Friday, October 1, 2010

Aadam's Story Bulan Oktober 2010














































































31 10 2010. Ahad

Kami sepatutnya ke rumah Kalim Mamu hari ni sebab Ammi nak perkenalkan aku kepada Kalim Mamu dan Aunty Lina. Munni Khala pun nak ikut juga. Kalim Mamu dah suruh Ammi datang hari ni tetapi bila Ammi sms Kalim Mamu nak confirm, Kalim Mamu cadangkan kami pergi masa raya haji nanti sebab Kalim Mamu ada hal. Ammi pun cakap ok.
Seronok tadi petang dapat lihat dunia luar rumah. Ya lah Abba tak pernah pun tunjukkan aku
macam mana rupa kawasan perumahan tempat kami tinggal.

Aku ingatkan boleh jumpa Munni Khala hari ni tetapi tak dapat pula. Entah bila lagi aku nak jumpa Munni Khala.

Selepas aku mandi, Abba minta Ella Baji dan Isha Baji siapkan aku di bawah pengawasan Ammi. Aku bermain dan bersembang sekejap dengan kedua-dua Baji itu. Kemudian Abba bawa aku jalan-jalan kat luar rumah, tengok-tengok pokok bunga Abba. Ada satu bunga ni yang menarik perhatian aku…. Purple warnanya. Bunga apa tu Abba? Aadam tak pernah nampak pun bila kita balik petang @ malam. Oh! Rupanya bunga seri pagi. Patutlah berseri-seri saja. Dia berseri waktu pagi saja ke Abba?

Aku terlena dalam dukungan Abba semasa tengok-tengok pokok Abba.

Petang tu sekali lagi Abba bawa aku keluar duduk di luar rumah. Ammi tak nak keluar sebab malas nak salin baju pakai baju lenan panjang dan nak pakai tudung.

Anak-anak Pakcik Zul (jiran kami) sedang bermain di luar bersama kawan-kawan mereka. Nampak saja aku, anak Pakcik Zul datang bermain dengan aku bersama kawannya. Lepas tu seorang nenek pula datang bersembang dengan Abba. Nenek ni adalah AJK surau bersama dengan Abba. Nenek ni pun bertanyakan tentang aku dan seperti biasa, aku dikatakan comel. Ya Allah! Kekalkanlah aku berpijak di bumi yang nyata. Janganlah bagi aku besar kepala.

Ammi bagi tau aku esok kena pergi rumah Mama. Ammi pesan supaya aku jangan naughty. Ammi, bila masa Aadam ada naughty? Aadam kan good boy. Ammi pesan supaya aku tak buat hal dan jangan menyusahkan Mama. Ammi ni risau tak bertempatlah. Aadam promise Ammi… Aadam akan mengekalkan rekod bersih Aadam Insya Allah.


30 10 2010. Sabtu
Hari Terakhir Munni Khala jaga aku

Kalau tak silap aku, Ammi nak pergi shopping dengan Munni Khala hari ni kan. Ala … shopping minggu lepas yang tak jadi tu.
Sempena hari terakhir di rumah Munni Khala, Abba bawa Ammi dan Khala pergi shopping menghiburkan
hati di IKEA. Apa kena perabut dengan perasaan sayu tah la aku pun tak paham.

Pagi-pagi lagi Ammi dah call Munni Khala confirm nak jemput Munni Khala pukul 10.00 a.m. nanti. Aku ikut juga kot. Kalau tak, siapa nak jaga aku? Yahoo! Aku nak pergi shopping for the first time.

Shopping di IKEA Damansara.
Aku terlena semasa tengah tunggu Munni Khala mandi dan siapkan aku untuk pergi shopping. Tiba-tiba aku terasa panas dan bila terjaga, kipas tak bergerak pun. Apasal tutup kipas.

Bila aku keluar bilik, aku tengok Abba dan Ammi dah sampai. Aku gembira tengok Abba dan Ammi. Baru teringat malam tadi aku tak jumpa Abba dan Ammi. Malam tadi seronok sangat bermain dan bersembang sampai terlupa. Ooopsss.. sorry Abba dan Ammi.

Lepas tu aku perasan kipas luar pun tak bergerak. Kenapa ha? Berapa lama aku dok mai sini tak pernah nampak kipas tu tertutup pun. Kenapa tiba-tiba hari ni tutup?

Munni Khala mandikan aku dan Ella Baji dan Isha Baji menyiapkan aku. Ammi ada bawa baju untuk aku pakai … baju bare back. Tapi baju ni teballah. Munni Khala bising kat Ammi sebab bawa baju tebal. Munni Khala cakap, “Dahlah tak ada elektrik, bagi pakai pula baju tebal-tebal ni. Mesti aku panas nanti.

Oh! Tak ada elektrik rupanya. Patutlah kipas tak bergerak dan patutlah aku panas. Tapi kenapa Munni Khala bising kat Ammi? Manalah Ammi tau tak ada elektrik.

Ammi cakap nanti nak pergi shopping, air cond kuat… nanti aku kesejukan. Tulah Ammi bawa baju tebal untuk aku.

Selepas tu Abba, Ammi, Munni Khala, Nana Baji dan Isha Baji pergi shopping. Ella Baji tak nak ikut. Tu nak cover balik tidur lah tu. Aku? Mestilah ikut.

Dalam kereta Munni Khala bercerita pada Ammi yang Nana Baji dan Isha Baji duduk tunggu aku bangun tidur sampai pukul 2.30 a.m. Ella Baji pula tunggu aku sepanjang malam. Patutlah bila buka mata saja nampak muka Ella Baji. Tak tidur rupanya.

Ishh! Dia orang ni buat aku sedih sajalah. Janganlah buat macam ni. Nanti kita boleh jumpa lagi. Bak kata Abba, bukannya Ibu nak bawa Aadam balik ke Indonesia. Aadam nak balik ke rumah Aadam saja.

Kami pergi shopping di Ikea. Besarnya tempat ni. Gaban sungguh. Ramainya manusia … bermacam ragam, bermacam bangsa. Ammi bawa aku dalam baby carrier yang dipasang di badan Ammi. Aku sandarkan kepala aku ke badan Ammi sementara Abba tolak wheel chair Ammi. Penat tengok orang di sebelah kiri, aku toleh ke kanan. Penat tengok orang di sebelah kanan, aku toleh ke kiri. Aku seronok sangat. Aku bukannya tengok barang-barang tapi tengok orang.

Belum masuk dalam aku dah mengantuk.
 Boring la tengok perabut, pergi la kedai aiskrim ke...
Kemudian Munni Khala nak dukung aku. Tu sedihlah tu nanti nak berpisah dengan aku. Ammi suruh Munni Khala pakai carrier tu tapi Munni Khala tak nak. Lama-lama aku kepenatan dan tertidur.

Bila aku terjaga semula, aku berada dalam carrier di dalam dukungan Ammi. Abba dan Ammi tengah tengok lampu. Aku pun suka tengok lampu, jadi aku pun tengok juga. Aku berkenan satu lampu yang colourful tu tapi Abba dan Ammi tak minat kot. Mungkin sebab dah ada lampu macam tu kat bilik tetamu di rumah.

Lepas tu Abba “parking” wheel chair Ammi kat satu kawasan dan Ammi bagi aku minum susu dan sambung berjalan semula. Terserempak pula dengan Munni Khala dan bila nampak aku dah jaga, Munni Khala nak dukung aku balik.

Setelah siap shopping, semua orang pergi makan pula dan aku pergi tengok orang makan. Abba bawa pergi ke satu restoran masakan Thai di Ikea. Sementara tunggu makanan sampai, Munni Khala rasuahkan aku dengan susu supaya aku tak minta makanan mereka nanti. Tak aci betul. Aku pun letih juga. Kenapa semua orang dapat minum ais tapi aku kena minum susu panas? Agaknya sebab nak jaga hati aku kot Ammi pun order air suam aje.
Tomyam Abba punya tu nampak sedap je.
Teringin juga tekak ni.

Dari Ikea, Ammi ajak pergi ke satu kedai yang Ammi nampak dalam iklan di tv… I Wanna Go Home. Kenapa namanya macam tu? Semua orang yang pergi situ, terus nak balik ke? Abba pun bawa kami ke Bangsar Village di mana kedai tersebut terletak.

Wah! Cantiknya barang-barang di sini. Wah! Mahalnya! Munni Khala terus keluar dari kedai tu. Kan aku dah agak, semua orang yang pergi ke sini terus nak balik. Abba dan Ammi window shopping kejap dan kemudian keluar.
Munni Khala koma terperanjat
lihat senarai harga makanan di sini.
Bersama Munni Khala dan Isha Baji.

Munni Khala pula bawa aku pergi tengok barang-barang perhiasan wanita. Munni Khala belek rantai dan aku belek harga …. Saja je nak jadi QC. Takut Munni Khala ditipu kalau kualiti barang tu tak sepadan dengan harganya… Munni Khala salah faham dan cakap aku belek rantai untuk awex aku. Isshh! Ke situ pula Munni Khala ni. Aadam mana ada girl friend. Tak jumpa lagi budak perempuan yang sekecil Aadam. Sebenarnya Aadam nak belikan hadiah untuk Munni Khala … kan duit raya Aadam ada banyak. Tapi Munni Khala bukannya pakai pun benda-benda tu.


Ammi merungut makanan Ammi tak sampai
lagi air dah habis dah.

Sedang Munni Khala sibuk membelek rantai, tiba-tiba datang satu couple mat salleh (by the way, ini first time aku jumpa mat Salleh). Bila lalu tepi kami dan ternampak aku, wanita mat Salleh it uterus cakap kat lelaki mat Salleh tu, “Look at him. He’s so cute”. Cakap kat siapa? Takkanlah cakap kat penjual rantai tu pula kot. Mestilah cakap kat aku … Ehem!

Oh! Thank you, thank you keladi leave, next time you praise me again ok (Terima kasih daun keladi, nanti-nanti, pujilah lagi). Nah sudah terbukti bahawa aku sememangnya cute kan. Bukan setakat family dan kawan-kawan dan sedara-mara tapi orang luar pun puji aku.

Isshh! Riak lagi. Astagfirullahul Azim. Alhamdulillah … segala puji-puji bagi Allah.

Lepas tu Abba pergi hantar Munni Khala balik. Aku tau Munni Khala sedih. Aku tau Ammi pun sebak.

Sampai di rumah Munni Khala, semua barang-barang aku diangkut masuk ke kereta … tilam, bantal, susu, wet tissue, bedak, lotion, bla, bla, bla.

Ammi ajak Munni Khala ke rumah kami tapi Khalid Khalu cakap lain kali sajalah. Lepas tu Ammi ajak Nana Baji, Ella Baji dan Isha Baji pula. Nana Baji tak nak ikut sebab nak tengok bola… NS lawan Kelantan. Aik! Sejak bila pula Nana Baji minat tengok bola. Selalunya tengok rancangan hiburan dan tele-novela saje. Ni nak tengok bola keeee…. nak tengok pemain bola ni????
Saat terakhir aku dijaga Munni Khala kononnya... 

Ammi mengucapkan terima kasih kepada Khalid Khalu sebab tolong jaga aku selama ini dan seiringan dengan itu, airmata Ammi pun mengalir….

Ella Baji dan Isha Baji dah naik kereta. Munni Khala datang ke kereta tengok aku dan ucap selamat tinggal dengan penuh kesedihan. Abba pergi ucap terima kasih kepada seisi rumah. Airmata Ammi dah macam empangan pecah. Udahlah Ammi, nanti tsunami pula …

Ammi turun kereta dan pergi peluk Munni Khala dan kedua mereka menangis kesedihan. Alahai macam Pavitra Rishta punya drama saja. Macam Sungai Ganges dan Sungai Jamuna di India pun ada… Udah-udahlah tu Munni Khala dan Ammi. Aadam bukan nak pergi mana pun. Bila-bila rindu sangat, boleh je drive pergi jumpa Aadam… tak sampai sejam pun.
Munni Khala nangis, Ammi pun nangis, aku zzzzzzzzzz.....

Ish! Ni yang aku pun emo ni. Nanti kalau aku melalak baru semua orang panic.

Kami balik ke rumah. Ammi sedih sepanjang perjalanan dan masih terisak-isak lagi. Yang aku pelik kenapa Ammi yang sedih. Aku bukannya berpisah dengan Ammi pun. Inilah agaknya yang dikatakan kasih sayang dua adik-beradik. Sesungguhnya aku terharu.

Lepas sampai rumah, Ammi dah ok sikit walaupun masih sedih. Ammi call Munni Khala nak tengok Munni Khala ok ke tak. Munni Khala pun dah reda “hujannya”.

Ammi bertanya Ella Baji dan Isha Baji sejak bila Nana Baji minat tengok bola? Nak tengok bola ke nak tengok pemainnya? Rupanya Ammi berkongsi kesangsian aku dan jawapan dari Isha Baji mengesahkan kesangsian kami berdua. Sememangnya Nana Baji nak tengok adik-beradik kembar, Zakuan dan Zafuan bermain bola.

Ceh! Nana Baji… Aadam akan ingat peristiwa ni. Nana Baji sanggup mengetepikan Aadam demi nak tengok laki orang dan boy friend orang. SSayang apa macam ni? Aadam tak akan lupa apa yang Nana Baji buat pada Aadam hari ni….

