Monday, February 11, 2013

Aadam Story's Januari 2012























31 1 2012. Selasa
1 Tahun 5 Bulan 28 Hari    
Aku menangis tak berhenti semasa Abba dan Ammi solat Maghrib - hampir ½ jam. Macam-macam Abba dan Ammi cuba tapi aku tak diam juga. Akhirnya aku pergi ke dapur dan mengetuk peti ais. Barulah Abba dan Ammi faham yang aku nak makan anggur. Anggur adalah buah kegemaran aku. Aku boleh makan sampai 10 bijik. Aku suka rasanya dan kelembutan isinya. Selalunya hampas aku buang merata-rata dilantai. Selepas itu abbalah kena bersihkan.Perut aku akan kembung selepas itu tapi aku dah biasa. Kalau teruk sangat abba akan sapu minyak telon dan lepas itu akan oklah balik. 

30 1 2012. Isnin
1 Tahun 5 Bulan 27 Hari   
Ammi start kerja hari ni selepas 2 minggu bercuti. Aku biasah kena hantar rumah mama sampai petang dan petang nanti abba akan ambil balik ke rumah. Dirumah main mainan dengan abba sampai penat selepas itu baru tidur.








29 1 2012. Ahad
1 Tahun 5 Bulan 26 Hari  
Pergi bertandang rumah mamu Alam

Hari ini cuti jadi abba dan ammi ajak aku jalan-jalan ke rumah mamu Alam di Subang Jaya. Saja je jalan-jalan mereka dah rindu kat aku kononnya. Susah juga jadi popular ni. Munni khala sekeluarga pun ikut serta. Mereka dari rumah mereka. Kami dari rumah kami. Jumpa di rumah mamu. 

Biasalah sampai di sana aku akan jadi perhatian. Mamu, momani dan baji-baji semua akan usik aku.Ada satu benda yang momani tunjukkan pada aku. Tikus lembik. Lembik gila bila di hempas atas lantai tikus tu akan penyet dan akan terbentuk semula seperti asalnya. Tak mati-mati tikus tu walau di hempas. Pelik aku rasa. 

Aku dibuli oleh mamu....
Aku buli Alam Mamu habis-habis. Yalah mamu yang buli aku dulu. Aku akan gustikan dia. Lanyak habis-habisan. Semua skil gusti yang aku cipta aku guna. Nyaris-nyaris kena pangil ambulan. Rasanya lepas ni Alam Mamu serik nak bermain dengan aku dah.


Khala sedang suapkan aku kek.
Berpeluh, tukar baju.
Punya penat bermain sampai baju aku basah berpeluh. Kena tukar baju dan Nur bhaiya yang tolong pakaikan. Selepas itu mamu ajak kitaorang pergi makan satu kedai tak jauh dari rumah dia. Kena naik kereta. Kedai tu besar juga dan satu meja panjang kami duduk. Mammu dukung aku dan tunjukkan pada momani. Setelah kami makan selepas itu kami pun nak baliklah. Thank you mamu... Lain kali belanja lagi.  Kami pun baliklah ke rumah.





Tikus getah mati di tangan aku.














28 1 2012. Sabtu
1 Tahun 5 Bulan 25 Hari 
Aku meragam hari ni dan tak nak lepaskan Abba. Aku peluk Abba erat-erat sampailah aku terlena.

Kami pergi jumpa seorang uncle – Uncle Aziz kat satu restoran di Bangi. Aku rasa boring dan nak berjalan-jalan. Terpaksalah Abba bawa aku berjalan di sekitar restoran tu. Jalan raya depan restoran tu taklah sebok sangat, jadi aku jalan sendiri abba ikut aku dari belakang. Sesekali aku jalan laju dari abba, kenalah abba kejar aku. Beberapa kali aku mundar-mandoir depan restoran tu sampai dah penat, akhirnya abba bawa balik duduk sama dengan ammi dan orang tadi.   Ammi masih bersembang dengan Uncle Aziz.Seketika kemudian kamipun baliklah.
27 1 2012. Jumaat
1 Tahun 5 Bulan 24 Hari 
Main bowling dan ice hockey kat iPad

Aku sakit perut dan berkali-kali aku bangun sepanjanag malam (sebenarnya 2 kali saja tetapi bila dah bangun dan start menangis, aku berjaga lamalah). Kali ke dua tu sampai dah azan Subuh baru aku tidur.

