Monday, March 14, 2011

Aadam's Story bulan Mac 2011
















31 3 2011. Khamis
Hari kedua di kampung Parit Perak
Aku seperti biasa bangun awal hari ni, semasa semua orang bangun solat Subuh. Selepas solat Subuh, Abba bawa Tok Su pergi beli nasi lemak. Aku pun ikut sama. Kalau kat bandar bila kereta bergerak dan aku tengok keluar tingkap, nampak kereta-kereta lain di kiri kanan jalan. Di sini bila aku tengok keluar tingkap, nampak pokok, parit dan sawah. Nampak seolah-olah pokok-pokok tu mengejar kami. Seronokkkkk ….. 

Bila balik ke rumah, kami lepak kat luar sambil ambil angin pagi. Tok Lang bawa aku duduk atas buaian. Sukanya. Mak Lang pun ada. Tak lama lepas tu, Mak Andak dan Darwish join kami. Darwish dah siap mandi. Dia mandi air sejuk saja. Pasal tulah tadi dia menangis menjerit-jerit. Sejuklah tu. Kat sini memang sejuk waktu malam. Mungkin sebab banyak pokok. Dahlah tu, malam tadi hujan pula. Lagilah sejuk. Nasib baik Abba dan Ammi tak mandikan aku pagi-pagi dengan air sejuk.

Semua orang belum bersarapan lagi sebab tunggu semua orang siap. Kat bilik air tengah queue orang nak mandi. Sementara tunggu semua orang siap mandi, Tok Su suap aku makan bijirin. Darwish pun tengah makan. Bila aku dah kenyang, aku tepis mangkuk yang Tok Su pegang, habis terjatuh dan bijirin tu pun tumpah. Kasihan Tok Su, kena bersihkan kotoran yang aku buat.

Tak lama lepas tu semua orang berkumpul di dapur untuk makan. Eh! Mana Pak Ngah dan Pak Andak? Tak nampak pun. Mungkin mereka tidur di rumah Nenek Moyang kot. Tapi takkanlah Mak Andak dan Darwish tidur sini dan Pak Andak tidur sana. Entahlah, aku tak pasti. Tak lama lepas tu, Tok Wan datang join kami. Tok tak datang pun. Apa agaknya Tok buat di sana ye?

Lepas semua orang makan, aku bermain sekejap. Darwish pun bermain. Mak Lang pula sibuk bersiap nak balik. Lepas tu aku mandi dan tidur. Semasa aku bangun, Mak Lang tengah nak balik dan semua orang menghantar kat luar. Pak Su dukung aku tapi macam tak larat saja, macam nak terjatuh. Ammi nampak dan Ammi mendukung aku walaupun sepatutnya Ammi tak boleh dukung aku lagi sebab bau lepas operate.

Aku lepak lagi bermain dengan Tok Su. Tok pun dah datang sini. Kemudian Tok Su pergi siang ikan. Tok Lang, Moyang dan Tok pun sedang sibuk di dapur. Abba, Ammi dan aku pun join menyibuk di dapur. Sebenarnya Ammi nak dengar Tok bercerita tentang kejadian seram yang berlaku di rumah Nenek Moyang malam tadi. Tok Anjang, Tok Cik Nor dan Tok Cik Lan kena possess. Aku tak berapa faham benda-benda ghaib ni dan tak ambil tahu. Dari perbualan Tok, aku dapat tahu yang Pak Ngah dan Pak Andak dah balik semalam. Habis tu Mak Andak dan Darwish nak balik macam mana? Entahlah.

Aku lepak di dapur sama Ammi.
Tiba-tiba Abba datang membawa sepiring serawa durian yang Tok Lang masak. Abba makan roti cicah serawa durian. Abba juga suap aku makan. Inilah first time aku rasa raja buah yang menjadi kegemaran ramai tetapi aku tak berapa suka dan luahkan balik. Abba, Tok  dan Tok Lang tertwa tengok wajah aku makan serawa durian. Mungkin buah durian yang pure tu aku boleh makan kot. Kena try satu hari nanti. Tok Lang kata kalau aku tak lalu makan durian, siapa nak makan buah durian dari pokok di belakang rumah Moyang tu. Sememangnya Moyang ada dusun durian kat belakang rumah dan khabarnya durian Moyang sedap sangat. Ammi dulu tak berapa gemar makan durian tetapi selepas rasa durian Moyang, Ammi dah suka makan durian. Nantilah Tok Lang, Aadam belajar makan durian.
 
Kemudian kami keluar tengok Tok Su bakar ikan. Kalau kat rumah, Abba dan Ammi bakar ikan atas dapur gas saja tapi di sini, Tok Su guna kayu api dan bakar di luar rumah.

Lepas makan tengahari, Darwish tidur. Aku baru saja bangun dan masih segar. Abba dan Ammi pergi ke rumah Nenek Moyang. Aku pun ikut sama. Aku berpeluh-peluh dan Abba mandikan aku dengan air sejuk. Hari ni aku tak menangis.




Tok bersama adik beradiknya sedang bersembang.

Tak lama lepas tu kami bersalam-salaman dengan semua orang dan pergi ke rumah Moyang untuk ambil barang-barang dan balik. Tok Wan, Tok dan yang lain sempat makan serawa dulu sebelum balik. Aku terasa sedih nak balik. Walaupun baru sehari kat sini, aku rasa attach sangat dengan Moyang, Tok Lang dan Tok Su. Assalamualaikum Moyang, Tok Lang, Tok Su. Nanti Aadam datang lagi okey. I will miss you all.

Kami bertolak hampir pukul 5.30 p.m. Mak Andak dan Darwish ikut naik kereta kami. Tak lama selepas bertolak, aku terlelap dalam ribaan Ammi. Lama juga aku tidur. Bila aku terjaga, kami masih belum sampai. Abba singgah solat Maghrib di sebuah Masjid.

Kami pergi ke rumah Mak Andak dulu untuk hantar Mak Andak dan makan malam di sana. Mak Andak dah pindah rumah ke rumah single storey sebab nak bagi Darwish bebas bermain. Dulu Mak Andak duduk rumah flat, susahlah nak lepas Darwish. Cantik juga rumah baru Mak Andak. Selepas makan, kami balik ke rumah. Aku kepenatan sangat dan selepas tukar baju, aku terus tidur. 


30 3 2011. Rabu
Tok Moyang meninggal dunia.
Balik kampung Perak. Aku sedang mengetest
ruang beg untuk aku duduk kerana khabarnya
ramai nak tumpang kereta Abba, jadi beg ni
nampak secocok sangat untuk aku.

Aku tak pasti kenapa tetapi hari ni pagi-pagi lagi Abba dan Ammi dah sibuk-sibuk bersiap nak pergi somewhere. Nak pergi mana yek? Ammi tak ada pun cerita dengan aku yang kami akan pergi mana-mana. Lagi pun Abba kerja hari ni. Aku confuse.

Ammi suggest pada Abba supaya meninggalkan aku di rumah Munni Khala saja tetapi Abba cakap nak bawa sebab tak sure samada Abba dan Ammi akan balik hari ni atau tidak. Aku makin confuse.

Kemudian aku terdengar Ammi bagi tahu Munni Khala yang kami akan tunggu Tok sampai baru pergi sebab Abba nak bawa Tok Wan dan Tok bersama. Ammi juga bagi tahu yang Pak Ngah dan Pakcik Jai akan tumpang kami dan Mak Teh sekeluarga mungkin tumpang Mak Andak sebab kereta kami tak muat.

Jadi semua ahli keluarga Abba pun akan pergi sama. Tapi …. pergi mana? Aku masih kebingungan. Lepas tu Ammi bagi tahu aku yang Tok Moyang (ayah Tok) dah meninggal dunia dan kami nak balik kampung di Parit. Inna Lillahi wa inna Ilaihi rojiun. Aku terkejut mendengar berita ini dan terasa sedih. Aku hanya berkesempatan berjumpa Tok Moyang sekali sahaja, itu pun sekejap je. Tak sangka pula pertemuan kami di kenduri tempoh hari merupakan pertemuan yang pertama dan terakhir. Kesian Nenek Moyang (ibu Tok). Lepas ni tinggal seoranglah dia.

Kami bertolak balik ke rumah kami agak awal sebab Abba berjanji nak berjumpa semua adik-beradik Abba di sana. Abba bagi tahu Ammi yang Tok Wan akan sampai sekitar pukul 9.00 a.m. dan lepas tu kita boleh bertolak balik ke Parit.

Jalan agak sesak pagi ni, ditambah dengan hujan yang turun sepanjang malam menyebabkan kesesakan yang lebih teruk. Kami sampai di rumah hampir jam 9 dan Pak Teh dah sedia menunggu. Mana Mak Teh dan Abang Izz? Tak Nampak pun. Pak Teh bagi tahu yang Mak Teh ada di rumah Tok dan akan balik bersama Tok.

Memandangkan Pak Teh dan Mak Teh pun datang ke rumah kami, Abba call Mak Andak suruh datang rumah kami dulu sebab kena tumpangkan orang naik kereta dia sama sebab kereta kami tak muat.

Jam dah pukul 9.30 a.m. tetapi Tok Wan tak sampai lagi. Pak Ngah, Pak Andak dan Pakcik Jai pun masih belum sampai. Abba cuba call Pak Ngah dan Pak Ngah masih berada di rumah dia lagi di Sg. Buluh. Abba suruh cepat sebab takut nanti tak sempat sampai on time. Rugilah kalau rushing balik dan Abba ambil cuti tetapi tak sempat tengok Tok Moyang.

Aku dah mengantuk dan Ammi menidurkan aku sementara menunggu semua orang sampai. Bila aku terjaga, Tok Wan dah sampai dan Abba tengah sibuk menyimpan barang-barang dalam kereta. Walaupun kereta kami boleh muat 8 orang, tetapi tempat simpan barangnya agak kecil. Lepas siap simpan barang, kami pun bertolak. Jam dah pukul 11.00 a.m. Lewatnya. Entah sempat atau tidak kami nak tengok Tok Moyang buat kali terakhir. Kalau tak sempat, sia-sia sajalah kami balik jauh-jauh ni.

Eh! Baru aku teringat…. mana Pak Ngah, Pak Andak sekeluarga dan Pakcik Jai? Agaknya dia orang lambat sangat kot dan Abba tak mahu tunggu. Kemudian aku dengar Tok bagi tahu Tok Wan yang Pak Ngah akan tumpang kereta Pak Andak dan Pakcik Jai pula tak jadi balik sebab tak dapat cuti. Pak Njang pun tak balik sebab kereta dia accident sementara Mak Lang dah bertolak ikut jalan lama. Hmmm… kenapa tak ikut highway macam Abba? Cepatlah sikit dan sempatlah jumpa Tok Moyang. Kalau ikut jalan lama, takut tak sempat.

Ammi bertanya Tok bertolak pukul berapa dari Pahang dan Tok cakap pukul 7.30 a.m. Aadam dengar tadi Abba cakap Tok nak bertolak pukul 6 lebih, selepas solat Subuh. Kenapa lambat sangat bertolak? Patutlah Tok sampai hampir pukul 11.00 a.m.

Ammi call Tok Su (adik Tok Wan) dan bagi Tok Wan cakap. Tok Su bagi tahu yang jenazah akan disimpan selepas solat Zohor. Tok Wan cakap kami on the way dan kalau kami tak sempat sampai on time, tak payah tunggu. Sedihnya. Kalau sememangnya kami tak sempat sampai on time, tak boleh tunggu sekejap ke? Kasihan Abba ushing balik dan ambil cuti. Kasihan kat Tok. Takkanlah Tok tak mahu tengok wajah ayahnya buat kali terakhir. Kalaulah kami boleh bertolak awal sedikit, tak payahlah Abba rushing macam ni.

