur Darwish dan Pak Su pun duduk kat dalam jadi aku taklah rasa odd sangat.
Tok Njang Rofeah bersama anak Nrihayati (kiri),
Nolaily Akma (kanan) dan anaknya Nordamia.






Aku pun lapar, nasib baik mak cik Siti kasi susu aku.
Terima kasih Mak Cik Siti.
Macam biasa Abba sebok dengan kamera dia menyenep sini menyenep sana. Ambik gambar orang ramai, tengok jelah dalam blog ni, besepah sana sini gambar sedara mara Abba. Dah rupa macam album gambar lah pulak blog aku ni. Tapi Abba kata gambar-gambar ni penting untuk rujukan aku bila aku dah besar nanti. Boleh lah aku kenal sedara mara semua, nanti tak kenal beretuh batang hidung pun tak perasan itu sedara.


Nenek moyang dengan Tok Andak sebok menyambut tetamu di hadapan kemah. Nenek moyang dah semakin berumur, tak silap aku lebih kurang 80 tahun dah umur dia. Nampak sihat lagi, khabarnya di kampung masih boleh bekebun dan beladang sawit. Huih... terorr tu.



Tok Andak (nama), Tok Wan Andak (nama) sangat 
gembira menerima menantu hari ni.
Tok Tam Jailani besama Tok Tam (nama) bertanding 
senyuman paling menawan dengan Tok Cik Zul.
Baru beberapa minit kami masuk ke dalam rumah, Darwish dah buka station radionya. Mungkin dia “menyanyikan” lagu Selamat Pengantin Baru untuk pengantin kot…. Tapi aku tak faham juga. Mak Andak terus buka baju Darwish sebab tak mahu dia menangis berpanjangan. Kata Mak Andak Darwish panas. Sememangnya aku pun rasa panas tetapi aku kesian Ammi yang excited sangat bagi aku pakai baju bare back ni. Kesian Abba dan Ammi susah payah pergi beli baju untuk aku, jadi aku senyap saja.



Rombongan pengantin sampai. 
Antara sedara mara yang sempat Abba ambil gambar adalah mereka-mereka yang ada dalam blog ini.



Mak Cik Norlaily bersama anaknya
Nordamia.
Tok suruh Abba dan Ammi makan dulu sementara Tok jaga aku. Ammi tanya Tok tak nak makan ke? Tok cakap yang Tok dah makan. Eh! Aadam tak makan ke? Nak juga rasa nasi kenduri. Tak ada orang pelawa aku pun. Aku dah lapar sangat dan Tok bagi aku susu. Susu je? Nasi minyaknya mana Tok? Tok buat dono je dan aku pun terpaksa minum susu tu. Hmm… may be I am not that big after all. 
Orang ramai sedang menjamu selera.














































Lama bebeno Abba dan Ammi makan. Kemudian Abba datang ambil aku, bawa keluar. Aku sempat tengok pengantin berarak diikuti paluan kompang. Semua orang excited nak tengok. Kamera berkelip-kelip di sana sini. Meriahnya.




Ini meja kitaorang, sebelah pelamin saja.
Kami duduk dekat satu meja tu betul-betul bersebelahan dengan pelamin pengantin yang di buat dibawah kemah depan rumah. Elok saja Abba habis makan rombongan pengantin pun sampai. Abba pun pergi sebok-sebok ambil gambar tinggal aku dengan Mak Cik Siti kerana Ammi masih makan lagi. 


Sesi begambar belangsung beberapa ketika. Selepas tu sesi memepung tawar. Ramailah sedara mara dapang kat depan pengantin tu menabur-nabur bunga rampai dan merenjis-renjis air mawar. Eee bestnya upacara tu. Aku pun selalu menabur-nabur puting lah, kain lampin aku lah, kadang-kadang baju aku lah masa atas katil. Tiru aku lah tu. Bab merenjis-renjis tu aku pun reti. Kadang-kadang masa Ammi tukar lampin aku terus merenjis kat atas tilam ke, kat badan pun penah...!

Tok Alang (nama)
Tok Cik Lan bersama Tok Cik (nama)
Kemudian Makcik Fiza dan Pakcik jai sampai. Terus Makcik Fiza greet aku. Aku pun seronok jumpa Makcik Fiza. Lama tak jumpa. Aku didukung oleh Makcik Siti.

Mak Njang dengan anak-anaknya sedang
bersembang dengan Tok Tam
Aku dan Darwish sedang bekerja keras
untuk tidur.
Selepas itu aku nampak Darwish tengah menangis melalak-lalak. Tu mesti dia pun frust sebab tak dapat makan nasi minyak tetapi Mak Andak tak faham. Sabarlah Darwish, aku pun tak dapat mekan juga. Aku terpaksa berpuas hati dengan minum susu je. Selepas tu Abba dan Ammi masuk ke dalam bersama aku. Darwish masih menangis. Kelam kabut Tok dan Mak Andak dibuatnya. Pak Andak pun kelam-kabut mengusung Darwish ke dalam dan keluar rumah tetapi dia tetap tak mahu diam.
Cari persamaan antara aku dan Darwish...tentulah
kepala botak kami!
Orang yang buat bising ni buat aku tak boleh tidur lah!