Malam ni aku makan nasi goreng sikit sebab dah kenyang makan kat rumah Mama. Aku minum Ribena, makan cokodok seketul dan biskut bebeerapa keeping. Hari ni tak dapat ais sebab Ammi dah sound awal-awal yang malam tadi aku batuk-batuk so no ice for me.

Aku terjatuh dan terhantuk di kayu sofa. Sakit giler dan aku meraung tak nak berhenti tapi bila Abba ajak main bowling dalam iPad aku senyap. Abba ajar aku main bowling dan ice hockey kat iPad.






26 1 2012. Khamis
1 Tahun 5 Bulan 23 Hari 
Makan jelly dengan ammi
Malam ni aku makan beriani siap dengan lauk kari lagi. Selalunya, aku tak makan kuah. Tambah aku tak tahan pedas. Kalau pedas aku akan kata das, das, das....Kemudian aku minum air laici ais. Ammi dapat tahu bila Ammi pegang botol tu nak minumkan aku dan bisinglah Ammi kat Abba sebab bagi aku ais. Alah sikit saja ammi. Sejuk minum ais ni kalau ammi nak tau..... 

Aku duduk  di riba Abba melihat gambar-gambar aku kat dalam kamera Abba. Baru aku sedar bahawa aku lebih cute dari yang aku sangka. Ahak! Ahak!



25 1 2012. Rabu
1 Tahun 5 Bulan 22 Hari 
Pergi rumah Khala
Ammi dan aku ke rumah Munni Khala hari ni. Bila masa Abba dan Ammi buat plan ni aku pun tak pasti.
 
Selain daripada Qisha, aku berjumpa kakaknya, Nina. Kak Nina cakap aku tak lawa, busuk etc. etc. Dengkilah tu.

Hari ni aku makan nasi dan petola tumis air campur ayam goreng kunyit. Fuyoh! Terangkat!

Bila balik ke rumah malam ni, Abba bagi aku Ribena ais (curi-curi, Ammi tak tahu Ribena tu sejuk). Kalau Ammi tahu, mesti aku tak dapat minum. Aku jadi tamak bila dapat minum ais tu dan aku memaksa diri mnghabiskan 1 botol air tu dan lepas  tu aku muntah.

24 1 2012. Selasa
1 Tahun 5 Bulan 21 Hari
Hari jadi abba  
Di kedai kamera, nak beli hadiah abba.
Satu hari yang amat istimewa - Selamat Hari Lahir Abba. Aadam berdoa agar Abba dilindungi Allah selalu, dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik, ditingkatkan keimanan, dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati sentiasa dan semoga diberikan segala yang baik dan dijauhkan dari segala yang buruk sentiasa. Amin ya Rab-al-alamin.

Kami pergi ke Mid Valley, beli hadiah Abba. Ella Baji tak ikut.Sememangnya Ammi prefer pergi dengan Abba sebab Ammi tak pandai nak pilih-pilih gadget yang Abba suka. Ammi belikan Abba aksesori kamera, baju dan seluar.

Petang ni Munni Khala balik. Aku nak ikut balik. Bila tak dapat ikut, aku menangis. Aku terjenguk-jenguk kereta Munni Khala dan bye-bye.

















23 1 2012. Isnin
1 Tahun 5 Bulan 20 Hari

Nana dan Isya baji main buih sabun aku.














