31 3 2012. Sabtu
1 Tahun 7 Bulan 28 Hari
Melawat Tasneem Mamu dan Darwish
Pak Cik Jai sedang isikan air dalam kolam untuk kami mandi manda. |
Shahmi Baji membawa kura-kura peliharaan mereka ke
dalam rumah untuk aku tengok. Aku suka tetapi at the same time aku takut. Aku
berlari-lari dan duduk atas riba Khairul Momani bila aku rasa macam kura-kura
tu kejar aku.
Kemudian kami ke rumah Mak Andak. Di sini aku mandi
kolam dengan Darwish. Seronoknya. Kalau boleh, tiap-tiap minggu aku nak datang
ke sini atau ajak Darwish ke rumah kami, mandi kolam bersama-sama.
Shahmi Baji pinjamkan kura-kuranya untuk aku dera. |
30 3 2012. Jumaat
1 Tahun 7 Bulan 27 Hari
Hari ini juga tidak ada apa yang menarik terjadi. Aku lepak d iruang tamu tengah main kereta bersama abba. Sampai patah sayap kereta tu aku kerjakan. Kereta aku special, boleh berjalan di dinding rumah. Korang punya kereta boleh? Penat main kereta pergi kacau ikan dalam akuarium.
29 3 2012. Khamis
1 Tahun 7 Bulan 26 Hari
Tak ada apa yang menarik terjadi hari ini. Malam main iPad di katil bersama abba sementara tunggu waktu tidur. Sekarang aku dah pandai main banyak game sendiri.
28 3 2012. Rabu
1 Tahun 7 Bulan 25 Hari
Abba beli kemah plastik.
Hobi aku memang banyak. Salah satu darinya main pondok-pondok tak kira pondok apa sekalipun.Selalunya main ppondok selimut dengan abba dan ammi atas katil. Hari ini abba belikan aku pondok plastik. Aku teruja sangat main pondok tu. Masuk dalam panggil abba masuk sekali dan baring-baring minum susu di dalamnya. Panas sikit keran angin tak masuk. Seronok punya pasal tak kisahlah. Itulah aktiviti aku malam ini.
1 Tahun 7 Bulan 24 Hari
Abba dan ammi pergi kerja macam biasa dan aku tinggal di rumah mama sampailah malam. Balik malam itu layan iPad game monyet. Layan....
26 3 2012. Isnin
1 Tahun 7 Bulan 23 Hari
Hari ini main golf. Baru je belajar main. Banyak pukul angin dari bola. Kedi aku (abba) pemalas kutip bola bawah kerusi, jadi aku hayun angin je la. Kalau dah pandai nanti masuk tvlah agaknya....
25 3 2012. Ahad
1 Tahun 7 Bulan 22 Hari
Petang ini masa lepak di luar rumah dengan abba aku lepak di kerusi sambil tunggu waktu senja. Dibawah abba sempat rakam beberapa gambar aku sedang bersantai hari ahad.
24 3 2012. Sabtu
1 Tahun 7 Bulan 21 Hari
Pergi sampai dua hospital!
Kami ke hospital lagi hari ni, Ammi ada appointment.
Kerap sungguh kami ke hospital dan klinik semenjak dua menjak ni. Adakah ini
suatu petunjuk bahawa aku ditakdirkan membesar menjadi seorang doctor? Dr Aadam
Mika’il…. Hmmm…..
Melantak makanan momani... |
Kemudian kami ke rumah Khan Khalu, berjumpa Munni
Khala yang berada di sana. Sebenarnya, kami menjemput Munni Khala untuk dibawa
ke hospital, melawat Tasneem Mamu. HOSPITAL LAGI!!!
Kami melawat Tasneem Mamu yang masih berada di CCU.
Aku tak dapat masuk ke dalam. Aku menunggu di bilik Tasneem Mamu bersama anak-anak
Munni Khala dan anak-anak Tasneem Mamu.
Semasa kami balik, Munni Khala ikut kami, datang ke
rumah. Aku seronok sungguh.