Diaorang ni pasang lagu best-best gile...
Tok membuat kesimpulan yang dia kepanasan dan bawa Darwish ke belakang untuk dimandikan. Air panas tak ada jadi Tok mandikannya dengan air sejuk saja. Menggigil Darwish. Kesian dia. Aku pun panas juga tetapi sebab tak mahu dimandikan dengan air sejuk, aku hanya berdiam diri.
Atas: Pertandingan senyuman paling poyo
antara Ammi dengan Mak Cik Fiza.
Bawah: Pertandingan sengeh paling lebar pun ada.

Selepas mandi Darwish pun tidur dan lama selepas itu, aku pula terlelap. Aku terjaga semasa semua orang bersiap-siap untuk balik. Abba dan Ammi keluar dulu bersalam-salaman dengan semua orang. Tok, mak Teh, Makcik Zaira, Makcik Siti dan Mak Andak masih bersalam-salaman. Aki didukung oleh Makcik Zaira. Pengantin pula ada di luar rumah sedang tunggu giliran nak bersalam. Aku nampak Ammi sedang bersalam dengan Tok Ngah dan kemudian nampak Abba dan Ammi berjalan menuju ke kereta. 




Aku ingat kejap lagi Makcik Zaira akan bawa aku ke kereta juga tetapi tunggu punya tunggu, mak datuk berjam-jam lamanya untuk Tok habis bersalam dengan semua orang. Aku yakin Makcik Zaira dah penat dukung aku dan aku yakin Abba dan Ammi dalam kereta tertanya-tanya kenapa kami lambat sangat. Akhirnya kami sampai juga ke kereta. … Hi Abba. Hi Ammi. How are you? I missed you both. Rasa macam dah berzaman tak jumpa Abba dan Ammi.

Tok Tam Norihan bersama anaknya
Syafiqah Nurfatin
Mak bapak pengantin pun teringin nak bersanding
semula...Amboi...!
Abba bawa kereta sekejap dan kemudian berhenti dan semua orang mulai turun. Eh! Kenapa cepat sangat sampai rumah kita Abba? Tadi masa nak datang rasa lama giler. Ammi dukung aku dan tak turun. Kenapa Ammi tak nak turun? Rupanya kami baru sampai ke rumah Tok Ngah yang tinggal selang 1 lorong dari rumah Tok Andak. Tok nak jumpa orang-orang yang berada di sini pula. Aku harap tak lama macam tadi.

Tak lama selepas tu kami bertolak balik ke rumah. Pak Andak pergi rumah kami tak? Aadam nak berborak dengan Darwish sebab tak sempat bersembang tadi.

Best tengok orang khawin. Aku pun teringin.
Aku gembira bila ternampak kereta Pak Andak di luar rumah kami semasa kami sampai. Sekarang aku boleh sembang dengan Darwish.

Setelah kami masuk ke rumah, Abba mengatur sessi fotografi untuk aku dan Darwish. Selepas bergambar, Darwish start menangis semula dan Tok cakap nak bagi dia mandi sekali lagi. Hmm… aku kalau menangis, Abba dan Ammi bagi susu atau puting atau tukar lampin atau sapu minyak telon. Tak delah pula bagi mandi. Agaknya sebab aku tak menangis bila panas kot. 


Aku tewas kepada Darwish, tewas dalam
 acara perut sapa paling boroi hensem.
Aku pun nak try jugalah macam Darwish sebab aku pun sedang panas. Aku mula menangis dan Ammi menanggalkan bareback aku. Tok terus bawa aku mandi. Hey! It works. No wonder Darwish menangis bila panas. Kemudian giliran Darwish mandi pula. Tapi …. Kenapa semasa mandi pun dia menangis dan sesudah mandi pun dia menangis? Kenapa kau menangis? Kau nak apa sebenarnya?

Mak Andak masukkan Darwish ke dalam buaian aku dan ia tertidur. Masih belum sempat aku berbual dengannya. Semua orang berkumpul di ruang makan untuk minum petang. 


Semua orang minum petang,
aku minum setiap dua jam.
Selepas minum Mak Andak cakap nak balik. Ala Mak Andak, tunggulah sekejap. Aadam belum borak dengan Darwish lagi ni. Mujur Ammi seolah-olah faham dan minta Mak Andak lepak dulu dan balik selepas makan malam. Mak Andak setuju. Yahoo! Abba telefon Pakcik Jai ajak datang makan malam di rumah kami dan Pakcik Jai cakap ok.

