30 11 2011.
Rabu
Aku beransur sembuh tetapi masih tak lalu makan sangat. Abba pula kena cirit-birit. Ammi pun ada tempias sikit-sikit. Aku dihantar ke rumah Mama lebih awal dari biasa.
Apa yang abba tengah buat tu? |
Peninglah nak pikir... |
Apa kata kita tengok video ni. |
Tetiba saja aku tergamam dan terdiam sejenak. Eh! Ada aquarium. Aku
memang suka tengok ikan dalam aquarium dan aku rasa aquarium ni pun Abba beli
untuk aku.
Selalunya abba akan dukung aku ke dalam bilik walaupun aku sebenarnya dah boleh jalan sendiri. Kalau dah masuk dalam rumah pun aku nak abba buka pintu bilik sambil dukung aku. Kalau abba letak kat bawah je aku akan nangis dan keraskan badan.
Selalunya abba akan dukung aku ke dalam bilik walaupun aku sebenarnya dah boleh jalan sendiri. Kalau dah masuk dalam rumah pun aku nak abba buka pintu bilik sambil dukung aku. Kalau abba letak kat bawah je aku akan nangis dan keraskan badan.
29 11 2011.
Selasa
Selasa
Abba dan Ammi balik awal hari ni. Abba sakit dan Abba tidur awal sangat – belum pukul 9 malam dah terlena.
Ada sesuatu mengganggu lubang hidungku... |
Oh! tahi hidung rupanya. |
28 11 2011.
Isnin
Aku tak sedap badan, jadi cara aku tidur pun agak tidak sihat. |
Sengaja nganga senang ammi nak sumbat ubat demam. |
Akhirnya kami bertolak sekitar jam 11 pagi. Kami bergambar beramai-ramai dulu. Sebaik kami bertolak dari rumah Pak Anjang, Pak Andak yang menaiki kereta
Tok Wan telefon Abba dan cakap kena patah balik sebab Makcik Zaira tertinggal
hand phonenya di rumah Pak Anjang.
Bergambar kenang-kenangan di hadapan rumah Pak Njang. |
Sampai
ke rumah, Abba drop Tok dan yang lain-lain dan terus bawa aku ke klinik. Doktor
suruh bagi aku minum 100 Plus. Selepas
minum petang, Tok Wan dan yang lain-lain pergi ke rumah Mak Andak. Kami
tidur awal sebab kepenatan
27 11 2011.
Ahad
Ahad
Kenangan di Desaru Johor Baharu. |
Belari penuh gaya... |
Begaya di depan pintu gate rumah Pak Njang. |
Kat halaman rumah Pak Njang ni aku bebas berlari. Luas... |
Mak Njang dan Pak Njang, Tok dan Ammi sedang ambil angin pagi. |
Apa yang aku nampak? |
Plane..! Banyak pulak lintas atas rumah Pak Njang ni. |
Ini pool yang Pak Njany sedang buat sendiri. Cantik.... |
Bangun tidur rasa janggal je maklumlah tidur tempat baru. Pagi ini aku dapat tahu yang kami semua nak ke rumah Pak Long Poi (sepupu Abba) di
Johor Bahru. Ini bermaksud, makin luaslah dunia aku.
Aku merampas komik yang sedang Pak Su baca. |
Dah bersedia nak ke rumah Pak Long. |
Sementara tunggu tengahari kami lepak-lepak di halaman rumah Pak Njang. Aku suka berlari sana sini. Ulang alik depan belakang. Ada kapal terbang tebang atas rumah. Aku riuh tunjukkan kapal tu.
Suasana meriah di rumah Pak Long Poi. |
Aku berehat kat tok setelah penat main belon buih. |
Petama kali aku datang ke kondo. Muka perak sikit. |
Mak Long hidangkan makan tengahari. Aku makan kari hari ini. Sedap. Anak Pak Long main belon buih. Aku seronok sakan. Selepas solat kamipun nak balik. Rupanya Mak Long kena kejar flight ke KL. Patutlah kalam kabut je mereka. Kesian mereka terpaksa layan kami.
Tok Wan ralit menonton Upin dan Ipin. |
Jambatan tiang tinggi. Kagum hingga gayat tali perut aku. |
Tiang jambatan ni pun bapak punya besar. Macam Ultraman la. |
Mak Cik Asmah dukung aku kerana aku gila nak main pasir. |
Alamak, lupa bawa sepender, camna nak mandi laut ni...? |
Mak Cik Asmah ni macam tau je aku tak pakai sepender. Sengeh menyindir aku la tu. |
La, sejak bila ammi meniaga pelampung ni? Ke ammi yang nak pi try...? |
Kami tak balik ke rumah. Sebaliknya kami nak berkelah ke Desaru. Itu pantai perkelahan yang terkenal tu. Syoknya. Boleh tahan jugak jauhnya. Setelah hampir dua jam baru sampai. Waktu pun dah pukul 5.30 petang rasanya.
Suasana Desaru....angin menderu-deru... |
Air laut pun laju..... |
Nasib baik abba ada jaga aku. |
Kena air masin ni, habislah kulit aku yang gebu.... |
Pantai tu penuh dengan orang ramai. Kami pilih satu tempat yang terbuka pantainya. Pak sedara yang lain dah mula pergi mandi. Aku takut-takut. Tengok ombak besar dan laju sangat buat aku takut. Tapi abba pimpin aku main air. Lama-lama aku dah tak takut. Seronok pulak rasanya main air.
