31 8 2011. Rabu
Ke Sungai Petani pulak
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua warganegara Malaysia. Semoga kemerdekaan ini berterusan dan semoga kita benar-benar merdeka, jasad dan minda. Janganlah fizikal saja yang merdeka tetapi fikiran masih dijajah.
Pagi-pagi lagi Abba dan Ammi dah sibuk packing barang-barang. Kami nak balik ke rumah dulu, kemudian ke rumah Khan Khalu, Alam Mamu dan Kalim Mamu sebelum bertolak ke rumah Nani. Banyaknya nak berjalan.
Pagi ni aku makan mihun yang Tok goreng. Sedap sampai aku makan banyak sangat. Ammi pun makan banyak kot, sebab selepas makan, Ammi terus muntah.
Masa kami nak keluar, Tok Wan dan Tok suruh aku tinggal di sana saja. Nanti Tok Wan hantar masa datang untuk open house kami, kata Tok Wan. Macam mana yek? Aadam nak pergi berayalah Tok Wan. Lepas tu nanti nak tolong Abba dan Ammi prepare untuk open house. Lain kali lah kot Aadam duduk sini, ok.
Kami balik ke rumah dulu. Sebaik sampai, Munni Khala call Ammi dan inform yang Munni Khala nak pergi ke rumah Kalim Mamu. Ammi cakap Ammi pun nak pergi. So we’ll meet there.
Kami sampai sekitar tengahari. Unpack baju kotor dan pack baju baru, Abba basuh kereta, bla bla, bla. Lepas solat Zohor, kami pergi ke rumah Khan Khalu. Munni Khala baru nak bertolak ke rumah Kalim Mamu dan apabila ternampak kami, she decided to wait for us.
Kami sekejap saja kat sini. Abba upload video dan gambar wedding Abdullah Bhaiya ke thumb drivenya, Abba dan Ammi makan kuih raya dan kami pun pergi ke rumah Kalim Mamu. On the way, Ammi try contact Alam Mamu dan Alam Mamu bagi tahu yang tahun ni dia beraya di Penang. So kami tak jadi pergi ke rumah Alam Mamu.
Semua orang sedang menunggu makanan dihidangkan. Aku pun. |
Lepas ni kita nak beraya rumah sapa pulak baiya? |
Bersama Kalim Mamu dan Aunty Lina. |
Ada macam-macam makanan di sini ….. mihun, nasi himpit, rendang, kuih-muih dan manisan orang Hindustan. Aku makan nasi himpit dan try barfi dan jelebi. Kalim Mamu yang suap manisan tu kat aku. Manisnya! Macam manalah Ammi dan yang lain-lain boleh makan? Aku pun tak faham.
Selepas makan, Aunty Lina bawa aku tengok arnabnya. Comel ….. macam aku. He! He! He! Rasanya dah lama aku tak masuk bakul angkat sendiri. Kemudian kami bergambar pula.
Dari sini, kami pergi ke Sg Petani. On the way, aku rasa lapar sangat dan makan waffle. Lama betul kami dalam perjalanan. Penatnyeee… Sampai di Juru, jalan jam pulak. Penatnya.
Akhirnya kami sampai hampir jam 11 p.m. Kami sampai serentak dengan Azizullah Nana. Nani, Shahid Mamu, Farzana Momani keluar menyambut kami. Kemudian kami lepak di ruang tamu sambil bersembang. Israr Mamu sekeluarga taka da – balik kampong Farhana Momani. Nani cakap, esok dia orang balik ke sini. Zarina Khala pun taka da. Sepatutnya dia balik malam ni. Tak pasti pula pukul berapa nak sampai.
Entah kenapa, aku jadi perhatian semua orang dan semua orang ketawa melihat gelagat aku. Aku tak rasa pun aku ni kelakar.
Makan malam dihidangkan. Selepas makan, semua orang berborak semula. Kemudian Azizullah Nana balik. Ammi masih duduk bersembang tetapi Abba dan aku masuk tidur dulu.
30 8 2011. Selasa
Selamat Hari Raya
Aadam nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Di kesempatan ini, Aadam menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersalah dan tersilap, terkasar bahasa, terlanjur kata, terkhilaf bicara. Maafkan Aadam ye. Segala makan minum Aadam minta dihalalkan ok. Doa Aadam semoga kita semua mendapat keberkatan Ilahi di hari baik ini dan semoga silatur rahim kian erat.
Nyum! nyum! nyum! |
Kira burung dipagi raya dengan makcik Hasmah. |
Tak cukup kuih raya aku bedal mainan ni jugak. Lapar gila. |
Lepas makan, masing-masing pergi mandi dan bersiap-siap dan kemudian duduk kat atas. Tok telefon Nenek Moyang nak ucapkan selamat hari raya. Entah apa yang mereka bersembang dan tetiba je Tok mulai menangis. Ammi yang duduk sebelah Tok jadi panic. Mujur Abba dan Pak Ngah dah balik dari masjid. Mereka datang pujuk Tok. Tok cakap, Nenek Moyang kecil hati dengan Tok sebab Tok tak balik kampung memandangkan ini kali pertama Nenek Moyang beraya tanpa Tok Moyang. Adik-baradik Tok yang lain semuanya balik.
