Sunday, July 31, 2011

Aadam's Story bulan Julai 2011

31 7 2011. Ahad
Hadiah harijadi aku tiba awal....











Sedang menguji kekuatan
bangunan ini....
Abba sibuk memasang playground aku hari ni. Aku pun tumpang sebok menolong mana-mana patut. Tapi kebanyakan pertolongan aku tu lebih kepada menjahanamkan saje. He he he he. 
Warna apa nak pakai ni...?
Tengah mencari plan untuk mendirikan
benda alah ni. Mana pi plak ni...?
Oh, bawah bontot aku rupanya. Apasal
bau semacam je ni?
Akhirnya berjaya juga
menyiapkan bangunan
pencakar langit aku ni.
Penat sungguh sehingga kena
cabut baju yang dah basah
lenjun.
Bergaya hensem depan
 playground aku....
Sedang mengukur keseimbangan
struktur dengan muncung aku je. Hebatkan?
Alamak, nak terberaklah pulak....


Sekarang aku baru perasan
dah dua bulan dah perut
aku ni rupanya....


Aku rasa bongkaklah pulak
bila dapat CF untuk bangunan ni.
Bestnya main benda ni. Tengahari ni Noor Bhaiya tolong pam angin ke kolam renang aku yang dibeli semalam. Kemudian aku berendam dalam kolam tu. Seronoknya. Semua orang berkerumun memerhati aku. Tak lama selepas tu, Isha Baji join aku dalam kolam dan kemudian Nana Baji pula masuk. Akhir sekali Ella Baji pun masuk. Seronok betul.
Mandi kolam depan rumah.

Sedaplah rasa bola ni bila
 rendam dalam kolam ni...
Nak cuba?
Demi keselamatan aku pakai pelampung...
Mandi sambil main bola
warna warni...seronok tau.
Brrrr! dah kecut semua ni.....
Bhaiya Nor sedang
 teringin nak tumpang berkubang.
Boleh...Boleh blah...




Nasib baik pelampung aku ni muat
untuk aku je, kalau tidak mesti Baji
nak pinjam...
Selepas berendam agak lama juga, akhirnya aku dikeluarkan dari kolam tu. Tak lama selepas tu Munni Khala balik ke rumahnya. Terima kasih Munni Khala dan Bhaiya-Bhaiya serta Baji-Baji sebab melawat Aadam. Doakan agar Aadam tak masuk hospital lagi ye.
Makan malam selapas mandi manda....

Ammi bagi tahu aku yang esok adalah 1 Ramadhan dan bertanya samada aku nak berpusa atau tidak. Nanti Ammi, bila Aadam dah besar sikit Aadam puasa Insya Allah.

30 7 2011. Sabtu
Alhamdullillah, Keluar hospital.









Mungkin aku boleh balik hari ni. Aku tak sabar tunggu doctor datang walaupun aku tak suka doctor tu. Akhirnya doctor datang memberi berita yang aku tunggu-tunggu. Alhamdulillah aku boleh balik hari ni.


Sementara menunggu discharge papers aku, Abba bawa aku pergi main di playground kat dalam hospital. Inilah satu-satunya benda kat hospital yang aku suka. At least bukan semua kenangan aku kat sini pahit.
Kalau ada sesiapa yang nak
sewa 'Penjara' ni silakan,
aku kasi free je.
Apa pandang-pandang, aku karate
dengan lengan aku kang!
Biarlah aku menyanyi
serangkap dua lagu
untuk menghiburkan
hatiku yang sakit ini
.
Adoi sakit gusilah pulak,
nak tumbuh gigi la ni
.
Mengantuk pulak dah....
Sakit tau, kena cucuk ubat hari-hari, tak selesa sangat.
Tag tangan yang tak hinggin
aku pakai lain kali.

Ada satu pelapik keras untuk 
sokong tangan aku dari bengkok.
Akhirnya kami balik pada waktu tengahari. I hope this was the first and last time aku masuk hospital. Ya Allah! Berikanlah aku kesihatan yang baik agar aku tak perlu masuk hospital lagi. Amin.

Munni Khala datang ke rumah hari ni untuk melawat aku. Petang ni kami pergi shopping. Abba dan Ammi nak beli hadiah harijadi aku dan salwar kameez untuk aku. Asalnya Abba dan Ammi nak belikan laptop bebudak untuk aku tetapi selepas Abba tengok aku seronok bermain kat playground di hospital tadi, mereka ubah rncangan mereka dan decided nak beli playground pula.

Bila Abba nak sedekah
sebijik dua kat Aadam benda ni?
Kami sempat lawat ToyCity
...he he he.
 Makin botak Abba.
Kami ke Toys “R” Us di Mid Valley. Aku dapat banyak mainan – ada playground consisting of swing, slide dan jarring untuk basket ball, ada kolam renang dan bas sekolah yang besar mengandungi bola-bola kecil berwarna-warni di dalamnya.