Saifullah dah lenjun... |
Mak Cik Zaira juga nak bergambar di sini. |
Darwish sedang buang air kecil. Belakon konon... |
Korang tau pepatah 'lupa daratan'? Hah! inilah rupanya Pak Njang aku ni sampai lupa nak naik ke darat. |
Tak pasti aku ke mana hilangnya Saifullah. Mak Teh pun teringin berendam. |
Aku masih takut untuk menjejaki pasir. Seriau... |
Sedangkan Darwish nampak sungguh bergaya. Dengkinya. |
Ombak sebenarnya semakin besar. |
Dah mula gatal. Ada gaya tak macam berlakon film? Jalan-jalan tepi pantai dengan manconya. |
Pergh! model baju purple tu. Tak hinggat. |
Aku rasa walaupun ini gambar kaki aku je, tapi ianya tampak sungguh bergaya. |
Jadi kepada pengarah semua, aku calonkan diriku untuk watak hero film box office korang. |
Untuk watak pak pacak, yang baju hijau tu. |
Pose begini majalah hiburan menderu mintak... |
26 11 2011.
Sabtu
Pergi ke Rumah
Pak Anjang
Pagi-pagi kami dah bangun bersiap untuk ke Johor. Semua orang excited untuk ke sana. Maklulah petama kali. Setelah bersarapan pagi kami menanti Pak Ndak pulak. Mereka begerak dari rumah mereka di Ulu Klang. Pukul 8.30 pagi gitu mereka pun sampai. Setelah semuanya sedia kami pun berangkat.
Mak Cik Asmahbawa aku ambil angin. |
Tempat kami berhenti tu. |
Pejalanan kami lancar. Aku gembira melihat permandangan kiri kana yang penuh pokok-pokok dan juga kenderaan. Banyak sunggun kereta dan lori lalu lalang. Mulut aku tak henti-henti bersembang pasal kenderaan.
Tinggi macam KLCC tangga ni tau. |
Terasa macam kutu tangga shopping complex lah pulak. |
Sedang menikmati makanan tengahari. |
Makan sambil menunggang kuda... Sukan Olimpik pun tak sanggup nak jadikan satu acara dipertandingkan. |
Berkongsi makanan dengan Darwish. |
Macamana Kak Qaisarah duduk atas palang tu?Minta tunjuk ajar... |
Bila penat lari sana sini pi makan dengan Tok semula... |
Makan main, makan main... |
Alamak nak terkentut pulak kat rumah orang. |
Berehat selepas kekenyangan. |
Abang shaiful sedang mengetest jentera F1 aku. |
Darwish minta dibelikan juga F1... Apa klas bola ni... |
Sampai petang ini aku tidur dalam bilik Pak Njang dengan abba. Ada aircond. Sejuk... Terlelap sampai lewat petang.
Suasana di rumah Pak Njang. |
Suasana bila makan... |
Sampai malam kami sebok main luar dalam rumah. Malam itu aku abba dan ammi tidur bilik bawah. Panaslah walaupun ada satu kipas.
25 11 2011.
Jumaat
Tok Wan datang Rumah kami.
Semut...ooo semut, nak bahagian ko. |
Dah kenyang mari kita bermain baling sepana. |
Perancangannya Tok Wan akan datang ke rumah kami malam ni. Esok kami akan berangkat ke rumah Pak Njang di Johor. Kami semua tak pernah kerumahnya. Jadi kami pakat ramai-ramai nak melawatnya.
Abba dan ammi balik lewat lagi malam ni. Bila kami sampai rupanya Tok Wan dah sampai pun. Aku seronok kerana ramai orang. Apatah lagi ada Shaifullah. Kami main mainan aku. Riuh rendah rumah.
24 November 2011
Mengantuklah.... |
Kerusi ini khala yang bagi. |
Bersama kereta kesayangan. |
Siapa yang nak hadiahkan aku sebijik lagi angkat tangan! |
Selain tahan lasak untuk tampung berat aku.... |
Kereta ni best, boleh berdiri. |
Kereta yang gini-gini tak main OK! |
23 11 2011. Rabu
Kalau abba malas layan, aku buat muka kesian. |
Inilah gaya naik buai. Abba akan jadi mangsa untuk hayunkan aku. |
Selalunya aku yang menang... |
Salah satu cara ugutan. |
Aku meragam waktu tengah malam -
tak nak tidur dan nak tengok tv. Bila Abba offkan tv dan suruh aku
tidur, aku tunjuk marah sambil menjerit dan mencakar Abba. Dengan tak disangka-sangka,
Abba pukul tangan aku. Aku lawan balik dan pukul Abba sambil menjerit. Tetiba
je Abba babab bumbum aku. Agak kuat
juga dan aku terkejut. Aku memandang wajah Abba untuk memastikan samada Abba
serious atau bergurau. Abba nampak serious. Aku terus menangis.
Ammi memeluk aku dan cuba memujuk tetapi aku tak mahu. Aku nak Abba pujuk
tetapi Abba buat dono dan terus tidur. Aku merajuk dan berguling kea rah Ammi
lalu memeluk Ammi erat-erat sambil menangis. Ammi terus memujuk aku dan
akhirnya aku diam dan terlelap.
Sekejap saja aku lelap – dalam 10 minit. Aku terjaga dan menangis semula.
Ammi nak on kan tv untuk aku tetapi Abba dah sorok remote tv. Ammi minta tetapi
Abba tak mahu bagi. Abba suruh Ammi jangan menurut kehendak aku sebab aku dah
manja sangat. (Selalunya Ammi yang ucap dialog ni kat Abba tetapi hari ni Abba
pula yang cakap kat Ammi).