Mana songkok aku? Sebenarnya hilang secara misteri. |
Gambar kenangan dipagi raya. |
Entahlah, aku tak nak masuk campurlah hal orang dewasa ni. Cuma aku berpendapat bahawa sebelum kita mengambil sebarang keputusan, seeloknya kita meletakkan diri kita di tempat orang lain dan cuba selami perasaan orang tu. Contohnya, letakkan diri di tempat Nenek Moyang dan cuba fikir kalau kita berada dalam situasi itu, apa yang kita expect daripada anak cucu. Kemudian letakkan pula diri di tempat Tok dan berfikir apakah yang akan kita lakukan jika berada di tampat Tok. Adakah tindakan Tok dengan tidak balik kampung itu wajar? Adakah tindakan Nenek Moyang berkecil hati dengan Tok itu wajar? Tepuk dada, Tanya selera.
Semasa memujuk Tok, Abba ada cakap kat Tok yang sepatutnya Tok balik ke kampung. Barulah Tok bagi tahu alasan sebenar Tok tak balik adalah sebab Pak Njang, Mak Andak dan Mak Teh nak balik beraya ke sini nanti. Ammi menyampuk dan kata, “Fasal Mak ada kat sini. Kalau Mak balik Perak, mesti dia orang pun balik Perak. Yang penting, dapat berjumpa dengan mak dan Abah, bukan di mana mereka jumpa”. Abba ajak Tok balik ke Perak esok dan Tok setuju. Tok pun telefon Pak Njang, Mak Andak dan Mak Teh bagi tahu suruh balik ke Perak dan mereka ok aja. Alhamdulillah, selesai satu masalah.
Rumah Tok. Tenang dan damai... |
Aku rimas bila kena pakai songkok. Tapi Abba paksa jugak. |
Aku ada idea. Aku nak sorok songkok ni...! |
Pak Ngah dengan anak-anaknya. |
Anak-anak Tok Cik Ilah(jiran sebelah rumah Tok) datang beraya. |
Buat pengetahuan korang baju raya ni Tok yang jahitkan. Cantik kan? |
Smile lagi.... |
Mak Lang sekeluarga. |
Pak Lang sedang melakukan aktiviti sihat.... |
Siap! Sekarang kita pergi beraya ke rumah Tok Ilah pula. Tetiba Abang Iwan bising. Awat pulak? Kasut Iwan hilangggg…. Kasut baru tu, kasut mahal. Iwan letak sini saja. Mana pergi? Melilau semua orang cari kasut Abang Iwan. Carilah, untung-untung berjumpa songkok aku. Cari punya cari, tak berjumpa pun. Aku nampak Abang Iwan macam nak menangis saja. Ceh! Nampak saja brutal, kasut hilang pun nak nangis.
Tiba-tiba Tok teringat sesuatu. “Cuba tengok dalam kereta,” kata Tok. “Tak ada. Iwan letak sini tadi,” kata Abang Iwan. Mak Lang pergi cari dalam kereta dan memang sah, Tok telah berjaya menyelesaikan Misteri Kasut Iwan yang Hilang. Macam Sherlock Holmes lah Tok ni. Tok cakap Tok teringat Abang Iwan bawa kasut tu ke kereta semasa nak ke masjid untuk tukar dengan selipar. Sebab tulah Tok syak kasut tu ada dalam kereta.
Kami pun pergi ke rumah Tok Ilah. Ada baby di sana. Ibu Tok Ilah pun ada di sana. Moyang tu cakap aku buas. Tok bagi tahu yang Darwish lagi buas, siap tarik lesung batu dan hempap dekat kepala Mak Andak. Ya Allah! Aku tak tahu pun cerita ni Darwish. Awatlah hang ni. Nasib baik kepala mak hang tak pecah. Ish! Bahaya betoilah budak ni. Jadi memang ada sebablah aku lari ketakutan bila ternampak Darwish itu hari. (Aku saja je practice cakap utara sebab esok nak balik ke sana).
Balik dari rumah Tok Ilah, aku tidur dan bangun hampir senja. Abba sedang tidur juga. Ammi bawa aku ke dapur dan Makcik Zaira bagi aku minum susu. Kemudian Tok Wan pula datang sambung bagi aku susu.
Bila Abba bangun, Abba bagi tahu yang Tok tak jadi balik ke Perak pula sebab Tok Wan tak nak balik. Dah pula. Mujur tak bagi tahu Nenek Moyang, kalau tak, merajuk lagi Nenek Moyang nanti.