Kemudian kami ke Kamdar. Abba dan Ammi sibuk memilih salwar kameez untuk aku. Akhirnya Abba dan Ammi memilih satu pasang yang kurtanya ada vest dan salwarnya pula dijahit menyerupai dhoti. Mesti aku cute pakai benda alah ni.

Munni Khala beli hadiah pistol untuk aku. Best woh ada lampu warna-warni. Malangnya aku tak erti nak tekan picu dia. Ammi bagi tahu Munni Khala yang Ammi tak nak belikan aku pistol sebab takut aku jadi violent. Aadam budak baiklah Ammi. Insya Allah Aadam tak jadi macam tu.

Munni Khala dan Nana Baji puasa hari ni so Abba belikan roti boy untuk buka puasa sebab kami tak sempat balik on time. Abba tak beli untuk aku jadi Ammi bagi Ammi punya kat aku. Noor Bhaiya yang suapkan. Sedap sungguh. Entah siapa yang cipta roti ni. Sedap punya pasal aku makan banyak-banyak dan kemudian muntah atas Noor Bhaiya.

On the way balik ke rumah, Ammi hantar slacks aku untuk dipendekkan. Entah siapa yang jahit slack ni, pinggang dia kecil tetapi seluarnya panjang. Ammi nak pakaikan aku seluar ni semasa sambutan hari jadi aku nanti.

Aku ikut Munni Khala jemput Khairul Bhaiya dari stesen LRT. Bila aku ternampak baju Khairul Bhaiya yang berwarna biru, aku teringat nurse kat hospital yang juga berpakaian biru lalu terus jadi takut kepada Khairul Bhaiya.



29 7 2011. Jumaat
Hari ke dua di Wad

Aku masih di hospital lagi dan masih takut kepada nurse dan doctor tetapi dah boleh terima Ammi. Abba dan Ammi EL hari ni.

Apa yang mampu aku buat, hanya terbaringlah
Aku dah start makan. Macam-macam aku makan hari ni - fruit cake, puri dan oat. Yang paling aku suka ialah fruit cake.
Ammi sedang memujuk
aku agar jangan takut.

Sepanjang hari entah berapa kali nurse datang nak perbetulkan drip aku dan setiap kali itulah aku menangis. Sakit woh. Petang ni semasa doctor datang, dia cakap mungkin drip aku boleh dibuka malam ni. Alhamdulillah.
Korang tak tau sakit ooo
kena cucuk jarum di tangan.

Malam ni aku makan aiskrim. Sedapppp….

Drip aku ada masalah lagi. Air tak jalan. Aku tak pasti macam mana dia orang pasang drip ni. Kenapa banyak sangat masalah. Nak kata tak pandai, hospital pakar yang bayarannya mahal gila. Entahlah, aku tak faham betul. Agaknya dia orang ingat tak sakit kot. Cuba anak dia orang yang kena macam ni, apa tindakan mereka.


Nurse tu buka balut drip aku, adjust jarum dan balut semula dan kemudian cucuk kat jarum tu sebab nak tengok air tu jalan ke tak. Masa tu punyalah sakit, Allah saja yang tahu. Aku menjerit dan menangis lagi. Ammi berkali-kali suruh nurse tu call doctor dan bertanya samada drip tu boleh dibuka sebab doctor ada cakap boleh dibuka malam ni. Ammi tak sampai hati nak tengok aku didera sebegini. Aku pasti Ammi tahu macam mana kesakitan yang aku tanggung sebab Ammi dah biasa kena drip. Kalau boleh, Ammi nak drip tu dibuka terus sebab tak mahu aku disakiti lagi.

Malangnya nurse tu degil dan tunjuk pandai sendiri. Ataupun dia malas. Dia tak mahu call doctor. Dia tetap pasang drip tu. Berbakul Ammi sumpah seranah nurse tu. Ini first time aku tengok Ammi marah macam ni.

Akhirnya malam ni, drip aku dah off tapi jarum tu tak dicabut.



28 7 2011. Khamis
Aku masuk Wad.


Balik dari kerja hari ni, Abba dan Ammi singgah kat rumah sekejap untuk mengambil susu dan barangan keperluan aku dan terus bawa aku ke klinik. Doktor tu suspect denggi dan suruh bawa aku ke hospital.

Kami ke wad emergency. Ramai juga orang yang menunggu. Akhirnya giliran aku sampai.
Abba temankan aku dalam satu ruang untuk rawatan sementara tu. Ada satu katil dengan alat-alatan untuk merawat pesakit. Ammi tak nak masuk sebab tak sampai hati nak tengok aku kena cucuk (Ammi dah agak yang doctor akan buat blood test).
Abba sedang mententeramkan aku yang
sedang rungsing sekarang ni.


Aduh sakitnya.... Abba kata aku 'Anak Jantan'
tak boleh nangis. Aku pun tak nagis la...
Lebih kurang 5 minit menunggu di situ datanglah beberapa orang nurse check itu check ini. Aku mula risau dah. Selepas check aku, doctor suruh Abba tunggu di luar dulu. Doktor cakap aku kena masuk wad.