Ammi ambil iPad dan bagi aku main iPad. Barulah aku diam. Ammi pergi
ambil biskut dan suap aku. Kemudian Ammi terjumpa remote tv lalu Ammi on kan tv
dan pergi buat susu untuk aku.
Aku menjeling Abba dengan harapan Abba akan peluk aku. Abba juga
memandang aku dari ekor mata dan mengangkat tangan untuk peluk aku. Pantas saja
aku merangkak kea rah Abba dan peluk Abba.
Aadam minta maaf Abba. Aadam akan cuba supaya Aadam tak mengulangi lagi
perkara ini. Maafkan Aadam ye Abba.
Ammi datang membawa susu. Aku minum dan tidur.
Pagi ni aku terjaga awal. Aku tengok mood Abba dah ok. Abba siap bawa aku
tengok bird kat luar.
22 11 2011. Selasa
Melawat Momani di hospital Subang Damansara.
Lenguh kepala lutut, berehat sambil menonton berita dunia... |
Semasa aku bangun pagi ni, aku sudah berada di bilik bawah. Abba juga
sudah balik. Aku rasa Abba baru balik sebab Abba masih memakai baju semalam.
Biar betul. Takkanlah Abba kerja 24 jam non-stop.
Memang betul Abba kerja 24 jam
Balik ke rumah. Abba tak kerja hari ini. Penat shooting la tu. Khairul Bhaiya ikut sama. Terlena dalam ribaan Khairul
Bhaiya.
Semasa aku bangun, aku berada dalam kereta di parking lot office Ammi.
Balik ke rumah bersama Abba.
Petang ni pergi jemput Ammi dan terlena dalam kereta.
Bila terjaga, Ammi sedang dukung aku di atas wheel chair. Kami sebenarnya melawat
Purveen Momani di hospital Asunta, PJ. Tah apa sakitnya tah.
Seronok berlari dalam bilik Purveen Momani dengan abba.Momani pun terhibut tengok keletah aku. Setelah setengah jam kami pun
balik ke rumah. Biasalah malam ni, makan dan bermain. Kemudian tonton tv.
21 11 2011. Isnin
Semasa aku bangun tidur, Abba dan Ammi takda di sisi aku. Dah pergi
kerja kot. Munni Khala yang ambil aku dan mandikan aku lalu suap aku makan
breakfast.
Tetiba Abba dan Ammi balik dan Abba keluar semula untuk pergi kerja. Hari ini khabarnya abba ada shooting tvc dengan Rozita Che Wan. Pelakon tu....Amboi...
Ammi pergi ke klinik rupanya. Ambik MC pasal tu ammi tak kerja hari ini.
Kami ke rumah Munni Khala. Aku banyak tidur – dari pukul 5 p.m. sampai 8 p.m. Itupun Isha Baji kejut
aku bangun, kalau tak lagi lama aku tidur. Saja je tidur lama-lama sebab nak
tengok bola malam ni. Semua orang bertanya samada aku sokong Malaysia atau
Indonesia.
Munni Khala suruh aku “picit” belakangnya. Aku terus buat kuda dan lompat
atas belakang Munni Khala kuat-kuat macam yang aku selalu buat kat Ammi. Munni
Khala pura-pura marah aku. Aku pandang wajah Munni Khala dan berjalan pergi.
Kemudian Munni Khala suruh aku “picit” lagi tetapi aku tak mahu dah walaupun
dipujuk.
Tonton bola bersama Ammi, Noor bhaiya, Nana Baji dan Ella Baji. Selepas selesai perlawanan, aku angkat tangan kegembiraan sebab Malaysia
menang. Sekarang sudah terjawab pertanyaan semua orang samada aku sokong
Malaysia atau Indonesia.
Sepanjang hari berkali-kali Ammi telefon Abba. Semasa perlawanan pun Ammi
keep on updating Abba kedudukan jaringan gol.
20 11 2011.
Ahad
Nak ke surau, jom.... |
Aiseh! lupa camna niat sembahyang... jadi tak jadi gi. |
Tak pe sembahyang kat rumah jelah. |
Terperasan pulak huruf X ni salah alignment. Ni tengah betulkan. |
Abba pergi kerja agak awal. Semasa aku bangun, Abba dah pergi dah. Zarina Khala datang ambil Nani
Abba sampai serentak dengan Zarina Khala Munni Khala tak jadi balik
19 11 2011.
Sabtu
Bhaiya sedang menunjukkan bakatnya bermain hello kitty dalam I Pad. |
Petang ni kami balik ke rumah kami. Munni Khala pun ikut serta. Tapi sebelum tu kami singgah di 7 Eleven Farooq Mamu di Sri Kembangan untuk bertanya khabar tentangnya. Besar 7 Eleven dia ni. Selepas 10 minit berbual kami pun baliklah.
18 11 2011. Jumaat
Abba dan Ammi balik lewat sangat hari ni. Kami balik ke rumah sekejap,
ambil barang-barang dan terus keluar.
Kami pergi ke rumah Zarina Khala untuk menjemput Nani. Aku eksyen tunjuk kepandaian aku “membaca” doa sebelum makan. Dari sini, kami ke rumah Munni Khala Aku mengetuk meja kopi Munni Khala. Abba menghadang dengan tangan. Bila
aku tak boleh melepasi “pagar” tangan Abba, aku merangkak dari bawah tangan
Abba. Abba tak perasan dan masih meletakkan tangan macam palang. Semua orang
ketawa. Ammi menepuk bahu Abba dan barulah Abba perasan yang aku sedah melepasi
benteng Abba.
17 November 2011
Setelah penat mentelaah, berehat sebentar dengan sebotol susu.... |
16 November 2011
15 11 2011. Selasa
Mari bermain bubble...