Aku tunggu Darwish bangun dan bila dia bangun …. Dia sambung episod menangis tadi. Pak Andak bawa dia tengok lampu di bilik tetamu dan baru dia diam.

Ammi bawa aku ke ruang makan di mana Abba tengah buat sesuatu di dalam Macbooknya. Kemudian Mak Andak dan Darwish join kami. Aku tak nak tunggu lama-lama dan terus start sembang dengan Darwish (fasal aku takut dia mula menangis semula).

Macam-macam aku tanya dia. Ikutilah perbualan kami:
Aku: “Kau ingat aku tak? Kau rindukan aku tak?”
Darwish: “Ingat dan rindu”.
Aku: “Sekarang kau dah pandai buat apa?”
Darwish: “Dah boleh tiarap. Kau boleh tiarap?”.
Aku: “Aku tak boleh nak tiarap. Ammi cakap bumbum aku berat sangat. Aku rasa bumbum kau pun berat juga tapi kau boleh je tiarap. Aku dah boleh pegang botol susu lani”.
Darwish: “Aku pun boleh pegang botol susu dah”.
Aku: “Semalam aku makan buah labu kisar… sedap. Mak engkau tak bagi kau makan labu ke?”
Darwish: “Tak de pun, cuma minum susu saja. Aku kecik lagi kot”.
 Aku: “Agaknya Mak Andak risau nanti kau makin bulat macam buah labu kot. He! He! He!”.
Aku kasi pinjam ammi aku kejap
je tau, setengah minit je boleh.

Abang Is dan Darwish tumpang landing
atas bantal malas aku
Hiss ko ni nampak lubang golf ko tu,
aurat tak boleh terdedah, berdosa....
arwish terus menangis dan Ammi terus suspect yang aku marah dia. Ammi tanya samaa aku marahkan Darwish dan aku jawab, “Hmm”. Aku rasa kesian pula kat Darwish sebab semua orang ketawa dan bukannya pujuk dia. Aku berurau saja, bukannya serius.
Aku sedang menemuduga Pak Cik Jai dan
Mak Cik Fiza mengenai kursus perkahwinan.

 Tak lama selepas tu Pakcik Jai dan Makcik Fiza sampai. Selepas makan, Pak Andak, Pak Teh, Pakcik Jai, Pak Su dan yang lain-lain lepak main game. Inilah kerja diaorang bila datang rumah aku. Tak pe nanti bila Aadam dah besar panjang, Aadam akan kutip duit setiap kali nak main game. Singgit satu jam. Satu kepala, dua kepala, sehari dua lama-lama boleh kaya aku. $$$$$$$$$$.......
Aku dengan muka yang tak hensem...

Selepas Mak Andak, Mak Teh dan Makcik Fiza balik, kami masuk tidur. Hari ni satu hari yang yang memenatkan tetapi aku tetap happy sebab dapat jumpa Darwish. 

Semasa nak tidur, terlintas di kepala aku persoalan kenapa orang-orang di rumah Tok Andak tak excited tengok aku. Mereka tak happy ke Abba dah ada anak? Agaknya mereka sibuk sangat sampai tak perasan aku kot. 


Dan hari ini aku pelajari sesuatu … “Rambut sama hitam, hati lain-lain”. Walaupun kebanyakan orang rasa aku ni cute, itu tak bererti bahawa semua orang akan beranggapan begitu. Aku terima realiti ini dengan hati yang terbuka. Selamat malam semua, kita jumpa esok hari. Semoga hari-hari berikutnya lebih banyak peristiwa menarik dapat aku pelajari.











4 12 2010. Sabtu
Pergi rumah Tok Andak di Balakong

Hari ini aku sudah berumur 4 bulan. Lagi 4, 7, 8 bulan lagi nak sambut birthday. Hui lama sungguh tu.

Hari ni kami nak ke rumah Tok Andak (adik Tok) sebab nak hantar Tok Wan dan Tok ke sana sebelum wedding cousin Abba esok. Apa nama cousin Abba ye? Aadam tak tahu lah.

Petama kali rasa makanan selain
susu. 
Maaf, banyak jatuh dari mulut,
baru belajar maaa...
Kami bangun pagi-pagi dan bersiap-siap tetapi kami kena tunggu Uncle Brian datang buat pest controlling dulu. Hmm… aku ingat-ingat lupa Uncle Brian sebab dulu masa aku jumpa dia, aku baru berumur 10 hari. Mesti Uncle Brian pun terkejut tengok aku yang dah besar ni.

Aku punya excited nak jumpa sedara-mara baru sampai terlupa yang hari ni aku dah 4 bulan. Itu bermaksud aku dah boleh makan makanan yang Abba dan Ammi beli hari tu. Macam mana boleh lupa hah sedangkan inilah hari yang amat ku tunggu-tunggu….. to try something different. Ammi yang ingatkan aku. Ammi Tanya aku nak makan apa, apple atau pear? Aadam tak kisah Ammi. Ammi minta Abba tolong keluarkan satu botol makanan tu dari peti sejuk dan Abba keluarkan buah labu. Bila Tok dapat tau, terus Tok cakap nanti aku kembung.
Woit, nak kemana korang tu...!?