Mesin yang dipasang ke tangan aku.
Aku ditenteramkan Abba.
Tak lama kemudian, aku dipanggil semula dan bermulalah episod pahit yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila. Sebelah tangan dan seluruh badan aku dibalut dengan selimut ketat-ketat dan sleh 3 – 4 orang jururawat sementara doctor mengambil darah dan kemudian mencucuk jarum untuk memasang drip. Aku menjerit dan menangis sekuat hati sampai suara aku hilang. Akhirnya aku mengalah dan hanya mampu memandang wajah Abba, yang turut menitiskan air mata. Abba.... sakit Abba...! Aku sayu meminta tolong dari Abba. Harap abba dapat bawa aku lari dari mereka semua yang menyakitkan aku ini. Abba juga tidak mampu membuat apa-apa, hanya melihat kekasaran dan ketidakperimanusiaan doctor dan para jururawat itu. Ini adalah peristiwa yang paling menyakitkan aku sepanjang aku hidup dan aku tak akan melupakannya sampai bila-bila.


Selepas mereka siap perlakukan aku begitu Abba dakap aku kuat-kuat. Aku jugak dakap Abba tak lepas-lepas selepas tu. Tak mau aku nak terpisah dari Abba. Sayu sangat hati Abba memandang aku menangis kesakitan. Abba belai aku penuh manja, memujuk aku sudah selamat. 

Kami tunggu lagi di luar dan akhirnya kami dibawa ke bilik. Abba mendukung aku dan duduk di atas wheel chair. Ammi sememangnya duduk atas wheel chair. Ada jururawat yang tolak Abba dan Ammi ke bilik. Abba nak suruh Ammi dukung aku sementara Abba tolak wheel chair Ammi tetapi nurse tu tak bagi.

Selepas peristiwa ini, aku jadi takut sangat dengan jururawat dan doctor dan tak mahu berenggang dengan Abba. Walaupun Ammi nak dukung aku, aku tak mahu juga. Aku nak Abba saja.

Setiap kali nurse atau doctor masuk ke bilik, aku terus menangis. Aku tak mhu tengok kelibat mereka pun. Aku tak mahu tidur dan menangis tak berhenti-henti sampailah agak lewat. Akhirnya aku terlelap. Sebaik aku terlelap, ada nurse datang dan aku terjaga lantas terus menangis. Benda ni berulang 3, 4 kali. Setiap kali aku terlelap, ada saja nurse datang nak check something dan terus aku terjaga dan menangis. Abba dan Ammi marah sungguh dengan nurses itu sebab tak check semua benda sekali dan sebaliknya datang berkali-kali sampaikan aku tak boleh tidur.

Malam ni kedua Abba dan Ammi tunggu aku kat hospital. Akhirnya sekitar pukul 2 atau 3 pagi barulah aku tidur.


27 7 2011. Rabu










Aku demam lagi waktu tengah malam. Siang tadi ok saja. Nampaknya ubat yang doctor tu bagi tak berapa berkesan. Abba dan Ammi dah risau-risau.



26 7 2011. Selasa










Aku masih demam hari ni dan Abba bawa aku ke klinik ambil ubat.

Aku makan bubur kacang hari ni tetapi aku tak suka. Entahlah, sejak aku demam ni, aku tak berapa lalu makan. Aku juga makan ayam dan udang. Aku suka udang

25 7 2011. Isnin










Siang ni demam aku ok jadi Abba dan Ammi tak bawa aku ke klinik.

Abba pasang kerusi makan aku yang dibeli dari Ikea dan terus aku rasmikan hari ni juga. Aku makan ais krim strawberry hari ni.

Malam ni semasa tidur, aku demam semula.



24 7 2011. Ahad
Melawat Mamu Alam

Aku demam semula dan banyak tidur hari ni namun kami tetap ke rumah Alam Mamu sebab Ammi dah berjanji dengannya.
Ini keluarga Mamu.

Antara aku, Mamu dan Boboi,
 siapa tak Hensem?
Sampai di sini, Alam Mamu datang keluar nak ambil aku. Ammi hulurkan Boboi kepadanya dan cakap itu aku tetapi Alam Mamu dah nampak aku kat car seat. Dia seronok sungguh dan berlari memanggil Purveen Momani. Ammi guna trick yang sama ke atas Purveen Momani dan dia hampir tertipu. Kedua-dua Alam Mamu dan Purveen Momani cakap aku handsome. Mereka dukung aku masuk ke dalam.

Munni Khala pun ada di sini. Ammi mendukung Boboi seperti mendukung baby dan cakap kat semua orang yang Abba dan Ammi adopt seorang lagi baby. Semua orang tahu yang Ammi menipu. Hanya Ella Baji yang tertipu. Dia bertanya, “Betulkah tu baby ke anak patung”. Kasihan Ella Baji.
Baring-baring dengan Mammu

Baji control lawa pasal nak masuk internet.
Wajah aku kepenatan.
Alam Mamu, Purveen Momani, Siew Siew Cece dan Amirah Baji seronok jumpa aku. Mereka cuba bermain dengan aku tetapi disebabkan demam, aku tak mahu bermain. Aku bermalas-malas tonton Baby TV. Alam Mamu dan Amirah Baji tak henti-henti snap gambar aku. Alam Mamu baru beli camera DSLR dan baru snap 5 – 6 keping gambar. Selepas snap gambar aku, dah jadi 200 – 300 gambar. Aku rasa artis pun tak snap macam ni punya banyak gambar setiap kali sessi fotografi.

