Tuesday, May 31, 2011

Aadam's Story bulan Mei 2011















31 5 2011. Selasa
Aku ke rumah Khala

Munni Khala nak balik ke rumahnya hari ini dan aku akan ikut sama. Aku harap dapat melawat Ammi sebelum ke rumah Munni Khala sebab bila dah ke sana, Munni Khala tak akan visit Ammi hari-hari sebab jauh. Nanti mesti aku rindu kat Abba dan Ammi.
Bhaiya sedang mengajar
aku berdiri sebelah kaki.

Tengahari ni kami ke hospital melawat Ammi. Eh! Munni Khala tahu jalan tak? Aadam Cuma takut Munni Khala sesat dan nanti kita sampai ke mana entah. Itu kan kemestian buat Munni Khala. He! He! He!

Oh! Alangkah kagumnya aku kerana Munni Khala tak sesat. Kagumnya! Kagumnya!

Ammi seorang saja di bilik dan amat gembira melihat kami. Walaupun tangan berdrip, Ammi masih nak dukung aku lagi. Ammi peluk dan cium aku, bersembang dengan aku. Lama juga kami di sini. Bila kami nak balik, Ammi kelihatan sedih. Ammi peluk dan cium aku lagi dan berpesan supaya aku jangan nakal. Aadam mana ada nakal Ammi. Aadam good boylah.

Ammi jaga diri baik-baik ok. Dengar cakap doktor dan Abba. Aadam akan berdoa untuk Ammi. Semoga Ammi cepat sembuh. Take care Ammi. I love you.

Di rumah Munni Khala seperti biasa, aku bermain dengan Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji. Seronok tapi aku juga merindui Abba dan Ammi dan risaukan kesihatan Ammi. Bila Munni Khala nak melawat Ammi lagi ye?

Kerinduan aku lebih ketara pada waktu malam sebab biasanya pada waktu siang aku berada di rumah Mama dan hanya berjumpa Abba dan Ammi pada waktu malam. Aku tak boleh tidur dan Noor Bhaiya tidurkan aku.


30 5 2011. Isnin
Ammi kena Demam Denggi.
Abba pergi kerja terus dari hospital. Aku tertunggu-tunggu khabar berita tentang Ammi. Aku terus berdoa untuk kesihatan Ammi. Akhirnya Ammi call Munni Khala dan inform yang Ammi confirm kena denggi tetapi keadaan Ammi tak teruk. Alhamdulillah.

Ammi, Aadam rindu kat Ammi. Ammi jaga diri baik-baik ok dan cepat-cepat sembuh ok.
Aku sempat baring-baring dengan Ammi.

Pak Ndak danMakNdak datang lawat Ammi.
Agaknya petang ni dapat tak aku melawat Ammi. Aku tak sabar menunggu Abba balik. Kemudian Ammi call Munni Khala suruh bersiap-siap, Abba akan sampai tak lama lagi untuk bawa kami ke hospital. Yahoo! Aku dapat lawat Ammi.

Mak Ndak dengan Darwish.
Semasa Abba sampai kami sedang minum petang. Lepas tu kami pergi ke hospital yang tak berapa jauh dari rumah kami. Ammi duduk bilik single, jadi kami semua bolehlah masuk ramai-ramai tanpa risau yang kami akan mengganggu pesakit lain.

Ammi kelihatan agak pucat dan tangan Ammi dipasang drip. Aku sedih tengok keadaan Ammi. Aku nak tolong Ammi tapi tak terdaya. Aku hanya mampu berdoa buat Abba dan Ammi.

Ammi baringkan aku di sebelah Ammi dan peluk dan cium aku. Aku rasa terharu tapi buat-buat taka da apa. Hmmm…. first time aku rasa tidur kat katil hospital. Empuk macam tilam kat rumah juga tetapi aku tak teringin nak tidur kat katil hospital lagi dan harap aku diberikan kesihatan yang baik, Amin.

Agak lama juga kami di hospital tetapi aku rasa tak puas. Boleh tak Aadam pun nak duduk di sini, temani Abba dan Ammi? Taka da jawapan pun dari Abba atau Ammi. Aku balik bersama Munni Khala sementara Abba masih tidur di hospital.


29 5 2011. Ahad
Ammi masuk hospital - Kemungkinan Demam Denggi

Abba ada di rumah hari ni dan aku nak bermain dengan Abba sepanjang hari Insya Allah. Harap-harap tiada aral melintang.

Ammi masih demam dan semasa sarapan, Abba perasan kaki Ammi ada bintik-bintik merah. Terus Abba ajak Ammi pergi hospital. Ammi being the responsible employee she is, cakap ada kerja office nak disiapkan dan Ammi nak siapkan kerja tu dulu sebelum ke hospital. Ammi, cubalah beri perhatian kepada kesihatan Ammi. Kalau dah sakit, buatlah kerja tu bila dah sihat. For the time being please pay attention to your health and go and see the doctor. Itu lebih penting. Tapi Ammi tak peduli apa yang aku fikirkan. Ammi siapkan kerja office dulu walaupun tak larat nak duduk dan selepas solat Zohor baru pergi ke hospital. Aku tinggal di rumah dengan Munni Khala.

Hospital tempat Ammi dirawat.
Ammi duduk sorang-sorang je bilik ni.
Aadam nak tumpang boleh ke Ammi?
Lamanya Abba pergi ….. dah nak tumbuh gigi Aadam menunggu Abba balik. Harap-harap Ammi ok. Akhirnya Abba balik, tapi ……. mana Ammi? Mungkin Ammi belum masuk ke rumah lagi. Aku terus menunggu tetapi kelibat Ammi tak kelihatan. Aku dah mula risau. Abba, mana Ammi? Akhirnya Abba bagi tahu yang Ammi disyaki menghidap denggi dan kena tahan di wad. Ya Allah, sesungguhnya Engkau menyayangi Ammi dan membersihkan dosa-dosa Ammi dengan segala jenis penyakit. Terlalu hebat ujian buat Abba dan Ammi, lepas satu, satu penyakit datang kepada Ammi dan lepas satu, satu masalah datang menduga ketabahan Ammi. Alhamdulillah Abba dan Ammi tabah dan sabar menerima segalanya dan setakat ini Berjaya menghadapi segala dugaan dengan tenang. Semoga mereka diberikan balasan yang setimpal, Amin.
Aku sempat melawat Ammi
sebelum ikut Khala balik.

Perasan aku bercampur aduk mendengar berita tentang Ammi sampai terlupa nak fikir fasal diri aku sendiri. Sekarang baru aku tertanya-tanya, aku macam mana? Kalau dulu Ammi masuk hospital aku dihantar ke rumah Tok, sekarang siapa nak jaga aku? Takkanlah Abba nak balik ke rumah Tok untuk hantar aku. Siapa nak jaga Ammi? Akhirnya keputusan dibuat bahawa Munni Khala akan menjaga aku sementara Ammi ada di hospital.

Petang ni kami tak lawat Ammi sebab semasa Abba balik, dah tak sempat dah. Abba datang nak ambil barang-barang saja, kemudian Abba pergi ke hospital semula dan malam ni Abba akan tidur di hospital menemani Ammi.

Aku dah mula rasa rindu dan harap Ammi cepat sembuh.


28 5 2011. Sabtu

Aku bangun awal hari ni sebab tak nak miss Abba. Ada orang datang jemput Abba ke lokasi shooting. Sepatutnya hari ni kereta kami siap tapi aku tak pasti pukul berapa.