Pak Su dan Kak Nia, sedang sebok layan game.

Abba suap aku sedikit makanan tu. Sedap juga tetapi aku dah minum susu jadi perut aku dah tak ada ruang nak isi buah labu tu.

Aku rasa macam orang dewasa pula makan dalam mangkuk, menggunakan sudu. Best giler…..
Selepas makan apa lagi tidur lah.

Kami juga tunggu Pak Ngah yang nak bawa baju kurung untuk Kak Fiqah, kak Qila dan Kak Nia untuk dipakai di kenduri esok. Aadam pun kena pakai baju melayu ke Ammi? Ammi tak jawab jadi aku tak tahu. Aku ingatkan boleh pakai baju baru yang hari tu Abba dan Ammi beli tapi …..
Sempena umur 4 bulan, aku pakai baju ni.
Baca sendirilah ya.....

Selepas aku mandi, aku dipakaikan romper yang Abba dan Ammi baru beli di Mid Valley hari tu. Yahoo! Aku pakai baju baru. Romper tu ada tulisan “SMART LIKE DADDY, SWEET LIKE MUMMY”. Cute kan??? Baru sekarang aku tahu dari mana aku dapat bakat masuk bakul angkat sendiri…..
Lelong, lelong beg murah, murah! Beli satu dapat
satu. Isi kandungan tak boleh angkat!



Selepas aku siap, Abba letakkan aku ke dalam buaian dan aku terlena. Aku tak tahu berapa lama aku tidur tapi aku terkejut jaga semasa Abba angkat aku dari buaian. Eh! Dah nak pergi ke? Rupanya aku diangkat sebab Uncle Brian nak spray racun pest kat rumah kami. Ammi dukung aku dan duduk di ruang tamu depan. Seperti yang aku jangka, Uncle Brian terkejut tengok aku yang dah besar.
Tok sedang mengira jari kaki aku. Cukup ke 10?

Semua orang berkumpul di ruang tamu depan sementara Uncle Brian menjalankan tugasnya. Pak Ngah pun dah sampai. Kemudian Ammi nak tukar baju aku. Guess what? Aku pakai seluar jeans. Jenama apa ye Abba? Levis ke? Oh! Tak berjenama rupanya…. Tak apalah, aku tak kisah. Yang penting, aku mesti nampak macho bila pakai jeans tu. Bila Tok nak sarungkan t-shirt yang Ammi bagi, Tok cakap t-shirt tu kecik dan tak muat. Ammi kecewa sebab Ammi dah excited nak tengok aku pakai t-shirt stripe biru gelap dan biru muda tu dengan faded jeans aku. Kemudian Abba cakap kat Tok boleh muat. Tok pun pakaikan aku t-shirt tu. Ha! Boleh pun muat. Sememangnya aku nampak teramat kacak berpakaian sebegini.
Pak Ngah tiba bawa baju untuk anak-anaknya pergi
kenduri esok.

Selepas Uncle Brian siap sembur rumah kami, kami pun bertolak ke rumah Tok Andak. Macam mana agaknya reaksi semua orang di sana. Mesti ramai orang kan sebab ada wedding. Aku excited sangat.
Abang Izz mengarahkan aku melihat
kamera. Ababg Izz....ini Aadam la,
dah biasa sangat depan kamera. Ini
gaya "jejaka perasan di tepi mesin
bayar parking"

Agak ramai juga sedara-mara Tok Andak dan Tok Wan Andak berkumpul. Semua orang tak berapa pedulikan aku. Aku dah hilang kecutean aku ke? Kenapa orang tak excited tengok aku? Mereka sibuk agaknya. Tetapi aku tak kisah sebab yang penting buat aku ialah Abba dan Ammi. Janji mereka saying aku, dah cukup buat aku.
Ini pulak gaya " hidup releks selepas
penat bekerja"

Tok Wan, Abba dan Pak Teh terus tolong di depan rumah, entah buat apa entah aku tak pasti. Tok pula ke dapur. Aku duduk dengan Ammi, Mak Teh,  Pak Su, anak-anak Pak Ngah dan Abang Izz di ruang tamu. Lama bebeno sampai aku terlena. Kami agak lama di sana dan hanya balik semasa hari dah lewat petang. Tok Wan dan Tok tak ikut.