Aku teringin nak bermain dengan mereka tetapi aku tak larat langsung. Jadi aku hanya baring-baring atas cushion. Semasa Abba dan Ammi pergi makan, Alam Mamu peluk aku dan mencium aku bertalu-talu. Sayang sungguh dia kat aku. Terima kasih Mamu dan Momani kerana menerima Aadam dan menyayangi Aadam sebegini.

Baji sedang mendengar nasihat-nasihat berguna dari Ammi.
Siew Siew Cece pun nak jadi girlfriend aku.
Balik dari rumah Alam Mamu, aku penat sangat dan tidur awal.

Bergambar depan rumah Mamu.


23 7 2011. Sabtu










Aku bangun waktu Subuh dan tak nak tidur balik selepas minum susu. Aku hanya tidur semula semasa hari dah cerah.

Sebelum makan nasik aku makan daun...
Demam aku dah ok so bolehlah kami pergi shopping.

Makan nasik sama ikan kembung.
Uncle Brian dan Aunty Elizabeth datang untuk buat pest controlling. Mereka kata aku dah besar. “So fast he’s already 1 year old. He was just a few days old when I first saw him,” kata Uncle Brian. Yelah, baru aku teringat. Unle Brian merupakan salah seorang yang paling awal berjumpa dengan aku.

Munni Khala sepatutnya datang tapi tak jadi. Kecewanya aku.

Kami pergi Ikea dan kemudian pergi ke Dewan Serbaguna kat PJ – ada sale. Di Ikea, Abba dan Ammi beli mainan untuk aku. Antara lain, aku dapat doll budak lelaki yang saiznya sama besar macam baby baru lahir. Aku suka sebab biasanya dolls adalah budak perempuan. Ini first time aku jumpa yang budak lelaki punya. Ammi namakan dia Boboyot @ Boboi.

Semasa di Dewan Serbaguna tu, aku buang air besar. Habis terkena badan aku sebab t*%#@ aku cair. Sejak tukar susu ni, aku jadi cirit-birit pula dan ini adalah the worst sebab seluar baju dan badan aku pun terkena.

Semasa balik dari sana, Ammi makan Cornetto blue berry (kalau tak silap akulah) dan Ammi suapkan aku sama. Sedapnya.  


22 7 2011. Jumaat










Aku makan roti bakar sapu mentega dan roti cicah kari ikan semasa sarapan hari ni. Sedap gilerrr…

Abba dan Ammi lambat lagi hari ni. Aku kasihan Abba dan Ammi yang kerja kuat sangat.

Ammi bagi tahu plan untuk esok dan lusa – esok nak pergi shopping dan lusa nak ke rumah Alam Mamu. Lama betul kami tak pergi ke rumah Alam Mamu. Excitednya.

Ammi juga cakap yang Munni Khala mungkin dating esok. Yahoo!

Aku demam hari ni dan Ammi dah suruh Abba bawa aku ke klinik tapi Abba cakap ubat itu hari ada lagi so Abba suruh bagi aku makan ubat tu dulu. Ammi dah planning nak cancel rancangan untuk esok. Aku harap aku ok esok.



21 7 2011. Khamis

Satu hari yang biasa. Abba dan Ammi lambat jemput aku hari ni.
Cara-cara turun dari sofa dengan betul...



20 7 2011. Rabu










Pagi ni aku dapat tahu yang Abba balik pukul 4 pagi tadi so Abba dapat ½ day off hari ni. Ammi pula ambil cuti hari ni. Abba bangun tidur agak lewat sebab Abba tak cukup tidur semalam. Selepas Abba dan Ammi bersarapan, kami balik ke rumah.

Walaupun Ammi cuti hari ni, aku tetap ke rumah Mama sebab Ammi tak boleh nak jaga aku seorang diri memandangkan aku makin lasak sekarang.

Semasa Abba jemput aku, Mama bagi tahu Abba yang aku berjalan beberapa tapak tanpa pegang apa-apa hari ni.

19 7 2011. Selasa
Abba ada shooting, aku kerumah Khala lagi.


















Pagi ni Abba kelur rumah waktu biasa jadi aku dapat agak yang kami tak akan ke rumah Munni Khala pagi ni. Mungkin petang nantilah kot.

Abba dan Ammi datang awal, fetch aku dan terus ke rumah Munni Khala. Bila aku naik kereta, aku dapati ada 2 orang awex kat tempat duduk belakang. Siapa mereka? Aku tak kenal pun. Aku asyik pandang mereka dan salah seorang dari mereka minta nak dukung aku. Ammi pun bagi. Aku duduk dengan kakak tu sampai hampir nak sampai rumah Munni Khala barulah dia bagi balik kat Ammi.