Gong Xi Fatt Chai kepada masyarakat kaum Tionghua. Jadi hari ini cuti umum. Abba dan ammi tak kerja. Itu yang best. Dan tambah best khala sekeluarga pun ada di sini. Bolehlah aku main-main dengan mereka. 






22 1 2012. Ahad
1 Tahun 5 Bulan 19 Hari 
Pergi Kenduri
Kami ada 3 kenduri hari ni – doa selamat di rumah Sinara Khala dan Pak Long Poi (keduanya masuk rumah baru) dan kenduri kahwin anak Cah Momani (kakak ipar Jhingua Mamu). Kami tak sempat pergi ke rumah Pak Long Poi sebab kenduri kahwin tu start lambat dan itu adalah tempat pertama kami tuju. Munni Khala pun ikut kami. Penat kami meround mencari tempat kenduri tu. Akhirnya Cah Momani datang menjemput kami. Rupanya kami dah sampai dah tadi ke majlis tu tapi kerana konsep atau sedara mara Cah Momani ramai dari kalangan mamak, mereka pakai sari jadi abba confuse ingat tersalah majlis. Kalau aku tau aku pakai kurta aku tadi. 

Ammi bersama keluarga Cah Momani
Kawan baik ammi, Cah momani.

Sampai ke dewan tu, kami duduk satu meja dengan Cah momani. Aku dah rimas kerana pengantin belum sampai, jadi baji bawa aku keluar jalan-jalan di luar dewan.  Kami kena tunggu sampailah pengantin sampai. Dah lewat sangat dah.

Dari sini kami ke rumah Sinara Khala pulak. Dia buat kenduri doa selamat. Rumah ni di Taman Medan. Pun puas pusing-pusing taman tu kerana besar juga taman ni. Jalan pun banyak simpang. Kami tak berjumpa rumah Sinara Khala dan Leh Bhaiya datang menjemput kami. Kami duduk dan makan di situ. Sebenarnya dah makan kenduri tadi. Tapi nak jaga hati khala ammi dan abba makan jugalah, lagipun ini kali pertama kami ke sini. Aku banyak main sahaja. Khala bawa keluar kuda plastik cucu dia jadi aku mainlah. 

Dari sini kami nak ke rumah Pak Long Poi tetapi tetiba je Munni Khala sakit. Kami batalkan rancangan kami dan terus balik. Munni Khala ikut kami balik.


21 1 2012. Sabtu
1 Tahun 5 Bulan 18 Hari 
Bangun pagi dan mandi-mandi. Makan dan minum susu selepas itu ammi ajak abba keluar jalan-jalan. Entah ke mana tapi jauh juga ri rumah kami. Rupanya ke rumah satu uncle ni. Cantik rumah dia siap ada kolam ikan.

Sebelah petangnya pula kami ke rumah uncle yang lain. Pun cantik ada kolam ikan juga. Ni duduk atas bukit. Aku rasa Abba nak beli ikan untuk akuarium Abba lah kot.

19 1 2012 – 20 1 2012. Khamis - Jumaat
1 Tahun 5 Bulan 16-17 Hari

Nothing special. Banyak main sahaja bila balik dari rumah mama. Korang tengok sendirilah.




Gelagat 20/1/2012






Gelagat 19/1/2012


18 1 2012. Rabu
1 Tahun 5 Bulan 15 Hari
Sebut “sedap”

Hari ini makan benda baru. Bubur. Petama kali rasa, aku rasakan benda ni sedap. Itulah bubur jagung. Sedap giler sampai aku sebut perkataan “sedap”. Cubalah.












17 1 2012. Selasa
1 Tahun 5 Bulan 14 Hari
Sebut “Baby”

Semuanya macam biasa, pergi ke rumah mama dan petang balik. Malam ini aku belajar sebut perkataan “baby”.




16 1 2012. Isnin
1 Tahun 5 Bulan 13 Hari 
Nothing special today. Cuma Ammi start cuti 2 minggu sebab again, Ammi makan ubat untuk menyusukan aku (macam tahun lepas) dan ubat tu menyebabkan Ammi mengantuk sakan.