Dari mana datangnya ufo ni? |
Oh! Bubble, itupun korang tak tau? |
Aku mengantuk sesangat dan tak nak bangun tidur walaupun Ammi panggil
berkali-kali. Aku mengeliat-liat di atas katil dan pusing ke kiri dan kanan
sambil mata aku masih terpejam (walaupun telinga aku terbuka dan aku mendengar
Ammi panggil aku bangun). Kemudian Abba pula datang panggil aku. Akhirnya aku
bangun.
Selepas makan, Abba salin lampin aku dan tinggalkan aku di atas katil dan
keluar. Ammi pula datang nak bawa aku keluar tetapi aku dah capai puting aku
dan bersiap-sedia untuk sambung tidur. Emmm…. Mengantuknya.
14 11 2011. Isnin
Mari membaca buku....
Walaupun semalam Ammi dah bagi tahu aku yang aku tak perlu bangun awal
hari ni sebab Munni Khala yang akan hantar aku ke rumah Mama semasa dia nak
balik, aku terjaga semasa Abba dan Ammi nak pergi kerja. Hari ni Munni Khala
yang suap aku breakfast.
Sedang meneliti plan... |
Untuk sentuhan terakhir... |
Semasa nak keluar rumah, Ammi nak sayang aku tetapi aku sedang sibuk
makan dan tak mahu bangun dari pangkuan Munni Khala.
Aku harap Munni Khala tak balik lagi. Aku seronok bermain dengan
Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji. Tetapi malangnya Munni Khala bersiap dan keluar
rumah sekitar pukul 10 pagi.
Berjaya membena menara gading. |
Pastu baca buku semula. |
Dalam kereta, Munni Khala pasang lagu HambaMu dan aku buat ‘head banging”
mendengar lagu itu (tak senonoh betul aku ni). Belum sempat lag utu habis, kami
dah sampai ke rumah Mama. Mama pun baru sampai (Mama pergi klinik dan baru
balik) dan terus datang ambil aku dari kereta. Aku sedih dan memasamkan muka
aku.
Lepas baca buku, main buai... |
Main balik... |
Aku yakin Isha Baji juga sedih sebab di rumah tadi Isha Baji siap pesan
kat aku yang nanti dia nak hantar aku ke rumah Mama. Tetiba aje Mama datang
ambil dari kereta.
Abba dan Ammi balik awal hari ni, sekitar 7.11 p.m. Balik ke rumah, aku
makan nasi goreng Thai. Kemudian Abba dan Ammi solat dan makan. Semasa Abba dan
Ammi makan, aku pergi cari buku cerita aku dan duduk membaca.
Baca buku balik. Rajinnya aku.... |
Bila aku masuk tidur, aku NAK MINUM SUSU. Sebelum bagi aku susu, Abba
suruh aku salam dengan Abba dan Ammi dulu. Sememangnya Abba dan Ammi dah lama
berusaha nak mengajar aku untuk bersalam tetapi aku jarang mahu bersalam.
Sekali-sekala saja aku bersalam. Jadi ini cara baru untuk train aku
bersalamlah. Selepas aku salam dengan Abba dan Ammi, baru aku dapt susu.
Tetiba aku teringat Noor Bhaiya dan sambil minum susu, aku buat “Ding,
Ding, Ding, Ding, Ding”. Ammi ketawa dan terus sebut “Ding, Ding, Ding, Ding,
Ding”. Abba cakap, “Benda-benda macam tu cepat saja belajar”. He! He! Ni mesti
Abba tengah refer kat kes aku tak mahu bersalam.
Seperti yang Ammi dah inform aku, Ammi onkan SEA Games. Nak, tak nak, aku
terpaksa tonton dan fasal boring, aku pun tidur.
13 11 2011. Ahad
Aku bangun pagi-pagi dan seperti kebiasaan setiap Sabtu dan Ahad, aku
kejutkan Abba dan Ammi. Selepas Abba mandi, Abba bawa aku keluar dan minta Noor
bhaiya jaga aku sebab Abba nak pergi ke kedai. Ammi masih dalam bilik –
berkemas.
Seperti biasa juga bila Munni Khala datang, aku bermain dengan
Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji. Seronok sungguh bermain sampai aku tak tidur
tengahari.
Aku tak tengok tv hari ni sebab Ammi cakap kat aku yang 2 minggu nit v
Ammi punya (Ammi nak tonton SEA Games).
Piss, piss.. Korang nak tau baji bisik kat aku nak kahwin tak lama lagi, tu dia tengah prektik bagi aku minum susu ni...he he he. |
Petang ni aku dah tak tahan dan terus tidur. Sebelum tidur, aku
bergolek-golek di atas katil dan tetiba je aku menjunam ke bawah. Mujur ada
cushion, kalau tak mesti kepala aku dah terhantuk ke lantai. Aku terkejut dan
menangis sekejap dan kemudian tidur.
Bila aku terjaga, semua orang sedang minum petang. Munni Khala nak balik
selepas minum petang. Ammi dan Baji-Baji tengah berusaha memujuk Munni Khala
supaya jangan balik hari ni. Aadam pun nak pujuklah.
Pin! pin!...beri laluan, beri laluan... |
Selepas minum, Abba salin lampin aku dan pakaikan aku dengans eluar mandi
aku. Kita nak ke PD ke Abba? Rupanya Abba bawa aku mandi kat kolam renang aku
did epan rumah saja. Nana Baji dan Isha Baji duduk dekat aku, bermain dengan
aku. Ammi suruh mereka masuk ke dalam kolam tetapi mereka tak mahu sebab Munni
Khala nak balik dah.