29 10 2010. Jumaat

Satu hari yang agak menyedihkan. Hari ni hari terakhir aku ke rumah Munni Khala. Sememangnya aku sedih sangat tapi aku amalkan iktibar yang aku dapat dari peristiwa cukur kepala dan kena suntik dulu …. KADANG-KADANG BENDA YANG KITA RASA TERUK SANGAT TU SEBENARNYA TAKLAH SETERUK YANG KITA GAMBARKAN. So Insya Allah peristiwa ni pun taklah seteruk yang aku bayangkan.
Pertama kali aku ditinggalkan oleh Abba dan Ammi untuk bermalam sempena malam terakhir
aku tinggal di rumah Khala. Sengaja aku sengeh-sengeh kat orang kasi mereka gembira...

Aku dengar Ammi tanya Abba boleh tak tinggalkan aku di rumah Munni Khala hari ni. Ammi kesian Munni Khala. Abba cakap ikut suka hati Ammilah. Ammi packing baju extra untuk aku. Hmm.. Best jugak tinggal di rumah Munni Khala. Aku harap aku tak rindukan Abba dan Ammi malam nanti.

Ella Baji dan Isha Baji sedih sangat semasa nak pergi sekolah sebab mereka fakir bila balik dari sekolah nanti, tak dapat jumpa aku dah. Bila Munni Khala cakap malam ni aku tidaur di situ, mereka sungguh gembira. Barulah nampak mereka senyum. Kalau tak dari tadi muka macam tertelan cuka saja.

Hari ni berlalu seperti biasa. Cuma bila petang tiba, aku terasa rindu pula kat Abba sebab masa nilah selalunya Abba datang jemput aku. Tetapi bila semua Baji-Baji balik dari sekolah, aku dah main-main dan sembang-sembang dengan mereka, dah tak sunyi dah.

Balik saja dari sekolah, aku dikerumuni oleh Ella Baji, Siti Baji, Sabrina Baji dan Isha Baji. Seorang lepas seorang mendukung aku. Wah! Bestnya. Tak cecah tilam bum bum aku.

Sampai ke malam aku masih bermain dengan Ella Baji dan Isha Baji. Lepas tu aku terlena. Aku terjaga 3 kali malam tu. Setiap kali aku terjaga, aku nampak Ella Baji ada duduk dekat aku. Tak tidurkah? Aku ingatkan Ella Baji nak kerja amah (He! He!), rupanya nak kerja jaga pula.

Sekali tu aku terjaga pukul 4.30 a.m. Aku nak bersembang-sembang macam selalu aku buat di rumah. Munni Khala datang bersembang dengan aku sambil baring-baring di sebelah aku. Tengah seronok aku bercerita, tak ada response pun dari Munni Khala. La! Terlena rupanya. Penat kot. Kesian Munni Khala. Aku bermain seorang diri saja sebab Ella Baji pun tak tau dah pergi mana. Dah habis syif kot??? Lepas tu aku pun terlena.

28 10 2010. Khamis

Aku sedih hari ni sebab tinggal satu hari saja lagi aku akan ke rumah Munni Khala. Di rumah Munni Khala pun aku tak banyak cakap dan aku tak nak pandang Munni Khala sebab aku sedih. Ella Baji datang baring di sebelah aku dan menangis sebab Ella Baji pun sedih. La! Ada satu hari lagilah Ella Baji.
Semua orang bersedih, aku pun sedih jugak lah walaupun aku tetap
akan datang sekali sekala ke rumah Khala ni. Aadam anak jantan tak boleh nangis...

Ella Baji suruh Munni Khala cakap kat aku suruh tinggalkan aku bersama Munni Khala. Munni Khala cakap mesti Abba tak setuju.

Isha Baji pun sedih. Isha Baji dah lama tak bercerita kat aku. Bila Munni Khala suruh Isha Baji cerita, dia cakap, “Kalau Isha cerita, Khalu (yakni Abba) tak ambil Aadam ke?”

Tengah hari tu Ammi call Munni Khala. Ammi sedih nak ambil aku dari Munni Khala dan Ammi menangis semasa sembang dengan Munni Khala. Munni Khala cuba tenangkan Ammi dan berkata, “Memanglah sedih dan mesti rasa sunyi, tapi tak apalah … bukannya jauh sangat rumah kita. Bila-bila rindu nanti kami datanglah tengok Aadam”. Ammi terasa lega sedikit dengar ini.

Eleh! Setakat cakap saja Munni Khala… Petang tu semasa duduk berdua dengan aku, Munni Khala dah menangis sambil cakap kat aku yang esok last day aku datang sini. Munni Khala janganlah menangis. Nanti Aadam pun nangis. Aadam nak kesat air mata Munni Khala tangan tak sampai. Lagi pun tak ada sapu tangan. Errr…. Pakai pampers Aadam untuk kesat boleh tak? Aadam kentut sekali saja tadi, bau dia dah hilang kot.

Sebenarnya aku memang terlalu sedih. Kenapa aku terpaksa melalui perpisahan demi perpisahan dengan orang-orang yang aku sayang? Dulu Ibu dan Bapa, sekarang Munni Khala sekeluarga. Agaknya inilah erti kehidupan.

Aku rasa Khalid Khalu pun sedih juga kot sebab petang ni Khalid Khalu dukung aku lama-lama dan sembang-sembang dengan aku. Tapi Khalid Khalu tak menangis macam Munni Khala dan Ammi. Yelah, hero Hindustan mana boleh nangis. Mesti kena kuat barulah boleh belasah 10 orang sekali gus tapi hero tu tak kena 1 penumbuk pun atau pun hero tu kena tembak bertalu-talu tapi tak mati pun. Wah! Kalis Peluru betul. Agaknya lepas ni Elyana boleh buat lagu bertajuk “Kalis Peluru” pula lah kot.

Petang ni pun Abba datang awal dan Ammi pun keluar awal. Tak ada yang special hari ni…. Sampai di rumah macam biasa saja. Cuma Ammi yang terbawa-bawa rasa sedihnya. Ammi peluk Nana Baji dan hampir menangis…. Macam drama Hindustan yang selalu Ammi suka tengok pula.

Aku bersembang-sembang dengan Abba dan Ammi sekejap dan tengok semua orang makan Kenny Rogers tapi tak bagi aku, kemudian sembang lagi dengan Abba sementara Ammi tengok drama Hindustan kegemaran Ammi. Aku pun jelling-jeling juga tv tu. Aku pun tak faham apa benda yang best sangat sampai Ammi sanggup record dan tengok. Asyik-asyik tengok airmata meleleh sana, meleleh sini …. Kemudian Abba dan Ammi tengok Amazing Race sementara Nana Baji main iPod. Hmm… semua orang ada macam-macam aktiviti nak buat tapi aku dok minum susu dan tidur saja… dan kadang-kadang bersembang tapi tak ada siapa yang faham.

Aku terlena.


27 10 2010. Rabu

Aku tidur lena sepanjang malam dan hanya terjaga waktu Subuh. Lama betul aku tidur. Lepas minum, aku sambung tidur.
Sudah dua bulan lebih aku di dunia ini. Tak lama lagi aku dijaga oleh pengasuh baru.
Sedih nak tinggalkan hiruk pikuk di rumah Khala.

Aku dikejutkan Abba semasa nak pergi kerja. Ammi sedang packing baju aku nak hantar ke rumah Munni Khala. Abba pula salin pampers aku.

Kemudian Ammi dukung aku sekejap. Agaknya Ammi nak tengok aku marah lagi tak. Aku pun minta maaf dekat Ammi tapi aku rasa Ammi tak faham kot. Ternyata Ammi happy sebab aku tak merajuk dah.

Semasa bersarapan, Ammi Tanya aku sedih ke sebab tak pergi rumah Munni Khala dah. Sememangnya aku sedih tapi aku tak nak tunjuk Ammi sebab Ammi pun sedih. Aku tak nak tambah susah hati Ammi jadi aku buat-buat gelak. Kuat bunyi gelak aku. Ammi dan Nana Baji pun tergelak.

Ammi call Munni Khala bertanya pukul berapa aku minum susu semalam sebelum balik ke rumah. Munni Khala cakap dalam 7.30 p.m. Ammi risau sebab aku kurang minum dan cakap nak bawa aku jumpa doctor. Doktor lagi? Aadam taka pa-apalah Ammi…. Saja nak diet je. Ammi jangan risaulah.

Hari ni aku tengok seekor anak burung yang cedera terjatuh di halaman rumah Munni Khala. Dia tak boleh terbang … agaknya sayap dia patah kot. Aku kesian tengok anak burung itu dan tak nak pandang dia lama-lama. Sedih woo

Aku banyak tidur di rumah Munni Khala hari ni sebab aku takut malam nanti Abba atau Ammi lambat lagi dan aku tak dapat spend masa dengan Abba dan Ammi lagi sebab dah terlena. At least kalau aku dah tidur sekarang, malam nanti aku rak mengantuk dan boleh jaga sambil tunggu Abba dan Ammi.

Sekitar pukul 3.00 p.m., aku tidur lagi. Sedar-sedar, aku dah ada dalam kereta. Eh! Dah pukul berapa sekarang? Lama sangat kah aku tidur? Tapi … kat luar masih cerah, tak macam selalu balik, dah gelap. Oh! Rupanya Abba datang awal hari ni. Aku harap Ammi juga balik awal, tak macam selalu kena stay back. Aku nak spend sedikit masa dengan Abba dan Ammi.

Yes! Ammi pun keluar selepas 15 minit kami sampai. Aku masih jaga. Sebaik masuk kereta Ammi terus Tanya Nana Baji samada aku tidur atau jaga dan bila Nana Baji cakap aku jaga, Ammi terus tegur aku dengan bagi salam.

Malam ni aku bersembang-sembang dengan Ammi dan Abba. Aku serita fasal anak burung tu tapi Ammi dan Abba tak faham. Lepas tu Ammi call Munni Khala dan Munni Khala bagi tau Ammi fasal anak burung tu. Munni Khala cakap agaknya itu yang aku cerita kat Ammi tadi. 100 markah untuk Munni Khala.



26 10 2010. Selasa

Pagi ni aku terjaga semasa Ammi sedang bersiap-siap nak pergi kerja. Aku merengek (sebenarnya aku masih berada dalam keadaan separuh sedar, separuh tidur). Mendengarkan rengekan aku, Ammi datang kat aku. Ammi ingat aku dah tak marah dah tapi aku masih marah lagi. Aku menjeling pada Ammi dan menarik muka masam. Sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa aku marah dengan Ammi. Aku memalingkan muka aku kea rah lain. Kesian Ammi. Kemudian aku tertidur.

Di rumah Munni Khala, Khairul Bhaiya dan Noor Bhaiya masih belum berputus asa. Mereka masih terus cuba memujuk aku untuk bersembang. Aku layanlah juga mereka sikit-sikit. Hari ni Noor Bhaiya nak balik ke Politeknik… nak mula final exam. Rabu depan habislah periksa Noor Bhaiya dan dia akan balik ke rumah. Aku tak pasti samada Noor Bhaiya nak sambung belajar lagi atau nak kerja. Kalau tak sambung belajar, sayang juga sebab Noor Bhaiya selalu muncul sebagai Dean’s List’s student.

Aku tak banyak bersembang hari ni. Aku cuba fakir apa yang menyebabkan aku bad mood saja. Baru aku sedar… sebenarnya aku sedih sebab tinggal berapa hari saja lagi aku akan datang ke rumah Munni Khala. Mulai minggu depan aku akan dihantar ke rumah Mama. Sememangnya aku sedih sangat dan aku tahu Munni Khala sekeluarga pun sedih juga. Aku berani guarantee yang Munni Khala mesti menangis punya bila nak pindah barang-barang aku nanti.

Aku rasa bersalah pula sebab merajuk dengan Ammi fasal hal ini. Ammi tak bersalah pun. Aku ni aje yang emo sangat. I’m sorry Ammi. Aadam minta maaf pada Ammi.

Munni Khala bawa aku pergi ke sekolah Isha Baji dan Ella Baji semasa hantar mereka ke sejolah. Aku juga pergi ke stall, tempat Khairul Bhaiya kerja semasa Munni Khala hantar Khairul Bhaiya dan ikut juga ke LRT Station sebab nak hantar Noor Bhaiya. Wah! Banyaknya tempat Munni Khala bawa aku hari ini. Tu mesti nak spend banyak masa dengan aku sebab minggu depan aku dah tak datang sini dah. Errr… Aadam nak Tanya sikit lah Munni Khala …. Munni Khala ni kerja driver ke? Kenapa hantar semua orang?

Abba lambat lagi… Alangkah bestnya kalau bulan Ramadhan tu sepanjang tahun. At least masa tu Abba datang awal. Hari ni Abba ada photo shoot untuk product Safi. Modelnya Sheila, anak ND Lala. La! Hari-hari shoot gambar Aadam tak cukup ke? Guna gambar Aadam sajalah Abba, tak boleh ke? Kenapa lama sangat shoot… dari pagi sampai ke malam? Biasa snap gambar Aadam sekejap saja.

Err… Sheila tu cun tak? Nanti Abba kirim salam sayang Aadam kat dia ok. Demi Sheila, Aadam relakan Abba datang lambat hari ni.

Semalam Abba ada bawa balik baju dan selenndang yang nak digunakan semasa sessi fotografi tu. Baju dia entah berapa ribu. Selendang sehelai saja dah harga RM700.00. Mahal giler…. Campur-campur duit tu boleh buat beli PS 4 aku. Buat apalah beli yang mahal-mahal macam tu? Dalam gambar bukan boleh nampak harga pun….

Aku tak tahu bila masa Abba dan Ammi datang sebab aku dah tertidur. Sebenarnya aku bercadang nak tunggu Ammi sebab nak minta maaf tapi mata aku dah tak tahan.