Abba pun nak tumpang glamour aku.
Tok Wan pun suka main dengan aku.
Aku jumpa ramai orang di rumah Tok Andak tetapi aku tak diperkenalkan dengan mereka jadi aku tak tahu who is who. Aku rasa Abba pun tak berapa kenal kot sebab aku dengar Ammi tanya Abba siapa tu dan siapa ni tetapi Abba jawab yang Abba pun tak kenal. Patutlah aku pun tak diperkenalkan dengan mereka. Of course ada Tok Moyang dan Nenek moyang, Tok Njang, Tok Lang dan Tok Wan Lang, Tok Cik dan Tok Wan Cik Zali, Tok Cik Zizah dan Tok Wan Cik Zul, Tok Ngah dan Tok Wan Ngah, Tok Tam dan Tok Wan Tam, Tok Andak dan Tok Wan Andak serta Tok Su dan Tok Wan Su. 


Abba tak pernah potong ayam banyak gini, kalau
ayam terpotong lapan segi tu Abba punya lah tu.
Rumah Tok Ndak di Balakong.
Anak-anak mereka ramai sangat dan yang itulah Abba dan Ammi tak kenal. Mungkin sebab gap umur antara Abba dan sepupu-sepupu Abba jauh berbeza. Yalah, Tok anak sulung dalam family Tok jadi semestinya anak-anak Tok lebih tua daripada anak-anak adik-beradik Tok. Tok Njang dah ada cucu dah pun tapi tak tahu nama mereka. Satu perkara yang aku perasan ialah hampir kesemua adik-beradik Tok lawa-lawa orangnya. Patutlah Tok pun masih nampak cantik walaupun dah berusia. Aadam rasalahkan Tok, masa zaman Tok muda-muda dulu mesti jadi rebutan kan. Nanti bila Aadam dah besar, Aadam akan korek rahsia ni dari Tok.

Kepada sesiapa yang tak kenal dapur, inilah
sup tulang, Suppp Tuuulang!
Tok Cik Zul dan Zali sedang menyediakan sup
tulang untuk makan tengahari tu.
Apabila sampai ke rumah, Abba, Ammi dan aku masuk ke bilik. Mak Teh dan Pak Teh pun masuk ke bilik tetamu. Pak Su dan Kak Fiqah, Kak Qilah dan Kak Nia duduk bermain game di ruang tamu. Aku lapar dan Abba suap aku makan buah labu kisar tu. Aku makan dengan lahapnya sampai habis baju aku terkena. Romper putih tu dah berwarna kekuning-kuningan. Aku tak reti makan so aku hisaplah sudu berisi labu kisar tu (macam hisap susu). Abba dan Ammi seronok tengok anak mereka dah besar. Bila habis labu tu, Abba tambah lagi dan lagi. Aku makan sampai ½ botol tapi aku tak rasa puas. Aku nak susu juga. Bila dapat susu, aku nak tunjuk kehebatan aku memegang botol tu sendiri kepada Abba dan Ammi fasal Munni Khala tak cerita pun kat Ammi yang aku boleh pegang botol susu aku sendiri. Aku pun pegang botol tu tetapi masa tu Ammi dah masuk ke bilik air untuk mandi. Bila Ammi siap mandi, Abba panggil Ammi suruh cepat-cepat datang tengok aku buat apa. Abba dan Ammi happy sangat dan seperti yang aku jangka, Ammi terus cakap yang aku dah besar.
Aku dan Ammi lepak dalam rumah je. Kat luar panas.

Lepas tu Abba, Ammi dan yang lain-lain minum petang. Semasa nak minum, Abba panggil Pak Teh dan Mak Teh tetapi mereka dah tidur. Penat agaknya. Dengar cerita, Pak Teh basuh 120 ekor ayam. Banyaknya. Ni boleh kerja kat KFC ni.

Amboi, sedap sungguh mereka ni makan, Aadam
dalam rumah pun dilupakan.
Malam tu Pak Teh dan Mak Teh  balik ke rumah mereka sebab nak ambil baju untuk ke kenduri esok. Aku pula dah sakit-sakit… bukan kembung tapi suara aku dah serak-serak. Aku tak kembung sebab Abba dan Ammi awal-awal dah ambik precaution dengan sapu minyak talon kat aku tapi Abba dan Ammi lupa yang buah labu tu sejuk (apatah lagi buah labu yang Abba suap aku tu sememangnya dikeluarkan dari fridge). Maka suara aku jadi macam suara Awie lah jawabnya. Baru Ammi teringat yang buah labu tu sejuk.
Moyang bersama cucu cicitnya sedang menjamu selera.
Sedapnya makanan ni, nak lagi!

Malam ni aku tidur awal dan tak tahu apa jadi selepas itu.

Esok nak makan lagi ya Ammi!
3 12 2010. Jumaat
Jalan-jalan sama Tok ke Nilai 3
Demam-demam pun aku tetap ceria. Tengok je lah gambar-gambar ni.

Aku masih demam lagi dan Ammi tak boleh bercuti lagi jadi Abba ambil EL satu hari lagi. Aku terdengar Ammi mengadu dengan Abba yang Ammi sedih sangat sebab Ammi tak boleh nak bercuti atau balik awal walaupun aku sakit. Ammi rasa sedih sangat dan Ammi cakap kat Abba yang Ammi nak resign.