Kami sampai hampir pukul 2.00 p.m. Tok Wan dukung aku bawa masuk ke rumah dulu. Ammi turun bersama Tok dan Mak Teh sementara Abba pergi parking. Tok Wan bawa aku masuk ikut pintu depan sementara Ammi, Tok, Mak Teh dan Pak Su masuk ikut pintu belakang. Pak Teh tunggu kat luar saja.

Semasa kami sampai jenazah Tok Moyang telah siap dimandi dan dikafankan. 















Mujur kami sempat sampai sebelum Tok Moyang disimpan. 





Abba pun sampai-sampai terus saja menyembahyangkan jenazah bersama orang-orang kampung dan sedara mara. Ada ramai orang masa tu. Khabarnya saaf pun ada tujuh lapan baris. Adik-beradik Tok semuanya ada.


















Selesai sembahyang jenazah Abba bawa Tok ke tanah perkuburan. Kesian Tok, tak sempat nak tatap wajah moyang buat kali terakhir. Abba kata mereka berjalan kaki saja kerana kubut tu tak jauh sangat dari rumah. Masalah tanah kubur di sini tanah sawah. Air bertakung dalam liang lahat. Bertambah buruk bila sekarang musim hujan lebat. Ada kampung-kampung yang dinaiki air katanya.








Tok bersama adik-adiknya sedang memberi penghormatan terakhir
dengan menyiran air mawar ke pusara arwah.









Di kubur Tok sempat untuk lihat dan kucup wajah Moyang buat kali terakhir. Abba turut membantu kerja-kerja persemadian arwah. Tanah sangat becak hingga pakaian Abba pun habis kotor. Tak apalah Abba, ini sumbangan fizikal terakhir yang Abba dapat berikan pada arwah. 

















Di rumah moyang aku nampak Tok Su. Agaknya Tok Su masih kenal aku tak? Yelah, dulu kami jumpa, aku baru berumur sebulan lebih. Sekarang dah hampir 8 bulan lebih, muka pun dah lain ….. dah makin handsome. Aku rasa mesti Tok Su tak kenal aku dan kalau kenal pun, mesti tak ingat nama aku dah. Tok Su datang dukung aku dan bawa kepada Ammi. Tok Su bertanya Ammi, “Ni Aadam kan?” Ammi dan aku terkejut. Ammi cakap, “Acu ingat lagi, boleh cam lagi”. Aku sungguh terharu. Terima kasih Tok Su sebab mengingati Aadam. Syukran jazilan.

Tok Su excited sangat berjumpa aku dan bawa aku berjalan-jalan jumpa Moyang (ibu Tok Wan). Aku seronok berjumpa Moyang yang dulunya aku jumpa masa berumur sebulan lebih. Kemudian ke luar rumah. Orang-orang yang ada di situ menegur aku dan ramai yang nak tahu aku minum susu apa. Masya Allah … itu yang ditanya.

Tok Su bawa aku masuk ke dalam semula dan bertanya Ammi aku minum susu apa sebab semua orang tanya Tok Su. Tok Su duduk bersembang dengan Ammi dan Ammi bagi tahu Tok Su yang Ammi nak tengok Tok Moyang sebab tadi maa Ammi nak pegi tengok, Ammi diminta tunggu dulu sebab jenazah sedang dimandikan. Tok Su bagi tahu Ammi yang jenazah dah dibawa ke tanah perkuburan. Ammi terkejut dan kata kenapa tak bagi Ammi tengok dulu. Ternyata Ammi agak terkilan. Aku rasa kasihan kat Ammi.

Aku dah kehausan. Ammi bagi aku makan buah pisang tapi aku tak mahu. Aku nak minum saja. Kat sini panas sangat. Aku dah bermandi peluh. Ammi buat susu dan aku minum. Tok Tam (adik Tok) datang mengagah aku. Aku yang kepanasan menangis dan Tok Tam melarikan diri. Kemudian Tok Su ajak aku pergi ke rumah Moyang, boleh rehat bawah kipas. Tok Su minta kebenaran Ammi dan Ammi cakap ok.

Rumah Moyang hanya selang beberapa rumah dari rumah Nenek Moyang. Tok Su dukung aku dan jalan kaki saja. Larat ke Tok Su nak dukung aku ni? Sesampai di rumah Moyang, Tok Lang (adik Tok Wan) greet aku. Ternyata Tok Lang juga gembira jumpa aku. Aku pun seronok. Tambahan di sini ada Kak Sabirah, anak jiran Tok Su. Kak Sabirah baru berumur 7 tahun dan dia bermain dengan aku. Bestnya. Aku duduk di bawah kipas seorang-seorang. Barulah hilang sikit rasa panas aku.

Aku sedang membuli Tok Su. Masa kecik ni lah
aku boleh buli dia nanti bila besar aku pulak kena
buli dek dia...Muahaaa haaaa.
Rumah Moyang yang comel lote....
Kemudian Tok Su bawa aku balik ke rumah Nenek Moyang, siap berpayung. Aku nak tolong Tok Su pegang paying tu dan aku pun tarik-tarik paying tu. Abba dah balik dari tanah perkuburan. Aku lepak-lepak dengan Tok Su dan Ammi sementara Abba pergi ke rumah Moyang untuk mandi. Kat rumah Nenek Moyang banyak bilik air tetapi orang yang queue up untuk mandi pun ramai. Tok Su bawa aku balik semula ke rumah Moyang untuk dimandikan dan tidur. Sebelum balik Tok Su cerita kat Ammi yang aku tarik-tarik payung yang Tok Su pegang dan nak balik ni Tok Su tak mahu pakai payung sebab susah nak dukung aku dan nak pegang payung dan aku pula menarik payung tu. Ala Tok Su, Aadam nak tolong Tok Su pegang payung saja, bukan nak menyusahkan Tok Su.

Di rumah Moyang aku dimandikan dengan air sejuk dan aku menjerit-jerit sebab kesejukan. Selalunya aku mandi air panas sebab aku senang sangat sakit so Ammi tak bagi aku mandi air sejuk. Hari tu masa balik ke rumah Tok dan mandi air sejuk pun aku dah batuk-batuk pada malam tu. Aku jarang sangat mandi air sejuk kecuali pada hari yang terlalu panas. Selepas mandi aku rasa lega sangat. Badan aku tadi dah bermandi peluh, basah lensun dan melekit-lekit. Baru sekarang rasa selesa dan aku terus tidur.

Semasa aku bangun tidur, Abba dan Ammi dah berada di rumah Moyang. Pak Lang, Mak Lang dan anak-anak mereka pun ada. Agaknya Mak Andak dah sampai ke belum yek? Aku nak jumpa Darwish.

Kami lepak-lepak kat luar rumah sambil ambil angin segar. Aku seronok kat sini …. ada banyak pokok, ada tanah lapang, ada kicauan burung, ada angin segar, ada parit dan sawah kat seberang jalan, suasana agak sunyi, tak banyak kenderaan yang lalu-lalang. Best. Jauh berbeza dari keadaan di bandar yang bising, penuh dengan hutan konkrit dan kenderaan, udara pun penuh dengan karbon monoksida, semua orang sibuk dengan urusan masing-masing, kalau nak tengok pokok pun kat tepi jalan saja, nak tengok tanah lapang jauh sekalilah apatah lagi nak dengar kicauan burung, kena pergi zoolah. Yang ada cuma bunyi kenderaan yang menderu-deru dan sekali-sekala suara “Surat Khabar Lama, Tilam Lama Tukar Baru”. Parit dan sawah? Agaknya anak kota yang tak ada kampung memang tak kenal rupa parit dan sawah kot. Ketenangan dan kedamaian tak ada langsung. Memang banyak beza dan sememangnya lebih seronok duduk kat kampung. Abba dan Ammi pun tak berapa suka duduk kat bandar tetapi terpaksa sebab kerja Abba dalam bidang grafik susah nak cari di kawasan luar bandar.





Anak jiran Tok su sedang bergurau
dengan aku.
Selepas lepak-lepak kat luar, kami masuk ke dalam. Tok Su bentang toto bagi aku dan Kak Nisa (anak Mak Lang) landing. Tapi belum sempat kami landing, Abang Ilan dan Abang Iwan (anak-anak Mak Lang) yang pergi landing. Aku minta didukung dan Tok Sulah jai mangsa. Tok Lang pun ada dukung aku. Aku bermain dengan Tok Su dan Tok Lang. Tok Su rajin melayan aku tapi complain yang aku ni berat dan Tok Su tak larat nak dukung. Tok Su suruh aku diet kalau tak nanti aku gemuk dah tak handsome …. sayang sebab muka handsome tapi badan tak handsome. Aku tak pernah perasan pun yang aku ni gemuk sangat. Aku rasa badan aku tough dan macho macam Mr. Universe. Iyeke Aadam ni gemuk, Tok Su? Tak boleh jadi ni. Abba, nanti tolong belikan Aadam fruits banyak-banyak ye, Aadam nak diet makan fruits saja. Aku terfikir pula, kalau nak dukung aku pun Tok Su tak larat, macam mana Tok Su nak dukung Darwish? 

  Petang tu Pak Ngah, Pak Andak, Mak Andak, Pak Teh, Mak Teh, Pak Su, Abang Izz dan Darwish datang ke rumah Moyang. Ini kali pertama Pak Andak dan Pak Teh dating ke sini. Pak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Mak Andak dan Mak Teh pun dah lama tak datang. Antara adik-beradik Abba, biasanya Abba saja yang datang melawat Moyang, Nenek Moyang, Tok Moyang, Tok Lang dan Tok Su. Tengahari tadi Tok Su pun ada cakap dengan Ammi yang Pak Ngah last sekali balik sini sekitar 6 – 7 tahun dulu. Mak Andak pula last sekali balik semasa belum berkahwin lagi. Tok Su pun ada bagi tahu Ammi yang hari tu Tok Su terjumpa Mak Lang dan dah bagi tahu yang Tok Moyang sakit dan suruh Mak Lang balik menziarah Tok Moyang tetapi Mak Lang tak balik pun. Sayangnya tak ada sesiapa bagi tahu Abba pun yang Tok Moyang sakit. Kalau Abba tahu, aku rasa mesti Abba balik berjumpa Tok Moyang. Aku sememangnya respect Abba sebab kalau ada apa-apa hal keluarga, Insya Allah Abba akan pergi.
Kenduri arwah pada malam tu.

Eh! Terpesong jauh pula aku ni. Kembali ke cerita asal, Darwish asyik menangis saja. Aku rasa dia kepanasan. Mak Andak memandikan Darwish dan barulah dia diam. Kami lepak-lepak bermain. Aku banyak bermain dengan Tok Su dan Moyang juga mengagah-agah aku. Tok Lang dah masuk ke dapur untuk masak.

Senja tu Moyang Teh (adik Nenek moyang yang duduk sebelah rumah Moyang) datang menjemput kami semua ke rumah Nenek Moyang untuk majlis tahlil malam nanti. Aku kepenatan hari ni dan tertidur sebelum Maghrib. Aku tak pasti siapa yang pergi ke majlis tahlil dan apa yang berlaku malam ni sebab aku dah berada di alam mimpi. Zzzzzzzz …….  