Malam ni Abba sibuk buat video kenduri kahwin Abdullah Bhaiya. Esok kami nak singgah di sana. Jadi bolehlah bagi kat dia. Aku turut menyibuk nak “tolong”. Selepas penat menyibuk, aku masuk tidur. Kena tidur awal, esok nak berjalan jauh.
29 8 2011. Isnin
Kalau semalam aku tolong buat kelongsong ketupat, hari ni aku tolong “buat” ketupat pula. Semua orang sibuk especially Tok dan Tok Wan. Abba dan Pak Ngah pun datang tolong. Cuma Pakcik Jai tak kelihatan.
Aku sedang memerhatikan keindahan fauna sambil Abba mendayung bot. |
Abba bagi aku cuba mendayung bot. Tak bergerak pun.... |
Pak Cik Jai dan Pa Su pun cuba mengetest. |
Alamak aku termakan buih sabun. |
Mak Lang datang petang ni. Tahun ni giliran beraya di sini pula. Yang lain-lain tak balik, beraya di rumah mentua masing-masing.
Ammi tekun isi ketupat samapai lupa nak buat susu aku... |
Hemm wanginya kuah kacang tok masak. |
Sup tulang yang sedang direbus oleh Tok Wan. |
Acara gotong royong mengisi pulut dalam ketupat. |
Ammi pun tolong jugak. |
Aku pulak menyepahkan rumah dengan kak Nia. |
Lakonan berkesan Pak Ngah memasukkan pulut dalam kelongsong ketupat. |
28 8 2011. Ahad
Balik Pahang- Ketupat raya
Ikut rancangan asal, kami sepatutnya bertolak awal, selepas solat Subuh sebab nak mengelak jam tetapi entah macam mana, terlewat walaupun Abba dan Ammi tak tidur selepas sahur. Mujur jalan tak jam langsung dan kami sampai sebelum tengahari.
Sedapnya susu ni.... |
Bila dah siap pam aku jadi QC untuk semak boleh lulus untuk pelayaran ke tak. |
Alamak, macamana nak keluar dari bot ni....? |
Sedang menjadi pemerhati Pak Su pam bot udara yang abba baru beli. |
Sampai di pekan, Abba singgah ambil ubat aku di klinik. Sebenarnya Ammi nak ambil kat KL tadi tetapi Abba cakap tak perlu. On the way, Ammi brain wash Abba. Ammi cakap nak raya ni nanti klinik tutup dan kalau aku sakit sangat, yak boleh nak ambil ubat dah. Bla bla bla…. Abba terpengaruh dengan cakap Ammi dan terus singgah ambil ubat aku.
Lama juga kami tunggu giliran. Ni mesti semua orang berfikiran seperti Ammi dan nak sediakan paying sebelum hujan (ataupun pepatah baru, sediakan ubat sebelum raya).
Di sini aku berjumpa Dr. Muhammad Ali (bukan peninju terkenal tut au). Sebaik doktor letak statescope kat aku, siren aku bermula. Doktor cuba pujuk aku dan meletakkan statescope tu kat Abba supaya aku rasa selamat dan tak takut. Ekeleh, Aadam dah biasa sangatlah dengan taktik doktor ni. Cubalah cari idea baru. Selepas ambil ubat, kami ke rumah Tok Wan.
Acara mengayam ketupat. Ammi sangat berbakat acara ni. |
Aku menunjukkan bakat.... mengyepahkan. |
Oh! Lupa nak cakap, tadi Abba dah bagi hadiah harijadi yang Abba dan Ammi belikan untuk Darwish tu. Dia suka kot sebab terus dia panjat-panjat dan akhirnya terjatuh dari atas motor tu. Ingatkan dah serik tetapi tak juga.
Selepas bot siap dipam, Abba masukkan aku ke dalamnya. Aku takut-takut tetapi beranikan diri, duduk sekejap. Kemudian aku boring sebab duduk atas darat saja dan aku pun turun. Abba cakap petang nanti kita naik di kolam ikan Tok Wan.
Petang tu aku tidur dan bila bangun, Pak Ngah dah sampai. Mak Andak nak balik ke Cini hari ni tetapi aku tak pasti pukul berapa. Agaknya selepas berbuka nanti kot. Hmmm… Bila nak naik bot ni? Tunggu punya tunggu, tak ada pun. Kemudian aku dapat tahu yang rancangan tersebut dibatalkan sebab Abba pun tertidur petang tadi dan bila bangun dah nak senja. Esoklah kot.
Aku makan sup gearbox Tok Wan yang menjadi pujaan semua adik-beradik Abba. Emmm… Sedap. Patutlah semua adik-beradik Abba tertunggu-tunggu Hari Raya, nak makan sup Tok Wan.
Selepas berbuka, Darwish balik ke rumah Tok Wannya. Mak Andak sempat hulur duit raya sebelum balik.
Malam ni aku “tolong” Tok, Ammi, Makcik Zaira dan Makcik Asmah buat kelongsong ketupat palas dan ketupat nasi. Biasanya Tok tak buat ketupat nasi tetapi disebabkan tahun ni tak ada lemang, Tok buatlah ketupat nasi.