Ralit memandang cerita di tv. |
Alamak! terkencinglah pulak. |
Ammi masih berusaha memujuk Munni Khala dan akhirnya Munni Khala
bersetuju. Terus Nana Baji dan Isha Baji masuk ke dalam kolam dengan aku.
Nasib baik aku sorang je dalam kolam. |
Selepas berkubang agak lama, aku mandi dan tidur semula. Aku tidur
sekejap saja. Bila aku bangun, Khairul Bhaiya dah balik dan Noor Bhaiya dah
tidur. Aku seronok bermain dan menonton tv sambil menari-nari dan setelah agak
lama, Isha Baji bawa aku masuk ke bilik untuk ditidurkan.
Aku tak mahu tidur dan masih mahu bermain. Akhirnya Ammi datang ambil aku
dan bawa aku ke bilik kami untuk tidur.
12 11 2011. Sabtu
I Walked on My 2 Feet at Ikea for the First Time
Bird... oh bird... kesian ko bird... |
Teringin nak menconteng kat sini... |
Allah humma bariklana.... baca doa dulu sebelum makan. |
Memandangkan Munni Khala ada di rumah, rancangan diatur untuk ke Ikea.
Aku taklah excited sangat. Lainlah kalau nak bawa aku beli mainan, oklah tu.
Kami pergi ke Ikea dan tengok benda-benda yang membosankan aku. Setelah
puas berjalan, masa untuk makan. Setelah makan, aku mendapat peluang untuk
explore. Apa lagi, aku pun berjalan dan berlarilah di seluruh ruang legar Ikea
sambil Nana Baji mengejar aku. Best sesangat. Barulah rasa macam dah besar.
11 11 2011. Jumaat
Gambar apakah ini, akupun tak tau. |
Kerusi khala kasi ni amat tak sesuai untuk kau wahai sang belang. |
Tengok, ia sangat secocok dengan aku... |
Hari ni berlainan sikit dari hari-hari biasa sebab masa nak balik dari
rumah Mama, Munni Khala yang menjemput aku, bukannya Abba dan Ammi seperti
biasa.
Aku seronok sebab Munni Khala datang ke rumah kami. Yahoo!
10 11 2011. Khamis
Hari ni pun aku meragam macam semalam. Aku lapar dan hanya tidur semula
selepas dapat makan.
Semasa on the way ke rumah Mama, Ammi bersembang dengan Abba. Ammi cakap
dah lama tak nampak Babah. Ammi, Aadam terlupa nak cerita bahawa Babah pergi ke
rumah adik Babah di Melaka. Dah seminggu Babah di sana.
Hmmm… Betullah cakap Ammi. Dah lama tak jumpa Babah. Rindu pula aku kat
Babah. Agaknya bila Babah nak balik yek?
Mana buku kegemaran aku ni. Hilang pulak. |
Aku berasa lapar dan Abba suap aku biskut sementara Ammi berwuduk.
Kemudian Abba dan Ammi solat berjemaah. Aku masih lapar lalu aku turun dari
atas katil dan pergi ambil packet biskut dan makan.
Ammi mengadu sakit belakang dan selepas solat, Ammi baring sekejap. Ammi
minta Abba makan dulu. Abba bawa aku keluar dan aku ternampak plastic roti. Aku
ambil sekeping roti dan mula makan. Kemudian Abba suap aku makan nasi. Sekejap
saja Ammi berbaring, kemudian Ammi join Abba dan aku.
Ok tanda kat mana dah sudah baca.
|
Awat Ammi tak cerita dari awal. Barulah Aadam faham.
Ammi juga bagi tahu aku yang esok Munni Khala nak datang ke rumah kami.
Seronoknya. Semalam Aadam jumpa Munni Khala dan yang lain sekejap saja.
Tak lama selepas tu aku terlena.
9 11 2011. Rabu
Aku meragam entah pukul berapa sebab lapar. Aku terjaga dari tidur dan menangis kuat-kuat sampailah Abba dan Ammi juga terjaga. Aku hanya diam selepas diberi makan.
Memandangkan Mama “cuti” hari ni, aku tak dihantar ke rumah Mama pagi ni. Juga memandangkan Ammi kena buat blood test, kami tak pergi ke office Ammi instead bergerak ke arah PJ. Tambahan memandangkan Abba dan Ammi tak nak bawa aku ke hospital, aku dihantar kepada Munni Khala untuk dijaga sementara Abba dan Ammi pergi ke hospital. Seterusnya memandangkan Munni Khala sedang berada di rumah Khan Khalu, aku dihantar ke sana instead of rumah Munni Khala.
Dah siap makan baru teringat ada kerusi makan aku. |
Sesampai di rumah Khan Khalu, Ammi telefon Munni Khala suruh ambil aku dari kereta. Munni Khala datang diikuti Noor Bhaiya. Mula-mula aku menangis tetapi kemudian aku seronok bermain.
Aku sebut perkataan baru hari ni – “KHALA” dengan nada manja dan bukan sekali atau dua kali, tetapi 4 kali aku sebut. Munni Khala ternyata teramat gembira.
Abba datang jemput aku sekitar pukul 10.30 pagi. Ammi sudah ke office. Aku balik ke rumah dengan Abba dan seperti biasa aku bermain dan tonton tv dan kemudian aku tidur.
Bila aku bangun, kami bersiap-siap ke pejabat Ammi untuk menjemput Ammi pula. Selepas tu kami balik semula ke rumah. Ammi bercerita dengan excitednya kepada Abba bahawa aku dah pandai sebut “Khala”.