29 3 2011. Selasa

Hari ni Abba pergi kerja macam biasa. Selepas aku makan dan mandi, aku tidur tapi sekejap saja. Kemudian aku terjaga. Nana Baji yang jaga aku. Munni Khala sedang masak dan Ammi sedang tidur. Agaknya Ammi mengantuk sebab tadi Ammi bagi tahu Munni Khala yang malam tadi Ammi tak dapat tidur sampai ke pukul 5 lebih baru terlelap. Tak lama lepas tu dah waktu Subuh dan Ammi dah bangun semula.
Aku sedang melanyak katil bujang
kat rumah Khala ni...

Aku hari ni buat perangai, nak minta Nana Baji dukung saja. Kesian Nana Baji, sampai tak larat dia. Kemudian Munni Khala panggil Ammi suruh jaga aku sebab aku asyik menangis. Aku sebenarnya nak keluar duduk atas buaian tapi Nana Baji tak nak bawa. Tu yang aku nangis.

Siang ni aku tidur banyak kali tetapi sekejap-sekejap saja. Macam mana nak tidur lama? Setiap kali aku baru terlelap, si Joseph dan Joel mula menjerit-jerit. Kalau tak pun, pekerja-pekerja kontrak kat rumah depan tu pula start drill. Dah bising macam tu aku terjagalah. Ammi dan Munni Khala marah betul dengan Joseph dan Joel sebab kalau aku tak tidur, dia orang tak bising tapi bila aku tidur saja, dia orang start menjerit. Macama da pasang teropong saja.

Petang tu aku terlelap dan aku tidur lama sangat. Si Joel ada juga menjerit selepas aku tidur dan aku terjaga tetapi kemudian aku tertidur semula.

Semasa aku bangun, Munni Khala, Noor Bhaiya dan Isha Baji tak ada kat rumah. Mereka pergi ambil Ella Baji balik dari sekolah sebab hari ni Ella Baji ada something kat sekolah dia dan balik lambat. Ammi dukung aku sementara Khairul Bhaiya suap aku makan khasta. Khasta ni sejenis kuih orang Hindustan yang diperbuat daripada tepung gandum, gula, seikit garam dan minyak sapi yang diuli, dicanai dan dipotong berbentuk diamond lalu digoreng. Sedapppppp ….. wa cakap lu. Cubalah try test masak dan makan.

Malam ni aku tak nak tidur sampai agak lewat. Abba dah masuk tidur. Ammi tunggu aku. Akhirnya Noor Bhaiya menidurkan aku.


28 3 2011. Isnin
Ammi jumpa doktor di Gleanegals dan kawan di tempat kerja lama.

Kami bertolak untuk ke hospital selepas Abba dan Ammi bersarapan. Aku pun bersarapan sama, makan biskut.

Sampai ke hospital, kami ke klinik Dr Wong. Ramai juga orang kat sana. Kami sabar menanti giliran Ammi. Aku sempat mengorat seorang Auntie tu dan dia mengagah-agah aku dan cakap kat Ammi, “He has big eyes”. Ada satu couple Mat Salleh kat sana. Dia orang pun dok ngorat aku, asyik pandang-pandang.

Memandangkan giliran Ammi masih lama lagi, Abba turun ke klinik Dr. Devi untuk ambil laporan jantung Ammi. Jururawat kat counter tu pun ngorat aku. Dia cakap aku cute. Dia suruh kami tunggu sekejap dan sekejap dan sekejap dan ….. dah lama bebeno kami tunggu. Kata sekejap saja tadi. Aku dah hilang sabar dan dah lapar lalu aku pun menjerit sekuat hati sampai jururawat tu terkejut. Patients yang ada kat situ ketawa tengok jururawat tu terkejut. Kemudian aku keluarkan senjata aku yang paling berkesan …. aku mula nangis. Cepat-cepat jururawat tu cari report Ammi dan bagi kat Abba. Kalaulah aku tahu dia akan cepat bagi bila aku nangis, dah lama dah aku menangis.

Kami naik ke atas semula dan Abba bagi aku susu. Tak lama lepas tu giliran Ammi sampai dan kami masuk ke bilik rawatan. Ammi baring atas katil pemeriksaan. Bila Dr. Wong datang, dia ucap “Good Morning” kat Abba, Ammi dan aku. Kemudian dia bertanya Ammi, “Whose baby is this?” Bila Ammi cakap Ammi adopt aku, dia cakap, “Good, good”.

Dr. Wong datang bagi report kat Abba dan sempat mengagah aku. Dia cakap, “Good thing you adopted the baby. He is a good baby. Very good baby”. Aik! Baru tengok aku sekejap saja pun dia tahu aku good baby? Memang doktor betullah ni.

Dari sini kami pergi ke office Uncle Pathi. Waktu kami sampai, ada kawan-kawan Ammi yang dah keluar lunch. Uncle Rajan dukung aku bawa masuk ke dalam. Aku Nampak Uncle Rama, Auntie Vyanthi dan seorang lagi Auntie di dalam. Kemudian Auntie Saras datang dan kami keluar semula ke depan. Abba ada di situ tetapi Ammi tak ada. Uncle Rajan dan Auntie Saras pun keluar bersembang dengan Abba. Kemudian Auntie seorang lagi tu pula datang. Tak lama kemudian Ammi keluar dari meeting room. Oh! Rupanya Ammi pergi jumpa Uncle Pathi kat dalam tu. Dari perbualan Ammi, aku dapat tahu Auntie seorang lagi tu namanya Auntie Jainthi. Kemudian seorang lagi Auntie datang dan mendukung aku. Ammi panggil Auntie tu Punitha jadi ini Auntie Punitha lah. Auntie Punitha bertanya Ammi aku minum susu apa dan bila Ammi cakap susu Snow, Auntie Jainthi suruh Auntie Punitha bagi anak dia pun minum susu Snow. Auntie Jainthi cakap Auntie Punitha selalu complain anak dia kurus sangat. Ammi suruh try susu Lactogen yang Darwish minum. 
Ammi jumpa rakan office lama. Auntie Jainthi yang dukung aku, Auntie Vyanthi, Auntie Punitha Auntie Saras. Di belakang Uncle Rajan dan Uncle Rama.


Kemudian Uncle Pathi keluar dari meeting room tu dan pegang-pegang aku lalu ucap bye kat Abba dan Ammi dan keluar dari situ. Aku terdengar Ammi panggil seorang Auntie tu, “Shanti come here lah Shanti”. Tapi aku tak Nampak pun Auntie Shanti sebab dia tak keluar pun. Auntie Punitha dukung aku bawa ke pantry berjumpa dengan Auntie Nanthini yang sedang makan. Sebelum balik, kami bergambar beramai-ramai. Auntie Jainthi dukung aku dan aku ternampak rantai yang dipakai oleh Auntie Jainthi lalu aku pun sibuk membelek rantai itu sampai tak nak pandang kamera bila Abba nak snap gambar. Selepas siap bergambar, kami pun balik.

Kami pergi ke rumah Munni Khala. Selepas drop Ammi dan aku, Abba terus pergi kerja. Nana Baji saja ada. Munni Khala sedang mandi. Tak lama lepas tu Munni Khala turun dan kemudian Ella Baji dan Isha Baji balik dari sekolah dan Khairul Bhaiya dan Noor Bhaiya bangun tidur.

Petang ni Munni Khala tak ada buat apa-apa kuih dan kami makan biskut saja (termasuk aku).   

Petang dan malam ni berlalu seperti biasa.

27 3 2011. Ahad

Selepas bersarapan, kami balik ke rumah seba Ammi nak check e-mail Ammi. Aku banyak tidur hari ni.

Petang ni Ammi minta Abba bawa aku keluar ambil angin kat depan rumah sebab di rumah Munni Khala hari-hari Bhaiya atau Baji bawa aku keluar duduk kat buaian. Di rumah kami tak ada buaian jadi Abba dukung aku bawa jalan-jalan. Oklah tu, janji dapat keluar ambil angin.

Ammi bagi tahu aku yang esok nak pergi hospital sebab Ammi ada appointment dan lepas tu kalau sempat, Ammi nak pergi ke office Uncle Pathi sekejap. Ok juga, boleh aku jumpa kawan-kawan Ammi. Dulu masa kami pergi dah lewat dan kebanyakan kawan-kawan Ammi dah balik. Ni kalau pi awai, depa adalah kot.

26 3 2011. Sabtu
Jalan-jalan di Putrajaya

Abba makin pulih dan hari ni dah boleh jalan dengan lebih baik. Baguslah tu. Aku nampak Ammi pun kelihatan happy sikit sebab Abba beransur sembuh. Kalau tak Ammi asyik risau saja.
Alamak! Aku terlepas nak tengok pemandangan Putrajaya...

Ammi bagi tahu aku yang hari ni Abba nak bawa kami semua pergi makan satay Kajang. Aku dah pernah pergi sana semasa Abba bawa Munni Khala pergi Nilai dulu. Aku agak excited nak pergi sebab aku nak try makan satay. Agaknya aku boleh makan tak?

Ammi juga bagi tahu Farooq Mamu nak datang dengan anak-anaknya untuk lawat Ammi. Ammi duduk menunggu Mamu Farooq tetapi tak muncul-muncul pun.

Khairul Bhaiya dan noor Bhaiya bangun agak awal hari ni sebab nak pergi Career Fair untuk cari kerja. Ammi cakap selepas mereka balik, kita akan pergi makan satay.

Hari ni aku makan buah pisang kisar. Sedap juga. Asalnya Abba suap aku makan bijirin perisa ayam tetapi aku tak lalu sampai aku nak termuntah. Lepas tu barulah makan pisang tu.

Tengahari tadi Abba suruh Ammi telefon Bhaiya tanya berapa lama lagi sebab Abba nak bawa semua orang pergi ronda dulu sebelum makan satay. Pergi ronda? Ke mana tu? Excitednya. Aku tertunggu-tunggu bilalah agaknya kedua-dua Bhaiya nak balik jadi kami boleh pergi ronda. Kemudian aku terzzzzzz …….

Ini Satay Aadam. Sapa-sapa tolong jangan mampir...!
Bila aku terjaga, Ammi sedang meriba aku dalam kereta. Eh! Dah sampai mana ni? Aku tengok sekeliling. Masih di depan rumah Munni Khala. Agaknya baru nak bertolak kot.

Abba start engine kereta dan mula bawa. “Abba, tunggu. Jangan jalan lagi. Abba tertinggal Khairul Bhaiya dan Noor Bhaiya”. Abba tak faham apa yang aku cakap dan terus jalan. Kenapa orang lain tak bagi tahu Abba? Takkan orang lain tak perasan kot. Kesian kedua-dua Bhaiya tu. Tak apalah Bhaiya, nanti Aadam tolong makan portion Bhaiya ok. Yum! Yum! Yum!

Abba bawa kami ke stesyen LRT Sg. Besi dan berhentikan kereta di situ. La! Bawa ronda ke stesyen LRT saja ke? Alahai, alangkah tak bestnya. Dahlah tu, berhenti lama pula. Aku mencari-cari benda yang boleh menarik perhatian aku dan ternampak satu lorry sedang parking kat tepi kereta Abba. Aku pun perhatikan lorry tu dan bersembang dengannya tetapi lorry tu tak respond pun. Boring …..

Kitaorang sedang enak menjamu selera.
Tetiba aku terlihat kelibat seorang insan yang aku kenali lalu di tepi kereta…. Khairul Bhaiya! Betul ke itu Khairul Bhaiya> Aku amati orang itu. Memang betul. Noor Bhaiya pun ada. Kesian mereka. Ni mesti kes lambat siap dan Abba tinggalkan mereka dan mereka kena naik LRT ke sini untuk join kami. Kesiannya. Kesian aku juga. Tak dapatlah aku nak makan satay portion Bhaiya tu.