Mandi memang kegemaran aku, Boleh bersantai
macam kat spa gitu.  Pastu orang tolong gosok
badan pulak...
Baru sekarang aku tahu kenapa Ammi sedih sangat malam tadi. Aku rasa kesian kat Ammi. Aadam ok Ammi. Ammi janganlah risaukan Aadam. Lagipun Abba dan Tok dan Tok Wan pun ada.

Selepas Abba hantar Ammi dan balik ke rumah, demam aku dah reda. Abba pun bawa Tok dan Tok Wan dan yang lain-lain pergi ke Nilai. Nilai lagi??? Awat tak pi tempat lain? Asyik-asyik ke Nilai saja. Aku yang dah sedia sakit akan lebih sakit lagi sebab boringgggg…..
Korang nak tumpang mandi dalam kubang aku tak?

Semasa kami masih on the way, Ammi telefon Abba bertanyakan tentang demam aku. Bila Abba bagi tau yang kami nak ke Nilai, Ammi cakap kenapa tak bawa Ammi? Aku tahu Ammi bergurau aje sebab hari tu pergi pun bukannya Ammi beli apa-apa pun.

Tak lama selepas itu Ammi call lagi, minta Abba beli baju untuk aku sebab baju aku semua dah ketat. Hmmm… sekarang aku tak menyesal datang ke sini. Aku akan dapat baju baru.
Abba tekun menerangkan macam mana nak guna
laptop kat Tok Wan.

Kami tak lama di Nilai. Bila balik ke KL, Abba bawa semua orang makan di Jusco. Ammi call lagi bertanyakan tentang demam aku. Ammi jangan risaukan Aadam. Aadam dah sihat.

Makan, makan, makan.
Petang ni Ammi balik awal… dalam pukul 6 lebih dah sampai. Aku happy sangat tengok Ammi. Ammi berdiri dekat aku dan bersembang-sembang sekejap. Aku masa tu tengah minum susu di riba Tok. Aku ingatkan Ammi nak dukung aku tetapi sebab aku sedang minum susu, Ammi biarkan aku di pangkuan Tok dan berjalan ke arah bilik. Aku terus menangis sebab Ammi tak dukung aku … saja je nak bermanja-manja dengan Ammi. Ammi pun patah balik dan dukung aku, bawa masuk ke bilik.
Ini wajah Tok Aadam. Jamilah bt
Abidin. 

Ammi bagi aku minum susu sambil bersembang-sembang dengan aku. Kemudian Abba datang bawa baju baru aku untuk Ammi tengok. Banyak juga. Semasa Ammi membelek-belek baju tu, aku pun jelling-jeling sama sebab aku pun belum tengok baju yang Abba beli. Ammi tertarik dengan sepasang baju tu. Aku pun suka. Nak tau baju apa? Jersey MU warna putih, siap dengan logo Red Devils. Aku suka sangat. Lain kali bila Abba tengok bola, aku bolehlah pakai baju ni.

Wajah Pak Su. Abba ajar Pak Su buat
blog, jadi ini gambar profile dia.


Hari ni aku dah sihat sikit. Aku rasa bertambah sihat bila Ammi bagi tau aku yang esok aku dah boleh makan makanan yang Ammi beli kat Baby Expo tempoh hari dan bertanya aku nak makan yang mana satu dulu.

Betulkah Aadam dah boleh makan Ammi? Aadam tak kisah yang mana satu pun, janji dapat rasa something yang lain daripada susu. Tak sabarnya menanti hari esok…..

2 12 2010. Khamis
Jumpa doktor lagi....!

Dr. Wardah, Aadam nak ucap terima kasih kerana doktor Wardah lah
yang menyambut kelahiran aku. Terima kasih doc.
Ammi bercadang nak ambil EL hari ni sebab aku sakit tetapi memandangkan Ammi banyak sangat kerja nak disiapkan, Abba aje yang ambil EL untuk jaga aku. Tok suruh Abba pergi kerja dan Tok boleh jaga aku tetapi Abba tetap mahu cuti. Ammi meminta maaf kat aku sebab terpaksa pergi kerja sedangkan aku sakit. Taka pa Ammi, Aadam faham. Lagipun demam Aadam taklah teruk sangat.

Aku tak dihantar ke rumah Mama hari ni. Aku duduk dengan Tok semasa Abba pergi hantar Ammi ke pejabat.
Baju baru, cantik tak?

Selepas Abba balik, aku pun dibawa ke Klinik Wardah. Tok pun ikut sekali. Aku takut-takut kalau aku kena cucuk… tetapi on second thought, aku rasa aku lebih rela dicucuk daripada kena makan ubat. Kalau cucuk sakitnya sikit dan sekejap saja berbanding dengan makan ubat yang tak sedap tu…. Kena berulang kali makan.