25 10 2010. Isnin

Hari ni Noor Bhaiya ada di rumah Munni Khala. Khairul Bhaiya dan noor Bhaiya bergilir-gilir layan aku sembang dan bermain dengan aku. Tapi entah fasal apa, aku bad mood hari ni so aku tak berapa nak sembang dengan mereka. Khairul Bhaiya berusaha selama ½ jam nak buat aku sembang macam hari tu. Malaslah aku …. Bila aku sembang semua orang ketawakan aku.
Aku belajar satu benda dari Darwish. Mari mengumpul buih ikan buntal di hujung bibir. Pandai sungguh
Darwish ajar aku, cepat aku paham dan sekarang aku suka praktikkan....
Lepas tu Noor Bhaiya dukung aku berdiri di depan cermin dengan harapan aku akan bersembang dengan “baby yang seorang lagi”. Cukuplah sekali Tipah Tertipu. Takkan aku terpedaya lagi.

Petang tu pula Abba datang lambat, meeting lagi. Penat Aadam tunggu tau. Aku yang sememangnya bad mood dari tadi dan tak banyak cakap, terus marah Abba. Munni Khala ketawa. Aik! Aku marah pun orang ketawa??? Tak faham langsunglah. Munni Khala cakap kat Abba aku marah. Abba yang nak cover line terus tanya aku, aku marahkan Abba ke Munni Khala? Aku pun sembang dengan Abba bagi tau kenapa aku marah. Munni Khala pula cakap dari tadi semua orang sembang dengan aku, aku tak nak cakap tapi bila jumpa Abba, terus aku bersembang.

Memandangkan Abba datang lambat, kami jemput Ammi pun lambatlah juga. Sampai di rumah bad mood aku terbawa-bawa. Aku malas nak jaga lama-lama. Abba nak tidurkan aku. Hampir-hampir terlena, Ammi pula datang dukung aku. Langsung aku terjaga. Aku tunjuk marah kat Ammi pula… tak nak pandang muka Ammi. Puas Ammi pujuk, aku tetap tak pandang Ammi. Kesian pula kat Ammi.

Lepas tu Abba datang dan cuba tidurkan aku. Ammi mengadu dengan Abba yang aku merajuk. Abba pula cakap kat aku anak jantan mana boleh marah. Apatah anak jantan yang botak… Tengok tu saja je nak bagi aku tambah marah.

Abba cuba nak pusing-pusingkan kepala aku kea rah Ammi tapi aku tetap marah dan tak nak pandang Ammi sampailah aku terlena.



24 10 2010. Ahad

Pagi ni Abba dan Ammi sambung tidur selepas solat Subuh. Mengantuklah kot sebab malam tadi Ammi buat kerja sampai pukul 3.00 a.m. ditemani Abba. Mesti penat. Kesian Abba, walaupun Ammi yang buat kerja, Abba tetap menemani Ammi. Nanti bila Aadam dah besar, Aadam pula temankan Ammi ok.
Hari minggu Abba dan Ammi ada di rumah. Senang hati boleh rehat tak payah jalan mana-mana.

Pagi ni kami bangun agak lewat. Semasa aku bangun sekitar pukul 10.00 pagi, aku tengok Ammi dah bangun tapi masih baring-baring kat sebelah aku. Abba masih tidur. Ammi bersembang-sembang dengan aku. Aku menoleh kea rah Abba dan berbual-bual dengan Abba tetapi Abba tak layan (kan Abba masih tidur). Aku pun mencuit Abba dengan tanganku tetapi cuitan aku tu singgah sebagai satu penumbuk sebab aku tengah pakai mitten. Terkejut Abba bangun. Sakitkah? Eh! Aadam tak berniat nak tumbuk Abba apatah lagi menyakiti Abba. I’m sorry Abba.


Abba mandikan aku dulu sebelum Abba dan Ammi bersarapan. Semasa bersarapan, Abba Tanya aku nak makan tak? Aku tahu Abba ajak-ajak ayam saja. Kemudian Abba letakkan syarat, aku kena tunjukkan gigi aku dulu. Kalau aku ada gigi, Abba bagi aku makan. Alah! Abba ni saja je. Abba pun tahu Aadam tak ada gigi kan. Selepas bersarapan, Ammi sambung buat kerja Ammi sementara Abba tidurkan aku. Aku tidur adalah dalam 10 minit kot.

Bila aku terjaga, Abba dah keluar. Ammi datang dan cuba tidurkan aku sebab Ammi nak continue buat kerja tapi aku tak nak tidur. Jadi Ammi layan aku bersembang sampailah Abba balik. Aku diserahkan kepada Abba dan Ammi pergi balik buat kerja.
Korang tengok la kerja Abba aku...Apekepesen
baju boleh buat topi.

Petang ni aku tidur. Abba pun tidur. Ammi masih buat kerja. Aku kesian tengok Ammi. Rancangan Ammi nak ke Ikea dengan Munni Khala dibatalkan sebab kerja masih tak siap. La! Baru aku tengah seronok nak pergi shopping untuk kali pertama … dah kena batal.

Aku tidur agak lama. Semasa aku bangun aku tengok Ammi sedang tengok tv. Baru nak berehat kot. Abba pula sedang main game kat iPhone Abba.
Setiap orang hanya dibenarkan
ketawa pada aku dua kali setengah je.

Malam ni Abba tengok bola, game MU (pasukan yang Abba sokong tapi sejak kebelakangan ni Abba malas nak tengok game dia orang sebab Abba cakap sekarang dia orang main tak best. Hari ni baru second time Abba tengok match dia orang untuk musim ni). Aku pun nak tengok tapi Abba letakkan bantal besar di depan muka aku supaya aku tak nampak. Aku cuba menolak bantal tu tapi tak berjaya. Aku lupakan saja hasrat aku nak tengok bola tu dan aku bersembang-sembang dengan Ammi.

Ammi dukung aku dan dudukkan aku di atas perut Ammi. Wah! Bestnya. Abba Tanya aku duduk atas sofa empuk ke? Sampai hati Abba. Kesian Ammi. Ammi ketawa saja.

Selepas bola habis, Abba pula ambil alih tugas menjaga aku sementara Ammi lipat dan simpan baju aku. Abba nak tidurkan aku tapi aku tak nak tidur lagi. Penatlah asyik tidur saja.

Kemudian Abba bagi aku tengok tv, cerita kartun Tom & Jerry. Best giler … tak berkelip aku tengok sampai Abba panggil pun aku buat dono je. Ammi cakap kat Abba nanti mata aku rosak, jangan bagi aku tengok tv selalu. Aku tengok Tom & Jerry sampai terlena.

23 10 2010. Sabtu

Abba sepatutnya pergi service kereta hari ni tapi tak jadi. Abba cakap minggu depan. Ammi sepatutnya pergi shopping dengan Munni Khala (dan bawa aku sekali) hari ni tapi tak jadi sebab Ammi kena siapkan kerja pejabat Ammi. Ammi cakap esok.
Ceh! Rasa tertipu je petua yang Munni Khala kasi tu. Gigi aku tak tumbuh-tumbuh pun.
Hisap jari je lah yang aku boleh buat untuk masa ni. 

Ammi sibuk sepanjang hari buat kerja pejabat Ammi. Sesekali Ammi datang bersembang dengan aku. Ammi tension sangat. Aku dengar Ammi cakap kat Abba yang dahlah seminggu Ammi tak bersembang dengan aku, ni hari cuti pun kena buat kerja. Ammi dah bercadang nak spend masa dengan aku masa weekend ni tapi terpaksa buat kerja office pula. Ammi sedih sangat. Kesian Ammi.

Hari ni aku seronok sebab aku jumpa satu lagi baby yang comel kat rumah aku. Aku bersembang dengan baby tu dan senyum kat dia. Dia pun sembang dengan aku dan senyum kat aku. Aku seronok sangattttt. Lepas tu aku perasan yang baby tu sembang dan senyum kat aku serentak dengan aku sembang dan senyum kat dia. Bila aku diam, dia pun diam. Lepas tu aku perasan pula dia sedang didukung oleh Abba. Aik! Kalau Abba dukung baby tu, siapa pula dukung aku? Abba juga! Aku kehairanan dan kebingungan. Kenapa ada 2 Abba? Abba ada twin ke? Tak tau pun.

Kemudian baru aku sedar bahawa Abba sedang dukung aku dan berdiri di depan cermin. Ceh! Aku tertipu… Inilah first time aku dapat tengok rupa aku. Hmmm… Quite good looking dan comel juga aku ni. Ahak! Ahak! Masuk lif, tekan butang sendiri pula aku ni. Yelah, aku kena independent kan.

Hari ni aku tonton tv, boleh kata first time lah sebab sebelum ni tengok gitu-gitu saja swemasa orang lain tengok. Hari ni Abba khusus buka tv untuk aku tengok. Sebenarnya Abba dan Ammi nak solat Maghrib. Aku pula tak nak tidur so untuk mengelakkan aku dari menangis semasa Abba dan Ammi tengah solat, Abba bagi aku “duduk” kat bantal yang berbentuk “U” di mana aku boleh bersandar dan tengok tv. Wah! Bestnya. Rasa macam orang dewasa saja. Abba buka bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Sedap dan aku khusyuk tengok tv sampai tak perasan Abba dan Ammi dah siap solat dah pun. Lepas tu Abba rakam gambar aku tengok tv.

22 10 2010. Jumaat

Hari ni aku rasa kecil hati dengan Khairul Bhaiya, Nana Baji dan Munni Khala. Sebab apa? Sebab aku peramah sangat bercerita dengan mereka sambil tergelak-gelak tapi mereka tak faham. Dahlah tak faham, boleh ketawakan aku pula. Sedih tau… Kecik hati Aadam. Bila semua orang ketawakan aku, aku mula nak menangis. Khairul Bhaiya tunjukkan aku gambar aku di dalam handphonenya. Eleh! Nak bodeklah tu … Taka pa kali ni Aadam maafkan tapi jangan buat lagi tau lain kali.
Latihan diteruskan. Walaupun penat sehingga terlelir lidah aku
tertap berlatih demi makanan kegemaranku.

Tak sampai 1 minit aku maafkan Khairul Bhaiya, dia kutuk aku lagi. Adakah Khairul Bhaiya cakap kat aku yang aku ni botak. Lepas tu dia cakap pula orang lain pakai stockings di kaki, aku pakai di tangan. Bhaiya, yang di tangan Aadam ni mittens lah, bukannya stockings.

Selepas balik dari solat Jumaat, Khairul Bhaiya pakaikan aku kopiahnya dan tangkap gambar aku. Terasa diri aku macam model lah pulak… semua orang nak tangkap gambar aku. He He He.

Semasa kami sampai di pejabat Ammi, Ammi minta Abba tunggu sekejap sebab Ammi nak siapkan kerja sikit. Sedang kami tunggu Ammi, Pakcik guard kat pejabat Ammi datang dan mengagah aku. Hmmm.. aku jumpa orang baru.

21 10 2010. Khamis

Abba ada meeting kat luar hari ni dan lambat datang jemput aku. Khan Khalu dah risau dan suruh Munni Khala telefon Ammi dan Tanya. Sekejap selepas Munni Khala telefon Ammi, Abba pun sampai.
Munni Khala kata banyak senyum dan ketawa gigi cepat tumbuh. Demi nak makan aiskrim aku sedang berlatih ketawa dan sengeh banyak-banyak. 

Nasib baik baju tak colour merah,
nanti serupa Santa Claus pulak.
Semasa kami sampai ke pejabat Ammi dah pukul 8.00 malam. Pada aku ini sudah menjadi kebiasaan. Kalau tak Ammi lambat, Abba lambat. Kalau tak Abba lambat, Ammi lambat. Kesian sungguh aku tengok Abba dan Ammi. Kuat sungguh mereka bekerja untuk mencari rezeki. Walau penat, walau letih, tetap bekerja. 


Topi ni banyak membantu untuk cover kepala
botak aku. Terima kasih topi.
Aku tahu semua orang pun bekerja juga tapi aku rasa tak ramai yang sanggup bekerja dari pagi sampai ke malam, kadang-kadang sampai ke subuh, kadang-kadang pada hari cuti pun bekerja. Aku kagum dengan ketabahan Abba dan Ammi. Walaupun mereka perlu tunggu satu sama lain, kadang-kadang berjam-jam lamanya, tapi tak pernah mengadu pun.

Semasa Ammi naik kereta, seperti biasa Ammi bertanya Nana Baji samada aku jaga atau tidur. Nana Baji bagi tau aku jaga. Lepas tu Ammi cakap sekarang jagalah tapi belum sampai rumah nanti mesti dah tidur. Lepas tu Ammi cakap kat aku suruh jangan tidur lagi sebab Ammi dah rindu kat aku. Ammi nak bersembang dengan aku.

Aku kesian kat Ammi dan bercadang nak jaga sampai ke rumah tapi ….. aku terlelap da… sampai ke tengah malam. Tengah-tengah malam siapa nak borak dengan aku. Semua orang ngantuk dan mahu tidur.

Tak apalah Ammi, lusa Ammi cuti kan, kita bersembanglah puas-puas.

20 10 2010. Rabu

Tiada apa yang berlaku hari ni. Semasa Abba pergi jemput Ammi, Ammi cakap ada kerja sikit dan minta Abba tunggu. Tunggu punya tunggu, rasanya berjam juga sampailah aku terlena. Bila Ammi turun, bila sampai rumah, aku pun tak tahu. Aku tak bangun-bangun sampailah tengah malam. Ammi tengah tidur dan tak sedar yang aku bangun. Penat agaknya. Abba yang bangun bagi aku susu. Lepas tu aku tidur balik. Malam ni aku tak jumpa Ammi langsung. Rindulah kat Ammi. Mesti Ammi pun rindu nak sembang dengan aku.
Gambar aku dengan Abba. Seronok sangat kena dukung. Boring lah asyik kena baring je.