Khala sedang menenangkan aku setelah aku
marah Bhaiya-Bhaiya kerana mencuri licin satay aku.
Bila Bhaiya-Bhaiya naik kereta, Ammi terus bertanya tentang Career Fair tu dan samada ada dapat apa-apa kerja. Aik! Baru nak bertanya? Oh! Baru aku faham yang sebenarnya aku tersalah faham tadi. Khairul Bhaiya dan Noor Bhaiya baru saja balik dari Career Fair tu dan Abba terus menjemput mereka di stesyen LRT ni. He! He! He!

Hasil kerja Khairul dan Noor Bhaiya....
Memandangkan dah lewat, kami pergi makan satay dulu. Aku didudukkan di dalam kerusi baby sementara semua orang makan. Mana Aadam punya Ammi? Ammi cakp aku tak boleh makan sebab satay tu keras. Nanti tercekik. Aku kecewa lagi. Aku rasa aku nak tulis satu bukulah bertajuk “AADAM KECEWA LAGI DAN LAGI”!

Selepas Abba siap makan, Abba meriba aku dan bagi aku makan isi kelapa. Sedapppp. Fresh from the buah kelapa. Semasa nak balik, Abba ternampak ada orang jual mainan dan pergi beli something untuk aku. Abba balik membawa sebiji bola golourful yang saiznya sama besar dengan aku. Besarnya. Aku takut tengok bola itu.

Hukuman kerana mencuri satay aku,
dukung aku 24 jam.
Di dalam kereta, Noor Bhaiya meriba aku dan Ammi meriba bola besar itu sambil melantun-lantunkan bola itu. Aku perhatikan Ammi dari tempat duduk belakang.
Baji Isya perasan bergaya macam
artis...

Kemudian kami ke Putra Jaya. Ammi pesan kat aku supaya jangan tidur sebab nak bawa aku tengok rumah PM. Walaubagaimanapun aku terlelap. Aku terjaga semasa semua orang ssibuk berposing untuk bergambar di depan Masjid Putra Jaya. Aku pun bergambar juga. Cantik masjid ni.

Wajah aku terkini.
Baji ingat dia sorang je pandai
bergaya, aku pun boleh...
Semasa kami nak naik kereta, Munni Khala cakap nak buang air. Ammi suruh pergi ke toilet tetapi Munni Khala cakap taka pa, boleh tunggu sampai rumah. Baru nak keluar dari kawasan Masjid, tiba-tiba Nana Baji mengeluarkan bunyi yang pelik dan Ella Baji terjerit memanggil Munni Khala. Rupanya Nana Baji byang duduk di bahagian paling belakang bersama Ella Baji dan Isha Baji terkena attack epilepsy. Semua orang panic. Aku lagilah panic sebab baru kali pertama melihat kejadian ini. Aku rasa takut dan kesian kat Nana Baji. Abba bagi satu pouch dan Ella Baji memasukkan pouch itu di mulut Nana Baji supaya tak tergigit lidahnya. Mujur sekejap selepas itu Nana Baji dah recover walaupun belum baik sepenuhnya. Kami tak jadi pergi berjalan lagi, terus balik ke rumah.

On the way, Munni Khala dah tak tahan nak buang air. Abba pula buat lawak suruh pakai lampin aku. Mana muat Abba. Aadam pakai pun dah ketat. Ammi pula suruh berhenti kat semak samun. Kesian Munni Khala. Abba cuba cari stesyen minyak tetapi tak berjumpa. Tiba-tiba Abba realise yang Abba dah tersilap jalan dan sedang menuju ke KLIA. Kami terpaksa berpatah balik. Aku tengok Munni Khala dah berpeluh-peluh. Kemudian Abba ternampak satu taman perumahan dan masuk ke kawasan itu untuk cari surau. Mujur ada dan Munni Khala pergi ke toilet di sana.

Kami menyambung perjalanan dan sampai ke rumah pada waktu Maghrib. Aku agak penat dan mengantuk dan selepas makan sayur kisar (yang aku tak berapa suka), aku terus tidur.


25 3 2011. Jumaat


Aku bersyukur sangat sakit Abba dah lega sikit. Pagi ni Abba bermain-main dengan aku dan mandikan aku. Alhamdulillah. Ammi pun bertanya Abba tentang sakit Abba dan Abba cakap dah lega banyak. Aku tengok Abba jalan pun dah ok sikit. Ya Allah! Syukur Alhamdulillah.

Munni Khala dah masak awal-awal lagi hari ni sebab kena bawa Nana Baji untuk blood test ke hospital. Selepas siap masak, Munni Khala pun keluar rumah. Lama juga. Nana Baji sebenarnya ada sakit epilepsy so kena selalu makan ubat dan jumpa doktor dan sebab tulah Munni Khala tak berani nak lepaskan Nana Baji pergi kerja mana-mana.

Baru 2, 3 hari lepas aku dengar Ammi nasihatkan Munni Khala supaya benarkan Nana Baji pergi kerja sebab Nana Baji bukan selalu kena attack. Ammi cakap biar Nana Baji ada kehidupan dia sendiri, cari duit sendiri supaya dia aa keyakinan diri dan jangan terlalu bergantung kepada Munni Khala. Aku setuju dengan apa yang Ammi cakap. Aku rasa Nana Baji dah besar dan boleh jaga diri dia sendiri dan kalau dia sakit di tempat kerja pun mesti ada orang nak Bantu. Aku kesian juga tengok Nana Baji terperuk kat rumah, tak ada kawan. Habis-habis tengok tv. At least kalau dia pergi kerja, bolehlah hidup macam gadis seusia dia yang lain. Aku harap Munni Khala consider cadangan Ammi.
Aku tidur sekarang bersama bantal peluk.
Rasa selesa ada tempat menempek tangan dan kaki.

Petang ni selepas Munni Khala siap mandi dan solat Zohor, Munni Khala masuk ke dapur lagi. Nak buat kuihlah tu. Agaknya kuih apa yek? Agaknya sedap tak? Agaknya aku dapat rasa tak? Agaknya …… hmmm…. sedapnya bau. Tak sabar aku tunggu waktu minum petang.

Entah kenapa aku rasa mengantuk sangat hari ni. Munni Khala, lambat lagi ke kuih tu nak siap? Aadam mengantuk ni. Kalau Aadam terlena, nanti tak dapat pula kuih tu. Ammi meriba aku dan aku tenyeh-tenyeh mata. Ammi bertanya samada aku mengantuk. Ammi cakap Munni Khala buat kuih kosui dan tanya aku tak nak rasa ke? Kuih kosui? Hmmm… bunyinya macam menarik. Aku teringin nak try sebab tak pernah lagi makan kuih ni. Lagi pun kuih ni salah satu kuih kegemaran Abba.

Aku baring-baring pula menunggu kuih kosui Munni Khala siap. Sedang bergolek-golek atas tilam tu macam filem Hindustan zaman dulu, entah bila aku terlelap. Lama juga aku tidur dan bila aku bangun, semua orang dah siap minum petang dah dan tak dapatlah aku merasa kuih kosui itu. Kecewanya aku. Dapat bau semasa Munni Khala sedang masak saja tadi. Wargh! Sedihnya.

Malam ni Munni Khala yang tidurkan aku, menepuk-nepuk aku sambil meriba aku sampai aku tertidur.


24 3 2011. Khamis

Abba masih mc hari ni. Sakit Abba dah melarat dari ibu jari ke seluruh tapak kaki. Doktor suruh tambah ubat yang Abba makan dari 2 kali ke 3 kali.
Aku rungsing lihat Abba sakit kaki, nak
pimpin Abba aku sendiripun
kena pimpin.

Hari ni boleh kata sepanjang hari Abba tidur saja. Ammi suruh Abba pergi ke hospital tetapi Abba tak mahu. Ya Allah! Tolonglah sembuhkan Abba. Aadam rindu kat Abba. Bila sakit ni, Abba tak main dengan Aadam. Aadam rindu. Tolonglah sembuhkan Abba. Amin.

Petang ni Khairul Bhaiya cuba nak suap aku makan buah-buahan kisar tetapi baru satu suap, aku dah tending mangkuk aku dan semua buah-buahan tu terjatuh. Terus Khairul Bhaiya tak nak suap aku.

Hari ni Ammi pula buat fresh orange juice untuk aku dan aku masih tak suka minum minuman ini. Kemudian Munni Khala menambah gula dan aku tetap tak mahu minum.

Petang ni aku makan keropok dan biskut. Kuih ketayap pun ada tetapi tak ada sesiapa offer aku.

Malam ni aku terlena awal dan kemudian terjaga dan tak mahu tidur dah sampailah ke pukul 11 malam, baru aku tidur.


23 3 2011. Rabu

Sakit Abba makin teruk dan Abba tak pergi kerja lagi hari ni. Abba pergi ke klinik lain berhampiran rumah Munni Khala dan doktor tu bagi ubat lain.

Aku dengar Ammi bercerita kepada Munni Khala yang malam tadi Abba dan Ammi dua-duanya sakit. Abba sakit kaki dan Ammi sakit bahu. Dua-duanya tak boleh tidur sebab sakit sangat dan bangun tengah malam makan ubat. Selepas makan ubat Abba rasa lega sikit dan dah tidur tetapi Ammi masih sakit dan tak dapat tidur sampailah Ammi demah dengan air panas, barulah lega sikit dan boleh tidur.

Aku risaukan Abba dan Ammi. Kesian Abba dan Ammi sakit macam ni. Mujur kami ada di rumah Munni Khala, ada ramai orang nak tolong jaga aku.

Balik dari klinik, Abba baring-baring dalam bilik. Ammi ternyata teramat risaukan Abba. Aku juga risau. Abba bukanlah orang yang suka baring-baring dan berehat waktu siang. Bila Abba dah baring-baring waktu siang, maksudnya Abba sakit teruklah tu. Kesian Abba. Ya Allah! Sembuhkanlah Abba dengan segera dan berikanlah kesihatan yang baik buat Abba. Amin.
Pergi pasar malam kat Sri Kembangan.

Hari ni semasa Ammi suap aku makan bijirin, aku tepis mangkuk tu dan terus mangkuk tu terjatuh. Mujur mangkuk tu tak terjatuh telangkup, kalau tak habislah kotor rumah.

Petang ni aku pergi ke pasar malam for the first time. Wah! Tercapai juga hasrat aku untuk pergi pasar malam. Munni Khala mendukung aku. Aku seronok berjalan di sini. Ramai orang dan banyak benda untuk aku tengok. Aku nampak sekumpulan kanak-kanak dan asyik perhatikan mereka. Kemudian aku ternampak orang jual mainan dan aku perhatikan mainan tu pula. Munni Khala bawa aku tengok mainan sekejap dan kemudian kami sambung berjalan. Aku seronok sangat. Inilah rupanya pasar malam. Hmm… I visited a new place today. Aku yakin dalam hidup aku, aku akan menziarahi pasar malam berkali-kali lagi tetapi tak akan sama seperti pengalaman pertama ini.

Semasa minum petang hari ni aku makan biskut saja walaupun banyak makanan dari pasar malam. Entah kenapa tak ada siapa suap aku makan makanan lain.

Abba banyak spend masa dalam bilik, berbaring-baring dan tidur. Agaknya sakit sangat kot. Ammi amat risau dan sedih. Aku juga risau dan sedih dan harap Abba cepat sembuh. Amin.

Malam ni Noor Bhaiya yang tidurkan aku. Sememangnya sejak aku ada di rumah Munni Khala, Noor Bhaiya yang kerap tidurkan aku. Dah expertlah dia, dah boleh kerja kat Taska.