Dari perbualan mereka, aku dapat tahu yang kedua-dua kakak tu adalah rakan sekerja Abba, Kak Femmy dan Kak Marliana. Mereka memuji aku baik dan tak lasak. Ammi cakap aku berlakon saja. Abba pula menyokong Ammi. Abba, Ammi, janganlah cakap macam tu. Aadam malulah.

Bersama kawan-kawan abba.
Sesampai di rumah Munni Khala, bau nasi minyak yang harum menusuk hidung aku. Munni Khala sekeluarga sedang berbuka puasa. Mereka semua puasa hari ni. Semasa Abba, Ammi dan kawan-kawan Abba makan, Munni Khala suap aku nasi minyak. Yummy! Sedapnya.

Selepas makan, Abba dan kekawan Abba terus pergi ke lokasi shooting di Puchong. Aku tinggal bersama Ammi di rumah Munni Khala.

Aku tunggu Abba balik. Tunggu punya tunggu, Abba tak balik-balik sampailah aku terlena.


18 7 2011. Isnin











Satu hari yang biasa saja.

Ammi bagi tahu yang esok kami akan ke rumah Munni Khala sebab Abba ada shooting dengan Ustazah Siti Norba’iah untuk tazkirah Ramadhan. Seronoknya nak ke rumah Munni Khala. Agaknya bila kita nak pergi ye Ammi? Pagi ke? Ammi tak jawab. Ni mesti Ammi tak faham bahasa aku. Tak apalah, aku tunggu esok dan find out sendiri.

17 7 2011. Ahad






Gambar-gambar dekat kampung


Dah balik rumah.
Bangun pagi ni aku dapati puting aku dah dijumpai. Kat mana yek jumpa? Akhirnya aku dapat tahu dari Ammi yang sebenarnya Ammi baring atas puting aku. Patutlah tak berjumpa. Sepatutnya Abba suluh bawah bumbum Ammi malam tadi. Gerenti jumpa. Nasib baik puting aku tak penyek dek tertimbus oleh Ammi.

Petang ni kami balik ke rumah. On the way, Ammi suap aku makan Chickadees. Sebenarnya Ammi tak nak bagi aku tapi kesian bila aku dok pandang saja. Tapi Ammi siap pesan yang aku tak boleh makan banyak-banyak sebab tak berkhasiat.


16 7 2011. Sabtu

Sebelum balik ke kampong, kami pergi ke klinik dulu sebab Ammi tak sihat. Dari sini, kami terus balik kampong. On the way, Abba singgah beli satay sebagai buah tangan.


Aku terlena dalam kereta dan bila terjaga, kami dah sampai ke rumah Tok Wan. Makcik Asmah pun ada. Dia cuti so baliklah ke rumah.

Aku sempat melelapkan mata seminit dua dalam kereta.



Sedang melepak di varanda rumah tok.

Tok, biar Aadam rasa satey ni dah
 masak ke belum ye tok!
Petang ni aku makan durian dan satay dan seperti dulu. Aku masih tak suka durian. Selepas makan, aku kembung perut. Siap kena sapu minyak baru lega.
Tolong percayakan aku...Ini durian aku yang koyak....!

Aku juga belajar naik basikal. Bukan basikal besarlah, basikal kanak-kanak. Abang Izz yang punya. Tok Wan belikan. Untuk Aadam tak de ke Tok Wan? Aku suka naik basikal dan Ammi cakap nanti Ammi belikan untuk aku.

Kemudian aku tengok Tok Wan dan Abba buat tiang untuk pintu pagar. Best juga. Nanti bila dah besar sikit, aku nak belajar bertukang dengan Abbalah.

Tok bagi jersey Malaysia warna biru dengan nama Shafiq tertulis di belakang. Sayang, saiznya besar sangat, sama saiz dengan Abang Izz. Nampaknya aku kena tunggu setahun lagilah, baru boleh pakai. Walau apapun, terima kasih Tok. Aadam suka baju ni.

Malam ni Tok bagi aku baju Melayu warna orange. Tok yang jahit untuk Darwish tetapi tak muat dia pakai so Tok bagi kat aku. Terima kasih sekali lagi Tok.

Untung betul Darwish dan Abang Izz. Itu hari Tok jahitkan bantal peluk panjang untuk Darwish dan sekarang jahit baju Melayu pula. Abang Izz pula, macam-macam hadiah Tok Wan belikan termasuk basikal. Aku tak kisah pun sebab apa yang aku perlu, Abba dan Ammi akan belikan. Cukuplah sekadar mendapat kasih sayang Tok dan Tok Wan.

 Malam ni puting aku main sorok-sorok dengan aku. Dia menghilangkan diri. Puas Tok dan Abba mencari tetapi tak berjumpa. Siap suluh-suluh bawah katil lagi tapi taka da. Ammi pula sibuk memujuk aku yang sedang menangis sebab nak puting. Akhirnya Ammi Berjaya tidurkan aku.