19 10 2010. Selasa

Hari ini dalam sejarah … Khairul Bhaiya dukung aku for the first time. Dan aku rasa teramatlah takut sampai badan aku menggigil dahsyat. Khairul Bhaiya pula macam tak faham je, dia cakap kat Munni Khala aku seronok sangat sampai aku menari, bergoyang-goyang badan aku. Khairul Bhaiya, Aadam bukan menari tapi menggigillah.
Rasa aku rambut aku ni dah tak mau tumbuh dah kot. Dok gitu je dari dulu.
Ni rasa nak saman Pak Cik Jai ni. Mana dia lari tah?

Khairul Bhaiya banyak luangkan masa dengan aku hari ni. Dia cari fasal dengan aku. Khairul Bhaiya tahu aku tak suka berkongsi tilam aku dengan orang lain jadi dia sengaja datang baring atas tilam aku. Aku cuba menolaknya tapi tak terdaya. Phew! Beratnya. Akhirnya aku mula menangis, barulah dia mengosongkan tilam aku.

Lepas tu Khairul Bhaiya sengaja minum orange depan sambil menayang-nayang kat aku. Aku buat tak heran je …

Lepas tu Munni Khala bagi aku rasa cappuccino… setitik je. Jadilah, janji dapat rasa. Lain betul rasa dia berbanding dengan susu.

Lepas Khalid Khalu pula minum something. Aku minta tapi Khalid Khalu tak bagi. Apa benda tu? Oh! Rupanya air ubat herba. Mujur Khalid Khalu tak bagi aku rasa. Mesti pahit tu.

Nana Baji pula Tanya aku ada tak sekolah yang mengajar bahasa baby, dia nak pergi belajar. La! Buat apa nak susah-susah pergi sekolah. Aadam ka nada. Aadam boleh ajar.

Hari ni aku belajar satu perkataan baru dari Munni Khala, “ka cahi” yang bermaksud “nak apa”. Aku ikut Munni Khala sebut perkataan tu. Munni Khala seronok sangat. Korang mesti tak percaya kan budak sekecil aku boleh sebut-sebut perkataan. Itu adalah anugerah Allah kepada aku.

Petang ni Abba datang jemput aku agak awal berbanding biasa. Sampai di rumah selepas solat Maghrib dan makam malam, Abba pergi ke surau sebab ada mesyuarat. Aku berborak-borak dengan Ammi, menceritakan fasal Khairul Bhaiya (lebih kepada mengata Khairul Bhaiya). Ammi tolong translate kat Nana Baji. Eh! Ammi faham bahasa aku. Seronoknya.


18 10 2010 Isnin


Pagi ni Ammi pelawa aku makan biskut. Seperti biasa, setakat pelawa ajelah, bukannya bagi aku makan pun. Lepas tu Ammi Tanya aku, “Aadam ada gigi ke?” Gigi? Mana aku ada gigi. Gigit dengan gusi tak boleh ke? Lepas tu Ammi explain kat aku yang aku tak boleh makan sebab aku tak dak gigi. Nanti bila dah tumbuh gigi, Ammi bagi aku makan. Awat tak explain awal-awal?
Penatnya aku. Semalam berjalan ke Felda Chini, hari ni ke rumah Munni Khala.
Aduh! longgar kepala lutut Aadam.

Sebelum pergi kerja Ammi pesan kat aku suruh cerita kat Munni Khala pengalaman aku ke Chini. Bila sampai rumah Munni Khala, aku pun ceritalah, beria-ria aku bercerita sambil tergelak-gelak bercerita pengalaman sesat kami. Ingatkan Munni Khala fahamlah tapi …. Bila Ammi call Munni Khala, Munni Khala cakap kat Ammi tak tahu apa benda yang aku dok bersembang. La … tak faham rupanya.

Isha Baji datang bersembang dengan aku tapi aku tak layan dia sebab dah lama dah Isha Baji tak bacakan buku cerita untuk aku. Aku ada bagi tau dia tapi Isha Baji pun tak faham. Lepas tu dia Tanya Munni Khala kenapa aku merajuk. Bila Munni Khala bagi tau dia, dia pula merajuk dengan aku. Siap panggil aku budak gemuk yang sombong. Gemuk ke? Sombong ke? Tak daklah.

Hari ni aku penat sangat … kesan dari perjalanan semalam yang masih belum hilang. Aku terlena dalam kereta semasa on the way nak balik rumah. Aku terus tidur sampai ke pukul 11 lebih baru bangun untuk minum susu. Abba dan Nana Baji pun dah tidur. Penat juga kot. Ammi saja yang masih jaga. Ammi cakap kat aku yang Ammi tunggu aku bangun sebab Ammi tak sembang dengan aku malam ni. Kesian Ammi.

Lepas tu Abba pula terjaga bila dengar suara Ammi sembang-sembang dengan aku. Abba pun sembang dengan aku. Lepas tu aku terlena balik.


 17 10 2010. Ahad
Majlis Akiqah Aadam bersama cukur kepala Darwish di Felda Chini
Seperti yang dirancang, semua orang bersiap-siap awal untuk bertolak ke Chini. Tok Wan dah mula call Abba bertanya kami dah sampai mana. Sampai mana? Kami masih kat rumah lagi. Abba saja-saja bergurau cakap kat Tok Wan ni semua pasai Pakcik Jai lah. Semua orang dah bangun tunggu dalam kereta, Pakcik Jai baru nak bangun. Kesian Pakcik Jai…
Hari ni aku nak gelakkan Darwish. Dia kena botakkan kepala macam aku.
Iee! Tak sabar menantikan detik itu.

Seperti selalu juga aku sekadar memandang semua orang makan nasi lemak dan kuih.

Pakcik Jai yang drive (seperti biasa). Sepanjang perjalanan Pakcik Jai pasang cd lagu rock zaman-zaman Abba dan Ammi masih muda. Best juga melayan lagu-lagu ni. Yang aku pelik, Pakcik Jai pun suka lagu-lagu yang bukan sezaman dengan dirinya.

Tetiba ada lagu “Untukmu Ibu” dendangan Exist. Aku layan habis lagu tu. Terharu woo. Abba perasan yang aku buat tak layan aje kat Abba yang sedang berbual dengan aku. Lepas tu Abba cakap kat Ammi patutlah aku tak layan Abba sebab aku sedang menghayati lagu Exist tu. Abba Tanya aku sedihkah. Aadam terharu je lah Abba, teringat kat Ibu.

Seperti yang dijangka, kami sesat. Bila Pakcik Jai berhenti bertanyakan jalan kat seorang atuk tu, atuk tu cakap, “Ni dah terlajak jauh ni”. Aduh! Aadam dah penat berbaring, bila lagi nak sampai? Ni lagi jauh dari rumah Tok Wan ni. Aku dah tak sabar nak jumpa Darwish dan nak tengok rumah Tok Ayah Darwish. Tapi aku rasalah kan… ni aku rasa ajelah… aku rasalah kan, Darwish mesti tengah tidur. Dah botak ke belum dia? Tak sabarnya aku …

Lepas tu kelihatan Tasik Chini. Ammi terus ajak Abba pergi ke sana suatu hari nanti. Abba jangan pergi lagi ok. Tunggu Aadam besar dulu, Aadam pun nak tengok juga.

Selepas kami berpatah balik dan mencari-cari akhirnya kami pun sampai (itu pun mujur Pak Andak datang menjemput kat satu simpang tu. Kalau tak sesat lagi kami). Sesampai di sana, Pakcik Jai bawa bakul aku (yang berisi aku lah) ke dalam rumah dan bagi kat Tok.
Amboi kau Darwish, lena nampak. Bangun
oii, hari dah petang....

Hmmm… kan aku dah cakap. Memang betul si Darwish ni tengah tidur. Darwish, bangunlah. Aku datang jauh-jauh nak jumpa engkau, kau tidur pula. Boring betullah mamat seorang ni.

Bila Tok, Abba, Ammi dan lain-lain pergi makan, Tok Wan dukung aku. Selepas selesai makan, Ammi tanggalkan baju seluar aku dan tinggalkan Pampers aje sebab aku dah berpeluh-peluh. Mujur Pampers tu pun Ammi tak tanggalkan, kalau tak mana aku nak letak muka aku ni???

Ammi bagi aku minum susu dan nak tidurkan aku tapi aku tak mahu tidur. Aku nak tunggu Darwish bangun. Abba pula basuh periuk dengan Pak Su. Pak Su ni rajin juga, macam Abba.

Akhirnya Darwish bangun. Wah! Makin “sihat” si Darwish ni, especially pipinya. Gebu dan tinggi macam kuih pau. Mak Andak, Aadam nak Tanya ni, Mak Andak ada bagi Darwish makan yis ke? Kenapa pipi dia macam kuih pau?
Acara makan-makan mesti ada punya.  Ammi dan
Abba makan tinggalkan aku pada Tok Wan.

Darwish belum cukur kepala lagi. Dia buat tak kenal kat aku. Mentang-mentanglah aku dah botak, dia tak nak berkawan dengan aku pula.

Panas betul cuaca di sini. Aku terpaksa merelakan tubuh badan aku ini
menjadi tatapan umum.
Selepas aku dimandikan oleh Tok, Makcik Fiza menyiapkan aku. Kali ni aku dah takut dah seperti kali pertama dulu. Aku dah yakin dengan kebolehan Makcik Fiza. Selepas bersiap, Abba menjalankan aktiviti biasa Abba… menangkap gambar aku dan Darwish. Makcik Fiza dukung aku dan Mak Teh dukung Darwish. Kemudian Mak Teh meletakkan Darwish pun di riba Makcik Fiza. Ammi terus cakap, nanti patah tulang Makcik Fiza meriba aku dan Darwish. Amboi Ammi, kami taklah seberat itu. Kan Makcik Fiza??? Kan? Kan? Kan?
Kau minum susu cap badak ke Darwish?
Semacam je angin dalam badan kau
Mak Cik Zaira dengan Abang Izz sedang
mendodoikan Darwish. Tidur lagi!


Abba dan pak cik-pak cik yang lain sebok menolong mengemas pekakas dapur yang diguna pakai untuk memasak tadi. Ada empat lima kuali hitam legam yang perlu disental bersih sebelum di pulangkan kepada koperasi. Berpeluh jugalah Abba menenyeh kerak-kerak arang kuali tu. Kesian Abba, kalau Aadam dah besar tentu Aadam akan tolong duduk dalam kuali tu main-main. He he he.
Mak Cik Fiza dah pandai riba aku.
Dah nak sampai waktu lah tu...
Lima saat je Mak Teh larat angkat
 Darwish. Pastu Mak Teh pengsan.


Selesai bergotong royong membersihkan pekakas-pekakas tu, semua orang berehat di luar dapur rumah Tok Ayah Darwish sambil makan maruku dan minum teh. Sebenarnya majlis cukur kepala Darwish ni juga bersekali dengan majlis akiqah untuk aku. Tok Ayah Darwish berhajat sangat untuk sponser aku punya bahagian akiqah. Abba cuba untuk bayar duit untuk bahagian aku, tapi Tok Ayah Darwish tak mahu ambik. Dia sedekah katanya. Alhamdullillah. Semoga murah rezeki keluarga mereka.


Sempat Tok riba aku di luar dapur
 rumah ambil angin sambil aku
lepas-lepaskan angin.
 Sebenarnya juga lembu sembelihan ini adalah peliharaan Tok Ayah Darwish juga. Bersembang di luar dapur tu Tok Ayah Darwish kata dia ada berpuluh-puluh ekor lembu yang diternak di kawasan sekitar kilang hujung kampung mereka. Setakat sekor dua untuk sedekah tak luak pun. Patutlah. Terima kasih Tok Ayah Darwish. Semoga lembu Tok Ayah akan semakin membiak beliun-liun ekor lagi. Amin.

Selepas minum dan selepas Tok Darwish mengagih-agihkan daging aqiqah, kami bertolak balik. Tok Wan pun balik juga dengan keretanya. Adik Pak Ndak menunjukkan jalan keluar dari kampung Chini tu sehingga ke jalan besar. Mak datuk jauhnya jalan dalam tu. Hutan belantara pulak tu. Mak Andak akan balik malam nanti tapi Darwish tinggal dengan Tok Ayah.

Semasa dalam kereta, aku teringat pertanyaan Ammi kepada Mak Andak. Ammi tanya Darwish belum tengok rumah dia lagi ke? Mak Andak cakap belum. Iye tak ye juga. Kan selepas Mak Andak bersalin terus balik ke rumah Tok. Terus duduk kat sana sampailah semalam Mak Andak bawa Darwish ke rumah Tok Ayah. Hmm.. Aku tak tau Darwish beruntung dapat banyak berehat ke atau aku beruntung dapat banyak berjalan. Aku dah pergi merata-rata, hampir satu Malaysia. Dah pergi ke open house, majlis pertunangan etc. Hampir setiap hari aku naik kereta ulang-alik ke rumah Munni Khala. Darwish pula banyak duduk kat rumah dan berehat. Agaknya sebab tulah Darwish lebih berisi daripada aku. Entahlah, aku pun tak tau. Tapi yang pasti aku gembira duduk bersama Abba dan Ammi walaupun kena berjalan hari-hari dan Darwish gembira duduk bersama ToK, Tok Wan, Tok Ayah dan Tok seorang lagi. Kami sama-sama gembira. Mungkin aku terlebih beruntung sikit kot sebab orang cakap, jauh berjalan, luas pengalaman. Agaknyalah … (nak bagi sedap hati saja ni).