Semasa tengah sibuk buat kelongsong, aku terdengar Tok bertanya Makcik Zaira, “Bila nak hantar sirih?” dan Makcik Zaira cakap, “Entah, dia kata lepas raya ni nak masuk meminang, terus nak nikah”. Jeng, jeng jeng …. Siapalah yang nak menikah ni? Suspennya ….. Tunggu …….. Episod akan datang.
“Ammi, jomlah tidur. Aadam dah penatlah buat ketupat ni”. Akhirnya kami pun masuk tidur.
27 8 2011. Sabtu
Abba sambung cat pagar rumah dan tembok luar sebab dah berkarat dan berkulat. Semuanya warna hijau. Dulu berwarna putih. Agaknya nak matching dengan cat dinding luar yang berwarna ½ apple green dan ½ pale green kot. Tembok luar tu Abba cat warna hijau kelabu dan pagarnya pale green. Ammi suka warna tembok tu tetapi warna pagar Ammi tak suka. Ammi senyap-senyap bisik kat aku tetapi tak cakap kat Abba sebab nanti Abba kecik hati pula.
Sesekali ambil angin depan rumah bahagia jiwa... |
Di ruang makan pula, sebelah dindingnya dibuat kotak-kotak beraneka saiz dan dicat striking orange, light orange, chrome yellow dan light yellow. Walaupun warna striking orange tu terlalu pekat, tetapi ianya dilembutkan oleh warna-warna lain.
Bilik tidur tetamu pula berwarna biru dan silingnya dicat navy blue, dipasang lampu lip lap. Bila semua lampu bilik dipadam dan lampu lip lap dibuka, kelihatan seolah sedang baring di bawah langit terbentang luas yang ditaburi bintang.
Bilik air belakang berwarna merah putih dengan barang-barang perhiasan berwarna merah diletakkan di dalamnya. Cabinet dapur berwarna hitam putih (ni aku rasa mesti idea Ammi sebab Ammi suka sangat warna hitam) dan dindingnya berwarna putih sementara siling dan lantai berwarna brown. Silingnya plaster siling yang dibuat corak-corak. Abba buat sendiri. Plaster siling berbentuk kubah masjid di bilik tidur tetamu pun Abba buat sendiri.
Library cum bilik kerja Abba (tetapi Abba tak pernah guna pun bilik tu untuk buat kerja) cum bilik store berwarna pink (Ammi cakap cat ni tersilap beli dulu) sementara silingnya berwarna maroon dan pink.
Kalau ada ruang yang simple di rumah kami ialah ruang tamu ke 2 dan bilik tidur utama saja. Tempat lain semuanya dihias dan dicat beraneka macam namun tak keterlaluan (except for the guest room).
Eh! Meleret-leret pula aku bercerita fasal rumah aku. Sorry!
Hari ni kami pergi ke rumah Khan Khalu untuk berbuka puasa. Sesampai di sana, Abba dan Ammi duduk berborak dengan Sinara Khala, Abdullah Bhaiya dan Kak Anis. Kemudian Ammi ikut Sinara Khala ke dapur duduk berborak dengan Sinara Khala dan Mashkoora Khala. Abba masih di ruang makan. Kemudian aku sudah dibawa ke depan oleh Siti Baji dan Aini Baji suap aku makan mihun. Aku Nampak ada capati dan kari ayam tapi aku hanya makan mihun saja.
Selepas solat Maghrib, kami pun balik. On the way nak keluar rumah, Rehana Khala sampai. Ammi bersembang sekejap dengan Rehana Khala dan mengajaknya ke open house kami nanti dan kami pun balik.
Aku kepenatan dan tidur awal tetapi aku rasa Abba dan Ammi tidur lewat kot sebab aku dengar Ammi cakap Ammi nak packing barang-barang untuk balik kampung esok.
23 8 2011 – 26 8 2011. Selasa - Jumaat
Kad raya Abba buat sendiri. |
Ada gambo aku, korang ada? |
Remote ini Aadam yang punya... heh heh |
Sedang menonton Baby tv. |
22 8 2011. Isnin
Abba kata ada suis untuk kasi motor ni jadi Megatron... |
21 8 2011. Ahad
Happy Birthday to Darwish. Ngko pun dah setahun hari ni. Sempena harijadi ngko, aku nak nyanyikan satu lagu best punya, especially dedicated to you. Kau dengar ye:
Happy Birthday to you;
You were born in the zoo,
Minum susu lembu,
Makan ubi kayu.
Ubi kayu sedap,
Engkau makan lahap,
Lepas tu tak reti dok senyap,
Nanti Mak Andak babab.
Best tak lagu aku Darwish? Kau suka tak? Aku yakin kau suka. He! He!
Selamat harijadi buat Darwish. Semoga Allah memberikan rahmat dan keberkatan Nya ke atas enggkau dan semoga kau menjadi anak yang baik dan soleh. Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki. Amin.