22 3 2011. Selasa

Semasa bersarapan, Ammi bertanya Abba samada pinggang Abba sakit lagi atau tak dan Abba cakap dah ok.

Tengahari tu semasa Ammis edang meriba aku, Ammi bagi tahu aku yang sekejap lagi Abba balik. Abba sakit dan dapat mc hari ni. La! Pagi tadi cakap dah ok. Itulah aku cakap, Abba memang suka sorok kalau sakit. Bila dah tak tahan, baru nak cerita, baru nak ambil ubat.
Sedang menunggu arahan Abba untuk
bergaya depan kamera...

Rindu rambut cacak aku. Taktau
semena-mena rambut aku ni terconget gini.
Sila download gambar eksklusif ni.
Jangan menyesal lain kali dak dapat
cari gambar aku rambut gini.
Akulah Son Goku...Watak komik
yang Abba baca tu akulah tu...!
Jangan kacau, Son Goku sedang
meneran jurus ke 74- sembelit!
Tak lama lepas tu Abba pun sampai. Ammi sibuk bertanya apa yang doktor cakap dan kenapa cakap dah ok sedangkan Abba masih sakit. Abba cakap pinggang Abba dah ok, sekarang sakit kaki pula. Doktor cakap gout Abba datang semula. Abba memang ada sakit gout tetapi tak nak pantang makan. Bila sakit saja nak jaga makan. Bila dah ok, semua benda Abba belasah. Itu yang kadang-kadang Ammi sound Abba bila tengok Abba asyik makan sea food dan Abba akan jawab, “Dah ok dah”.

Aku tengok Abba jalan terdengkut-dengkut. Ammi suruh Abba baring dalam bilik dan berehat. Ammi juga offer nak sapu minyak tetapi Abba tak mahu.

Petang ni aku terjaga dari tidur oleh satu bau yang harum sangat. Bau apa tu? Munni Khala masak apa? Aku tak pasti tetapi tea time nanti aku akan tahu juga sebab aku mesti dapat habuan aku.

Rupanya Munni Khala buat kek. Masa minum petang aku dapat makan kek itu. Masih panas lagi, fresh from the oven. Sedapppp….

Selepas minum petang, Ammi meriba aku duduk di meja makan. Khairul Bhaiya, Noor Bhaiya, Nana Baji dan Isha Baji pun masih ada di meja makan. Abba dah masuk ke bilik untuk berehat. Aku lawan tepuk meja dengan Khairul Bhaiya. Penyokong aku ramai … Semua orang di meja makan sokong aku tapi ternyata Khairul Bhaiya menepuk lebih kuat daripada aku. Ekeleh! Lawan baby macam aku bolehlah buli aku. Tak aci betul.

Hari ni Munni Khala buat apple juice pula untuk aku tetapi aku tak lalu nak minum dan memang aku tak minum pun.


21 3 2011. Isnin

Pagi-pagi lagi kami dah keluar rumh untuk ke rumah Munni Khala. Terasa perjalanan jauh sangat, ditambah dengan jam yang terlalu teruk. Aku terasa penat lalu tertidur di riba Ammi. Bila aku terjaga, kami baru sampai ke rumah Munni Khala dan Abba sedang menurunkan barang-barang dari kereta. Munni Khala datang dukung aku bawa masuk ke rumah.

Siapalah yang cipta monyet tergantung kat besi
ni? Mana ada monyet kaler biru....!














Apapun ferrari aku ni memang mantap.
Aku suka...
 
Isha Baji dah start sekolah hari ni jadi Nana Baji yang jaga aku semasa Munni Khala sibuk memasak.

Petang tu seperti biasa Khairul Bhaiya dan Noor Bhaiya dah bangun dan berebut nak jaga aku. Ella Baji dan Isha Baji pun dah balik dari sekolah dan mereka pun nak jaga aku.

Minum petang hari ni ada keropok. Aku makan bersama semua orang. Aku seronok sebab sekarang aku jadi sebahagian daripada isi rumah yang duduk minum petang di meja. Aku pun makan macam orang lain. Bezanya, orang lain ada air dalam cawan tetapi aku tak ada. Tak kisahlah tu. At least it’s better than before. Dulu aku cuma pandang saja semasa semua orang makan dan minum. Sekarang aku boleh berkongsi makanan mereka.
Petang ni aku diperkenalkan dengan satu minuman baru …… fresh orange juice. Seteguk aku telan …. eee masamnya. Terus aku tak nak minum. Kemudian Munni Khala tambah gula tapi siap cakap aku tak boleh ambil banyak gula, nanti gigi aku tumbuh tak cantik. Lepas ditambah gula, bolehlah diminum tetapi aku tetap tak suka.

Malam ni Abba balik lambat sebab pergi beli walker untuk aku. Yahoo! Dapat walker baru. Cantik colour dia peach dan kuning tapi Ammi tak suka colour tu dan cakap kat Abba yang Ammi sikit pun tak berkenan dengan walker ni. Abba cakap yang ini banyak accessories untuk aku main. Aku memang suka sebab banyak mainan, ada muzik dan ada lampu kecil sampaikan aku tak nak turun. Bila Isha Baji turunkan aku dan bagi minum susu pun aku masih menarik-narik walker tu dengan tangan aku.

Sedang seronok bermain, tiba-tiba aku jadi risau sebab semasa Abba nak bangun dari lantai, tetiba je Abba pegang pinggang Abba kesakitan dan susah nak berdiri. Ammi jadi panic. Kemudian Abba cakap sakit sikit saja, tak ada apa. Ammi tetap risau dan nak sapukan minyak tetapi Abba tak mahu. Abba memang macam tu, kalau sakit, suka sorok-sorok dan tak mahu makan ubat atau sapu minyak atau demah. Kemudian Abba buat macam biasa saja dan aku pun rasa lega.

Selepas penat bermain, aku pun tidur.



20 3 2011. Ahad

Agaknya sebab semalam banyak sangat tidur, hari ni aku bangun awal pagi, belum azan Subuh pun lagi. Bila aku dah bangun dan bising, Abba dan Ammi pun terjaga. Kemudian Ammi tidurkan aku semula.

Selepas sarapan, Abba dan Ammi tunggu Uncle Brian yang nak datang buat treatment anai-anai. Abba bawa aku ke kedai sekejap. Di sini aku jumpa seorang atuk AJK surau. Atuk ni bersembang dengan Abba dan bertanyakan Abba pergi mana sebab lama sangat tak nampak Abba. Abba bagi tahu yang Ammi operation dan buat masa ni kami duduk di Seri Kembangan. Atuk ni dukung aku juga. Mesti terasa berat.

Bersama Uncle Brian dan
Auntie Elizabeth
Uncle Brian dan Auntie Elizabeth tidak ketinggalan
menumpang glamer aku.
Kali ni Uncle Brian datang bersama isterinya, Auntie Elizabeth. Aku tak pernah lagi berjumpa Auntie Elizabeth dan asyik memandangnya (sebenarnya nak mengorat). Auntie Elizabeth mendukung aku dan bawa aku jalan-jalan. Kemudian Auntie Elizabeth tengok gambar dan video aku. Aku pun tengok juga. Sedang asyik tengok, OPOCOT! Apa ke benda yang bunyi “PRAK” tu? Semua orang terkejut. Auntie Elizabeth bergegas ke ruang tamu ke dua, dari mana bunyi itu datang.  Uncle Brian yang sedang panjat siling bagi tahu yang papan pelapik plaster ceiling ruang tamu ke dua gave way dan Uncle Brian terpijak plaster ceiling lalu plaster ceiling tu pecah. Ammi terus bertanya Auntie Elizabeth samada Uncle Brian ok. Auntie Elizabeth cakap Uncle Brian ok, Cuma siling tu pecah. Abba cakap tak mengapa, janji Uncle Brian ok. Siling tu Abba boleh repair.
Sebelum keluar rumah aku sempat
 bergolek-golek senang hati atas katil.

Petang ni berjalan lagi...Tu pakai
smart semacam je ni.
Selepas siap spray racun anai-anai tu, Uncle Brian pun datang duduk di ruang tamu. Bau racun tu boleh tahan kuatnya. Tak sedap pula tu. Uncle Brian pula dukung aku dan bermain dengan aku. Kemudian aku bergambar dengan Uncle Brian dan Auntie Elizabeth sebelum mereka pulang.

Sebaik Uncle Brian dan Auntie Elizabeth balik, kami pun keluar rumah sebab Ammi tak tahan bau racun anai-anai tu, nanti Ammi asthma. Lagi pun Ammi cakap racun tu tak elok untuk kesihatan aku.

Kami ke Mid Valley. Di sini kami pergi ke Jusco, Mother’s Care, Carre Four dan entah kedai apa lagi nak survey walker untuk aku. Kami juga ke Baby Fair tapi di sana tak ada jual pun. Kemudian Abba dan Ammi decide nak pergi tengok kat Anakku pula sebelum decide nak beli yang mana satu.

Abba dan Ammi dah lapar so kami pergi makan. Semasa Abba dan Ammi sedang makan, ada sekumpulan gadis di meja depan kami asyik perhati aku. Biasalah ….

Semasa Ammi sedang mendukung aku sementara Abba sedang makan, tiba-tiba datang seorang akak tu tegur Ammi. Ammi is very good at remembering facts but when it comes to remembering faces, Ammi memang susah nak ingat. Disebabkan inilah, Ammi tak kenal akak tu dan meminta maaf lalu kakak tu perkenalkan dirinya. Barulah Ammi ingat. Akak tu sembang sekejap dengan Ammi dan beredar. Abba tanya Ammi siapa tu dan Ammi bagi tau itu ex-colleague Ammi, 4 atau 5 tahun dulu.

Selepas siap makan, kami balik dan seperti biasa, aku terlena dalam kereta. Aku terjaga semasa Abba berhenti di depan Anakku. Abba saja yang turun. Akhirnya Abba decide nak beli dari Mid Valley esok. Kami balik ke rumah dan aku sambung tidur.

Aku terjaga semasa Abba dan Ammi sedang minum petang dan aku dapat habuan aku – cokodok dan pisang goring. Selepas minum aku bermain dengan Abba sambil menonton tv dengan Ammi. Lepas tu aku tidur.


19 3 2011. Sabtu


Kami balik ke rumah kami selepas sarapan. Bila sampai ke rumah, Abba cakap nak pergi bayar Cukai Taksiran sebab Abba terlupa nak bayar. Abba pergi ambil Notis Taksiran dan kami ke Majlis Perbandaran pula. Abba seorang saja turun sementara aku duduk dalam kereta dengan Ammi.
Hati gembira, Abba nak bawa pergi
Tesco jalan-jalan.

Selepas sampai ke rumah, aku mandi dan tidur. Bila aku terjaga, dah tengahari. Aku dengar Ammi ajak Abba pergi ke Tesco, nak beli buah-buahan kisar untuk aku. Tak lama selepas tu hujan mulai turun. Aku minum susu dan tidur lagi. Semasa aku terjaga, aku tengok Abba dan Ammi pun sedang tidur. Agaknya hujan lebat kot dan Abba dan Ammi pun terlena. Biasanya Abba dan Ammi jarang tidur petang.

Lepak di KFC. Duduk dalam kerusi ni pun seronok
jugak. Ammi belilah kerusi ni 9....
Petang ni kami ke Tesco. Aku seronok tengok orang ramai dan troli yang ditolak orang ramai tetapi aku boring bila Abba berhenti membelek barang-barang. Selain daripada buah-buahan kisar, Abba dan Ammi juga ada belikan aku biskut dan buah epal dan limau untuk dibuat juice untuk aku. Tak sabar nak try. Abba juga survey walker untuk aku. Kata Abba walker kat rumah tu nanti nak bagi Mama dan Abba nak beli lagi satu untuk rumah kami. Selepas survey, Ammi cadangkan kami pergi ke baby fair di Mid Valley esok untuk survey kat sana pula.