Ammi masih demam lagi. Aku rasa Ammi dah kena pergi jumpa doktor sebab badan Ammi semakin lemah.

Isha Baji seperti biasa bangun awal untuk bermain dengan aku. Khairul Bhaiya dah pergi kerja. Noor Bhaiya, Nana Baji dan Ella Baji seperti biasa masih belum bangun. Aku lepak dengan Munni Khala dan Isha Baji. Ammi berehat di bilik tidur.

Petang ni Abba balik ke rumah sekelap. Sebenarnya Abba keluar ambil kereta yang dah siap, singgah ke rumah sekejap untuk bawa Ammi ke klinik. Aku tak ikut Abba dan Ammi ke klinik. Aku harap it’s nothing serious. Tak lama selepas tu, Abba dan Ammi balik. Doktor cakap viral fever yang biasa. Alhamdulillah.

Seperti semalam, hari ni pun Abba balik lewat. Kasihan Abba, mesti penat punya. Aku harap esok boleh luangkan masa dengan Abba.


27 5 2011. Jumaat















Pagi-pagi lagi kami dah pergi ke rumah Munni Khala. Isha Baji tak pergi sekolah hari ni sebab ada sambutan Hari Guru. Semasa aku sampai, Noor Bhaiya pun masih jaga lagi (tak tidur sepanjang malam). Maka jadi rebutanlah aku di antara Noor Bhaiya, Nana Baji dan Isha Baji.

Ammi masih demam dan sakit badan jadi selepas bersarapan, Ammi pergi berehat. Aku lepak kat ruang tamu, bermain.

Seperti biasa, bila aku berada di rumah Munni Khala, aku tak akan keseorangan. Ramai yang melayan aku dan bermain dengan aku. Petang ni, Ella Baji pun dah balik dari sekolah. Cuma Khairul Bhaiya aje belum balik kerja.

Walaupun aku seronok bermain, aku juga risaukan Ammi. Ammi senyap aje dalam bilik, terlena agaknya. Aku harap Ammi cepat sembuh.

Aku ikut Munni Khala pergi hantar Noor Bhaiya ke masjid untuk solat Jumaat. Kami tunggu dalam kereta aje sehingga Noor Bhaiya selesai solat. Balik ke rumah, Munni Khala suruh semua orang bersiap-siap nak ke rumah kami. Ammi pun dah bangun tetapi masih demam lagi. Selepas semua orang bersiap, kami balik ke rumah kami.

Ammi tak lalu makan, minum dan rasa letih sangat jadi Ammi berehat dalam bilik saja. Aku lepak dengan Munni Khala, Bhaiya dan Baji-Baji. Khairul Bhaiya habis kerja waktu malam dan bila dia sampai ke stesyen LRT, Munni Khala pergi fetch dia.

Abba masih belum balik. Aku tertunggu-tunggu Abba dan akhirnya terlena.

26 5 2011. Khamis

Boring betul dok dalam walker ni.
Takde TV.
Bila balik ke rumah hari ni, Ammi bagi tahu aku yang Ammi demam dan sakit-sakit badan. Ammi tak pergi klinik ke? Biasalah Abba dan Ammi, kalau aku yang sakit, masa tu juga nak bawa ke klinik. Tapi bila diri sendiri sakit, suka delay-delay nak jumpa doktor. Tak aci betul.

Sedang meronda-ronda sekitar
dalam rumah.
Ammi hanya makan Panadol saja. Ammi bercerita yang Ammi start demam semasa Ammi pergi solat Zohor. Tetibe je badan Ammi menggigil dan rasa sejuk sangat. Selepas solat, bila nak balik ke bilik Ammi, Ammi rasa pening dan macam nak terjatuh. Kemudian Ammi telan Panadol dan rasa lega sikit, terus continue buat kerja. Waktu petang Ammi terasa lenguh-lenguh badan dan tak larat nak buat apa-apa. Masa nak balik pun Abba naik ke atas dengan kerusi roda dan bawa Ammi turun.

Ammi, Aadam rasa demam Ammi ni lain macamlah. Cubalah Ammi pergi ke klinik dan check. Esok dan lusa tak boleh pergi dah sebab Abba kerja pagi sampai ke tengah malam. Elok Ammi pergi hari ni.

Aku tunggu Ammi ke klinik tapi Ammi tak pergi pun.


25 5 2011. Rabu

Ammi bagi tahu aku yang Jumaat ni Ammi ambil cuti sebab Abba ada shooting iklan dari pagi sampai ke tengah malam. Abba buat iklan Safi Rania (rasanya le) dengan Rozita Che Wan.


Antara aksi-aksi panas aku...
Ammi juga bagi tahu yang Jumaat nanti Abba akan hantar Ammi dan aku ke rumah Munni Khala. Seronoknya. Dapat jumpa Bhaiya-Bhaiya dan Baji-Baji semua.

Tak sabar aku tunggu hari Jumaat.

24 5 2011. Selasa
Oooo...Kemalangan.!

Hari ni bila balik kerja, Ammi cerita kat aku yang kereta Abba kena langgar pagi tadi. Ya Allah! Teruk ke? Abba dan Ammi ok ke? Aku tengok nampak ok tapi tak tahulah.

Keta tu boleh jalan tak Abba?
Kalau takbleh jalan, Abba boleh
pinjam keta merah Aadam.
Van persiaran langgar 
kereta Abba.
Antara makan dan berdiri aku rasa berdiri
sangat payah lagi kerana gayat...
Ammi tolong jawab persoalan yang bermain di hati aku. Kata Ammi mujur Abba dan Ammi taka pa-apa. Cume kereta aje yang teruk kat belakang dia. Ammi cakap masa tu jalan tengah jam jadi semua kereta bergerak perlahan. Tiba-tiba kereta di depan Abba bagi emergency brake, so Abba pun emergency brake jugalah. Kereta di belakang Abba follow dekat sangat dan tak sempat nak emergency brake, so langgarlah kereta kami. Aduh! Mesti kereta tu sakit. Kesian dia. Abba kata orang yang langgar tu duduk satu taman jugak. Orang tu dah setuju nak baiki kat bengkel kawannya.

Ammi bagi tahu yang Jumaat ni Abba nak hantar kereta untuk repair kat kedai kawan orang yang melanggar Abba tu dan kami taka da kereta untuk 2 hari sebab nak tunggu kereta siap dibaiki.

Tak apalah Ammi, yang penting Abba dan Ammi selamat. Alhamdulillah.


23 5 2011. Isnin

Hari ni Abba dan Ammi lambat fetch aku. Tu mesti Abba sibuk sebab nak shooting iklan Jumaat dan Sabtu ni dengan Rozita Che Wan.
Ni aku aksyen je ni. Bukan paham sehabuk pun...


Gaya tidur aku yang agak mancho...
Alamak! Gayat gila ni...
Bomba... tolong....!
Bila Abba dan Ammi ambil aku dari rumah Mama, aku nampak satu beg plastic dan tarik-tarik beg plastic itu. Abba pun keluarkan isi kandungannya dan suap aku. Emmm… Sedapnya roti boy. Nanti Abba beli lagi untuk Aadam ok.


22 5 2011. Ahad

Seperti selalu, aku bangun awal dan kejutkan Abba dan Ammi yang masih tidur. Agaknya mereka penat kot.
Cak aaa!