Abba sibuk sangat hari ni. Semasa aku bangun, Abba sedang berada di luar. Ammi cakap Abba sedang menanam rumput. Hmmm… dah tanam dah pun. Abba tunggulah sebulan, dua. Nanti rumput tu naik sendiri. Buat apalah nak bazir duit beli rumput dan bazir masa menanam rumput. Kan lebih baik masa tu Abba gunakan untuk bermain dengan Aadam ke, bawa Aadam berjalan-jala ke, tengok bird ke …. Banyak lagi benda-benda bermanfaat boleh dibuat.
Selepas aku breakfast dengan roti Sedap dan susu, Ammi bawa aku ke depan, berdiri kat grille sambil tengok Abba buat kerja.
Lepas aku mandi, Abba hilang lagi dan Ammi cakap Abba pergi beli cat. Aku nak tengok Abba cat tetapi aku tertidur.Aku tidur sekejap saja. Bila aku bangun, aku makan nasi goreng yang digoreng khas untuk aku. Sedapppp Rugi korang tak dapat rasa.
20 8 2011. Sabtu
Hari ni aku dikejutkan dari tidur oleh Abba dan Ammi cakap kami nak keluar. Ni mesti nak pergi ke pusara arwah Nani.
Kami ke rumah Khan Khalu dan aku ditinggalkan bersama Sinara Khala sementara Abba dan Ammi pergi ke pusara arwah Nani. Abba dan Ammi senyap-senyap keluar tanpa aku sedari. Aku sedang tengok kereta dan motor lalu-lalang atas flyover berdekatan rumah Khan Khalu semasa Abba dan Ammi keluar. Tak aci betul.
Sinara Khala sedang menjahit baju raya. Aku takut dengar bunyi mesin jahit Sinara Khala lalu menangis. Sinara Khala berhenti menjahit dan ketawakan aku sebab aku penakut sangat.
Lama juga Abba dan Ammi pergi. Bila balik, Ammi bersembang-sembang dengan Sinara Khala dan Mashkoora Khala. Ammi bagi tahu Sinara Khala yang sepatutnya Ammi pergi hospital untuk scan tapi dah tak sempat.
Semasa kami nak balik ke rumah, Munni Khala sampai. Aku sempat jumpa sekejap saja dengan Munni Khala dan yang lain. Kemudian kami balik.
On the way balik, aku seperti biasa, tertidur atas riba Ammi. Aku terjaga bila terdengar suara seseorang. Entah siapa. Aku pasang telinga dan dapat tahu yang orang tu adalah pekerja nursery tempat Abba beli tanaman. Abba pergi beli rumput. Rumput? Nak buat apa? Selalu orang cabut rumput dan buang. Ni Abba nak beli rumput dan tanam pula. Issh! Pelik betullah.
Aku tidur lama sangat, dari petang sampai ke waktu Maghrib. Penat sangat hari ni.
Selepas solat Terawih, Abba sibuk buat kad raya cum jemputan ke rumah terbuka. Aku bermain sambil diperhati Ammi. Kemudian Ammi pergi tolong Abba dan aku pun menyibuk nak tengok so Abba dudukkan aku di dalam kerusi aku dan aku menjadi good boy, memerhati tanpa mengganggu. Aku nak belajar. Esok nanti bila aku dah sekolah, senanglah aku nak buat sendiri.
Aku dah mengantuk semula dan Ammi tidurkan aku.
19 8 2011. Jumaat
Aku minum air kelapa hari ni. Not my first time.
Hari ni taklah mengantuk sangat. Aku bermain sekejap sebelum tidur.
Semasa aku lepak bersama Ammi, Ammi bagi tahu yang esok Abba dan Ammi nak pergi ke pusara arwah Nani. Aadam ikut Ammi boleh? Ammi tak bagi aku ikut fasal aku kecik lagi. Ammi cakap nanti bila Aadam dah besar, Aadam pergi ok.
18 8 2011. Khamis
Fesyen terbaru, baju lut sinar. |
Acah je, baju semua basah lagi le... |
Amacam? Salman Khan ada macam aku tak? |
17 8 2011. Rabu
Abba dan Ammi datang lewat sangat hari ni. Mungkin ada kerja urgent nak disiapkan kot.
Aku makan kuih bakar lagi. Entah kenapa aku rasa mengantuk sesangat hari ni. Aku tertidur semasa Abba dan Ammi sedang solat
16 8 2011. Selasa
Ammi tak sihat hari ni jadi Ammi tak pergi kerja. Aku tetap ke rumah Mama sebab Ammi tak sihat. Biarlah Ammi berehat.