Hari ini baca buku cerita ini pulak. |
Berehat sebentar setelah penat baca buku. |
Balik ke rumah, Abba solat Asar. Ammi dah solat kat office so Ammi temankan aku. Ammi perhati aku bermain seorang diri di dalam bilik. Aku ternampak kunci atas almari solek lalu aku mencapainya. Kemudian aku cuba buka pintu bilik yang bertutup menggunakan kunci itu tetapi tak Berjaya. Kenapa tak boleh? Aku selalu nampak Abba buka pintu bilik menggunakan kunci bila kami balik ke rumah setiap petang. Pelik betullah.
Ammi tersenyum melihat gelagat aku dan selepas Abba siap solat, Ammi bagi tahu Abba yang aku nak buka pintu bilik menggunakan kunci.
Semasa aku sedang bermain basikal aku (yang ada lagu Twinkle, Twinkle Little Star) tetiba je aku sebut “LITETAR”. Ammi tertawa kegembiraan dan terus panggil Abba bagi tahu yang aku cuba sebut “Little Star”.
Sedang makan kuih... |
Aku try makanan baru lagi – jagung. Seperti biasa, komen aku ialah – Sedap.
Bila kami masuk ke bilik, seperti biasa, aku bergolek dan bermain dulu sebelum tidur. Seperti semalam, Abba mengusik aku dengan mendukung teddy bear aku dan tepuk-tepuk dia. Seperti semalam juga aku cemburu dan mengambil teddy bear itu dan meletak di tepi aku. Ammi pula mengambil teddy bear itu dan memeluk dan menepuknya. Aku cemburu lagi dan mengambil semula teddy bear itu dan meletakkannya di tepi aku. Sekarang giliran Abba pula mengusik aku dan kemudian Ammi pula. Aku mengambil teddy bear itu dan meletakkan berhampiran dengan kaki aku.
Tetiba aje Abba mula menangis. Aku tak pasti samada Abba menangis betul atau saja nak tipu aku. Aku mengamati wajah Abba untuk mendapatkan kepastian tetapi masih tak sure. Akhirnya aku bagi balik teddy bear tu kat Abba dan terus Abba diam dan ketawakan aku. Ammi juga ketawa. Ceh! Tipah tertipu. Aku ambil semula teddy bear tu dan mencampakkannya ke bawah.
Tak lama selepas tu Abba terlena dan akhirnya aku juga terlena.
8 11 2011. Selasa
Aku kaki cemburu
Racangan kegemaran Teddy Bear ialah Berita Tamil. |
Hari ni sekali lagi aku ikut Abba solat. Hari ni aku buat lagi express
punya – Berdiri dan terus baca doa sambil berdiri walhal bukan solat Subuh pun.
Tak apa- tak apa, sehari selembar benang, lama-lama jadi kain.
Semasa aku sedang bermain dengan teddy bear aku, Abba mengambil teddy
bear itu dan mendukungnya di atas bahu sambil menepuk-nepuk teddy bear itu. Aku
cemburu bila Abba buat macam tu lalu aku menarik teddy bear itu dan
mencampaknya ke bawah. Abba mengutip semula dan mengulangi perbuatan Abba tadi
dan sekali lagi aku mencampakkan teddy bear tu. Abba dan Ammi ketawa sebab aku
kuat cemburu.
7 11 2011. Isnin
Aku solat dan melukis buat kali pertama
Tekun melukis kereta. |
Inilah hasilnya |
Hari ni adalah stu hari yang istimewa sebab hari ni aku cuba mengerjakan
solat buat kali pertama. Aku ikut Abba solat Isyak. Pelik ke? Saja je aku buat
gempak. Sebenarnya semasa Abba dan Ammi sedang solat, aku pergi berdiri di tepi
sejadah Abba, sama macam cara Abba berdiri semasa mengerjakan solat. Selepas
berdiri sekejap, aku sujud dan selepas t uterus menadah tangan berdoa.
Aku dah selalu perhati Abba dan Ammi solat jadi aku ikutlah hari ni.
Insya Allah bila aku dah besar sikit, aku akan belajar doa-doa yang perlu
dibaca dan cara betul untuk solat. Buat masa ni, inilah usaha aku.
Alhamdulillah.
Tengok gigi saya kuat dan sihat. |
Alamak tergeliat bibir pulak. |
Selepas solat dan makan, Ammi bagi aku main iPad. Ammi buka satu game di
mana kita boleh melukis menggunakan jari di atas skrin iPad. Aku pun melukis.
Aku tak pasti apa yang aku lukis tapi ada sikit rupa macam kapal terbang. He!
He! He! Anak Abba. Nanti bila aku dah besar sikit, aku nak belajar melukis
dengan Abba. Aku harap Abba akan menajar aku sebab Abba handal melukis,
bertentangan dengan Ammi yang kalau melukis orang, saiz kepala sama besar
dengan badan. Kah! Kah! Kah!
6 11 2011. Ahad
Pergi Berkelah di Port Dickson
Masa aku terjaga pagi ni, aku berada dalam kereta. Aku rasa kami jadi ke PD kot. Secara fizikal, aku rasa lebih sihat.
|
Eh! Lupa pula! Selamat menyambut Aidil Adha kepada para muslimin dan muslimat. Aadam meminta maaf atas segala salah dan silap kepada semua.
Dari perbualan Abba dan Ammi, aku dapat tahu yang kami nak ke rumah Munni Khala..
Tetiba saja Abba berpatah balik. Apasal lak? Oh! Abab terlupa nak ambil pelampung aku dan bot Abba.