Demam aku masih belum sembuh. Muka aku pun nampak sembab semacam je.

Tok meriba aku semasa di klinik. Abba kata muka aku
sangat sayu kerana demam. Korang kesian la kat aku.
Sampai di klinik, seperti biasa kami tunggu giliran. Sementara tengah tunggu giliran, datang beberapa orang kanak-kanak bermain dengan aku. Well ….. aku rasa para pembaca dah boleh teka apa yang aku nak cakap so tak payahlah aku teruskan kata-kata bongkak lagi bangga diri aku itu.

Bila sampai giliran aku, kami pun masuk. Seperti biasa Dr. Wardah ingat aku lagi. Agaknya aku belum cukup glamour kot sebab Dr. Wardah tak ingat-ingat rupa paras aku yang cute dan comel dan handsome lagi macho serta kacak ini. Terpaksalah Abba repeat cerita aku. Mujur ada akak misi seorang tu yang ingat aku.

Semasa di bilik doktor, Tok yang memang peramah mula bersembang-sembang dengan Dr. Wardah. Apa lagi, berjela-je;lalah cerita yang keluar dan habis keluar segala cerita asal-usul. Rupanya Dr. Wardah ni orang Kedah. La, awat tak habaq awai-awai. Abba pun mengambil kesempatan di atas keramahan Dr. Wardah untuk meminta kebenaran nak snap gambar nak masukkan ke dalam blog aku ni.
Orang sakit kena pakai plaster demam,
Aku rasa geli-geli sejuk benda tu.
Lupa pulak nak mintak MC kat doktor
tadi. His, pelupa pulak aku ni.

Dr. Wardah pula minta alamat blog aku, nak bacalah agaknya. Kalau doktor sedang baca, Aadam nak ucap terima kasih kat doktor atas kebaikan doktor. Doktor Wardah ni memang very sweet, cantik, baik …..bla bla bla. Errr… doktor,  dah Aadam puji-puji ni lain kali kalau Abba dan Ammi bawa Aadam, janganlah cucuk Aadam. Bagi ubat pun tak payah. Cakaplah kat Abba dan Ammi yang Aadam ni ok, sihat, tak payah makan ubat. Boleh kan, kan, kan, kannnnn. Emmahhh… Cayang doktor.
Hari ni Aadam nak berehat. Tolong
jangan ganggu tau.

Korang ni baca komik je, bacalah kamus ke, ada pekdah.
Mak Teh sedang sebok mengemas peti ais.
Selepas balik ke rumah, aku kenalah makan ubat … dipaksa dan terpaksa. Aku sememangnya tak larat nak bermain atau bersembang dan aku banyak relax saja hari ni.

Waktu aku disisihkan, waktu makan.
Petang ni Pak Ngah datang membawa anak-anaknya. Selepas makan minum, Pak Ngah balik tetapi anak-anaknya ditinggalkan di rumah kami.

Pak Su sedang tekun study, nak periksa ke Pak Su?
Memandangkan Abba tak kerja hari ni, Abba pergi jemput Ammi agak awal hari ni. Aku tinggal di rumah dengan Tok. Aku expect Abba dan Ammi akan balik awal sebab Abba pergi awal tetapi tunggu punya tunggu tak sampai sampai juga. Ni mesti Ammi tetiba ada kerja urgent.

Abba dan Ammi sampai ke rumah sekitar pukul 8 malam. Seperti yang dijangka, Ammi terpaksa stay back sebab ada kerja urgent untuk disiapkan.

Ammi sedang sebok bekerja walau dah
tengah malam. Kesian Ammi.
Ammi berulang kali meminta maaf dengan aku. Aku nampak air mata bergenang di mata Ammi. Kenapa Ammi sedih sangat aku pun tak tahu.

Aku masih tak larat dan tak berapa mahu sembang walaupun Ammi ajak aku bersembang. Malam ni aku tidur awal tetapi terjaga di tengah malam. Ammi ada di sebelah aku tetapi aku tak nampak Abba. Aku mula merengek dan kemudian aku menangis. Abba pun datang apabila terdengar suara tangisan aku. Abba dan Ammi cuba memujuk aku tetapi aku tak nak diam. Aku sebenarnya rasa tak sedap badan dan aku menangis sebab aku sakit.
Abang Izz sedang bermanja dengan Tok.

Abang Izz sedang control hensem.
Tak lama kemudian Tok pula datang tengok kenapa aku menangis. Abba bawa aku keluar dari bilik tetapi aku tetap tak mahu diam walaupun dipujuk Abba dan Tok. Ammi tak keluar bilik sebab Ammi dah tukar baju pakai baju tidur dan dah buka tudung Ammi.

Abba bawa aku masuk ke bilik semula. Aku diam sekejap dan kemudian menangis balik. Agak lama juga aku menangis sampai aku terlena.

1 12 2010. Rabu
Tok Wan dan Tok datang sempena kenduri anak Tok Ndak.