Abba jemput aku awal hari ni. Balik ke rumah aku nampak Ammi sedang buat kerja office. La! Kan Ammi sakit. Kenapa Ammi buat kerja office? Abba bawa Ammi ke klinik. Ammi cakap hari ni sepanjang hari Ammi buat kerja walaupun Ammi tak pergi office. Kesian Ammi. Orang-orang kat pejabat Ammi memang tak berhati perut. Sakit-sakit pun Ammi kena buat kerja. Sia-sia aje Ammi mc hari ni.
Selepas solat Maghrib, kami ke klinik ambil ubat Ammi. Aku harap Ammi akan cepat sembuh.
15 8 2011. Isnin
Ini helikopter aku, habis minyak kerana puasa. |
Senyuman termanis pernah aku ukirkan. |
Pose Shah Rukh Khan ni payah nak buat. |
Aku sedang belatih berjalan. |
Majalah Maskulin nak beli pose ni dengan harga ehem! ehem!, tapi aku tak mau jual... |
14 8 2011. Ahad
Aku kena cucuk hari ni. Jumpa Dr. Abdul Halim. Aku sebenarnya takut nak jumpa doctor ni … masih aku teringat dan masih aku terasa peristiwa kena masuk drip semasa masuk hospital dulu. Aku dah phobia dengan doktor dan peralatan klinik dan hospital.
Wajah-wajah dan gaya terkini aku. |
Kemudian bila Abba baringkan aku ke atas katil untuk dicucuk, aku terus melalak ketakutan. Akhirnya, doktor terpaksa cucuk aku sambil didukung oleh Abba. Itupun aku menangis kuat-kuat.
Memang tak ikhlas nak letakkan gambar ni. Terpaksa... |
Kemudian kami pergi ke Tesco sebab Ammi nak beli barang sikit. Aku tertidur atas riba Ammi.
Hari ni aku makan bubur nasi dengan sardin tetapi aku tak suka.
13 8 2011. Sabtu
Shopping kat Nilai 3
Shopping kat Nilai 3
Bangun pagi-pagi, kami ke Nilai sebab Abba nak beli ayat-ayat Quran yang diframekan. Ammi pula nak beli tudung, hadiah harijadi Munni Khala dan Darwish.
Aku sedang menonton tv. |
Pakai lawa-lawa ni nak pi shopping la. |
Lama juga kami ronda kat sini sampai aku tertidur. Aku terjaga semasa Ammi turun kat satu kedai yang jual carpet dan ayat Quran. Tuan kedai ni orang Pakistan so Ammi cakaplah Hindustan dengan dia. Tak rugi woh. Siap dapat diskaun banyak-banyak. Nanti aku pun nak belajar cakap Hindustan. Nanti bila besar dan nak beli barang, boleh dapat diskaun.
Aku duduk atas timbunan carpet. Seronok merangkak ke sana sini di atasnya.
Balik dari sana, Abba pergi bazar Ramadhan. Aku menangis nak ikut tetapi Abba tak bawa aku sebab hujan.
Sesampai di rumah, aku kepenatan dan terus tidur. Sebelum tidur, aku sempat makan donut. Aku bangun semula semasa Abba dan Ammi nak tidur. Aku makan bubur nasi dan kuih karipap dan tidur semula.
12 8 2011. Jumaat
Ambil gambar untuk kad raya
Ambil gambar untuk kad raya
Pagi ni Abba dan Ammi train aku salam lagi dan aku dah belajar macam mana nak salam. Raya nanti bolehlah aku bersalam-salaman dengan semua orang.
Hari ni kami nak berbuka di rumah Munni Khala. Aku fikir Abba dan Ammi akan datang awal tetapi lewat juga. Hampir-hampir Maghrib baru sampai.
Mama bagi tahu Abba yang aku dah boleh jalan jauh-jauh tanpa berpegang dan minta Abba belikan kasut yang ada bunyi untuk aku. Abba cakap aku dah ada kasut tu.
Abba dan Ammi berbuka dalam kereta. Aku makan buah kurma hari ni. Sedap. Kemudian aku makan makanan ringan ala-ala Chickadees tetapi yang ini rasanya pedas sampaikan aku tersiul semasa menghembus-hembus nak hilangkan kepedasan. Ammi berkali-kali cakap kat Abba agar jangan biasakan aku makan benda-benda ni sebab tak elok.
Bhaiya sedang membuli aku... |
Selepas tu kami bergambar untuk kad raya. Aku pakai baju Melayu sepasang dengan samping dan songkok. Punyalah penat aku berposing. Masalahnya Abba tak puas hati dengan gambar yang Noor Bhaiya snap. Abba cakap, “Tangkap gambar orang, bukan dinding, langsir dan sofa”. Lama-lama aku dah boring dan mula menangis. Barulah sessi fotografi itu ditamatkan.
Balik dari sana aku kepenatan dan terus tertidur.
11 8 2011. Khamis
Betullah cakap Ammi. Abba dan Ammi lewat lagi tapi tak selewat semalam. Seelok bang, Abba dan Ammi sampai.