Kami sampai rumah dah malam. Nasib baik tak sesat lagi. Semua orang penat. Pak Teh, Mak Teh, Pakcik Jai dan Makcik Fiza balik selepas makan malam. Abba dan Ammi serta Nana Baji masuk tidur selepas itu.


16 10 2010. Sabtu

Kami nak pergi ke rumah Farooq Mamu hari ni. Nak pergi beraya… Ada lagi ke raya?

Asalnya Munni Khala cakap dia pun nak pergi juga tapi kemudiannya tak jadi pergi.
Beberapa lagi pose yang menjadi buruan banyak majalah majalah maskulin!

Kami bertolak selepas solat Zuhur. Noor Momani menyambut kami di muka pintu. Wah! Besarnya rumah Farooq Mamu. Ammi terus perasan Farooq Mamu ada sofa baru.

Selepas Noor Momani hidang mihun dan keropok, Noor Momani dukung aku sementara Abba, Ammi dan Nana Baji makan. Aku nampak Qayyum Bhaiya. Dia baru bangun tidur. Qayyum Bhaiya ni cute juga. Aku teringin nak bersembang-sembang dengan dia tapi dia tak layan aku pun. Mentang-mentanglah aku ni kecik lagi.

Selepas beberapa lama di sana, kami balik sebab Abba nak bawa Nana Baji ke klinik cek tekanan darah dia. Lagipun Pakcik Jai dan Pak Teh nak datang malam ni. Aku ingatkan sebelum balik Abba atau Ammi akan tukar Pampers aku yang sudah basah. Lagi pun aku “qada hajat” tadi, banyak juga. Dah penuh Pampers aku. Tapi …

On the way Nana Baji bersembang-sembang dengan aku. Aku minta dia tukar lampin aku tapi dia buat dek je. Tak faham bahasa aku gamaknya. Lama-lama aku mula rasa rimas dan mula menangis (ini ialah julung-julung kali aku menangis). Nana Baji suapkan susu, aku tak nak. Ammi suruh dukung pun aku tak nak diam. Akhirnya Abba dan Ammi faham yang aku minta tukar Pampers tapi tak ada tempat nak berhenti pula.

Ammi meriba aku di hadapan sambil buka tingkap kereta suruh aku rasa angin dan tengok pokok yang bergoyang. Aku diam sekejap tapi lepas tu aku mula nangis balik.

Akhirnya kami sampai dan Abba terus mandikan aku. Memang banyak aku buang air besar tu. Haaa! Baru lega.

Selepas solat Maghrib, Abba bawa Nana Baji ke klinik. Aku dan Ammi tak ikut. Doktor cakap ok, tak ada masalah.

Malam tu Mak Teh dan Pak Teh datang bawa burger.  Aku buat tak hairan sebab bukannya aku dapat makan pun. Selepas tu Pakcik Jai dan Makcik Fiza datang pula. Semuanya nak ikut ke Chini untuk aqiqah Darwish dan aku dan yang lain-lain. Aku teringat tadi Abba bagi tahu Farooq Mamu bahawa aqiqah tu adalah kenderaan untuk kita di hari akhirat. Oh! Begitu. Aadam tak tau pun. Oklah tu… esok aku akan dapat kenderaan aku untuk hari akhirat, Alhamdulillah.

Malam tu aku tidur dengan excitement. Esok nak tengok Chini pula, nak jumpa Tok, Tok Wan, yang lain-lain dan especially Darwish. Aku nak juga tengok dia kena botak. Lagi excited sebab nak tengok majlis aqiqah tu macam mana. Bestnya… Tak sabar nak tunggu esok. Sekarang giliran Darwish pula merasa apa yang aku rasa dan giliran aku pula tumpang tengok…





































15 10 2010. Jumaat

Hari ni aku dapat rasa satu benda lagi… rasanya sejuk, manis, lemak berkrim. Cuba teka apa benda tu. Itulah aiskrim. Munni Khala yang bagi rasa. Sedap giler woo…. Lepas tu Munni Khala kena marah dengan Khalid Khalu.
Bila nak besar-besar ni? Rugi lah tak dapat makan makanan orang besar-besar ni. Aiskrim, aiskrim, aiskrim.



Lepas tu Munni Khala bawa aku duduk atas buaian. First time aku rasa udara segar, duduk di bawah langit yang terbentang luas, angin lembut berhembus mengusap pipiku (yang juga lembut), dedaun pokok menari-nari mengikut irama lagu alam (Fuyoo! Terasa diri aku macam Sasterawan Negara pula. Tak payah tepuk, tak payah tepuk, aku saja je tak nak tunjuk kemampuan aku, he he).  Lagi aku nampak motorsikal dan kereta bersesak di atas jejantas di tepi rumah Munni Khala. Best gila. Aku duduk bersembang dengan langit, dengan angin, pokok, kereta, motor…. Macam orang tak betul je. Sesungguhnya ini satu saat yang amat indah. Terima kasih Munni Khala. Sekejap lepas tu aku masuk ke dalam rumah.

Malam tu Abba cerita kat Ammi aku makan aiskrim hari ni. Ammi pula bagi tau Abba semalam aku makan cicah mangga. Oh! Itulah benda yang aku makan semalam rupanya.

14 10 2010. Khamis

Rutin harian seperti biasa. Seperti biasa juga aku tengok semua orang makan macam-macam benda tapi aku hanya dapat susu je. Abba dan Ammi kadang-kadang offer aku makan benda-benda yang mereka makan tapi …. Setakat ajak-ajak ayam saja le. Baginya tidak pun. Bilalah aku nak membesar dan sapat makan segala macam makanan?
Abba, tengoklah Ammi ni bagi Aadam pakai baju sarung ketupat. Aadam malu lah menunjukkan
body Mr. Universe Aadam yang menjadi kegilaan ramai ni... 

Di rumah Munni Khala pun mereka makan something beramai-ramai sedangkan aku hanya pandang saja. Tiba-tiba Munni Khala bagi aku jilat jari dia, saja nak bagi rasa kat aku. Hmm… sedap juga. Manis. Apa benda tu?

Aku senyum panjang. Aku pandang lagi. Nana Baji pun makan juga. Dia pun nak bagi aku rasa tapi Munni Khala menghalangnya. Sedihnya. Kemudian Munni Khala bagi aku rasa lagi. Aku senyum lagi. Kemudian Munni Khala kena marah dengan Khalid Khalu. Khalid Khalu cakap aku tak boleh makan lagi, nanti sakit perut. La! Ye ke boleh sakit perut? Mana Aadam tahu.

Petang tu Abba datang jemput aku agak awal dari biasa, sekitar pukul 5.30 p.m. Ammi pun ada bersama Abba. Rupanya Ammi pergi hospital hari ni. Hospital lagi? Minggu lepas dah 2 kali pergi, minggu ni pergi lagi? Aadam rasalahkan Ammi, elok Ammi kerja kat hospital saja. Senang Ammi nak jumpa doktor.

Memandangkan hari ni kami sampai ke rumah agak awal, Abba sempat pergi surau. Selepas Ammi salin baju aku, Ammi bawa aku duduk depan tv sebab Ammi nak tengok acara gimrama di Sukan Komanwel. Aku pun pertama kali tengok acara sukan ni dengan penuh kekaguman. Wah! Hebat sungguh para gymnast tu. Malaysia pun dapat banyak pingat tapi emas ada 1 je.

Aku lebih tertarik tengok pakaian para gymnast yang colourful dan liplap-liplap. Tetiba Ammi cakap kat Nana Baji yang aku ni gatal, tengok budak-budak perempuan yang cantik-cantik tu. Bukanlah Ammi. Aadam tengok baju dia orang saja. Astaghfirullahul Azim. Terus aku palingkan kepala aku kea rah lain. Aadam sedih tau Ammi.

Lepas tu Ammi baringkan aku kat katil dan Nana Baji bagi susu. Semasa Ammi letakkan aku di bahu Ammi untuk disendawakan, aku termuntah di atas baju Ammi. Sorry Ammi, Aadam tak sengaja. Aadam kekenyangan dan susu tu terkeluar dengan sendirinya. Betullll …

Selepas balik dari surau dan makan, Abba pergi basuh kereta. Lama sungguh. Kotor sangat ke kereta Abba? Rasanya tak sebab hari-hari aku naik rasa ok je. Tapi agaknya kotorlah kot sebab seingat aku, sejak aku lahir, Abba tak pernah pun basuh kereta. Patutlah sampai hampir 4 jam Abba basuh. Ammi Tanya Abba apasal lama sangat basuh kereta. Abba cakap Abba polish kereta tu sekali. Oh! Macam tu. Nanti bila Aadam dah besar, Aadam nak tolong Abba basuh kereta juga. Hmmm… Banyaknya benda aku nak buat bila dah besar.

13 10 2010. Rabu

Hari yang biasa saja. Cuma masa balik kerja, Ammi agak tension dan tak berhenti-henti bercerita kat Abba sepanjang perjalanan. Ada masalah di tempat kerja. Ini yang buat aku rasa macam nak kerja sendiri je bila besar nanti.
Ye! Ye! Aadam boleh buat mata kumpuan macam iguana....


12 10 2010. Selasa

Nothing special about today. Aku rasa bosan sangat.
Abba janji masa cukur kepala aku dulu dalam dua hari rambut aku tumbuh macam biasa semula.
Ni dah berapa hari dah ni, satu, dua empat lapan belas ratus hari dah ni, dok lagu tu jugak.


11 10 2010. Isnin

Tak ada apa peristiwa menarik yang nak diceritakan untuk hari ini. Cuma Ammi bagi tau kawan-kawan Ammi dari pejabat lama ada call ucap tahniah dan minta Ammi bawa aku ke sana semula sebab mereka nak tengok aku.
Rupanya aku ni ada bakat terpendam sebagai peragawati, eh! peragawan.
Model lah tu... Jadi aku try bergaya dengan tuala je dah cukup...


10 10 2010. Ahad

Munni Khala bertolak balik selepas sarapan sebab Khalid Khalu nak pergi kenduri kahwin dan Khairul Bhaiya nak pergi kerja. Rumah menjadi sunyi sepi. Abba dan Ammi menggunakan masa ini untuk berehat. Aku pun berehat juga. Demam aku dah sembuh dan aku amat bersyukur. Kalau tak, mesti kena paksa makan ubat lagi.
Hari ni gembira sikit pasai tak ada apa-apa bahagian tubuh aku kena potong semalam.
Fuh! Lega beb...


09 10 2010. Sabtu
Pergi Pusrawi, jumpa Mama dan rumah terbuka

Satu hari yang penuh dengan aktiviti. Mula-mula kami ke hospital Pusrawi. Ammi bagi tau aku nanti ada aunty nak ajar Ammi macam mana nak menyusukan aku. Ammi minta aku co-operate. Aku rasa macam blur saja…
Alamak, pegi hospital lah pulak, rambut dah kena potong, apa lagi mereka nak potong ni?
Takkan dah nak kena toootttt dah kot? Aadam kecik lagi lah...

Aku perasan banyak orang yang pandang-pandang aku. Agaknya mereka pelik tengok Ammi yang berkerusi roda mendukung aku kot…. Keee aku ni comel sangat? Ahak!
Ammi dan aku sedang menunggu Aunty Zawiah
Sedang menunggu angka giliran di Pusrawi

Aku lepak sehingga terlelap
















































































Bila kami dibawa jumpa Aunty Zawiah, ternyata beliau seorang yang sungguh lembut. Oh! Rupanya Ammi nak bagi aku susu ibu dan Aunty Zawiah akan Bantu kami. Aunty Zawiah puji aku good boy. Alhamdulillah.
Kepada baby-baby kat luar sana, bila jumpa
doktor ni, larilah. Selamatkan diri masing-masing
sebelum kamu tak selamat.

Dari sini kami ke Klinik Wardah tapi Doktor Wardah dah balik. Aku jumpa Doktor Linda. Mula-mula berat badan aku ditimbang. Abba berseloroh dengan akak nurse tu sambil bertanya, timbang tu tak pecah ke sebab aku berat sangat. Sampai hati Abba. Berat aku naik lagi … dah 5.5 kg. berat ke tu?

Ella Baji ikut masuk ke bilik doctor sebab nak tengok aku kena cucuk. Seperti kali pertama, sakitnya taklah kuat sangat dan aku berbunyi “Nguek! Nguek!” 2 kali saja. Doktor Linda pun cakap aku good boy. Ehem!

Dari sini kami ke rumah Mama. Mama tu siapa? Mamalah bakal menjaga aku mulai bulan depan sebab Munni Khala nak pindah ke Seri Kembangan. Kata Abba jauh nak menghantar aku. Mama tinggal berdekatan dengan rumah kami. Mama ada nampak notis yang Abba tampal dulu dan call Ammi semasa kami balik dari rumah Tok itu hari. Aku rasa agak sedih sebab aku sayang Munni Khala dan semua di rumahnya.

Sesampai di rumah Mama, Mama terus dukung aku. Mama seorang yang peramah dan nampak baik. Mama bagi tau yang ada 2 orang lagi budak-budak yang mama jaga. Seorang tu umurnya 1 ½ tahun dan namanya juga Adam. Yang seorang lagi 8 bulan. Aku tak ingat namanya.

Semasa kami sampai di rumah dah pukul 3.00 p.m. Selepas solat, kelam kabut Abba, Ammi dan Ella Baji kemas rumah, isi kuih dalam baling, lipat tisu dan membuat persediaan lain.