15 7 2011. Jumaat

Semasa Abba hantar aku, Abba ternampak Farah. Aku tak pasti samada aku dah cerita fasal Farah atau tidak. Farah berumur dalam 6 bulan dan Mama jaga dia. Aku suka main dengannya sebab dia macam doll. Aku tak story pun kat Abba dan Ammi fasal Farah sebab nanti Abba dan Ammi usik aku. Hari ni tak dapat mengelak. Abba dah ternampak dah.

Mama bagi tahu Abba yang aku ni penyayang. Bila Farah menangis, aku pergi usap kepala dia. Siaplah aku kena sakat dengan Abba dan Ammi.

Abba dan Ammi balik lewat hari ni. Ammi bagi tahu yang esok kami nak balik kampong. Yahoo! Bestnya dapat jumpa Tok Wan dan Tok, dapat menghirup udara segar, ambil angina kat luar rumah sambil tengok kehijauan etc. Seronoknya. Tak sabar rasanya nak tunggu hari esok.

Dan seperti yang diduga, Ammi dah menyakat aku….


14 7 2011. Khamis

Semasa aku bangun, Khairul Bhaiya dah pergi kerja.
Gaya model 2011. Korang boleh?
Semasa duduk kat meja makan, aku terus sebut “Nak”. Abba dan Ammi ketawa. Abba tanya “Nak apa? Nasi ayam?” dan aku jawab “Hmmm”. Abba dan Ammi ketawa.

Waktu makan malam, Abba suap aku kismis. Semasa nak minta lagi, aku cakap “Nak”.
Sekarang aku dah pandai geleng kepala bila aku tak nak something. These are new things for me dan Abba dan Ammi gembira mengikuti perkembangan aku dan aku juga gembira because I learn something new every day.

Malam ni Ammi sibuk buat kerja office so aku lepak dengan Abba saja.

13 7 2011. Rabu

Semua orang puasa so aku hanya dapat makan makanan aku saja hari ni. Tak bestnya.

Hari ni aku pergi hantar Khairul Bhaiya ke bus stop dan jemput Isha Baji balik dari sekolah.

Malam ni aku balik ke rumah. Aku kembung perut dan menangis tak berhenti.

Khairul Bhaiya tidur sini malam ni sebab esok dia kena masuk kerja awal pagi. Kalau dari rumah Munni Khala, takut tak sempat.


12 7 2011. Selasa

Hari ni aku ronda lagi. Aku ikut Munni Khala hantar Khairul Bhaiya ke bus stop pula. Ella Baji dan Isha Baji tak pergi sekolah hari ni sebab terlajak tidur. Itulah, malam tadi Munni Khala suruh tidur, tak nak. Nak main dengan Aadam sampai lewat malam. Kan dah ponteng hari ni. Aadam tak apalah tidur lewat sebab tak payah pergi sekolah.


Aku muntah lagi hari ni dan kali ini mangsa aku adalah Ella Baji dan Isha Baji. He! He!


11 7 2011. Isnin
Tinggal dengan Khala beberapa hari.

Padi-pagi lagi aku dah dihantar ke rumah Munni Khala. Asalnya Abba nak ambil aku petang ni dan hantar semula Rabu nanti tetapi kemudian Abba decided nak tinggalkan aku di sini dan ambil aku pada petang Rabu.

Banyak sungguh aktiviti aku hari ni. Aku ikut Munni Khala pergi beli ayam, jemput Ella Baji dari sekolah dan jemput Khairul Bhaiya dari bus stop. Seronok dapat ronda-ronda naik kereta. Aku tahu Munni Khala nak keluar setiap kali dia pakai tudung jadi aku pun mengekori Munni Khala. Nak, tak nak, Munni Khala terpaksa bawa aku.

Aku try makan telur rebus hari ni. Oklah rasa dia. Aku boleh makan.

Aku rindu kat Abba dan Ammi. Walaupun aku seronok kat sini sebab ramai orang nak main dengan aku, tetapi aku tetap rindukan Abba dan Ammi. Apalah agaknya Abba dan Ammi sedang buat sekarang? Agaknya mereka rindukan aku tak? Aku rasa mesti Abba dan Ammi rindukan aku.

Hari ni aku muntah atas Noor Bhaiya. Bila aku kat rumah, takdelah muntah-muntah macam ni. Munni Khala cakap mungkin fasal aku terus minum susu selepas makan telur tadi. Walau apa pun, yang pasti, Noor Bhaiya sudah “diperfumekan” oleh aku.

Aku tak boleh tidur malam ni. Panas sangat. Munni Khala bawa aku tidur di hall. Itupun aku tak boleh tidur. Pukul 2 pagi baru aku tidur.

10 7 2011. Ahad

Inilah pot kegemaran aku.
Hari ni adalah hari yang bersejarah buat aku. Sebab apa? Teruskanlah membaca …..