Alamak! Abba cuba mengambil
gambar gigi dua batang aku...!
Abba nak pergi beli roti canai untuk sarapan dan aku berharap aku dapt ikut sama. Aku tunggu dan tunggu ……. Abba datang menghulur tangan untuk dukung aku sambil berkata, “Jom”. Yahoo! Pucuk dicita, ulam mendatang.


Sampai di restoran, Abba order makanan dan kami pun tunggu makanan siap. Masa nak bayar, seorang uncle ni (mungkin tuanpunya restoran kot) siap cuit-cuit aku dan bagi aku coklat. Aadam tak boleh makanlah Uncle. Anyway, thanks.

Aku masih penat lagi dan banyak tidur hari ni.



21 5 2011. Sabtu
Kenduri Kahwin Abdullah Bhaiya belah lelaki

Pagi-pagi lagi kami dah bersiap dan pergi ke rumah Khan Khalu. Ada 2 sebab kami kena cepat – yang pertama sebab nak hantar Munni Khala. Takkanlah Munni Khala pergi lewat sedangkan kenduri tu kat rumah ipar duainya. Yang ke dua sebab Abba kena pergi tengok baju untuk shooting iklan dengan Rozita Che Wan minggu depan. Abba kena berada kat tempat tu pada pukul 8.30 a.m.

Semasa kami sampai, orang belum ramai lagi. Ahli-ahli keluarga yang tinggal berasingan belum sampai lagi. Sampai saja kat sana, dah ada orang nak dukung aku dan bertukar-tukar tangan aku didukung orang. Ammi dah tak tahu dah aku kat mana. Cuma bila aku lapar atau mengantuk, orang yang dukung aku cari Ammi.
Sapa nak jadi pengantin perempuan
angkat kaki?
Aku sempat bergaya depan pelamin.

Iss tetiba rasa mengantuk pulak...
Kita minum dulu...


Bersama Ammi dan Abba.
Abba balik sekitar pukul 11.00 a.m. dan memulakan tugas tak rasmi Abba sebagai juru gambar. Hari ni sekali lagi Abba snap gambar aku atas pelamin dan atas katil pengantin sebab gambar semalam tak clear. Semasa masuk ke bilik pengantin, ramai budak perempuan ada kat dalam tu. Ada Ella Baji, Isha Baji, Siti Baji, Sabrina Baji, Rohana Baji (anak saudara Khalid Khalu) dan siapa lagi entah, ku dah tak ingat. Abba mendudukkan aku atas katil dan macam-macam posing aku. Kemudian Sabrina Baji nak bergambar dengan aku. Dia posing sambil baring senget-senget di sebelah aku. Aku pun ikut berposing macam tu. Semua orang ketawa.
Nasi briani yang lazat gila...

Aku dah penat tunggu Kak Anis dan kawat polis. Mata pun dah mengantuk lalu aku tidur.

Emmm! Lazatnya....
Semasa aku bangun, aku tengok Nani ada kat sini. Eh! Bila Nani sampai? Aku lepak dengan Ammi, Munni Khala dan Nani. Ammi bagi tahu aku yang Kak Anis dah sampai dan aku dah termiss kawat polis. Aiseyman. Tak apalah, nanti aku tengok yang Abba rakam punya.
Ammi sedang makan.

Tak sangka tukang kasi bunga telur terdiri dari
bidadari-bidadari...
Aku sedang bersembang kosong...
Bapa pengantin lelaki.
Tetamu sedang menjamu selera.
Ramai yang sudi jadi pengasuh aku.
Ibu pengantin lelaki.

Nani nak solat so kami masuk ke bilik Khalid Khalu. Tak sempat nak solat, Zarina Khala dah sampai nak fetch Nani so Nani pun balik. Munni Khala, Ammi dan aku lepak dalam bilik. Kemudian Farooq Mamu sekeluarga join kami dan tak lama lepas tu Mun Mamu sekeluarga pula datang.
Pancaragam PDRM untuk mengiringi pengantin.

Pasangan pengantin.
Khabarnya hanya pangkat Inspector sahaja dapat
keistimewaan ini dari PDRM.
Add caption
Lama juga kami lepak dalam bilik tu berborak sampailah Abba panggil Ammi dan aku untuk bergambar dengan pengantin. Semasa Abba mendukung aku lalu di tepi pelamin, aku sempat mencabut setangkai bunga hiasan di tepi pelamin tu. Aku nak hadiahkan kepada Kak Anis tetapi Abba mengambil bunga tu dan cucuk semula ke jambangannya.
Sebahagian tetamu yang hadir.


Kek pengantin....
Aku pun nak jadi polis....
Aku.... heh he hhee
Bila aku terpandang pasangan mempelai, aku dapati mereka tidak memakai baju warna magenta pun. Abdullah Bhaiya berpakaian seragam polis berwarna putih. What a coincidence. Aku sepatutnya pakai baju Melayu magenta tapi fasal baju tu ketat, aku pakai baju Melayu putih. Alih-alih, pengantin pun pakai baju putih. OKlah tu. Aku diriba oleh Abdullah Bhaiya semasa sessi bergambar tu. Cayalah! Pengantin dukung aku, wa cakap lu.

Selepas bergambar, Ammi dan aku masuk semula ke bilik dan lepak kat situ sampai Farooq Mamu dan Mun Mamu balik. Lepas tu kami duduk kat ruang tengah. Sekejap saja aku sudah dibawa pergi dan bersilih ganti orang dukung aku. Lastly aku lepak kat buaian dengan anak-anak saudara Sinara Khala sampailah aku merengek nak tidur, barulah aku dihantar kepada Ammi. Ammi menidurkan aku.

Sebaik aku bangun tidur, Abba dan Ammi pun balik ke rumah. Sinara Khala membekalkan lauk pauk dan goodie bag. Dalam goodie bag tu ada bahulu, yang aku makan waktu Abba dan Ammi makan malam. Aku rasa penat sangat dan tidur awal hari ni.


20 5 2011. Jumaat
Pergi Rumah Khan Khalu.

Baik buat-buat cari kutu supaya Abba tak
paksa aku belajar berjalan.
Aduh! sampai mengah - mengah dah ni...
Rehat sat....!
Penat belajar berdiri sampai terpengsan.
Pejam celik, pejam celik, dah seminggu Abdullah Bhaiya bernikah. Esok kenduri di rumah pengantin lelaki. Malam ni selepas Abba dan Ammi balik kerja, kami ke rumah Khan Khalu. Saja je, nak menyibuk dan meramaikan orang yang berkumpul di sana – kasi meriah macam rumah orang kahwin.

On the way, Abba dan Ammi mengalas perut dengan roti krim dan seperti biasa, share aku mesti ada punya. Ammi suap aku roti krim perisa strawberry.

Sebelum aku proceed dengan cerita aku, aku nak introduce kau orang dengan jiran Khan Khalu. Dia ni seorang wanita berbangsa Cina berumur sekitar 50 tahun kot. Auntie ni bisu dan pekak sejak berusia 4 tahun. Masa tu dia terjatuh katil dan hilang deria pendengarannya dan lama kelamaan menjadi bisu. Aku tak tahu nama Auntie ni. Semua orang panggil dia Bisu. Agaknya dia orang pun tak tahu nama dia kot. Ammi bahasakan dia dengan aku sebagai Auntie saja so aku pun panggil dia Auntie sajalah. Tak manislah nak panggil Bisu, walaupun dia tak boleh dengar apa yang kita panggil dia.