Munni Khala sampai sekitar pukul 5.00 p.m. selepas sesat ke mana-mana tah. Terus khairul Bhaiya, Noor Bhaiya, nana Baji dan Isha Baji dikerah buat kerja. Abba panjat ke loteng, bawa turun meja dan kerusi. Munni Khala dan Khalid Khalu pun banyak membantu. Munni Khala buat cocktail. Khalid Khalu pula buat air bandung soda.
Aduh! Aku demam lepas kena cucuk pagi tadi. 

Aku hanya pandang saja. Aku dah mula rasa nak demam. Ammi pula pakaikan aku baju sepasang berserta topi warna merah. Macam Santa Claus da…

Kemudian Kak Ani sampai membawa makanan. Semerbak bau makanan tu membuatkan aku terliur. Mereka sampai waktu senja. Memang sebok gila Abba menguruskan macam-macam hal. Sampai tak semapai pun untuk jengok aku yang tengah demam ni. Menu pada hari itu adalah nasi hujan panas, rendang daging, ayam berempah, dalca, nasi impit, roti jala, mee jawa, bubur dan buahan. Sedap masakan tu. Ramai yang puji qualiti masakan kali ni. Maklumlah satu kepala pun bebelas ringgit. Botak kepala Abba yang sememangnya dah botak.


Khalid Khalu, khairul Bhaiya dan Noor Bhaiya
sebok memasang meja untuk diletakkan makanan. Pandai ke mereka memasang kaki meja guna spana tu....? Pastu mereka gantung lampu lip lap warna warni. Cantik sungguh kawasan depan rumah tu. Meriah.

Cuba cari aku. Tu yang kena riba topi merah tu lah.
Ammi diapit Purveen Momani dan Munni Khala.
Purveen momani datang bersendirian saja. Alam Mamu kerja. Kenapa tak bawa Johan Bhaiya dan Amirah Baji? Selepas tu Pak Andak, mak Andak dan Makcik Yati datang tapi Darwish tak ada. Dia kena tinggal di rumah Tok.

Kemudian makin ramai orang mulai sampai. Pak Teh sekeluarga, Farooq Mamu sekeluarga, Pak Ngah sekeluarga, Tasneem mamu sekeluarga, Khan Khalu, Yusuf Khalu, Yunus Khalu, Mashkoora Khala, Marsya Baji, Pakcik Jai, Pakcik Zul (jiran sebelah rumah) sekeluarga, Pakcik Naizam (adik Pak Teh sekeluarga) dan ada satu family yang aku tak pernah jumpa … Sarajun Nana, isterinya Nazhat Nani, anak-anak mereka Abu Shariz @ Kakul Mamu, Sharmat KHABIR @ Khurram Mamu, menantu mereka, Hira Momani dan cucu mereka, Tanya dan Sanya. Mereka adalah kawan baik Nana. Mereka meronda keseluruhan ruang rumah meninjau hasil tukang Abba. Ammi pulak suka sangat memberi penerangan itu ini bila mereka tanya.


Kebanyakan orang lelaki duduk di luar rumah saja kerana di dalam ramai perempuan. Ruang tamu ada dua tapi dah penuh dengan budak-budak dan wanita. Rasanya pasal meja makanan ada di luar, senang nak ambik. Adik - beradik Abba ada yang lepak luar pagar rumah. Memang penuh tak cukup tempat duduk pulak. Lain kali kena pasang kemah la lagu ni.


Sebahagian ahli keluarga Sarajun Nana
Pak Cik Zulkifli dan keluarganya.
Terima kasih kerana datang.


Nazhat Nani dan Kakul Mamu terkejut tengok aku. Ammi cakap aku anak Ammi dan mereka kata mereka tak tau pun Ammi bersalin. Mereka nampak gembira mendukung aku. 


Jiran sebelah rumah pun Abba jemput juga. Pak cik Zulkifly sekeluarga. mereka turut memeriahkan suasana. Ammi dan Abba sempat sesekali sesekala sahaja bersembang dengan mereka kerana terpaksa melayan tetamu-tetamu yang lain sama. Kesian Ammi sampai bengkak dan sakit-sakit kaki kerana bediri lama. 

Ada pertandingan senyuman 1 keluarga rupanya...
Meriah sungguh tapi aku tak berapa enjoy sebab aku tak dapat makan apa-apa dan sebab aku demam. Kenapalah masa ni baru doktor tu nak cucuk aku dengan jarum dia tu. Dah lah sakit bum bum, demam pulak. Kalau tidak tentu ramai nak melayan aku sembang- sembang sambil gelak-gelak. Sedih sungguh hari ni. Abba, lain kali nak buat rumah terbuka jangan buat masa sama hari pergi klinik. Atau pun tak payah pergi kliniklah boleh tak? Alah cakap je kat doktor tu Aadam sihat.


Agak lama juga semua orang ada di rumah kami. Selepas tu seorang demi seorang mulai beransur balik. Alam Mamu ada pesan pada Purveen Momani suruh tapau sikit makanan untuknya. Purveen Momani tunggu sampai hampir semua orang dah balik barulah Purveen Momani tapau.

Bismillahhirrahmannirahhim...!
Mak Ndak terlupa baca ya...
Pak Ndak dan Mak Ndak sebenarnya nak balik awal kerana ada urusan lain. Mereka makan awal mulanya. Tapi pasal makanan tu sedap mereka pun lepak lama-lama untuk terus makan dan makan dan makan. Amboi... tak tinggal sikit ke kat Aadam Mak Andak? Tengok je la gambar Mak Ndak sebelah tu, siap bersila rapat lagi. Tak pa makanlah Mak Ndak, Aadam paham mungkin Mak Ndak rindu kat Darwish.... Mak Ndak nak tapau tak? Tapi kena tunggu orang balik dulu ya.


Isha Baji sedang menjahanamkan balancing topi aku.
Alhamdullillah, majlis rumah terbuka kali ini berlangsung dengan jayanya. Walaupun masih banyak kepincangan dan kekurangan yang perlu Abba dan Ammi perbaiki dimasa hadapan, ianya sudah cukup memuaskan hati mereka kerana majlis ini dibuat secara agak tergesa-gesa. InsyakAllah lain masa Abba nak nbuat lebih teratur dan penuh kejutan. Macam AF pulak.

Mak Teh pun tapau juga. Katanya untuk keluarga Pak Teh.

Selepas semua orang balik, barulah Abba dan Ammi makan. Agaknya sebab kepenatan sangat, mereka makan sikit saja. Kemudian Abba dan Khalid Khalu basuh tray yang berisi lauk sementara Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji tolong kemas. Ammi dah tak boleh jalan sebab kaki Ammi sakit sangat. Munni Khala pula jaga aku.

Tanya dan Sanya, boleh ke makan
makanan melayu ni...?
Dan Munni Khala bawa aku ke satu bahagian rumah aku yang aku tak pernah pergi …. Ke bilik tetamu di bahagian belakang rumah. Wah! Cantiknya bilik ni. Khabarnya Abba sendiri yang buat plaster ceiling berbentuk kubah masjid dan mempunyai 4 bintang besar di 4 penjurunya berserta lampu berwarna-warni yang padam, nyala, padam, nyala serta lampu yang bertukar-tukar warna yang berjuntai dari “kubah” itu. Aku paling tertarik tengok lampu beraneka warna itu. Sungguh menarik Kenapa aku tak pernah dibawa ke bilik ini?

Kemudian Ammi datang ke bilik tetamu tersebut, duduk berbual dengan Munni Khala. Kemudian seorang demi seorang Baji dan Bhaiya mulai masuk. Dan kemudian … Munni Khala bagi aku makan ubat demam. Yuks! Pahitnya. Aku tak suka. Aku meluahkan balik ubat itu dan mulai menangis. Benda yang aku nak makan, tak nak bagi. Ubat yang aku tak nak, bagi pula. Ammi tertunggu-tunggu reaksi aku minum ubat dan ternyata Ammi kecewa sebab aku susah nak makan ubat.

Bila Khalid Khalu masuk tidur, semua orang berkumpul di ruang makan pula. Abba duduk sekejap dan kemudian pergi tidur. Ammi, Munni Khala, Khairul Bhaiya, noor Bhaiya, nana Baji dan Ella Baji duduk berborak. Oh! Lupa pula … Isha Baji dah balik ikut Khan Khalu sebab esok dia ada sukan. Entah pukul berapa Ammi masuk tidur aku pun tak tahu.

08 10 2010. Jumaat

Hari ni Abba datang menjemput aku agak awal. Ammi pun ada. Eh! Tak kerja kah? Rupanya Ammi pergi hospital lagi. Ammi sakit apa, asyik ke hospital aje.
Lepas minum susu. Erkkk! Alhamdulillah...Ammi pun tak pakaikan aku seluar kasi perut selesa sikit,
maklumlah seluar aku kebanyakannya dah sendat-sendat.

Hari ni Jumaat so Nana Baji tak ikut balik tetapi Ammi meminta Ella Baji ikut Ammi sebab nak minta tolong kemas rumah dan buat kerja. Yelah kan esok orang ramai nak datang ke rumah kami. Kenapa Ella Baji? Sebab Ella Baji rajin tolong dan bila dia buat kerja, kerjanya memuaskan hati. Ceh! Banggalah tu Ella Baji. Err… Aadam nak Tanya sikit … Ella Baji ada cita-cita nak kerja amah ke besar nanti? He! He! He! Jangan marah Ella Baji. Aadam gurau saja sebab saja nak bagi Ella Baji marah.

On the way balik, Ammi singgah di pejabat lama Ammi. Kami dah sampai ke kawasan tu dalam pukul 5.00 p.m. tetapi sebab jam, kami hanya sampai ke pejabat Ammi selepas pukul 5.30 p.m. Kebanyakan rakan Ammi dah balik. Tinggal beberapa orang saja. Mereka terkejut tengok aku dan gembira buat Ammi. Ex-boss Ammi pun ada… Uncle Pathi namanya. Baik orangnya. Aku didukung oleh Aunty Saras dan Uncle Rama snap gambar aku dengan Aunty Saras. Tu mesti nak tunjuk pada rakan-rakan Ammi yang lain lah tu.

Esok adalah satu hari yang membawa perasaan yang berbaur untuk aku … excited ad sebab orang ramai-ramai nak datang dan takut pun ada sebab nak kena pergi hospital. Tambah merunsingkan aku ialah esok aku sememangnya akan kena cucuk kat klinik … cucuk 3 serangkai. Apa benda tu? Apasallah banyak sangat perkataan-perkataan pelik yang aku dengar sejak kebelakangan ni.

Malam tu aku tidur dalam separa ketakutan tapi taklah setakut macam first time kena cucuk dulu.


07 10 2010. Khamis

Satu lagi hari yang membosankan. Cuma aku dengar-dengar Munni Khala cakap nak datang rumah kami. Bila tu? Nak datang tidur kat sini kah? Bestnya.
Alamak, Ammi nak buat rumah terbuka jemput orang datang beraya di rumah.
Macam mana nak cover kepala aku yang bersinar silau ni.

Lepas tu aku dengar Abba dan Ammi berbincang nak buat catering, nak panggil adik-beradik datang makan malam kat rumah kami. Bila tu?

Aku dengar Ammi call makcik yang buat catering tu. Kak Ani namanya. Wah! Macam-macam Ammi order… nasi hujan panas (nasi hujan panas? Apa ke benda tu? Macam menarik saja), kari ayam, ayam berempah, rending daging, dalca, jelatah, pulut kuning, roti jala, nasi himpit, kuah kacang, mi jawa (ni mesti pasal aku orang jawa, tu yang nak order mi jawa) dan bubur caca. Banyaknya… Terliur aku, tapi tak de maknenye. Bukannya dapat makan pun.

Ammi sibuk menghantar sms menjemput adik-beradik datang untuk makan malam pada hari Sabtu nanti. Oh! Nak buat pada hari Sabtu ye.


06 10 2010. Rabu

Hari ni Ammi nak pergi hospital, ada appointment jadi Ammi ikut kami ke rumah Munni Khala. Selepas hantar aku dan Nana Baji, Abba bawa Ammi ke hospital.
Malam tadi mimpi tumbuh rambut, selai je... Macam Upin je pulak. Betul, betul, betul....

Hari ni pun tak ada peristiwa menarik. Petang ni Abba datang ambil aku macam biasa. Ammi tak ada. Rupanya Abba dan Ammi masuk balik kerja selepas balik dari hospital.

Ammi ok ke? Aku pun tak tahu, Cuma aku dengar Abba dan Ammi nak bawa aku ke hospital hari Sabtu nanti. Ha! Buat apa bawa aku ke hospital? Aku tak nak pergi … nanti doctor cucuk aku macam mana?

Tapi aku rasa aku tak ada pilihan. Mau tak mau aku kena pergi juga.

05 10 2010. Selasa
Bagus jugak botak ni, air cond guna free je. Jimat bill elektrik tiap bulan.

Satu hari yang memboringkan. Tiada apa yang special hari ni.

04 10 2010. Isnin

Hari ni aku pergi ke rumah Munni Khala pun pakai topi. Ammi cakap pada Munni Khala yang rupa aku nampak macam gangster selepas dicukur. Gangster Kg Dusun ke? Sedihnya.
Abba... tolonglah tampal rambut palsu guna photoshop supaya Aadam nampak terus hensem.
Nanti kalau tak ada awek minat kat Aadam nanti, siapa susah? Awek tu jugak...

Aku expect semua orang tak nak kawan dengan aku terutama sekali Isha Baji. Sesampai aku di rumah Munni Khala, Khalid Khalu panggil Isha Baji sambil berkata, “Tengok si botak dah sampai”. Kecik hati Aadam tau Khalu.

Isha Baji datang bersembang dengan aku. Dia cakap walaupun aku dah botak, dia tetap akan berkawan dengan aku. Isha Baji suruh aku ingat dan bila rambut aku dah tumbuh nanti, jangan kawan dengan orang-orang yang tak nak kawan dengan aku sekarang.