Pagi ni tiada apa yang istimewa tetapi waktu tengahari, Abba pasang CD cerita seram. Aku join sekali tengok. Ini first time aku tengok cerita seram. Ammi tak join kami sebab Ammi tak suka tengok cerita seram (ke Ammi takut?). He! He!

Sewaktu Abba dan Ammi solat Maghrib, aku ditinggalkan bersantai atas katil sambil menonton tv. Sekarang Abba dan Ammi tak takut nak tinggalkan aku di atas katil seorang diri sebab aku dah handal turun katil. Walaubagaimanapun Abba dan Ammi tetap meletakkan cushion atas lantai sebagai langkah berjaga-jaga, kot-kot aku terjatuh.

Apa mainan aku nak main hari ni yerk?
Dan sememangnya hari ini aku terjatuh. Punca aku terjatuh ialah sebab aku nak buat experiment. Aku cuba berdiri di atas tilam di kawasan tepi katil sambil memegang kerusi yang Ammi duduk semasa solat (kan Ammi sakit kaki, jadi Ammi solat sambil duduk). Tetiba aku tak dapat balance badan aku dan terus terjatuh. Mujur ada cushion, kalau tak macam nangka busuk jatuh ke tanahlah jadinya.

Ammi bagi tahu esok akan hantar aku ke rumah Munni Khala sebab Mama nak hantar anaknya ke Politeknik di Pahang. Hari Rabu pun aku akan dihantar ke rumah Munni Khala sebab Mama nak ke hospital.

Aku tahu korang tertunggu-tunggu apa yang amat bersejarah sangat tu. Jawapannya, kalau dulu it was ONE GIANT LEAP FOR ME, today is ANOTHER GIANT LEAP FOR ME. Fasal apa? Fasal hari ni aku berjalan beberapa tapak tanpa pegang apa-apa. Alhamdulillah.


Gigit kau...! Aku tengah gatal gusi ni. Idung ko yang
comel tu buat aku geram je...
9 7 2011. Sabtu

Baru bangun tidur Abba
dah snap gambar. Nasib
baik hensem.
Aku buat aktiviti hujung minggu aku yang biasa ….. main, tengok tv, tidur.

Itu hari aku dengar Ammi ajak Abba pergi shopping hari ni tapi dari pagi tadi aku tunggu, tak ada terdengar pun Abba atau Ammi sebut nak pergi shopping.

Aku makan something new today - roti cicah sup ayam. Oklah, tapi aku taklah suka sesangat.


8 7 2011. Jumaat
Tumbuh gigi ke tiga.

Cuba korang kira gigi aku... Ye dah
ada tiga batang...
Hari ini mengadap benda
ni lagi...
Dengan penuh perasan aku sedang
mengalunkan irama cinta nusantara...
Abba dan Ammi balik awal dari biasa. Kata Ammi jalan tak jam hari ni. Kenapa yek? Kan best kalau hari-hari macam ni.


7 7 2011. Khamis

Aku sedang memikirkan
siapakah pencipta piano...

Hari ni taka da cerita sebab aku tidur awal hari ni.
















6 7 2011. Rabu

Abba dan Ammi puasa lagi hari ni. Agaknya apa juadah berbuka hari ni. Hopefully aku dapat rasa makanan baru. Memang betul hari ni aku makan cucur bawang yang ada cili. Abba yang suap aku. Abba sebenarnya tak tahu cucur tu ada cili. Yelah Abba puasa, mana boleh rasa. 


Aku suka piano ni.
Ada muzik rancak.
Balik-balik kerja, Abba dah suap aku. Aku pun makan. Lepas tu Abba nak suap lagi tapi aku tak nak. Bak kata Jay Jay, “Cukuplah Sekali (aku termakan cili)”. Abba kehairanan sebab aku menolak makanan. Betullah cakap orang, “Siapa makan cili, dia rasa pedas”. Abba belum makan jadi Abba tak rasa pedasnya. Semasa buka puasa Abba makan cucur bawang tu dan barulah Abba tahu kenapa aku tak nak makan lagi.

Semasa Abba dan Ammi sedang buka puasa, aku kalut ke sana sini – bermain sampailah aku terjatuh tersembam. Aku relax je, Abba dan Ammi yang panic.

Selepas berbuka, Abba mengeluarkan bantal peluk dan piano berbentuk epal yang dibeli dari pasar malam untuk aku. Bestnya. Aku paling suka piano tu. Ammi pula beli buku untuk aku. He! He! Buku hari tu pun tak terbaca ….

5 7 2011. Selasa

Abba dan Ammi puasa hari ni dan semasa berbuka ada apam balik. Aku pun dapat rasa. Sedappppp…. Aku rasa semua makanan yang orang dewasa makan adalah sedap tetapi makanan aku rasa sama saja setiap kali. Kenapa yek?


4 7 2011. Isnin
Aku demam pulak dah. Gigi tumbuh sebatang lagi.