15 1 2012. Ahad
1 Tahun 5 Bulan 12 Hari
Mandi kolam
Kami pergi ke satu kawasan yang jauh ulu banat. Menakutkan – banyak ladang sawit dan ada beberapa rumah kosong di tengah-tengah ladang sawit tu. Abba turun snap gambar dan kami balik. Aku tak pasti apa tujuan kami ke sana tetapi aku berharap kami tak akan ke sana lagi.
 
Kami ke satu lagi kawasan hutan rimba dan ada beberapa rumah di tengah-tengahnya. Aku tak tahu apa projek Abba ni tapi aku tak suka keadaan kawasan ni. Mujur kami tak turun. Round dengan kereta aje dan kemudian balik. 

Petang itu aku mandi dalam kolam mandi aku di halaman rumah. Seronoknya main air. Ini mesti abba tau apa yang aku fikir semalam masa kami pergi basuh kereta tu. Terima kasih abba kasi aku mandi kolam.


14 1 2012. Sabtu
1 Tahun 5 Bulan 11 Hari
Tengok orang basuh kereta
Basuh bersih-bersih ya pakcik....
Aku bangun lewat, paling lewat dalam sejarah hidup aku selama ini - hampir pukul 10 pagi. Kemudian aku ikut Abba ke kedai. Balik dari kedai tu kami singgah tempat basuh kereta. First time aku tengok macam mana kereta dibasuh di kedai. Aku suka tengok air pancut dan buih sabun tu. Huih... kalaulah aku boleh mandi dengan itu. Abba beri aku biskut untuk lapik perut kosong kerana belum sarapan lagi. Selepas setengah jam baru kereta siap di basuh dan kami pun baliklah ke rumah. 

Sepatutnya kami keluar tapi tak jadi. Abba bawa aku berjalan kat luar rumah. Aku berlari ikut suka hati aku. Ada jiran bersembang dengan Abba dan bila dia tengok keaktifan aku, Pakcik tu cakap aku besar nanti mesti cerdik. Biasanya bebudak yang susah nak jaga masa kecil, pandai sekolah. Yakah? Tak pernah dengar pun. Walauapapun, aku aminkan kata-kata pakcik tu.

Aku makan Kit Kat dan Van Houten hari ni. Ammi yang suap. Sedang Ammi menyuap, aku rampas dari tangan Ammi dan mencalit chocolate tu ke dinding. Bukan apa, saja nak nolong Abba mengecat.


13 1 2012. Jumaat
1 Tahun 5 Bulan 10 Hari
Aku tidur banyak sangat hari ni. Mama bagi tahu Abba dan Abba bagi tahu Ammi. Ammi terus cakap, entah pukul berapa aku nak tidur malam ni. Balik dari rumah mama malam tu aku sebok main motorsikal aku. Sampai penat dapat susu sebotol.





12 1 2012. Khamis
1 Tahun 5 Bulan 9 Hari 
Macam biasa pagi ke rumah mama dan petang balik main di ruang tamu sekejap. Bila siap makan masuk bilik main lagi sebelum masa tidur. Ammi tak sihat hari ni dan Ammi tidur awal, belum pukul 9 malam dah tidur. Kesian ammi selalu sakit-sakit.





11 1 2012. Rabu
1 Tahun 5 Bulan 8 Hari
Kiss Ammi for the first time

Semasa aku bangun, aku dah berada di rumah kami.

Malam ni Ammi tak berapa sihat jadi Ammi baring atas sofa sambil mendemah dengan air panas dan memerhati / melayan aku. Aku pun sibuk panjat turun atas sofa tu. Walaupun sakit, Ammi tetap melayan kerenah aku sambil tersenyum. Aku perhati Ammi. Kasihan Ammi, selalu sakit. Walaupun sakit, Ammi tetap tersenyum. Tabah sungguh Ammi.

