Sabtu 14 April 2012
Jumaat 13 April 2012
Khamis 12 April 2012
1 Tahun 8 Bulan 9 Hari
Malam ini lepak dalam bilik main -main mainan aku. Aku punya hobi korang nak tau tak? Masukkan brang mainan dalam lubang-lubang radio. Buka tempat keset radio dan masukkan mainan. Kononnya simpanlah. Sampai kadang kala tak masuk akal barang yang aku simpan tu. Tengoklah botol bedak pun aku masukkan. Aku juga suka sorok dalam spiker radio. Belubanglah spiker tu. Kadang-kadang abba marah juga aku. Selalunya dia tak perasan aku sorok banyak benda dalam tu.
Rabu 11 April 2012
1 Tahun 8 Bulan 8 Hari
Hari ini aku berkesempatan untuk berkebun. Duduk dengan abba di luar rumah dan siram bunga. Macam bomba pulak rasanya. Kemudian lepak di tepi pagar tengok budak-budak main di padang depan rumah. Bila abba nak bawa aku main di padang entah?
Hari ini aku berkesempatan untuk berkebun. Duduk dengan abba di luar rumah dan siram bunga. Macam bomba pulak rasanya. Kemudian lepak di tepi pagar tengok budak-budak main di padang depan rumah. Bila abba nak bawa aku main di padang entah?
Selasa 10 April 2012
1 Tahun 8 Bulan 7 Hari
Isnin 9 April 2012
1 Tahun 8 Bulan 6 Hari
Abba dan ammi dah mula kerja balik hari ini. Boringnya. Aku juga kena pergi ke rumah mama. Tungu sampai malam macam biasa baru mereka ambil aku balik. Di rumah selepas makan dan minum waktu main-main di ruang tamu tengah. Main macam-macam. Main gelongsor, main gelung plastik, main kereta tolak. Aku check tayar motor ok ke tak. Selepas tu baru naik. Ak usuka junjung buaian tu ke atas kepala. Bila dah junjung tak reti nak turunkan. Merengek nak minta tolong abba turunkan. Macam itulah perangai aku.
Ahad 8 April 2012
1 Tahun 8 Bulan 5 Hari
Ammi dan abba tak kerja hari ini. Seronok mereka ada di rumah dan aku dapat main puas-puas. Semuanya macam biasa sahaja hari ini. Lepak di katil tengok tv dan main iPad dan main-main sampailah malam.
Sabtu 7 April 2012
1 Tahun 8 Bulan 4 Hari
Hari ini kami pergi ke rumah khala saja berjalan-jalan. Lama tak jumpa mereka. Mereka tentulah gembira kami datang. Aku juga seronok main lari sana lari sini. Bila penat aku minum susu dan terena di ruang tamu.
Jumaat 6 April 2012
Khamis 5 April 2012
1 Tahun 8 Bulan 2 Hari
Malam ini aku main sepuasnya. Kerusi yang khala hadiahkan pada aku tempoh hari aku buat main. Tolak ke hulu kehilir sampai penat-penat. Korang tengok sendirilah, malas nak cerita banyak.
Rabu 4 April 2012
1 Tahun 8 Bulan 1 Hari
Macam biasa bila abba dan ammi balik kerja ambil aku dari rumah mama aku main d irunag tamu. Main kereta tolak kaki denan pondok-pondok aku tu. Aku buat macam garaj pulak bila masukkan kereta tu ke dalam pondok tu. Seronk main sampai penat dan akhirnya tidurlah.
Menguap pesen aku. |
Aku sangat mengantuk! |
Selasa 3 April 2012
1 Tahun 7 Bulan 30 Hari
Macam biasa bila abba dan ammi balik kerja ambil aku dari rumah mama aku main d irunag tamu. Main kereta tolak kaki denan pondok-pondok aku tu. Aku buat macam garaj pulak bila masukkan kereta tu ke dalam pondok tu. Seronk main sampai penat dan akhirnya tidurlah.
Isnin 2 April 2012
1 Tahun 7 Bulan 29 Hari
Tiada apa yang istimewa terjadi hari ini...
Ahad 1 April 2012
1 Tahun 7 Bulan 28 Hari
Pertunangan Pak Cik Jai dengan Mak Cik Fiza
Pagi ini bangun ammi dan abba sebok siapkan aku dan berkemas barang macam nak keluar je. Selepas semuanya sedia kami pun bertolak ke rumah Darwish. Ingatkan nak mandi kolam macam semalam. Rupanya bila sampi di rumah dia ada ramai orang. Hari rayakah? Rasanya raya lambat lagi.
Tok bawa rombongan jiran-jiran satu kampung ke majlis ini. |
Antara jiran-jiran lelaki Tok Wan. |
Pak Cik Jai dibantu Mak Cik Yati sedang megeras tangankan hantaran. |
Sebenarnya orang-orang tu adalah jiran-jiran sekampung Tok. Bila aku nampak Pak Cik Jai sebok buat hantaran barulah akau tau rupanya dia nak meminang Mak Cik Fizza girlfriend dia tu. Dah lama dengar mereka couple. Hari ini nak merisik dan meminanglah rupanya.
Yang ini aku suka.... Cokletttttt! |
Aku cuba mengkidnapkan manggis hantaran tapi kantoi kena tangkap dengan Pak Cik Jai. |
Ammi sedang buat QC setiap hantaran. |
Pak Cik Jai tak sabar nak berangkat ke rumah Mak Cik Fizza. |
Kesian! Sendiri kena sterika baju laaa. |
Mak Ndak sedang pujuk Darwish... |
Tok mengeletek aku dengan rambu jendela. Geli la. |
Penat menunggu bila la kami nak bertolak ke rumah Mak Cik Fizza. |
Tok dan Mak Teh sedang terliur tengok buah-buahan hantaran. |
Singgah solat di Masjid di Sungai Buluh. Bertemu rombongan adik beradik belah Tok. |
Moyang belah Tok dengan anak menantunya. |
Tok Wan sabar menanti majlis bermula. |
Antara rombongan yang hadir. |
Tok Wan. |
Aku pun penat tunggu. Mula buat kerja aku. |
Tok juga sedang sabar tunggu majlis bermula. |
Dah mula dah. Tok bersalam dengan ayah Mak Cik Fizza. |
Aku duduk di riba Mak Ndak kerana dah tak ada tempat. |
Kami semua di jamu pula. Makan makan di luar sana. Aku duduk dengan ammi dan sedara mara belah tok. Moyang juga ada. Jarang aku jumpa moyang sebelah tok ni. Hari raya pun selalu moyang sebelah tok wan je aku dapat jumpa kerana moyang ini duduk dengan anak-anak dia di kawasan Balakong. Setelah kenyang kami semua pun nak baliklah. Masing-masing bawa haluan sendiri. Kami pun baliklah ke rumah selepas tu.
Mak Cik Fizza dengan Tok serta Moyang. |
Alamak! Terperangkap dalam juru kamera. |
Amboi... tersengeh macam dah akad nikah.... |
Acara makan-makan. |
Aku pun ada orang merisik... Aku malulah.... |