Auntie ni selalu suka berjalan ke rumah Khan Khalu dan semasa Munni Khala tinggal di sini dulu, rajin bersembang menggunakan bahasa isyarat dengan Munni Khala. Bahasa isyarat yang Auntie ni guna bukanlah bahasa standard yang orang bisu guna. Ini bahasa isyarat yang direkacipta sendiri dan Munni Khala sangat fasih menggunakan bahasa isyarat ini.

Tujuan aku introduce Auntie ni secara panjang lebar hanyalah sebab nak berkongsi dengan kau orang yang walaupun dia berbeza daripada kita, namun masih boleh berbaik dan berkomunikasi dengan kita. Jadi lain kali kalau kawan-kawan terjumpa orang yang kurang upaya macam ni, cubalah buat baik dengan mereka dan janganlah pandang rendah pada mereka.

Balik ke cerita asal, sesampai di rumah Khan Khalu, Auntie ni dah datang ke kereta nak dukung aku. Dia memang suka baby. Ammi bagi aku kepadanya dan dia bawa aku masuk. Sebaik aku masuk, bermulalah perang saudara berebutkan …….. aku! Biasalah, Jejaka Idaman Malaya lah katakan. He! He! He! Dah lama rasanya aku tak berbangga diri lagi membongkakkan diri serta meriakkan diri aku sambil masuk lif, tekan butang sendiri. Sekali sekala tak apalah kot aku buat macam ni dengan niat bergurau, kan.

Ramai sungguh saudara-mara yang berkumpul di sini. Munni Khala pun ada tetapi Noor Bhaiya tak ada. Dia pergi ke Ipoh sebab lusa adalah konvokesyen Noor Bhaiya. Dia kena pergi awal sebab nak raptai. Khalid Khalu dan Munni Khala akan ke sana esok selepas kenduri. Noor Bhaiya tak ajak Aadam pun. Ni nak merajuk ni.

Orang lelaki dewasa lepak kat luar rumah dan kaum Hawa pula di dalam rumah. Aku tengok berkelompok-kelompok orang duduk bercerita sambil cari “pahala buat ketupat”. Budak-budak lepak kat kawasan tengah rumah. Aku pun ada di sini. Anak-anak saudara Sinara Khala bermain dengan aku.

Aku dah kena khwin ke ni?
Waa tak nak....Aku kecik lagi.
Tak lama lepas tu Ammi cari aku, nak snap gambar aku atas pelamin dan katil pengantin. Jadi aku rasmikan dulu bergambar kat pelamin dan katil pengantin sebelum Abdullah Bhaiya dan Kak Anis berposing. Jangan mare….

Pelamin dan bilik pengantin berwarna magenta dan putih. Simple tetapi cantik.

Agak lama juga kami di sini. Semasa nak balik, Munni Khala dan anak-anaknya ikut sekali sebab kat sini tak cukup tempat nak tidur. Seronoknya.

Sampai di rumah, aku lepak dengan Khairul Bhaiya dan Baji-Baji. I miss Noor Bhaiya. Ammi keluarkan baju Melayu aku yang berwarna magenta, nak ukur samada aku masih boleh pakai atau tidak. Ini baju Melayu yang Tok jahit semasa raya dulu. Secara kebetulan sama warna dengan pelamin. Malangnya baju itu sudah ketat. Kemudian try pula baju Melayu putih yang Abba dan Ammi beli semasa raya. Masih boleh pakai walaupun bajunya dah pendek sikit. So esok aku akan pakai baju Melayulah. Sayang yang magenta tu dah ketat, kalau tak sepasang dengan Abba dan Ammi serta pengantinlah aku. Mmmmm…. Tapi kalau aku pakai baju Melayu magenta tu takut nanti orang confuse pula siapa pengantin. Almaklumlah, aku kan segak lagi bergaya campur macho dan cute serta handsome tambah tampan dll yang sewaktu dengannya. Ahak! Ahak!


18 5 2011 – 19 5 2011. Rabu - Khamis



Wajah-wajah aku dalam perbagai ragam.
Dah boleh berdiri dan duduk sendiri...
Kaki kerusi ni memang banyak membantu
aku untuk belajar berdiri.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang dihormati. Ini Aadam Mika’il Radan melaporkan bahawa tiada apa-apa laporan menarik untuk hari ini dan semalam. Sekian, terima kasih.

17 5 2011. Selasa

Selamat hari Wesak buat semua penganut agama Buddha. Hari ni public holiday sempena Wesak Day jadi Abba dan Ammi ada kat rumah.

Kalau ketawa aku tau aku
nampak sikit hensem.
Kalau buat muka gini pun
tetap hensem jugak.
Kalau nangis pun aku tau aku
masih hensem....
Petang ni aku lepak kat ruang tamu ke dua dengan Abba dan Ammi dan aku main puas-puas.

Ammi call Alam Mamu sebab dah lama tak sembang dengannya. Kata Ammi Alam Mamu bertanyakan tentang aku …. aku dah boleh jalan ke belum, dah ada gigi ke belum etc. Ini adalah soalan-soalan lazim semasa baby. Bila dah sekolah nanti, orang tanya pula, dapat nombor berapa, dapat berapa A. Habis belajar, orang akan tanya dah dapat kerja ke belum, gaji berapa. Bila dah bekerja pula, orang tanya bila nak kahwin. (Ehem! Aadam tujukan soalan ni kepada Khairul Bhaiya).

Alam Mamu ajak kami ke rumahnya pada 28.5.11 nanti, siap pesan suruh bawa aku.

16 5 2011. Isnin

Ammi, kenapa huruf K ni terbalik ni....?
Siapa yang kurang sopan melepas bau NGV ni!?
Bersusah payah aku nak belajar berdiri.
Selalunya bila Abba dan Ammi balik kerja, aku hanya akan bermain atas katil sebab Ammi tak boleh duduk kat lantai. Kaki Ammi sakit.

Hari ni berbeza. Hari ni kami lepak kat ruang tamu ke dua dan aku main puas-puas atas tikar ABC aku. Abba duduk kat lantai dengan aku sementara Ammi duduk atas sofa. Punyalah seronok bermain sampai aku tak mahu tidur. Berpeluh-peluh aku bermain.

Akhirnya Abba paksa aku tidur.


15 5 2011. Ahad

Hari ni Mak Andak ajak kami pergi berkelah di Sg. Congkak tetapi Abba dan Ammi dua-dua sibuk, ada kerja office nak disiapkan so kami tak pergilah.
Baru mandi....keh! keh! keh!

Alamak! macamana nak belajar jalan ni...?
Aku rasa minuman baru hari ni iaitu teh ais, milo ais dan barli ais. Aku tak berapa suka milo ais.

Aku banyak tidur hari ni. Qada’ semalam punya.



14 5 2011. Sabtu
Kenduri Kahwin Abdullah Bhaiya

Sebelum makan kenduri aku
 kenduri minum dulu.
Finally the day is here. Abdullah Bhaiya akan jadi raja sehari hari ni. Sepatutnya kami berkumpul di rumah Khan Khalu dan bertolak dari sana pada pukul 9.00 a.m. tetapi kami terlewat sebab aku lambat bangun tidur. Memandangkan kami dah terlewat, Ammi minta rombongan pengantin supaya bertolak dulu dan tak payah tunggu kami. Nanti kami cari tempat tu sendiri.
Bersama Abba sebelum pergi kenduri

Semasa kami lalu di Mid Valley jam menunjukkan pukul 9.00 a.m. Abba suruh Ammi tanya Khan Khalu samada boleh tunggu kami untuk 10 minit dan Khan Khalu cakap ok so kami terus ke PJ. Rupa-rupanya ada kemalangan kecil berlaku di mana kereta abang Sinara Khala terlanggar teksi Khan Khalu dan sebab tulah dia orang terlambat nak bertolak.
Rombongan kami melepak di masjid tempat nikah tu.