Ammi memandang aku dengan penuh kasih sayang. Keibuan terpancar dari mata Ammi. Aku nak sangat bagi tahu Ammi yang aku sayang sangat kat Abba dan Ammi tetapi aku tak reti nak cakap so aku pun kiss Ammi untuk memberitahu yang aku sayang kat Ammi. Ammi pun terkejut. Aku kiss lagi dan lagi. Ammi seronok sangat dan bagi tahu Abba yang aku sayangkan Ammi.

10 1 2012. Selasa
1 Tahun 5 Bulan 7 Hari
Pergi rumah khala kerana abba ada shooting tvc

Qisha.
Abba ada shooting hari ni so Ammi dan aku ke rumah Munni Khala. Finally aku berjumpa Qisha, anak jiran Munni Khala yang Munni Khala jaga. Munni Khala kata muka Qisha macam muka aku tetapi aku tak rasa macam tu. Korang semua rasa macamana? Setuju dengan Munni Khala atau dengan Aadam? Ammi setuju dengan aku.

Noor Bhaiya kerja sampai lewat malam, jadi aku berbaik dengan Khairul Bhaiya. Kalau Noor Bhaiya ada, aku tak layan Khairul Bhaiya.

Kami terbongkang setelah penat
bermain.
Sampai aku tidur, Abba belum balik lagi walaupun dah tengah malam. Abba, Aadam rindu kat Abba.


Itu botol susu aku. Qisha yang
nak menempek.
9 1 2012. Isnin
1 Tahun 5 Bulan 6 Hari  
Petang ini sempat main dengan abba di luar rumah. Aku seronok sangat kerana boleh lari sana sini. Selelau sangat duduk dalam rumah sahaja. 


8 1 2012. Ahad
1 Tahun 5 Bulan 5 Hari  
Tayang kasut baru.
Kami keluar selepas bersarapan. Pergi mana pula? Entahla h. Kami berjumpa seseorang dan pergi ke rumah someone tapi tuan rumah tak ada. Uncle yang kami jumpa tadi sibuk menelefon tuan rumah. Sementara kami menunggu tuan rumah balik, Abba lepaskan aku berlari kat jalan. Kawasan ni tak banyak kereta lalu so oklah. Aku seronok berlari-larian.

Bila nenek tuan rumah tu balik, kami masuk ke dalam. Aku tak pasti siapa nenek tu tetapi dia nampak baik.Kami lepak sekejap dan kemudian kami pun balik. 






5 1 2012 – 7 1 2012. Khamis - Sabtu
1 Tahun 5 Bulan 2-4 Hari  
Tak ada story mory, morning glory. I am sorry. Kah! Kah! Kah!


Ragam 6 Januari

Ragam 6 Januari
-main serunai

Ragam 6 Januari

Ragam 6 Januari-Pot 
aku tengok tv
di ruang makan.
Ragam 5 Januari


Ragam 5 Januari
Ragam 5 Januari



4 1 2012. Rabu
1 Tahun 5 Bulan 1 Hari  
Aku meragam lagi pagi-pagi buta hari ni – sekitar pukul 12 a.m. Walaupun Ammi masih jaga dan tengah cuba tidurkan aku, aku nak kejutkan Abba. Bila Ammi tak bagi, aku mengamuk dan menangis. Terpaksalah Abba bangun dan temankan aku bermain iPad.

Pukul 3 pagi aku buat hal lagi. Kesannya bila pagi ni aku tak nak bangun. Aku terjaga sekejap semasa Abba “hand over” aku kat Mama tetapi selepas tu aku tidur semula.