Kemudian satu demi satu orang datang bermain dengan aku. Dia orang tak kisah pun aku dah botak. Fuh! Lega aku.

03 10 2010. Ahad
Majlis cukur kepala 

Hari yang langsung aku tak tunggu-tunggu pun tiba. Tok subuh-subuh lagi dah bangun. Ketang ketung bunyi di dapur.
Aku tak dapat menyorokkan lagi muka cuak aku. Habis lah rambut aku hari ni.

Semasa semua orang sedang bersarapan, jiran-jiran Tok mula datang nak tolong masak. Seronok juga macam ni, bergotong-royong. Kat Bandar mana ada? Ramai juga yang datang.
Jiran-jiran sekampung sedang sebok bergotong-royong
sambil bertukar-tukar umpatan.

Dan ramai juga yang mistook me for Darwish. Ada seorang nenek tu datang sembang-sembang dengan aku macam aku ni Darwish. Bila Tok Wan cakap yang aku bukan Darwish, terus aku ditinggalkan dengan satu komen yang tak best. Ammi seperti biasa, berkecil hati dengan nenek tu. 

Ammi, kan Aadam dah cakap, Ammi jangan ambil peduli apa yang orang cakap. Tak rugi apa pun kalau nenek tu tak sembang dengan Aadam. Janji Abba dan Ammi dan family Abba dan Ammi terima Aadam cukuplah.

Tok sedang mententeramkan jiwa aku.


Tok Wan pun memujuk aku agar
jangan cuba lari dari rumah.
Sedang semua orang sibuk membuat persediaan, tetiba bekalan elektrik terputus. Ini pengalaman pertama aku mengalami black out. Panasnya. Ammi tanggalkan baju seluar dan stockings aku. Abba pula datang tanggalkan barut aku. Tinggal lampin aku je tak ditanggalkan. Abba bawa aku duduk di beranda rumah supaya ada angin. Lama kelamaan, beranda tu dah dipenuhi orang, Abba, Ammi, Mak Andak, Pak Andak, Mak Teh, Pakcik Jai, makcik Fiza, Pak Su, Abang Izz, Darwish dan aku. Oh! Lupa pula… dan buaian Darwish.
Huh! nasib baik ada Pak Ndak kalau tidak
semua orang makan nasi dalam daun pisang.

Pak Teh bersemangat mengangkat
tungku samapai tak sempat tukar kain.
Abba meletakkan aku dalam buaian Darwish, saja je nak bagi rasa tidur dalam buaian. Emmm… Ok juga tidur dalam buai tapi … rasa macam baby, baby lah pulak. Semua orang cakap aku dah besar. Tok, Mak Teh,  Mak Njang semua cakap macam tu bila ada sesiapa tanya kenapa aku jarang menangis berbanding dengan Darwish.
Tumpang tidur dalam kubang Darwish
Ammi membisikkan Aadam tetap hensem
kalau botak pun.

Tok dan Tok Ayah Darwish pun datang ke majlis tu. Mereka pun lepak kat luar saja. Makcik Fiza, Pakcik Jai dan Pak Su sambung projek sediakan beg cenderahati. Semasa Ammi buat tu bahan-bahan untuk diisi dah habis tapi Abba rasa macam tak cukup saja jadi Abba minta Pakcik Jai belikan lagi. Itu yang mereka tengah sambung buat tu … beg yang baru dan bahan-bahan tambahan.
Elektrik tak de so semua orang lepak luar rumah sambil
isi beg cenderahati untuk tetamu nanti.


Gambar atas: Semua acara Pak Ndak sertai, 
gila kuasa sungguh.
Gambar bawah: Orang inilah yang Aadam paling
benci hari ni. Nama dia Pak Cik Jai.
Dipendekkan cerita yang panjang, bekalan elektrik ada semula hampir-hampir majlis bermula. Aku sebenarnya dah pasang harapan majlis tu dibatalkan sebab tak ada elektrik. Kini musnahlah harapan aku. Nampaknya memang rambut aku tak akan dapat diselamatkan.

Tok suruh Abba masukkan sedikit duit syiling ke dalam bekas yang berisi bunga rampai. Kata Tok, nanti para tetamu akan mengambil sejemput bunga rampai itu dan simpan dan sesiapa yang bernasib baik akan mendapat duit syiling tersebut. Ammi tertawa dan cakap nak buat apa setakat 5 sen atau 10 sen. Tok cakap duit tulah yang orang nak berebut sangat sebab boleh buat ibu duit. Ibu duit? Apa tu? Duit pun ada ibu ke? Oh! Rupanya ibu duit tu maksudnya duit yang boleh bawa rezeki. Ada ke macam tu? Bukankah rezeki itu dari Allah? Mungkin itu kepercayaan orang dulu-dulu. Mungkin tujuannya supaya kita hargai duit.

Sekali tu Abba pergi ambil satu kotak syiling dari dalam kereta dan masukkan ke dalam bekas bunga rampai itu. Pak Su ketawakan Abba dan cakap, “Macam ni kalau semua orang pun dapat”. Mungkin itulah tujuan Abba yang baik hati… biar semua orang dapat rezeki.

Jiran-jian cuba membandingkan aku dengan Darwish.
                 Tak lama selepas itu jiran-jiran mulai datang, yang lelaki duduk di atas sementara yang perempuan duduk di dapur di bawah. Majlis bermula selepas solat zohor. Jemaah surau kampung mula datang berduyun-duyun. Ada orang tua ada orang muda. Rakan sekolah rendah Abba pun ada jugak. Mereka duduk mengelilingi ruang tamu rumah Tok Wan. Penuh keliling, nasib baik masih muat untuk aku lending-lending.


Tok imam panggil Abba bawa aku di hadapan dia. Aku di diriba sambil dibacakan ayat-ayat suci Al Quran. Terkejut monyet aku bila mulut aku disuap dengan cebisan garam. Masin...Pastu gula pulak manis...Cebisan kurma pun aku kena paksa telan. Minum air zam-zam sampai bersudu-sudu. Tidur aku yang lena tadi terganggu kini. Terbang abis mimpi indah menari di pelantar pelangi.
Antara para tetamu yang hadir.
Tok Imam sedang membaca ayat-ayat suci ke telinga aku.


Lepas aku si Darwish pulak. Dia selamba je telan semua tu. Ewah, cool lah tu konon. Tapi aku rasa Darwish tu tidur pengsan, tu yang tak perasan amenda terjadi di sekeliling dia tu.


Abba mendukung aku mengelilingi tetamu yang
membaca selawat.
Kami kena gunting ujung rambut oleh Tok Imam sorang sikit. Selepas tu upacara mengelilingi tetamu dengan laungan selawat nabi bermula. Abba dan Pak Ndak mendukung aku dan Darwish mengelilingi para tetamu. Pak Teh jadi tukang kasi beg-beg cenderamata sementara Tok Wan membawa dulang bunga rampai berisi duit syiling untuk di'cabut' oleh para tetamu. Gembira sungguh mereka yang berjaya mendapat syiling bertuah tu. 


Kesian Darwish, tak tau kat bahagian mana Tok Cik tu nak
potong rambut dia yang sudah pun botak tu.
Sebenarnya aku dan Darwish tidur lena dengar alunan selawat nabi tu. Lagu tu best. Sampai satu round, Tok wan dan Pak Teh dah tak ikut round ke dua. Semasa round tu semua orang akan usap kepala aku atau cuit aku sana sini. Ada jugak yang tepuk bahu Abba. Macam ucap tahniah la tu. Upacara tu selesai apabila masuk round ke tiga.
Jamuan makan adalah acara kemuncak majlis
cukur kepala kami.


Antara hidangan untuk para tetamu, masak lemak tempoyak ikan patin, daging kicap, ikan goreng, ulam timun dan sambal belacan.
Selepas itu aku dibawa Abba kepada Ammi yang sedang menanti di dapur bersama Mak Ndak dan ramai lagi orang perempuan. Majlis bacaan doa selamat menyusul selepas itu.


Selesai berdoa upacara jamuan makan kenduri bermula. Sebok semua orang bergotong royong menggangkat talam berisi lauk pauk dan nasi ke hadapan ruang tamu untuk dijamu kepada tetamu yang hadir. Jumlah kehadiran tetamu lelaki sahaja rasanya sekitar 50 orang jugalah. Sememangnya apabila Tok Wan buat kenduri ahli blok ramai yang datang.



Isss, bibik Ella dan bibik Nana dok kat KL pulak, kalau
tidak mereka dah kemaskan dah ni....
Selesai makan tetamu pun balik. Tinggallah ruang tamu yang berselerak dengan pinggan-pinggan kosong dan saki baki lauk pauk. Alamak sapalah nak kemas ni. Aadam? He he he buat buat tidur lah. Selamat....

Rambut aku cuma kena gunting sejemput je. Itu saja ke? La, ingatkan nak kena cukur botak. Ekeleh! Setakat sejemput tu saja. Kalaulah aku tahu dari mula… taklah aku perlu risau akan hal ini. Dulu-dulu tu aku panic masa nak kena cucuk tapi sakit macam kena gigit semut saja. Ni risau nak kena cukur botak tapi tak sampai botak pun.

Aku pelajari sesuatu dari sini, kita tak perlu risaukan sesuatu yang belum pasti sebab end result dia tak semestinya seteruk yang kita sangkakan. Hmm.. aku akan ambil iktibar dari peristiwa ini.

Selepas jiran-jiran lelaki balik, Tok bagi Ammi bekas bunga rampai tu suruh ambil dan simpan. Ammi ambil sekeping duit 50 sen dan cakap, “Ini untuk Aadam. Mudah-mudahan Aadam dimurahkan rezekinya”. Amin. Terima kasih Ammi.


Ammi, Makcik Fiza, Mak Anadak dan lain-lain naik ke atas. Tinggal Tok dan jiran-jiran perempuan serta Tok Darwish saja di bawah. Riuh rendah mereka berebut duit syiling… nak buat ibu duitlah tu.




Gambar atas: Kesian Ammi, baru boleh makan 
selepas orang semua balik.


Gambar Bawah 1: Aku 'pengsan' seketika setelah 
melihat pisau cukur yang akan menggondolkan kepala aku.
Gambar Bawah 2: Abba mengambil kesempatan
kepengsanan aku untuk memotong pendek rambut aku.
Abba merasmikan memotong rambut
 aku sedikit.
Kemudian tanpa aku sangka-sangka …. Pakcik Jai datang bawa pisau cukur. Nak buat apa tu? Abba pula dukung aku. Baju aku ditanggalkan. Tetiba aku tersentak. Oh, TIDAK! Rambut aku nak kena cukur juga akhirnya. Ingatkan dah selesai. Oh, no!

Pakcik Jai yang akan cukur rambut aku. Ammi takut-takut dan mahu Tok yang cukur tapi Abba cakap Pakcik Jai boleh buat. Ammi berkali-kali pesan Pakcik Jai suruh berhati-hati. Aku lagilah kecut. Sememangnya aku ketakutan dan mulai menangis. Aku tak peduli orang nak kata apa.

Pak Cik Jai cuba melicinkan kepala aku dengan gunting.
Entah berapa banyak pisau cukur yang Pakcik Jai tukar dan entah berapa banyak posisi duduk yang Pakcik Jai ubah. Aku dah tak nak kira. Bila aku menangis kuat-kuat, Pakcik Jai berhenti sekejap. Abba cuba pujuk aku dengan bagi rasuh susu. Bila aku diam, Pakcik Jai sambung balik.



Aku ditenangkan oleh Abba dengan sogokan
susu kegemaranku.
Tak lama lepas tu Tok datang nak tengok. Tok duduk dekat aku sekejap kemudian turun balik ke dapur. Sedikit demi sedikit aku rasa rambut aku hilang. Ammi dan Makcik Fiza hanya mampu memandang, penuh kesedihan. At least ada juga orang bersimpati dengan aku.
Amboi! semua orang bergembira mengorbankan
rambut aku.
Tok juga bersubahat. Korek telinga aku buat aku leka.


Akhirnya kepala aku dah licin. Terasa ringan je kepala aku. Sungguh aku tak sangka Pakcik Jai yang nampak baik tu, rupanya sekejam ini. Aadam akan ingat Pakcik Jailah orang yang membotakkan Aadam. Taka pa Pakcik Jai, ada lori, ada bas….. Tapi aku tetap berterima kasih pada Pakcik Jai sebab sungguh teliti melicinkan kepala aku dan tak bagi luka. Ala-ala expert gitu. Lepas ni bolehlah buka kedai gunting rambut.


Hasil yang 'cantikkkk'

Untuk melindungi kecantikan itu...


Kemudian aku mandi dan Abba pun mandi sebab badan Abba pun dah lekat rambut aku. Kami semua bersiap-siap dan balik. Mak Teh dan Abang Izz pun ikut balik. Ammi pakaikan aku cap sebab nak cover botak aku. Tok Wan nak tengok rupa aku selepas dibotakkan. Tok Wan cakap apa nak malu… nanti tumbuh rambut lagi lebat.

Kami sampai ke rumah agak lewat. Tok ada bekalkan lauk. Semua orang makan di rumah kami dan kemudian mereka balik ke rumah masing-masing.



02 10 2010. Sabtu
Balik Pahang untuk majlis cukur kepala aku

Hari ini dalam sejarah. I did something new today. Masa tengah tidur awal pagi tadi, aku berjaya tidur mengiring. Wah! Bestnya. Dah penat rasanya asyik terlentang je. Lepas tu aku lunjurkan kaki aku sampai menceroboh kawasan Abba. He! He! Brutalnya aku. Kesian Abba. Masa Ammi bangun subuh tu, Ammi rasa hairan apasal aku boleh mengiring sampai ke tempat Abba. Ammi ingat Abba yang letak aku macam tu dan Ammi terlentangkan aku. Ammi, susah payah Aadam pusing tau. Kesian Aadam.