Aku masih demam dan Abba ambil EL nak bawa aku ke klinik. Ammi tak dapat nak cuti sebab kerja urgent Ammi tu masih belum siap. Abba pun masuk office juga tetapi untuk sekejap saja.

By the time Abba balik dan ambil aku, demam aku dah ok, so tak payahlah ke klinik.


Abba perasan gigi aku naik sebatang lagi kat atas. Hmmm… aku dah banyak gigi sekarang. Nanti bolehlah aku gigit orang. Ooopsss … I meanbolehlah makan makanan-makanan yang lain.

Petang ni kami pergi jemput Ammi dari pejabat. Abba bagi tahu Ammi yang gigi aku naik sebatang lagi dan Ammi cakap gigi aku macam rabbit. Cutelah tu.


3 7 2011. Ahad
Shafiqu mamu datang rumah.

Pagi ni aku ikut Abba ke kedai mamak beli roti canai. Ammi sibuk nak menyiapkan kerja Ammi sebelum Shafiqu Mamu sampai. Aku duduk dengan Abba, melakukan bermacam aktiviti.
Kalu tak de silalah beli di pasar-pasar
tani berhampiran kediaman anda.
Korang ada ke seluar
belang gini...!

Shafiqu Mamu datang pada waktu petang. Semua orang minum petang dan kemudian kami ke rumah Munni Khala sebab Shafiqu mamu nak pergi tetapi tak tahu jalan.
Oh! sapakah gerangan yang
datang ke rumah hamba ini
di kala ini?


Yo bro! Lu rock la bro...
yeahhh! gua pun rock jugak.
Hard rock cafe lagi tau...
On the way nak balik dari rumah Munni Khala, Ammi bagi tahu Abba yang aku demam tetapi Abba cakap badan aku memang macam tu … panas.

Balik dari rumah Munni Khala, aku bermain dengan Raziq Bhaiya (anak Shafiqu Mamu). Seronok. Kemudian aku naik demam. Betullah cakap Ammi tadi.


2 7 2011. Sabtu

Hari ni aku rasa makanan baru lagi. Abba suap aku makan curry puff. Emmmm…. sedap giler.

Aku gemar menonton TV.
TV pun gemar menonton
aku tertidur.
Ammi ada kerja urgent nak disiapkan. Macbook Abba pula habis bateri. Nak dicaj, Abba tertinggal charger kat office. Memandangkan kerja tu urgent, kami ke office Ammi untuk ambil laptop Ammi. On the way kami terjumpa Mama kat tengah jalan. Abba ajak naik sekali. Mama dan anak-anaknya pun naik dan aku mula risau nanti semua rahsia aku terbongkar.

Sapa-sapa teringin nak mandi dalam
jakuzi aku ni sila ambik nombor OK!
Seperti yang dijangka, Mama bocorkan rahsia aku. Mama cerita yang aku suka tonton Wonder Pet, suka tengok Maharaja Lawak, suka dengar lagu HambaMu dalam rancangan Imam Muda, suka menari, join hand dengan Abang Adam buat bising, bila merajuk ramai yang pujuk, dah pandai turun dari sofa, suara aku kuat (Aik! Macam mengumpat aku saja) dan banyak lagi cerita fasal aku yang selama ini menjadi rahsia keluar. Habislah bocor segala cerita aku di rumah Mama.

Semasa kami sedang on the way, Shafiqu Mamu telefon dan bagi tahu yang esok mereka nak datang ke rumah kami.

Seronoknye dapat mandi
lagu ni...
Sesampai di pejabat Ammi, kami naik atas. Selalunya aku tunggu Ammi dalam kereta saja. Ni kali pertama aku naik ke office Ammi. Besarnyeeee…. Kami masuk ke bilik Ammi dan ambil laptop lalu balik ke rumah. Cantiknya office Ammi. Agaknya office Abba lagi cantik kot sebab orang kat sana semuanya creative. Bila agaknya aku boleh pergi ke office Abba pula?

Balik dari sana, Ammi sibuk buat kerja sementara aku lepak bersama Abba – bermain, tengok tv dan tidur. 


1 7 2011. Jumaat

Noor Bhaiya ikut Abba dan Ammi ke pejabat Ammi sebab nak pergi interview hari ni. All the best Noor Bhaiya. Aadam dooakan Bhaiya Berjaya. Jawab elok-elok tau.
Sebelum bermain dengan
permainan, eloklah dibaca
dahulu amarannya.
Hantu manalah tertinggal
tertinggal tanduk ni.

Aku rasa ini tanduk Drakula.
Baik aku gigit tanduk dia.
Girang kepalang kalau tak berbaju bila
lepak-lepak kat kusyen ni.

Buai laju-laju, 
sampai cucur atap...
Abba dan Ammi balik lambat sikit. Aku tertunggu-tunggu Ammi balik sebab nak tahu keputusan interview Noor Bhaiya. Ammi cakap Noor Bhaiya boleh dapat kerja tu. Ammi kelihatan gembira sangat. Ammi memang sayang anak-anak saudara Ammi.

No comments:

Post a Comment