23 3 2012. Jumaat
1 Tahun 7 Bulan 20 Hari
22 3 2012. Khamis
1 Tahun 7 Bulan 19 Hari
Hari ini semuanya macam biasa. Pergi ke rumah mama duduk di sana sampai lah ke malam bila malam abba dan ammi ambil bawa balik. Macam biasa juga aku banyak minum susu dan selepas tu main-main di ruang tamu dengan di temani oleh abba. Bila dah dekat tengah malam bru mengantuk dan zzzzz....
21 3 2012. Rabu
Melawat Mamu di CCU kerana sakit jantung
Balik kerja hari ni, Abba jemput aku dan kami keluar
semula. Nak pergi mana pula dah ni? Nak pergi jemput Ammi kot sebab Ammi belum
balik lagi.
Memang betul tekaan aku. Ingatkan dari sini kami
akan balik ke rumah, tetapi tidak. Sevaliknya kami melawat Tasneem Mamu kat
hospital. Tasneem Mamu ada masalah jantung. Dia kena buat by pass (betul ke
ejaan ni?). Dia duduk kat dalam CCU dan aku tak dibenarkan masuk ke dalam.
Mula-mula Ammi dan Khairul Momani masuk ke dalam bilik tu. Aku duduk kat bilik
menunggu dengan Abba dan anak-anak Tasneem Mamu. Kemudian Khairul Momani keluar
dan Abba pula masuk.
Hari ni aku merasa makan manggis for the first time.
Sedap sesangat.
20 3 2012. Selasa
1 Tahun 7 Bulan 17 Hari
Balik kerja hari ni Abba bawa aku pergi beli makan
malam. Warung tu baru buka so kami lepak kat meja sementara tunggu dapur panas.
Aku seronok sangat melepak kat situ. Boleh hirup udara segar (segar he?) sambil
melihat macam-macam kenderaan lalu-lalang. Best woh!
19 3 2012. Isnin
1 Tahun 7 Bulan 16 Hari
Tengah malam ni aku dah tak demam dah. Harap-harap
aku dah sembuh terus.
Semasa Abba datang menjemput aku, Ammi tak ada dalam
kereta. Kami balik ke rumah. Ammi tak ada juga. Abba ambil susu aku dan
kemudian kami keluar semula. Ni mesti nak pergi jemput Ammi.
Memang betul kami jemput Ammi dan balik ke rumah.
Sepanjang jalan aku seronok tengok lampu bermacam warna.
Aku dah tak demam dan batuk so aku makan sikit malam
ni.
Ammi tak berapa sihat dan tidur awal. Abba dan aku
pun tidur awal.
Aku makan banyak sangat hari ni sampai perut aku
buncit. Ni aku mengqada’ untuk tempoh aku sakit hari tu sebab masa tu aku tak
makan sampai dah susut badan aku.
18 3 2012. Ahad
1 Tahun 7 Bulan 15 Hari
Demam di pagi hari
Pagi ni aku masih demam kuat dan tidur sepanjang
hari. Cuma waktu tengahari ni aku rasa lega sikit dan keluar bermain sekejap.
Kemudian aku tidur semula.
Towards malam, aku dah mula rasa lega dan aku bermain
sekejap sebelum tidur.
1 Tahun 7 Bulan 14 Hari
Anak Khan Khalu (Abang Awie) kahwin
Main sorok-sorok dengan abba sebelum pergi kenduri. |
Belatih angkat berat, nanti nak tolong angkat hidangan. |
Ammi, boleh rasa tak ni? |
Terjumpa sisa biskut, nampak lazat. |
Angota keluarga Khan Khalu. |
Khairul bahiya pakai baju batik. Kah! kah! kah! (Aku gelak beguling-guling) |
Orang perempuan pun nak bergambar. |
Ammi tercinta bersama anak sedaranya. |
Aku bersama moyang Momani. |
Nor Bhaiya tenteramkan aku kerana gayat naik buai. |
Budak-budak pun nakbergambar. |
Mana ada serupa muka kami...! |
Bilalah aku nak naik pelamin ni? |
16 3 2012. Jumaat
1 Tahun 7 Bulan 13 Hari
Pergi Ke Rumah Khan Khalu
Pergi Ke Rumah Khan Khalu
Pagi-pagi abba dah aibkan aku dengangambar sebegini. |
Malam ini ammi dan abba bawa aku ke rumah Khan khalu di PJ kerana nak tolong apa yang patut kerana esok majlis perkahwinan anaknya. Sebenarnya tak ada apa sangat yang nak di buat pun kerana semuanya dah siap siang tadi. Lagipun ramai sedara mara yang lain pakat tolong. Kami datang tu macam serba salah je kerana duduk sahaja.