Kemudian Abba dan Ammi ke KFC. Selalunya Abba atau Ammi akan mendukung aku semasa makan tetapi hari ini aku didudukkan di atas kerusi bayi yang ada di sana. Bestnya. Aku rasa macam orang dewasa saja. Aku duduk perhati Abba dan Ammi makan dan sekali sekala menoleh untuk melihat orang yang lalu-lalang. Tiba-tiba Abba suap aku Nuggets. Sedap tapi agak masin buat aku. Tak lama lepas tu Ammi pula suap aku ais krim. Dulu aku dah pernah rasa sikitttttt sangat ais krim, Munni Khala yang suap. Hari ni Ammi bagi lebih sikit.

Aku terlena on the way balik ke rumah dan hanya terjaga sewaktu tengah malam sebab lapar. Lepas minum susu, aku sambung tidur. Hari ni banyak sungguh aku tidur.


18 3 2011. Jumaat

Aku rasa selsema aku ok sikit hari ni. Aku rasa lega. Ada harapan aku tak perlu ke klinik, Insya Allah.
Aku sendiri nak tergelak bila
tengok rambut belah tengah aku.

Lagilah aku tergelak sakan bila Abba gelak
berguling-guling tengok rambut aku.
Sepanjang 5 hari aku di sini, hari-hari Isha Baji tak tidur selepas solat Subuh sebab nak bermain dengan aku. Terima kasih Isha Baji. Minggu depan sekolah dah buka. Aku mesti sunyi sebab Isha Baji dan Ella Baji akan ke sekolah.  Selalunya pagi-pagi Abba akan bawa aku keluar menghirup udara pagi sebelum Abba pergi kerja. Kemudian Munni Khala akan bawa aku berjumpa dengan Joseph dan Joel. Kemudian Isha Baji, Ella Baji, Nana Baji, Noor Bhaiya dan Khairul Bhaiya bergilir-gilir akan bawa aku keluar jalan-jalan atau duduk atas buaian. Ammi masih belum kuat untuk mendukung aku. Tok pun hari tu pesan kat Ammi supaya jangan dukung aku lagi sebab perut Ammi belum sembuh sepenuhnya. Ammi hanya setakat meriba aku dan kadang berdirikan aku di atas riba Ammi. Agaknya berapa lama baru Ammi akan sembuh sepenuhnya yek? Aku harap Ammi cepat sembuh.

Khairul Bhaiya dan Noor Bhaiya bangun lebih awal dari biasa sebab nak pergi solat Jumaat. Selepas balik dari solat Jumaat, Khairul Bhaiya mendukung aku dan aku termuntah di atas baju melayunya. Kesian Khairul Bhaiya. Hari tu aku muntah atas baju dan cadar Noor Bhaiya. Lepas tu aku termuntah atas Isha Baji. Kesian semuanya. Abba cakap aku tinggalkan tanda kat semua orang.

Masa untuk tidur, candu aku mestilah melekat
di mulut je...
Petang ni aku makan benda baru lagi – keropok ikan. Sedap. Tapi aku peliklah …. kenapa semua orang makan ada bunyi kruk, kruk, kruk tetapi aku makan tak ada pun bunyi tu. Puas aku cuba mengunyah, tak keluar, keluar bunyi tu. Aku perhati macam mana Khairul Bhaiya mengunyah dan cuba lagi tapi tetap tak berjaya. Semua orang ketawakan aku. Sampai hati dia orang. Kemudian Munni Khala bagi tahu aku kenapa aku tak berjaya menghasilkan bunyi tu …. sebab aku tak ada gigi.

Petang ni aku terlena sebelum Abba balik tapi tak lama. Bila aku jaga, Abba dah sampai dah. Kemudian aku tak boleh tidur pula sampai Abba kena padams emua lampu supaya aku tidur dan akhirnya aku terlelap.

17 3 2011. Khamis

Aku sakit hari ni – selsema dan tak lalu makan. Tapi susu aku minumlah. Cuma semasa minum petang tu aku makan butter cookies sikit. Hari ni Munni Khala buat kuih ketayap tapi tak ada sesiapa pun pelawa aku makan. Tak ada orang bagi aku rasa pun

Nor Bhaiya sedang cuba mendodoikan aku.
Semasa Abba balik, Ammi bagi tahu Abba yang aku sakit dan seperti biasa, Abba cakap esok kita pergi klinik. Aku harap aku akan sembuh esok jadi tak payahlah ke klinik. Aku tak nak makan ubat.


16 3 2011. Rabu

Happy Birthday to you, Happy Birthday to you. Eh! Aadam tak silap harilah. Memanglah semalam birthday Kalim Mamu dan Khalid Khalu tetapi hari ni birthday Nurul Baji. Nurul Baji, nanti Aadam datang makan kek ok.
Aku dah pandai merangkak. Pening kepala Ammi
dan Abba nak kepung aku.

Noor Bhaiya bangun awal hari ni berbanding selalu sebab dia nak pergi cari kerja di kedai buku di Jusco. Munni Khala bawa Noor Bhaiya ke Jusco. Isha Baji dan aku ikut sama. Wah! Lama betul aku tak keluar ke shopping complex. Rasa seronok dapat tengok macam-macam orang.

Dari Jusco, Munni Khala drop Noor Bhaiya di CC. On the way nak balik kami ternampak Farooq Mamu. Munni Khala membunyikan hon keretanya dan Farooq Mamu datang berjumpa kami.Yang aku frust sangat tu, Farooq Mamu boleh tanya Munni Khala aku ni anak siapa. Takkan tak kenal Aadam kot? Ammi cerita yang hari tu semasa melawat Ammi di hospital, Farooq Mamu ada tengok video dan gambar Aadam. Masih tak kenal juga? Kecil hati Aadam.
Wajah aku terkini nampak tembam sudah.

Aksi busyuk yang jadi kegemaran aku.
Bila Munni Khala cakap aku anak Ammi, Farooq Mamu terkejut sebab aku dah besar. Terus Farooq Mamu dukung aku dan bawa masuk ke 7-Elevennya dan perkenalkan aku kepada staffnya. Lama juga aku lepak kat &-Eleven Farooq Mamu. Kesian Munni Khala tertunggu-tunggu kat luar. Masa Farooq Mamu hantar aku kepada Munni Khala, dia bagi tau nak datang lawat Ammi nanti. Semalam Ammi pun cakap nak pergi rumah Farooq Mamu hari ni sebab harijadi Nurul Baji. Yang mana satu ni? Aadam confuselah.

Aku dah tak botak, tengok rambut
panjang aku.
Petang ni Munni Khala buat pau kelapa. Sekali tengok pau tu, aku teringat pipi Darwish. Macam tulah kembang dan gebunya. Ammi suap aku inti kelapa. Sedap juga. Sekarang aku dah dapat rasa macam-macam makanan yang orang lain makan. Walaupun tak banyak, dapat rasa pun jadilah.

Aku taktaulah apakebendanya ni? Tapi
nampak lazat je....
Aku tak berapa sihat hari ni. Perut aku ada masalah so aku tak lalu makan. Tengahari tadi aku adalah makan Nestum tetapi petang tadi Munni Khala buat Nestum ikan bilis aku tak makan pun. Munni Khala ingat aku tak suka so dia buat pula Nestum madu. Itu pun aku tak makan. Petang tu aku buang air – banyakkkkk. Baru lega perut aku.

Dengan Isya Baji.
Abba balik awal sedikit hari ni. Selepas solat Maghrib, kami ke rumah Farooq Mamu. Ammi ajak Munni Khala tetapi Munni Khala sedang buat kuih so dia tak dapat ikut. Ella Baji dan Isha Baji ikut kami.

Aku sedang bersembang game bola dengan
Farooq Mamu.
Farooq Mamu tak ada di rumah tetapi Nor Momani dan anak-anak mereka ada. Semua sedang makan malam. Wrong timing betullah kami sampai. Selepas makan, Faiq Bhaiya dukung aku dan bermain dengan aku. Kemudian Nor Momani pula dukung. Kemudian aku buat projek lagi …. Projek apa? Aku buang air lagi. Rupanya perut aku belum ok sepenuhnya. Ammi pula lupa bawa lampin. Mujur ada lampin Qayyum Bhaiya. Nor Momani cakap lampin tu besar, saiz L. Ammi terkejut Qayyum Bhaiya masih pakai saiz L walaupun umurnya dah 2 tahun. Ammi cakap aku pun pakai saiz L dan Abba cakap itu pun dah ketat, sekarang kena tukar XL pula. Nor Momani pula terkejut yang aku dah pakai saiz L walaupun baru berusia 7 bulan. Aku pula confuse, tak tahu aku yang terlajak besar ataupun Qayyum Bhaiya yang kecil.
Sedang asyik tonton game bola.

Lama kami tunggu Farooq Mamu balik dari 7-Elevennya sampailah aku terlena atas sofa. Sedang syok aku tidur, tetiba rasa macam ada benda bergerak-gerak kat mulut aku. Mimpikah aku? Aku rasa terganggu dan terjaga. Rupanya itu Farooq Mamu, menggerak-gerakkan biskut di mulut aku. Saja je nak kejut aku. Bila aku dah terjaga, Farooq Mamu pun bermain dan bersembang dengan aku. Farooq Mamu cakap aku cergas dan sihat. Agak lama juga kami di rumah Farooq Mamu. Aku rasa Munni Khala mesti dah tidur.

Sebelum kami balik Abba snap gambar aku dengan Aina Baji @ Choti baji. Choti Baji sporting. Bila Abba ajak Faiq Bhaiya, Nurul Baji dan Nor Momani tangkap gambar dengan aku, mereka tak mahu, malu-malu. Kenapa malu? Aku hari-hari snap gambar, tak malu pun. Akhirnya Faiq Bhaiya setuju tetapi dia menyorokkan mukanya di belakang aku namun Abba dapat tangkap gambar Faiq Bhaiya secara curi-curi.

Sesampai di rumah Munni Khala, aku dapati tekaan aku betul. Munni Khala dah tidur. Khairul Bhaiya, Noor Bhaiya dan Nana Baji masih tonton tv. Aku dah mengantuk dan terus tidur.


15 3 2011. Selasa

Ammi cakap hari ni hari lahir Kalim mamu dan Khalid Khalu. Wah! 2 in 1. Happy Birthday Kalim Mamu, Khalid Khalu. Semoga Allah memberkati Mamu dan Khalu sentiasa dan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditingkatkan keimanan dan dilindungiNya sentiasa. Amin.

Hari ni pun Isha Baji tak tidur selepas solat Subuh. Dia turun ke bawah bermain dengan aku. Aku seronok duduk di sini sebab ramai orang nak dukung aku. Bergilir-gilir Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji dukung aku, bawa berjalan dan lepak-lepak atas buaian kat luar rumah. Joseph dan Joel pun datang menegur aku dan menunjukkan arnab mereka makan kat aku. Aku seronok tengok arnab tu makan.

Munni Khala masak bubur nasi untuk aku tetapi aku nak makan Nestum madu jadi aku tak makan bubur tu. Kesian Munni Khala, penat-penat dia masak.

Semasa semua orang minum petang, aku pun menyibuk nak makan juga. Munni Khala suapkan donut kat aku tapi aku tak suka dan luahkan balik. Kemudian Khairul Bhaiya duduk menyuap aku butter cookies yang memang aku suka.