3 1 2012. Selasa
1 Tahun 4 Bulan 31 Hari 
Aku tak nak bangun tidur pagi ni sebab mengantuk sangat. Aku terjaga semasa Abba bagi aku kat Mama dan aku mula merengek. Mama cuba memujuk tetapi aku tak nak kat Mama. Mama umpan aku ajak tengok ayam tetapi aku tak mahu, Mama ajak aku bermain dengan Abang Adam pun aku enggan tetapi bila Mama sebut nama Zara, aku terus pergi. Abba terus cakap yang aku ni gatal. He! He! He! Errr…. Abba, kata omputih, “Like Father, Like Son”. Betul ke? Ahak! Ahak!

Abba dan Ammi balik lewat hari ni. Aku masih tidur dalam buai semasa Abba sampai. Aku dah puas tidur hari ni so malam ni aku boleh main puas-puas.

Aku makan nasi ayam Pak Ali hari ni. Dah lama tak makan nasi ni. Kemudian aku makan jelly dan minum jus anggur. Lepas tu aku main dan main dan main. Abba dan Ammi ajak tidur pun aku tak nak.

Bila kami masuk tidur, sekejap saja Abba dah berdengkur. Aku pun bully Ammi. Berkali-kali Ammi ajak aku tidur sebab Ammi mengantuk, tak cukup tidur sebab aku buat hal semalam. Aku tetap mahu main. Dah pukul 12 tengah malam pun aku masih bermain lagi.
2 1 2012. Isnin
1 Tahun 4 Bulan 30 Hari
Makan petola dan nampak lipas for the first time

Pagi-pagi buta aku buat hal dan menangis tak nak berhenti. Macam-macam cara Abba dan Ammi cuba tetapi aku tetap menangis. Abba bagi susu pun aku tak nak. Kemudian Ammi tuang susu tu dalam cawan, aku tak nak juga. Lepas tu Ammi buat grape juice dalam cawan baru aku nak minum sikit. Lepas tu aku sambung nangis.

Akhirnya Ammi ambil tabung kat aku suruh masukkan duit, barulah aku diam. Bila Abba bawa aku masuk ke bilik aku menangis semula.

Abba dan Ammi cuti hari ni so bolehlah mereka cover balik tidur malam tadi.

Tengahari ni Abba bawa aku ke klinik ambil ubat untuk mulut aku yang sakit. Seperti biasa aku “berperang” dengan doctor.

Nurse nak timbang pun aku tak bagi. Terpaksalah Abba dukung aku dan timbang dan kemudian timbang Abba seorang untuk mendapatkan berat badan aku. Aku naik 1 kg lagi. Sekarang dah 11 kg.

Aku terjumpa satu makhluk Allah ni hari ni dan aku rasa amat takut. Aku menyorok di belakang Abba sambil mengintainya. Abba dan Ammi ketawakan aku sebab aku takut kat …… lipas.

Aku makan petola hari ni for the first time and I like it.

Selepas solat Zohor, kami pergi ke Nilai. Rumah siapa entah. Kawan Abba kot. On the way balik, aku makan pisang goreng sampai terlena sambil menggenggam pisang goreng itu.

Aku penat sangat hari ni dan aku tidur awal.

1 1 2012. Ahad
1 Tahun 4 Bulan 29 Hari
Selamat Tahun Baru 2012

Tak sangka begitu pantas masa berlalu. 2011 sudah pun meninggalkan kita dan kini 2012 menjelang tiba. Aadam ucapkan selamat menyambut 2012 kepada semua. Semoga 2012 ini membawa banyak keberkatan kepada kita semua.

Tepat jam 12 tengah malam, Abba bawa aku tengok bunga api kat luar rumah. Excitednya. Aku seronok sesangat. Kemudian kami masuk tidur.

Aku tak sihat hari ni dan tak nak minum susu atau hisap puting sebab mulut aku sakit. In fact aku tak hisap puting dari tengahari semalam lagi dan tak minum susu dari malam tadi.

Aku ikut Abba pergi beli puri untuk sarapan hari ni.

Hari ni aku hanya lepak kat rumah sahaja.



No comments:

Post a Comment