Khan Khalu sedang berehat kerana penat buat persediaan siang tadi. |
Ammi bawa aku masuk ke ruang tengah tempat orang perempuan selalu lepak. Jumpalah sedara mara yang kalau aku nak senaraikan tentu berjela di sini. Kemudian khala ajak masuk ke bilik lama dia di tengah rumah tu. Kami lepak lepak bersembang.
Selepas itu aku keluar dengan baji di luar rumah. Main-main di luar pagar. Abba pulak entah di mana mungkin di depan rumah la kot. Aku dah penat dan bila pukul 11 malam baru abba ajak balik. Malam itu penat sungguh bila balik ke rumah semula. Ammi dan abba lagilah penat kerana mereka kerja siang tadi.
15 3 2012. Khamis
1 Tahun 7 Bulan 12 Hari
Pak Njang datang melawat
Aku sebagai pengarah tempat mana perlu mereka main game ni. |
Macam biasa hari ini pergi ke rumah mama sementara abba dan ammi pergi kerja. Cuma masa balik tu sahaja agak luar biasa kerana pertengahan minggu selalunya kami tak ada tetamu, apatah lagi tetamu jauh. Malam ini rupanya Pak njang sekeluarga datang dari Johor. Sebenarnya mereka bercuti dan semalam duduk rumah Mak Ndak Leha. Hari ini mereka singgahlah rumah kami esok nak balik johor. Macam biasa tetamu menghabiskan masa dengan game wii. Aku pak sebok sahaja. Nantilah bila dah besarnanti aku akan control game ni. Sapa nak main kena bayar 10 ringgit sejam. Mahal? Masa tu semua barang mahal maaa.
Sampai nak terlelap aku tunggu bola bowling kakak Nurin baling tu nak sampai ke pin. |
Sempat main iPad malam tu. |
Menghabiskan masa sambil bersembang. |
Sedang main game masak-masak dengan kakak Qaisarah. |
Pak Njang tunjuk terror. |
Kakak Qaisarah sedang buat kuih. |
Aku layan biskut sambil jadi pengadil. |
1 Tahun 7 Bulan 10 Hari
Hari ini ammi dan abba kerja semula dan aku macam biasa ke rumah mamalah. Aduhai bosannya kerana tak dapat main bersama mereka siang hari. Nasib baik ada abang Adam di rumah mama. Bila mereka balik kerja baru aku main semula di ruang tamu tengah. Tapi penatlah malam ni tadi siang bergasak sangat main. Jadi bila malam aku tidur sedikit awal dari pada waktu biasa.
Mengantuknya... |
Abba, bila kita nak tidur ni? |
1 Tahun 7 Bulan 9 Hari
Hari ini macam biasa ammi dan abba pergi kerja dan aku pergi rumah mama. Balik malam tu ammi bagi sejadah suruh aku belajar sembahyang. Penatnya selepas itu.
Dah malam, bila nak makan nasik ni? |
Tak apalah, sembahyang Maghriblah dulu... |
Aduh penatnya sembahyang. |
1 Tahun 7 Bulan 8 Hari
Khala dam Mamu datang
Memalukan sungguh bila baji teringin tengok aku jadi ayu. |
Tiba-tiba Tasneem mamu sampai sekeluarga. Aik! aku tak tahu pun yang mereka akan datang. Lagilah bertambah ribut perangai aku bila dapat bermain dengan mereka. Apatah lagi abba buka Wii dengan game tembak-tembak am sebagainya tu. Aku tak reti main tapi reti tengok dan kacau meeka yang sedang bermain. Bukan budak-budak sahaja yang main mamu sendiri pun tunjuk bakat. Dekat nak senja baru mereka balik. Malam ni kami lepak-lepak di ruang tamu sambil tengok tv. Aku tetap main sampai tengah malam. Dah penat sangat baru aku nak tidur.