Semasa Abba dan Ammi tengah bersiap, aku cuba sekali lagi untuk mengiringkan badan aku dan berjaya. Abba yang nampak, terus capai iPhone dan tangkap gambar aku. Lepas tu Abba mengadu kat Ammi bahawa malam tadi aku telah “merampas” sebahagian daripada tempat tidur Abba. Ammi ketawa je.

Aku nak cuba benda lain pula… Jeng je jeng! Aku berjaya! Aku dah tiarapkan badan aku. Yesss! Tapi, errr… macam mana nak imbang badan aku di atas perut yang buncit ni? Aduh! Sakitnya perut aku. Rasa nak termuntah pula. Macam mana nak dongak kepala ni? Beratnya kepala aku. Ni mesti capacity otak aku terlalu tinggi (maksudnya mesti aku ni cerdik kot Insya Allah). Arrgh! Aku rasa sesak nafas fasal tak boleh nak dongak kepala. Aku nak terlentang baliklah tapi …. Macam mana? Ah! Eh! Tak bolehlah! Dah penat aku mencuba. Abba, Ammi! tolong Aadam. Aadam tak boleh nak pusingkan badan Aadam dah. Tolongggg...
Acara terjun atas katil. Rekod  aku pegang.

Mujur Abba menoleh kearah aku dan dengan pantas Abba berlari ke arah aku. Ammi pun menoleh. Tapi … Abba bukan datang tolong aku tapi tangkap gambar aku. Ammi pun excited. Lepas tu baru Abba dan Ammi perasan yang aku dah jadi macam lipas terbalik yang tak boleh betulkan badannya dan aku pun dibantu untuk baring terlentang semula. Alhamdulillah. Lepas tu Abba dan Ammi mengata aku… aku tak boleh nak terlentang sebab badan aku berat sangat. Ye kah? Apa-apa pun, aku dah selesa sekarang. Abba dan Ammi menyusun bantal di kiri kanan aku supaya aku tak tiarap sendiri-sendiri, nanti jadi macam tadi lagi.

Perjalanan pulang ke kampung. Pak Cik Jai jadi
 pemandu. Abba duduk sebelah aku.
Kami bertolak balik ke Pahang pagi-pagi lagi. Nampaknya semua orang tak sabar-sabar nak membotakkan aku.

Sampai ke Bandar Pusat Jengka, Abba singgah beli kitab Yassin untuk dihadiahkan kepada tetamu yang datang ke majlis cukur kepala aku nanti. Aku terjaga dari tidur dan mula menangis. Ammi dukung aku sambil cuba mendiamkan aku sementara Makcik Fiza tolong buat susu. Makcik Fiza? Retikah? Ammi bagi tau Makcik Fiza sukatan yang perlu dimasukkan ke dalam botol susu. Sampai aje botol susu ke mulut aku, aku terus membedal sebab dah kelaparan. Tak kiralah sedap ke tidak. Tapi oklah, pandai juga Makcik Fiza. Ingatkan pandai buat masakan barat je.
Ugh! Gelilah, janganlah geletek Aadam
Apalah Mak Cik Fiza ni, gatal...
Macam biasa Tok akan memandikan aku
 di dalam besen, best giler...



























Abang Izz dan Darwish sedang sedap tidur semasa kami sampai di rumah Tok Wan. Kami berehat-rehat sebentar sebelum Tok memandikan aku. Abba mendera Makcik Fiza dan minta Makcik Fiza siapkan aku. Makcik Fiza kekok dan takut-takut. Aku? Lagilah takut. Macam mana kalau tangan kaki aku tercabut. Eeee! Ngerinya! Sepanjang Makcik Fiza membedak dan meminyak dan melosyen dan membarut dan “melampin” dan memakaikan aku baju, aku menahan nafas aku. Rasa macam jam dah berhenti bergerak pula. Apasal lambat sangat? Akhirnya … Fuhhh! Lega. Dah siap.
Darwish...comelnya....
ko minum susu apa hah?
Apalah Darwish ni, kuat minum. Aik!
Susu Aadam sapa pun tak kasi ke?









































Darwish dah bangun. Abba, Ammi dan Makcik Fiza duduk mengerumuninya. Wah! Bulatnya Darwish… lagi bulat dari aku. Ini membuat aku rasa cukup senang hati. 


Tak lama jangka hayat bouncer ni.
Esok lusa roboh lah tu.
Pak Ndak sedang memikirkan saiz baju yang sesuai
untuk di beli buat Darwish.
Tok, Mak Ndak dan Pak Su sedang menyediakan bunga rampai untuk majlis cukur kepala aku esok.








Bolehlah aku tambah “intake” susu aku. Sebelum ni aku ingatkan akulah budak paling tembam di muka bumi ini sebab Munni Khala selalu cakap aku gemuk, nanti susah nak tiarap, duduk dan berdiri (apatah lagi berjalan). Aku dah berkira-kira nak start diet dah, tapi lepas tengok Darwish, aku lupakan saja niat aku. Thanks Darwish.


Tok, Mak Ndak dan Pak su sebok menyediakan bunga rampai untuk majlis esok hari di waranda rumah petang tu. Daun pandan, bunga berwarna-warni dihiris halus dan digaul sebati lalu dicampurkan sedikit minyak wangi. Bunga rampai ini akan dimasukan kedalam sebiji mangkuk dan akan digaul sekali lagi dengan duit-duit syiling. Duit syiling ini akan menjadi rebutan tetamu esok apabila upacara keliling bermula. Sesetengah orang akan menyimpan duit ini sebagai berkat kononnya.
Tok Wan memang pakar menjala.
Jurus pertama tali jala warna hitam la...

Di belakang rumah Tok Wan ada projek kolam ikan. Ada dekat sepuluh buah kolan ikan  semuanya. Abba dapat sebuah kolam yang agak besar juga. Pada asalnya kawasan ini kawasan berpaya. Semak samun penuh hutan. Dahulu semasa zaman sekolah rendah dan menengah Abba yang teroka paya ni. Abba suka buat pondok atas pokok, kubu dalam tanah dan juga kolam ikan. Abba korek dengan tangan sendiri tau. Hasilnya adalah kolam seluas 10' x 7'. Abba tangkap ikan guna pancing atau bubu dawai dari sungai dan masukan ke dalam kolam tersebut. Tapi ikan tu sering tak sempat besar, makan dek biawak. Kesian Aabba.


Petang tu Tok Wan, Abba, Pak Andak, Pak Teh, Pakcik Jai, Makcik Fiza dan Pak Su turun ke kolam ikan di belakang rumah untuk menjala, nak buat lauk untuk majlis cukur rambut aku esok. Seronoknya mereka menjala. Aku teringin nak ikut tapi bila fakir ikan tu nak buat lauk meraikan kehilangan rambut aku, aku tak jadi.


Kata Abba Tok Wan pandai menjala. Banyak ikan dia dapat. Ada satu lagi jala yang Pak Cik Jai guna. Eh! Pak Cik Jai pandai ke menjala. Menjala Makcik Fizza pandai la...Setelah tiga ekor setengah ikan Pakcik Jai dapat, dia kasi jala pada Pak Ndak untuk menunjukkan kehandalan Pak Ndak menjala. Dengan sekali tebar, dua kali, tiga, empat belas, seratus dua puluh setengah hingga seribu ratus kali tebaran, sahlah Pak Ndak perlu menjauhkan diri dari jala. Sehingga Aadam sendiri pun tak sanggup menyiarkan gambar Pak Ndak sedang tebar jala. Takut spoil blog aku ni pulak. Hu hu hu...


Pak Cik Jai sedang menebar jala, dalam
10 kali 1 je sempurna kembang.
Basah kuyup, aksi macam bagus,
sengeh sehingga telinga bila dapat ikan .
Tok Wan risau hasil tangkapan kurang pasai ikan menyorok dalam lopong tebing kolam. Pak Ndak dan Pak Teh turun ke dalam kolam untuk menghalau ikan dari tempat persembunyian mereka. Mak Cik Fiza pun sebenarnya teringin nak terjun kolam. Teruja sangat tapi memandangkan ada lintah dia batalkan. Pastu teringat dulu masa menjala di kampung Perak kena sengat ikan sampai MC tu lagi buat Mak Cik Fiza pobia gila dengan ikan.
Makcik Fiza sentuh ikan...? oh!
macam tak percaya.
Antara ikan-ikan yang malang.


Tok Wan dapat ikan patin yang besar. Ikan lampam pun ada. Goreng sedap ni. Banyak juga ikan yang menjadi korban hari tu. Gambar Pak Ndak dengan Pak cik Jai beraksi dengan ikan tu sebenarnya hasil dari tangkapan Tok Wan. Nak tangkap sendiri... hampeh...

Abba, Ammi dan makcik Fiza bersedih rambut punk aku nak dikorbankan esok. Rupanya ada juga insan lain yang mengerti perasan aku dan berkongsi kesedihan aku. Tok Wan cakap nanti rambut aku tumbuh lagi lebat. 


Ammi sedang menyediakan beg cenderahati
untuk diberi kepada tetamu esok.
Bangga sungguh Aadam bila Ammi
berjaya melipat satu bekas telur.
                                   Aku tengok Darwish buat selamba je. Apa taknya, dia nak kena cukur sikit je. Majlis cukur Darwish yang sebenarnya akan dilangsungkan di rumah Tok Ayah (ayah Pak Andak) 2 minggu lagi. Patutlah member relax je. Lagi pun rambut Darwish tak selebat rambut aku dan dia tak ada rambut yang semulajadi pun macam aku.

Ammi hantu pulut, sayang nak bagi pulut tu kepada tetamu.










Ammi sibuk menyediakan beg cenderahati untuk         tetamu. Beg organza itu diisi kitab Yasin, telur rebus, sumi, lollipop dan pulut kuning. Makcik Fiza dan Mak Teh pun tolong Ammi.

Malam itu aku tidur dalam kesedihan. Malam terakhir aku masih berambut. Macam mana kalau rambut aku tak tumbuh-tumbuh? A’uzubillah hi min az-zalik.







01 10 2010. Jumaat
Rancangan dibatalkan...
"Kubang" aku dah makin sempit rasanya. Bila boleh dapat yang besar sikit Ammi?











































Satu hari yang aku tunggu-tunggu. Hari ni Ammi ada jemputan ke rumah anak-anak yatim sempena majlis rumah terbuka hari raya. Abba dan aku pun akan ikut. Aku excited nak jumpa ramaiiii…. kanak-kanak sebaya aku. Bolehlah aku cari kawan baru di sana nanti.

Petang ni Abba pun datang awal menjemput aku. Munni Khala masih solat Asar lagi. Kelam kabut Nana Baji, Ella Baji dan Isha Baji menyiapkan aku…. “membedakkan” aku dan menyalin pakaian aku. Eeee! Gerunnya aku. Nanti tercabut tangan aku macam mana? Sapa nak jawab????

Haa! Lega rasanya bila Munni Khala dah siap solat. Abba bawa aku ke pejabat Ammi dan kami sampai agak awal berbanding biasa. Ammi dah pesan kat Abba suruh awal sebab majlis tu bermula jam 7.30 malam. Dalam perjalanan Ammi menelefon Uncle Zul bertanyakan cara nak masuk ke sana. Tiba-tiba aku terdengar Ammi cakap, “.. or is it better I jangan pergi?” Apa? Tak nak pergi. Selepas Aadam hampir-hampir tercabut tangan dikerjakan baji-baji semua dan selepas berhari-hari Aadam tunggu nak buat kawan baru Ammi tak nak pergi? Kenapa?

Ammi bagi tau Abba Uncle Zul nasihatkan supaya jangan bawa aku sebab di sana ramai budak-budak dan macam-macam penyakit bawaan kanak-kanak ada di sana. Takut berjangkit kat aku. Terus Abba cakap, “Tak payah ambik risiko. Tak payah pergilah”. Ammi pun setuju. Oh! Alangkah hampanya aku. Sedih wooo… Aku dah berkira-kira nak ngorat sorang awek di sana (sementara masih berambut dan handsome ni). Ooopsss… Terlepas cakap pula. Bocor rahsia aku. Harap-harap Abba dan Ammi tak baca ni.

Malam tu Abba dan Ammi makan pizza sambil aku menjeling-jeling. Sikit pun tak de offer aku. Tetiba Ammi perasan aku dok jelling-jeling pizza tu. Ammi pun Tanya, “Aadam nak pizza?” Aku pun menjawab, “Hmmm”. Tapi Ammi setakat bertanya aje, pizzanya tak bagi pun. Kecewa lagi.

Malam ni aku muram saja. Abba seolah-olah faham perasaan aku. Abba bertanya, “Sedih nak hilang rambut ke?” Sememangnya aku sedih tapi nak buat macam mana, dah terpaksa… (dalam telinga aku terngiang-ngiang lagu Francessca Peters, Kerna Terpaksa). Aku terlena dalam kesedihan. Entah bila Pak Teh, Pakcik Jai dan Makcik Fiza datang aku pun tak tahu. Mereka nak ikut balik ke rumah Tok Wan meraikan (APA? MERAIKAN?) majlis cukur rambut aku. Aku tak faham macam mana sesetengah orang boleh menjadi terlalu kejam sehingga sanggup bergembira dan buat majlis meraikan kesedihan orang lain???? Tak kesian kat aku ke?



No comments:

Post a Comment