Tok Wan sekeluarga datang ke rumah.
Tok dan Tok Wan nak datang hari ni. Pukul berapa agaknya mereka sampai? Walau pukul berapa pun, aku rasa aku kena tunggu Abba dan Ammi datang ambil aku petang nanti baru aku boleh jumpa sebab Tok dan Tok Wan tak tahu rumah mama. Aku harap Abba datang awal hari ini.
Darwish nak datang, jadi aku kena belatih kembungkan pipi untuk lawan dia. Pephh, pepphhh!


Entah kenapa aku rasa macam tak sedap badan saja hari ni. Aku sakit ke? Ya Allah, aku ta mahu sakit. Nanti mesti kena pergi ke klinik. Tapi aku rasa confirm aku sakit sebab aku rasa lemah je dan tak larat. Tapi aku kena buat-buat cergas supaya Abba dan Ammi tak perasan jadi tak payahlah aku ke klinik.
Aku sedang melepaskan rindu pada Tok.
Aku 
Abba dan Ammi datang sekitar pukul 8.00 malam. Sebaik Ammi dukung aku, Ammi terus tanya, “Aadam ke bokhar hai ka? (Aadam demam ke?)” Macam mana Ammi tahu? Rasanya aku dah buat secergas mungkin. Peliknya… Ammi ni doktor  ke? Doktor pun kena pakai thermometer untuk tengok suhu badan tetapi Ammi automatic boleh tahu.

Tok Wan sedang bersantai menonton kartun.
Sesampai di rumah, Tok Wan sedang berada di luar rumah. Buat apa Tok Wan duduk di luar? Halau nyamuk ke? Agaknyalah sebab aku nampak ada api menyala-nyala di mulut Tok Wan. Kenapa Tok Wan pegang ubat nyamuk di mulut? Oh! Rupanya Tok Wan sedang hisap rokok. Tok Wan, janganlah hisap rokok. Merokok membahayakan kesihatan. Tok Wan kena jaga kesihatan Tok Wan. Kalau Tok Wan sakit, siapa yang susah? Tok Wan,Tok dan Abba juga yang susah.

Tok Wan terus datang dukung aku dan bawa aku masuk ke dalam rumah, di mana Tok pula menyambut aku. Riuh rendah mereka menyapa aku. Terasa glamour. Pak Teh dan Mak Teh pun ada. Pak Su dan Abang Izz ada juga tetapi aku tak nampak Makcik Zaira dan Makcik Siti Asmah. Darwish lagilah tak nampak. Atau …. Mungkinkah Darwish dah kurus sampai aku tak ternampak. Puas aku tinjau-tinjau tetapi memang sah Darwish tak ada. Aku rasa sedikit terkilan sebab aku amat berharap dapat berjumpa Darwish.

Selepas solat Maghrib, Abba keluar semula pergi beli lauk untuk makan malam dan beli lauk basah untuk Tok masak esok. Aku duduk dengan Tok Wan dan Tok sambil diperhatikan Ammi. Aku bersembang-sembang dengan Tok Wan tetapi Tok Wan tak faham. Tok Wan fikir aku nak minum susu dan suruh Ammi buat susu. Ammi bagi tahu Tok Wan yang aku sedang bersembang, bukannya menangis minta susu. Abba dan Ammi memang dah faham style aku bila nak minum susu dan bila nak puting, bila nak tidur dan bila nak tukar pampers, bila panas dan bila nak berborak.
Tok bersama Mak Teh sedang membaca blog aku.

Nampaknya Tok Wan tak percaya Ammi sebab selepas itu Tok Wan suruh Tok pula buat susu. Tok pula cakap kat Ammi yang aku lapar dan nak minum. Ammi pun bangun pergi buat susu walaupun sebenarnya Ammi tahu yang aku tak lapar.

Begitulah concernnya Tok Wan dan Tok fasal aku dan begitulah Ammi kesayanganku yang tak akan membantah apa yang orang cakap walaupun tahu benda tu tak betul. Agaknya fasal tulah Ammi kena bully kat office. Aadam besar esok tak nak jadi macam Ammi …. I will fight for my rights.

Aku sebenarnya tak berapa larat nak bersembang-sembang disebabkan demam tapi fasal excited sangat jumpa Tok Wan dan Tok, aku gagahkan diri untuk bersembang.
Ammi dan Pak Teh turut sama menyebok-nyebok.

Aku rasa Ammi dah terlupa yang aku demam sebab Ammi tak bagi tahu Abba pun. Kemudian Tok pula perasan yang aku demam dan baru Ammi teringat semula. La, Tok pun ada deria ke enam ke macam Ammi? As expected, aku kena pergi klinik esok.

Tak lama selepas itu aku pun tidur walaupun sebenarnya aku masih mahu spend masa dengan Tok Wan dan Tok. Apakan daya, badan aku dah tak larat sangat.