Malam ni pun aku tidur awal.

14 3 2011. Isnin
 Ke rumah Khala

Pagi-pagi lagi Abba dan Ammi dah bersiap nak ke rumah Munni Khala. Kami kena bertolak awal sebab kawasan rumah Munni Khala jam teruk, nanti Abba terlambat nak pergi kerja. Ammi masih belum sihat betul lagi dan perlukan Munni Khala untuk menjaga Ammi semasa Abba pergi kerja.
Sempat bergambar sebelum ke rumah Khala. Dari kiri Mak Teh Nurul
Makcik Zaira, Tok dengan Abang Izz, Ammi, Pak Teh Shah dam Tok Wan.

Pak Teh, Mak Teh, Makcik Zaira dan Pak Su masih tidur lagi. Tok Wan lepak kat luar rumah dan Tok tengah goring nasi di dapur. Abba dan Ammi sibuk packing barang dan mengangkat barang masuk ke kereta, terutama sekali barang aku. Selepas siap simpan barang, Abba snap gambar kami beramai-ramai. Orang-orang yang tidur tadi semuanya dah bangun.

Tok dan Tok Wan bergilir-gilir dukung aku sambil memeluk dan mencium aku. Aku nampak mata Tok merah, nak nangis. Aku rasa sedih. Tok, Tok Wan, jangan sedih-sedih. Nanti Aadam datang lagi dengan Abba dan Ammi. Aadam mesti rindu kat Tok, Tok Wan, Makcik Zaira dan Pak Su nanti. Terima kasih semua kerana menerima dan menjaga Aadam dengan baik. Aadam seronok sangat duduk kat rumah Tok, Cuma Aadam rindukan Abba dan Ammi. Terima kasih kerana tak membezakan Aadam dengan cucu-cucu yang lain. Aadam bersyukur sangat dikurniakan keluarga seperti ini. I love you all.

Kemudian kami bertolak ke rumah Munni Khala. Seperti yang dijangka, jalan jam giler. Sesampai di rumah Munni Khala, Isha Baji yang datang sambut aku. Awalnya bangun. Selalu bangun lewat. Kemudian Munni Khala pula datang. Ella Baji pun dah bangun. Munni Khala cakap Ella Baji dan Isha Baji tak tidur selepas solat Subuh sebab excited sangat aku nak datang dan nak sambut aku. Terasa macam menteri pula. He! He! He!

Selepas bersarapan, Munni Khala bawa aku keluar ke halaman rumahnya dan aku berkenalan dengan anak-anak jiran Munni Khala, Joseph dan Joel. Mereka ada bela arnab. Cute giler …..

Tak lama kemudian Nana Baji pula bangun dan bermain dengan aku. Khairul Bhaiya dan Noor Bhaiya seperti kebiasaan mereka, bangun tengahari atau petang. Aku pun sebenarnya tak faham apa fesyen mereka tidur. Jaga sampai ke subuh dan tidur selepas solat Subuh, kemudian bangun tidur selepas azan Zohor. Pelik bin hairan betullah. Hmmm…. Sementara belum dapat kerja bolehlah buat macam tu. Nanti dah ada kerja, mana boleh dah.

Kesemua Bhaiya dan Baji bergilir-gilir dukung dan bermain dengan aku. Siap bawa aku jalan-jalan ke luar rumah lagi. Besttttt

Malam ni Abba balik agak lewat. Kata Ammi, Abba balik ke rumah dulu sebab nak ambil barang sikit. Tak lama selepas Abba balik, aku pun tidur.


13 3 2011. Ahad
Tok bawa aku balik ke rumah

Hari yang kian lama aku tunggu-tunggu akhirnya tiba. Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan. Aku gembira nak jumpa Abba dan Ammi hari ni. Dalam diam aku buat satu plan …. aku nak buat-buat tak kenal Abba dan Ammi, nak jual mahal sikit. He! He! He! Saja je nak tengok reaction Abba dan Ammi.

Kami bertolak waktu pagi dan Tok Wan singgah makan nasi lemak on the way. Makcik Zaira siap complain kata nasi lemak tu tak masin. Lepas tu kami sambung perjalanan. Aku terbayang-bayang wajah Abba dan Ammi. Mesti Abba dan Ammi pun tak sabar tunggu kepulangan aku. Ceh! Macam balik dari perantauan saja bunyinya. Aku excited sangat.

Semasa kami sampai ke Temerloh, Abba dah telefon bertanya kami kat mana. Kan aku dah agak, mesti Abba dan Ammi pun tak sabar tunggu aku balik.

Kami sampai tengahari. Turun dari kereta aje, Abba dah siap keluar nak sambut aku. Mana Ammi? Tak nampak pun. Aku tinjau-tinjau cari Ammi tapi tak ada. Agaknya Ammi sedang berehat kot sebab belum sihat betul. Ataupun Ammi sedang pakai tudung. Hmmm… aku rasa yang ni yang tepat.

Sedang mencuba kasut Darwish.
Muat lah...
Tempat berkubang aku. Kadang melebihi kawasan pun.
Abba datang nak dukung aku tapi seperti yang aku rancang, aku buat-buat tak kenal Abba dan memalingkan muka aku kea rah lain….. tapi aku tak boleh buat macam tu lama-lama. Sekelip mata saja aku berpaling semula menghadap Abba dan tersengih-sengih. Ternyata Abba gembira sangat dan terus memeluk aku erat. Abba, Aadam rindukan Abba. Abba mendukung aku, bawa masuk ke dalam bilik berjumpa Ammi.
Sengaja tanggal baju nak tayang
body aku yang seksi ni.

Betul tekaan aku, Ammi baru siap pakai tudung. Ammi terus memanggil nama aku dan mendukung aku dan peluk aku erat-erat. Aku tak jadi nak jual mahal, terus menangis. Ammi mencium aku bertalu-talu. Ammi, Aadam rindukan Ammi. Setelah Abba dan Ammi memeluk aku, barulah aku merasa lega dan terubat rindu aku. Abba, Ammi, I love you both. Lain kali jangan tinggalkan Aadam lagi ye.
Tok kata aku dah berisi. Betul ke?

Eh! Dalam seronok berjumpa Abba dan Ammi, terlupa pula nak bertanyakan khabar Abba dan Ammi. Kedua-duanya kelihatan ceria dan sihat. Mungkin sebab dah jumpa aku, sakit pun jadi sihat kot. Ammi masih kesakitan dan tak larat nak dukung aku. Kan Ammi kena bedah perut, jadi mana boleh angkat benda-benda berat.
Masa untuk makan. Tok melayan kerenah aku makan.

Abba membentangkan toto di ruang tamu dan aku lepak-lepak kat sana. Semua orang berkumpul di ruang tamu dan bersembang. Tok sibuk bercerita tentang perkembangan aku. Sekali-sekala Tok Wan pun menyampuk. Tok suruh aku tunjuk benda baru yang aku pelajari iaitu mengerutkan hidung tanda busyukkkk. Abba dan Ammi ketawa melihat gelagat aku. Aku juga belajar buat bunyi “Cap! Cap! Cap!”. Lagi satu, aku dah boleh merangkak. Saja je aku tak story awal-awal, nak surprise Abba dan Ammi. Ternyata Abba dan Ammi gembira sangat.
Tok sedang mengadu kenakalan aku pada Ammi.

Kemudian Abba memasang photo frame electric yang ada gambar dan video aku untuk tontonan semua. Ammi cakap semasa aku tak ada, gambar dan video itulah jadi pelepas rindu. Abba hari-hari balik kerja akan duduk mengedit gambar aku dalam Macbooknya. Aku rasa terharu sangat. Betapa kasihnya Abba dan Ammi pada aku. Aku bersyukur sangat dipertemukan dengan Abba dan Ammi.
Makcik Zaira sedang mengecek aku untuk merasa
makanan bijirin aku. Sorryyyy....!

Selepas semua orang makan tengahari, aku tidur sekejap. Tok Wan yang tidurkan aku. Abba dan Ammi biarkan aku bersama Tok dan Tok Wan. Agaknya mereka nak bagi Tok dan Tok Wan spend masa dengan aku kot sebab esok Tok dan Tok Wan dah nak pergi ke rumah Mak Lang. Abba dan Ammi faham yang selepas menjaga aku selama 2 minggu, mesti Tok dan Tok Wan juga sedih nak berpisah dengan aku.
Tok memandikan aku dengan air pancut panas. Hui!
lama dah tak mandi lagu ni
.

Aku terjaga ngam-ngam sewaktu mak Andak melangkah masuk ke rumah dengan Darwish. Assalamualaikum Pak Andak, Mak Andak, Darwish. Apa khabar semua. Pak Andak dan Mak Andak tak henti-henti kata aku dah besar macam Darwish, dah berat, leher dah tak nampak, dah berisi etc., etc., etc. Mana adaaaaaa….. Aadam berisi sikit sajalah, itupun Cuma nampak kat peha dan lengan dan perut saja. Body dan muka Aadam maintain saja.
Tok Wan bergurau senda dengan
Darwish.

Kemudian Mak Andak buat perlumbaan mengesot / merangkak antara Darwish dan aku sambil mengumpan kami dengan itik mainan. Darwish masih tak boleh mengesot / merangkak jadi akulah yang sampai dulu. Tapi aku hairanlah, kenapa bila aku sampai dekat dengan itik tu, itik tu makin jauh? Oh! Rupanya ini kerja Mak Andak. Bila aku dah dekat dengan itik tu, Mak Andak mengalihkan itik tu makin jauh. Tak acilah Mak Andak. Penat Aadam merangkak tau. Akhirnya itik tu landing atas toto yang Darwish duduki dan Darwish mencari jalan mudah untuk dapatkan itik tu. Dia tak merangkak tetapi menarik toto tu ke arahnya untuk mendapatkan itik tu. Bijak, bijak. Semua orang ketawa melihat gelagat Darwish.
Makcik Zaira sedang membedakkan
Darwish selepas mandi.

Sedang lepak dengan Tok di halaman rumah.
Petang tu selepas mandi, aku baring sebelah Ammi dan Ammi memeluk aku. Aku pun peluk Ammi. Dah lama dah aku tak peluk Ammi. Ammi menepuk-nepuk aku dan aku terlena dalam dakapan Ammi. Kemudian Tok panggil aku nak suap makan dan Abba membawa aku keluar. Tak lama kemudian Pak Teh dan Mak Teh datang pula dengan Abang Izz.

Malam ni aku tidur awal sebab penat travel.





9 3 2011 – 12 3 2011. Rabu - Sabtu

Ini mesti kerja Tok ni. Macam ni dipanggil 'Pukung'
Sepatutnya dibelit dengan lebih ketat sehingga ke bawah.
Cara tidur ni buat bayi tidak terperanjat. Abba pun dulu
di'dera' macam ni jugak.
Bagi aku tidur cara ni pun aku nyenyak
jugak. 
Menghitung hari … Tak sabar menanti hari Ahad, apatah lagi selepas mendengar suara Abba dan Ammi hari Selasa hari tu. Ingatkan dah lepas rindu, rupanya makin rindu.

Ammi ada call Tok pada hari Khamis tu bertanyakan tentang aku. Ammi tanya samada aku dah boleh merangkak atau belum dan Ammi cakap Ammi rindukan aku dan dok kira hari bila aku nak balik. I miss you too Abba, Ammi.

Tok pun bercerita kat Ammi fasal aku. Tok cakap aku buas sangat, aktif sangat. Ye ke? Mana ada Tok, Aadam baik sajaaaa…..