Hari ni Abba suap aku makan telur masin dan aku luah balik. Masin giler…
10 8 2011. Rabu
Abba dan Ammi lambat balik hari ni. Dah bang Maghrib baru sampai.
Bulan puasa ni cerita aku banyak berkisar kepada makanan sebab macam-macam makanan yang aku try pada bulan Ramadhan ni.
Hari ni aku rasa tepung bungkus durian pula. Memandangkan aku tak berapa gemar durian, so kuih ni pun aku tak makanlah. Lepas tu Abba suap aku makan beriani dengan kari ayam. Sedapppp….
Ammi bagi tahu aku yang esok Ammi ada appointment kat hospital so mungkin Abba dan Ammi akan lewat lagi.
9 8 2011. Selasa
Aku makan kastard jagung hari ni tetapi tak berapa suka. Ammi cakap kuih-kuih lain yang Abba beli pun tak sedap. Mungkin orang ni tak pandai buat kuih kot. Ammi siap pesan kat Abba supaya lain kali jangan beli kat orang ni lagi.
8 8 2011. Isnin
Pagi sebelum ke rumah Mama, Ammi kasi aku minum susu dulu... |
Sebelum tidur tengok tv dulu... |
Pastu minum susu... pergh! |
Boboi pun kena timang bila dia nak tidur. Ngengada... |
Aku dan Abba lepak kira burung lalu lalang kat depan rumah. |
7 8 2011. Ahad
Pagi ni aku lepak kat buaian dengan Munni Khala dan Ammi (aku dok dalam buaian, Munni Khala dan Ammi duduk kat kerusi). Lepas tu Abba ajak kami duduk kat luar rumah. Aku dibiarkan merangkak kat halaman rumah sebab ada carpet yang dibentang semalam. Kalau nak accommodate semua orang dalam rumah, memang sesaklah sebab rumah kami taklah sebesar mana.
Lepak depan rumah, tunggu upacara membuka hadiah. |
Aku perhatikan khala sedang menyusun hadiah untuk aku buka. |
Sempat lagi main dengan belon-belon semalam. |
Wah! piano macam dalam hp Abba. |
Ada lagi ke hadiah yang lain? |
Antara kad-kad ucapan aku dapat. |
Lelong-lelong murah murah... |
Inilah antara hadiah harijadi aku yang pertama... |
Ini hadiah dari Mama. Terima kasih.... |
6 8 2011. Sabtu
Majlis Harijadi aku yang meriah...
Majlis Harijadi aku yang meriah...
Aku bangun awal hari ni – belum pukul 7.00 lagi aku dah bangun. Bangun-bangun tengok, Abba dan Ammi dua-dua tak ade kat sebelah aku. Aku pun bunyikan siren. Terus Abba datang tengok aku. Abba bawa aku ke ruang tamu.
Rupa paras backdrop dari mula sehingga siap. Hemm bolehlah kan? |
Orang dah nak datang, deko aku masih belum siap ni. Nasib baik ada baji dan bhaiya tolong. |
Sedara mara dah tiba. Ramai yang mengetes Mini Cooper aku tu... |
Baik-baik Darwish, calar keta aku tu nanti....! |
Bro yang kat tengah tu sedang beryoga menenangkan diri menanti kek. |
Sehingga Darwish pun tunjuk perasaan secara ganas la... |
Keluarga Mama pun datang. Terima Kasih Mama dan kakak..... |
Keluarga Zarina Khala pun datang... Terima kasih ye... |
Aku sedang mendapat ucapan tahniah. |
Bro, gua dah dewasa bro, gua tak hisap lagi puting bro....gua hisap jari je untuk hilangkan gian bro... |
Aku, Abba dan Ammi... |
Gua No. 1 bro... Kalau dah rupa paras kek aku ni camgini punya hensem patut sangat lah semua orang tak sabar suruh aku potong kek. |
Akhirnya aku memotong kek itu dengan penuh bergaya sekali.... |
Sila sila jemput makan kek tu aku yang bu... tak buat, Abba beli je.... |
Selepas kau siap suapkan aku makan aku mahu kau basuh lampin pakai buang aku wahai dayangku.... |
Bro, lu kecohlah bro, gua baru nak bermanja-manja dengan dayang gua... |
Mammu sedang menangis teresak-esak kerana kek dah khatam! |
Purveen Momani dan Baji Amirah sangat teruja dapat bergambar dengan backdrop aku.... |
Dua minggu lagi majlis ko pulak Darwish, jemput aku ye... |
Lepas buka puasa, aku potong kek. Seronok sungguh. Malangnya kek aku tak habis pun. Ramai yang cakap kek tu tak sedap. Hmmph! Cantik mata memandang saja, rasanya tak seberapa pun. Sia-sia saja Abba beli mahal-mahal.
Selepas semua orang balik, kami (Abba, Ammi, Munni Khala sekeluarga dan aku) lepak di ruang tamu. Kemudian Zarina Khala pula dating. Nasi tomato dah habis. Tinggal nasi goreng dan mee kari saja. Aku dah penat sangat dan belum sempat Zarina Khala balik, aku dah tidur.