Abdullah Bhaiya dengan keluarganya.
Sinara Khala dan Naseem khalu (abang Khalid Khalu) naik kereta kami. Sinara Khala meriba aku sepanjang perjalanan. Jauh juga rumah pengantin perempuan. On the way Sinara Khala bagi tahu Ammi yang semasa kenduri di rumah pengantin lelaki nanti ada kawat polis. Kan Abdullah Bhaiya seorang pegawai polis so superior dia suruh buat kawat semasa wedding dia nanti. Aku rasa mesti Abdullah Bhaiya berpangkat tinggi kot. Ammi cakap ok juga, it’s something different.

Semasa kami sampai di masjid, pihak perempuan belum sampai lagi. Aku seperti biasa, berebut-rebut semua orang nak dukung. Abba pula sibuk menjalankan tugas tak rasmi Abba sebagai jurugambar. Di sini aku jumpa ramai orang baru dari keluarga Sinara Khala.

Tak lama kemudian rombongan pengantin perempuan pun sampai. Cantiknya pengantin perempuan, Kak Anis namanya.

Semasa majlis aqad nikah, Noor Bhaiya dukung aku dan duduk di hadapan bersama-sama orang lelaki lain dan Abdullah Bhaiya dan Tok Qadi. Aku excited sangat. Ini first time aku nak tengok majlis aqad nikah. Masa Uzma Khala dulu, aku tidur dan tak tengok. Perkataan “ah” hanya keluar selepas Abdullah Bhaiya 3 kali lafaz aqad. Mujur lepas, kalau tak dah kena mandi bunga…… Sebenarnya kali pertama tu Tok Qadi yang tersilap cakap.

Alhamdulillah aqad nikah dah selesai. Hari masih awal. Kenduri di rumah pengantin perempuan pukul 2 p.m. nanti so Sinara Khala cakap kita akan lepak di rumah Rehana Khala yang tinggal berhampiran sementara tunggu pukul 2.00 p.m.

Sesampai di rumah Rehana Khala, kami disambut oleh Matin Khalu (suami Rehana Khala). Masuk aje ke rumah aku ternampak bermacam makanan dah terhidang dan kami dijemput makan. Banyak-banyak makanan, aku hanya diberi makan kuih puteri ayu. Jadilah, better than nothing.

Di sini aku berjumpa beberapa remaja lelaki iaitu anak-anak saudara Sinara Khala. Dia orang suka bebudak rupanya sampaikan mak mereka jaga budak-budak sebab dia orang suka bermain dengan budak-budak. Jadi bila bhaiya-bhaiya tu jumpa aku, dia orang suka sangatlah.

Aku termuntah atas baju Noor Bhaiya. Ammi, Munni Khala dan Khairul Bhaiya ketawakan dia. Kesian Noor Bhaiya. Munni Khala cakap semasa nak keluar rumah tadi, Noor Bhaiya sembur minyak wangi banyak-banyak sebab nak bagi wangi. Ni aku dah tambah bau perfume dia. Sorry Bhaiya.

Aku juga berjumpa Zarina Khala (bukan sepupu Ammi tu tetapi adik Sinara Khala). Zarina Khala cakap kat Ammi yang aku nak kat dia dan dia nak bawa aku balik ke Kuantan.

Lama bebeno kami menunggu. Orang lelaki semua pergi solat Zohor di masjid. Aku terlelap.

Hampir jam 2, kami bersiap-siap ke rumah Kak Anis. Sesampai di sana, kami parking agak jauh dan berjalan kaki. Aku nampak Ammi keletihan. Kasihan Ammi.

Depan rumah Mak Teh di Hulu Langat.
Waktu makan Munni Khala yang dukung aku. Aku happy sangat sebab Munni Khala ni cepat kasihan kat orang. Kalau aku buat muka seposen, mesti dapat makan nasi kenduri punya. Benar seperti yang dijangka, Munni Khala menyuap aku nasi hujan panas yang dihidangkan. Walaupun tak berlauk, namun tetap sedap. Colourful sungguh nasi tu. Selepas makan nasi, Munni Khala suap aku tembikai. Emmmm…. Sedapnya. Patutlah Abba suka makan tembikai. 

Sungai di belakang rumah Mak Teh.
Selepas makan, sampai waktu bergambar pula. Abba dah nak balik. Abba singgah sekejap di rumah pengantin nak tangkap gambar pelamin. Alih-alih terus tersangkut snap gambar pengantin. Ammi tunggu kat luar saja sebab di dalam rumah sesak sangat. Kemudian Abba panggil Ammi masuk, nak bergambar dengan pengantin. Abba, Aadam pun nak bergambar. Abba mendukung aku dan tercapailah hasrat aku untuk bergambar di pelamin.

Semasa balik, Naseem Khalu, Shamim Khalu, Sinara Khala dan Isha Baji naik dengan kami. Selepas drop mereka, kami balik ke rumah.
Satu hari nanti aku nak mandi di sini.

Di rumah Mak Teh aku makan keropok leko.
Aku ingatkan dah boleh berehat tapi rupa-rupanya kami hanya balik untuk solat Asar. Lepas tu kami ke rumah Mak Teh pula. Jauhhhhhhhhhhhhhnya rumah Mak Teh yang baru ni. Nun di Batu 20 sana, atas lagi dari Sg. Congkak. Aku siap terlelap dalam kereta. Rumah Mak Teh terletak di tepi jalan saja dan ada 4 buah rumah saja. Di belakan rumah, ada sungai. Abba pergi tengok sungai tu dan Abba cakap cantik.

Lama juga kami di sana. Sebenarnya Abba menunggu orang menghantar peti sejuk. Abba dan Ammi nak surprisekan Pak Teh dan Mak Teh. Akhirnya lori pun sampai. Abba dan Ammi excited tapi hampa sebab Pak Teh dan Mak Teh tak ada reaction apa-apa. Terkejut tidak, happy tidak, biasa saja. Kalaulah Aadam yang dapat surprise macam ni, mesti dah melonjak sampai ke siling.

Semasa nak balik, Pak Teh bagi tahu short cut kat Abba. Kami ikut jalan tu dan sememangnya it cuts short the distance. Aku penat sangat hari ni dan malam ni aku tidur tak sedar dunia. ZZZZZZZZZZZZZ…….


13 5 2011. Jumaat

Ammi? Macamana nak baca doa tidur?...

Mata aku.
Close-up kaki aku.
Close-up jari tangan aku.
Ammi bagi tahu esok Abdullah Bhaiya nak bernikah dan tanya aku nak pergi tak. Kalau Abba dan Ammi pergi, Insya Allah Aadam pun pergi. Ammi cakap esok kenduri di rumah pengantin perempuan. Rumah pengantin lelaki, minggu depan baru kenduri.

Ammi, Aadam teringin bergambar kat pelaminlah Ammi. Boleh tak esok Aadam bergambar kat pelamin? Masa Uzma Khala kahwin dulu, tak ada pelamin sebab ikut adat orang Hindustan. Abdullah Bhaiya buat cara orang Melayu so ada pelaminlah kot.

Lagi satu kan Ammi, Aadam teringin nak makan nasi orang kahwin. Boleh tak esok Aadam rasa?