Tok cakap, mula-mula dulu aku baik, sekarang dah buas macam Darwish. Eh! Aadam tengok Darwish tu ok je, tak buas pun. Aadam pun ok jeeee….

Tok mengadu lagi yang tak boleh tinggal aku seorang-seorang sekejap pun, sekejap aje letak aku, aku dah pergi ke tempat lain, laju je …. Drrrrr…. Drrrr….. He! He! He!

Dalam aku pasang telinga dengar Tok bercerita dengan Ammi, Tok Wan datang ajak aku tidur. Aadam nak main lagilah Tok Wan. Tok cakap kat Ammi yang aku dah habis satu botol susu tetapi masih tak mahu tidur, masih mahu main. Aadam belum ngantuklah Tok. Nanti Aadam ngantuk, Aadam tidur okey.

Aku tertunggu-tunggu kot-kot Tok nak bagi aku sembang dengan Abba dan Ammi tetapi aku dengar Tok cakap, “Nak bagi sembang kat telefon pun, dia tak tahu cakap lagi”. Eh! Aadam boleh cakaplah Tok. Hari tu Aadama da cakap dengan Abba dan Ammi.

Darul Shifa. Khala sedang menunggu giliran untuk berubat.
Tok pula bergurau dengan Ammi yang kat sini dok banjir. Kalau banjir, Tok tak boleh hantar aku. Hari tu pun ada orang naik motor terjatuh dalam air. Ammi pula bagi tau Tok yang motor tak lepas banjir tetapi kereta boleh lepas jadi Tok boleh hantar aku. Gelak besar Tok dengar cakap Ammi.

Kalau betullah banjir dan Tok Wan tak dapat hantar aku, mahu aku meraung sekuat hati. Dah rindu sangat kat Abba dan Ammi. Tak sabar tunggu hari Ahad, Ahad, Ahad ……


8 3 2011. Selasa

Hari ni adalah hari kegembiraan berlipat ganda. Sebab apa? Sebab Abba call Tok Wan hari ni dan bagi tau yang Ammi dah discharged semalam dan Ammi ok. Alhamdulillah, syukur kepada Mu ya Allah, ya Syafi. Aku betul-betul gembira kerana Ammi beransur pulih.
Dari sudut pandangan bilik wad 304.
Terima kasih makcik-makcik misi kerana
menjaga Ammi Aadam dengan sungguh
mesra dan bertanggungjawab.

Abba cakap Ammi duduk di rumah Munni Khala sebab di rumah kami tak ada siapa nak jaga Ammi semasa Abba pergi kerja dan Ammi masih belum kuat sepenuhnya jadi kena ada orang jaga Ammi. Ammi dah boleh makan dah. Aku rasa mesti Ammi dah turun sikit berat badan sebab seminggu tak makan apa-apa. Lama tuuuuu ….. Tak sabar nak tengok Ammi yang slim mlim…. Err… Slim ke? Entahlah. Tapi minggu lepas Ammi ada bagi tau Tok yang kebuncitan perut Ammi dah berkurangan. Tak kisahlah Ammi, kalau buncit sekali pun janji Ammi sihat cukuplah. Itu saja yang Aadam mahu.

Kegembiraan ke dua ialah apabila Tok Wan meletakkan gagang telefon ke telinga aku dan aku mendengar suara Abba dan Ammi memanggil aku. Aku pun menyahut dan tercari-cari Abba dan Ammi (yalah, mana aku pernah guna telefon, kalau ada pun iPhone Ammi yang dibuka speaker saja. Ingatkan bila dengar suara tu, boleh nampak rupa sekali). Tok Wan tergelak-gelak bagi tau Abba yang aku cari Abba.

Aku happy sangat, terlepas sedikit rindu aku mendengar suara Abba dan Ammi, walaupun hanya beberapa detik. Pasti Abba dan Ammi juga gembira dengar suara aku. Terima kasih Tok Wan. Sayang Tok Wan, ummmmahhh…


2 3 2011 – 7 3 2011. Rabu - Isnin
Hari-hari aku tanpa Ammi dan Abba

Tok Wan belikan aku kereta. Kereta Merc lagi..
Sekali lagi Makcik Zaira membuli aku.
Habis kehenseman aku kena tampal bedak gomok.
Masa untuk tidur...
Sedang bersiap pakai baju tidur.

Imam muda nak pi surau nih!
Bergaya dengan kereta baru...
Lambat sungguh hari-hari yang berlalu. Aku dah teramat rindu kat Abba dan Ammi. Rasa macam dah bertahun tak berjumpa. Aku rindu agahan-agahan Abba dan suara lembut Abba. Rindu suara dan sentuhan Ammi. Rindu kamera dan berposing untuk Abba setiap hari. Rindu nak dengar cerita-cerita terkini dari Ammi. Rindunya ……. Bila agaknya Abba nak datang ambil aku? Hari tu Ammi cakap hujung minggu. Aku menunggu setiap hari, bilalah nak hujung minggu ni.
Inilah hospital yang Ammi jalani operation tu.

Ini pula bilik wad Ammi dan Abba tinggal seminggu.
Bukannya aku tak seronok duduk bersama Tok dan Tok Wan. Best giler. Tok dan Tok Wan sayang sangat kat aku. Apa kurangnya Makcik Zaira dan Pak Su. Aku memang dimanjakan. Tok Wan siap pi beli walker untuk aku sebab hari tu Abba terlupa bawa aku punya dari rumah.
Ruang legar Hospital

Wad 304 tingkat tiga, bilik Ammi.
Tok pula asyik bagi aku makan, sehari 3 kali makan bubur nasi / cereal. Lepas tu asyik membuang ajelah kerja aku. Lampin pun asyik kena tukar.

Selalu subuh bila aku bangun, Tok dengan Tok Wan bagi aku baring-baring main toys aku sementara Tok dengan Tok Wan sembahyang, sama macam yang Abba dengan Ammi buat. Aku pun tak kacau. Aku ingat pesan Ammi.

Makcik Zaira pula asyik snap gambar aku sebab Abba pesan suruh tangkap gambar aku hari-hari. Kalau tangkap gambar aku ada bayar sen tak apalah juga. Ni free-free je. Makcik Zaira, Aadam calon model Huggieslah (itu pun kalau Abba ada submit gambar Aadam untuk contest tu. Takkanlah tak submit kot, hari tu dah penat Aadam posing pakai baju ladybird). Mestilah kena letak harga sikit kan. He He He.

Dalam pada seronok duduk di kampung, aku tetap merindui Abba dan Ammi dan tak sabar menunggu hujung minggu. Namun dari perbualan Tok dan Tok Wan aku mendapat tahu Ammi masih di hospital dan masih on drip sebab Ammi masih muntah-muntah dan tak boleh makan. Dah berapa hari dah Ammi tak makan, hanya minum air dan harapkan drip tu saja. Mesti Ammi lapar kan. Macam aku tak apalah, aku boleh minum swusu saja berbulan-bulan tanpa makan sebab perut aku kecil. Aku harap Ammi capat sembuh.

Abba tak akan datang ambil aku minggu ini. Nanti minggu depan, Tok Wan nak pergi KL sempena cuti sekolah dan aku akan balik bersama-sama dengan Tok Wan. Walaupun aku sedikit hampa, tetapi tak apalah. Duduk dengan Tok dan Tok Wan memang best dan aku boleh duduk lagi seminggu. Cuma aku rindu kat Abba dan Ammi. Biarlah Ammi betul-betul sembuh sebelum keluar hospital. Aku yakin Abba dan Ammi juga merindui aku. Kalau tak masakn Abba dan Ammi call Tok bertanyakan fasal aku sedangkan dah tahu aku ok.

Aku juga dengar Tok dan Tok Wan bercerita tentang Ammi. Khabarnya, uterus Ammi dah membengkak sebesar buah kelapa laut sedangkan saiz sepatutnya cumalah sebesar penumbuk. Mak datuk, besarnya. Patutlah perut Ammi buncit saja dan Ammi selalu sakit perut. Kesian Ammi. Mujur pembedahan Ammi selamat dijalankan.

Tok cakap lagi, usus Ammi semua dah melekat-lekat dan doktor terpaksa mengasingkannya. Lepas tu ovary kiri Ammi dah melekat dengan uterus Ammi jadi doktor tu remove uterus dan ovary kiri tu sekali. Ovary sebelah kanan dah remove dulu-dulu dah. Aduh! Aku dengar pun rasa seriau. Macam mana agaknya Ammi go through operation tu?  Walau apa pun aku bersyukur every thing is over and Ammi is ok.

Doktor ada bawa uterus dan ovary Ammi yang dikeluarkan ke wad dan tunjukkan kepada Abba dan Ammi, siap suruh Abba snap gambar lagi. Macam tau-tau aje yang Abba suka tangkap gambar. Lepas tu benda tu dihantar ke makmal untuk check samada ada penyakit lain atau tidak. Aku berdoa semoga tak ada apa-apa penyakit lain dan semoga Allah sentiasa menjauhi Abba dan Ammi dari segala penyakit. Amin.

Nampaknya seminggu lagilah aku kena merindu. Hmmm….


1 3 2011. Selasa
Alhamdulillah Ammi dah selamat.

Aku harap hari ni akan mendapat berita tentang Ammi. Aku dah risau sangat-sangat ni. Kenapa Abba atau Tok tak call each other. Kalaulah aku boleh call….,,

Darwish dengan Mak Ndak juga Pak Ndak
datang melawat Ammi.
Aadam sedih kerana tak boleh berada di sisi
Ammi waktu-waktu begini.
Kemudian aku dengar Tok bercerita kepada Tok Wan tentang Ammi. Rupanya malam tadi Abba ada call tetapi aku dah tidur. Nasib baik Tok bercerita kat Tok Wan jadi aku bolehlah dengar.

Pak Teh, Mak Teh serta Abang Izz pun datang juga.
Kata Tok, Ammi dah selamat dibedah. Alhamdulillah. Ya Allah syukur kepada Mu kerana melindungi Ammi dan menjayakan pembedahan Ammi. Alhamdulillah ya Rab al-alamin.

Pembedahan Ammi delay semalam sebab patient sebelum Ammi tu ada complication. Pukul 5.30 p.m. baru Ammi masuk operation theatre. Pembedahan Ammi dijangka 2 jam saja tetapi ada complication juga dan mengambil masa lebih 2 ½ jam. By the time Ammi keluar OT dan masuk ke bilik semula, dah pukul 9 lebih.

Makcik Zaira sengaja menjatuhkan maruah
kejantanan aku. Mana aku nak sorok muka
lepas ni pun tak tau lah.
Abba bagi tau Ammi tak boleh makan lagi, boleh minum air kosong saja. Sussu pun tak boleh ke? Kalau bolh, Abba ambillah susu Aadam bagi kat Ammi. Ammi masih mamai lagi, agaknya kesan dari ubat bius kot. Lepas tu Ammi rasa loya-loya dan masih on drip.

Aku harap Ammi cepat-cepat beransur pulih dan boleh makan nasi. Kalau tak macam mana Ammi nak dukung aku nanti.

Tok juga bagi tau yang Abba tidur kat hospital, jaga Ammi. Kesian Abba. Besar sungguh pengorbanan Abba buat Ammi. Insya Allah akan dibalas dengan kebaikan dari Allah. Amin.

Errr…. Tok, Abba tak tanyakan Aadam ke? Mungkin Abba risau sangat pasal Ammi sampai terlupa kot. Tapi tidak ……. Abba memang ada bertanyakan fasal aku dan Tok siap bercerita kat Abba yang aku pi ronda naik motor. Kalau Ammi dengar, mesti Ammi risau.


No comments:

Post a Comment