Apabila kami sampai di rumah Munni Khala, Alam Mamu sekeluarga (kecuali Johan Bhaiya) sudah sampai. Abba dan Ammi meminta maaf sebab terlewat dan terpaksa menjelaskan kenapa kami lewat.
Sementara menunggu Farooq Mamu sampai, kami bersarapan dulu. Tasneem Mamu tak jadi ikut kami. Setelah Farooq Mamu sampai, kami pun bertolak.
Semua orang bersetuju untuk ke Gold Coast, Sepang. Berjam-jam kami travel, akhirnya sampai juga. Malangnya, air sedang surut dan taks esuai untuk mandi. Kami bergerak ke PD pula. Badan aku dah mula rasa tak sedap, macam nak demam balik je.
Sesampai di PD, semua orang dah lapar dan makan dulu. Aku tak mahu makan sebab taka da selera.
Macam-macam makanan ada. Ammi bawa kima, Munni Khala bawa nasi dan ayam, Purveen Momani bawa sandwich dan Noor Momani bawa nasi bungkus.
Sign Golden Palm tree Resort. |
Satu sudut menarik di resort ini. |
Tak dapat mandi ambik gambar pun jadilah... |
Ni pasal tak bayar bil airlah ni, air pun tak ada ni... |
Air surut di Resort Gold Cost. |
Bhaiya ajak aku teman pi tepi pantai. Takut air katanya. |
Tak perasan puting kat mulut lagi. Jatuh kejantanan aku di khalayak ramai. |
Nasib baik ada meja untuk kitaorang letak makanan. |
Masa untuk makan... |
Antara kedai cenderahati menjual topi... |
Meriah sungguh meja makan kitaorang. |
Aku sedang meniup bola dengan mulut... |
Baji-baji semuanya dah turun mandi laut, tinggal aku kat sini...Kurang asam... |
Tolong ambil no giliran untuk dukung aku ok.... |
Aku sedang sebok melelapkan mata. |
Inilah pot paling baik untuk kitaorang lepak-lepak. |
Wahduh! enak sekali bergolek di tepian pantai... |
RM100 pun. |
Hello... nak ke seberang mana tu? |
Teringin nak naik bot pisang tu, Ammi tak kasi. |
Tengahari di Pantai Port Dickson |
Baji cuba merampas bola aku....no way! |
Layang-layang tersangkut dipokok. |
Momani terkasima untuk memanjat pokok tersebut. |
Selepas amkan, kami lepak di tepi pantai. Matahari dah terik so semua
orang tak nak mandi. Akhirnya Farooq Mamu sekeluarga, Nana Baji, Ella Baji dan
Isha Baji turun ke laut. Abba bermain laying-layang dan Alam Mamu bermain bola
bersama Khairul Bhaiya dan Noor Bhaiya. Kemudian Faiq Bhaiya pula nak main
laying-layang tetapi dia bagi sangkut kat pokok. Kena kutuk rapat Faiq Bhaiya.
Lama juga kami di sana. Aku setelah minum ubat, rasa lega sikit. Kami
balik sesudah ahri petang. Kami hantar Munni Khala sekeluarga dulu dan kemudian
balik ke rumah.
Penat wooh! Kami tidur awal hari ni.
5 11 2011. Sabtu
Aadam nak ucapkan Happy 15th Birthday kepada Faiq Bhaiya.
Ucapan untuk Faiq Bhaiya special sikit ….. Semoga lulus dengan cemerlang dalam
PMR. In addition, Aadam doakan kebahagiaan dan kegembiraan yabng berpanjangan
untuk Fa’iq Bhaiya, Insya Allah.
Selepas tengok bird, bersarapan dan mandi, aku merengek nak tidur. Aku
masih demam so aku cepat letih dan banyak tidur.
Sedang berjoging keliling halamam. |
Sesekali dapat main di halaman seronok gila. |
Semasa aku tengah dalam proses nak tidur, aku terdengar Ammi berbincang
dengan Abba tentang rancangan esok – samada jadi atau tidak nak ke PD. Abba dan
Ammi serba salah sebab dah janji dengan semua orang tetapi tetiba aku jatuh
sakit pula. Aku tak pasti apa keputusannya sebab aku dah tertidur sebelum
keputusan dibuat.
4 11 2011.
Jumaat
Aku terjaga awal tetapi hanya bergolek di atas katil. Kemudian aku
terdengar suara Ammi kejut Abba untuk solat Subuh. Terus aku duduk di atas
katil. Aku ternampak remote tv, lantas aku on kan tv. Kemudian Abba tukar
channel ke Baby TV. Tangan aku terasa gatal dan aku tekan butang remote tu.
Tiba-tiba siaran tv tu hilang. Aku pun off kan tv dan pergi minum susu. Ammi kehairanan
macam mana aku tahu nak on dan off tv. He! He! He! Kalau Ammi belum cukup
jenali, inilah Aadam Mika’il yang serba cepat dan cekap. I’m a fast learner dan
harap-harap bila sampai waktu sekolah, Aadam kekal macam ni, Insya Allah.
Hari ni selepas ambil aku, Abba pergi beli makan malam. Ammi bagi tahu
aku yang Farhana Momani nak datang ke rumah malam ni. Ammi seronok sungguh.
Ammi juga mengadu dengan aku yang sepanjang minggu ni jalan jam sangat,
especially hari ni. Mungkin sebab hujan turun setiap petang dan hari ni mungkin
sebab orang ramai nak balik kampung celebrate Raya Haji.