Tak sabarnya menanti hari esok.


11 5 2011 – 12 5 2011. Rabu - Khamis

Aktiviti-aktiviti aku sebelum tidur.
Dua hari yang membosankan. Tiada apa yang istimewa.

10 5 2011. Selasa

Hampir-hampir pengsan penat mabik gambar.
Eh! Eh! rasa nak tergolek pulak dah.
Wajah-wajah terkini aku.
Hari ni Abba dan Ammi cuba buat aku berjalan tanpa pegang apa-apa tapi tak berjaya. Asalnya Abba berdirikan aku di tepi katil sambil snap gambar. Kemudian Ammi minta Abba duduk dekat aku sambil hulur tangan dengan harapan aku akan berjalan untuk mencapai tangan Abba. Abba pun buatlah macam tu. Aku berusaha untuk mencapai tangan Abba tetapi tak berhasil. Akhirnya Abba dekatkan tangan Abba lalu aku terus pegang tangan Abba. Barulah aku berani nak berjalan dan bila sampai dekat dengan Abba, terus aku terkam Abba.

Abba pasang tikar ABC yang dibeli dari baby fair hari tu. Aku takut tengok tikar tu sebab colourful sangat. Aku memang macam ni, semua benda baru aku takut mula-mula, dah lama-lama barulah boleh main.


9 5 2011. Isnin

Ammi tak mau kasi aku minum
susu pasal tak boleh hafal
semua huruf-huruf ni...
Siapa Aadam Mika'il? Sayaaaa....
Baru nak try berdiri...
Nothing special about today.

8 5 2011. Ahad

Hari ni satu hari yang amat istimewa. Hari ni adalah Hari Ibu dan Aadam nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Ammi dan Ibu. I love you very much. Aadam nak celebrate hari ni dengan Ammi, mungkin keluar makan atau belikan hadiah untuk Ammi. Tapi Aadam tak boleh buat sendiri semua tu jadi Aadam harap Abba arrange something.

Tunggu punya tunggu, tak ada apa-apa surprise pun dari Abba. Akhirnya aku buat kesimpulan yang Abba tak ingat kot hari ni Hari Ibu atau pun mungkin sebab tak pernah celebrate, jadi Abba tak terfikir nak arrange something special untuk Ammi.

Aadam sebenarnya pagi-pagi lagi dah wish Ammi tapi tak pasti samada Ammi faham atau tidak.

Seperti kebiasaan, I spent my weekend playing and lazing around.

Yang specialnya hari ni, aku makan cokodok pisang for the first time and I like it. Biasalah aku, semua makanan orang dewasa aku suka walaupun rasa tawar macam cucur udang hari tu tapi kalau makanan aku, punyalah liat nak makan. Abba selalu cakap, “Kalau makanan orang, dari jauh dah nganga mulut tapi kalau makanan dia, buka mulut punyalah kecik, sudu pun tak lepas”. He! He!

Dah malam dah pun. Sekarang aku yakin Abba dah lupa nak wish Ammi. Akhirnya masa nak tidur, Ammi tanya Abba, “Tak nak wish Selamat Hari Ibu kat Az ke?” Barulah Abba ucapkan Selamat Hari Ibu buat Ammi. Ammi cakap kat Abba, 13 tahun Ammi tunggu nak celebrate hari ni, baru hari ni dapat celebrate tapi Abba tak wish Ammi pun. Ternyata Ammi kecil hati. Tak apalah Ammi, Abba terlupa kot. Nanti bila Aadam besar, tiap-tiap tahun Aadam akan wish Ammi, ok. I love you Ammi.


7 5 2011. Sabtu
Pergi Mid Valley Ada Baby Fair.

Pagi-pagi lagi kami dah keluar rumah, pergi ke baby fair. Kami bersarapan di Mid Valley tetapi tak ada benda yang menarik. Abba ada beli karipap giant tapi tak sedap pun. Aku tahu sebab Abba ada suap aku sikit.
Pap! Harap-harap matilah kapal terbang
hang hinggap kat pipi aku ni.

Kelakar tengok Abba korek hidung...
Lepas tu kami berjalan-jalan tengok barang-barang baby dan aku dapat baju lagi. Banyak sungguh baju aku sampai aku rasa dah boleh buka kedai dah. Kami singgah di satu kedai tu yang ada jual t-shirt dengan pelbagai kata-kata tertulis di atasnya. Abba berkenan satu yang tertulis “DAD AND ME AGREE THAT MOM IS THE BOSS” tetapi Ammi tak suka. Ammi pilih yang tertulis “I MIGHT BE SMALL BUT I AM THE BOSS”. Abba pula pilih lagi satu bertulis “MY DAD IS COOLER THAN YOUR DAD”.

Sedang bersedekah. Senyummm.
Aku sedang membaik-pulih permainan
aku yang aku sendiri rosakkan.
Semasa kami lalu di depan satu booth tu, ada auntie tu bagi aku belon warna merah. Ini first time aku dapat belon tau. Aku seronok sangat pegang batang belon tu sambil menggerak-gerakkannya sampai terkena orang yang lalu lalang. Kemudian Ammi pegang belon tu.

Kami pergi pula ke satu booth yang snap gambar baby. Abba nak snap gambar aku kat sini. La! Kan Abba ada kamera canggih kat rumah dan hari-hari dok snap gambar Aadam. Buat apa nak snap kat sini?

Mula-mula tu aku takut-takut dengan uncle tukang tangkap gambar tu tapi lama-lama aku ok. Macam-macam posing aku. Uncle tu cakap kat Abba yang aku nak tumbuh gigi sebab dia tengok gaya aku pun dia tahu.

Lepas tu Abba beli pula satu mat yang mempunyai abjad A, B, C sampai Z untuk aku. Bagus ni. Boleh buat lapik aku main sambil belajar.

On the way nak keluar dari baby fair tu ada 2 maskot apa benda entah kat situ. Aku perhati maskot tu dan Ammi perasan. Ammi minta Abba bawa aku tengok maskot tu. Abba pun bawa. Aku suka sangat. Kemudian Abba bertanya salah satu maskot tu samada Abba boleh snap gambar dia dengan aku dan dia cakap ok. Maskot tu pun dukung aku dan Abba snap gambar kami. Aku seronok sangat. 

Kemudian kami pergi cari hadiah Isha Baji sebab hari tu tak sempat nak beli untuk harijadinya. Kami ke Carre Four dan Ammi pilih satu jacket untuk Isha Baji. Mesti dia suka punya. Isha Baji ni suka bergaya.

Kami juga survey peti sejuk untuk Mak Teh tetapi Ammi tak berapa berkenan.

Kemudian kami pergi ke Amcorp Mall sebab Ammi nak cari hadiah untuk Noor Bhaiya. Ammi ada tengok iklan yang ada jualan barangan berjenama di sini. Semasa kami berjalan ke Amcorp Mall dari kereta, cuaca panas sangat lalu Abba pakaikan aku topi Abba. Mak datuk, besarnya sampai tertutup muka aku.

Abba dan Ammi tak berkenan dengan barangan yang dijual jadi kami tak beli apa-apa untuk Noor Bhaiya.

Abba singgah di Starbucks untuk minum dan seperti biasa, habuan aku mesti ada. Aku dapat merasa vanilla Ammi dan cappuccino Abba. Sedapppp….