Pinjam kopiah mamu buat helmet. |
Mirza bahya sedang belagak main golf. Ceh! macam bagus.... |
1 Tahun 7 Bulan 7 Hari
9 3 2012. Jumaat
Sambil tidur sambil minum air... |
8 3 2012. Khamis
1 Tahun 7 Bulan 5 Hari
Rasanya korang pun tau apakah yang sedang aku alami sekarang. |
7 3 2012. Rabu
1 Tahun 7 Bulan 4 Hari
6 3 2012. Selasa
1 Tahun 7 Bulan 3 Hari
Cuba teka aku sedang buat apa? Kalau betul aku bagi cup cake coklet! |
Layan iPad... |
5 3 2012. Isnin
1 Tahun 7 Bulan 2 Hari
Hari ini ammi dan abba pergi kerja. Bosannya kena pergi rumah mama. Rasa tak puas main dengan mereka. Tapi nasib di rumah mama ada abang Adam. Jadi aku main dengan dialah.
4 3 2012. Ahad
1 Tahun 7 Bulan 1 Hari
Mandi Kolam
Pagi ini ammi dan abba tak kerja. Mereka cuti. Jadi abba pergi bayar duit credit card dan aku pun ikut
Abba ke bank. Seperti biasa, aku menyibukkan diri menekan-nekan butang kat ATM. Manalah tau kot-kot terkeluar duit sejuta ribu.
Kemudian kami pergi beli nasi dan balik ke rumah. Hari ini aku dapat main di luar rumah. Seronok sangat apatah lagi bla dapat mandi kolam. Paling aku seronok pancut air paip. Aku seronok tengok air tu terpercik sana sini. Kadang-kadang aku hala ke dalam mulut dan banyak kali juga tertelan. Nasib baik tak batal puasa....
Acara bergolek sebelum tidur. |
Nasib baik air dapat percuma... |
Ha kan dah tertidur... |
Penatnya main golf. |
3 3 2012. Sabtu
1 Tahun 6 Bulan 29 Hari
Nak keluar pergi bersiar-siar dengan kereta aku. |
Pagi ni kami keluar pergi ke klinik ambil ubat aku
tetapi aku tertidur on the way. Bila aku terjaga, aku dapati Abba tiada dalam
kereta. Aku bermain-main seorang diri sambil diawasi Ammi. Lama juga kami menunggu
Abba. Rupanya Abba pergi beli ubat Ammi.
Kemudian Abba pergi beli butang baju untuk Ammi.
Kalau aku tahu yang Abba nak pergi beli butang, aku nak ikut sekali – tolong
pilih butang untuk Ammi.
Aku minum slurpee hari ni. Bestnya …. Sejuk!
2 3 2012. Jumaat
1 Tahun 6 Bulan 28 Hari
Abba dan Ammi
balik lewat lagi. Aku belek wajah aku dalam cermin – hmmm… terasa macam janggut
dah mula tumbuh sikit-sikit.
Korang perasan tak wajah aku dua kali pandang macam Arnod Susahnakeja. |
Abba, Ammi,
baliklah awal sikit. Aadam rindulah kat Abba dan Ammi. Bila balik lewat, sampai
di rumah, sekejap je dapat bermain, dah nak tidur.
1 3 2012. Khamis
1 Tahun 6 Bulan 27 Hari
Alamak! masuk bawah kerusilah pulak bola golf aku ni. |
Abba dan Ammi
balik lewat hari ni. Penat aku menunggu – macam nak berjanggut. Bila mereka balik aku seronoklah. Terutama malam ni aku main golf. Siung sana siung sini. Ammi pun lari masuk ke dalam bilik takut kena kayu golf aku. Panas sungguh malam ni hingga aku tak berbaju.
Pergh! Tiger Wood pun seram tengok gaya aku ni. |
Patutlah bola tak mahu masuk, bengkok rupanya kayu pemukul aku ni. |
No comments:
Post a Comment