Balik ke rumah, aku makan dulu. Abba dan Ammi sibuk berkemas. Kemudian
Farhana Momani telefon bagi tahu yang mereka akan lambat sebab jalan jam. Hmmm…
jam lagi.
Akhirnya Farhana Momani sampai. Aku dah mengantuk masa ni dan semasa
semua orang duduk makan, aku mulai menangis nak tidur. Abba suruh Ammi melayan
tetamu sementara Abba bawa aku masuk tidur. Sekejap saja aku dah terlena.
3 11 2011.
Khamis
Hari ni aku makan sup segera tetapi tak sedap pun. Aku tak pasti Abba
makan lauk apa, tetapi Abba cakap kat aku yang lauk Abba pedas dan aku tak
boleh makan. Ammi pula makan buah saja. Sejak kebelakangan ni Ammi selalu makan
buah untuk dinner. Kata Ammi nak diet sebab hari tu Tok cakap Ammi “lebar”, so
Ammi tengah cuba menguruskan badanlah ni. Aku tumpang makan buah pear Ammi
sikit. Lemudian aku makan kuih kapit sikit dan biskut sikit.
Abba dah beli swimming trunk dan pelampung tangan untuk aku. Ammi seronok
tengok swimming trunk aku. Abba pula sibuk meniup angina menggunakan mulut ke
dalam pelampung tangan aku. Aku mencapai sebelah lagi pelampung tangan dan cuba
meniup angina ke dalamnya. Abba dan Ammi tertawa melihat gelagat aku. Selepas
siap Abba tiup, Abba pakaikan pelampung tangan tu kat aku tetapi aku ketakutan
dan menangis.
Selepas makan, aku bermain sekejap dan Abba snap gambar aku. Kemudian aku
masuk tidur.
2 11 2011. Rabu
Mama bagi tahu Abba yang aku suka tonton Upin Ipin bersama-sama Abang
Adam. Sebenarnya aku suka tonton banyak rancangan. Ammi dah mula risau nanti
bila aku besar, aku akan addicted to tv.
Balik ke rumah petang ni, aku makan dulu. Nasi ayam juga tapi bukan Pak
Alli punya.
Selepas tu Abba dan Ammi solat. Kemudian Abba dan Ammi makan malam.
Lepas tu Ammi masuk ke bilik. Aku dengar Ammi bagi tahu Abba yang Ammi
rasa kurang sihat, feverish dan nak berehat sekejap. Abba snap gambar aku dan
bawa aku pun masuk ke bilik. Aku nampak Ammi dah terlena. Ammi terjaga semasa
kami masuk. Sekejap kemudian Ammi hampir terlena lagi. Abba pun dah terlena.
Nampaknya semua orang mengantuk hari ni. Aku juga mengantuk. Aku pun tidur awal
hari ni.
1 11 2011. Selasa
Aku terjaga
sekitar jam 5 pagi. Ammi bangun temankan aku dan on kan tv untuk aku sementara
Ammi pergi kejut Khairul Bhaiya dan sediakan breakfast untuk Khairul Bhaiya.
Aku lepak
tengok tv sampai pukul 6 lebih, kemudian terlena. Ammi kejutkan aku semula
untuk breakfast dan bersiap ke rumah Mama.
Aku tengah
tidur semasa Abba menjemput aku tetapi aku terjaga semasa Ammi mengambil aku
dari Abba. Aku masih mamai lagi.
Kemudian Abba
pergi beli makan malam dan aku mula menangis (walaupun Ammi sedang dukung aku).
Ammi cuba memujuk aku dengan bermacam cara. Akhirnya aku diam bula Ammi on
radio. Aku duduk menghadap cermin di sebelah tempat duduk Ammi. Bila Abba
balik, Ammi bagi tahu yang aku menangis. Abba panggil aku tetapi aku merajuk
dengan Abba dan tak mahu pandang Abba.
Bila sampai
ke rumah, Abba turun kunci pintu pagar. Biasanya Abba akan mengunci pintu pagar
dan buka pintu depan sementara Ammi tunggu dalam kereta dengan aku. Biasanya
juga aku akan bermain-main sementara Abba buka pintu depan tetapi hari ni aku
menangis lagi sebab Abba tinggalkan aku. Aku marah sangat dan mengetuk cermin
kereta dengan kuat. Ammi terkejut dan menasihati aku bahawa itu satu perbuatan
yang tidak elok dan suruh aku jangan mengulanginya lagi.
Aku makan
nasi goreng Cina dengan sup malam ni. Sedap. Aku makan banyak.
Menonton sambil bersantai. |
Amacam, nampak seksi tak aku... |
Aku dengar
Ammi telefon Isha Baji dan cuba sogok dia untuk ikut ke PD. Ammi tahu bahawa
kalau Isha Baji nak ikut, Munni Khala taka da pilihan – terpaksa juga ikut. Apa
yang Ammi sogok? Ammi jual nama aku. Ammi bagi tahu Isha Baji yang aku akan
mandi laut menggunakan pelampung dan memakai seluar mandi. Kalau Isha Baji nak
tengok, dia kena ikut ke PD. Kemudian Ammi bersembang dengan Munni Khala dan
akhirnya Munni Khala bersetuju untuk ikut. Yahoo!
Selepas Abba
dan Ammi solat, aku menonton tv. Abba terlena sebelum aku tidur. Ammi menunggu
aku. Seperti semalam, aku tak boleh nak tidur malam ni. Aku baring, kemudian
duduk, kemudian baring semula. Ammi cuba tidurkan aku tetapi aku masih belum
boleh tidur. Aku hanya tidur setelah agak lama bergolek di atas katil.
hai adam yang comel....
ReplyDelete