Dari sini kami ke rumah Khan Khalu. Saja je nak melawat Khan Khalu yang baru balik dari umrah. Di sini aku jumpa Alisha. Hari ni kami tak bergaduh. Aku nak bermain dengan Alisha tetapi dia tak sihat dan asyik menangis saja so aku mainlah seorang-seorang.

Bila balik ke rumah, aku dah kepenatan dan seperti yang dijangka, tidur awal.

6 5 2011. Jumaat

Yahoo! Demam campak aku dah sembuh dan aku tak ada parut pun. Alhamdulillah.

Agaknya weekend ni bolehlah kami pergi berjalan sebab aku dah sembuh. Aku dengar Ammi cakap nak pergi ke baby fair di Mid Valley.


5 5 2011. Khamis

Tetiba aku terjumpa daun-daun bawah badan
aku. Aku rasa sikit, sedap macam keretapi.
Sudah semakin suruh demam campak aku.
Mulalah nak buas balik ni.
Makan hanger ni lagi best, rasa
macam bulan sabit.
Ammi puasa hari ni. Tak seperti bulan Ramadhan yang lepas di mana aku akan bangun setiap kali Abba dan Ammi bangun bersahur, hari ni aku tak sedar pun bila masa Ammi bangun bersahur. Cuma waktu berbuka tu ada juadah tambahan iaitu cucuk udang. Semasa Abba dan Ammi makan cucuk udang tu, aku pun dapat habuan aku. Tawar je….. Apa taknya, tak cicah sos pun. Tapi aku belasah saja.

Demam campak aku dah beransur baik. Tinggal sikit-sikit saja lagi. Aku dengar Ammi sembang dalam telefon yang walaupun aku kena demam campak, aku tak kacau pun. Cuma waktu malam saja aku menangis. Ammi cakap aku budak yang baik dan Ammi beruntung dapat aku. Alhamdulillah.


4 5 2011. Rabu

Kalau 3 hari lepas merupakan harijadi kakak kesayanganku, hari ni pula harijadi abang kesayanganku (bodek, bodek) iaitu Noor Bhaiya.
Aku tercampak di sudut katil akibat
demam campak.

Campak aku sampai ke kemuncaknya.
Kawan Ammi hadiahkan aku buku-buku
yang dia beli di negara India. Terima kasih
Aunty....
Selamat harijadi Noor Bhaiya. Hadiah untuk Aadam tak ada ke? He! He! Aadam doakan semoga Noor Bhaiya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, cepat-cepat dapat kerja dan cepat-cepat kahwin….

Demam campak aku taklah teruk sangat. Cuma malam-malam saja aku menangis tak nak diam. Aku rasa tak selesa bila demam dan badan gatal-gatal macam ni. Siang-siang aku control macho. Masa malam baru aku merengek. Dah 2, 3 hari dah aku tak boleh tidur malam dan Abba dan Ammi juga tak tidur.

3 5 2011. Selasa
Aku kena demam campak.

Pagi ni semasa aku dok lepak dalam buaian aku, tiba-tiba Abba perasan yang badan aku ditumbuhi biji-biji halus. Abba, Ammi dan Munni Khala sibuk membelek dan akhirnya confirmlah yang aku demam sebab nak kena demam campak. Alahai, kecik-kecik lagi dah kena. Aku cukup risau, takut nanti berparut muka aku yang cute ni.
Aku kena campak! Demam campak lah.
Tu muka nampak kurang hensem sikit tu.
Kalau sesiapa tak tahu apa
itu demam campak, eloklah
mencampakkan diri ke
kaunter pertanyaan.
Untuk mengisi masa terluang,
aku gemar menghafal kalendar.

Ammi nak cari daun mambu buat ubat demam campak. Munni Khala cakap dia ada ternampak pokok mambu di rumh jiran kami. Nanti Munni Khala tolong mintakan daun mambu untuk aku. Penggunaan daun mambu sebagai ubat semasa demam campak adalah rawatan tradisional kaum India. Daun itu digunakan untuk menggaru bila gatal dan buat mandi. Ia juga digunakan sebagai pelapik tempat tidur. Tujuannya untuk mengurangkan rasa gatal.

Ammi juga kurang sihat hari ni dan Abba bawa Ammi ke klinik. Ammi cakap nak pergi bank dari sana, nak masukkan duit dalam akaun aku. Alangkah bertuahnya aku mendapat Abba dan Ammi yang begitu mengambil berat tentang diri aku. Aku belum pun 1 tahun, dah mula menabung untuk pendidikan aku.

Boleh nampak bintik merah kat muka
aku tu? Kalau tak nampak sila ke kedai
cermin mata yang berhampiran.
Walaupun rasa tak selesa, aku tak banyak
bersunggut. Cool je, baiknye aku ni.
Semasa Abba dan Ammi pergi ke klinik, Munni Khala dan Isha Baji pergi cari daun mambu. Lama juga. Entah mana dia orang pergi cari pun aku tak tahu. Kemudian Isha Baji balik nak ambil duit. Katanya menurut adat orang India, kalau nak ambil daun mambu tu, kita kena letak duit syiling kat pokok tu. Tak lama lepas tu Munni Khala balik membawa segenggam daun. Oh! Inilah rupanya daun mambu.

Bila Ammi balik, Munni Khala ajar Ammi macam mana nak guna daun tu. Ikat beberapa tangkai daun mambu dan gunakannya untuk mengusap-usap badan aku. Bila Ammi cuba buat, aku rasa geli macam digeletek dan ketawa berdekah-dekah. Kemudian Nana Baji, Isha Baji dan Ella Baji pula cuba.

Abba ada belikan air kelapa untuk aku sebab kata orang kalau kena demam campak, elok minum air kelapa. Aku rasa something new hari ni dan aku tak suka rasa air kelapa tu.

Abba meletakkan daun mambu tu atas tilam dan melapik dengan sehelai cadar dan kemudian baringkan aku ke atasnya. Terasa daun tu menyucuk-nyucuk aku. Tak bestnya.

Petang ni Munni Khala balik ke rumahnya. Sebaik kereta Munni Khala bergerak dari depan rumah, motorsikal Pak Teh pula sampai. Mak Teh datang nak ambil barang-barang 2 kotak yang Tok kirim buat Mak Teh melalui Pak Ngah. Lama juga Mak Teh di sini sebab tunggu hujan berhenti. Aku nak bermain dengan Abang Izz tapi dia jual mahal, tak nak main dengan aku.

Semasa nak balik Pak Teh dan Mak Teh cuba nak mengangkut kotak-kotak tu tetapi susah sangat. Kemudian Ammi cakap kat Abba suruh Mak Teh tinggalkan kotak tu kat rumah kami dulu sebab bahaya nak bawa banyak-banyak macam tu dengan motorsikal. Dahlah naik bertiga, nak bawa pula kotak-kotak tu lagi. Ammi cakap nanti kita pergi hantarlah. Boleh juga tengok rumah baru Mak Teh, senang nak cari kalau ada apa-apa hal.

Selepas Mak Teh balik, aku dengar Ammi cadangkan kat Abba agar kami beli peti sejuk sebagai hadiah buat Mak Teh sebab semasa Mak Teh kahwin dulu Abba dan Ammi tak belikan hadiah memandangkan rumah yang mereka kondsi bersama adik Pak Teh dah complete semua barang-barang. Memandangkan sekarang Mak Teh berpindah ke rumah lain dan belum ada perabut dan barang-barang lain, Ammi bercadang nak hadiahkan peti sejuk. Abba cakap ok.  