Oh! Lupa nak cakap…. Terima kasih semua yang sudi memeriahkan majlis berbuka puasa dan sambutan hari jadi Aadam. Terima kasih juga kepada semua yang susah payah bawa hadiah dan duit. Semoga Allah memberkati anda semua. Amin.
5 8 2011. Jumaat
Harijadi aku takde kek, aku makan kaki je lah. Sedap jugak. |
Backdrop yang Abba sedang sediakan untuk majlis hari jadi aku. Buruknye... |
Barang-barang dari stor Abba punggah untuk majlis nanti. |
Abba bawa turun kerusi meja dan barang-barang untuk setup majlis harijadi aku nanti. Kesian Abba kena buat sorang-sorang. Aku nak tolong tapi Abba kata tak payahlah, suruh aku tengok tv je. Mesti pasal aku kecik lagilah tu. Tak pe nanti bila Aadam dah besar Aadam tolong Abba ok?
4 8 2011. Khamis
Happy Birthday to me....
Happy Birthday to me....
Allah selamatkan aku. Allah selamatkan aku. Allah selamatkan Aadam Mika’il. Allah selamatkan aku. Alhamdulillah, genap setahun usia aku hari ini. Dalam masa setahun ini, banyak sudah aku belajar dan lalui. Banyak perubahan pada diri aku. Banyak orang aku dah jumpa dan banyak tempay aku dah lawat. It has been a meaningful year. Ada suka, ada duka. Ada pahit, ada manis. Itu adalah lumrah kehidupan.
Aduh! sakit kaki Aadam, terjatuh gedebuk. |
Dalam masa setahun ni aku dah makin besar, makin berat, dah boleh baring mengiring, tertiarap, mengesot, merangkak, duduk, berdiri, berjalan beberapa tapak, bercakap beberapa patah perkataan, makan macam-macam, mengajuk orang dan macam-macam lagi. Oklah tu.
Pagi-pagi lagi Ammi wish aku. Abba being Abba, tak banyak cakap dan tak wish aku tetapi aku tahu Abba doakan aku dalam diam.
Aku berjalan tanpa berpegang apa-apa tapi taklah jauh sangat tapi lebih jauh dari biasa. Mungkin seminggu dua lagi aku dah boleh berjalan, Insya Allah.
Abba dan Ammi balik lagi lewat dari biasa. Ammi bagi tahu yang Mak Andak ada kirim sms ucap Selamat Hari Jadi kat aku. Munni Khala dan Isha Baji ada call nak cakap dengan aku tetapi sebab Ammi belum balik lagi, tak dapatlah cakap dengan aku. Terima kasih Mak Andak, Munni Khala dan Isha Baji. I love you all.
3 8 2011. Rabu
Tak paham aku apasal beberapa hari ni aku tak pakai baju. Tanya Ammi. |
Gambar belakang aku memang kurang. Hah inilah rupanya. |
Penat main laparlah pulak. |
Nasib baik sepender ni sentiasa ada, kalau tidak.... |
2 8 2011. Selasa
ha ha hah ha....seronoknye... |
Teknik main golongsor aku. Naik ikut sini turun ikut tangga. |
Penat main, malam tengok tv... |
1 8 2011. Isnin
Puasa...
Puasa...
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua umat Islam. Aadam ada satu pantun untuk semua:
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu;
Selamat berpuasa, selamat beribadat,
Semoga lebih baik dari tahun lalu.
Memandangkan bulan puasa ni Abba dan Ammi dibenarkan balik lebih awal dari biasa, Abba dan Ammi menjemput aku agak awal berbanding selalu.
Juga memandangkan bulan Ramadhan juga merupakan bulan pesta makanan untuk ramai orang, aku expect sepanjang bulan ni aku dapat try makanan-makanan yang baru. Walaupun Abba dan Ammi bukan jenis yang beli lauk dan kuih penuh satu meja untuk berbuka dan akhirnya membazir makanan tu, tetapi biasanya Abba dan Ammi akan beli sejenis dua kuih setakat yang boleh dimakan. Tahun ni mungkin kena beli kuih lebih sikitlah untuk aku.
boleh nampak KLCC. |
Malam ni aku main buaian dan gelongsor aku. Aku dah boleh naik tangga gelongsor dengan sendiri tapi tak reti turun. Seronok sungguh.
Rumah alat mainan aku... |
Ammi bagi tahu yang Ammi dah call Makcik Ani untuk catering makanan sempena sambutan hari jadi aku dan jamuan berbuka puasa pada Sabtu nanti. Oklah tu – 2 in 1. Tapi …. nanti semua orang dah kenyang berbuka, siapa nak makan kek harijadi aku? Hmmm…. Biar aku dan Darwish habiskan kek out. He! He! He!
Seronoknya. Tak sabar nak tunggu hari Sabtu.