Malam ni Mak Andak sms Ammi bertanya khabar. Mak Andak bagi tahu yang Darwish dah ada 2 batang gigi. Cepatnya kau tumbuh gigi Darwish. Aku pun rasa-rasa macam nak tumbuh gigi, gusi aku gatal-gatal tapi gigi belum keluar lagi.

Darwish, bila kau nak datang ke rumah aku? Aku teringin nak tengok gigi kau. Tapi …. kau jangan gigit aku tau.


2 5 2011. Isnin

Hari ni hari yang istimewa dalam hidup aku. Aku maju setapak lagi dalam hidup aku. Bak kata Neil Armstrong, “ONE SMALL STEP FOR MAN, ONE GIANT LEAP FOR MANKIND”. Aku dah mula berjalan sambil pegang sofa. ONE SMALL STEP FOR MAN, ONE GIANT LEAP FOR ME. Alhamdulillah, Allah kurniakan satu lagi nikmat kepada aku.

Sudut ni aku nampak comel.
Sudut ni pun nampak
lagi comel...Isss!
payah jadi orang comel ni.
Munni Khala terus cakap yang aku demam sebab nak mula berjalan. Dah pula. Masa aku mula-mula demam pada hari Jumaat hari tu, Abba cakap mungkin aku nak tumbuh gigi. Mama pula suspect aku nak kena demam campak. Macam-macam spekulasi yang orang buat. Kita tunggu dan lihat yang mana satu betul. Tungguuuuuu …….

Huru hara katil bila aku balik.
Baik aku cepat-cepat kemaskan sebelum
Ammi bising.
Abba cakap kat Ammi mujur kami tak pergi ke CH sebab kereta Pak Ngah yang kami nak guna untuk ke CH (Pak Ngah tinggalkan kereta dia kat sini semasa dia pinjam kereta Abba, jadi bolehlah Abba guna semasa ketiadaan kereta Abba) habis bateri. Dah pula. Hari tu Pak Ngah bagi tau Abba yang kereta tu baru lepas servis. Nasib baik kami tak pergi, kalau tak mesti bateri tu habis di tengah perjalanan. Bayangkan kalau bateri tu habis semasa kami sedang naik bukit tu. Tak ke naya? Betullah kata orang, setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Inilah hikmah aku sakit. Kalau aku tak sakit, mesti kami dah ke CH dan tersadai kat tengah jalan. Tepatlah motto pegangan Ammi: EVERY CLOUD HAS ITS SILVER LINING. Alhamdulillah.

Abbaku pulang dari kota,
Abbaku belikan kereta,
Kereta mini penuh gaya,
pon! pon! pon! bunyinya.
Malam ni demam aku dah lega. Alhamdulillah. Jadi semua spekulasi tu tak betul. Sebenarnya demam biasa saja.

Mari cik adik pergi pasar,
beli sebakul ubi keledek,
Disaman polis tolong bayar,
Pasal lesen pun belum ambik.
Malam ni Pak Ngah datang, hantar kereta Abba. Pak Ngah cakap jalan jam teruk, Pak Ngah stuck dalam jam selama 7 jam. Lamanya. Sekali lagi aku bersyukur kepada Allah sebab asalnya Tok Wan minta Abba jemput Makcik Asmah tetapi disebabkan rancangan kami nak ke CH, Abba meminta Pak Ngah gantikan Abba. Cuba bayangkan kalau Abba yang pergi dan kami tersangkut dalam jam selama 7 jam, gerenti aku mengamuk dan Abba dan Ammi mesti pening kepala. Pak Ngah tak ada baby, tak apa.

Lepas makan, Pak Ngah dan Abba sibuk tukar bateri kereta Pak Ngah. Berjam-jam lamanya. Aku tak tahan dan tertidur sebelum Pak Ngah balik.



1 5 2011. Ahad
Hari jadi Isha Baji

Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan Isha Baji. Allah selamatkan kamu. Hari ni hari lahir Isha Baji yang ke 13. Happy Birthday kakak kesayanganku (kena bodek sikit, nanti Isha Baji akan bawa Aadam jalan-jalan) J

Sapalah yang cipta benda ni.
banyak sungguh butang-butang.
Pening aku nak tekan mana
satu ni...
Froggy the green...Pandai ajar
aku nyanyi lagu-lagu.
Aku masih demam lagi. Entah bila nal lega pun tak tahu. Ammi cakap Munni Khala nak datang melawat aku. Bestnya. Bolehlah sambut birthday Isha Baji.

Munni Khala yang berjanji nak datang pagi-pagi lagi, hanya sampai pada tengahari. Penat Aadam tunggu tau.

Hari tu Ammi ada bagi tau Munni Khala yang Abba ada beli Mini Cooper. Munni Khala ingat Mini Cooper yang real dan Ammi pun tak cerita yang sebenarnya Mini Cooper tu aku yang punya. So hari ni Ammi dah planning yang bila Munni Khala datang, nak dudukkan aku dalam kereta aku dan biar aku sambut Munni Khala tetapi bila Munni Khala datang, tak sempat Ammi nak dudukkan aku ke dalam kereta aku.
Ele, eleh! Baji....comel lah tu.
Jangan lupa pulangkan balik
kipas angin Aadam tuu!

Seperti biasa, bila Munni Khala ada, aku tak akan duduk atau baring di bawah. Mesti ada orang akan dukung aku, lepas seoang, seorang.

Sedang kami lepak di ruang tamu, tiba-tiba Munni Khala bertanya Ammi, “Mana kereta baru?” Ammi sengeh panjang. Seronoklah tu, dapat pekena Munni Khala. Ammi tanya Munni Khala, “Tak nampakkah kat ruang tamu tengah tu?” Munni Khala tercengang-cengang sekejap kemudian baru realise yang Ammi dah pekena dia. Munni Khala tergelak besar. Orang lain pun ketawa. Kesian Munni Khala, kena tipu dengan Ammi.  
Birthday boy and girl....
Bhaiya Noor dan Baji Isha.
Majlis hari jadi yang tak lengkap, kerana
aku tak ada kat situuuu!

Munni Khala ada bawa cheese cake. Birthday cake Isha Bajilah tu. Aku tertunggu-tunggu bilalah Isha Baji nak potong kek tu. Aku nak try makan. Tunggu punya tunggu, tak potong pun sampailah aku terlena.

Sebelum makan-makan, tangkap-
tangkap gambar dulu..
.
Bila aku bangun tidur, Ammi cerita yang tadi Isha Baji celebrate birthday dia, siap potong kek dengan Noor Bhaiya yang akan menyambut hari lahirnya pada hari Rabu nanti. La! Dah siap potong kek dah pun. Kenapa Isha Baji dan Noor Bhaiya tak tunggu Aadam? Aadam pun nak join nyanyi lagu Happy Birthday dan lebih dari itu, nak rasa cheese cake. Tak patut betul.
Kek Isha Baji. Nampak sedap tapi
sorang pun tak kasi Aadam rasa.
Ella Baji sedang mengira haribulan
untuk sambut birthay aku.

Munni Khala cakap kat Ammi mungkin aku nak kena demam campak. Kan hari tu doktor dah check dan confirm bukan demam campak. Aku harap bukan demam campak sebab aku masih ingat semasa Isha Baji kena demam campak hari tu. Macam mana dia rasa gatal dan menangis. Kalau Isha Baji yang besar tu pun tak tahan, macam mana aku nak tahan?

Malam ni aku tidur dalam kerisauan ….. takut kena demam campak.

No comments:

Post a Comment